|
aduhhhh sedihnya nurin....mesti macam2 halangan yg bakal diharungi oleh mereka....adakah mereka kekal sbg pasangan suami isteri??? atau takdir tidak menyebelahi mereka..
|
|
|
|
|
|
|
|
sebagai ganti weekend
Bab 19
Nurin kembali bertugas dengan hati separa rela kerana meninggalkan Zuhrin sendirian di rumah. Zuhrin menghantar dan bakal menjemputnya daripada kerja, setiap hati. Ciuman dan pelukan setiap kali bertemu dan berpisah memberikan sedikit semangat buat Nurin yang separuh rela.
“Kerja elok-elok tau, jangan asyik nak berkhayal ingatkan saya.” Zuhrin sempat mengusik Nurin, sebelum isterinya melangkah turun daripada kereta.
Nurin mencebikkan bibirnya, kononnya merajuk dengan usikan Zuhrin. Cebikan Nurin disambut dengan cubitan manja oleh Zuhrin di pipi kanan Nurin. Mereka ketawa bersama. Nurin melambai Zuhrin sebelum melangkah masuk ke pejabat.
Senyuman tidak lekang dari bibirnya, hatinya seakan terbuai.
“Amboi...mentang-mentang la cik abang dia ada sini, senyum meleret. Tak lenguh ka chek oii.” Usik Zaim apabila senyuman terukir di wajah Nurin sepanjang hari.
Meja Nurin yang agak terasing dari teman-teman yang lain memudahkan Zaim mengusiknya tanpa perbualan mereka didengari oleh teman-teman yang lain.
Zaim dan keluarganya telah diperkenalkan dengan Zuhrin semasa kenduri menyambut kepulangan Zuhrin yang lalu. Zaim seronok melihat Nurin yang selalu gembira, tak seperti Nurin yang dikenalinya selama ini. Mungkin Nurin berasakan kehidupannya sudah lengkap, tidak sendirian lagi.
“You tak suka ka tengok I happy?” Saja Nurin memprovok Zaim.
“Memang la I suka. Tapi jangan haraplah you nak stayback kat office macam biasakan? Hilanglah pekerja I yang paling komited.” Zaim buat muka kasihan.
Nurin mencebik bibir mendengar kata-kata Zaim.
Nurin memang dikenali sebagai antara pekerjanya yang sangat komited dengan kerjayanya.
“Tau pun. So jangan suruh I buat kerja banyak-banyak dan jangan bagi I projek baru. I nak berehat.” Nurin mengingatkan Zaim dalam nada bergurau.
Tapi Zaim tahu, Nurin memang memaksudkan kata-katanya. Sebagai orang lama, pasti Nurin ingin menikmati saat-saat indah bersama suaminya sekarang. Zaim juga tidak mahu menjadi seorang majikan yang kejam dan tidak bertimbangrasa kepada pekerja bawahannya. Dia mahu semua pekerja di bawah jagaannya bekerja dalam keadaan sepenuh hati dan seronok. Dia sentiasa terbuka untuk apa saja perbincangan.
Menanti pukul 5.30 petang bagaikan satu penyeksaan kepada Nurin yang selama ini tidak pernah mempedulikan waktu yang berlalu. Tepat 5.30 petang Zuhrin menghantar mesej memberitahu dia telah ada di lobi untuk menjemput Nurin. Cepat-cepat Nurin menghilangkan diri tanpa sempat dikesan oleh teman-temannya yang lain, termasuk Zaim.
“Assalamualaikum.” Nurin memberi salam sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kereta.
Tangan Zuhrin disalami dan dicium. Zuhrin tersenyum dan mencium lembut pipi Nurin.
“Penat la...” Nurin mengadu sambil mematah-matahkan jarinya yang kelenguhan.
“Betoi ka awak kerja?” Usik Zuhrin.
Nurin memandang dengan penuh tanda-tanya. Dahinya berkerut. Tak faham dengan soalan Zuhrin.
“Yela, mana la tau kan...kot-kot sepanjang hari ni awak dok termenung ingatkan saya. Buas ka nakal ka kat rumah tu.” Kata-kata Zuhrin disambut dengan cubitan oleh Nurin di paha kiri Zuhrin.
“Aduh...sampai hati awak cubit saya.” Nurin menjelirkan lidahnya sedikit buat Zuhrin, sebagai isyarat padan muka.
“Sampai hati awak, dah awak cubit saya awak jelir pulak kat saya.” Zuhrin pura-pura merajuk.
Sengaja dia membuat muka sedih. Nurin terasa bersalah.
“Maaf.” Perlahan Nurin menuturkan maaf.
Serentak itu juga Zuhrin menyeringai.
“Sayang awak.” Zuhrin mencuit lembut hidung Nurin, mengendurkan kembali suasana yang hampir suram.
Nurin mengeluh, geram juga kerana terkena dengan usikan Zuhrin.
‘Percikan sinar matamu singgah di hati ini, membuatkan bibirku bergetar dan bisu. Sukar untuk dimengerti, kenapa. Tanpa sempat berkelip, hatiku telah kau tawan sedangkan sebelum ini aku tidak pernah mengerti apa itu cinta. Biarpun aku cuba menyembunyikan gelora hati ini, cahaya cinta tak mampu diselindungkan bagaikan cahaya bulan purnama di malam hari.’ Zuhrin tak mampu menzahirkan rasa hatinya kepada Nurin, namun dia dapat rasakan Nurin memahami perasaannya kepada wanita itu.
Betapa dia amat mencintai dan mengasihi isterinya. Dia juga mengharapkan Nurin mencintainya sebagai dia mencintai isterinya.
“Awak sempatkan kenduri kahwin Didi?” Mereka beriringan masuk ke rumah selepas Zuhrin membuka pintu gelungsur berkaca hitam itu.
