CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Clover_Hill

[SERAM BEST] MACAM-MACAM ADA...LATEST UPDATE:22/2/16

[Copy link]
 Author| Post time 3-2-2016 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 3-2-2016 10:28 PM
Oh..kesiannya clover.....bila baca semuanya mmg ada something la dalam diri clover....

Untuk th ...

Mmg ada noor..walau mcm masih caya tak caya jah ni...

Tak salah noor kalau kita sukar nak hadam bende2 pelik yang kita x pnh alami ni..ai pn dulu mcm tulah...sbb apa berlaku msti nak relate dgn logik..

Ermmm maybe ni cash untuk ai,noor...( dah terpinjam ayat geng ci ler pulak..haha)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-2-2016 10:40 PM | Show all posts
Dengan kaki dan tangan yang dah seram sejuk, aku dan hubbi dipelawa duduk. Dorang sembangla lebih kurang, manakala aku hanya jadi pendengar setia. Cuba berlagak biasa walau fakta sebenar aku tengah berperang dengan diri sendiri.

'Ok..macam mana kita..?' Tetiba ustaz mengalih topik perbualan dia dengan hubbi seraya memandang aku. Aku tahu soalan tu dituju pada aku, tapi aku tak tahu nak jawab macam mana. Nampak aku gagap-gagap nak bercerita, hubbi aku menyampuk....

'Macam hat kawe penah royak ke demo aritu lah..dia ni tak tahula tiba-tiba kata tak sedap tubuh..mimpi pelik-pelik..' laki aku ni orang nismilan totok, tapi kalu bertemu geng dari klate, dan dan lidah dia tertune kecek klate. aku macam tak puas ati jawapan hubbi, bunyinya macam aku ni sengaja buat-buat cerita. So aku terus menyampuk..

'Masa ustaz berubat pakcik yang kata dok nampak makhluk halus nak masuk rumah dia tu kan...masa tu tangan saya jadik pijar panas tak semena-mena..lama2 koho ketar..koho ketar...' dah laki aku kecek klate, takkan aku nak buat lupa daratan pulak. So berkecek klate lahh kita sepanjang-panjang sesi berubat tu....;p ustaz angguk-angguk.

'Pah..ado lagi?' Aku pun sambung cerita apa yang aku rasa, apa yang aku alami..sakit kepala segala tu lah...(malas pulak aku nak ulang taip bende yang sama nih berkali-kali...heh) ustaz pun briefing lah sikit sebanyak apa maksud di sebalik simptom-simptom tu sume menurut pandangan perawat islam...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2016 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
'Ni masa kita dok bual-bual ni.sero guano?'
'Berdebar, ustaz...sejuk dah kaki tangan ni..' ustaz tu senyum jer dengar pengakuan jujur dari aku.

'Ok..kita takyah buang masa lama-lama..boleh kot kita mulo selow-selow...' sambil dia bangun dari sofa dan ambil kain batik sehelai. Aku ingat dia nak suruh aku tukar pakai kain batik tu, rupanya dia nak buat alas. Jadi takdela dia direct pegang aku...

Baru nak duduk berlunjur mengadap kiblat, tetiba aku rasa nak terkucil. Osah sungguhlaaa...nampak sangat aku gubra. Aku minta izin ustaz nak guna toilet dia. 'Owhh sila-sila' katanya...

Dalam toilet aku dok berkira-kira..ehh betul ke ni nak proceed? Aku sihat kot...buleh caya kee sume ni? Macam karut marut jahhh...' depan cermin aku dok bersembang dengan diri sendiri. Lama-lama tenung muka sendiri, aku naik seram pulak. Dah macam bukan aku lagi..dengan pucat lesinya, dengan muka keruhnya. Buruk gila muka aku masa tu, walau masa mula sampai rumah ustaz, ustaz ada kata 'tengok ke muka ni, takdelah teruk sangat. Kalau orang yang teruk, kita tengok muka dia pun bule baca dah. Ni tak nampak sangat....' teringat aje kata-kata ustaz tu, makin kuat desakan dari dalam suruh aku hentikan semua ni. Mengarut saja katanya.........


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2016 10:54 PM | Show all posts
Ok aku rasa perlu stop skrng walau niat di hati nak kasik perabeh terus cerita nih malam ni.
Badan kian gigil..jari yang suka bergedik makin rancak plak menari.
Tunggu esok dah cerah dulu kita sambung semula...

Sori all....

