CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mziskandar

[Dunia] Maklumat Rasmi KEHILANGAN MH370 [Hari ke X]

[Copy link]
Post time 30-3-2014 01:58 PM | Show all posts
MH370: Apa salah dengan teori konspirasi?

KUALA LUMPUR: Kita mungkin akan mengetahui apakah nasib yang menimpa pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang telah hilang hampir tiga minggu lalu, atau mungkin juga tidak.

Atau mungkin juga, biar apa sahaja penemuan dari serpihan pesawat atau kotak hitam  yang ditemui, sebahagian dari kita berkemungkinan tidak akan dapat menerimanya.

Pengumuman Perdana Menteri yang  pesawat malang itu hilang di bahagian selatan Lautan Hindi, hadir pada hari ke-17 selepas pesawat itu hilang pada 8 Mac lalu, ketika dalam perjalanan daripada  Kuala Lumpur ke Beijing, China.

Namun, sejak itu juga pelbagai spekulasi dan teori samakin banyak yang timbul, sehinggakan ke hari ini ada antara kita yang mempersoalkannya (kehilangan pesawat), masih berharap yang pesawat membawa 239 nyawa itu menemui nasib yang lebih baik, tidak hilang di bawah dasar Lautan Hindi.

Berasaskan teori konspirasi juga, ada yang beranggapan kerajaan cuba menyembunyikan sesuatu.

Ada yang mendakwa pesawat dirampas, mendarat di satu kawasan yang tersembunyi dan akan dijadikan senjata. Ada pula yang berkata kejadian didalangi anggota kumpulan rahsia “Illuminati” bagi mendapatkan hak kepada “paten” sesuatu produk. Ada juga yang berkata kononnya pesawat dilencongkan ke Diego Garcia, bagi menyembunyikan kandungan kargo yang dibawa pesawat. Mana boleh kita mengenepikan teori Segitiga Bermuda, Black Hole dan makhluk asing yang banyak diperkatakan.

Kebanyakkan teori melampau dan paranormal ini agak pelik tanpa asas saintifik untuk menyokongnya, ini hanya meningkatkan harapan terhadap ahli keluarga penumpang dan kru yang masih mengharapkan akan ada petunjuk menjelaskan segalanya, meskipun ia sekadar spekulasi.

Bagaimanapun, menurut satu kajian teori konspirasi ada fungsinya – sebagai satu mekanisme untuk orang ramai menghadapi atau memahami sesuatu peristiwa yang buntu.

“Dalam kes pesawat MH370, adalah sukar untuk memahami bagaimana pesawat boleh hilang. Teori konspirasi memberikan ruang untuk sesetengah orang untuk mendapatkan penjelasan buat mereka yang memerlukannya.

“Saya tidak berpendapat teori konspirasi sentiasa memberikan impak negatif. Ia memenuhi fungsinya dalam masyarakat. Ia mungkin bukan fungsi yang baik, atau membantu, tetapi ia memberikan respon rasional terhadap satu fenomena yang sukar,” kata Dr Viren Swami, seorang pakar psikologi dari Universiti Westminster, United Kingdom.

Ketika dihubungi Astro AWANI, Swami menjelaskan yang sudah menjadi sifat manusia untuk mendapatkan jawapan (terhadap sesuatu persoalan) dan untuk memahami seuatu yang tidak diketahui atau difahami.

“Seseorang itu mungkin tidak percayakan teori konspirasi, tetapi ia memberikan penjelasan ringkas untuk sesuatu perkara yang sukar difahami. Ia membolehkan (pihak yang menerimanya) merasa lebih lega dan baik. Dengan adanya perasaan ini, ia memberikan mereka suara. Ia memberikan mereka seakan kuasa,” katanya.

Penerimaan pelbagai teori mengenai kehilangan ‘misteri’ pesawat juga dikatakan disumbang oleh maklumat bercanggah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa, adakalanya tidak disahkan kesahihannya dan juga laporan berbentuk spekulatif oleh pihak media.

Dalam reaksi terhadap peningkatan pelbagai spekulasi, pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussien terpaksa menghabiskan tempoh sidang medianya untuk menangkis khabar angin, spekulasi dan laporan yang tidak sahih.

Namun apabila ada serpihan ditemui, tetapi tidak disokong oleh data konklusif mengenai di manakah posisi pesawat, tidak dapat tidak, ia menguatkan lagi teori ada cubaan untuk menutup ‘sesuatu’.

Menurut Nicholas DiFonzo, seorang pakar dalam bidang kajian  ’khabar angin’ daripada Institut Teknologi Rochester, ramai yang tidak lagi percaya kepada saluran maklumat dan pihak berkuasa terpaksa bekerja keras untuk mengemukakan ‘bukti’ terhadap teori-teori mereka sendiri.

