CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ninoZ

[kompilasi] MAKANAN LAUT

 Close [Copy link]
Post time 6-3-2005 02:15 PM | Show all posts
Ikan Percik Bawal Hitam [hanieliza]

Bahan-Bahan:
2 ekor ikan bawal hitam
2 cm kunyit
2 cm halia
2 batang serai (dikisar)
5 ulas  bawang merah (dikisar)
1 s/t halba (dikisar)
1 hiris  lengkuas (dikisar)
1 s/b cili mesin
3 keping asam keping
3 cawan  santan pekat [1 biji kelapa]
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

Cara:
Ikan bawal digaul dengan kunyit dan garam kemudian dipanggang separuh masak.
Jerangkan santan, masukkan semua bahan.
Kacau sehingga ia mendidih dan pekat dan naik minyak.
Renjiskan kuah ini pada ikan dan dipanggang semula hingga masak.
Tuangkan kuah selebihnya pada ikan tersebut dan hidangkan.

[ Last edited by  NoorMasri at 7-12-2006 12:34 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2005 07:43 PM | Show all posts
GULAI TEMPOYAK UDANG [Jonah]

1 kg udang tanpa kulit - besarlah sedap!
pucuk ubi
tempoyak - kalau masam sedap
beberapa papan petai
cili padi
kunyit hidup
1 biji pati santan
2 - 3 helai daun kunyit

(sukatan agak2 lah ya!)

CARA MEMASAK:

1.  Pucuk ubi di rebus kemudian di hiris kasar2.

2.  Cili padi di mesin bersama kunyit hidup.

3.  Masukkan dalam periuk dan keringkan airnya dengan api yang perlahan.

4.  Masukkan pucuk ubi, santan dan tempoyak - kacau perlahan2.

5.  Bila mendidih, masukkan udang, daun kunyit yang dihiris halus2 dan petai.

6.  Garam secukup rasa.

UDANG MASAK TEMPOYAK [hanieliza]

Bahan-Bahan:
500 gram udang bersaiz sederhana
20 tangkai cili padi
5 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
1 senduk tempoyak
20 biji petai
Sehelai daun kunyit [koyakkan]
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit

Cara:
1. Udang dibersihkan. Gaulkan udang dengan garam dan kunyit serbuk.
2. Cili, bawang dan kunyit hidup ditumbuk halusatau dimesinkan.
3. Masukkan bahan yang telah ditumbuk, petai, garam  dan tempoyak ke dalam periuk dan masak dengan api perlahan.
4. Bila dah nampak mendideh masukkan udang dan daun kunyit yang telah disiat-siat. Kacau hingga masak.

NOTA: Boleh gantikan udang tu ngan ikan..

tempoyak sempoi [bebop]

Satu mangkuk ikan bilis
2 papan Petai
10 biji cili padi + 5 biji cili merah
kunyit hidup
Daun kunyit
tempoyak - ikut suka

Masukkan kesemua bahan dalam kuali, masukkan air dlm satu cawan, masukkan garam masak sampai mengelegak.  Angkat, makan ngan nasi panas-panas.  Lepas tu makan sampai pengsan!!
Lagi satu saya suka buat tumbuk cili padi+ cili merah + garam.  Dah hancur masuk dlm mangkuk gaul ngan tempoyak.  Siap untuk dimakan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2005 08:06 PM | Show all posts
SOTONG MASAK HITAM [Jonah]

1 kg sotong putih
3 - 5 biji bawang merah
1 biji bawang putih
sedikit halia
1 batang serai
sedikit kunyit hidup
1 helai daun kunyit
cili padi ikut suka
1 asam keping


CARA MEMASAK:


1.  Bersihkan sotong - jangan buang dakwatnya, dan biarkan sekor2 atau
     kalau nak potong pun boleh.

2.  Mesinkan cili padi dan kunyit hidup.

3.  Bawang merah, bawang putih, serai dan halia di tumbuk kasar2.

4.  Tumiskan bahan2 yang di tumbuk & di mesin sehingga wangi.

5.  Masukkan sotong dan biarkan sebentar.

6.  Bubuh air - jangan cair.

7.  Masukkan daun kunyit, asam dan garam.


Puan2, sekian.  Terima kasih.

