CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lily_lyssa

Kata..........

 Close [Copy link]
 Author| Post time 8-9-2007 08:06 AM | Show all posts
Akhirnya,pasangan suami isteri itu mendarat di bumi Paris.Nurin berasa pelik kerana menurut Rubiah,Azizi telah pergi ke Paris sebanyak 10 kali tetapi tidak bosan dia menjejaki bumi itu.

Azizi bakal menyambut hari jadinya yang ke-34 pada minggu hadapan.Katanya dia tidak mahu menyambut berdua-duaan,tak elok dipandang orang.Huh?Kenapala plak tak elok?Dah halal perhubungan kita,cek abang oi.Nurin tersenyum ketika memikirkan perkara itu.

Nurin yang penat sudah baring di atas katil.

"Awak tak tidur ke atas kapal terbang tadi?"tanya Azizi.

"Atas kapal terbang?Saya rasa saya akan jatuh dulu baru boleh tidur."

"Hah?Maksud awak?Tidur buas?"

"Bukan,ni kapal terbang,atas dia dipanggil atas kapal terbang,Jiji,oi."

"Mana awak tau orang panggil saya Jiji?Saya tak suka,"kata Azizi.Muka kacaknya berkerut.

"Ok.Abis tu nak saya panggil abang?"tanya Nurin.

"Tak payah.Panggil Aziz je,"kata Azizi.

Aziz?Pelik suami biasanya ingin isterinya memanggil abang,ke,sayang,ke.Ni,nama je?Lantaklah.

"Ok,Aziz."
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-9-2007 08:37 AM | Show all posts
Bab 14

Nasib baik Nurin pernah belajar bahasa Perancis ketika dia di sekolah berasrama.Kalau tak,bergantung pada Azizi sahajalah untuk bergaul dengan rakyat Perancis ni.Azizi pun sudah biasa dengan bahasa Perancis tanpa perlu mempelajarinya kerana setiap kali dia berada di Perancis,bukannya sehari dua tetapi berbulan-bulan.

Nurin juga perasan yang setiap malam,dia hanya tidur berseorangan di atas katil.Azizi sering tidur di atas lantai.Apabila ditegur,dia menyinga.Jadi,baik biarkan,kata Nurin ketika Kak Piah menelefonnya.

Digantung tak bertali ke aku,ni?Nurin terfikirkan apabila Sofiah memberitahunya sesetengah isteri yang dikahwin paksa akan digantung tak bertali oleh suaminya.Takkanlah.Nurin cuba menafikannnya.

Seharusnya pasangan suami isteri yang berbulan madu pasti mesra bersama.Di mana suami,di situ isteri tetapi Azizi dan Nurin adalah sebaliknya.Nurin sering membeli-belah berseorangan,Azizi pula melawat ke tempat-tempat yang selalu dia singgah berseorangan tanpa Nurin juga.

"Gamaknya tak mengandunglah awak,Nurin,"kata Sofiah ketika Nurin menceritakan kisah suami isterinya.

Pada malam itu,Nurin melawat Eiffel Tower yang sudah dikeluarkan dari 'Seven Wonders In The World'.Azizi memberikan alasan bahawa dia sudah jelak melihat bangunan itu maka terpaksalah Nurin melawatnya berseorangan.

Ketika di Eiffel Tower,Nurin dapat merasakan bahawa ada seseorang mengikutinya.Azizi,ke?Siapa,ek?Azizilah tu.Nurin pon berhenti dan berpaling.Hazry tercegat di belakang Nurin.Nurin terkejut.Kenapa?Kenapa dia belum balik ke Malaysia?Kenapa dia ada kat sini?

Hazry menggoyang-goyangkan bahu Nurin."Adek?Adek?"

"APA?"tengking Nurin.Hazry mengetapkan giginya.Kalau ni bukan adek,mesti dah kena penampar.Hazry menahan tangannya daripada hinggap ke pipi Nurin.

Hazry meninggalkan Nurin sendirian.Nurin menarik nafas lega.Dia rasa hatinya meronta-ronta memaksa dirinya untuk mendakap dan mengukapkan kata-kata rindu kepada jejaka itu.Nasib baik jiwanya ketika itu diselubungi dendam,kalau tak pasti tubuh jejaka itu didakapnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2007 10:43 AM | Show all posts
"Aziz,naper..."Nurin baru pulang dari Eiffel Tower dan ingin bertanya sesuatu kepada Azizi tetapi hanya tersekat di kerongkong apabila Azizi sudah pun terlelap di atas sofa.Nurin menyelimuti suaminya itu dengan selimut extra.Tiba-tiba Azizi memegang tangannya dan memanggil nama 'Asila'.