“Adalah penting untuk memastikan orang ramai dan ahli keluarga dimaklumkan (apa jua makumat) bagi mengelak dan menguruskan spekulasi yang tidak diingini. Namun dalam kes ini (MH370) ia sememangnya tidak masuk akal. Saya tidak pasti sama ada penerangan yang lebih baik dari pihak berkuasa akan membantu ( mengurangkan spekulasi),” katanya.

Selain itu, pihak media, internet dan sifat dahagakan maklumat oleh masyarakat memberikan cabaran kepada pihak berkuasa untuk menguruskan krisis sebegini.

“Tumpuan 24-jam media terhadap berita ini menyukarkan lagi keadaan, ini kerana (pihak media) perlu membekalkan orang ramai dengan berita bagi merungkai persoalan. Ramai yang terlalu obses dengan ‘misteri’ ini, ia disumbangkan lagi berita-berita yang disampaikan pihak media, ditambah lagi oleh berita dari internet yang bersifat interaktif,” kata DiFonzo.

Laman media sosial, katanya adalah ruang paling mudah untuk digunakan dan mencetuskan  pelbagai spekulasi.

“Media sosial melakukannya dengan' baik'. Ia memberikan ruang untuk teori konspirasi berkembang tanpa ada pihak yang boleh menangkisnya – tiada bukti-bukti bercanggah atau analisis yang kritikal. Apabila anda memberikan maklumat yang kritikal berkenaan sesuatu teori, ia berjaya mengurangkan andaian ia sekadar satu konspirasi.”

“Rangkaian atas talian adalah “mesra” kepada teori konspirasi dan bertindak sebagai satu ruang bersuara. Mendengar berulang kali dari sumber yang mereka percayai, dan sebagai sebahagian daripada rangkaian dimana ‘kepercayaan’ terhadap teori tertentu disebarkan, menyebabkan seseorang itu akan mudah mempercayai sesuatu teori ,” tambah DiFonzo.

Jadi adakah kita (termasuk mereka yang paling rasional) terdedah untuk menerima dan menyebarkan teori-teori konspirasi,? Jawapannya adalah ‘ya’ kata Swami, namun bergantung kepada pelbagai perkara seperti personaliti dan psikologi seseorang individu.

“Mereka yang lebih mudah terdedah kepada (mempercayai) konspirasi adalah mereka yang mempunyai rasa rendah diri , mereka yang tidak berkuasa dan mereka yang beranggapan tidak diberikan pilihan.

“Apabila anda telah mempercayai teori konspirasi ini, anda juga berkecenderungan untuk menerimanya. Sebagai contoh, jika anda percaya kepada konspirasi serangan 9/11, atau tidak percaya manusia telah menjejak kaki di bulan, anda akan berkecederungan juga untuk mempercayai teori-teori berhubung kehilangan pesawat (MH370),” katanya.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/s ... konspirasi-32739?cp

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2014 02:02 PM | Show all posts
MH370: Bagaimana pesawat P3 Orion mengesan objek di lokasi

PERTH: Sebaik sahaja anak kapal dalam pesawat P3 Orion milik Australia mengesan suatu objek di atas air di Lautan Hindi, benda pertama yang mereka lakukan ialah jerit, 'mark, mark, mark!' (tanda, tanda, tanda!).

Kemudian, mereka akan segera menjatuhkan isyarat asap yang akan bertahan selama 45 minit supaya 'tanda' tersebut tidak hilang sementara sistem GPS pesawat sedang mengecam lokasi objek tersebut.

Setelah itu juruterbang pesawat tersebut membetulkan kedudukan pesawatnya untuk membolehkan gambar diambil dan dibawa balik ke pengkalan.

Sebuah isyarat pula akan dibunyikan kepada mana-mana kapal berdekatan yang menghala ke arah lokasi supaya objek yang dikesan itu dapat dikenalpasti.

"Begitulah caranya saya dan anak kapal saya berlatih untuk memaksimakan waktu ketika berada di kawasan pencarian," jelas Kapten Russel Adams, iaitu juruterbang P3 Orion Australia yang pertama yang sampai ke pengkalan Tentera Udara DiRaja Australia (RAAF) Pearce di Perth, hari ini.

Meskipun kapeten dan anak kapal tidak mengesan apa-apa objek yang berpotensi hari ini, mereka yakin selepas kawasan itu mengalami cuaca buruk dan operasi pencarian ditunda, keadaan akan bertambah baik.

"Cuaca agak baik hari ini dan tahap penglihatan hari ini mampu menjangkau sejauh kira-kira lima kilometer," jelas Russel.

Terdapat lapisan putih atas permukaan, yang kebiasaannya merupakan ombak yang menghasilkan buih putih, dan itu membuatkan anak kapal sukar membezakan di antara buih tersebut dengan air.