SOTONG MASAK HITAM [blackmore]

sotong hidup...kalau besar potong 3 (ambil dakwatnya seberapa yang suka dan asingkan dalam piring kecil...slalunya aku akan bilas benda nie..then...using a fork...pecah2kan dia dalam piring nie..pastu tambah air sikit...tapi...kalau nak masukkan begitu jer ketika menumis bley jugak...tapi kena cepat2 pecahkan dia...kalau tak dia masak dan susah nak pecah - lauk tak jadi hitam kalau dia tak pecah)

40 helai lada kering
2 bawang besar
5 bawang putih
1 inci kunyit
sedikit belacan
2 batang serai dititik
1 keping asam keping


lada, bawang, bawang puteh, kunyit dan belacan diblender...dan tumis...masukkan serai ketika tumis lada...tumis sampai naik minyak...kemudian...masukkan beberapa dakwat itam sotong tadi dan kacau rata2....selepas itu...masukkan sotong dan gaul rata2...slalunya...tak letak air sebab sotong nie..makin dimasak...akan keluar airnya...kalau nak letak pon..sedikit sajer...pastu masukkan asam keping...garam secukup rasa dan serbuk perasa...(optional)...biarkan kuahnya pekat sedikit sebelum diangkat......


SOTONG MASAK HITAM [grugals]

sotong jangan buang dakwatnya...
pastu lada hitam sikit
jintan halus dan kasar
bawang putih dan merah
halia sikit
kunyit hidup sikit
serai
cili kering mesin sesudu
air asam jawa
bawang besar dipotong bulat
cili masak
minyak

suma bahan2 di atas di blender kecuali bawang besar,cili masak,pastu tumis bahan2 tadi sehingga naik bau,pastu masukkan sotong..jangan bubuh air sebab sotong tu je dah mengeluarkan air bila kita memasakdan masuk kan cili masak yg di belah dua,bila dah setengah masak,bubuh air asam jawa,dan bubuh lah garam..atau suka kalau nak senang bubuh je pati maggie....tapi saye tak suka..sebab tak ori rasanya...pastu bila sotong dah hampir atau dah masak tabur kan bawang besar yg dipotong bulat tadi...sotong tadi setengah org dia kuar kan dakwatnya dan picit dakwatnya bagi kuar dulu...baru bubuh dakwat dalam kuah tu..setengah org akan masuk terus dengan sotong2 tu sekali...pastu angkat lah

Sotong Singgang Serani [blackmore]

1 kg sotong dipotong 3 kalau besar (dakwat dia pilih yang kantong besar - 1 cukup)
3 batang lada hijau    } dibelah dua tapi jangan sampai putus
2 batang lada merah  }
1/2 sudu teh kunyit serbuk
1 inci halia dihiris
2 biji bawang putih dihiris
1 biji bawang besar dihirs
1 batang serai dititik
sedikit belacan (agak2 1/2 sudu makan)     } digaul bersama sedikit air
sedikit asam (agak2 1 sudu makan penuh)  }
garam dan serbuk perasa

...tumis bahan2 yang telah dihiris tadi...selepas itu masukkan kunyit serbuk...kacau rata2......masukkan air asam/belacan tadi...tambah air ikut suka masing2......masukkan jugak dakwat sotong (pecahkan kantong dia dan tambah air sikit jer)...kuah nie akan bertukar menjadi sedikit hitam...selepas itu...masukkan sotong...garam dan serbuk perasa...

...sangat sedap dihirup panas2 dan dimakan bersama nasik panas...pekena ngan pucuk ubi rebus cicah ngan sambal air asam....
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2005 02:18 AM | Show all posts
Udang Gimau masak DG stlye [DewaGanaZ]


nih resepi hasil nukilan gigi kuning...tapi aku modified ikut suka tekak dan perut aku

Bahan2

Udang Harimau dalam 500 g (utk sampel aku gunakan besau2 = 500g =5 eko)
kicap manis
sos plum
serbuk kunyit
minyak masak cap buruh
garam dan gula secukup rasa
daun limau purut
teknik2nye

udang di perap sekejap dengan serbuk kunyit
lepas tu goreng udang ni sehingga ke emasan
dah masak, toskan udang2 berkenaan

panaskan kuali lain (kuali sama pon boleh, tapi kena basuh)
letakkan 2-5 camca minyak masak
campakkan 2-3 lai daun limau purut
masukkan semula udang2 tadi
masukkan 4 sudu sos plum
masukkan 3 sudu kicap
masukkan 2-3 sudu air
garam dan gula secukup rasa
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2005 10:10 PM | Show all posts
UDANG MASAK HALIA [bebeh]

