CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nape?Tak caye?

[merged] Jemaah Tabligh

[Copy link]
lihyatun This user has been deleted
Post time 1-9-2007 07:42 PM | Show all posts
Saya dah ikut jemaah tabligh sejak dari kecil lagi.Orang kata dari tak tahu apa2 lagi org tua saya ajak keluar jemaah tabligh.Namun sekarang bila dah habis belajar dalam berbagai cabang n bidang agama, nampaknya saya tak boleh nak teruskan niat saya utk terus menyertai jemaah tabligh. Banyak perkara yang dibuat oleh ahli2 jemaah tabligh yang lebih kepada mengikut2 sahaja kata2 maulana2,syura2,orang2 lama dan amir2 tanpa tahu adakah yang mereka kata itu benar2 pasti bersumber dari syariat. kalau ada pun saya kira dalam 20%-30% sahaja yang meneliti pendapat orang lain.

           Niat untuk islah diri dan mengajak org kepada kebaikan(amar ma'aruf) bagi jemaah tabligh itu saya akui mmg ada dan cukup kuat. tetapi usaha melarang org buat kemungkaran (nahi mungkar) tiada langsung dijalankan. Memang niat jemaah tabligh betul tapi perlaksanaannya tidak kena. Contohnya kenapa jemaah tabligh lebih pandang kearah IPB,ajak org ke IPB, keluar ke IPB, mesyuarat ke IPB?. Macamana pula dengan Sabda Rasulullah yang menyatakan lebih kurang maksudnya harus mengajak org ke tiga tempat iaitu masjidil haram, masjid nabawi dan masjidil aqsa.Namun jemaah tabligh lebih mengajak org pergi ke IPB, antara kata2 mereka "tuan-tuan yang dirahmati Allah, cepat2lah beri masa ke IPB sementara org2 tua kita masih ada."Bukankah itu mengajak org beribadah selain dari 3 tempat seperti sabda Rasulullah?.

         Ada dari kalangan jemaah tabligh beranggapan bahawa hanya cara jemaah tabligh sahaja yang akan membawa seseorang itu ke syurga dan matlamat mereka kalau boleh semua manusia harus mengikuti apa yang di ajar oleh jemaah tabligh. Selain dari cara jemaah tabligh tiada jaminan syurga, dan pendapat ini dipegang oleh kebanyakan jemaah tabligh. persoalannya macamana pula dengan keadaan ulama2 yang seumur hidup berjuang memberi masa untuk mengarang kitab tanpa mengikut gerak langkah jemaah tabligh?. bagaimana pula dengan org2 kampung yang dari muda sampai tua duduk solat 5 waktu d masjid?. Adakah mereka ini akan masuk neraka?.

          Saya pernah dengar syura malaysia kata kalau kita jaga 5 amalan masjid, insyaallah amalan bacaan yasin malam jumaat yang dikataknnya Batil akan terhapus. Jemaah tabligh mengatakan macaan yasin malam jumaat itu sebagai bid'ah dan yasin harus di baca hari2. Saya tahu amalan bacaan yasin malam jumaat, kalau ditetapkan kemestian melakukannya pada satu2 masa maka dia akan menjadi bidah walaupun perbuatan itu baik. namun pada saya nisab jemaah tabligh untuk beri masa seumur hidup sekali 4B, tiap2 tahun 40H,tiap2 bulan 3H itu juga boleh dikatakan sebagai bid'ah. Dakwah bukan dilaksanakan pada masa2 tertentu. Dakwah harus dilaksanakan seumur hidup.Kalau betul pun ada kerja makami adakah semua jemaah tabligh menjaga usaha makami. Yang saya tahu tidak ramai jemaah tabligh yang boleh jaga kerja makami dengan betul.

        Dan yang paling saya tak boleh terima pakai, sejak kecil bila saya keluar jemaah hakqah quran baca 10 surah. Dari surah al-Fil hinnga An-Nas,itu tidak apalah belajarkan. tp persoalannya sekarang ni saya keluar pun still baca surah yang sama. saya tengok org2 yang keluar dengan saya 15tahun dulu sampai sekarang still baca surah yang sama,sampai bila? kalau diperiksa bacaan al-quran mereka, rata2 hancur. ada sesetengahnya langsung tak boleh baca al-quran. Macamana ni, nak ajak org dekat pada islam, tetapi diri sendiri tak betul. Sebab itulah ahli jemaah2 tabligh ilmu tak bertambah2, sebab yang membawa mereka join jemaah pun ilmu tak seberapa, nak gunakan untuk diri sendiri pun tak tentu boleh, macamana nak ajak org?.

