|
Nasihat Untuk Yang Nak Kerjakan `Umrah
Mengerjakan `ibadah dengan ikhlas adalah sangat sulit seperti yang diisyaratkan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم : " Mahukah kamu aku beritahu sesuatu yang menurut aku lebih merbahaya keatasmu daripada Dajjal Al-Masih ? Para sahabat رضي الله عنهم menjawab : " Ya ." Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : " Syirik yang tersembunyi." Seorang lelaki bersolat, lalu dielokkan solatnya kerana dia melihat orang memandangnya . |
|
|
|
|
|
|
|
LAKSANAKAN LAH UMRAH MENGIKUT SUNNAH
ssalaamu`aalaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. , Muslimin dan muslimat,
Sekiranya andaberminat untuk mengerjakan umrah maka disini saya mengajak anda semuamengerjakan umrah sambil melihat kesan peninggalan umat silam yangtelah dihancurkan ALLAH. Firman ALLAH : " Apakah mereka tidakmengembara diatas muka bumi ini melihat balasan yang ALLAH telahtimpakan ke atas ummah yang terdahulu yang telah mendustakan ayat-ayatALLAH"
Mengerjakan umrah merupakan hasrat setiap muslim dan muslimah.Namunbegitu ramai yang telah mengerjakan umrah menyangka ibadah yangmerekakerjakan sudah menepati apa yang di lakukan oleh NabiSallallaahu`alaihi wasallam. Sewaktu mengerjakan umrah mereka telah punmembacaatau menghafaz semua doa' yang dimuatkan didalam-kitab- kitabhaji danumrah yang melambak dijual di kedai-kedai buku. Adakah iniyangdituntut ketika mengerjakan umrah sedangkan hanya sebilangankecilsahaja doa' yang diamalkan oleh baginda Sallallaahu`alaihiwasallam,apakah doa-doa itu ? Adakah boleh kita menyaringkansuarasewaktu tawaf sebagaimana dilakukan oleh sebahagian jama'ah ataupara Mutawwif ( Pembimbing ), yang dapat mengganggu orang lain yangsedangkhusyu` melakukan tawaf ? Inilah yang menjadi salah satu sebabmengapasaya mengajak anda semua mengerjakan umrah bersama saya.
Alhamdulillah, setiap tahun saya mengerjakan `umrah sambil mengembara ketempat lain.
- Tahun 1994 `Umrah /Jordan.( Cuti sekolah 14 hari |
|
|
|
|
|
|
|
Setelah saya kembali ke Malaysia tahun 1985 saya hanya dapat megerjakan umrah pada tahun 1989 , iaitu dalam perjalanan untuk menyambungkan pelajaran ke Sudan. kemudian pada tahun 1994 saya mula membawa jemaah . Ketika itu saudara-mara dan sahabat berhasrat nak mengerjakan `umrah. Apabila mereka beritahu saya, terlintas untuk menolong mereka kerana dari pengalaman saya, ramai jemaah haji dan `umrah melakukan kesalahan ketika mengerjakan haji dan `umrah. Saya terfikir kenapa nak biarkan mereka pergi dengan orang lain ,yang mana setahu saya semenjak saya masih belajar disana, ramai penganjur umrah menyerahkan kepada wakil di sana, iaitu orang melayu Malaysia, Indonesia atau Patani yang tinggal disana. Sewaktu ziarah pula wakil ini akan cari seorang tour guide untuk memberi penerangan kepada jemaah . Saya juga pernah menjadi tour guide semasa belajar disana dahulu. Yang jadi masalahnya, selalu juga pelajar sibuk , jadi wakil disana akan cari siapa sahaja yang boleh jadi tour guide. Olih itu mungkin penerangan yang disampaikan itu salah. Kita tak tahu samada mereka mempunyai pengetahuan tentang amalan haji atau `umrah. Ada yang tinggal disana kerana bekerja sendiri tetapi mengaku belajar. WALLAHU `AA`LAM.
Selama hampir 6 tahun belajar di Universiti Madinah, saya terlibat secara langung dengan urusan haji dan `umrah . Saya pernah diambil oleh Tabung Haji dan ditempatkan di zon atau maktab ( pejabat ) , saya juga pernah berkhidmat dibahagian hospital .Setiap hari saya akan berulang alik dari pejabat tabung haji dan hospital-hospital diMadinah meninjau jemaah haji Malaysia di hospital-hospital di sana. Saya juga pernah menjadi Tour Guide dengan berbagai-bagai syarikat di Malaysia termasuk syarikat MAS sewaktu musim `umrah.