“Bila?” Zuhrin ada terdengar perihal Didi yang bakal menamatkan zaman bujangnya, namun dia tak pasti akan tarikhnya.
“Hujung bulan depan, dua puluh lapan haribulan.” Zuhrin melihat kalender di atas meja bulat di sisi televisyen plasma 32 inci.
Seketika kemnudian Zuhrin menganggukkan kepalanya. Namun wajahnya hilang ceria.
“Awat ni?” Nurin terperasankan riak Zuhrin yang berubah.
“Seminggu lepas tu, saya kena balik sana.” Zuhrin berbaring di atas ribaan Nurin, di atas sofa hijau muda berbentuk L.
Nurin membelai lembut rambut suaminya yang panjang.
“Kalau ikutkan hati, saya memang tak mau bagi awak balik sana lagi. Saya nak awak di sini bersama saya, selalu. Tapi saya tahu,
saya tak boleh tamak. Awak masih ada tanggungjawab yang perlu awak sempurnakan.” Nurin menundukkan dan mencium dahi Zuhrin.
Zuhrin mencari tangan isterinya dan digenggam erat, tangan Nurin di bawanya ke dada.
“Dan kita perlu bersedia menghadapi kebenaran dalam hidup kita. Laluan kita tak mudah, sayang. Insya-Allah, kalau cinta kita kuat kita akan berjaya tempuhi apa saja dugaannya.” Nurin membalas senyuman Zuhrin, sebagai azimat untuk masa depan yang tak pasti.
‘Sayang, kaulah hidupku. Aku cinta padamu sampai mati, isteriku. Belahlah dadaku, akan ku buktikannya kepadamu.’ Nurin sebenarnya juga risau dengan masa depan mereka.
Namun dia cuba untuk tidak menunjukkan kerisauannya kepada Zuhrin. Dia tak mahu menambahkan kekusutan fikiran Zuhrin.
“Saya nak mandi, awak nak mandi tak? Lepas mandi nanti saya masak. Awak nak makan apa?” Tanpa menjawab soalan Nurin, Zuhrin bangun dan terus mendukung Nurin ke bilik air.
Terjerit-jerit Nurin apabila didukung oleh Zuhrin dengan tiba-tiba.
Dari Saidatina Aisyah r.a, ia berkata, “Aku biasa mandi bersama dengan Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam dengan satu bejana. Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana).” (HR. Abdurrazaq dan Ibnu Abi Syaibah).
|
|
|
|
|
|
|
|
cegitu posted on 27-6-2013 04:58 PM
Hari ni tak dak entry ka?
semalam agak sibuk,
|
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih.... |
|
|
|
|
|
|
|
Bab 20
Mereka berjalan beriringan tangan sambil melewati kedai-kedai di Megamal Pinang.
“Dah lama saya tak mai sini.” Zuhrin memarkir kereta di tingkat yang paling hampir dengan tingkat yang menempatkan Panggung Mega Pavillion.
Mereka merancang untuk menonton wayang, buat pertama kalinya sejak mereka mengenali antara satu sama lain. Hendak menonton di Sungai Petani, takut ada mata yang memandang. Hendak menonton di Pulau Pinang, terasa jauh tambahan pula mereka menonton tayangan lewat malam.
“Dulu saya selalu juga mai sini dengan abang saya. Main game.” Zuhrin tersengih.
Nurin terus menyuap mulutnya dengan McFlurry Oreo yang dibeli melalui McDonald kaunter pandu lalu di Seberang Jaya.
“Saya pun dah lama tak mai sini. Dulu selalu jugak saya mai dengan Didi. Window shopping.” Nurin melihat Zuhrin yang sedang membuka bungkusan burger Fillet O Fish dan dia meneruskan suapan aiskrim McFlurry ke dalam mulut.
“Ala...cakap ja awak borong satu Megamal ni, window shopping konon.” Usik Zuhrin.
Nurin menarik muka, terasa dipermainkan.
“Saya cakap betul apa. Cuba balik nanti awak buka almari baju dengan kasut awak. Cuba awak kira. Atas meja solek pun cuba awak kira perfume awak.” Sengaja Zuhrin menghangatkan suasana dengan terus-terusan mengusik isterinya.
Nurin tahu, dia memang suka berbelanja, kononnya sebagai terapi menghilangkan kesunyian. Namun dia cuba sedaya mungkin mengelakkan berbelanja menggunakan kad kredit kerana dia tidak suka berhutang.
“Awak tahu tak, shopping tu satu terapi untuk tekanan.” Nurin mahu melepaskan dirinya.
Zuhrin ketawa besar.
“Betoi. Tapi, pembaziran kan saudara syaitan. Saya tahu, awak ada duit tapi tak elokkan membazir?” Zuhrin cuba mengingatkan.
Nurin hanya mengangguk, mengakui kebenaran kata-kata suaminya.
“Saya tak halang awak berbelanja, itu hak awak. Tapi, beringat sikit ya sayang. Kita tak tahu apa yang menunggu di nanti-nanti.” Nurin mengangguk lagi.
Dia tak tahu apa perasaannya kini.
“Ala...jangan la buat muka macam ni, sayang. Kesian saya.” Zuhrin memegang dagu Nurin apabila terperasankan riak wajah Nurin yang berubah apabila dinasihat sebegitu.
Zuhrin tahu, mungkin susah untuk isterinya menerima teguran. Bertahun-tahun dia hidup sendirian, tanpa ada sesiapa yang mengambil peduli tindakannya. Namun sebagai suami, Zuhrin rasa dia bertanggungjawab untuk menegur mana-mana perlakuan yang tidak wajar ataupun perlukan teguran.