            ada banyak lagi fakta yang ada pada saya. lebih kurang 35 fakta permasaalahan jemaah tabligh yg perlu diperjelaskan. Jemaah tabligh selalu berkata seseorang itu tidak akan nampak/tahu apa itu jemaah tabligh selagi mereka tidak ikut jemaah. Tp pada saya jemaah tabligh tidak akan nampak kesilapan mereka selagi mereka tidak mahu keluar dari jemaah tabligh dan melihat diri jemaah itu sendiri dari luar.ibarat kereta Selagi kita di dalam selagi itu kita rasakan kita ok,tetapi kalau lihat dari luar, baru kita nampak rupanya banyak kemek dan calar pada kereta itu. Inilah yang berlaku pada saya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


lihyatun This user has been deleted
Post time 1-9-2007 07:46 PM | Show all posts

Reply #616 eastrun's post

tak, maksud saya itu sahaja yang ada, mana perlu di dahulukan. Contohnya kalau tengah solat sunat ibu panggil, ibu yang perlu di dahulukan. itu sunat tembung wajib.tp mcamana dengan ini.itu sahaja yang ada. kalau saya katakan dahulukan keluarga?.dakwah tak semestinya dengan jemaah tabligh.saya keluar rumah larang budak2 kat luar tu melepak dan ajaka mereka buat perkara yang main macamana?.
Reply

Use magic Report

lihyatun This user has been deleted
Post time 1-9-2007 08:01 PM | Show all posts
Reply #575 sahabat32's post


Good...in that case belajar lah lagi supaya menjadi orang Islam yang boleh dijadikan contoh. Jangan ikut membuta tuli saja.
Kalau u dah ada ilmu I pasti u akan lihat tabligh ini merosakkan umat Islam dan membuat bidaah2 sesat dan haram. -BikerLady -

Saya sangat setuju dengan BikerLady
100/1000 saya setuju. Saya tak nak taip panjang2. tp memamg benar jemaah tabligh ini merosakkan umat Islam dan membuat bidaah2 sesat dan haram, BETULLLLL.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2007 09:53 AM | Show all posts
Kita ni dah duk di akhir hayat dunia...org yg mengamalkan islam akan dipandang
pelik dan ganjil...

Kalau tak faham lebih baik diam..berbaik sangka lah sesama kita...semoga Allah  
memimpin kita kejalan yg benar yg diredhoiNYA. amin.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2007 12:26 AM | Show all posts
Originally posted by lihyatun at 1-9-2007 07:42 PM
Saya dah ikut jemaah tabligh sejak dari kecil lagi.Orang kata dari taktahu apa2 lagi org tua saya ajak keluar jemaah tabligh.Namun sekarangbila dah habis belajar dalam berbagai cabang n bidang agama, nampaknyasaya tak boleh nak teruskan niat saya utk terus menyertai jemaahtabligh. Banyak perkara yang dibuat oleh ahli2 jemaah tabligh yanglebih kepada mengikut2 sahaja kata2 maulana2,syura2,orang2 lama danamir2 tanpa tahu adakah yang mereka kata itu benar2 pasti bersumberdari syariat. kalau ada pun saya kira dalam 20%-30% sahaja yangmeneliti pendapat orang lain.


Iman tak dapat diwarisi. Anak dan isteri Nabi Nuh juga binasa. Memang ada yang dari keluarga 'Tabligh' tapi tidak ikut jejak ibu/bapa mereka...

Begitu juga banyak yang saya lihat mereka yang bagus berdakwah dan bertabligh dari kalangan asalnya bukan keluarga yang Tabligh...

Saya rasa awak dah terpegaruh dengan anasir memburukkan Tabligh. Bukannya tiada Ulama dan mufti yang memantau usaha dakwah dan Tabligh. Mungkin awak tiada pengetahuan tentang itu

Berapa lama awak pernah keluar ikut Tabligh? 3 hari? 10 ? 40 hari ? 4 bulan ? Kaedah belajar dalam Tabligh adalah kaedah informal dan bergantung kepada ahli semasa keluar berjemaah. kalau ada Ulama atau orang yang lama dan buat usaha, maka banyak yang dipelajari.


           Niat untuk islah diri dan mengajak org kepada kebaikan(amarma'aruf) bagi jemaah tabligh itu saya akui mmg ada dan cukup kuat.tetapi usaha melarang org buat kemungkaran (nahi mungkar) tiadalangsung dijalankan. Memang niat jemaah tabligh betul tapiperlaksanaannya tidak kena. Contohnya kenapa jemaah tabligh lebihpandang kearah IPB,ajak org ke IPB, keluar ke IPB, mesyuarat ke IPB?.Macamana pula dengan Sabda Rasulullah yang menyatakan lebih kurangmaksudnya harus mengajak org ke tiga tempat iaitu masjidil haram,masjid nabawi dan masjidil aqsa.Namun jemaah tabligh lebih mengajak orgpergi ke IPB, antara kata2 mereka "tuan-tuan yang dirahmati Allah,cepat2lah beri masa ke IPB sementara org2 tua kita masih ada."Bukankahitu mengajak org beribadah selain dari 3 tempat seperti sabdaRasulullah?.


