CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: adiratna

Michael Ang meroyan pasal zubir BH dekat KEEK

[Copy link]
Post time 27-5-2013 07:29 PM | Show all posts
kelakarla cara michael ang explain..tak rasa sakit hati pun..haha..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2013 08:02 PM | Show all posts
miracle_forever posted on 27-5-2013 10:55 AM
Tp dlm paper smlm, zubir lahar gak si michael ang ni sbb katanye that was not the first yime he wore ...

Kan? Maybe ramai org and artis2 duk complain kat Zubir all this while and end up Zubir lah yg kena sbb dia yg tulis kat newspaper tuh..

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2013 08:06 PM | Show all posts
Siapa michael ang? Tepek gambar
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2013 08:26 PM | Show all posts
yg penting Michael Ang mesti bagi Ang Pow bsau punya kat anak Rosyam
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2013 08:36 PM | Show all posts
InVendeTTa posted on 27-5-2013 02:08 PM
seriously aku x paham kenapa kebanyakkan org cina asek pakai slua pendek ngan tshirt je even majlis2 ...

sebab majlis2 kat malaysia, terutamanya yang buat kat rumah, selalunya tak da dressing code.
Dah jadi kebiasaan rakyat malaysia ada 'tak apa' attitude... tuan rumah selalunya 'tak apa' dengan pakaian guest asalkan datang makan, dan guest pun 'tak apa' datang asalkan memenuhi jemputan tuan rumah.

Alah, samalah macam orang2 melayu yang lelaki... datang majlis kahwin pakai t-shirt, jeans dan selipar jepun ja...  atau yang perempuan masuk akad nikah kat masjid tapi pakai kebaya terjojol-jojol sampai nampak lemak seluruh badan...  
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2013 08:46 PM | Show all posts
korang tidak tau kekadang macam mana keadaan terdesak
bila pakaian tidak sesuai untuk majlis
kita pulak terlupa
kaka pernah ada kes gini, balik2 lalu rumah orang tu
tengok  majlis tengah  berlangsung..
driving another 50KM just to get dress accordingly is out of question le
by then, majlis pun dah over, no choice kaka pergi je lah..mujur orang sudah very kurang
jeans dan tshirt muslimah jer pun..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-5-2013 01:50 AM | Show all posts
coba2lah wartawan kat mesia tulis pasal kebaikan orang, cth pasal artis gi gotong royong ker, gi rombongan gaza ker, cuci surau ker,  ni sker nau tulis pasal keburukan org, suka laga2kan orang..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2013 07:30 AM | Show all posts
Selasa Mei 28, 2013

Michael Ang Jawab Berseluar Pendek Ke Majlis Sanding Anak Rosyam

Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI


Michael sudah memohon maaf dan menjelaskan situasi sebenar kepada Rosyam.

PETALING JAYA: Pengarah drama dan peserta program MasterChef Selebriti Malaysia iaitu Michael Ang kesal apabila dituduh tidak kesedaran sivik gara-gara hadir dengan berseluar pendek ke majlis perkahwinan anak perempuan pelakon Rosyam Nor pada 18 Mei lalu.

Ketika dihubungi mStar Online, Michael turut melahirkan rasa kecewa dengan laporan yang disifatkan berat sebelah tanpa mendapatkan penjelasannya terlebih dahulu kenapa dia berpakaian sedemikian untuk ke majlis berkenaan.

"Saya tidak marah apabila ditegur tetapi untuk mengatakan saya tiada kesedaran sivik adalah suatu tuduhan yang agak melampau kerana saya ada sebab tersendiri mengapa hadir dengan berseluar pendek.

"Malah saya sudah memohon maaf kepada Rosyam dan menjelaskan kepadanya sebab-sebab saya berimej sedemikian pada hari bahagianya untuk mendapat menantu itu," katanya.

Michael mengulas mengenai laporan yang mengkritiknya tidak mempunyai kesedaran sivik apabila tampil dengan berseluar pendek pada majlis perkahwinan anak Rosyam, Arniesha Azureen dengan pasangannya, Mohd Hafiz, di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur.

Menjelaskan perkara itu, Michael berkata, pada hari berkenaan dia sedang sibuk di lokasi penggambaran drama terbaharunya berjudul Sweet Lola dan menyangka majlis berkenaan berlangsung pada Ahad dan bukannya Sabtu.

Bagaimanapun selepas dihubungi pelakon Sharifah Shahora tentang majlis berkenaan, baru dia menyedari acara itu berlangsung pada hari Sabtu selepas disahkan sendiri oleh pembantu peribadinya.

