CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: clara_nur

Kim Jong Kook::HAPPY 20th DEBUT ANNIVERSARY::8th HAVEN::

 Close [Copy link]
Post time 28-8-2015 09:41 AM | Show all posts
clara_nur replied at 25-8-2015 05:23 PM
omo..ommo..Li Ming aka LEON LAI..
kalo KJK tak ckp sebelah dia Leon Lai, me ...

me pun tak sangka itu Leon Lai
masa muda dia mmg hensem  

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2015 09:46 AM | Show all posts
kaz2y5 replied at 26-8-2015 08:09 AM
21/08/2015 Race Start! Season 3: RM Special Tour (Shanghai)

body shape dia mmg perfect!
view dari depan, belakang, atas, bawah...semuanya cantik!

ni lagi gambar2 dia dari belakang



cr to owner
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2015 09:50 AM | Show all posts
Kim Jong Kook will have a solo concert in Chong Qing, China
Date: 14th November 2015
Time: 7.30PM CST
Venue: 重庆渝北区体育馆 (Chongqing yubei District Stadium)
(Cr YT_Entertainment_China weibo)



Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2015 09:54 AM | Show all posts
clara_nur replied at 27-8-2015 05:46 PM
haaipppp..tahu ker??
harappp2 tak lamaaaa dahhhh

mestilah uols
aminnnnnnnn
harap cepat2 lah sket
kenduri masa iols ade kt sana ke
bley buat liputan
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2015 10:03 AM | Show all posts
- Ulangan -

Pagi buta 28 Mac 2015 (Mini konsert KJK) Lotte Jungdong Store

Seawal pukul 5 pagi dah sampai dekat Seoul. Aku naik train dari Busan 11 malam semalam. Hajat nak lepak lama kat Busan & Jeju tapi sebab mamat ni..cancel je la cita-cita tu. Selingan : masa tunggu train, Rain lalu depan aku tapi aku malas nak kejor die. Hahahaha.. Actually tiket trip kali dah setahun beli tapi tak taulah rezeki ke ape, clash plak dengan jadual beliau. So hari ni nak pergi mini konsert dia dekat Lotte. Sampai sesubuh sepi dengan sejuk amat dan tak boleh lagi ke guesthouse. So lepak je la kat train station dengan beberapa orang Malaysia. Siap sarapan sekali dengan diorang. Then bergerak ke guesthouse dengan muatan berlebihan di belakang dan kiri kanan badan. Dah sampai tidur sejenak kang takde tenaga nak berkonsert plak.

Tengahari 28 Mac 2015

Dah tengahari gerak pula ke train station balik sebab nak meet up dengan kawan. Sambil nak pass barang die yang die kirim dari Malaysia. Siap bawak luggage lagi. Sebab banyak, itupun tak muat ko. Gagah aku bawak semua barang... hahaha.. dan terus bergerak ke tempat kejadian.

Bila dah sampai tu, kawan tu pergi balik rumah sekejap dan tinggalkan aku dekat mall tu. Aku ditugaskan untuk duduk tak pergi mana2 dan tunggu kawan die datang. Hahahaha… sementara tunggu tu adalah beberapa fans yang datang tanya aku orang mana. Aku pun jawab Malaysia… then ade yang berborak2 la sampai kawan kepada kawan aku tu sampai. Bila semua dah sampai, kitorang pun pergi makan. Seriously aku memang follow je diorang. Macam kena culik pun ada gak rasanya.. culik dengan rela.. LOL. Nak dekat masuk ke hall, baru kawan tu sampai balik.

Hall kecik je, korang boleh tengok dalam video yang orang rakam kat youtube tu kan.. that time aku punya seat depan sekali. Dan sekali lagi, ramai juga datang tegur aku. Dan MC pun keluar, introduce diri dan konsert. Lepas tu tanya, siapa yang datang dari jauh untuk ke konsert tu sebab dia nak bagi autograph KJK. Aku time tu tak paham tapi kawan aku suruh angkat tangan. Aku plak cuak nak angkat, kang kena jual ke ape ke.. tak ke naya? Bwahahaha imaginasi aku taknak kalah

