|
(GAMES) MARI SAMBUNG CERITA - TAMAT KISAH 1 (PAGE 10). BOLEH MULA CERITA BARU
[Copy link]
|
|
QASEH bersama Sayang bersiap-siap untuk ke kolej. Kelas mereka hari ini penuh dari pagi sampai ke petang. Dengan menaiki Myvi Qaseh, mereka berdua menuju ke kampus. Tiba di medan selera, mereka bersarapan terlebih dahulu di kafeteria. Jam sembilan pagi nanti, kelas Prof Hashim akan bermula.
"Qaseh, eh kau bawa sekali ke Xain tu?" Sayang perasaan seekor kucing sedang mendekati meja mereka dan mengendeng di kaki Qaseh.
"Ha'ah la...bila masa dia ikut naik kereta?" Qaseh pula mengambil kucingnya dan mengusap-usap kepala dan tubuh. Terlentuk-lentuk Xain dibelai tuannya. Aku kena jalankan tugas aku. Xain sengih.
"Entah! Tadi masa kita masuk kereta, tak nampak pulak si Xain ni datang kat kereta. Hairan aku.." Sayang merenung kucing kesayangan Qaseh yang padanya ada satu kelainan pada kucing itu. Kucing itu seolah tahu dan dapat merasa kesusahan yang dialami oleh Qaseh.
"Malam tadi..aku mimpi pasal Xain. Dalam mimpi tu..Xain bukan kucing. Dia bertukar menjadi kucing..lawak tak?" Qaseh ketawa mengekek mengingatkan mimpinya malam tadi. Tetapi bila difikirkan balik, memang pelik pun. Terasa berada di dunia fantasi ala-ala lagenda.
"Kau ni..mimpi memang mengarut. Kau tidur mesti tak baca doa dan tak basuh kaki ni." Sayang turut ketawa mendengar cerita mimpi Qaseh. Semua itu mainan tidur saja.
Qaseh diam. Mimpi malam tadi masih segar di benaknya. Seperti benar-benar berlaku. Xain yang berada di pangkuanya diangkat sedikit dan direnung mata kucing itu. Dia cuba mencari sesuatu pada mata Xain. Sinar mata kucingnya ternyata lain dari kucing biasa. Anak mata bertukar warna.
"Qaseh! Tengok tu! Mamat tu dari tadi duk tenung kau." Sayang tuding ke arah seorang lelaki yang sedang menikmati sarapan bersama Budin di satu sudut di medan selera itu.
Qaseh menoleh, mencari kelibat lelaki yang dimaksudkan oleh Sayang tadi. Matanya jatuh pada dua sosok tubuh. "Rasanya macam pernah jumpa je mamat tu.."
Tiba-tiba Xain melompat turun dari riba Qaseh dan meluru berlari ke ara Azam dan Budin. Qaseh cepat-cepat mengejar kucingnya yang sudah begitu laju berlari ke arah seekor kucing yang sedang berada di tepi kaki Azam.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ya allah aku x menahan nak tergelak ni |
|
|
|
|
|
|
|
Mencikkkkkkk..dah taip banyak2 blackout pulak! |
|
|
|
|
|
|
|
Makin.......ermm....cmne ye nk ckp. |
|
|
|
|
|
|
|
"Zam! Ko tak bagi Tok Ki ni makan ke?" bebel Budin yang sedari tadi mengelak dari disondol dan digesel Tok Ki.
"Kenapa?" Azam masih terpaku memandang ke satu arah. 'Macam kenal je pompuan tu' desis hati Azam. Sempat dia menjeling ke arah Tok Ki. Erkk.. kucing itu sedang merenung tajam ke arahnya. Sudah berhenti dari menyondol dan menggesel BUdin.
"Nasi lemak special dan mee goreng telur bang? Teh tarik 2?", datang seorang pelayan membawa makanan yang dipesan sebentar tadi.
Rezeki sudah di depan mata. Apalagi, makanlah! Berselera sungguh Budin menyumbat mee goreng ke mulutnya. Azam masih lagi mencuri-curi lihat ke arah 2 orang perempuan yang turut menjamu selera di situ.
"MIaowwww!!". KUcing mana pulak tu? Mata menjeling pula ke arah suara kucing tadi. Erkk... 2 Tok Ki?? Aku ni ada masalah mata ke? Digenyeh-genyeh matanya tidak percaya. Dia dapat melihat dengan jelas kucing yang baru datang itu kucing jantan. Kedua-dua ekor kucing itu saling bergomol, macam sudah lama kenal.
"Amboi! Baru hilang 3 hari dah dapat awek? Sama warna pulak tu! Aku pun tak ada awek lagi, ko dah dapat awek? Gebu pulak tu? Eh kejap. Kalo jantan awek pebendanya. Ko ni gayah ke Tok Ki?" dengus Azam lantas diangkat Tok Ki dan direnung tajam.
"Weh, ko salah kucing la. NI la Tok Ki." kata BUdin yang sudah mengangkat Tok Ki yang lagi seekor.