Bahannya:

- Udang sederhana besar 1kg di cuci bersih
- Cili masak 15 batang dikisar tapi jgn sampai lumat
- bawang putih 3 ulas ditumbuk
- bawang kecik 5 ulas ditumbuk
- halia seinci di tumbuk
- serai 3 batang dititik
- sedikit air sejuk
- suku cawan minyak masak
- sedikit gula  ( bebeh memerlukan bahan ditumbuk supaya lebih
                                     enak kalu dikisar kurang kick)

Caranya:

1. panaskan suku cawan minyak masak, kemudian tumiskan bahan tumbuk  
    dan kisar kacau sebati masukkan serai. Kacau sampai harum aromanyer

2. Masukkan udang gaul gaul seketika, tambahkan sedikit air, bila wangi
    masukkan  garam, ajinomoto dan gula....

3. Gaul lagi sebati sampai kulit udang kemerahan.....padamkan api.......


===============================================

[ Last edited by NoorMasri on 7-3-2005 at 10:12 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2005 10:15 PM | Show all posts
SADIN GORENG HALIA [bebeh]

Bahan-bahannya:-

- 1 tin sadin cap ayam yang besar - asingkan dari sos nyer
- 4 batang cili masak - dibelah dua tak perlu buang biji
- 1 inci halia - dihiris halus halus
- 4 ulas bawang merah - dihiris halus
- 2 ulas bawang putih - dihiris halus
- suku mangkok air asam jawa
- 1/2 cawan minyak utk menggoreng
- sedikit garam dan ajinomoto mengikut rasa

Cara Menyediakannya:-

1.  Mula2 panaskan minyak kemudian gorenkan sadin, kena berhati hati
    sebab nanti sadin ney akan meletop letop so, api tuh slow sikit tak perlu
    garing dan angkat ketepikan

2.  Kemudian dlam kuali dan minyak yang sama tumiskan bahan2 yang dihiris,
     bila wangi masukkan sos sadin tadi, cili masak diikuti sadin dan air asam

3.  Kacau perlahan supaya sadin tak hancur, masukkan garam dan
     ajinomoto....

==============================================

SOTONG GORENG KUNYIT BERPERISA [bebeh]

Bahan-bahannya:

-  1kg Sotong sederhana besar - dipotong bulat bulat
-  6 batang kacang panjang - di potong potong memanjang
-  2 labu bawang besar - dipotong bulat bulat
-  3 batang cili masak - dihiris tebal tebal
-  7 batang cili padi - ditumbuk kasar kasar
-  1/2 sudu serbuk kunyit
-  Sedikit minyak masak utk menggoreng garam & ajinomoto

Cara Menyediakannya:

1.  Sotong yang telah dipotong tadi di gaul bersama garam, ajinomoto dan
     kunyit serbuk pengap.

2.  Panaskan minyak kemudian tumiskan bawang besar, cili masak, cili api
     kacau rata dan masukkan sotong gaul sebati.

3.  Masukkan kacang panjang gaul sebati dan tutup api.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2005 10:20 PM | Show all posts
SADIN MASAK LEMAK CILIPADI BERSAMA KENTANG [bebeh]

Bahan-bahannya:-

- 1 tin sadin besar cap ayam
- santan kelapa 2rm - asingkan pati secawan yg selebihnya + 3 cawan air
- cilipadi kampung 1rm
- 4 biji ubi kentang dibelah dua
- 4 ulas bawang merah
- 1/2 inci kunyit hidup


Cara Menyediakannya:-

1.  Cili api bawang merah dan kunyit di kisar dan masukkan kedalam periuk
     dan masukkan juga santan yg dicampur dgn 3 cawan air sejuk panaskan
     diatas api kacau selalu.

2.  Masukkan Sadin dan kentang kacau selalu sehingga melegak masukkan
     pati santan garam dan aji nomoto padamkan api.