"Asila,maafkan abang.Asila!"Azizi tersedar dari tidurnya dan melepaskan pegangannya."Maaf,saya mengigau,"Azizi sambung tidur.

Asila?Makwe dia?Aku rampas dia dari makwe dia,ke?Aku salah,ke?Ya Allah.Nurin mengambil wudu' dan melakukan solat sunat.Dia tidak dapat tidur apabila teringatkan nama Asila lalu mengambil laptopnya dan menyambung cerita yang tidak bertajuk itu.Taipan terhenti.Air matanya mengalir.Dia teringatkan Johari.Fikirannya berserabut dengan Asila,Johari dan Azizi.Dia sudah ketandusan idea.

Nurin memandang langit malam.Johari aku doakan kabahagiaan kau di syurga.Nurin menyeka air matanya.Esok,dia bakal bertolak ke Malaysia.Oleh itu dia ingin mengemas pakaian-pakaiannya dan juga kepunyaan Azizi.Akhirnya dia terlelap di sisi Azizi.

*******************************************************************************

Azizi membuka matanya.Ah,perempuan ini.Nasib baik aku takder serangan jantung kalau tak berjandalah kau.

Azizi berlalu untuk mandi.Selepas mandi,dia ingin mengemas barang-barangnya.Dia menatap wajah Nurin yang masih lena dibuai mimpi.Kau letih kemas barang aku?Saper suruh kemas.Bentak Azizi dalam hati.Dia mengatur semula pakaian-pakaiannya di dalam bagasi dan keluar untuk breakfast.

"Asila..."Azizi melihat gambar-gambar Asila di telefon bimbit Sony Ericsson W950i kepunyaannya.Dia juga turut menonton video yang dirakamnya ketika Asila sedang bernyanyi di atas pentas ketika Anugerah Era 2006.

Azizi menutup matanya dan melakar wajah Asila di dalam benaknya.Hatinya berdegup kencang melihat wajah Asila yang tersenyum manis kepadanya ketika kali pertama mereka bersua.

2 tahun lalu,tahun 2005

"Hi,awak ni Azizi,kan?Saya nak jumpa Auntie Rubiah,boleh tak?"Asila bertanya dengan sopan.Dia sedang berdiri di hadapan rumah Datin Rubiah.

"Ye.Mama!"Azizi memanggil ibunya.

"Eh,Asila!"tegur Datin Rubiah.

"Auntie..."

Tahun 2006...

"Mama,tolonglah.Jiji cintakan As.Tolonglah,mama,"Azizi dan Asila melutut di hadapan Datin Rubiah untuk meminta restu.

"Auntie...As nak menjadi menantu auntie.As benar-benar cintakan Jiji,"rayu Asila pula.

"Yah,terima jelah,"pujuk Datok Abdullah pula.Dia sungguh kasihan akan Asila dan Azizi.

"Tak boleh.Asila,auntie kata tak boleh.Auntie tak suka wartawan ni,"kata Datin Rubiah.

"Yah,kita pon dikelilingi wartawan juga,"kata Datok Abdullah pula.

"Tapi jarang timbul gosip.Karang,timbul gosip pasal Asila,ni,Jiji pulak yang merana.Auntie tak restu.Jiji,masuk bilik kamu.Asila,pergi.Nanti wartawan ingat Asila buat apa pulak kat sini."

Azizi membuka matanya dan melihat Nurin sedang berselera memakan roti dan mentega.Azizi tidak berselera lalu dia masuk ke lif meninggalkan Nurin yang terpinga-pinga.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2007 03:48 PM | Show all posts
Bab 15

"Mama,ummi!"panggil Nurin sambil melambai-lambaikan tangan kanannya.Tangan kirinya pula dipenuhi oleh beg-beg plastk dan bagasi.Setelah berhenti melambai,Nurin menarik bagasi Azizi dan berlari ke arah kedua-dua ibunya.Azizi pula hanya berjalan dengan tangaan kosong.Dia membiarkan Nurin bersusah payah membawa barang-barang.

"Eh,banyaknya barang Nurin beli,"kata Datin Rubiah.

"Emm...Nurin beli untuk semua orang,"Nurin bersungguh-sungguh menjawab.

"Guna duit saper ni?"tanya Datin Rubiah lagi sambil menjeling anak lelakinya yang bersiul tenang setelah bersalam dengan Nurul.