Kapten Russel dan anak-anak kapalnya dijadualkan kembali ke lokasi pencarian baru itu esok yang terletak 1,800 kilometer dari Australia Barat, dan merupakan 700 km lebih dekat dari kawasan pencarian sebelumnya.


Read more at: http://www.astroawani.com/budget ... -di-lokasi-32783?cp
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2014 02:05 PM | Show all posts
Adakah kita menunggu tragedi yang lain?

KENAPA Jabatan Imigresen Malaysia tidak menyemak pasport di pintu keluar masuk negara dengan pangkalan data senarai pasport curi yang disimpan oleh Interpol?

Jawapannya, pertama, Interpol menyimpan rekod 40.2 juta pasport yang dilaporkan hilang; jumlah itu terlalu besar dan pangkalan data Jabatan Imigresen Malaysia tidak mampu menyimpannya berdasarkan kapasiti sedia ada. Kedua, proses menyemaknya akan memakan masa yang lama kecualilah kalau Interpol memasukkan pasport berkenaan dalam senarai suspek supaya mudah pihak Imigresen memantaunya.

Itulah lebih kurang bunyinya kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Rakyat pada Rabu lepas. Beliau menjawab soalan yang dikemukakan oleh enam ahli parlimen berhubung urusan imigresen setelah dua warga Iran dikesan masuk dan keluar negara ini dengan menggunakan pasport curi.

Jawapan menteri itu dibidas oleh Interpol dalam satu kenyataan media pada Sabtu, semalam.

Kenyataan Interpol tidak berselindung — tepat terus ke batang hidung. Interpol menegaskan keputusan Malaysia tidak merujuk senarai pasport curi dan hilang yang ada padanya tidak boleh disalahkan kepada teknologi atau Interpol sendiri. Tanggungjawab itu terletak pada Jabatan Imigresen Malaysia, kata Interpol. Titik.

Interpol juga memaklumkan proses semakan itu hanya mengambil masa yang sangat singkat — tidak sampai 0.2 saat. Kalau negara lain boleh buat, kenapa Malaysia tidak? Itulah maksud Interpol apabila ia menyebut betapa Amerika Syarikat telah menyemak rekod itu lebih 230 juta kali setiap tahun, United Kingdom lebih 140 juta kali, Emiriah Arab Bersatu lebih 100 juta kali dan Singapura lebih 29 juta kali.

Empat negara yang disebut oleh agensi polis antarabangsa itu tidak pernah merungut tentang perlahan atau lembapnya masa tindak balas atau tempoh tanggap semakan perlahan. Malah, belum pernah ada mana-mana negara anggota Interpol yang mengadu begitu. Dalam erti kata lain, Interpol hendak beritahu bahawa Malaysia adalah negara pertama di dunia yang merungut proses itu lambat.

Tetapi bukankah orang bijaksana mengungkapkan pepatah: biar lambat asalkan selamat. Atau dalam bahasa Jawa, alon alon asal kelakon.

Apa yang sebenarnya berlaku adalah, mengikut rekod Interpol, antara 1 Januari hingga 7 Mac lepas — iaitu sebelum pesawat penerbangan MH370 hilang — Imigresen tidak pernah menyemak satu pun pasport penumpang yang keluar masuk negara ini dengan pangkalan data Interpol.

"Akibatnya, dua individu yang memegang pasport curi Austria dan Itali dapat menaiki penerbangan MH370," kata Interpol.

Interpol berpendapat sekiranya Imigresen di KLIA menyemak pasport yang dipegang oleh dua warga Iran itu dengan rekod yang ada dengan Interpol maka mereka akan tahu bahawa pasport itu adalah pasport curi.

Seterusnya dalam kenyataan itu Interpol menyatakan rasa bingung kenapa ia diserang sedangkan sepatutnya lompang yang terselak dengan tragedi hilangnya pesawat Malaysia Airlines ini seharusnya jadi pengajaran.

Tetapi adakah kita mengambil apa-apa pengajaran? Kalau diteliti kenyataan menteri di Dewan Rakyat yang mulia itu, mungkin tidak ada. Kita tidak berbuat silap, jadi untuk apa buat pembetulan? Kenapa kita tidak mematuhi nasihat Interpol? Bukan salah kita; ini salah Interpol — rekodnya terlalu banyak dan sistem komputer kita tidak mampu menampung data sebesar itu.

Apakah kesannya dengan pendirian Kementerian Dalam Negeri ini? Pertama, kenyataan balas Interpol yang keras itu jadi berita dunia. Ketika imej negara dalam menangani krisis hilangnya MH370 ini dipertikaikan oleh sesetengah pihak di peringkat antarabangsa, sikap enggan belajar daripada kesilapan ini tentulah menarik lagi perhatian mereka. Eh, kita tidak silap; ini salah Interpol.