===============================================

IKAN TONGKOL MASAK HITAM BERCUKA [bebeh]

Bahan-bahannya:-

- 1 ekor ikan tongkol yang besar di potong bulat bulat
- 2 labu bawang besar juga dipotong bulat
- kicap 1/2 cawan kecil
- 2 batang cili masak dihiris kasar kasar
- 1/4 cawan cuka
- 6 biji cili padi - ditumbuk tumbuk
- minyak untuk menggoreng

Cara Menyediakannya:-

1.  Panaskan minyak goreng ikan sehingga masak jgn terlalu garing mersik
    angkat.

2.  Buangkan sedikit minyak dlam kuali goreng ikan tadi dan masukkan
     bawang, cili masak kacau kacau masukan kicap, cuka dan cili api yang
     ditumbuk

3.  Masukkan ikan garam dan ajinomoto tutup api

===============================================

KARI KEPALA IKAN MERAH ISTIMEWA [bebeh]


Bahan-bahannya:-

- 2 ketul kepala ikan merah yg besar atau sedang
- 2RM santan pekat - bahagikan dua bahagian satu cair & satu pati
- 2 peket kecil kari babas ikan
- 1/2 inci halia - ditumbuk kasar kasar
- 5 ulas bawang merah - ditumbuk kasar kasar
- 3 ulas bawang putih - juga ditumbuk kasar kasar
- 2 sudu besar lada hitam - ditumbuk kasar kasar
- 2 sudu halba campur
- 2 tangkai daun kari
- sedikit serbuk cili - (kalau tak nak pun tak apa)
- 8 biji bender muda
- 3 biji tomato dibelah dua
- 1/2 cawan minyak utk menumis
- semangkuk air asam jawa ikut kemasaman sendiri (bebeh suka masam lebih)
- garam dan ajinomoto secukup rasa

Cara Menyediakannya:-

1.  Rempah kari dibancuh dengan sedikit air dan dicampurkan dgn semua
     bahan yang ditumbuk gaul rata rata.

2.  Panaskan minyak dan tumis rempah yang telah dicampurkan tadi,
     campurkan sedikit air sejuk dan kacau selalu sampai pecah minyak dan
     naik aroma, kemudian campurkan dgn halba campur dan daun kari.

3.  Gaul lagi seketika masukkan satu bhg santan yang telah dicairkan, kacau
     selalu bila melegak masukkan ikan dan air asam jawa. Biarkan mendidih
     seketika

4.  Kemudian di ikuti bender dan santan pekat, rasakan garam dan ajinomoto
     kemudian masukkan tomato. Kacau perlahan-lahan jgn sampai taik
     minyak, kari dibiarkan pekat menyelerakan kemudian bolehlah ditutup
     api


*    kari sedia dihidangkan bersama sambal belacan, sawi celur dan sedikit ikan
      masin jeruk.......

**  disini bebeh sertakan cara sambal belacan yang bebeh selalu buat


SAMBAL BELACAN

- 3 batang cilimasak dibelah dua dan buang biji dan urat
- 10 batang cili api
- 1/2 inci belacan penang yang gelap tuh
- 3 biji limau kasturi
- sedikit garam dan ajinomoto

* caranya sama seperti membuat sambal belacan yang lenlain ditumbuk
   bersama kemudian diperah asam lima buangkan biji limau tuh, kulit limau
   dihiris halus halus halus dan dicampurkan sekali kedalam sambal belacan

* Petuanya kulit limau mengharumkan bau badan

[ Last edited by NoorMasri on 7-3-2005 at 10:24 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2005 10:29 PM | Show all posts
IKAN TENGGIRI GORENG BEREMPAH [bebeh]

Bahan-bahannya:-

-  5 keping ikan tenggiri
-  4 biji bawang merah - dikisar
-  2 biji bawang putih - dikisar
-  1 inci halia - dikisar
-  3 sudu rempah kari ikan
-  1 sudu teh kunyit serbuk
-  1/2 sudu garam masala - boleh dibeli di kedai mamak
-  garam secukup rasa
-  5 sudu besar tepung
-  2 biji telor


Cara Menyediakannya:-

1.  Kesemua bahan diatas di gaul sebati dan lumurkan pada ikan dan di perap
    lebih kurang setengah jam.

2.  Selepas itu bolehlah di goreng hingga kekuningan

[ Last edited by  NoorMasri at 7-12-2006 12:49 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2005 11:43 PM | Show all posts
IKAN TENGGIRI BERLADA [bebeh]


Bahan-bahannya:-

- 2 keping ikan tenggiri (digoreng)
- 10 biji cili merah (dikisar)
- 5 ulas bawang merah (dikisar)
- 5 ulas bawang putih (dikisar)
- 5 kuntum bunga lawang
- sedikit halia, minyak untuk menumis dan sedikit
- gula dan garam.