"Duit Nur...Duit abanglah,"Nurin berlagak mesra dengan suaminya di hadapan datin Rubiah.

"Duit abang?Azizi?Apesal guna duit Azizi,Nurin?Nurin kan ada duit,"kata Nurul.

"Eh,takperlah.Suaminya,kan,"kata Datin Rubiah sebelum menyuruh supirnya mengangkat barang-barang yang dibawa Nurin.

Nurul dan Rubiah berjalan di hadapan manakala Azizi dan Nurin mengikuti mereka dari belakang.

"Kenapa awak panggil saya abang dan kenapa awak kata guna duit saya?"Azizi berkata melalui sudut bibirnya agar tidak didengari oleh Nurul dan Datin Rubiah terutamanya.

"Saya tak nak diorang ingat kita tak berbaik sebagai suami isteri,"jawab Nurin,masih lagi tersenyum lebar.

Azizi mengangguk.Baik sangat ke dia ni?Azizi menatap Nurin dari atas ke bawah sambil berjalan.

"Kenapa ader dua buah kereta?"tanya Nurin..

"Oh,tu kereta korang mulai hari ni.Ummi tak nak korang ader dua kereta.Kalau Nurin kerja,Jiji hantarkan,ok!Barulah nampak lebih mesra."

"Em,"Nurul mengangguk tersenyum.

"Jadi nak gi mana ni?Rumah Ummi,ke rumah Mama?"tanya Nurin.

"Rumah koranglah,"kata Datin Rubiah.

"Rumah kitorang?"Azizi mengerutkan wajah kacaknya.

"Yeap,hadiah perkahwinan daripada mama dengan ummi,"kata Nurul.

"Dah,naik kereta,tu.Azizi pandu dari belakang tau.Oh,ye.Yang lain ader kat umah tu jugak,"kata Datin Rubiah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2007 05:38 PM | Show all posts
"Wah!"Nurin mengagumi rumah banglo di hadapannya.

"Mama ngan Ummi dah agak yang Nurin akan suka.Azizi?"tanya Nurul.

"Err...ah...Suka!Suka!"Azizi tersedar dari lamunannya.Rumah banglo ini dia pernah tengok bersama Asila.Rumah impian Asila...

Azizi,Nurin,Nurul dan Datin Rubiah masuk ke rumah banglo itu.Banglo itu benar-benar sesak dengan kanak-kanak kecil dan juga yang dewasa.

Kanak-kanak semuanya,berkejar-kejar riang di halaman dan juga di dalam rumah.Kakak-kakak Azizi semuanya letih melayan kerenah kanak-kanak itu.Mereka memuji kebaikan anak-anak Zaimi dan anak-anak Diana.Kata mereka,berdisiplin.

"Alah,budak-budak ni kalau kat rumah,hemh...Macam ada parti sleep over,"kata Diana.

"Budak-budak,"kata Naim,suami Maria.

"Bang,budak-budak pon.Kita masa budak-budak takder pulak macam tu.Berdisiplin je tau!"kata Maria.

"Kita?Takdelah.Abang macam tu jugak."Mereka semua ketawa mendengar kata-kata Naim.

"Darling,I nak orange juice,boleh?"kata Maliza dengan manja kepada suaminya,Hafiz.

"Ok,honey."

*******************************************************************************

"Nah,baju orang mengandung ni untuk Kak Za,"Nurin menghulurkan barang terakhir untuk Maliza.

"Nurin sendiri?takder hadiah?"tanya Maliza.

"Arrr...Azizi adalah hadiah paling istimewa.Happy sangat dengan dia,"kata Nurin sambil memegang tangan Azizi.Azizi memandangnya.Sejak bila pulak aku menghappykan dia?

"Phewitt..."yang lain bersiul dan ketawa,mengusik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2007 05:59 PM | Show all posts
Bab 16

"Nurin tau Aziz nak jumpa Asila,kan?Jumpalah tapi ada satu syarat,"kata Nurin apabla melihat Azizi mundar-mandir di ruang tamu.

"Syarat?Syarat aper?"Azizi berkata dengan tidak sabar-sabar.

"Beritau Nurin siapa Asila...."kata Nurin dengan tenang tanpa memandang Azizi.

"Kalau Aziz kata Asila tuh girlfriend Aziz,Nurin bagi Aziz jumpa dia?"

Nurin mengangguk,"Nurin yang salah,kan.Jadi Nurin kena tanggunglah."