Nurin mengukir senyuman hambar. Dia cuba untuk mengembalikan suasana riang tadi, tapi dia terasa sedih. Entah kenapa.
“Awak, sorry. Senyum sikit. Jangan la macam ni.” Zuhrin menarik Nurin ke dalam pelukannya.
Nurin membalas pelukan Zuhrin. Zuhrin terasa air hangat membasahi baju T Giordano berwarna kelabu tua.
“Sayang.” Nurin memperkemaskan pelukannya apabila mendengar panggilan Zuhrin.
Zuhrin rasa bersalah, kerananya Nurin mengalirkan airmata. Zuhrin juga memperkemaskan pelukannya kepada Nurin. Buat seketika mereka begitu, badan Nurin terasa bergegar dek esakannya.
Selepas hampir sepuluh minit, barulah Nurin melepaskan pelukannya. Zuhrin terasa lenguh sebenarnya apabila dipeluk dengan kuat oleh Nurin. Namun dia berlagak selamba.
“Sorry.” Nurin memohon maaf samabil mengesat airmatanya dengan jari.
Zuhrin membantu Nurin mengesat airmatanya dengan sapu tangan.
“Maaf?” Zuhrin tak faham, kenapa perlu Nurin meminta kemaafan daripadanya.
“Saya merosakkan mood happy kita. Sorry.” Zuhrin menggelengkan kepala.
“Just forget about it. Hidup perlu diteruskan. Dalam hidup pasti ada suka dan duka. Tapi saya lebih suka kalau kita lupakan kedukaan dan mengenang saat bahagia supaya ia akan terus menjadi kekuatan buat kita.” Zuhrin menggenggam erat tangan isterinya.
Nurin menundukkan kepalanya, namun Zuhrin dapat melihat Nurin menganggukkan kepalanya.
Zuhrin menarik hidung Nurin dan mereka ketawa bersama.
Zuhrin mengukir senyum apabila melihatkan Nurin ketawa. Hatinya lega kerana rajuk Nurin tidak berpanjangan sementelah dia sendiri tidak tahu memujuk kerana tidak berpengalaman dalam bercinta.
Mereka meneruskan rancangan mereka untuk menonton wayang dengan perasaan yang kembali berbunga. Mereka memilih untuk melupakan ketegangan tadi dan terus menikmati saat-saat bahagia bersama.
|
|
|
|
|
|
|
|
hehehhe saya lak rasa hepi...merajuk, dipujuk, gembira...suka duka...
|
|
|
|
|
|
|
|
Hari ni tak dak entry ke? |
|
|
|
|
|
|
|
cegitu posted on 2-7-2013 12:16 PM
Hari ni tak dak entry ke?
hehehehe macam x de jeee...
|
|
|
|
|
|
|
|
Bab 21
Nurin tersenyum puas melihat foto-foto majlis perkahwinan Didi dan juga foto untuk sesi fotografi yang sengaja diaturkannya untuk Didi. Didi anggun dan tersenyum malu-malu di dalam hampir semua fotonya. Nurin tak salahkan Didi kerana malu-malu, sementelah Emil hanya dikenalinya melalui telefon selepas dua bulan bertunang.
Semenjak kenal dan berkawan rapat, mereka berdua telah berjanji untuk tidak bercinta tapi terus berkahwin. Syukur, hasrat mereka berdua tercapai.
‘Yang, aku mendoakan yang terbaik untuk hang. Aku harap, hang akan bahagia sebagaimana aku juga.’ Nurin tersenyum sendiri.
‘Selain Zuhrin, hang yang paling akrab dengan aku. Kebahagiaan hang merupakan kebahagiaan aku dan kelukaan hang merupakan kelukaan aku. Sebab tu aku harap hang akan sentiasa, jadi aku juga akan terasa bahagianya...insya-Allah.’
Dua hari selepas majlis perkahwinan Didi, Zuhrin kembali ke Adelaide menyambung kembali tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar dan amanah yang dipikulnya sebagai anak.
Saat Zuhrin hilang dari pandangan matanya, Nurin terasa terlalu sepi.... seakan seisi dunia hilang suaranya. Airmata bagaikan teman yang paling akrab saat dia merindui Zuhrin.
Entah kenapa dia mudah mengalirkan airmata selepas mengenali Zuhrin. Bersama Zuhrin terasa terlalu bahagia, setiap saat terasa terisi. Tapi bila Zuhrin hilang dari sisi, seakan separuh jiwanya hilang. Bukannya dia tak pernah keseorangan, selama ini memang dia sebatang kara selepas pemergian ibu dan dia dah biasa sendirian.
Nurin mengeluh sendirian, entah untuk apa keluhan itu. Dia sendiri pun tak tahu.
“Aku patut bersyukur, walaupun suami yang aku cintai tidak bersama...Allah sentiasa ada di sisi setiap hamba-Nya.”
“Wake-up, Nurin. Hang hamba-Nya yang beruntung, lebih ramai yang menderita. Tak elok mengeluh.” Nurin membebel kepada dirinya sendiri.
Nurin mengambil telefon bimbitnya yang berada di dalam poket seluar.
‘Assalamualaikum, ya habibi. Baru seminggu awak tinggalkan saya, terasa bagaikan dah setahun. Rindunya saya pada awak. I love you, I miss you. Miss you...miss you...miss you.’ Mesej facebook dihantar kepada Zuhrin jauh dirantauan.
Nurin melihat jam di tangan, sekarang pukul tiga setengah petang, Adelaide sudah pukul lima petang. Mungkin suaminya sedang sibuk dengan tugasan ataupun sedang bekerja.
‘Waalaikumsalam, sayang. Saya juga seperti awak, tapi sabar ya. Tak lama lagi kita Insya-Allah kita akan bersama selamanya. Ini final sem kan. Hope you’ll come on my big day. Miss and love you too...as many as stars in the sky....perhaps more.’