Sebelum ini saya hanya pergi setahun sekali sahaja kecuali dalam tahun 2004 saya dapat pergi 2 kali iaitu bulan Jun dan bulan puasa. Sebelum bulan puasa saya tak dapat lagi taqwim semester . Selepas saya pulang `umrah barulah taqwim keluar dan saya dapati bulan puasa dalam tahun tersebut cuti. Jadi. saya pun pergi sekali lagi kerana nak rebut pahala besar dalam bulan puasa. Apabila saya nak mengerjakan `umrah, kawan-kawan dan, jiran dan orang kampung akan tanya kerana nak tumpang sama.
Pada tahun lepas , Alhamdulillah saya dapat mengerjakan `umrah 2 kali juga , kali pertama dari 5.5.2006 hingga 18.5.2006 seramai 23 orang jemaah dengan harga pakej 4100RM. Oleh kerana ada lagi orang nak pergi tapi tak sempat kerana mereka beritahu saya lambat, maka saya suruh mereka tunggu saya pulang untuk mengendalikan urusan . Setelah saya siap buat urusan, Alhamdulillah saya berangkat untuk kali kedua dari 13.6.2006 hingga 27.6.2006 ( Cuti sekolah 14 Hari |
|
|
|
|
|
|
|
Untuk pengetahuan semua, mengerjakan haji dan `umrah ini amat mudah sekali. Kita hanya perlu kerjakan rukun-rukun dan wajib-wajib haji sahaja. Tiada bacaan yang khusus, terpulanglah nak baca apa sahaja. Ada pun buku-buku haji dan `umrah yang banyak berada dipasaran yang memuatkan berbagai-bagai bacaan hanyalah dikarang oleh `ulama sahaja sedangkan Nabi sallallaahu`alaihi wasallam sendiri tidak mengkhususkan bacaan. Jadi jangan keliru ya kerana saya banyak bertanya orang kenapa tak pergi haji atau umrah . Mereka jawab susah nak melancar bacaan ( doa` ). Ini sudah salah kerana tiada bacaan yang khusus untuk melaksanakannya. Menyedari kesilapan ini, Alhamdulillah saya telah pun mengarang sebuah buku tentang haji dan `umrah.Buku ini belum diterbitkan lagi kerana saya tiada modal. Saya hanya berikan buku ini kepada jemaah yang ikut saya mengerjakan `umrah. Kalau anda mahukan buku ini saya boleh lampirkan dalam e mail.
Sekian . Semoga kita semua dirahmati ALLAH. Aamin.Ya RABBAL `AALAMIN. Wassalaamu`alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.
Firman ALLAH : " Dan sempurnakanlah `ibadah haji dan `umrah kerana ALLAH " ( Aali `Imran :196 ).
Nabi Sallallaahu `alaihi wasallam bersabda : " Iringilah ( susulilah ) antara haji dan `umrah kerana keduanya dapat menghilangkan kemiskinan dan dosa sebagaimana ahli logam membuang karat dari besi, perak, dan emas. Tiada lain pahala yang diterima haji yang mabrur kecuali syurga ( H.R At Turmudzi, Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaimah Rahimahumullah ). Hadith ini darjatnya Hasan Sahih.
Diriwayatkan dengan isnad yang hasan ( baik ) oleh Ibnu Juraij Rahimahullah dari Jabir Radhiallaahu`anhu bahawa Rasulullah Sallallaahu`alaihi wasallam bersabda :" Rumah (Kaa`bah) ini adalah tiang Islam ,maka sesiapa yang berangkat menuju ke rumah ini dia di jamin oleh ALLAH , sekiranya dia mati ALLAH akan masukkannya ke dalam syurga dan jika dia kembali ke tanah airnya ALLAH akan menberkatinya dengan memberinya oleh-oleh dan pahala " .
Dalam hadith yang pertama, ALLAH telah beri jaminan kepada sesiapa yang mengerjakan haji dan `umrah bahawa ALLAH akan menghapuskan kemiskinan mereka. Namun begitu ramai orang tak faham, mereka sangka wang mereka akan habis. Kita hendaklah yakin terhadap janji ALLAH kerana bermacam-macam cara ALLAH akan memberi rezki kepada kita.
Walaubagimana pun sekiranya kita hendak pergi haji dan `umrah pada kali yang kedua dan seterusnya, kalau ada jiran atau saudara mara kita memerlukan kewangan maka lebeh baik kita bantu mereka kerana itu keperluan yang lebeh mendesak . Dalam pada itu kalau kita nak pergi melancung ke tempat lain , adalah lebeh baik kita mengerjakan haji dan `umrah. WALLAAHU `AA`LAM.
Sesiapa yang berminat nak pergi bersama saya hantarlah e mail seperti adress di bawah.
Sekian . Semoga kita semua dirahmati ALLAH. Aamin.Ya RABBAL `AALAMIN. Wassalaamu`alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.