Nurin salah?Takder saper salah pon.Kita dedua kena paksa.Azizi menarik nafas panjang dan menceritakan kisahnya dengan Asila.

Nurin menelan air liurnya.Aku dah merampas boyfriend artis?Huh..."Dah,pergilah.Malam ni Nurin tidur dalam bilik tetamu."

"Satu lagi...Kalau Aziz nak kawin dengan Asila,cakap kat Nurin..Nurin akan pujuk Ummi."

"Nurin sanggup?"

Nurin berkerut.Sanggup ke aku dimadukan?Tak...Nurin mengangguk dan tersenyum paksa.Azizi mengukir senyuman.Inilah kali pertama Nurin melihat senyuman di bibir jejaka kacak itu.Senyuman maut gamaknya.Nurin melihat Azizi keluar dari pintu rumah banglo itu.Nurin mengeluh.Dia sudah tidak mempunyai kereta untuk keluar lagi.Bosannya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-9-2007 06:20 PM | Show all posts
Selepas makan malam,Nurin mencapai diarinya...
Dia menulis...

Andaiku KATA ku benci dirimu,apa akan dirimu balas?
Andaiku KATA ku cinta dirimu,apa akan dirimu lakukan?
KATAkanlah...Jawablah,kasih.

Kata?Tajuk yang bagus untuk citer tu.Kata Nurin lalu mula mengarang.Kedengaran bunyi hon kereta dari luar.Nurin menjengah untuk mengetahui siapa yang datang.Azizi!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2007 06:37 PM | Show all posts
Nurin bergegas turun untuk membuka pintu.Ya Allah!Asila pun ader?Nurin terkejut melihat Azizi sedang merangkul pinggang Asila.

"Jadi,Jiji,ni ke isteri you yg you citer tu?Nurin?"Asila seperti menyindirnya.

"Yeap,"kata Azizi.

"Hi,saya Asila."

"Oh,hi.Saya Nurin,"Nurin membalas senyuman Asila.

Kejap menyindir,kejap mesra.Mana satu dia ni?Fikir Nurin.

"Maaf,ye.Korang berbualla.Nurin nak pergi mengarang,"kata Nurin.

"Mengarang?Nurin Azriana?"panggil Asila.

"Ah,ye.Ye,saya."

"Oh,awak author kegemaran saya,kalau awak nak tau,"kata Asila bersungguh-sungguh.

"Oh,ye ke?Saya tengah mengarang citer baru sekarang ni.Citer tajuk 'Kata',"kata Nurin sambil menghadiahkan senyuman menghargai kepada Asila.

"Tak sangka akan jumpa awak.Boleh saya bacer citer tu?"tanya Asila.Matanya penuh sinar harapan.

"Boleh."

"Jiji tunggu sini je,ke?"tanya Asila apabila Azizi tidak turut serta.

"Takperlah,As.Jiji penat,"kata Azizi lalu baring di atas sofa dan menonton televisyen.

*******************************************************************************

"Nurin tau tak yang Asila ni memang pandai feeling,jadi bila Asila bacer citer 'Kaulah Debu Dalam Hidupku'tu,Asila bengkak mata,tak jadi buat rakaman.Malu wartawan nampak,"kata Asila selepas membaca beberapa perenggan cerita 'Kata'.

Nurin ketawa mendengar cerita Asila yang bergelar seorang artis.Petah benar orangnya.

Tiba-tiba bunyi dengusan mengacau perbualan mereka.Azizi mendengus kuat.

"Jiji,naper?"tanya Asila.

"As,skang dah kul 12.Nak tidur sini,ke?"tanya Azizi.

"Ermm,Jiji.Boleh gak.As nak tidur dalam ni,lah.Borak-borak,"kata Asila manja dan mencium pipi Azizi sebelum Azizi masuk tidur.

"Maaf,ye.Azizi memang.Kalau I ader kat sini,sebelum tidur dia suruh cium baru terlena,"jelas Asila.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-9-2007 06:38 PM | Show all posts
letis....
aper lagik,ekk??
nak buat dia bermadu ke tak?
compius!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2007 06:39 PM | Show all posts
:geram:
kompius bebenor
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2007 06:50 PM | Show all posts
ponin..
cerita ditangguhkan...
sori...
ari senin baru boleh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2007 09:22 PM | Show all posts
Bab 17

"Asila,bangun.Asila boleh semayang?"tanya Nurin sebaik sahaja Asila mencelikkan matanya.

"Hemm...Nape lak Asila tak boleh semayang?"Asila berkata dalam kemamaian.

