CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ipes2

[ILMU MUDAH]: Apa pendapat anda tentang Vaccine untuk Covid-19?

[Copy link]
 Author| Post time 14-3-2021 03:54 AM | Show all posts
seribulan replied at 12-3-2021 07:28 AM
Bod sinun...opinion katanya...ni lak ada link...https://www.nytimes.com/2021/02/05/opinion/covid-v ...

oh inilah jumlah kesemuanya ya?
terima kasih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-3-2021 04:31 AM | Show all posts
seribulan replied at 9-3-2021 04:07 PM
Terpaksa daftar...x leh tunggu J & J...doakan dpt vx terbaik

man akh bukti anda sudah berdaftar
caner daftar ek?
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2021 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 14-3-2021 02:54 AM
oh inilah jumlah kesemuanya ya?
terima kasih

No prob...sharing is caring...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2021 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 14-3-2021 03:31 AM
man akh bukti anda sudah berdaftar
caner daftar ek?

Via website ...bukti kat sms...

RM0.00 CITF - Terima kasih.
Pendaftaran vaksinasi COVID-19 anda telah diterima. Kami akan menghubungi anda untuk pemakluman tarikh temujanji.

Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
chenta_dewi replied at 4-3-2021 11:40 AM
Ye la time ni la abah nak jadi hero buat perutusan khas...

Saya umumkan b40 diberi percuma..pad ...

Betul.. Hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu waswas dengan keberkesanan vaksin.. Tapi lepas dengar explanation sorang doktor india ni nama Mala kot, iols jadi yakin sikit.. InshaAllah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2021 03:19 PM | Show all posts
ipes2 replied at 14-3-2021 03:31 AM
man akh bukti anda sudah berdaftar
caner daftar ek?

No J&J...



KJ penerima pertama vaksin Sinovac Khamis ini

https://www.malaysiakini.com/news/566694

Diterbitkan 15 Mar 2021, 5:12 pm



Malaysia akan menggunakan vaksin Covid-19 jenis Sinovac bermula Khamis ini, dengan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin, menjadi penerima pertama suntikan vaksin keluaran China itu.

Mengumumkan perkara itu dalam sidang media mengenai perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di Putrajaya  hari ini, Khairy berkata beliau akan menerima suntikan pertama vaksin Sinovac itu di Hospital Rembau, Negeri Sembilan.

“Kita akan mula vaksinasi menggunakan vaksin Sinovac di Hospital Rembau dan sayalah orang pertama akan guna vaksin itu,” katanya yang juga ahli parlimen Rembau.

Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) pada 2 Mac meluluskan pendaftaran secara bersyarat bagi tiga vaksin Covid-19 untuk kegunaan semasa bencana iaitu, ‘Covid-19 Vaccine AstraZeneca Solution for Injection’; ‘CoronaVac Suspension for Injection – Sinovac’; dan ‘COMIRNATY Concentrate for Dispersion for Injection’.

Mengenai perolehan vaksin satu dos daripada syarikat Johnson & Johnson (J&J) dari Amerika Syarikat, Khairy berkata Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) memutuskan untuk tidak meneruskan perolehan vaksin itu.

“Mengenai J&J, kami memutuskan untuk tidak meneruskannya pada masa ini kerana jadual penghantarannya yang tidak memuaskan hari kerajaan Malaysia. Mereka perlu kembali dengan jumlah yang lebih banyak dan jadual penghantaran yang lebih pantas,” katanya.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba yang turut sama dalam sidang media itu berkata, suntikan dos kedua vaksin Pfizer-BioNTech akan diberikan mulai Rabu ini.

Malaysia memulakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan pada 24 Feb lepas dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima suntikan pertama daripada dua dos vaksin Pfizer-BioNTech.

- Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2021 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
The things that have got people concerned about this vaccine are perhaps how fast it is developed; the ability of the virus to mutate, not once but a few times, creating new variants; and whether the current vaccines would work in protecting people from the new variants. Some conditions pun blm ada cukup data e.g. yg ada auto-immune diseases/immunosuppression yg boleh jamin safety in taking the jab. But, i think those yg healthy, or yg ada comorbidities yg dah dinyatakan selamat utk mengambilnya, shld hv no qualms la to get vaccinated

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2021 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Jujur masih ragu2 tapi dah daftar vaksin. Harap semuanya baik2 saja
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2021 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap xde mudarat bila inject nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2021 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Scheherazade replied at 17-3-2021 08:34 PM
The things that have got people concerned about this vaccine are perhaps how fast it is developed; t ...


Agree, should not make it too complicated. Probably should consider technology now is advanced.
A fast track due to world wide coorperation, sharing data and expertise.  Time is luxury,  world cannot afford to wait.  
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2021 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
me12345 replied at 20-3-2021 06:11 AM
Harap xde mudarat bila inject nanti...