Kalau awak seorang yang berilmu, cuba cari ayat Al Quran yang terangkan nahi mungkar TANPA didahului oleh amar ma'aruf

contoh:
Solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Mengajak kepada solat (ma'aruf) juga mencegah kemungkaran

Kamu (umat Nabi Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang menyeru manusia kepada kebaikan (amar ma'aruf) dan mencegah kemungkaran

dan banyak ayat yang menyebut ajak ke arah kebaikan dan diikuti cegah kemungkaran (bukan berasingan)....

Berkhuruj ke India, Pakistan dan Bangladesh itu tujuannya untuk belajar hikmah usaha Dakwah. Jika anda pergi ke markaz Tabligh yang terbesar di Nizamuddin (India) dan Raiwind (Pakistan) anda akan dapati ramai orang Arab turut ke sana untuk belajar usaha dakwah. Orang Arab (yang bertabligh) tidak datang ke India, Pakistan dan Bangladesh untuk belajar ilmu agama kerana mereka (mungkin) lebih berilmu. Saya pernah jumpa orang Arab yang malu kerana bangsanya terkebelakang dalam usaha dakwah. Namun sejak 10 tahun kebelakangan ini semakin ramai orang Arab sudah ke depan dalam usaha ini.

Setiap 2 tahun sekali rombongan beramai-ramai Ulama, ahli syura' dan orang2 kuat Tabligh pergi menunaikan Haji. Ini tidak termasuk mereka yang pergi tiap2 tahun, jadi tuduhan tidak utamakan Makkah dan Madinah adalah tidak benar.


         Ada dari kalangan jemaah tabligh beranggapan bahawa hanya carajemaah tabligh sahaja yang akan membawa seseorang itu ke syurga danmatlamat mereka kalau boleh semua manusia harus mengikuti apa yang diajar oleh jemaah tabligh. Selain dari cara jemaah tabligh tiada jaminansyurga, dan pendapat ini dipegang oleh kebanyakan jemaah tabligh.persoalannya macamana pula dengan keadaan ulama2 yang seumur hidupberjuang memberi masa untuk mengarang kitab tanpa mengikut geraklangkah jemaah tabligh?. bagaimana pula dengan org2 kampung yang darimuda sampai tua duduk solat 5 waktu d masjid?. Adakah mereka ini akanmasuk neraka?.


Saya setuju dengan anda. Ini masalah teknikal kepada mereka yang terlalu bersemangat buat usaha ini.

          Saya pernah dengar syura malaysia kata kalau kita jaga 5amalan masjid, insyaallah amalan bacaan yasin malam jumaat yangdikataknnya Batil akan terhapus. Jemaah tabligh mengatakan macaan yasinmalam jumaat itu sebagai bid'ah dan yasin harus di baca hari2. Sayatahu amalan bacaan yasin malam jumaat, kalau ditetapkan kemestianmelakukannya pada satu2 masa maka dia akan menjadi bidah walaupunperbuatan itu baik. namun pada saya nisab jemaah tabligh untuk berimasa seumur hidup sekali 4B, tiap2 tahun 40H,tiap2 bulan 3H itu jugaboleh dikatakan sebagai bid'ah. Dakwah bukan dilaksanakan pada masa2tertentu. Dakwah harus dilaksanakan seumur hidup.Kalau betul pun adakerja makami adakah semua jemaah tabligh menjaga usaha makami. Yangsaya tahu tidak ramai jemaah tabligh yang boleh jaga kerja makamidengan betul.


Kerja maqami (tempatan) adalah kerja yang paling berat untuk istiqamah. Pasal bacaan yaasiin tu hanya beza pendapat. Tak semua orang Tabligh anggap macam tu, bergantung kepada Ulama rujukannya. Kalau tanya salafi mereka pun kata bida'ah. Tapi bila bertembung salafi dengan Tabligh, semua yang Tabligh buat tu jadi bida'ah pula

        Dan yang paling saya tak boleh terima pakai, sejak kecil bilasaya keluar jemaah hakqah quran baca 10 surah. Dari surah al-Fil hinngaAn-Nas,itu tidak apalah belajarkan. tp persoalannya sekarang ni sayakeluar pun still baca surah yang sama. saya tengok org2 yang keluardengan saya 15tahun dulu sampai sekarang still baca surah yangsama,sampai bila? kalau diperiksa bacaan al-quran mereka, rata2 hancur.ada sesetengahnya langsung tak boleh baca al-quran. Macamana ni, nakajak org dekat pada islam, tetapi diri sendiri tak betul. Sebab itulahahli jemaah2 tabligh ilmu tak bertambah2, sebab yang membawa merekajoin jemaah pun ilmu tak seberapa, nak gunakan untuk diri sendiri puntak tentu boleh, macamana nak ajak org?.