Good nite!
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 11:52 PM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 4-2-2016 10:22 AM

Memang betul rasa cam aku plak nak kene panggang kat situ. Haha! Good nite akak!
.......jangan la cakap ni balasan cash ke apa kak... sdey plak bunyik. anggap je Allah baru nak bukak rahsianya pada ko. tenang2 je K
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 12:11 PM | Show all posts
akk kena kuat ye..kena truskan berubat...jgn layan sgt perasaan.. sbb bnda tu mmg akn wat akk jd cm was2... takut2...sbb dia nk halang dr akk berubat....lau rsa cm x sedap hati ke apa try bca alam nashrah smbil kepit tangan kt ketiak (tangan kanan ke ketiak belah kiri)..bca je berulang kali pastu istighfar bnyk2....

yg alam nashrah tu...darul shifa yg ajar msa sy g berubat kt sna..yg istighfar tu sy tmbh sndiri....tu semua ujian allah ye bkn balasan....sabar bnyk2 ye...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2016 01:50 PM | Show all posts
Harapnya tt kuat semangat melawan gangguan. Nak tau cemana rawatan tt..apa yg jadi
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
For time being kaka berubat la dlu..once everything da settle br update..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-2-2016 10:10 PM | Show all posts
Apa yang bakal aku taip ni sebenarnya aku dah share dengan sahabat-sahabat alam maya yang aku anggap macam sedara sendiri. Aku pm dorang siap-siap in case aku terhilang ingatan dan apa yang terjadi lenyap sebegitu sahaja. Alhamdulillah...aku masih waras..haha..

To whom it may concern, you know who you are..and thanks for being a such wonderful friend for me...allah blessing you always..aameen...(sedikit pesanan penaja...)

Sesi rawatan bermula bila ustaz suruh aku lunjurkan kaki menghadap kiblat. Aku cuba tenangkan hati. Wat leks wat piss sudah....satu suara berkata. Satu lagi plak dok hasut...rentikanlaaa..tak jadi punyaaa..dan aku yakin itu siapa. Cish sungguh!

Kepala aku dipegang, dengan izin tok hubbi..ayat-ayat ruqyah pun dibaca. Aku pejamkan mata, cuba menghayati ayat-ayat yang dibaca dengan harapan gelora dalam hati akan reda. Cuba follow ayat yang ustaz baca, tapi makin aku cuba, makin tak boleh! Padahal ayat-ayat tu aku tahu dan aku hafal.

Jari ibu tangan kiri dan telunjuk tangan kanan yang ‘Menyepi’ dua tiga hari lepas mula menggedik kembali. Aku cuba tenangkan diri sambil dok pujuk hati...takde apalah...aku ok ok aja...

Habis menruqyah di kepala, ustaz beralih ke tempat lain. Ustaz mula memicit sendi-sendi. Bila dia picit jejari belah kiri, sakit aku kata. Semua sakit. Yang belah kanan, semua aman sejahtera walau dapat aku rasa kuat juga picitan ustaz tu. Beralih pula ke kaki kiri kat tengah tapak kaki, adoiiii..sakit, ustaz..dan masa dia picit kat bawah pelipat lutut kiri, tak semena-mena aku meraung sakiitttttttttttttttt...!!! Aku mula menangis..rasa nak marah Pun mula terasa....



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2016 10:14 PM | Show all posts
Masa ni aku dah mula lost control. Menangeh, gelak, menangeh, gelak. Tak tau nak describe macam mana tapi masa tu aku rasa diri aku yang sebenar sudah ‘Diikat’ dan tak mampu buat apa. Rasa nak gelak, aku heeeeeee heeeeeeee heeeeeeeee gelak. Makin lama makin nyaring gelak. Laki aku pun kata meremang roma dia dengar aku gelak cenggitu. Seumur aku jadik bini dia tak penah laa dia dengar gelakan aku sebegitu. Berlebih-Lebih bena harokatnya...;p

‘Aku tak suruh kau gelak,jin..aku nak ko jawab apa yang aku tanya.sekarang cakap, kau datang dari mana? Kenapa kau kacau sahabat kami ni?’
Diam..tiada balasan. Lepas tu mengekek-ngekek gelak.
‘Ooo kau gelak ye..sini kau aku belasah.biar kau tahu sakitnya macam mana kene belasah’ sambil tu tangan ustaz memicit bawah pelipat.
‘Arghhhhhhhhhhhhhhh.....huuuuhuhhhuhuhuhhhuuuhhuuhuhuuhhuuu’ aku menangis semahu-mahunya. Aku dengar apa ustaz tanya, tapi aku tak boleh nak bersuara. Tak boleh nak buat apa. Yang aku tahu rasa hiba ya hamat, rasa sakit yang teramat.