Kak & niece helok2 saja...awal2 derang frontliners dah dpt suntikan...ni yg dos ke 2 plak...
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2021 02:40 PM | Show all posts

Eropah teruskan semula penggunaan vaksin AstraZeneca

Mac 19, 2021

(Gambar fail) Vaksin AstraZeneca - FOTO EPA



PARIS: Perancis dan Jerman bersedia untuk meneruskan semula penggunaan vaksin AstraZeneca, hari ini, selepas pengawal selia Kesatuan Eropah memberikan lampu hijau terhadap suntikan berkenaan.

Sejak beberapa hari lalu, tercetus kekecohan berhubung vaksin berkenaan dikaitkan dengan risiko darah beku yang menyaksikan sebilangan negara dari Venezuela hinggalah Indonesia menghentikan sementara program imunisasi menggunakan AstraZeneca.

Keadaan itu sekali gus menjejaskan usaha vaksinasi penduduk di serata dunia bagi mengekang penularan COVID-19 yang sudah meragut lebih 2.6 juta nyawa.

Sepanyol, Itali, Belanda, Portugal, Lithuania, Latvia, Slovenia serta Bulgaria turut memaklumkan negara masing-masing akan menyambung kembali suntikan AstraZeneca selepas Agensi Perubatan Eropah semalam mengesahkan vaksin itu adalah 'selamat dan berkesan'.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula dijadual menerbitkan rumusan penilaian agensi itu terhadap keselamatan vaksin berkenaan, hari ini. Vaksin AstraZeneca ialah antara yang paling murah, selain lebih mudah disimpan dan diangkut berbanding beberapa keluaran lain, serta dilihat menjadi pilihan negara miskin.

Dalam perkembangan lain, pengawal selia ubat-ubatan di Filipina hari ini mengumumkan pihaknya meluluskan vaksin Sputnik V keluaran Russia untuk kegunaan kecemasan. Sementara itu Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, berkata pentadbirannya akan mencapai sasaran vaksinasi 100 juta penduduk negara berkenaan, berminggu-minggu lebih awal daripada yang dijadualkan.
Bagaimanapun, beliau memberi peringatan bahawa 'ia adalah masa untuk berasa optimis tetapi bukan selesa sehingga leka.' - AFP.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2021 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Bolehkah anda menderma darah  selepas mengambil vaksin Covid-19?


Jawapan :
Ya. Anda boleh menderma darah selepas mengambil vaksin Covid 19 sekiranya anda tidak mengalami kesan sampingan yang berat selepas pengambilan vaksin tersebut.

Rancang pendermaan darah anda, jom derma darah dahulu, baru vaksin.

Sumber: Pusat Darah Negara KKM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2021 07:56 PM | Show all posts
jika betul pun side effects nya adalah blood clots itu, namun rate nya sangat rendah berbanding dari rate untuk mati kena covid (2% in general, much higher in Asians, much higher in people with chronic diseases). kalau hidup pun, risiko utk dapat complications adalah tinggi eg chronic lung damage, kidney damage etc.
jadi, jikapun blood clots itu betul2 adalah directly dari vaccine itu, pertahanan dari nya adalah jauh lebih bagus dari kena risiko2 diatas

sgt ramai org2 prominent dalam dunia ini yg mati kerana covid, dan lagi ramai org prominent yg survive tetapi ada complications.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2021 07:57 PM | Show all posts
AlyaAsylo replied at 15-3-2021 09:03 PM
Dulu waswas dengan keberkesanan vaksin.. Tapi lepas dengar explanation sorang doktor india ni nama M ...

kita nak pertahanan dari vaccine itu sahaja
jika ada org2 yg unlucky dapat side effects atau mati, protection to us as individuals, or to a community as a whole, adalah berbaloi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2021 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by adila39 at 23-3-2021 07:13 AM





Dah ada dah ni bantuan dana.  How komited negara kita nak org tau vaccine ni penting @ipes2


Dana permulaan RM10 juta bagi bantuan khas kesan mudarat vaksin COVID-19

Kerajaan memperuntukkan dana permulaan sebanyak RM10 juta bagi bantuan khas kewangan kesan mudarat vaksin COVID-19 untuk rakyat Malaysia dan warga asing yang mendapat kesan sampingan serius setelah menerima vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata bantuan khas itu dibahagi kepada dua kategori iaitu bantuan khas RM50,000 sekiranya berlaku kesan sampingan serius sehingga memerlukan rawatan berpanjangan di hospital dan RM500,000 jika berlaku hilang upaya kekal atau kematian disebabkan oleh vaksin COVID-19.

Beliau ketika mengumumkan perkara berkenaan berkata dana permulaan itu adalah di bawah Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) yang diuruskan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bagi tujuan bantuan khas kewangan kesan mudarat vaksin COVID-19.