Dah keluar 4 bulan India, Pakistan Bangladesh ke belum? Kalau keluar 3 hari atau seminggu saja sampai 15 tahun memang la macam tuu saja...

Saya agak setuju rata2 yang ikut Jemaah Tabligh ni kurang semangat dari segi ilmu. Namun nasihat selalu diberikan tentang kelebihan ilmu dan zikir cuma tak ramai yang meyerlah ke arah ilmu. Tapi yang betul2 berilmu juga ada namun mereka low profile sampai kadang orang perlekeh mereka, tau2 mereka tu Alim hafiz AL Quran dan Hadith. Sebab orang suka pukul rata semua tak berilmu...

            ada banyak lagi fakta yang ada pada saya. lebih kurang 35 fakta permasaalahan jemaah tabligh yg perlu diperjelaskan. Jemaahtabligh selalu berkata seseorang itu tidak akan nampak/tahu apa itujemaah tabligh selagi mereka tidak ikut jemaah. Tp pada saya jemaahtabligh tidak akan nampak kesilapan mereka selagi mereka tidak mahukeluar dari jemaah tabligh dan melihat diri jemaah itu sendiri dariluar.ibarat kereta Selagi kita di dalam selagi itu kita rasakan kitaok,tetapi kalau lihat dari luar, baru kita nampak rupanya banyak kemekdan calar pada kereta itu. Inilah yang berlaku pada saya.


Saya tidak tahu samada awak dah set dalam minda tentang keburukan Tabligh. Kalau dah set macam ada 1 atau 2 nick yang selalu muncul menghemtam Tabligh, maka tiada guna penjelasan diberikan kerana walaupun dari Al Quran dan Hadith tetap ditolak maka mudaratnya lebih jika cuba nak jelaskan kepada mereka yang telah bersangka buruk dengan beremosi..

Kalau dah boleh senaraikan 5 fakta permasalahan, saya rasa ada orang yang boleh senaraikan lebih dari 35 fakta kebaikan, tapi semua tu bergantung kepada niat masing2. Bila banyak kebaikan disebut, timbul pula keburukan dilabel taksub.

Tak semua orang dapat terima Tabligh, dan mungkin anda salahseorangnya. Saya doakan anda dapat mencari kebenaran dalamberagama...dan saya tak maksudkan hanya Tabligh saja yang betul danyang lainnya batil.... banyak juga individu Tabligh yang menyebabkan nama Tabligh tercemar... dan saya juga mungkin tidak terlepas dari keburukan itu...

Semoga ALLAH beri petunjuk dan hidaya kepada kita semua

Wallahu 'alam

[ Last edited by  mnm77 at 3-9-2007 12:33 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2008 06:05 PM | Show all posts

sajak `orang tabligh`


Orang Tabligh,
Ntah sape la yg bagi nama,
Sedangkan kita sumer kan sama,
Umat Nabi SAW semuanye,
Kerja dakwah kan tanggungjawab bersama,
Nabi dah xde,
kalau kita tak buat, sape pula?,
x kan la keje ustaz dan ulama saja,
Yg kita nih, xkan nak goyang kaki saje2?


Orang Tabligh,
Lari!!Larii!Orang Tabligh dtg,
Yg tadi ramai,sekelip mata je dah ilang,
Yg td segar bugar dah tido terlentang,
Yg sakit kaki pun bleh terjun tingkap lari lintang pukang,
Heh..betul la kata orang,
Nak ajak manusia pada Allah bukannya keje senang.


Orang Tabligh,
Ajak keluar khuruj,
bukannya nanti x pulang,
Yg baru dapat gaji pun kata xde duit, nak bayar hutang,
Yg tadi sihat pun tiba2 migrain plak datang,
Yg menganggur pun buat2 sibuk bukan kepalang,
Heh, dakwah ni takat cakap je mmg la senang,
Cuba buat, mmg nak kena sabar,nak kena tenang,
Lain la kalau ajak pada dunia,
bondong2 org dtg.


Orang Tabligh,
Lorong ke lorong, hati ke hati, pintu ke pintu,
Jumpe sumer orang tak pilih bulu,
Dari ustaz sampai le kutu,
Sume nak ditemu,Nak diajak pd Allah yg satu.