Then MC pergi interview sorang minah ni. Katanya dari China. Tengah die duk interview, tetiba satu hall jerit2 ‘aniya2!Malaysia saram!’ sambil tunjuk kat aku.. aku dah kenapa korang sebut nama negara aku plus korang sume kenal aku ke?????  Pastu MC tu tengok aku, then terkejut terus datang kat aku. Die interview aku dalam Korean. Aku just reply in English dan diorang paham jugak rupenya. Siap MC tanya pasal tudung aku pakai ‘igi moya?’ Aku jawablah ‘scarf’ pastu diorang gelak. Then aku blurlah kan.. then cakap hijab. Baru diorang berhenti gelak. Lagi tau diorang perkataan Arab dari English..boleh? MC tu siap suruh aku naik atas pentas dan pose dengan gambar KJK kat background. Mengom! Aku layankan je siap buat pose macam2. Sampai terbaring2 MC tu amik gambar aku.. satu dewan duk ketawa tengok aksi kitorang. Lepas tu die pun bagi autograph KJK. Atas kertas A4 je punnnnn..zzzzzz.

So startlah konsert bila KJK keluar nyanyi 1st lagu… dah habis lagu, die introduce diri dia dan say thanks sebab datang dan shopping di Lotte Mall. Lawak betul. Tengah2 die bercakap tu… tetiba dia pandang arah aku dan cakap ‘hei, its you! Come here!’ matilah nak…naik stage aku time tu. Satu dewan dah ‘uuuu’ ‘wahhhh’.. pastu die tanya ‘u want to take picture?let me help u’ aku pun layankan je la siap rotate 360 darjah amik gambar.. adui! Then die sambung nyanyi balik. Tengah2 berkonsert, tetiba kawan cakap kitorang dapat masuk recording esok. Padahal foreigner tak boleh masuk. PD call dia and cakap boleh masuk. Wah! Happyyyyy! KJK mcm biasa ade ambil gambar dengan budak2 dan yang jawab soalan die dengan betul. Bila encore, semua serbu pentas. Dah habis konsert, adalah tunggu die keluar kat pintu belakang tapi takde pun die. Yang ada MC yang keluar. Sempat lagi die usik2 aku dan ambil gambar. Kikiki..


























Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2015 10:08 AM | Show all posts

Pagi buta 29 Mac 2015 (KBS)

Pagi2 buta dah bersiap nak ke KBS. Aku tumpang tidur dekat rumah kawan aku tu. Dapatlah merasa kehidupan diorang sekejap. Bilik die penuh barang2 KJK. Siap bagi aku lagi. Thank you friend! Then ayah die hantar kitorang ke train station sebelum pergi kerja. Merasa naik kereta diorang. Ayahnya siap tengok drama sambil drive. Kikiki.. Jauh juga nak ke ofis ayahnya. Sebenarnya akulah yang gatal nak tunggu KJK kat KBS tu. So pagi2 kena pergi. Sebab tak sure bila die datang kan.. recordingnya pukul 1 lebih. Tapi kitorang kat situ pukul 8 lebih. Dengan sejuk lagi, terlompat2 kitorang kat situ. Pastu pergi register nama sekejap dan time tu ade la beberapa fans tegur cakap ada nampak aku semalam. Siap ulang jokes pasal ‘scarf’ tu. Rupenya diorang ingat aku buat lawak.. ok boleh pegi audition jadi pelawak dah aku ni. Setelah beberapa jam menunggu.. baru nampak kelibat stylist die. Dari jauh bawak beg besar dah la cekeding jek. Pemalu orangnya tapi tetap lambai balik kami bila kitorang lambai. Disebabkan beliau tak muncul2, kitorang pun decide pergi makan sebab nanti dah nak masuk recording. Recording ECN1 (Escape Crisis Number 1) untuk 2 episod. Makan ringan2 je beli kat convenient store diorang. Kedai yang CTH dan KSH asik pergi time dalam The Producer.

So, tibalah masa untuk masuk ke studio. Memula diorang suruh kitorang beratur dahulu. Dah macam budak2 sekolah pergi lawatan ok time beratur tu. Masuk studio (actually small hall) terus diorang susun ktorang ikut kami ni fans siapa. Tak sangka aku itu cara susunannya. Masuklah emua MC untuk ESCN1 tu. Tae Ho masuk sangatlah ramai gelak2, die siap bow depan belakang. Kikiki… Ji Min cute2 je bila masuk. Yg assist KJK bese2 je minah tu. KJK just lambai sana sini then ambil tempat duduk. 1st episode guestnya rapper Sunny, pelawak lelaki dan seorang pelakon nenek2. Isu pertama pasal beg berat dan bahaya jatuh. So kitorang kena tepuk tangan, gelak2, pastu buat bunyi ‘woooo’…’aaaaa’… macam yang muncul kat dalam ECN1 tu. Aku fikirkan benda tu mesin yang buat. Rupanya memang rakam suara audience secara live. Siap ade mikrofon letak depan, belakang dan tepi ktorang.