Tersenyum sendirian Nurin melihat balasan Zuhrin.
Nurin mencapai bungkusan yang dihantar oleh Zuhrin semalam, katanya dalam email sesuatu yang dipesan melalui internet.
Perlahan-lahan Nurin membukanya. Sepasang telekung dan sebuah buku.
‘Ayat-ayat Cinta?’ Nurin membaca judul buku yang kulitnya berwarna merah jambu.
Nurin membelek-belek novel cinta yang berunsurkan keIslaman itu. Teringatkan bait-bait kata Zuhrin dalam emailnya semalam.
‘Saya tidaklah sesempurna Muhammad Rasulullah s.a.w dan saya juga tidak meminta awak menjadi seperti Siti Khadijah, isteri kesayangan Rasulullah. Saya Cuma harap awak akan terus mencintai saya kerana Allah bukan kerana saya adalah saya.
Dalam perjalanan mencari erti dan mengenali siapa kita sebenarnya, awak dan saya satu suratan. Akhirnya kita bertemu, inilah dunia kita. Cinta kita bagaikan kembara meniti samudera, andai kita tidak bersatu dan tidak lagi percaya mempercayai antara satu sama lain kita pasti karam.
Fikirkan dan renungkanlah...saya sentiasa mencintai awak dan merindui awak, isteriku, ya habibah...ya jamilah’.
Nurin tersenyum sendiri.
‘Ya habibah...kekasihku. Ya jamilah...si cantikku.’
|
|
|
|
|
|
|
|
hhmmm pendeknya entry tt....heheheh x puas nak lepas rindu kt nurin...
|
|
|
|
|
|
|
|
bayar utang semalam
TQ kepada sudi folo
Bab 22
Didi risau, dah dua hari Nurin demam teruk. Apa saja yang masuk ke dalam mulutnya pasti akan keluar kembali. Seteguk air yang diminum, satu jag yang dimuntahkannya. Entah dari mana datangnya. Didi mengetap bibir, geram kerana Nurin berdegil tak mahu ke klinik mengambil ubat dan MC kerana tugas di pejabat yang menimbun.
Bukan sahaja Didi yang resah, Zaim di pejabat juga susah hati apabila melihatkan keadaan Nurin.
“Awat you refuse untuk pi klinik? Kan baik kalau you pi klinik dapatkan rawatan, ambik ubat dan MC. So, you bolehlah balik dan berehat di rumah.” Zaim dah penat melihat Nurin yang benar-benar tak bermaya tapi masih terus berusaha menyiapkan projek
terbarunya.
Nurin mengeluh.
“You boleh ceritakan kat I kalau you ada masalah.” Zaim memang risaukan Nurin.
Nurin menggelengkan kepalanya.
“Nurin...” Panggil Zaim dengan lembut.
Nurin menyeka airmatanya.
Zaim menarik satu lagi kerusi dan duduk di sisi Nurin yang sebelumnya dibatasi dengan mejanya. Mungkin perbualan tadi merupakan perbualan antara pekerja dengan orang atasan. Namun, kini dia cuba mewujudkan satu perbualan antara seorang abang dan adik apabila melihat Nurin yang kelihatan semakin keras hatinya.
Nurin cuba mengukir senyum apabila melihat Zaim di sisi.
“Nurin yang saya kenai tak mudah mengalirkan airmata.” Zaim mengenali Nurin sebagai seorang wanita yang cukup cekal.
“Nurin...” Zaim belum putus asa.
“I tak mau rehat di rumah. Seorang diri di rumah buatkan I lebih sakit. I miss him... I don’t know how to face another day without him, around.” Sememangnya Nurin amat merindui Zuhrin yang telah kembali ke Adelaide dua minggu yang lalu.
“Dua puluh enam tahun I hidup tanpa dia, I tak pernah kenal pun dia sebelum ni. Tapi selepas beberapa bulan mengenali dan mencintai dia, I dah tak boleh hidup tanpa dia.” Akhirnya Nurin menzahirkan perasaannya kepada Zaim dengan linangan airmata.
“Itulah cinta, princess. Hargailah segala yang kita ada sebelum ianya berakhir atau kehilangan. Kita kena pi klinik. You kena ambil ubat dan you kena rehat. Cuba you bayangkan, macamana kalau Zuhrin tau keadaan you di sini. Macamana dia nak fokus kepada pelajaran? Inikan final semester untuk dia?” Zaim memberi semangat dan satu peringatan kepada Nurin.
Dalam diam Nurin mengakui kebenaran kata-kata Zaim.
‘Kalaupun aku rindukan dia, kenapa mesti aku hukum diri aku sendiri? Macamana kalau dia tau? Bolehkah dia concentrate?
Mahukah aku jadi sebab kegagalan dia?’ Nurin bermonolog sendirian.
Nurin akhirnya mengalah dengan Zaim, Zaim menemani Nurin ke klinik panel syarikat yang berhampiran.
‘Assalamualaikum, ya habibi.’ Nurin suka memanggil Zuhrin sebagai habibi yang bermaksud sayangku bila berhubung melalui Facebook.
‘Waalaikumussalam, ya habibah.’ Jawab Zuhrin yang jauh di perantauan.
‘Masih sibuk dengan tesis?’
‘Ya, tapi masih punya masa untuk merindui awak.’ Jawapan Zuhrin amat membahagiakan Nurin.
“ ” Jawapan Nurin mengundang senyuman Zuhrin yang sebenarnya agak tertekan dengan kajian untuk kertas kerjanya dan kerja sambilannya sebagai peragawan.