Orang Tabligh,
Jalan bawak periuk belanga,
Dipandang org takat sebelah mata,
Dituduh jahil,tinggal dunia perkara biasa,
Walaupun kekadang pedih gak telinga,
Nabi dulu2 pun kan selalu kena,
Dituduh dusta, dipanggil gila,
Itu Nabi, apatah lagi kita,
Yg banyak salah,yg banyak dosa,
Takpe2, Allah kan ada,Yg Maha Mengetahui,yg mana intan, yg mana kaca.


Orang Tabligh,
Kekadang buat silap卆dat la manusia,
Mmg tgh nak belajar2 tiru sahabat(r. anhum) yg dah terbukti berjaya,
Terpancung, terlaser..sori,bukannya sengaja,
Nak dapat hikmah dlm berdakwah mmg amik masa,
Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.


Orang Tabligh,
Ada kat mana2,Kat US, Afrika, kat Israel pun ada,
Dari petani, engineer, sampai la Raja,
Pelbagai adat, perangai beza2,
Tapi bleh makan dlm dulang yg sama,
Bila keluar jemaah sumer dilayan serupa,
Bila nak berpisah..isk2..kluar plak air mata.


Orang Tabligh,
Nak hidupkan sunnah Nabi,
Janggut, jubah,seluar atas buku lali,
Kalau nak diikutkan, mmg ader byk lagi,
Kekadang tu kena gak perli,
揔ita skang kan di zaman IT
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2008 06:18 PM | Show all posts
Prof Hamka ke?
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2008 11:23 PM | Show all posts
tabligh kan amalan sufism ... tk selaras ngan sunnah dan amalan nabi ....

aku pon tk nah dgr nabi ... abiskan 40 hari lepak kt surau ..... atau pegi satu ke satu tempat .... dok ngajak org lepak dan bermlm kt surau ...selama 40 hari or 44 hari

ibadah bukan ... terhad di masjid dan surau ... berkerja ...juga ibadah .... bermesra ngan isteri pon ibadah ......berniaga pon ibadah ....

dan dakwah bukan ...terhad pergi rumah ke rumah ... berckp pasal psl islam ... or membuat ceramah ..... berkelakuan baik pon satu dakwah ..... membuat keje ngan baik pon satu dakwah .....

dakwah salah satu cara ...yelah menonjolkan sifat2 mulia .... dan antara sbb org2 kafir menerima adalah disebabkan keperibadian dan akhlak mulia nabi ....

ermm pendapat aku jelah .....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2008 11:41 PM | Show all posts
tak salah nak pilih mana2 pun.....kerana kita ada pilihan dalam jalan mencari Tuhan.

sy rasa tabligh dipandang agak kurang menyenangkan kerana ia seolah2 menghina cara hidup biasa....

padahal tak salah kedua2nya, asalkan tahu dosa pahala.

boleh aja pi tabligh, eloklah tu.....walopun nabi tak buat ia bukanlah bidaah2, tolonglah jangan kata bidaah.....ia pilihan yg tak diharamkan.

dan bagi pihak tabligh pulak, kalo org tak mo pi,
kenapa seolah2 berdosa pula....? belum sampai tahap dosa lagi.

[ Last edited by  ussopp at 12-7-2008 11:44 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2008 02:23 PM | Show all posts
Tak habis-habis lagi topik nie, hmm..saya nak bawakan satu  cerita perumpamaan, kisah Kambing dengan Singa.

Suatu hari seekor singa pragnent telah melahirkan anak, selepas sahaja melahirkan ibu singa telah mati, belum sempat anak singa celik matanya, kemudian anak singa ini telah dijumpai oleh sekumpulan kambing, lalu anak singa ini dipelihara oleh seekor ibu kambing, anak singa itu membesar dalam kumpulan kambing, dia tak tahu langsung asal usulnya. Semasa dia bermain-main dengan anak2 kambing yang lain, dia rasa ada satu kelainan, mereka suka main tanduk-tanduk, semua anak kambing yang sebayanya ada tanduk, cuma dia aja yang tak ada tanduk. Dia merasa hairan dan rendah diri kerana keadaan itu. Satu hari kerana ingin sangat mempunyai tanduk sampai dia telah berdoa supaya diberi tanduk, tetapi tak dimakbulkan.