Kedua, ini boleh diterima sebagai isyarat oleh kumpulan pengganas atau sindiket pemerdagangan orang bahawa negara ini boleh jadi laluan yang selamat untuk mereka. Apa mereka hendak takut guna pasport curi sebab Imigresen Malaysia tidak akan menyemaknya dengan data yang ada pada Interpol. Apa sebab tidak semak? Kerana proses itu leceh dan memakan masa.

Imigresen juga sudah ada SOP sendiri untuk menguruskan semakan dokumen perjalanan palsu, kata menteri di Dewan Rakyat. SOP itu sudah dipatuhi pada malam 7 Mac lalu. Tidak mengapalah kalau SOP yang dipatuhi itulah yang melepaskan dua warga Iran dengan pasport curi untuk naik pesawat di KLIA pada malam itu. Kenapa sekarang Interpol hendak bising-bising? Ini bukan salah Imigresen. Ini salah Interpol kerana pangkalan datanya terlalu besar dan untuk menyemak senarai itu akan mengambil masa.

Siasatan pihak berkuasa setakat ini tidak menunjukkan sebarang kaitan antara kehilangan pesawat Boeing 777-200 itu dengan dua penumpang Iran yang menggunakan pasport curi. Mereka itu dirumuskan sebagai orang yang merantau mencari peluang hidup baru dan terlibat dengan sindiket pemalsuan pasport.

Tidak mengapalah, kali ini kita selamat — akan datang belum tentu.

Dalam kenyataan pertama Interpol sehari selepas pesawat penerbangan MH370 hilang, Setiausaha Agung Interpol Ronald K. Noble membuat kenyataan yang bernada keluhan: "Selama bertahun-tahun Interpol bertanya kenapakah negara-negara harus menunggu sebuah tragedi untuk mengetatkan langkah keselamatan di sempadan dan pintu pelepasan."

Adakah kita menunggu tragedi yang lain? Mohon dijauhkan oleh Tuhan. Moga Tuhan akan terus melindungi kita.

Ketika kita berdoa untuk MH370, ada eloknya juga kalau kita turut berdoa untuk Malaysia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2014 03:03 PM | Show all posts
Malaysia Oh Malaysia. When are we going to wake up from the slumber?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2014 03:20 PM | Show all posts
P3 Orion hentikan carian MH370 untuk respons kepada isyarat kecemasan


KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat P3 Orion Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) dihentikan tugasan mencari pesawat MH370 di lokasi pencarian hari ini untuk respons kepada isyarat kecemasan yang diterima daripada sebuah kapal nelayan di selatan Lautan Hindi berhampiran Antartika .

Susulan itu juga, sebuah pesawat awam telah dihantar ke kawasan pencarian bagi menggantikan P3 Orion.

Menurut kenyataan daripada Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA), panggilan kecemasan itu diterima oleh Pusat Penyelarasan Penyelamat Australia (RCC ).

"RCC tidak dapat berkomunikasi dengan kapal itu dan apakah bentuk kecemasan sebenar masih tidak dapat diketahui," kata kenyataan AMSA .

Pada masa ini, tidak jelas sama ada isyarat itu, yang diterima kira-kira 3,241 kilometer di selatan barat Perth dan 648 kilometer ke utara tanah besar Antartika, ada kaitan dengan operasi mencari pesawat Penerbangan Malaysia, MH370 yang hilang.

Kawasan pencarian MH370 ketika ini adalah di kawasan yang berbeza dari kawasan isyarat diterima, iaitu kira-kira 1,850 kilometer ke barat Perth.

Selain daripada P3 Orion, beberapa pesawat dari Melbourne turut dikerahkan untuk menyiasat isyarat tersebut.

Pesawat-pesawat terbabit dijangka mengambil masa lima jam untuk sampai ke lokasi.


Read more at: http://www.astroawani.com/budget ... -kecemasan-32813?cp

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2014 04:45 PM | Show all posts
MH370: Petunjuk baru bercanggah dengan maklumat terdahulu - Kapten Nik


KUALA LUMPUR: Gambar-gambar terbaharu berkenaan dengan laluan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 yang dipercayai disediakan oleh kerajaan kepada keluarga di China telah mengubah anggapan awal tentang kes tersebut.

Menurut bekas Ketua Juruterbang Penerbangan Serantau MAS, Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, gambar itu merupakan satu "pencerahan baru" yang kini bercanggah dengan informasi terdahulu yang mengatakan pesawat membuat satu pusingan ke arah kiri.

Paparan peta itu antaranya menunjukkan pesawat telah membuat satu pusingan 270 darjah ke arah kanan, katanya.

“Teori ini menguatkan lagi segi teori human interference (perbuatan disengaja),” kata Kapten Nik kepada Agenda AWANI pada Sabtu.

