CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[ Kes khalwat ] Norman & Memey

  [Copy link]
Post time 14-8-2010 10:13 AM | Show all posts
Bodoh piang, dah buat salah ngaku ajalah, jimat masa, jimat duit...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2010 10:23 AM | Show all posts
bulan2 pose ni,  hendak nyer kebenaran tersingkap jua..
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2010 10:36 AM | Show all posts
APA LA PERASAAN PEGUAM NORMAN TU DEFEND KES MCM NI...

THEN DUIT YURAN GUAMAN TU D BAGI PLK ANAK PAK MAK ....
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2010 10:44 AM | Show all posts
banyak nyer nak cornar..cornar...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2010 10:47 AM | Show all posts
Post Last Edit by sallycity at 14-8-2010 10:49

8 bulan usung tilam

HULU KLANG: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, dia melihat Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi, membawa selimut dan tilam dari ruangan pejabat atas ke tingkat bawah pejabat Norman Hakim, hampir setiap hari dalam tempoh lapan bulan sebelum pasangan itu ditangkap berkhalwat.

Pereka bentuk, Mohd Yusri Abdul Khasan, 55, yang pejabatnya berjiran pejabat Norman mendakwa dia hampir dituduh bersubahat dengan Norman dan Memey oleh penduduk sekeliling kerana tidak membuat laporan walaupun menyaksikan kemungkaran itu.

Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 33, dan Memey, 21, didakwa berkhalwat di pejabat beralamat 4-1A, Jalan UP 1/2 Taman Ukay Perdana di sini, pada jam 3 pagi, 30 Oktober 2008.

“Pada hari kejadian, saya lihat Memey sekali lagi melakukan perbuatan itu (membawa selimut dan tilam) dan hanya Norman memakai baju-T dan seluar pendek (boxer) berada di dalam (pejabat).

“Ketika penguat kuasa membuat serbuan, saya nampak Norman memanjat pintu jeriji besi di bahagian belakang untuk naik ke tingkat atas. Sebelum ini, saya tidak mahu menjadi saksi dan hanya mahu menjadi pengadu.

“Tapi, hampir dua tahun berlalu dan pelbagai pembohongan dan helah dilakukan Norman, Memey dan abangnya Saufi. Oleh itu, sebagai orang Islam saya mesti menegakkan kebenaran,” katanya ketika menjawab soalan Pendakwa Syarie, Muhamad Nazri Basrawi Mohd Yusri.
Norman didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 manakala Memey didakwa mengikut Seksyen 29(1)(b) enakmen sama. Kedua-dua tertuduh yang hadir dengan menaiki kereta Memey diwakili peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan.

NAZRI: Jadi kamu yang membuat laporan?
YUSRI: Ya, saya mengaku saya membuat laporan.

NAZRI: Bila kamu buat laporan ini?

YUSRI: Saya tidak ingat, tetapi dua atau tiga hari sebelum pasangan itu ditangkap khalwat.

NAZRI: Bagaimana kamu buat aduan itu?

YUSRI: Saya pergi sendiri ke pejabat agama.

NAZRI: Kenapa kamu buat aduan itu?

YUSRI: Saya dituduh bersubahat oleh masyarakat Islam di persekitaran pejabat. Perbuatan mereka (Norman dan Memey) hampir lapan bulan dan berlaku setiap hari melainkan ketika cuti Aidilfitri. Jiran meminta saya buat laporan dari awal lagi, tetapi saya tidak setuju memandangkan bekas isteri Norman iaitu Abby Abadi ketika itu sarat mengandung.

Dua atau tiga bulan sebelum mereka ditangkap khalwat, hampir setiap malam Abby datang menjerit di depan pintu dan kadangkala dari tempat letak kereta.
Ada kalanya mengganggu jiran sekeliling. Saya memohon maaf kepada jiran yang saya tidak akan mengadu sehingga Abby bersalin. Itu jaminan saya sebab mereka tuduh saya bersubahat. Jika saya tidak tahan (halang), mereka (jiran) sudah lama buat laporan.

NAZRI: Adakah kamu memantau pada malam kejadian?

YUSRI: Ya, saya diminta pejabat agama untuk memantau pada malam kejadian. Saya tidak perlu risau kerana kejadian berlaku setiap malam. Saya nampak dari lubang pintu (pintu utama) Memey masuk ke pejabat 4-1A sebelum jam 11 malam, Norman sudah ada dalam pejabat.

Kemudian pada jam 11 malam, saya lihat Memey naik ke tingkat atas dan kemudian saya melihat ada dua tetamu datang ke pejabat tingkat bawah (seorang lelaki dan seorang wanita) dan disambut Norman. Kira-kira jam 1 pagi, saya lihat Norman dan dua tetamunya keluar dari pintu pejabat dan turun.

NAZRI: Selepas itu apa terjadi?

YUSRI: Saya lihat Norman mengiringi tetamu keluar dan menutup pintu jeriji serta pintu utama, tetapi tidak dikunci. Tidak sampai satu minit selepas itu, seperti yang saya jangkakan, Memey turun.

NAZRI: Kamu nampak jelas?

YUSRI: Ya, dengan membawa barang sama setiap hari iaitu selimut dan tilam.

NAZRI: Kemudian apa terjadi?

YUSRI: Kira-kira 15 hingga 20 minit kemudian, Norman balik dan masuk ke pejabat, saya telefon pejabat agama dan memaklumkan mereka berdua ada di dalam pejabat.