‘Saya tengah peluk awak. Awak rasa tak? Saya rindu sangat dekat awak, sebab tu saya nak peluk awak kuat-kuat.’ Kata-kata Zuhrin mengalirkan airmata Nurin.
‘Kalau awak tak bagitau pun...saya dapat rasa. Awak...saya pun rindu kat awak. Rindu sangat-sangat.’ Mereka berdua mengalirkan airmata kerinduan.
‘Sabar ya, sayang. Tak lama lagi kita akan kembali bersama. Kita takkan berpisah lagi, insya-Allah.’ Zuhrin cuba berlagak kuat, sedangkan sebenarnya dia sendiri tak mampu menanggung kerinduannya kepada permaisuri hatinya.
‘Kami perlukan awak.’
‘Kami?’ Tanya Zuhrin.
‘Kami tunggu awak balik. Awak janji tau, awak akan jaga kami dan kasihi kami sepenuh hati awak.’ Zuhrin rasa pelik, Nurin tidak pernah membahasakan dirinya sebagai kami.
‘Apa yang cuba dia sampaikan?’ Zuhrin cuba berfikir sendiri.
‘Awak...awak pregnant?’ Teragak-agak Zuhrin bertanya, takut-takut serkapannya jarang.
Nurin tersenyum, Zuhrin dapat meneka maksud mesejnya.
‘Ya, awak. 5 minggu.’ Jawapan Nurin terasa melengkapkan kehidupan bahagianya.
Zuhrin hampir menjerit kerana sungguh dia tak percaya. Segalanya bagaikan mimpi.
Zuhrin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana mengurniakannya rezeki ini di saat usianya masih muda. Hilang segala rasa tekanan dan diganti dengan rasa kebahagiaan sehingga dia rasa terawang-awang dan bagaikan sedang terbang. Kalaulah Nurin di sisinya saat ini, pasti dia akan memeluk Nurin erat-erat kerana memberikan berita sebaik ini.
Namun tak Nurin khabarkan kepada Zuhrin tentang masalah alahan teruk yang dialaminya. Biarlah Zuhrin bahagia dengan berita baik ini, bukannya risau. Nurin telah memutuskan begitu.
Nurin telah mendapat berita gembira ini sebaik mengalah kepada pujukan Zaim untuk ke klinik mendapatkan rawatan. Dengan berita ini, Nurin telah bulat dengan satu keputusan yang telah sekian lama difikirkannya.
Mentari pagi Isnin bersinar galak menyambut kedatangan minggu baru. Nurin rasa agak baik hari ini. Sejak dua menjak ini, kesihatan Nurin amat teruk kerana alahan yang dialaminya. Selepas hampir seminggu berehat, Nurin kembali bekerja. Namun kerana risau dengan tahap kesihatannya, Nurin meminta bantuan pekerja-pekerjanya untuk menjadi pemandunya.
“Morning, princess.” Zaim menyapa ceria apabila melihat Nurin kembali bekerja.
Dengan hanya senyuman, Nurin menghulurkan sepucuk surat kepada Zaim.
“Surat?” Nurin hanya mengangguk sebagai jawapan kepada pertanyaan Zaim itu.
“Don’t tell me...surat ni...” Zaim tak sanggup untuk meneruskan kata-katanya sendiri.
Nurin menganggukkan kepalanya.
“Tapi...”
“I dah janji pada Zuhrin dan pada diri I sendiri. I akan resign bila I dah pregnant sebab I nak uruskan anak-anak I sendiri dan juga business I. Dah sampai masanya untuk I pulang ke asalnya dan uruskan apa yang telah ditinggalkan untuk I. I harap you dapat hormati keputusan I.” Nurin memintas kata-kata Zaim dengan impian dan janjinya kepada Zuhrin dan dirinya sendiri.
Zaim terdiam. Dia kelu dan buntu. Kehilangan Nurin bermakna jabatan mereka akan kehilangan seseorang yang cukup komited dengan kerjayanya dan juga idea-idea kreatif.
“I tau, berat untuk you terima keputusan I ni. You yang banyak didik I sampai tahap ni.” Nurin amat berterima kasih atas peluang yang telah Zaim berikan kepadanya.
Zaim tahu, dia tak berhak menghalang. Nurin punya hak untuk memilih jalan yang terbaik dalam hidupnya.
“Baiklah, I hormati keputusan you. Tapi kalau you berubah fikiran satu hari nanti dan I masih di sini, you boleh bagitau I. Pintu RND department sentiasa terbuka untuk you.”
Mereka sama-sama mengukir senyum. Dek kerana masih banyak cuti Nurin yang berbaki, notis sebulan telah menjadi notis dua puluh empat jam. Dengan berat hati, Zaim melepaskan Nurin pergi dengan doa agar Nurin sentiasa bahagia dengan pilihannya.
Sebenarnya Nurin juga berat untuk meninggalkan H2H yang telah memberikannya peluang membina diri dan juga keyakinan. Persahabatannya dengan Zaim juga bukan sekadar persahabatan lagi. Kemesraan dengan isteri dan anak-anak Zaim buatkan rasa seperti berkeluarga dengan pengurusnya itu.
Nurin bangun untuk kembali ke tempatnya untuk mengemaskan barang dan menguruskan urusan perletakan jawatannya. Baru beberapa tapak Nurin melangkah keluar dari bilik Zaim, tubuh Nurin melayang jatuh dan tersepuk di lantai. Zaim yang masih di kerusinya melompat bangun dan menerpa ke arah wanita muda itu.
Teman-teman yang melihat juga kelam kabut mendapatkan Nurin. Nurin dikejarkan ke bilik kesihatan, namun apabila melihatkan keadaan Nurin yang benar-benar lemah dia telah dikejarkan ke hospital yang berdekatan.