"Asila,Asila.Sedarlah,"Nurin menggoyang-goyangkan bahu Asila dengan lembut.

"Ah..Aper?"Asila menggosok-gosok matanya.

"Subuh,Asila."

"Ah,alamak!Asila nak ambik air semayang dulu,"Asila bergegas masuk ke dalam tandas.

*******************************************************************************

"Asila,makan."

"Kenapa Kak Nurin layan saya baik jer?"tanya Asila sambil menghidu lauk-pauk yang dihidangkan.

"Tetamu,"Nurin membalas ringkas.

Asila melakar senyuman dan berkata,"Asila nak pergi panggil Jiji,ye!"

"Azizi pon kena kejut ke untuk semayang?"

"Takderlah.Dia biasanyer akan membaca Al-Quran lepas semayang.Kadang-kadang tak ingat dunia.Khusyuk sangat.Dia kata dia rasa tenang.Lebih tenang daripada da ada dengan saya,"jelas Asila dengan bersungguh-sungguh.

Nurin tersenyum.Bertuahnya isteri Azizi ni.Eh,akulah,kan?Hikhik.

*******************************************************************************

Nurin makan di dapur,meninggalkan Asila dan Azizi makan bersama-sama di ruang makan.Nurin memang ingin makan bersama Asila tetapi apabila melihat renungan tajam Azizi,dia membatalkan niatnya.

Dia tiada selera untuk makan dan memandang sayu pokok-pokok di belakang rumahnya.Hijau yang menyenangkan.Itulah cara untuk mencuci mata wanita.Lelaki...hemm...

Entah kenapa,bayangan Hazry menerpa fikiran Nurin.Nurin memejamkan matanya rapat-rapat.Kenapa dia yang datang?Ya Allah.Bantu aku menghapuskan dia dari hidup ini,Ya Allah.Nurin memicit-micit kepalanya,terasa pening.

"Kak Nurin tak pape?"tegur Asila yang sedang masuk ke dapur sambil membawa beberapa pinggan.

"Tak."

"Hem...Kak Nurin nampak pucat.Sakit,ye?Cakaplah kat Jiji,mesti dia bawak akak ke klinik."

"Ala,saperlah akak nak mintak tolong buah hati Asila,tu,"sindir Nurin.

"Akak,saya cuma BAKAL isteri kedua,je.Akak tu bini pertama.Yang lebih berhak."

"Ye,ke?Takderlah.Mana ader.Akak kawin dengan Azizi sebab mama suruh.Azizi pulak sebab ummi.Azizi ader citer pasal korang nak mintak restu ummi,tapi tak dapat.Akak kesian jadi akak rela dimadukan.Lagipun nanti akak bakal dapat payung emas tau!"Nurin berlagak tenang sedangkan hatinya sedang berkocak apabila dirinya bakal dimadukan.

*******************************************************************************

[ Last edited by  lily_lyssa at 9-9-2007 09:25 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2007 09:40 PM | Show all posts
"Jiji,As nak balik dah.As ader rakamanlah,"Asila bersuara setelah menonton televisyen agak lama.

"Nak balik dah?Jiji...Takperlah.Ok miss you and love you,"Azizi mengukir senyuamn yang menggoda.

Nurin terpaku selepas mendengar kata-kata Azizi.Miss you and love you?Hazry sering...Nurin mengalirkan air matanya.

"Kak Nurin,kenapa?"Asila menggoyangkan sedikit bahu Nurin.

Nurin menyeka air matanya dan berkata,"Takderlah.Dah,Asila nak pergi dah kan?Ader masa jemput datang sini."

*******************************************************************************

"Kau pandai berlakon,ye!Depan Asila,buat baik.Kata rela dimadukan.Dalam hati,apa yang kau cakap pasal Asila,hah?"bentak Azizi tiba-tiba.

Nurin menjadi kecut.Apa yang telah dilakukannya sehingga Azizi memperlakukan dia sebegitu?Sekejap dilayan biasa sekejap dicabar dan sekarang,ditengking pula.

"Takder aper-aper yang saya fikirkan.Cuma..Cuma saya masih ragu-ragu untuk dimadukan,"Nurin menjawab dengan jujur.

"Kalau macam tu,mintak cerai.Dengan rela hatinya aku akan menceraikan kau!"kata Azizi sebelum mengambil kunci kereta dan berlalu.