Kelainan yang lain ialah suaranya, dia tak pandai mengembek, bagaimanapun dia cuba sedaya upaya untuk belajar mengembek. Kukunya panjang dan memalukan, giginya pun ada dua panjang, sungguh memalukan.. Begitulah seterusnya hari-hari yang dilaluinya, sentiasa ia merasa sedih dan malu dengan keadaan dirinya yang lain dari kawan-kawannya. Hari-hari dia mengeluh, rumput dan daun-daun yang dimakannyapun rasa tidak sedap. hairan sungguh dengan dirinya. Akhirnya dia jadi kurus kering kerana susah hati dan tidak faham keadaan dirinya. Kenapalah dia selalu dihina, dia mengeluh 搆alaulah dia ada tanduk, tidak ada kuku panjang dan tidak ada taring, tentu dia akan setaraf dengan mereka
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2008 02:29 PM | Show all posts
Topik ni dah lama senyap bro kuman... cuma since hari tu ada yg post sajak tabligh tu, saya merge kan dengan thread lama
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2008 08:05 PM | Show all posts
Originally posted by fish_o7 at 12-7-2008 11:23 PM
tabligh kan amalan sufism ... tk selaras ngan sunnah dan amalan nabi ....

aku pon tk nah dgr nabi ... abiskan 40 hari lepak kt surau ..... atau pegi satu ke satu tempat .... dok ngajak org lepak dan bermlm kt surau ...selama 40 hari or 44 hari

ibadah bukan ... terhad di masjid dan surau ... berkerja ...juga ibadah .... bermesra ngan isteri pon ibadah ......berniaga pon ibadah ....

dan dakwah bukan ...terhad pergi rumah ke rumah ... berckp pasal psl islam ... or membuat ceramah ..... berkelakuan baik pon satu dakwah ..... membuat keje ngan baik pon satu dakwah .....

dakwah salah satu cara ...yelah menonjolkan sifat2 mulia .... dan antara sbb org2 kafir menerima adalah disebabkan keperibadian dan akhlak mulia nabi ....

ermm pendapat aku jelah .....


Salam....Menarik pandangan saudara fish ni....

1. Tabligh selaras Sufi? Sufi tu kira tak sunnah dari pandangan kau la? Takper, sebab kau pun dah kata pendapat je. Dah banyak kali diterangkan bahawa cabang kesufian itu adalah salah satu dari cabang Islam, juga dikenali sebagai Tasawwuf. Namun ada pihak tidak setuju dan memborong semua sufi/tasawwuf tu SESAT berdasarkan beberapa amalan dari kumpulan tarekat sufi/tasawwuf tertentu yang memang sesat.

2. Tak pernah dengar Nabi abiskan 40 hari lepak kat surau? Ok. Adakah dengan itu DIBIDA'AHKAN 40 hari? Macamana pula dengan jemaah Haji nak ambil keberkatan tinggal 40 hari di Makkah? Adakah itu juga bida'ah?
a. Perkara apa yang pertama sekali Nabi buat bila tiba di Madinah selepas hijrah?
b. Apakah fungsi sebuah masjid, adakah setakat solat saja?


3. Adakah Jemaah Tabligh suruh orang buat keburukan? Suruh orang berhenti kerja? Suruh jangan berniaga? Suruh jangan bermesra dengan isteri? (dah banyak salah tanggapan ni.......)




The different time periods prescribed by the seniors of Tabligh Jamaat is based on benefits and wisdoms and not as an order of Shariah.  From example, the Hadith which is narrated by Imam Timrizdhi in his Sunan:

عن أنس بن مالك قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من صلى لله أربعين يوما في جماعة يدرك التكبيرة الأولى

كتبت له براءتان براءة من النار وبراءة من النفاق  (الترمذى

Hadhrat Anas bin Maalik (Radhiyallaho anho) narrates that he heard the Prophet (Sallallaho alaihe wasallam) saying, "A person who in all sincerity is constant in his salaat with Jamaat for forty days, without missing the first takbeer, recieves two awards: one for deliverance from Hell and the freedom from nifaaq." [At-Tirmidhi]

Even though Imam Tirimdhi has discussed about the strength of this narration, for fadhail it is accepted.  The Ulema have stated that from this Hadith a significance of 40 days can be understood.  Once again, the recommendation to go out for 40 days is though wisdom and experience and not a concrete rule of Shariah.


Commentary:
If a person is regular in his salaat (with sincerity)for forty days and joins the Jamaat from the very start (i.e., when the Imaam calls out his first takbeer), then he shall neither be a munaafiq nor shall hego to Hell. A munaafiq is a person who feigns being a Muslim, but there is kufrin his heart.

Genesis of man (according to hadith: below) takes placein periods of forty days. This seems to be the significance of forty days in this hadith, for purposes of spiritual discipline.