Cara Membuatnya :-

1.  Tumiskan bahan dikisar tadi. Kemudian masukkan cili dan kacau sentiasa
     sehingga naik baunya.

2.  Masukkan Ikan, bunga lawang, gula dan garam untuk menambah rasa.

[ Last edited by  NoorMasri at 7-12-2006 12:51 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2005 11:53 PM | Show all posts
IKAN KEMBONG MASAK CUKA [bebeh]

Bahan-bahannya:-
-  4 ekor ikan kembung(gaul bersama garam & kunyit, goreng garing)
-  1 sudu besar jintan manis(tumbuk lumat)-
-  5 ulas bawang merah(dibelah 2)-
-  5 ulas bawang putih(dibelah 2)-
-  1 ulas bawang merah(dihiris nipis)-
-  1 inci halia (dihiris nipis)
-  2 biji cili merah (dipotong 2 dan dibelah 4)
-  4 sudu besar cuka
-  garam, serbuk perasa dan gula secukupnya
-  sedikit minyak untuk menumis (ambil minyak bekas menggoreng ikan)

Cara Menyediakannya:-

1.  Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan halia yang telah
     dihiris nipis.

2.  Masukkan jintan manis yang ditumbuk dan sedikit air. Kacau sehingga
     berbau wangi.

3.  Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili yang telah dibelah2.
     Kacau lagi, masukkan sedikit air dan cuka.

4.  Masukkan garam, gula, dan
     serbuk perasa. Kemudian di ikuti ikan yang digoreng. Kacau sebentar
     supaya kuahnya menyerap masuk ke dalam ikan.

5.  Angkat dan hidangkan dengan nasi panas.

[ Last edited by  NoorMasri at 7-12-2006 12:53 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2005 11:57 PM | Show all posts
SERUNDING UDANG KERING [bebeh]


Bahan-bahannya:-

-  6 batang lada hidup
-  600 g udang kering
-  2 biji buah keras
-  4 helai daun limau purut ( kalu tak nak pun takper)
-  1 sdm jintan manis
-  1 sdm ketumbar
-  2 sdm serbuk kunyit
-  2 sm. halia
-  5 biji bawang merah

Cara Menyediakannya:-

1.  Gaulkan semua bahan yang dikisar bersama santan hingga sebati.

2.  Panaskan minyak, goreng campuran kelapa tadi hingga cukup kering.
    (tambahkan air jika perlu)

Serunding Udang Kering /ikan bilis [ninoZ]


kelapa parut
udang kering/ikan bilis - rendam dgn air panas..toskan pastu tumbuk kasar
dikisar halus :
cili kering
serai
bawang merah
garlic
kunyit hidup sket

daun kunyit - hiris halus
garam gula secukup rasa

masukkan semua bahan dlm kuali..masak hingga agak kering..perisakan garam gula secukup rasa..masak hingga kering
siapp..

variasi:
nak taruk rempah cam ketumbar n jintan manis pun bleh gak..tapi jgn byk2 sgt cam buat serunding daging..
leh taruk asam jawa sket kalau perlu..

SERUNDING IKAN BILIS [hanieliza]


Bahan-Bahan:
1/2 kg ikan bilis atau ikan selayang
1 ? cawan pati santan
Bahan giling :
15 biji cili kering
2 inci halia
2 batang serai
15 ulas bawang merah [5 labu bawang besar ]
2 ulas bawang putih

2 keping asam gelugur
2 camca kecil garam
2 camca kecil gula
minyak

Cara:
1. Ikan bilis direndan dan mesinkan sikit.
2. Tumiskan bahan mesin.
3. Masukkan pati santan, asam gelugur, garam, gula dan ikan bilis.
4. Masak menggunakan api yang perlahan sehingga kering.
5. Kecilkan api dan goreng terus menerus hingga betul-betul kering.