Nurin mengeluh.Entah pulang ke tidak,budak itu pada waktu malam nanti.Nurin menukar siaran televisyen dan mendagu.Kalaulah,Johari yang aku kahwini sekarang,pasti aku lebih bahgia...Nurin menangis teresak-esak keseorangan di ruang tamu kerana teringatkan Johari yang pernah terlantar di hospital beberapa minggu yang lalu.

[ Last edited by  lily_lyssa at 9-9-2007 09:52 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2007 08:35 AM | Show all posts
Bab 18

"Kak Ara,macam mana kaki?"tanya Hazry sambil menolak kerusi roda yang diduduki Umaira.

"Nak macam mana lagi?Lumpuh macam ni jugaklah,"balas Umaira mesra.

"Kak Ara biasa jer?Kak Arakan ketua pramugari.Kerjaya yang Kak Ara impikan dah musnah sebab accident dulu,"Hazry mahu Umaira meluahkan isi hati kerana dia mengasihani Umaira yang ditinggalkan suami kerana kelumpuhannya sekarang.

"Nak buat macam mana.Allah dah tentukan kalau Kak Ara pilih jadi pramugari,Kak Ara akan jadi begini,"Umaira mengeluh dalam.

"Macam mana?Dah tahu penyebab kapal terbang tu terhempas?"tanya Umaira.

"Belum lagi.Polis kata mungkin sabotaj."

"Sabotaj?Bodohnyer orang yang nak sabotaj tu.MAS yang nak bankrupt pon nak berdengki,"kata Umaira.

"Macam mana pulak dengan adek?"Umaira tahu sekalipun Hazry akan berkahwin sebulan lagi,tapi hatinya tetap dengan Nurin.

"Dia dah kawin,kak."Hazry menutup matanya dan mengetapkan gigi.

"Geram?Naper tak berterus terang je ngan suaminya.Ingat Hazry,demi cinta kau harus kuat.Kau jelaskan,je.Bukan runtuhkan rumah tangga orang.Sekurang-kurangnya korang akan berkawan.Lebih baik daripada tak bercakap langsung,kan?" pujuk Umaira.

"Kak Ara..."Hazry terkedu.

"Aper?"

Hazry memeluk Kak Ara dan mengalirkan air matanya."Kenapa?Aper salah Hazry?Kenapa adek bencikan sangat Haz?Hazry cintakan sangat dia tapi dia cepatnya lupakan Hazry.Salahkah Haz nak bahagiakan Tia sebelum dia meninggal?Salah ker?"

Umaira menepuk belakang Hazry."Haz,Haz tak cakap kat dia macam mana dia nak tau?"

"Haz tak boleh cakap dengan dia.Bila duduk dekat dengan dia,bibir Haz terkunci.Haz nek bertentang mata dengan dia pon tak boleh."

"Naper?Jiwa lelaki Haz tergugat?Dengan Kemanisan dia?Ingat Haz,beauty is only skin deep,"pujuk Umaira sambil memandang tepat anak mata Hazry.

"Kak Ara ingat dia jahat ke?Dia baik kak.Kitorang berjumpa masa..."

*******************************************************************************

Julai 1980

"Hazry!"jerit ayah Hazry apabila melihat Hazry berada di tengah jalan kerana mengejar kucingnya.Sebuah lori bergerak laju ke arah Hazry.Hazry terpaku kerana terkejut.

Tiba-tiba seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 4 tahun menarik Hazry daripada terus berdiri di tengah jalan itu.Kemudian,tersenyum lalu berlari ke arah sebuah rumah banglo yang besar di tepi jalan itu.

"Haz tak pape?"tanya ayah Hazry.

"Tak."jawab Hazry yang berumur 7 tahun ketika itu.

"Nasib baik anak jiran baru kita tu selamatkan Haz."

"Jiran baru?"

"Em..Kelmarin diorang pindah.Haz dah ada kawan baru tapi,dia kecik sangat kot."

"Takderlah.Dia comel,"kata Hazry sambil tersenyum.

"Gatalnya anak ayah ni."

September 1980

"Happy birthday,Nurin,"kata Hazry di parti hari lahir Nurin.

"Timer kasih."

Nurin membuka pembalut hadiah itu."Wah!"Nurin mengeluarkan teddy bear yang berada di dalam kotak hadiah.

"Suker?"tanya Hazry.

"Emm..Suker sangat.Mama!Mama!Tengok abang Haz adiahkan teddy bear yang Nurin mintak ngan mama tapi mama tak bagi tu!"

"Wah!Timer kasih Haz!Haz jom tengok Nurin potong kek,"Nurul mengajak Hazry setelah Nurin berlari ke arah meja besar.