Zaim benar-benar susah hati, dalam keadaan kelam-kabut sempat juga dia menghubungi isterinya dan Didi untuk hadir ke Hospital Metro.
“Abang tak tau apa nak buat.” Zaim mengadu kepada isterinya.
Ros memeluk Zaim lembut.
“Abang jangan risau. Nanti kita ikhtiarkan cari air tawar untuk Nurin.” Ros memujuk Nurin.
Didi menemani Nurin yang masih belum sedarkan diri. Nurin dimasukkan air kerana badannya kekurangan air akibat muntah-muntah dan alahan. Badannya mengalami dehidrasi yang serius.
Menurut doktor yang baru berlalu, Nurin perlukan nutrien dan rehat yang secukupnya. Nurin terpaksa ditahan di wad selama sekurang-kurangnya seminggu, bergantung kepada tahap perkembangan kesihatannya hari ke hari.
“Tak palah, kak Ros, abang Zaim...biaq saya yang temankan Nurin. Terima kasih kerana mengambil berat.” Didi bersalam dan seterusnya memeluk erat isteri Zaim.
“Nurin dah macam adik saya. Didi tak perlulah berterima kasih macam ni. Lepaih dia keluaq hospital ni nanti, kita bawa dia jumpak bidan kampung untuk ikhtiarkan ayaq tawaq untuk kurangkan alahan dia.” Rosnah menggenggam erat tangan Nurin.
‘Babe, aku ada sini...aku takkan tinggalkan hang. Kuatkan semangat hang, tau.’ Didi kembali memegang tangan Nurin sebaik sahaja Zaim dan isterinya beransur pulang.
Didi akan menemani Nurin di hospital, itu tanggungjawabnya. Syukurlah suaminya, Emil memahami persahabatan mereka dan memberi keizinan untuk menemani teman kesayangannya.
|
|
|
|
|
|
|
|
aahhh sedihnya bila nurin jadi begitu...baru permulaan...belum lagi cabaran yang mendatang...harap zuhrin cepat kembali ke pangkuan nurin...huhuhuu
|
|
|
|
|
|
|
|
Har..baru puaih baca...terima kasih |
|
|
|
|
|
|
|
Bab 23
Dah dua hari Zuhrin cuba menghubungi Nurin melalui facebook, emel dan telefon bimbit namun semua usahanya hampa. Zuhrin memutuskan untuk menghubungi telefon bimbit Ina. Hanya itu yang terlintas di fikirannya kini.
“Kak Ina, Nurin pi mana? Dah dua hari saya try contact dia. Tapi, tak dapat.” Zuhrin dah terlupa untuk mengucapkan salam.
Dia terus menyergah Ina sebaik saja nombor yang dihubunginya berjawab.
“Zuhrin?” Ina hanya mengagak apabila mendengar sergahan mengenai Nurin kerana setahunya, Nurin tak punya sesiapapun lagi selain Didi, Zaim dan Zuhrin.
“Ye, kak. Maaf, terlupa nak kenalkan diri. Saya risau ni…dah dua hari saya tak dapat contact dia. Ada apa-apa yang saya tak tau?” Zuhrin dapat merasakan sesuatu telah terjadi dan cuba disembunyikan daripada pengetahuannya.
Zuhrin tak tahu, kenapa dia harus berfikiran begitu. Ina kelu. Dia tak tau macamana nak bagitau Zuhrin.
“Kak, apa dah jadi?” Zuhrin menjadi cemas apabila Ina mendiamkan diri.
“Zuhrin, sebenaqnya dah dua hari Nurin admitted. Dia ada kat Metro la ni. Dia pengsan kat office hari tu. Sebenaqnya, sejak mengandung ni Nurin alah teruk...tapi dia tak mau Zuhrin susah hati.” Zuhrin memang susah hati sebaik sahaja mendapat perkhabaran itu.
Dia macam mahu menangis.
“Awat kak? Saya kan suami dia.” Suara Zuhrin mula layu.
Hatinya pilu.
“Zuhrin, jangan pikiaq pelik-pelik. Nurin tak mahu Zuhrin tau sebab dia tak mau Zuhrin susah hati. Dia takut Zuhrin tak boleh concentrate dengan study. Jangan marah dia na.” Ina takut Zuhrin menyimpan apa saja prasangka buruk kepada Nurin.
Sebagai antara orang yang hampir dengan Nurin, Ina tak sanggup menerima apa saja prasangka buruk kepada wanita muda itu.
Zuhrin menarik nafas, untuk menenangkan perasaannya.
“Saya tak marah, kak. Saya cuma sedih...sangat-sangat sedih. Saya tak mampu berada di sisi dia di saat dia amat memerlukan saya. Saya rasa bersalah, bersalah sangat-sangat.” Zuhrin melahirkan rasa hatinya saat ini.
“Dengaq sini Zuhrin, Nurin terlalu sayangkan Zuhrin. Bagi dia, Zuhrin adalah segala-galanya. Kalau betoi Zuhrin sayangkan dia...cintakan dia, kak Ina harap Zuhrin akan menghargai setiap pengorbanan yang dah Nurin lakukan. Bukan senang tau, nak mengandung tanpa ditemani suami.”
“Insya-Allah, kak. Saya akan pertahankan cinta kami sehingga ke akhir hayat saya, kak.” Zuhrin memberikan ikrar cintanya kepada Ina.
‘Semakin berat dugaan yang harus kita lalui, semakin dalam kasih saya kepada awak. Percayalah sayang, saya akan menemani awak sepanjang hidup ini supaya awak kekal bersama saya selamanya. Awak kebahagiaan saya, saya tak pernah mengetahui erti cinta sebenar sebelum mengenali awak. Saya akan bayaq tiap tangisan dan kesusahan yang awak tempuh dengan tetap setia mencintai awak, selamanya. Moga Allah merahmati kebahagiaan rumahtangga kita berdua.’