Bila main game, macam biasa la kena tepung.. then diorang stop untuk sapu tepung2 tu semua. Best sangat dapat tengok macam mana diorang berkerja. Bila guest tengah bersihkan diri. MC semua duduk belakang borak2 tunggu guest dah sedia. Yang assist KJK tu macam tak selesa ngan heels die kot, asik stretching je time kamera tak shoot die dan die pun tak berapa focus. Masa tenga diskusi pun die siap buka kasut die letak tepi. Mujur kamera tak rakam bahagian bawah sangat. Pastu asik hilang focus, berapa kali KJK petik jari depan die. Hahaha.. Habis je recording 1st. ktorang keluar pergi makan balik. Kitorang makan kat kedai yang CTH bungkus makanan untuk IU dalam The Producer.

Masuk balik untuk 2nd episode. Semua MC berdiri rupenya guest Miss A Fei and sape tah ahli die lagi sorang tu. Siap diorang menari lagu baru diorang. Pastu masuk 2 pelawak perempuan. Sorang yang agak pendek tu. Die sangatlah kelakar ok! tapi kesian masa kena tepung, die bersihkan diri sorang2.. takde stylist kot. Kalau Miss A tu kiri kanan depan belakang ade orang bersihkan. Kali ni dua2 episod semua kena tepung. KJK kekonon bagi hint, tapi guest salah jawab. KJK time semua break untuk bersihkan tepung. Stylist yang lain datang topup bedak kat MC lain tapi die……… STYLIST DIE BETULKAN TSHIRT KAT LENGAN DIE JE. Pitam!  Takde pun tepek bedak ke ape.. hahahaha… just tarikkan tshirt tu je. Senang la keje ko wei! Episode kedua bincang pasal smoking & microwave. Fei bila dah settle bersihkan badan, terus je cari KJK. Mamat tu busy stretching badan die tapi ade je Fei ni datang. Nampak KJK macam flustered jugak la. Ye lah orang tengah sibuk nak meregangkan otot2.. datang plak orang kacau.

Penat ok pergi recording ni. Siap kena marah dengan krew sebab tak gelak kuat2. Sorang krew ni tak puas hati dengan audience. Padahal krew yang lain ok je. Sampai bergaduh la diorang kat situ. Aku asik tanya kawan aku apa diorang cakap, tapi die kata takde pape. Segan agaknye. Sampai sakit tekak aku dibuatnya. Takde plak kasi air ke hape. Uhuhuhu..

Habis je recording, terus ktorang tunggu kat belakang. Memula pelawak perempuan tu keluar. Adui… sampai ke sudah die lawak wei! Dah la cute! Then Miss A keluar. Lepas tu Ji Min. aku pun mintak amik gambar ngan die. Die siap tanya dalam Korean, bukan ke aku ni fans KJK dan tengah tunggu KJK oppa? Hahaha.. comel dengar die panggil KJK-oppa.

Tak lama lepas tu barulah KJK keluar dengan Gapjin. Die cakap die ade meeting so tak bley lama2. Fans yang lain dah kerumun die. Aku duduk tepi je. Tak tau nak buat ape. Gapjin tengok aku. Aku senyum je. Then kawan aku tolak aku sambil cakap ‘Malaysia saram’ hahaha.. macam trademark sudah. Die pun ‘hi, its u again’ aku pun pass hadiah birthday die ‘for my birthday?oh thank you!’ muke berseri2 habis die time ni macam dapat gula2 dumbell lagaknye.. kikiki.. siap belek2 beg aku bagi tu. Kawan aku siap cakap kesian kat aku sebab hadiah tu berat. KJK cakap ‘thank you so much’. Amik gambar. Pastu aku tanya die pasal rumours yang RM nak ke Sarawak tu. Die kata die ade dengar staff cerita tapi tak confirm lagi. Then fans yang lain tu kerumun balik. Aku duduk tepi balik.