Lucky indeed are the persons who do not miss theirfirst takbeer for years together.
(Fadhaail Salat)

Narrated Abdullah: Allah's Apostle, the true and truly inspired said,"(as regards your creation), every one of you is collected in the womb ofhis mother for the first forty days,and then he becomes a clot for another forty days, and then a piece of flesh for another forty days. Then Allah sends an angel to write four words:He writes his deeds, time of his death, means of his livelihood, and whether hewill be wretched or blessed (in religion). Then the soul is breathed into his body. So a man may do deeds characteristic ofthe people of the (Hell) Fire, so much so that there is only the distance of acubit between him and it, and then what has been written (by the angel)surpasses, and so he starts doing deeds characteristic of the people ofParadise and enters Paradise. Similarly, a person may do deeds characteristicof the people of Paradise, so much so that there is only the distance of acubit between him and it, and then what has been written (by the angel)surpasses, and he starts doing deeds of the people of the (Hell) Fire and entersthe (Hell) Fire."
(SahihAl-Bukhari)

`Abdullah bin Mas`ud(May Allah be pleased with him) reported: Messenger of Allah (PBUH), thetruthful and the receiver of the truth informed us, saying, "The creation ofyou (humans) is gathered in the form of semen in the womb of your mother for forty days, then it becomes a clingingthing in similar (period), then it becomes a lump of flesh like that, thenAllah sends an angel who breathes the life into it; and (the angel) is commandedto record four things about it: Its provision, its term of life (in thisworld), its conduct; and whether it will be happy or miserable. By the Onebesides Whom there is no true god! Verily, one of you would perform the actionsof the dwellers of Jannah until there is only one cubit  between him andit (Jannah), when what is foreordained would come to pass and he would performthe actions of the inmates of Hell until he enter it. And one of you wouldperform the actions of the inmates of Hell, until there is only one cubitbetween him and Hell. Then he would perform the acts of the dwellers of Jannahuntil he would enter it.''
[Al-Bukhari and Muslim].

Commentary:  
This Hadithdeals with the problem of fate in which Faith is essential. What it means isthat Almighty Allah already knows about every person, whether he will be piousor impious, whether he will go to Jannah or Hell. He has already recorded allthis. But it does not mean that man is absolutely helpless and is deprived ofwill and power, as is believed by some deviant sects who have gone astray. Fateis in fact a manifestation of the Knowledge of Allah and it has nothing to dowith the will and intention of a person. Allah has not created man as ahelpless creature, but has endowed him with the freedom of will and action, becausein the absence of these two qualities, there would be no justification for histrial. He could only be put to test if he was granted not only the ability tochoose between good and evil but also the freedom to act. For this purpose,Almighty Allah, has clearly indicated to man both the paths and granted himfreedom to choose whichever he likes. He has also told him the ultimate end ofeach.

The Noble Qur'an says:
"Verily, We showedhim the way, whether he be grateful or ungrateful".  (76:3)
"Then whosoeverwills, let him believe; and whosoever wills, let him disbelieve". (18:29).

But by mentioning thisHadith in the chapter relating to the fear of Allah, Imam An-Nawawi has warnedthat we should be fearful of Allah, pray for His Help, and an auspicious end ofour life. He has advised us to adopt whatever means are available to us. Inother words, we should make Faith and piety a way of life because one can findthe means and resources according to one's capacity. Since nobody knows theresult of his endeavours, one should leave it to Allah and rest assured that HeWho has created him with a purpose will also create the ways and means toattain it. He who adopts piety, the ways to piety will open for him; and he whoadopts evil, the ways to evil will open for him.
A Muslim should nevergo towards evil at any stage of his life, lest his life comes to an endsuddenly and he is deprived of the reward of all the good deeds he has doneduring his life and consequently he is consigned to Hell rather than Jannah.May Allah save us from a bad end and such actions which lead one to Hell.
(Riyadh-us-Salihin)

[ Last edited by  mnm77 at 13-7-2008 08:07 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2008 11:27 AM | Show all posts
salam

TABLIGH???
bukankah ianya bermaksud MENYAMPAIKAN
dan adakah MENYAMPAIKAN pun kena masuk dlm kumpulan???

dan adakah DAH KITA MENGERJAKAN habis dah semua SUNATURASUL
hinga kitasanggup melebihkannya dgn amalan2 tertentu????

dan tak memakmurkan masjid-masjid
melainkan mereka yg beriman kepada ALLAH dan HARI KEMUDIAN
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2008 12:47 PM | Show all posts

Balas #629 orangbesi\ catat

MAULANA ILYAS PUN X MENAMAKAN GERAKAN IMAN INI SEBAGAI TABLIGH ... HANYA MASYARAKAT YG MENAMAKANNYA SEHINGGALAH SKRG ... SESUNGGUHNYA DAKWAH AMAR BIL MAKRUF NAHI ANIL MUNGKAR DAN DAKWAH SERTA BERPESAN2 DGN KEBENARAN DAN KESABARAN TENTANG PENTING NYA IMAN YAITU AMAL YG TERKANDUNG DI DLM KALIMAH IMAN YAITU LAAA ILAAHA ILL ALLAH SEMEMANGNYA ADA DI DLM ALQURAN DAN ASSUNNAH .....  
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2008 05:48 PM | Show all posts
Originally posted by kuman at 13-7-2008 02:23 PM
Tak habis-habis lagi topik nie, hmm..saya nak bawakan satu  cerita perumpamaan, kisah Kambing dengan Singa.