“Bantuan khas ini adalah langkah proaktif kerajaan untuk menghadapi kemungkinan jika berlaku kesan sampingan (adverse effects) daripada penggunaan vaksin COVID-19,” katanya dalam sidang media bersama Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin, di sini hari ini. – BERNAMA

https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1944170

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 07:40 AM | Show all posts
ipes2 replied at 22-3-2021 06:56 PM
jika betul pun side effects nya adalah blood clots itu, namun rate nya sangat rendah berbanding dari ...

Juruteknologi makmal perubatan meninggal dunia serangan jantung

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ia-serangan-jantung

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Mac 2021 @ 3:16 PM

Aizat Sharif
[email protected]


GAMBAR hiasan

Kangar: Seorang juruteknologi makmal perubatan Klinik Kesihatan Kangar disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung dan tidak mempunyai kaitan dengan suntikan vaksin Covid-19 yang diterimanya sebelum itu.

Pengarah Kesihatan Negeri Perlis, Dr Sirajuddin Hashim berkata, berdasarkan rekod perubatan, arwah yang berusia 42 tahun mempunyai sejarah serangan jantung dan pernah menjalani pembedahan angioplasty sekitar 2013.

"Arwah pernah menjalani suntikan vaksin Covid-19 (Corminarty) dos pertama pada pagi 2 Mac lalu dan tidak mempunyai sebarang kontraindikasi dan pemerhatian selepas vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) tidak menunjukkan kesan sampingan.

"Pada hari pertama selepas suntikan, dia hanya mengadu rasa lenguh pada bahagian tangan di tempat suntikan serta disertai gejala pening tetapi dia masih boleh menjalankan tugas seperti biasa.

"Malah, dia masih meneruskan tugasan hariannya seperti biasa selepas didapati tiada sebarang masalah kesihatan dihadapinya pada hari kedua selepas proses suntikannya itu sehinggalah Jumaat lalu," katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Beliau berkata, pada awal pagi semalam, isterinya yang juga seorang doktor pakar mendapati mangsa mengadu sakit dada dan sesak nafas.

"Mangsa turut mengalami sawan serta tidak sedarkan diri selepas itu yang mana bantuan awal menerusi CPR (bantuan pernafasan mulut ke mulut atau cardiopulmonary resuscitation) dilakukan di rumahnya sebelum mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar.

"Disebabkan keadaannya itu, mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma, HTF serta menjalani aktif resusitasi namun mangsa gagal diselamatkan," katanya.

Dr Sirajuddin berkata, berdasarkan simptom, tanda klinikal dan kes, pakar kecemasan mengesahkan bahawa kematian mangsa adalah disebabkan oleh serangan jantung dan tidak mempunyai kaitan dengan vaksinasi Covid-19.

"Kita menyeru orang ramai supaya tidak menularkan maklumat yang tidak tepat dan tidak sahih.

"Ini bertujuan bagi mengelakkan salah tanggapan masyarakat terhadap vaksin Covid-19," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2021 09:58 AM | Show all posts
ipes2 replied at 22-3-2021 06:57 PM
kita nak pertahanan dari vaccine itu sahaja
jika ada org2 yg unlucky dapat side effects atau mati ...

Bod sinun...


Brian Lian, who is a frontliner at Sarawak General Hospital had tweeted a screenshot of his vaccination page on the MySejahtera app. He has received his second dose yesterday and a digital certificate has been issued as proof of vaccination.

If you look at the checklist, he registered for the vaccine on 25th February and he was eligible for the vaccine the very next day, which is also the same day he got his first jab. As a frontliner, he’s among the first in line to receive it.

The digital certificate will display the vaccination location and details of the two shots. As shared in Brian’s screenshot, the certificate also indicates the time and date as well as the vaccine that was used along with the batch number.

As highlighted in the screenshot, he received Comirnaty, which is the brand of the vaccine produced by Pfizer-BioNTech. Pfizer vaccines require two doses with a 21-day interval.

Apart from Pfizer, Malaysia has recently started using Sinovac vaccines which also requires two doses. Unlike Pfizer, it doesn’t require ultra low temperatures for storage and it has a shorter 14-day interval between the two jabs.

At the moment, the programme is still in Phase 1 which will cover 500,000 frontliners. Phase 2 will start in April and it covers remaining frontliners, senior citizens, people with chronic diseases and people with disability. All remaining adults will be vaccinated in Phase 3 which will start in May 2021.

The vaccines are offered for free to everyone including both Malaysians and non-Malaysians. If you haven’t registered, you can do so via MySejahtera, vaksincovid.gov.my website or call in at 1-800-888-828.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2021 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 22-3-2021 06:57 PM
kita nak pertahanan dari vaccine itu sahaja
jika ada org2 yg unlucky dapat side effects atau mati ...

Niece dah dpt 2nd dos today so far so good... pasni kak de doc...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.141449 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list