Walaupun agak kecil hati, namun Zuhrin cuba mengawal emosinya dengan memahami pendirian Nurin. Apa yang dilakukan Nurin adalah semata-mata untuk kebaikannya. Kalau diikutkan hasutan syaitan, pasti dia akan terus rasa tidak diperlukan dan semakin rendah diri.
Nurin terlalu lemah. Sejak terlantar di hospital kerana kekurangan air, tubuhnya terasa makin lemah. Seleranya mati, air dimasukkan untuk membantunya agar terus bertenaga. Didi tetap setia menemaninya setiap hari, selepas waktu pejabat di situlah Didi berkampung. Nurin benar-benar berterima-kasih kepada Didi dan suami yang amat memahami dan mengasihaninya yang sendirian.
“Princess.” Nurin mengukir senyum dalam kelemahan apabila namanya dipanggil.
“Zaim, Kak Ros.” Mereka berdua mengukir senyum.
“Lusa, Nurin dah boleh keluaq. Nanti, kak Ros bawa Nurin pi berubat kampong na. Kita cari ayaq tawaq.” Ros memegang tangan Nurin.
“Ayaq tawaq?” Didi bertanya.
“Ya. Kita bukan pi cari bomoh, tok ni isteri tok imam. Ada orang tua yang pandai dalam tawarkan alahan orang mengandung.
Dulu tok tu bidan, tapi la ni dia dah tak larat lagipun semua kena bersalin kat hospital, dia pun retire la.” Ros menerangkan kerana dia sendiri tak percayakan bomoh.
Tok Leha merupakan antara orang tua yang dikenali waraknya, ditambah pula allahyarham suaminya dulu merupakan bekas imam khairiah berkenan.
Nurin menganggukkan kepalanya.
“Saya ikut saja apa yang elok.” Nurin mengikut saja apa yang terbaik mengikut aturan mereka.
Ros dan Zaim mengukir senyum.
“Nurin, rehat tau. Jangan fikir apa-apa. Nanti kesihatan Nurin makin teruk.” Nasihat Ros lagi.
“Nurin ni sakit rindu sama ni.” Didi masih mahu mengusik Nurin dalam keadaan begini.
“Sakit kak. Sakit badan saya tak kisah, boleh masuk hospital. Tapi sakit rindu macamana nak rawat? Ada hospital dak? Ada ubat dak?” Mereka terdiam.
Gurauan Didi sememangnya benar, dia bukan saja alah tapi terlalu rindukan suaminya.
Nada sayu Nurin membuatkan mereka sebak.
“Babe, sabaq na. Bila kita rasa rindu, maknanya dia pun rindukan kita. So, semakin kuat rasa rindu hang kat dia sekuat tu la rindu dia kat hang.” Didi cuba menyabarkan Nurin yang semakin sensitif sekarang.
“Ya, Nurin. Istighfar banyak-banyak. Doakan yang terbaik dalam rumahtangga hangpa. Jangan kusutkan fikiran hang, nanti emosi anak dalam kandungan pun terjejas sama.” Emil juga memberikan ransangan kepada Nurin.
Nurin cuba untuk tersenyum. Namun senyuman tetap dalam linangan airmata. Zuhrin yang jauh terasa sesak. Hatinya terasa sakit...sesak dan senak, sakit kerana merindui Nurin yang sedang menanggung beban sendirian. Hatinya juga sakit kerana tak mampu meringankan beban isterinya. Jika mereka bersama, sekurang-kurangnya dia mampu memeluk Nurin di saat Nurin amat memerlukan dirinya ataupun menyapu airmata di pipi di saat Nurin menangis kerana kesakitan. Zuhrin mengeluh sendirian, mengenangkan ketidakmampuannya untuk meringankan beban isteri tercinta.
‘Saya ingin selalu hadir di sisi untuk menemani awak kerana awak tercipta untuk saya. Setiap langkah saya bertambah yakin kerana adanya cinta awak. Walaupun cinta kita teruji dek jarak, saya yakin setiap saat dan waktu yang berlalu sentiasa memekarkan bunga cinta kita. Saya berikrar, akan sentiasa mencintai awak sehingga ke akhirnya. Menatap senyuman indah di wajah awak, sentiasa membuatkan saya terpaku kerana itulah senyuman terindah bagi saya. Terlalu banyak kata yang ingin saya ucapkan sebagai terima kasih, namun semuanya hanya di kerongkong.’
Zuhrin mendakap erat gambar perkahwinan mereka yang dibingkaikannya. Hanif dan Razman hanya mampu menggelengkan kepala melihat keparahan Zuhrin sejak mengetahui Nurin mengalami alahan yang teruk. Perasaan bersalahnya terlalu menebal.
“Sebab tu la Nurin tak mau kau tahu. Tengoklah macamana keadaan kau.” Kata-kata Razman menyentakkan Zuhrin.
Zuhrin memandang Razman.
“Ayen, Nurin tu sayang sangat kat kau. Dia nak kau concentrate dengan study and grad successfully, sampaikan dia sanggup tanggung semuanya sorang-sorang. Kalau kau termenung sana, termenung sini…study ke mana, kerja ke mana…bagi kami sia-sialah penderitaan Nurin.” Nada suara Razman yang tenang menyebakkan Zuhrin.
“Kami faham perasaan kau. Kau rindu dan kau juga rasa bersalah pada dia. Tapi, kami yakin dia tak pernah salahkan kau sebab dia sedar risiko ni sebelum korang kahwin lagi. Kalau kau betul-betul sayangkan dia, buktikan pengorbanan dia tak sia-sia.” Hanif pula meluahkan pendapatnya.