Suatu hari seekor singa pragnent telah melahirkan anak, selepas sahaja melahirkan ibu singa telah mati, belum sempat anak singa celik matanya, kemudian anak singa ini telah dijumpai oleh sekumpulan kambing, lalu anak singa ini dipelihara oleh seekor ibu kambing, anak singa itu membesar dalam kumpulan kambing, dia tak tahu langsung asal usulnya. Semasa dia bermain-main dengan anak2 kambing yang lain, dia rasa ada satu kelainan, mereka suka main tanduk-tanduk, semua anak kambing yang sebayanya ada tanduk, cuma dia aja yang tak ada tanduk. Dia merasa hairan dan rendah diri kerana keadaan itu. Satu hari kerana ingin sangat mempunyai tanduk sampai dia telah berdoa supaya diberi tanduk, tetapi tak dimakbulkan.

...



Pengajaran dari kisah diatas ialah, manusia menganggap kekuatan dan kemuliaan boleh didapati dari kekayaa, kerajaan, pangkat, senjata-senjata dan sebagainya. Tetapi semua itu adalah angkapan yang silap sama sekali. Kejayaan manusia Allah swt letakkan dalam agama, sejauh mana dapat taat perintah Allah dan ikut sunnah Nabi SAW. Disinilah duduknya kejayaan manusia.

Dan kejayaan, kekuatan, kekuasaan orangg islam pula, Allah swt letakkan dalam usaha Dakwah. Jika usaha ini ditinggalkan, orang islam akan dipijak-pijak oleh orang kafir, orang islam akan lemah, orang islam dijangkiti penyakit takut mati. Sepertimana cerita diatas, oleh itu marilah kita kembali kepada tugas asal. Dari tugas mencari dunia kepada tugas menyeru manusia kepada Allah swt. Tukar sikittt jer.

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2008 06:24 PM | Show all posts
aku ingat baik tutup bab ni...sebab bagi yang mempertikat TABLIGH seolah-olah mempertikat NABI....

* Kerana TABLIGH adalah salah satu sifat WAJIB bagi NABI-NABI...orang yang mempertikat dan ada yang mengukut TABLIGH seolah mengutuk NABI-NABI.....


TUTUP JA FORUM NI MOD............BERDOSA...........................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2008 10:04 PM | Show all posts
Ana bersyukur pada ALLAH ada juga golongan manusia dalam jemaah diakhir zaman ini sanggup berkorban demi untuk mempertahankan Sunnah Rasulullah...

Siapa2 yang tak pernah join dakwah ini cubalah sekali nanti Antum akan tahu juga kelebihannya seperti yang Ana pernah rasa   inshaallah
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2008 09:26 AM | Show all posts
Siapa yang tak mahu melibatkan diri dalam kerja-kerja dakwah Tabligh nie memang RUGI yang amat RUGI, satu kerugian yang AmatBesar. Nak katakan macammana ruginya dan macamana besarnya kerugian ialah sampai pemilik alam ini sampai BerSumpah mengatakan rugi. Kalau dah Tuhan sendiri bersumpah megatakan rugi, apa lagi kerugian yang lebih besar dari itu?




1. Demi Masa!
2. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
3. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
(Al-'Asr:1-3)
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2008 11:15 AM | Show all posts

Reply #634 kuman's post

Alhamdulillah elok ayat tu...

ya, sebenarnya boleh buat bila2.....

tak semestinya kena pi umah orang secara ramai2.....memang boleh cuma tak semestinya....banyak cara...

even pesan kat member pun dah dikira berpesan-pesan....Alhamdulillah, boleh gak dapat saham akhirat....

ayat Al-Quran tu pun bukan untuk satu golongan sahaja....kan bro kuman.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2008 11:24 AM | Show all posts

Reply #634 kuman's post

tak semstinya kena masuk tabligh baru boleh dikatakan beruntung...hal2 yang tidak berkaitan dengan agama pun, kalau tujuannya baik,insyaAllah ada ganjarannya...Macam kau pergi seminar, kau sampaikan research yang kau buat, kau perbaiki semua masalah manusia dengan kepandaian yang kau ada, bukankah itu juga merupakan amal ibadah?. Tak rugi sebenarnya tak sertai jemaah tabligh ni, yang ruginya apabila tidak menggunakan masa yang diberikan Tuhan untuk mendapat pahala yang tak semestinya pada jalan Islam sahaja.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.066209 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list