‘Jawab aku sekarang, jin..siapa nama kau? Berapa usia kau?’
‘Jiiiinnn...oooooo jin..jawablaaa aku tanya ni...’- hubbi aku cerita kat aku dalam kereta sambil ngajuk suara ustaz.

Tiada jawapan. Diam. Hanya kepala aku jerk dok lentok ke kiri dan ke kanan. Sambil hee heee heeee gelak.

Bila kene belasah, aku meraung tak hengat sambil merengus marah.
‘huuuuuhhhhhhhhhhhhhhhhh...huh’ macam lembu kene sembelih hubbi aku kata. Tak pasal-pasal lembu jadik perumpamaan di sini..huhu.

Lepas merengus ‘Sakit’....gelak balik. Dah macam ape dah gayanya.

Ustaz tanya lagi, kenapa kau kacau sahabat kami ni, jin...?
‘Suka’...katanya..huhu..
‘Oooo..kau suka dia ye, jin?’ angguk.
‘Kenapa suka? Dia baik?’ diam.
‘Dia lawa?’ angguk..sambil hee hee heee. Ni semua seperti yang diceritakan dek hubbi. Ok tang ni aku rasa amat amat klaka. Rasa cam bangang jah jin ni sukakan manusia sebab rupa. Eh takat muka cam aku ni takde maknanya nak lawa lahh..dasar buta mata punya jin!

Lepas tu nangeh balik bila kene picit.

Sesi interrogate tak berapa berjaya. Tak banyak output yang dapat sebab nate tuh enggan bekerjasama. Bila ustaz tanya, dia gelak. Bila kene picit, dia meraung merengus macam lembu kene sembelih. Lepas tu kepala dok herot ke kiri, herot ke kanan. Dah macam nenek kebayan laki aku kata.

Sebijik macam orang kene histeria. Hubbi penah la jugak handle budak kene histeria..macam mana budak tu kene, macam tu laa jugak aku kene. Menangeh, meraung, meronta. Dan laa aku pelepuh laki aku dua tiga das masa dok meraung-raung sakit tuh. Dah dia dok sebelah jer..memang tak dapek den nnolong dowh.

‘Lama mana dah kau suka dia, jin?’
Diam.
‘Setahun?’
Geleng.
‘Dua tahun?’
geleng. Sambil leher terlentok-lentok kene cengkam dengan ustaz.
‘Sepuluh tahun?’
Senyum.

Entah betul entah tidak natang ni.

Kene picit lagi. Meraung Marah merengus tak sudah. Ustaz tanya nak masuk islam tak? Diam. Kepala dok lentuk kiri dan kanan. Tanya lagi, nak masuk islam tak, wahai jin...? Diam...sambil tu ustaz terangkan kebaikan masuk islam, tak masuk neraka apa semua tu lah. Makan masa jugak dok tanya nak masuk islam ke tak, nak islam ke tak. Puas picit, meraung..baru angguk tanda setuju nak ikut kata ustaz masuk islam.

‘Ok..sekarang kau ikut aku baca kalimah ni...asyhaduuu...’
‘Asyhaduuu..’ dengan suara garau tapi perlahan ‘Aku’ follow suara ustaz ..ilal aakhir ayaat.
‘Alhamdulillah..sekarang kau dah masuk islam...aku nak kau berjanji takkan buat kacau lagi, kau takkan ganggu sahabat kami ni lagi..aku nak kau kembali ke alam kau..kami dijadikan dari tanah, kau pula daripada api..kau dengan dunia kau, kami dengan dunia kami..kalau kau tetap kacau juga sahabat kami ni bermakna laknat Allah akan dikenakan terhadap kau. Faham???’ panjang lagi sebenarnya ustaz ni membebelkan jin ni tapi hubbi aku bule ingat yang penting-penting ni saja. Aku lagi laaa tak ingat apa. Ada yang aku buleh ingat, aku ingat dan boleh cerita. Mana yang tak boleh, memang tak mampu lah aku nak cerita kat sini. Tapi sepanjang-panjang sesi merawat tu bibir aku gegar-gegar bergerak. Sampai ustaz tanya dok baca mentera apa tu..?




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2016 10:17 PM | Show all posts
‘Aku’ dengar, senyum. Angguk tidak, geleng pun tidak.

‘Ok sekarang aku nak kau keluar dari tubuh sahabat kami. Aku nak kau tinggalkan dia, dan jangan sesekali kembali ke sini lagi. Ingat, kalau kau mungkir janji, laknat allah terhadap kau.Habis ayat ni aku nak kau keluar dari tubuh sahabat kami, faham???’ Ustaz pun baca ayat-ayat yang suruh jin keluar dari badan manusia.