Tambahnya lagi, jika laluan itu benar, ia menunjukkan satu tindakan yang telah difikir semasak-masaknya dan teliti oleh pelakunya.

“Pusingan tu besar, tu nampaknya tiada cornering… maknanya pesawat dikendali sepenuhnya, ia tiada kerosakan,” kata Nik Huzlan yang mempunyai pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam bidang penerbangan.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/s ... kapten-nik-32820?cp
Last edited by Chesire_Epilog on 30-3-2014 04:46 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-3-2014 07:36 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 09:58 AM | Show all posts
semoga ALLAH mempermudahkan usaha mencari MH307, mcm2 spekulasi ttp satu habuk pun x ada bukti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2014 10:12 AM | Show all posts
MH370: Objek dikutip tiada kaitan, hanya buangan terapung - AMSA

KUALA LUMPUR: Beberapa objek yang dikutip oleh HMAS Success dan Haixun 01 pada Sabtu telahpun diperiksa dan dipercayai tiada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac.

Menurut kenyataan Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) malam Ahad, berkata objek berkenaan diperiksa di atas kedua-dua kapal dan dinyatakan sebagai peralatan menangkap ikan dan buangan terapung.

Objek yang dikesan tidak dapat disahkan atau dianggap sebagai serpihan dari pesawat MH370. Setakat ini, tiada objek yang disahkan adalah dari MH370.

Pesawat Boeing 777-200ER, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang dari radar pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam.
  
Penerbangan MH370, yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Menurut AMSA, aktiviti pencarian hari ini meliputi kawasan seluas 252,000 kilometer persegi membabitkan sembilan pesawat.

Antaranya, dua pesawat P3 Orion Tentera Udara Diraja Australia (RAAF), sebuah pesawat P3 Orion Jepun, pesawat Ilyushin China, sebuah pesawat P3 Orion Tentera Laut Korea Selatan, sebuah pesawat P8 Poseidon Tentera Laut Amerika Syarikat, sebuah pesawat C-130 Hercules Tentera Udara Diraja Malaysia dan dua pesawat awam.

Kenyataan itu juga menyebut lapan kapal ditugaskan di kawasan pencarian MH370 dan ini merupakan jumlah terbesar yang pernah menyertai operasi SAR setakat ini.

Menurut kenyataan itu, cuaca di kawasan pencarian agak baik dengan jarak penglihatan melebihi 10 kilometer.

Sementara itu, Kapal Kementerian Pertahanan Australia 'Ocean Shield' dijadual berlepas dari Perth esok selepas dilengkapi alat pengesan kotak hitam dan kenderaan di bawah air.

Operasi pencarian bersambung hari ini

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/mh370-objek-dikutip-tiada-kaitan-hanya-buangan-terapung-amsa-32846?cp

Last edited by Chesire_Epilog on 31-3-2014 12:57 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 10:15 AM | Show all posts
MH370: Mengesan kotak hitam, mengapa teknologi satelit ada hadnya?

KUALA LUMPUR: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) semakin kesuntukan masa untuk mencari kunci utama bagi menyelesaikan misteri kehilangan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Teknologi yang ada pada satelit pula tidak berupaya untuk mengesan objek dalam air.

Ini kerana ia hanya boleh mengesan objek pada permukaan air sahaja.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Astronautic Technology Sdn. Bhd.(ATSB),  Datuk Ahmad Sabirin, keupayaan teknologi satelit sememangnya ada had.

Namun,  teknologi satelit boleh digunakan bagi membantu teknologi lain untuk mengesan kotak hitam itu.

Isnin lalu, tentera laut Amerika Syarikat menghantar pengesan kotak hitam untuk digunakan pasukan yang menjejak MH370 di lokasi carian.

Sistem pengesan itu bergantung kepada isyarat akustik untuk membantu mencari kotak hitam pesawat tentera atau komersil yang terhempas dan terdampar sehingga 6,000 meter di bawah aras laut.

Read more at: http://www.astroawani.com/news/s ... ada-hadnya-32854?cp

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 10:20 AM | Show all posts
MH370: Operasi pencarian diteruskan sehingga pesawat ditemui - Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak, Ahad memberi jaminan bahawa kerajaan Malaysia komited sepenuhnya terhadap operasi menjejaki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 dan tidak akan menghentikan pencarian sehingga pesawat itu ditemui.

Ketika operasi mencari memasuki minggu ketiga, Perdana Menteri berkata ingatan dan doa beliau sentiasa bersama keluarga penumpang dan anak kapal pesawat jenis Boeing 777-200ER itu, yang hilang pada 8 Mac.

"Ketika masuk minggu ketiga pencarian MH370, kami memberi jaminan bahawa kerajaan Malaysia komited sepenuhnya terhadap operasi pencarian dan tidak akan menghentikan operasi sehingga pesawat dijumpai," katanya dalam catatan terbaharu beliau di Facebook.