NAZRI: Apabila penguat kuasa sampai, berapa anggota ada?

YUSRI: Saya tidak pasti, tetapi mereka memenuhi ruang legar pejabat dan mereka meminta kerjasama saya supaya menutup penghawa dingin serta lampu. Kira-kira jam 2.30 pagi, saya dengar jelas seorang demi seorang anggota penguat kuasa bergilir memanggil Norman supaya pintu dibuka.

NAZRI: Kamu dengar dengan jelas?

YUSRI: Ya, saya dengar mereka panggil sehingga menjerit. Mereka goyang pintu jeriji, tetapi tiada tindak balas dari dalam.

NAZRI: Berapa lama penguat kuasa berada di luar pintu?

YUSRI: Hampir setengah jam. Ketika itu lampu serta penghawa dingin ditutup menyebabkan saya panas. Oleh kerana keadaan itu, saya membuka tingkap belakang untuk membolehkan angin masuk.

Pintu belakang pejabat Norman yang berjeriji besi bersebelahan pintu belakang pejabat saya. Kira-kira 15 minit selepas penguat kuasa mengetuk serta menggegar pintu jeriji Norman, saya mendengar dentuman kuat dari arah belakang.

Saya berlari ke belakang dan melihat Norman memanjat naik ke atas pejabat. Ketika itu badan dia (Norman) sudah separuh ke atas. Jarak pintu belakang itu sangat dekat. Malah, saya boleh mencapai kaki Norman jika saya mahu.

Bagaimanapun, ketika itu saya memutuskan untuk menutup pintu itu kerana perbincangan awal dengan pejabat agama saya hanya mahu jadi pengadu dan bukan saksi.

Bagaimanapun, selepas hampir dua tahun kes ini berjalan dan saya mendengar pelbagai helah daripada Norman, Memey dan Saufi, saya mesti tegak kebenaran.

Perbicaraan di hadapan Hakim Syarie Hakim Salehan Yatim bersambung 3 September depan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2010 11:00 AM | Show all posts
Kat dunia ni x mengaku la kau.... tapi henggat cket... sekarang ni tuhan bayar 'cash'... sok lusa akan nampaklah
kebenaran... kita sama-sama la tunggu jer...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2010 11:07 AM | Show all posts
eeww...malu nyee umur baru 21 dah ada xperience tdo kat office normiang for 8 bulan.. cam tada rumah jek ko ni memek...sampai ke p tdo kat ofis org...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2010 11:13 AM | Show all posts
mahkamah syariah gombak kat keramat tu..glamer ek..semua artis kes fofular p kat situ..but management diaaaaaaaaaa..menyusahkannnn..tak professionalll.especialy pakcik yang jaga kaunter tuuuuuuuuuuuuuu..taraf clerk sajooo..tapi kurang aja dia memalukan orang islammm! dah la bercakap ngn tetamu sambil makan..setiap kali aku p sure dia dok makan sambil bekerja.n layan orang cam hell...n semua kengkawan aku yang kawen kat selangor n terpaksa p situ..semua complaint yang sama..n pakcik yang sama juga.nak letak nama dia kat sini..kang kena saman plak ngn JAIS..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2010 11:35 AM | Show all posts
aku baca metros tadi..

aku terbayang mcmane abby jerit2 panggil norman dalam keadaan tengah pregnant, sadis sungguh abby, tp memang abby ni kuat and tabah.....
bagus la  budak yang melaporkan ni, tahu abby tgh pregnant, lepas abby bersalin je mereka baru buat aduan......

dah2 la tue norman, memey, cukup2 la,,,,ngaku je la, sampai bila nak kene kutuk maki sernanah mcm ni,...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2010 12:14 PM | Show all posts
akhirnyer ada gak org yg bongkar kebohongan manusia doa org tue... moga2 kali nih selesai lah kes meka... nampak lah jugak kebenaran abby....
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2010 12:14 PM | Show all posts
sorri... typo... bukan doa org tapi dua org...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2010 12:15 PM | Show all posts
tentu terasa malu yg teramat kedua org tua memey...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2010 12:21 PM | Show all posts
tentu terasa malu yg teramat kedua org tua memey...
januarybaby Post at 14-8-2010 12:15



    mak pak memey bangga oocaayy!!!

siap jempot normiang pi umah derang lgk kat felda nun!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2010 12:32 PM | Show all posts
la x abis2 lagi ka?
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2010 12:36 PM | Show all posts
mak pak memey bangga oocaayy!!!

siap jempot normiang pi umah derang lgk ka ...
skymania Post at 14-8-2010 12:21



tu sebelum meka dengo org bongkar perkara sebenar tentang anak meka...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2010 12:39 PM | Show all posts
erm...lmbt tul kes nih nak tamat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2010 12:39 PM | Show all posts
patut pun si memey nih masa muler2 lepas kena tangkap dulu takut nak keluo umah berdepan ngan wartawan... normiang larang dier keluar umah takut2 si memey nih tersalah cakap ngan wartawan...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2010 12:40 PM | Show all posts
semakin hot lak kes meka nih...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2010 12:42 PM | Show all posts
sedihnya dalam keadaan sarat abby terjerit2 panggil laki.....depa buat tak tahu jer kat dalam.
tekanan perasaan betul.....siannya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2010 12:49 PM | Show all posts
tgh bygkn abby tjerit2 gak..cian..tgh pgnt lg..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 03:40 PM GMT+8 , Processed in 1.231926 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list