Then aku cari peluang nak suruh die sign album. Time tu mata aku dah usha2 Gapjin. Aku tanya die, ‘could u sign my album. I bring many but just sign one only. I don’t want to burden u’ terus die cakap ‘its ok, just give me all’ aku pun tanya serius ke? Sambil mata melirik ke Gapjin then Gapjin senyum dan angguk. Fuh! Lega.. terus aku pass seplastik album tu. Die pun tanya macam mana nak eja nama aku. Lepas tu tanya Gapjin tarikh haritu. Kikiki.. pelupa betul mamat tuh. Habis je sign segala, fans lain pun amik kesempatan nak sign wallet la, cover phone la.. macam2.. Time tu aku cakap dengan Gapjin, thank you, keep up the good work. Die jawab Welcome sambil senyum.. Gapjin-ssi tolong la senyum banyak2…. Cuteeeee! Fans dah mula macam2 time tu. Gapjin dah muke masam terus die stopkan orang lain. Bila nak blah tu, semua fans bagi Gapjin gula2, coklat, junk food.. lawak sangat! Gapjin amik je semua sambil tarik KJK masuk.

Pastu semua fans cakap terima kasih kat aku. Diorang cakap sebab aku KJK keluar lama hari ni. Kalau tak sekejap je die keluar. Ye lah sangat sebab aku kan? Semua gembira sebab dapat bergambar, sentuh2 mamat tu.. kikikiki..









Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-8-2015 10:18 AM | Show all posts
Petang 30 Mac 2015 (SBS)

Petang tu aku pergi SBS Mokdong lama la juga tunggu. Kekonon nak tengok diorang shooting RM. Siap tunggu dengan fans Hong Ki FT Island dari Taiwan. Sebab die dan Yong Hwa jadi guest hari tu. Tapi what to do.. diorang tak patah balik situ. Sebaliknya pergi shoot kat SBS cawangan lain. Yang hampeh bila tengok episode tu.. rupenya diorang shoot pagi kat Mokdong! Deng!

Tengahari 04 April 2015 (Mini konsert KJK) Lotte Cheongnyangni Store

Ok. kali ni mini konsert dekat Lotte Mall cawangan lain plak. Rezeki dapat tengok 2 kali konsert die. Alhamdulillah! Seat kali ni pun depan jugak. Perjalanan konsert macam biasa. Lagu sama tapi time ni rambut die dah hitam. Yeay! Ade la beberapa kali die lambai aku time nyanyi (ok. perasan!) lepas tu macam biasa amik gambar dengan peminat tapi kali ni die pergi panggil semua budak2 naik pentas. Sekali amik ko… ramai giler budak2 hari tu. Jenuh la die selfie dengan budak2 dan mak budak. Kikiki.. yang gadis2 hari tu tak dapat bergambar sangat. Tapi ade la beberapa yang pergi beratur gak. Kenalah membebel dengan KJK. Kikikiki…

Time main game soal jawab tu. Kiut giler die hentak2 kaki bila die bagi soalan tapi ahli Papitus yang jawab. Sebab die taknak kasi orang Papitus naik sebab diorang dah selalu jumpe die. Die nak kasi peluang kat orang lain plak katanya. Tapi diorang ni la gatal mulut jawab jugak. Hahaha… tapi KJK suruh diorang turun tangan.

Masa encore, lagu2 rancak punye time. Semua serbu ke depan pentas. Aku pass surat dan hadiah kat die (bley tengok dalam video kat youtube tu) menari2 lah die dengan sampul surat aku tu.. kikikiki.. Ok kali ni semua fans ganas2.. terkepit aku dah ha.. sampai aku siap duduk tepi stage. Kaki siap juntai ke bawah. Sebab semua dah himpit giler2. Then Gapjin ade belakang langsir pentas tu. Die buat sign ‘ok ke?’  aku cakap ‘ok’ . Then, lagu White Love. Macam biasa die ambil snow spray. Spray sana sini kat ktorang. Lepas tu tetiba pass spray tu kat aku. LOL. Ok Malaysia takde snow.. pastu ade part die pergi dan salam aku. Berkejarlah fans nak salam juga, tapi die just lalukan tangan je. Takut kena tarik kot. Habis je konsert, ramai fans duk pass macam2 kat die sementara die jalan ke belakang pentas. Gapjin terus keluar tarik die masuk.















































Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2015 10:20 AM | Show all posts
Disclaimer : sorry gambar sendu sebab handphone cokia. siap kena kutuk ngan kawan sana 'your phone not good' sila sponsor iols dan doakan rezeki iols melimpah ruah untuk handphone yg canggihs manggihs
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2015 10:21 AM | Show all posts
ladygempak replied at 28-8-2015 09:18 AM
Tahniah korang sebab berjaya bukak rumah baru...
thanks clara...rumah baru ni cantik dan penuh dgn  ...