Najib melahirkan penghargaan kepada kerajaan Australia dan negara lain yang menyertai misi pencarian MH370.

"Saya ingin mengambil kesempatan ini melahirkan penghargaan saya kepada kerajaan Australia dan negara lain atas usaha mengesan pesawat kami yang hilang," katanya.

Pesawat itu, yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dan membawa 239 penumpang serta anak kapal, hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam

Pada 24 Mac lepas, Najib mengumumkan bahawa Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi".


Read more at: http://www.astroawani.com/news/s ... emui-najib-32842?cp

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 12:59 PM | Show all posts
MH370: Najib betul membuat kesimpulan pesawat hilang di Lautan Hindi - Tony Abbott

PERTH: Perdana Menteri Australia, Tony Abbot berkata semua bukti yang ada ketika ini menjurus kepada kesimpulan yang pesawat Penerbangan Malaysia, (MAS) MH370 telah hilang di Lautan Hindi, sambil mempertahankan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sebelum ini.

Pesawat yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing itu hilang pada 8 Mac lalu bersama 239 penumpang dan anak kapal, namun selepas tiga minggu, tiada serpihannya ditemui oleh pasukan mencari
dan menyelamat.

Ramai anggota keluarga yang terbabit sukar menerima hakikat yang kesimpulan itu dibuat berdasarkan data satelit seperti yang diumumkan Najib pada 24 Mac lalu.

Abbott yang dipetik dari agensi berita AFP, bagaimanapun bersetuju dengan kesimpulan yang dibuat oleh Najib.

"Dari bukti yang telah dikumpul ia menjurus kepada kesimpulan yang pesawat (MH370) hilang di Lautan Hindi,” katanya kepada wartawan di pangkalan tentera Australia di Perth.

“Banyak bukti yang telah diterima  dan saya berpendapat Najib Razak berhak kepada pandangannya yang membuat kesimpulan itu, adalah haknya untuk memakklumkan perkara itu kepada orang ramai.”

Australia ketika ini sedang mengkoordinasi operasi pencarian pelbagai negara Boeing 777 itu yang membabitkan 100 petugas dan lebih seribu anak kapal, di kawasan pencarian ke barat Perth.

“Ini adalah satu tugas sukar. Kita sedang mencari di kawasan laut yang luas. Ini dilakukan dengan maklumat yang terhad,” kata Abbott.

"Namun begitu, minda terbaik dunia sedang melaksanakan tugas ini, semua kecanggihan teknologi diguna dan dibawa ke sana (kawasan pencarian). Sekiranya misteri boleh dirungkai, kita akan lakukan. Saya bagaimanapun enggan memandang rendah betapa sukarnya tugas ini.”

Abbott juga berkata dia enggan memberikan had masa untuk pencarian itu.

“Kita akan teruskan pencarian. Meningkatkan usaha dan bukan mengurangkannya.”

“Kita terhutang (penjelasan) kepada ahli keluarga, mereka yang menggunakan pesawat, kepada kerajaan dimana warga mereka berada di dalam pesawat (MH370), kita terhutang kepada dunia yang mahukan penjelasan kepada misteri yang telah menyelubungi selama tiga minggu,” katanya lagi.

“Kita terhutang kepada semua untuk melakukan apa yang terdaya.”

Read more at: http://www.astroawani.com/news/s ... ony-abbott-32859?cp

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 01:02 PM | Show all posts
Kapten Abdul Rahmat: 'Tentera udara anggap MH370 bukan ancaman'

KUALA LUMPUR: Selepas tiga minggu kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370, Malaysia masih dikritik mengenai radar tenteranya yang dikatakan telah mengesan sebuah pesawat yang tidak dikenali, namun didakwa tidak mengambil sebarang tindakan ketika itu.

Dalam rancangan Agenda AWANI pada Sabtu,  bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia, Kapten Abdul Rahmat Omar Tun Mohd Haniff mempertahankan tindakan itu.

Katanya, pihak tentera udara memang telah mengesan pesawat MH370 pada malam itu dan telah membuat satu penilaian bahawa trek, atau laluan, yang diambil pesawat itu tidak membahayakan.

“Untuk MH370, saya jangkakan mereka telah menyatakan itu bukan satu ancaman, disebabkan itu, mereka teruskan merakam laluan MH370,” kata Penyiasat Insiden & Pengurus Kanan Korporat Sapura Kencana itu.

Kapten Abdul Rahmat juga menerangkan proses yang perlu diambil tentera udara apabila mengesan sesebuah pesawat yang tidak dikenali, dan bagaimana ia menentukan sama ada perlunya menggerakkan pesawat pejuang negara ini.