[ Last edited by  nhuda at 13-4-2007 02:03 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2005 07:45 PM | Show all posts
udang ketak masak kunyit [paja]

udang ketak masak kunyit. caranya sama cam masak kunyit lain. udang tu buang kaki kepala .. pastu gaul garam kunyit. then tumis bawang putih, merah, cili merah .. pastu masuk udang.


VERSI:: [pinatbate]
-goreng kunyit pastu tambah cili api sket...sedap..

-buat kuah mee sup..buatlah macam sup udang...pas tu tuang jer kat mee..daging dia memang sikit kalau digoreng,kalau di rebus cam buat sup tu ..terasa macam ketam plak..

-kalau malas ,goreng pakai minyak sikit campur garam kunyit jer...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2005 06:42 PM | Show all posts
SARDIN KASTURI [Jonah]

1 tin sadin - tin besar - mesti brand ayam
1-2 biji bawang besar - hiris bulat-bulat
cili padi - banyak mana ikut suka
10 - 12 biji limau kasturi
Sedikit garam

Caranya:

Tumis bawang dan cili padi.  Masukkan sadin, hancurkan skit.  Kemudian bubuh garam, lalu perahkan limau kasturi.


VERSI:: [Jonah]

Resepi ni takyah pakai limau kasturi banyak

Goreng bawang besar yang di hiris kasar.
Masukkan cili merah/cili padi yang di tumbuk -  ala-ala kasar cam sambal blacan tu.  Cilinya mesti le banyak sikit, kalau tak-tak sedap.  
Tumis sebentar, masukkan sadin - mesti cap ayam
perahkan 1-2 biji limau kasturi dan boh garam.

Sadin style ni, mesti pekat - naik minyak gitu. Yang style ni pun tak hanyir.

Cuba lah!


VERSI:: [Sofea]
Sardin tu goreng dulu, angkat, tumiskan bawang putih, bawang besar masukkan cilipadi, sardin, garam+serbuk perasa , kuah sardin, last sekali asam keping.


GORENG IKAN TENGGIRI MASAM [gunakan limau] [hanieliza]

Bahan
2 keping ikan tenggiri masin [potong nipis mcm dalam gambo]
3 biji limau nipis atau kasturi [ambil jus]
3 ulas bawng merah [mayang nipis]
3 biji  ciliapi [mayang nipis]
1 biji cili merah [mayang nipis]
minyak

Cara
1. Basuhkan ikan tenggiri dan gorengkan dalam minyak sehingga garing.
[jangan terbalikkan ikan sehingga betul2 garing.Gunakan api yg paling kecil]
2. Masukkan bawang dan ikan dalam pinggan.
3. Curahkan jus limau dan hidangkan.

makan dengan nasi panas.
sedap. resepi yang mula-mula pandai masak masa darjah lima hehe..


GORENG IKAN TENGGIRI MASAM [gunakan asam jawa] [hanieliza]

Bahan
2 keping ikan tenggiri masin [potong nipis]
1/2 cawan jus asam jawa
5 ulas bawang merah ]
3 biji cili merah          ] mayang nipis
5 biji ciliapi                ]
minyak

Cara
1. Basuh dan gorengkan ikan masin sehingga garing.
2. Angkat dan masukkan dalam pinggan.
3. Tumiskan bahan mayang sehingga layu dan wangi.
4. Masukkan jus asam jawa dan curah atas ikan goreng tadi.
5. Hidangkan bersama nasi putih dan juga sayuran.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2005 07:17 PM | Show all posts
SAMBAL GORENG KACANG DAN IKAN BILIS [hanieliza]

Bahan
100 gm kacang tanah [gorengkan supaya garing]
300 gm ikan bilis [goreng garing]
2 biji bawang besar
20 tangkai cili kering
5 ulas bawang putih
Gula dan garam secukup rasa.
Minyak untuk menggoreng.
  