berita baik on the way
tengah pending lagi
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2015 12:21 PM | Show all posts
syue86 replied at 28-8-2015 10:20 AM
Disclaimer : sorry gambar sendu sebab handphone cokia. siap kena kutuk ngan kawan sana 'your phone n ...

byk pun gambarnya
trtarik dgn gambar dia snap dgn budak perempuan tu
sempat ko snap gambar dia pusing2 360 darjah
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2015 12:23 PM | Show all posts
ladygempak replied at 28-8-2015 12:21 PM
byk pun gambarnya  
trtarik dgn gambar dia snap dgn budak perempuan tu
sempat ko snap gamb ...

ade gambar tp sbb dh basi kan
malas nk menepek
gmbar aku bpusing dgn die pun ade kwn aku amik

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2015 12:34 PM | Show all posts
syue86 replied at 28-8-2015 12:23 PM
ade gambar tp sbb dh basi kan
malas nk menepek
gmbar aku bpusing dgn die pun ade kwn aku amik

ada tgk gambar tu
tp tak ingat tgk kat mana...hehe sori

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2015 01:04 PM | Show all posts
syue86 replied at 28-8-2015 10:08 AM
Pagi buta 29 Mac 2015 (KBS)

Pagi2 buta dah bersiap nak ke KBS. Aku tumpang tidur dekat rumah k ...

bestnya dpt jumpa kjk..
sy minat die..
nk gak bertentang mate..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2015 02:36 PM | Show all posts
ladygempak replied at 28-8-2015 12:34 PM
ada tgk gambar tu
tp tak ingat tgk kat mana...hehe sori

no need sorry la
bukan dosa pun
adelah tu ko tnampak di mana jua anda berada
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2015 02:37 PM | Show all posts
lynnyana replied at 28-8-2015 01:04 PM
bestnya dpt jumpa kjk..
sy minat die..
nk gak bertentang mate..hahaha

silalah berjumpa beliau
banyak konsert sana sini tahun ni
album nan hado gak
game plak yg dipromotenye
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2015 03:09 PM | Show all posts
syue86 replied at 28-8-2015 02:37 PM
silalah berjumpa beliau
banyak konsert sana sini tahun ni
album nan hado gak

x boleh kot.. anak kecil lg..hahaha
tunggu ank besar dh tua dah kjk..haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2015 03:16 PM | Show all posts
lynnyana replied at 28-8-2015 03:09 PM
x boleh kot.. anak kecil lg..hahaha
tunggu ank besar dh tua dah kjk..haha


Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2015 01:01 AM | Show all posts
Yeay!!!
Umah baru ni penuh dgn aura2 be positive
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2015 01:31 AM | Show all posts
ladygempak replied at 28-8-2015 09:37 AM
great info clara!tapi aset oppa mana?iols nak tau harta oppa byk mana sbb ada org kata oppa ni s ...



aset oppa bykk..tp oppa menten low profile..
biarla nmpk semekin dan kena bebel dgn fans sbb suka pakai baju sama berulang2

family dia pon menten jer stay kt tempat dia dibesarkan wlpon kalo ikutkan mmpu jer diorg pindah rumah lg mewah..oppa hadiahkan keta mewah kt appa dia pon, tetap appa dia menten naik bas kereta oppa dr taun 2005 tu pon still dok pakai lg..hahaha..

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2015 10:43 AM | Show all posts
clara_nur replied at 29-8-2015 01:31 AM
aset oppa bykk..tp oppa menten low profile..
biarla nmpk semekin dan kena bebel dgn fans sbb  ...


me harap dia ada buat pelaburan walaupun senyap2
ada aset/bisnes kat luar negara pun bagus jgk sbb negara Korea ni macam kurang selamat jer

adeh! appa dia...tukar2 la prinsip hidup tu
bawak2 la diri tu menikmati keindahan hidup kat dunia ni sementara masih mampu dan sihat
kereta yg oppa pakai ke hulu ke hilir skang ni kereta dulu ker?
tp kan..kalau tgk cara oppa drive macam2 kereta dlm RM...lebih2 lagi kereta mahal
macam dia selalu jer bawak kereta mahal2 dan canggih2 ni

appa dia rajin naik bas sbb nak senaman sekali kot hahaha








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 07:37 AM GMT+8 , Processed in 0.117318 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list