Kapten Abdul Rahmat yang juga dikenali sebagai Seademon pernah menulis di laman blognya tentang tidak adilnya Tentera Udara dikritik berkaitan insiden radar itu.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan pesawat telah diterbangkan sedemikikan untuk mengelakkan daripada dikesan oleh radar-radar yang lain, dengan melalui kawasan yang langsung tidak mempunyai radar

Read more at: http://www.astroawani.com/news/s ... an-ancaman-32824?cp

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 04:26 PM | Show all posts
terkini



Media menunggu di hadapan bilik di tingkat 5 PWTC yang menjadi tempat pertemuan antara Datuk Seri Hishammuddin dan deligasi daripada Indonesia dan Austarlia. Pertemuan itu bagi membincangkan mengenai operasi mencari MH370 yang memasuki hari ke-23.



Seramai enam orang deligasi dari Indonesia diketuai Wakil Khas yang juga Penasihat Khas kepada Menteri Luar Indonesia, Wiwiek Setyawati Firman.

Wiwiek Setyawati yang ditemui selepas pertemuan selama 40 minit itu berkata, Indonesia berpuas hati dengan usaha yang dilakukan oleh Malaysia dalam operasi mencari MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Indonesia juga melahirkan keyakinan terhadap kemampuan Malaysia yang mengetuai operasi mencari berkenaan dan akan memberi sebarang bantuan yang diperlukan Malaysia dalam operasi tersebut.



Sementara, deligasi Australia seramai dua orang diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi negara itu ke Malaysia, Rod Smith. Beliau ditemani Ketua Suruhanjaya Biro Keselamatan Pengangkutan Austarlia, Martin Dolan.








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 04:38 PM | Show all posts
AMSA: Misi mencari MH370 diperhebat
OLEH:
Tarikh: March 31, 2014

KUALA LUMPUR - Misi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di kawasan terpencil di Lautan Hindi diperhebat dengan menggunakan 10 pesawat dan 10 kapal.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA), dalam kenyataan berkata pesawat berkenaan adalah sebuah P3 Orion Tentera Udara Diraja Australia (RAAF), sebuah P3 Orion Tentera Udara Diraja New Zealand (RNZAF), sebuah P3 Orion Jepun, sebuah jet Gulfstream Pengawal Pantai Jepun.

Sebuah pesawat Ilyushin IL-76 Tentera Udara Pembebasan Rakyat China, sebuah P3 Orion Korea Selatan, sebuah P8 Poseidon Tentera Laut Amerika Syarikat, dua C-130 Hercules Tentera Udara Diraja Malaysia dan sebuah jet bertindak sebagai penyampai komunikasi.

AMSA berkata kapal pula terdiri daripada HMAS Success dan HMAS Toowoomba, tujuh kapal China dan sebuah kapal dagang.

"Sesetengah kawasan pencarian akan mengalami cuaca mendung dan hujan sepanjang hari," menurutnya.

Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Mac lepas mengumumkan bahawa berdasarkan analisis maklumat satelit dan siasatan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB), penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi".

Pada Ahad, pihak berkuasa Australia berkata sejumlah objek diambil oleh HMAS Success dan Haixun 01 pada Sabtu telah diperiksa dan dipercayai tiada kaitan dengan MH370.  - Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 04:39 PM | Show all posts
terkini

MH370: 29 anggota keluarga dari China dipindahkan ke Bangi


SUBANG JAYA 31 Mac - Sekumpulan 29 waris penumpang MH370 yang tiba dari Beijing semalam dipindahkan ke Hotel Bangi-Putrajaya di Bangi hari ini.

Keluarga ini dipindahkan kerana bagi memudahkan urusan berkaitan dengan penyampaian perkembangan pencarian pesawat MH370, jika ada.

Kehadiran 29 anggota keluarga penumpang dari China ini sejak semalam menjadi tumpuan media massa tempatan dan luar negara.

Selain memudahkan sesi penyampaian maklumat kepada 29 ahli keluarga ini juga akan memudahkan bantuan kaunseling.
-UTUSAN ONLINE






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2014 04:40 PM | Show all posts

MH 370: Saintis UK 'pesimis' kotak hitam berjaya ditemui


KUALA LUMPUR: Pencarian pesawat  Penerbangan Malaysia, MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, memerlukan dedikasi yang teramat tinggi dan perbelanjaan ratus juta dolar, memandangkan ianya sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Kenyataan ini dibuat oleh seorang saintis bertaraf dunia, David Mearns menerusi temuramahnya dengan China Central Television (CCTV), Sabtu lepas.

Mearns yang berasal daripada United Kingdom, juga merupakan seorang pakar pencarian kapal karam di lautan dalam, berkata, dia terpaksa bersikap pesimistik dengan menyatakan misi pencarian MH370 akan gagal dalam menemui kapal malang itu di di dasar laut di Lautan Selatan India dengan hanya berdasarkan petunjuk yang ada.