Zuhrin mengetapkan bibirnya. Razman dan Hanif melabuhkan punggung mereka di sisi Zuhrin.
“Fikirkanlah. Kau bukannya seorang lagi. Tanggungjawab kau berat sebagai seorang suami dan bakal ayah.” Zuhrin mengeluh perlahan.
“Kadang-kadang aku rasa rendah diri. Rasa macam tak layak nak bergandingan dengan dia.” Itulah antara tekanan yang membelenggu Zuhrin.
“Jadi, kau kena buktikan yang kau layak. Allah dah tentukan jodoh yang terbaik untuk setiap hambanya. Bila manusia kata, silaplah aku kahwin dengan dia tu...seolah-olah kita menidakkan kekuasaan Allah. Seolah-olah kita lebih tahu daripada Dia. Allah tak pernah silap, cuma manusia yang selalu silap. Nurin adalah yang terbaik untuk kau, macam tu juga bagi dia. Kau adalah yang terbaik pada dia. So, sekarang kau kena buktikan yang kau layak bersama dia sebagai suami dan juga ayah kepada anak-anak kau dengan dia.” Kata-kata Hanif ternyata berbekas di hati Zuhrin.
|
|
|
|
|
|
|
|
huhuhuhu terharu sungguh cik naaa....berkorban sungguh nurin, sanggup tahan semua derita seorang diri...so hargailah pasangan kita naa..
|
|
|
|
|
|
|
|
sebakkk... aduhaiiii kesian nurin kesian zurin... sebenarnya sakit menanggung rindu ni lagi sakittttt dari segala macam sakit yg ada kat atas muka bumi nih... |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih na..klu ada lg edit lar..chek tak sabaq dah ni.....luv u.. |
|
|
|
|
|
|
|
tabahla wahai hati |
|
|
|
|
|
|
|
Mana ni?..chek sebok ka?.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bab 24
“Chek banyakkan makan kurma dengan kismis ni, jangan biaqkan perut tu kosong langsung...nanti angin. Bila angin makin teruklah alahan tu.” Nurin mengangguk sambil tangan menyambut kurma dan kismis yang dihulurkan.
“Ayaq ni minum lah waktu bila pun, tapi ingat...jangan yakin kepada ayaq. Ayaq tetap ayaq biasa, kalau alahan berkurangan semuanya kerana izin Allah bukan kerana tok.” Tok Leha mengingatkan Nurin supaya niat dan akidahnya tidak terpesong.
Nurin menganggukkan kepalanya lagi.
“Lagi dua minggu chek mai lain na.” Pesan Tok Leha lagi sebelum Nurin, Didi dan Rosnah beransur pulang.
Nurin yang keletihan bersandar di kerusi belakang. Didi yang memandu memandang Nurin yang layu melalui cermin pandang belakang, Rosnah memeluk semua barang yang disampaikan oleh Tok Leha tadi.
Benar kata Tok Leha, mereka hanya berikhtiar. Allah yang menentukan segala-galanya.
Tapi ada sesuatu yang mengganggu fikiran Rosnah. Kenapa reaksi Tok Leha apabila melihat Nurin begitu terperanjat dan kenapa Tok Leha menyuruh Nurin mengulang menjumpainya dua minggu lagi? Selama ini Tok Leha tidak pernah menyuruh sesiapapun mengulang menemuinya, semuanya terpulanglah kepada individu itu sendiri.
Rosnah menyimpan keraguannya di dalam hati, dia tidak mahu membebankan Nurin dengan prasangkanya yang bukan-bukan.
‘Mungkin Nurin ni teruk sangat kot keadaan dia, sebab tu la Tok Leha suruh Nurin mengulang.’ Rosnah bersangka baik kepada Tok Leha yang selalu membantunya setiap kali mengandung kerana keadaanya hanya lebih baik sedikit sahaja daripada Nurin.
‘Assalamualaikum, ya habibi.
Terlalu lama rasanya saya tak mengarang email buat awak. Bukan saya tak rindu, tapi maafkan saya, kesihatan menghalang saya. Maafkan saya kerana merahsiakan alahan saya daripada awak. Maafkan saya...saya benar-benar bersalah sebab buatkan awak tertanya-tanya ke mana saya menghilang. Maafkan saya kerana menyusahkan awak di sana.
Alhamdulillah, dua tiga hari ni kesihatan saya bertambah baik. Kandungan saya juga dah berusia sembilan minggu. Saya terasa betapa indahnya bakal menjadi ibu. Saya rasakan seolah-olah awak terlalu dekat dengan saya, bagaikan sentiasa di sisi saya.
Anak-anak ini menjadi kekuatan saya untuk mengharungi hidup tanpa awak. Mereka menjadi lambang saya cintakan awak. Jadi, janjilah dengan saya...sebagai suami dan bakal seorang ayah, awak jangan sekali-kali mensia-siakan kami.
Kami bertiga mungkin tak dapat bersama awak di hari konvo awak nanti, tapi cinta dan kasih kami sentiasa bersama awak.
Kami akan menghitung saat untuk bertemu awak.
Wassalam.
Salam rindu buat walid.
Zuhrin membaca mesej Nurin berulangkali, cuba memahami maksud sebenar kami bertiga...apakah anaknya kembar? Akhirnya, Zurin pasti kegembiraannya berganda semangatnya juga berganda-ganda.
Nurin sentiasa memberikannya khabar gembira, hatinya berbunga-bunga dan bagaikan terawang-awang seketika dalam limpahan rezeki dan kurnia yang Allah berikan. Zuhrin terus bersujud syukur menyatakan kesyukurannya yang tak terluah ke hadrat Illahi.
“Alhamdulillah...” Ucap Zuhrin berulang kali.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|