"Apa pulak. Yang datang tadi kucing jantan. Yang ko pegang tu. Ni la Tok Ki." Azam terus membelek Tok Ki, merenung dari atas ke bawah, bawah ke atas. Eh? Matanya kembali ke bawah. Kemudian dia memandang ke arah Budin yang sedang memandang ke arahnya sambil menjongket-jongket kan kening lebatnya itu. Erkk... takkan lah?
Sementara itu, di suatu sudut yang tersembunyi, sekumpulan kucing sedang memerhatikan medan selera itu...
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tajuk international gitu
|
|
|
|
|
|
|
|
dah ada poster dah ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Xain dan Nike
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Ezzie at 26-8-2015 11:07 AM
"Kita kena bertindak cepat,. Nampaknya Ratu Neng semakin melampau. Xain....kau jangan berada jauh dari Qaseh dan kau Nike, jangan tinggalkan Azam macam hari tu. Sekarang ni, Ratu Neng dah hantar perisik-perisiknya ke alam nyata," suara yang didengari oleh Xain dan Nike membuatkan mereka terkejut. Tidak ramai yang boleh melakukan semua itu dan hanya pahlawan kelas atasan yang boleh berkomunikasi dengan mereka tanpa menunjukkan diri.
"Kau dengar suara yang aku dengar tadi?" Xain betul-betul terkejut dengan amaran yang diterima.
"Dengar....tapi bukan ke hanya Pahlawan Warrior yang mampu lakukan komunikasi macam ni?" Nike juga sama seperti Xain, terkejut dengan situasi ini.
"Nampaknya keadaan makin genting dan kita harus lebih berwaspada. Ratu Neng dah makin berani. Kalau Ratu Neng dapat jejaki Azam dan Qaseh, nyawa mereka pasti dalam bahaya," Xain benar-benar risaukan keselamatan tuannya Qaseh.
~ Ok Next ~ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Nicki_Meow at 26-8-2015 09:58 AM
“General.”
Yang dipanggil General itu kekal membatukan diri. Matanya terus memandang kehadapan. Perhatian terpusat pada dua ekor kucing bertompok hitam putih itu. Sudah pasti, dia kenal siapa mereka walaupun berada dalam penyamaran.
Mereka adalah Xain dan Nike. Penjaga Elit Lagenda. Anak didik yang paling disayangi oleh Pahlawan Warrior. Kehandalan dan kecekapan mereka sebagai jagoan elit Galaksi Miow Miow tidak boleh disangkal. Sebab itu, mereka ditugaskan untuk menjaga pewaris Permata Indera.
“Sampai bila kita perlu menunggu di sini? Kenapa tidak kita serang saja mereka?”
Soalan menerpa telinga General. Sejurus, dia menoleh ke kiri.
“Sekarang ini bukanlah masa yang sesuai. Kawasan ini terlalu terbuka. Belum tiba masanya lagi untuk kita bertempur secara berhadapan, Lanka.” Ujar General. Lanka membalas anggukan.
“Apa yang kita perlu lakukan sekarang?” Kali ini, Kuriz pula menyoal.
General tidak menjawab. Badannya menegak dan kembali memandang dua Penjaga Elit Lagenda itu. Matanya menyorot dalam.
“Aku akan pastikan, nyawa Xain dan Nike tamat tak lama lagi. Dendamku pada Pahlawan Warrior akan terbalas. Ratu Neng pasti akan berbangga denganku nanti.” Suara General seolah-olah menderam. Soalan dari Kuriz dibiarkan begitu saja.
“Shoooooooohhhh!”
Terdengar suara jeritan secara tiba-tiba. Serentak dengan itu, curahan air terkena pada mereka. Sepantas kilat, mereka melompat ke tepi.
“Kenapa banyak sangat kucing-kucing ni?” Muncul seorang Makcik dengan suara nyaring yang membingitkan telinga. Di tangannya ada besen. Wajahnya cukup menjengkelkan.
“Jilake!” Kuriz menjerit lalu mengeluarkan kuku. Namun, belum sempat dia menyerang, General menahan.
“Biarkan saja si tua kutuk itu! Kita punya tugas yang lebih besar.”
Niat Kuriz untuk menyerang termati. Dia memandang tajam pada Makcik yang masih lagi berdiri dan membebel-bebel.
“Habis ikan goreng aku kena curi. Nak meniaga pun tak boleh!”
“Huh!” Kuriz merengus. Akan dia pastikan, Makcik bakal menerima pembalasan suatu hari nanti.
“Kita pergi dari sini.” General memberi arahan. Kuriz dan Lanka mengangguk. Mereka segera beredar, meninggalkan Makcik yang masih lagi mengomel-ngomel tentang ikan gorengnya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
adeh...Xain dah jadi Xian la pulak..
aku pun dah pening ...
sila ajak Tron sekali..pasukan general terhebat dari Bumi Amarya...Arania bertarung dengan Ratu Neng
|
|
|
|
|
|
|
|
Hahahahahha.....
Aku pun tersilap lepas baca sambungan Ezzie.
@Ezzie, Xain ler. Hihihihihi....
|
|
|
|
|
|
|
|
xain.. sebutnye 'SHANE' tawuuuuuu |
|
|
|
|
|
|
|
tiba2 teringat citer ko, geng kucing seksyen 9 ke apa tu yg tak abih smp ke sudehhh
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|