Katanya, walaupun ada bangkai kapal yang dibawa naik, ia agak mustahil untuk menjejak MH370 memandangkan kapal hilang itu sudahpun dibawa arus lautan gergasi ke arah yang tidak diketahui lebih daripada 20 hari.

Mearns juga menyatakan realiti yang harus ditempuhi semua, bahawa, kotak hitam yang dicari-cari selama ini tidak berkemungkinan dapat dijumpai.

Ini menurutnya, kerana penggunaan teknik dan peralatan oleh pasukan misi pencarian yang ada kini tidak mempunyai keupayaan yang mencukupi.

Saintis marin ini juga berkata satu-satunya cara untuk mencari kotak hitam adalah untuk mencari dan menapis bangkai ataupun serpihan pesawat yang ditemui.

Mengikut pengalamannya, kos pencarian ini akan mencecah lebih 45 juta dolar, dan akan menjadikannya jumlah yang lebih besar mengatasi tragedi Air France di Lautan Atlantik pada tahun 2009.


CCTVNEWS's Jameschau reports preliminary probe into MH370 reveals that the last words from the cockpit were not "Alright, goodnight", but "Goodnight,Malaysian 370".



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 04:41 PM | Show all posts
Bila juruterbang keluar bertugas, tidak semestinya akan pulang, kata balu


PUTRAJAYA: Para anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dinasihati agar reda dengan sebarang kemungkinan berlaku terhadap pesawat yang hilang itu.

Perkara ini disampaikan oleh balu kepada juruterbang pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang suaminya meninggal dalam nahas pesawat 17 tahun lepas.

Norhaslina Hashim, 47, meminta anggota keluarga berkenaan agar terus berdoa untuk orang tersayang mereka yang berada di dalam pesawat.

Beliau berkata bagi dirinya, setiap juruterbang menghadapi risiko besar apabila mereka keluar bertugas dan anggota keluarga terutama isteri juruterbang telah dididik untuk berhadapan dengan risiko kehilangan suami apabila suami mereka bertugas.

Beliau menceritakan bahawa sebelum berkahwin pada tahun 1989, beliau telah diingatkan oleh suaminya, Allahyrham Mejar Azlizan Abdul Manas untuk menerima apa sahaja berita buruk setiap kali beliau keluar bekerja.

"Allahyarham mengingatkan saya dari mula kami berkahwin bahawa apabila beliau keluar bekerja, tidak semestinya dia akan pulang," katanya kepada pemberita di Hotel Everly di sini hari ini, untuk membantu menguatkan semangat anggota keluarga penumpang pesawat yang hilang itu.

Dalam nahas yang menimpa Azlizan, pesawat helikopter Agusta A109E yang dipandunya yang membawa Pengerusi Kumpulan DRB Hicom ketika itu Tan Sri Yahaya Ahmad dan isterinya Puan Sri Rohana Othman dilaporkan hilang dari skrin radar dan terputus hubungan pada jam 11.15 malam, ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu.

Mayat ketiga-tiga mereka ditemui dua jam selepas pesawat itu terhempas di Kampung Atong, Jerangsang, Kuala Lipis, Pahang.

Norhaslina berkata dengan kejadian itu, pesanan suaminya bahawa apabila beliau keluar bertugas dan tidak semestinya akan pulang, benar-benar menjadi kenyataan.

Kamarul Mizan Ipit, 50, pula menasihati semua pihak agar tidak menuding jari antara satu sama lain berhubung kejadian kehilangan pesawat itu.

"Anggota keluarga perlu terus maju ke hadapan dan apa yang penting ialah percaya kepada takdir dan teruskan berdoa," katanya yang suaminya Mejar (B) Azhari Ghazali, 50, hampir menemui maut dalam nahas pesawat yang berlaku di Laut China Selatan pada tahun 1996.



Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/bila-juruterbang-keluar-bertugas-tidak-semestinya-akan-pulang-kata-balu-32881?cp

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 04:43 PM | Show all posts


"Australia has just done so much" - Malaysia's@HishammuddinH2O thanks Australian High Commissioner Rod Smith#MH370http://pbs.twimg.com/media/BkCZH8wCcAEKw4



Indonesia special envoy to Malaysia Wiwek Setyawati Firman &delegation meet@HishammuddinH2O#MH370@ChannelNewsAsiahttp://pbs.twimg.com/media/BkCMXbFCAAAwQO

KUALA LUMPUR 31 Mac - Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Rod Smith dikerumuni media sebaik sahaja selesai mengadakan pertemuan dengan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Rod, yang ditemani Ketua Suruhanjaya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, Marti Dolan, bagaimanapun enggan memberi sebarang ulasan mengenai pertemuan yang berlangsung kira-kira 40 minit itu. - UTUSAN ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2014 05:17 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.101013 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list