Cara:
1. Mesinkan lada kering bersama bawang putih dan bawang besar sehingga lumat.
2.  Tumiskan lada kering yang telah ditumbuk dengan menggunakan minyak yang agak banyak sehingga garing.
3. Masukkan sedikit gula dan garam dan asam keping
4. Kemudian masukkan semula ikan bilis dan kacang tanah tadi. Gaul sehingga kering dan sebati.
5. Hidangkan bersama ikan goreng dan sayur masak lemak saperti kobis atau kacang panjang.

ikan bilis sempoi [~LiLi~]

bhn ni ikut anggaran ko yek

ikan bilis ikut suka
bwg merah(tumbuk kalau ko nak blen pun bleh)
sos ikut suka..tp jgn byk sgt.sat gi rasa sos je
cili boh ikut suka..nak peda..boh byk..

kacang tu pun goreng garing asing

ikan bilis ni goreng dulu...sampai garing...pilih ikan bilis yg nampak segar sikit. yg kecik/ sedang..jgn yg besar
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2005 11:40 PM | Show all posts
Ikan Rica2 [cranko21]

Bahan:
1 Ekor kakap putih, dibersihkan
gaul garam dan sedikit kunyit dan goreng
(kekadang tu I hentam jer ikan kembung pun sedappppppp)

bahan2 dihaluskan:
4 btg lada merah
10 btg lada padi (nak pedas korang pandai2 la tambah)
2 biji  bawang besar
3 ulas bawang putih
sedikit halia
3 biji buah keras


Bahan2 lain
2 biji bawang besar - hiris
3 biji tomato - hiris
1 batang serai di titik
perahan jus dar 1 biji limau nipis
Garam & gula

Cara membuat:
1. goreng ikan dan ketepikan

2. Tumis bahan2 yg telah di haluskan, hingga garing dan masukkan bawang hiris, tomato dan serai.... biakan sebentar masukkan jus limau, garam dan gula.. akhir sekali .. matikan api dan masukkan ikan tadi..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2005 01:51 AM | Show all posts
Ikan Bawal Goreng Bercili [CatLady]

Bahan A
Seekor Bawal Hitam ( sedang besa)
2 sudu besar kunyit
2 sudu kecil garam
minyak masak untuk mengoreng

Bahan B
6 biji Cili                   }
8 ulas bawang putih  } Dikisar halus dgn sedikit air
2 sudu gula
1/2 teh garam
1/2 cuka makan
1 sudu besar minyak masak

Cara membuatnya
Lumurkan Ikan bawal yang sudah dibersihkan tadi dengan kunyit dan garam. Goreng sehingga ikan menjadi garing dan masak. Dan alihkan ke atas pinggan leper.

untuk kuah bahan b, Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan bahan yang sudah dikisar tadi. Biasakan ia merenih sebentar dan masukkan gula, garam dan cuka. Biarkan sebentar kemudaian tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng tadi. Siap..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2005 11:41 PM | Show all posts
SAMBAL IKAN CENCALOK [Sweetmama]

Bahan-bahannya :


            1 ekor ikan siakap dicuci bersih dan dikelar-kelar
            Sedikit sos ikan
            2 camca besar tepung jagung bahan A
            1 biji telur



            Bahan-bahan Sambalnya


            8 biji cili besar (ikut kesukaan, cili bombay pun boleh)
            4 biji cili padi
            6 ulas bawang merah dikisar halus
            2 ulas bawang putih
            3 biji buah keras
            2 helai daun limau purut dihiris
            cili merah dihiris nipis untuk hiasan
            2 camca besar sos tomato
            6 camca besar cincalok
            Jus dari sebiji limau nipis
            1 biji bawang besar dihiris
            Minyak untuk menggoreng

caranya :-

ikan tersebut di fillet (dibuang tulang) ambil isinya sahaja. Kemudian digolekan dalam telur yang dicampor dengan sos ikan dan ditabur tepong jagong.  Goreng hingga kekuningan dan masak. (jangan garing sangat).

Kemudian keluarkan gorengan ikan tadik.  Letak dalam pinggan.

Goreng sambalnya pulak.

Tumiskan bawang, buah keras yang ditumbuk, sehingga naik bau, kemudian masukkan lain-lain bahan.  Sudah agak pekat, angkat dan tuangkan ke atas gorengan ikan tadi..

Siap utk dihidangkan
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2005 06:11 PM | Show all posts
SOTONG GORENG SERAI [Tenko]

300 g sotong.
Garam.
Kunyit (serbuk pun leh gak).
Serai.