"Macam mana?Dah bagi?Dia suker?"tanya ayah Hazry.Hazry mengangguk.

Hazry berlari ke arah meja makanan itu dan tiba-tiba dia tersungkur.Dia menangis.Ayah Hazry mendukungnya ke dalam rumah Nurul.

"Naper ngan abang Haz pak cik?"tanya Nurin apabila melihat Hazry menangis teresak-esak dan lutut serta sikunya berdarah.

"Dia terjatuh.Ader kotak kecemasan,tak?"tanya ayah Hazry.

"Ader.Kat dapur."

Ayah Hazry menuju ke dapur.Nurin pula menghulurkan tisu kepada Hazry untuk mengelap air matanya.Nurin kemudian pergi memotong keknya.Dia kemudian membawa sepinggan kek untuk Hazry.Dia menyuapkan kek itu ke dalam mulut Hazry.Apabila dia terlihat darah di lutut Hazry mengalir,dia mengambil tisu dan mengelap darah Hazry perlahan-lahan.Akhirnya,ayah Hazry datang dan membawa kotak kecemasan.

"Terima kasih,Nurin.Baik Nurin,ye!"puji ayah Hazry.

"Riz,mestilah Nurin ni baik.Tengok ayahnya saper,"usik Suhaimi.

Hariz tersenyum lalu meletakkan plaster pada luka Hazry dan membangunkannya.Nurin tersenyum lagi ke arah Hazry dan kemudian berlari ke arah Naufal sambil memegang teddy bearnya dengan kemas.

Hazry sudah jatuh cinta pandang pertama walaupun dia masih terlalu kecil untuk memahami erti cinta.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2007 09:26 AM | Show all posts
Ketandusan idea!!!!!!!!!!!!
  nak buat macam mana ni?
Nak buat Nurin dengan saper????
Kekalkan rumah tangga ngan Azizi??
Hazry??
kompius amat!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2007 03:33 PM | Show all posts
erk...
jgn la biarkan nurin dimadukan...
btla azizi merana ckit..
tuk menarik perhatian nurin biler nurin abaikan dier..
hehehehehe..
just bg idea....
tp kalo nak bt d'madukan pon leh gak..
tp tnjkkn kebaikan nurin pada dia org...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-9-2007 02:37 PM | Show all posts
thx..
Lily appreciate idea elyna tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2007 03:37 PM | Show all posts
Bab 19

"Ma,Nurin rasa Nurin nak kerjalah,"Nurin berkata kepada Nurl melalui corong telefon.

"Nak kerja?Kerja aper?Kerja author tu tak cukup lagi,ke?"

"Entahlah.Nurin rasa Nurin dah ketandusan idea lah nak buat citer lain,"kata Nurin lagi.

"Takkan nak tinggalkan bidang penulisan ni macam tu,je?"

"Entahlah."

"Nurin,fikir elok-elok,nak!Ni masa depan kau.Untuk keluarga.Kalau kerja author blehla luangkan masa untuk keluarga jugak."

"Keluarga...."Nurin mengeluh dan menyambung,"Takperlah,ma.Nurin nak kemas rumah jap."

"Keluarga?Azizi?Adakah dia layan aku sebagai salah seorang daripada keluarga?Tak..."Nurin memandang langit biru melalui tingkap rumahnya.Matanya kian berkaca.

Dia kemudian mengambil sebatang penyapu dan penyodok.Dia mengemaskan ruang tamu dan mengubah kedudukan perabot sendirian.Dia menyapu lantai dan menuju ke dapur pula.Setelah itu,dia menuju ke tingkat atas.

"Apa nak kemas kat bilik ni?"Nurin berkata sendiri sambil melihat bilik tidurnya yang sudah kemas."Bilik Azizi?"Nurin teragak-agak untuk masuk ke bilik Azizi.Kakinya menuju ke pintu bilik Azizi yang berhadapan pintu bilik Nurin.

"Ya Allah!Bersepahnya,"Nurin hampir terjatuhkan penyapunya.Dia mencapai bantal yang terletak di atas meja solek."Bantal pon dok kat atas meja solek.Cam mana dia tidur ni?"Nurin membetulkan kaca matanya dan meneruskan kerjanya.Nurin menyelimuti tilam di atas katil dengan comforter yang ditemui di bawah katil.Nurin membuka almari Azizi pula.

"Dia tidur dalam almari jugak ke?"Nurin terkejut melihat segunung pakaian di dalam almari itu,berkedut-kedut.Mengalahkan kulit nenek,terdetik hati Nurin.