‘Aku’ tergeleng-geleng terlentok-lentok saja. Memang dari awal ustaz tak lepas pegang tengkuk aku. Bila aku baca balik kenapa tengkuk yang dipegang masa rawatan, rupanya situ ‘Kunci’ jin kalau nak kuasai tubuh manusia.

Ayat selesai dibaca, Dan ustaz macam menarik keluar dari tapak kaki...tapi..

‘Jinnn...ooo jin...kau ada lagi ni...kenapa kau tak keluar, jin..? Kan kau janji nak keluar bila aku habis baca ayat ni..kau ni memang laa jin...’ marah ustaz.
‘Aku akan azan..lepas azan aku nak kau keluar tinggalkan sahabat kami. Kau faham tak ni, jin...?’

Terlentok-lentok ler lagi.
Ustaz pun alunkan azan tepi telinga aku. Habis azan, ustaz hembuskan telinga kiri dan kanan sambil baca ayat tarik jin keluar dan tangan dia ‘Menarik’ ke tapak kaki.

Time tu aku dah boleh bukak mata. Badan rasa ringan walau letih ya hamat. Ustaz tanya, ni jin ke...xyz(nama aku)? Aku cakap, ni saya ni....
Ustaz tanya, ada rasa apa-apa tak sekarang ni? Aku tak tahu nak cakap apa. Ustaz tanya, sakit mana-mana tak? Aaha..kat pinggang...sambil aku tunjuk pinggang belah kiri.

‘Hurmmmmm..ada lagi niii...’ ustaz macam tak puas hati.
Memang ya, bila dia tekan lagi kat pinggang belah kiri, tak semena-mena aku meraung sakit macam mula-mula kena tuh. Aku kembali tunduk. Meraung menangis balik.

Ustaz kata, payah ni nak keluar. Liat. Tak pun, dah keluar tapi ada lagi, lebih dari sekor; seperti yang diceritakan oleh hubbi aku. Aku masa tu hilang ghaib entah ke mana..or maybe sebab terlalu sakit, aku ‘Gelap’ seketika.

Lepas ustaz baca ayat, aku dah dapat buka mata balik. Lemah dan longlainya badan tuhan saja tahu. Dengan air mata yang bercucuran melimpah ruahnya, dengan muka yang membahangnya..hazab sungguh aku rasa. Dah la sepanjang sesi berubat tiap kali ustaz picit tapak kaki kiri tang tengah, dengan bawah pelipat lutut kiri aku rasa macam kene tojoh dengan batu panas...sakit takleh nak cerita kat orang. Sampai arini lebam biru bahagian bawah lutut tu..dah sebesar penumbuk orang dah pun lebam tu. Tertengkot tengkot laaa aku berjalan sebab lebam tu kian besar dan bengkak..huhuh..jahat sungguh jin ni..sebab dia, aku yang sakit!
Moga laknat allah menimpa kau di dunia dan di akhirat!

Sebelum balik, ustaz bekalkan daun bidara untuk dibuat mandi. Pesan ustaz, amek 7 helai daun atau dalam bilangan ganjil, tumbuk dengan lesung batu, campur dengan air penawar yang sudah dijampi..mandi tiga hari berturut-turut selepas asar dan sebelum maghrib. Dua botol lagi buat minum tiga kali jugak; awal pagi lepas bangun tidur, tengahari dan petang sebelum maghrib. Tapi aku main teguk jugak kalau tetiba rasa badan panas pijar sangat.

Walau hampir dua jam berhempas pulas berperang, dapat aku rasakan mendealah tu masih ada. Tak keluar sepenuhnya. Buktinya, lepas mandi daun tu aku rasa letih ya amat dan rasa nak demam. Ustaz memang kata kalau lepas mandi daun dan badan rasa lemah, itu tandanya dalam badan masih ada natang tu dok bertenggek..huhuhuh..

Cuma yang dapat aku rasa perubahan lepas sesi merawat tu, aku dah kurang baran tak tentu pasal. Sebelum ni pantang silap sikit, aku terus melenting. Kadang benda takde salah apa pun, still aku nak marah orang tak tentu hala. Now aku rasa aku dah jadi diri aku yang sebenar..alhamdulillah.

Juga, kalau sebelum ni aku seakan terdengar ‘Kih kih kih’, tapi lepas sesi berubat tu takde dah kih kih kih tu. Tapi suara-suara masih ada. Tang ni aku tak share lah dengan umum, hanya dengan sahabat-sahabat alam maya yang aku betul-betul yakin dan percaya pada mereka saja yang aku share kan. Sebab banyak yang tak logik dari yang logik. Maaflah aku dah jadi paranoid dengan orang sekeliling. Mungkin bila semangat aku dah pulih sepenuhnya, aku boleh share dengan korang semua..in shaa alllah....