1. Sotong dipotong bulat.
2. Serai garam dan kunyit ditumbuk sebati.
3. Gaulkan dgn sotong.
4. Goreng.
5. Makan!



UDANG GALAH GORENG SERAI [hanieliza]


Bahan
500g udang galah [bersihkan dan potong kepala sikit]
2 labu bawang bear [mayang]
2 biji cili merah
3 batang setai [hiris nipis]
garam dan kunyit
daun sup [potong]
minyak

Cara
1. Gaulkan udang dengan garam dan kunyit.
2. Panaskan sikit minyak dan tumiskan cili, bawang besar dan serai sehingga wangi.
3. Masukkan udang dan tutupkan dengan tudung periuk.
4. Kacau rata dan dan bila dah nampak masak tutup api.
5. Masukkan daun bawang dan gaulkan.
6. Hidangkan dalam pinggan besar

[ Last edited by  NoorMasri at 7-12-2006 01:09 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2005 06:22 PM | Show all posts
UDANG MASAK TEMPOYAK [hanieliza]

Bahan
500 g udang besar [bersihkan]
1/2 cawan tempoyak
15 biji ciliapi [tumbuk]
daun kunyit [koyakkan]
air dan garam

Cara.
1. Masukkan semua bahan dalam periuk dan renehkan sehingga mendideh.
2. Rasakan garam dan tutup api.
3. Hidangkan dengan nasi putih.

KERANG REBUS SERAI [hanieliza]


Bahan
1 kg kerang [bersihkan]
2 batang serai [ketuk]
2 biji cili merah [mayang
3 ulas bawang kecil [mayang]
garam
air

Cara
1. Masukkan  semua bahan kecuali kerang dalam periuk dan renehkan sehingga mendideh.
2. Masukkan kerang dan tunggu sekejap.
3. Tutup api dan angkat kerang masukkan dalam pinggan.
4. Sedap makan ngan sos cili.

IKAN GORENG PEDAS [hanieliza]

Bahan
500 gm ikan selayang/selar kuning/kembung
1 s/b ciliapi mesin
1 s/k kunyit
1 2/k jus bawang putih
garam
minyak untuk goreng

Cara
1. Bersihkan ikan dan kelar dibadan.
2. Gaulkan ikan bersama jus bawang putih cili,kunyit dan garaaam.
3. Panaskan minyak dan gorengkan ikan,
4. Bila telah agak garing angkat dan hidangkan.

[ Last edited by  NoorMasri at 7-12-2006 01:10 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2005 07:27 PM | Show all posts


SINGGANG IKAN TONGKOL [hanieliza]

Bahan..
1 ekor ikan tongkol/aye..potong kecil dan bersihkan
3 ulas bawang putih dimayang
2 cm lengkuas.............]dihiris nipis
2 cm kunyit hidup........]
5 keping asam keping/gelugor
garam

ciliapi..ikut suka

Cara....
1. masukkan semua bahan dalam mangkuk kaca tahan panas dan tutup mangkuk itu.
2. Masukkan dalam microwave dan setkan HIGH selama 20 minit.
3. Keluarkan dan masukkan ciliapi.

Nota: Masakan kebanyakan orang pantai timur..senang dan ringkas ..Sedap dimakan hari esoknya..terasa asam garam


Ikan singgang terengganu  simple abis... [ayong_2004].

bahan2 :-
ikan kembung/ikan tongkol
kunyit hidup (kalau takde, yg debu pun ok)
lengkuas hiris
bawang merah hiris
bawang putih hiris
cili api
asam keping
air



masukkan semua bahan ke dlm periuk kecuali ikan.....bila air dah mendidih baru masukkan ikan...kalau masuk awal2 nanti hancur plak....
lepas tu masukkan garam secukup rasa....
kalau suka, letak kacang bendi sikit....

[ Last edited by  NoorMasri at 7-12-2006 01:21 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Makanan & Resipi


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 43667 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 43352 Replies : 2
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49989 Replies : 144
[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I Lie Down Looking At The Starry-Sky To
ipes2[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I
Views : 18145 Replies : 145
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38255 Replies : 23
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39129 Replies : 38
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41532 Replies : 355
Cikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohingya tidak sekolah akan bawa “social backlash" yang membebankan negara
YgBenarCikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohin
Views : 13184 Replies : 7
Bukan pisang:Cuma guna tulang ayam, artis muda Malaysia bijak hasilkan pameran seakan-akan tapak arkeologi di ibu negara
YgBenarBukan pisang:Cuma guna tulang ayam, arti
Views : 12752 Replies : 1
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 275946 Replies : 8049

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 06:39 AM GMT+8 , Processed in 0.114602 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list