Akhirnya Nurin meninggalkan bilik berwarna hijau cair yang sudah bersih dan kemas.Nurin meletakkan penyapu dan penyodok ke dalam stor bersaiz kecil di dapur.Akibat keletihan,Nurin membaringkan tubuhnya di atas sofa dan terlena.

*******************************************************************************

"Tertidur pulak dia?"Azizi memandang Nurin yang tertidur keletihan.Azizi mengatur langkah ke biliknya.Alangkah terkejutnya dia apabila melihatnya biliknya sudah kemas.Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering.Nama Asila terpampang di skrin telefon bimbit itu.

"Hello,As."

"Nak buku catatan harian?kat mana?Tertinggal dalam bilik Nurin?Jap..."

Azizi masuk ke bilik Nurin dan terlihat dua buah buku catatan di atas katil.Azizi mencapai buku catatan yang berada di atas sekali.Diari Nurin?Azizi membelek-belek diari Nurin dan terlihat nama sepupunya yang sebaya dengannya,Johari.

Panggilan Asila di telefon,mematikan lamunan Azizi.

"Ye,nanti Jiji antarkan kat umah As,ok!"

Azizi baring di atas katil dalam bilik Nurin dan membaca diari Nurin dari muka surat pertama yang dimulai pada tahun 1999.Catatan di dalam diari itu ringkas tetapi mendalam maknanya.Begitu tersurat dan tersirat sehingga naik pening Azizi yang cuba memahami isi diari itu.

Jo,
pada hari ini,hujan amat lebat.
Tak pernah Nurin terfikir akan hujan selebat ini...
Mama cuba menghulurkan payung kepada Nurin tetapi..
Ianya sia-sia.
Kenapa Jo nak tinggalkan alam ini tanpa Nurin di sisi...

Hujan?Hulur payung?Dia makwe Jo ke?Jo tinggalkan alam?Memang...Dia dah meninggal...Saper Ab ni?Dua kali patah hati?Kalau termasuk aku?TIGA!Perasaan kasihan mencengkam jiwa Azizi.Dia meletakkan diari Nurin itu dan mengambil buku catatan harian Asila untuk dihantarkan kepada kekasihnya itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2007 08:51 PM | Show all posts

Ciput akk...Internet rusaks...Whatever..Slamat berpose sumer!!

Bab 20..

Nurin menyediakan makan malam dan membuka televisyen.Dia membuka Hitz Channel dan lagu 'When You're Gone' membingitkan suasana malam di rumah Nurin.Nurin turut bernyanyi mengikut rentak lagu.

When you're gone
The pieces of my heart are missing you
When you're gone
The face I came to know is missing too
When you're gone
The words I need to hear to always get me through the day and make it ok
I miss you

I've never felt this way before
Everything that I do reminds me of you
And the clothes you left, they lie on the floor
And they smell just like you, I love the things that you do

When you walk away I count the steps that you take
Do you see how much I need you right now

Bunyi loceng mengejutkan Nurin yang leka menyanyi.Nurin terpinga-pinga.Saper?Pukul 8.30 dah ni.Azizi?Mama?Ummi?Nurin memusingkan tombol pintu dan wajah Hazry yang sendu jelas terpampang di muka pintu.

"WHY THE HELL ARE YOU HERE?"tengking Nurin sambil menolak Hazry dengan kasar.

"Adek...Azizi ader?"tanya Hazry.

Nurin terkedu.Azizi?Naper dia tanya?"Err..Nape?"

"J..Jo..Jo ader suruh I bagi sesuatu kat dia lepas dia mati.."Hazry tergagap-gagap membalas.

Nurin menggigit bibirnya dan menutup mata."Jo..."sayu suara Nurin menyebut nama itu.Air matanya mengalir."Ab tau pasal penyakit Jo dari awal?NAPER TAK CAKAP KAT NURIN!"

"Kalau ab cakap...Nurin nak buat apa?Nak tinggalkan dia?Nak kawin terus ngan dia?"

Nurin tergamam tetapi air matanya kian deras mengalir.Aper yang harus aku jawab?"Bahagiakan dia.."Nurin menjawab dengan teresak-esak.

Hazry mengangguk.Dia menggegam tangannya kemas dan memujuk hatinya agar tidak menyeka air mata Nurin.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2007 09:31 AM | Show all posts
besh gak cter ni..
lily..
smbg lg plizz...
ciannye nurin..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.048211 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list