"Saya ingatkan majlis itu pada hari Ahad tetapi selepas Shahora telefon dan ia turut disahkan oleh pembantu peribadi, saya tekad untuk pergi kerana sudah berjanji dengan Rosyam untuk hadir.

"Sudah tentu saya malu dan menganggap ia tindakan kurang sopan kerana berseluar pendek tetapi kerana kesuntukan masa saya tiada pilihan lain sebaliknya mahu memenuhi janji," jelasnya.

Tambah Michael, dia pada mulanya mahu membeli pakaian baru tetapi kerana kesuntukan masa dia hanya menukar baju dan seluar yang ada dalam keretanya.

Dalam perkembangan sama, Rosyam Nor ketika dihubungi berkata, beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan penampilan Michael pada majlis persandingan tersebut.

Jelas Rosyam, Michael juga telah memohon maaf kepadanya dan menjelaskan sebab kenapa dia tampil berseluar pendek pada majlis berkenaan.

"Saya tiada masalah dengan perkara itu dan pada saya ia bukan satu isu besar. Paling penting dia hadir ke majlis tersebut," ujarnya.

Rosyam juga memberitahu beliau akan mengadakan satu lagi majlis resepsi untuk anaknya pada 9 Jun depan di Bangsar, dekat sini.



Credits: mstar.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2013 07:31 AM | Show all posts
sunshinelady posted on 27-5-2013 08:06 PM
Siapa michael ang? Tepek gambar




ni kakak die


Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2013 08:09 AM | Show all posts
kalau majlis kat kg bawah khemah oklah kot pakai suar pendek.. ni majlis kat dewan elit... memang confirm tak de kesedaran sivik.. apa dalam kereta ko memang ko tak pernah spare baju elok elok kalau ada kontijensi events ke..

sapa kata cina memang pi event pakai selekeh macam tu.. aku sll gak pi weeding kengkawan cina.. dorang vogue de vass ko.. tak de nyer cina sayur pakai suar pendek ni.. ni semua poyoooo
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2013 08:19 AM | Show all posts
@maxim  pengsan akak gelak.kang ade la yg ingat nyonya tu betul2 kakak michael
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2013 08:21 AM | Show all posts
@sweetfasha  kalau kenduri kt rumah biasa, mmg pemandangan biasa cina2 ni dtg pakai short selebet gile.normal ok.tp kalau kwn2 i, mmg i pesan, dress accordingly.dress labuh paras lutut pun ok dh.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2013 08:42 AM | Show all posts
aku nk tggu satu jer...pondan zubir hentam nyah azwana..baru bertemu buku & ruas..nk tgok pondan sama nyah gaduh tarik rambut smpai terlondeh

*perkenan kan lah
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2013 08:44 AM | Show all posts
kalo cina menjoyah macam kelakaoo
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2013 09:06 AM | Show all posts
maxim posted on 28-5-2013 07:31 AM
ni kakak die

errr... betul ke? ke uols main2?

Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2013 09:08 AM | Show all posts
micheal ang ni mmg lawak.... kalo dia ngan enot... mak suka dia lagi.. enot tu meroyan lagi teruk sampai mak pikir... kenapala dia x kuar dr mcs2 hari tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2013 11:19 AM | Show all posts
hahaha! aku pernah pergi kenduri kawin kawan aku pakai seluar track ngan tshirt je sebab aku ada family day aritu..takde sapa kecoh pon..tapi memang la sapa nak kecoh sebab aku bukan artis meletop kan...hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2013 12:02 PM | Show all posts
zubir ni sebenarnya bermasalah dengan suar pendek maikel eng ke, atau bermasalah dgn maikel sndri? Bukannya maikel tu datang dari hutan; harusla dia tau cara berpakaian yang kena pada majlis, udah dia pilih nak datang dengan gaya macam tu..suka hati mak bapak dia la...kalau malu pun, bukan ko yang malu...diaa jugak...jahat tul tulisan zubir tu...yang terlebih patut ko tegur dan ko kutuk ialah retis2 Melayu Islam yang dedah aurat tu bukan org cam maikel eng....tu si syanie suka bersuar pendek dalam mcs ko tak nak kata apa lak ? termasuk che ta yang manjang berskirt mengalahkan barbie doll, ko tak nak lahar dia???
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2013 12:06 PM | Show all posts
maxim posted on 28-5-2013 07:31 AM
ni kakak die

nok auntie ni dh mati taw kena kanser dlm thn 2010 kot
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2013 02:34 PM | Show all posts
kak fon kak fon ni memang suka gadoh benda remeh temeh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:32 AM GMT+8 , Processed in 0.055487 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list