From now on, aku kene kentalkan hati..tak boleh mudah mengalah. Kalau ingat ke sakit kene picit tu, tobat aku serik nak berubat lagi. Sakittt weeeeh..macam kene tuam dengan batu panas! Tapi terkenangkan kata-kata ustaz...’Jika kita tak tunggang dia,dia akan tunggang kita. Jangan sesekali biarkan itu berlaku..” aku kenyalkan ati untuk deting kali kedua dengan ustaz tu isnin depan.
Doakan aku sama, moga semua ini tak lama...thanks all atas sokongan.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2016 10:19 PM | Show all posts
pankreas replied at 4-2-2016 02:06 PM
For time being kaka berubat la dlu..once everything da settle br update..

Thanks atas nasihat...namun saya rasa tak boleh nak diam sebab benda tu asyik dok order saya jangan tulis jangan share..lagi dia kata jangan, lagi saya lintang. Walau sambil menaip tangan saya pijar panas, badan gigil2..(maybe sbb saya demam sama..)
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2016 10:41 PM | Show all posts
Clover_Hill replied at 4-2-2016 09:17 PM
‘Aku’ dengar, senyum. Angguk tidak, geleng pun tidak.

‘Ok sekarang aku nak kau keluar dari tub ...

subhanallah...semoga cepat sembuh clover

saya dulu pun pernah berubat macam nilah..
ustaz tu picit kat celah jari kaki...
rasa nak pitam betapa sakitnya..rasanya macam dihiris dengan pisau..
kalau pernah dihiris pisau..macam tulah rasanya..menjerit
pastu bahagian pelipat tu jugak...sampai ketap bibir, air mata dah kuar bercucuran..dah tak kisah dah..
tapi sempat pergi dua kali jek..kali ketiga tak pergi sbb sakit yg teramat...
entah bila nak pergi lagi.........

utk clover...jangan putus asa, saya faham setiap apa yg awak rasa masa berubat tu.. dan jgn jadi macam saya..ustaz suruh buat 3 x. saya pergi 2 x jek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2016 10:53 PM | Show all posts
Ipo replied at 4-2-2016 10:41 PM
subhanallah...semoga cepat sembuh clover

saya dulu pun pernah berubat macam nilah..

Thanks ipo...
Hanya mereka yang dah tempuh jer tau sakit tu macam mana..
Even kita dah describe mcm kene tonyoh batu panas la or kene hiris pisau..rasa the real condition was even worst!
tu yang rasa macam serik jah nak ulang pegi lagi tapi mana bule kita mengalah awal_awal

In shaa allah saya yakin ada jalan penyelesaiannya bagi semua mehnah ini
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2016 03:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Clover_Hill replied at 4-2-2016 10:19 PM
Thanks atas nasihat...namun saya rasa tak boleh nak diam sebab benda tu asyik dok order saya janga ...

Hehe..btl kte kne lwn die..semoga kaka trs tabah ye n cpt sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2016 06:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Clover_Hill replied at 3-2-2016 10:39 PM
Mmg ada noor..walau mcm masih caya tak caya jah ni...

Tak salah noor kalau kita sukar nak hadam ...


Cash sebab apa tu clover....apa pun noor harap clover sembuh sediakala
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2016 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 5-2-2016 06:20 AM
Cash sebab apa tu clover....apa pun noor harap clover sembuh sediakala

Sblm ni kan mcm susah nak digest benda2 gini..dh rasa sendiri baru tau..

Thanks noor...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2016 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
pankreas replied at 5-2-2016 03:29 AM
Hehe..btl kte kne lwn die..semoga kaka trs tabah ye n cpt sembuh

Nak lawan tu..semangat kene kuat..goyah skit kene gelak..laagiii kita down...sementelah bdn lemah..sume jd 'sayur'...tapi kene lintang angin jg..rohaniah kita,kita 'pegang'..

Thanks ye pankreas...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2016 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Clover_Hill replied at 5-2-2016 08:03 AM
Sblm ni kan mcm susah nak digest benda2 gini..dh rasa sendiri baru tau..

Thanks noor...

Boleh pm noor no ustaz tu.....dia boleh mengubat apa lagi
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2016 08:30 AM | Show all posts
suara2 tu kak, memang mengganggu kan. KK bape kali tampar2 muka sniri sebab nak diamkan dia. Supaya akak tak menampar2 muka tak tentu hala cam KK   nah KK share doa ni untuk akak ulang2 selalu..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:35 AM GMT+8 , Processed in 0.422448 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list