Dari Saudaramu sesama Islam
e mail : [email protected]
[ Last edited by naasiha at 29-3-2007 08:12 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Masalah Yang Dihadapi Jemaah Yang Bermazhab Shafie` SEWAKTU TAWAF
Masalah Yang Dihadapi Jemaah Yang Bermazhab Shafie`
Kita sering mendengar rungutan dari jemaah haji dan `umrah yang bermazhab Shafi`e terutamanya yang datang dari Malaysia dan Indonesia. Mereka sangat berhati-hati takut wudhu` terbatal ketika tawaf. Ada yang menyarankan supaya bertaqlid mengikut ) mazhab yang lain dan ini dibolehkan kerana dharurat. Caranya ialah mengambil wudhu` mengikut cara mazhab yang ingin diikuti dan inilah yang kita lihat di dalam kebanyakan buku-buku yang dikarang tentang haji dan umrah.
Sebenarnya kita tidak perlu mengikut mazhab yang lain kerana dalam mazhab Shafi`e sendiri terdapat 2 pendapat tentang masalah bersentuh diantara lelaki dan wanita seperti yang telah dikemukakan oleh Al Imam An Nawawi رحمه الله ,seorang ulama besar mazhab Shafi`e. Walau pun hanya segelintir sahaja ulama` Shafie` رحمهم الله yang mengatakan tidak membatalkan wudhu` namun kita boleh menerima pakai pendapat ini kerana dharurat apatah lagi jumlah yang mengunjungi Kaa`bah berganda-ganda ramainya dari zaman Al Imam An Nawawi dan ulama yang sebelumnya رحمهم الله . Dalam pada itu jumhur `ulama ( kebanyakan ulama`) termasuk Imam-imam mazhab kecuali Imam Shafi`e sahaja, berpendapat bahawa tidak batal wudhu` bersentuhan diantara lelaki dengan perempuan. والله أعلم
ADAB SEWAKTU TAWAF
Kata Al Imam An Nawawi رحمه الله : |
|
|
|
|
|
|
|
SUNAT-SUNAT TAWAF ( 1 )
SUNAT-SUNAT TAWAF ( 1 )
Ada beberapa perkara yang disunatkan ketika Tawaf ;
1. Menghadap Hajarul Aswad Dan Mengucupnya :
Menghadap Hajarul Aswad sewaktu memulai tawaf sambil betakbir, bertahlil dan mengangkat tangan seperti mengangkatnya di dalam solat, mengusap Al Hajarul Aswad dan meletakkan dahi atau pipi di atasnya. Begitulah dilakukan jika keadaan mengizinkan. Kalau tidak, hendaklah diusap sahaja dengan tangan, lalu tangan dicium, atau menyentuh Hajarul Aswad dengan sesuatu seperti tongkat dan dicium tongkat itu. Sekiranya tidak dapat dilakukan maka hendaklah diisyaratkan sahaja kepada Al Hajarul Aswad dengan tanganya tanpa mencium tangannya.
Ibnu Umar رضي الله عنه berkata : |
|
|
|
|
|
|
|
SUNAT-SUNAT TAWAF ( 2 )
SUNAT-SUNAT TAWAF ( 2 )
2. Membaca Zikir-Zikir Dan Doa Ketika Tawaf :
Disunatkan memperbanyakkan zikir dan doa yang disukai tanpa terikat dengan dengan zikir dan doa tertentu sebagaimana yang terdapat didalam kebanyakan buku panduan haji dan umrah, malah sekarang ini ada buku-buku yang digantung dibahu untuk memudahkan jemaah membacanya.. Sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini bahawa dalam hal ini tidak ada zikir atau doa yang dikhususkan oleh syara` bagi setiap kali tawaf dan sa`i sebagaimana yang diamalkan oleh jemaah-jemaah haji dan umrah dengan membacakan bacaan yang berlainan bagi tujuh kali tawaf dan sa`i. Amatlah besar kesalahan sekiranya menganggap bacaan-bacaan ini bersumber dari Nabi صلى الله عليه وسلم . Begitu juga amat besar kesalahan sekiranya menganggap hanya inilah doa yang wajib dibaca. Sekiranya tidak beranggapan demikian maka tidak mengapa membaca doa-doa dan bacaan tersebut. Sepatutnya pengarang buku-buku panduan haji dan umrah hendaklah menjelaskan bahawa bacaan yang di tulis dalam buku yang mereka karang adalah hanya untuk siapa yang suka membacanya dan ianya bukanlah wajib. Memang kita tidak nafikan doa-doa dan zikir yang terdapat dalam buku panduan haji dan umrah itu bagus maknanya dan banyak yang bersumber dari hadith Nabi tetapi doa-doa itu adalah bersifat umum . Yang menjadi masalah ialah ramai jemaah yang menganggap hanya itulah doa yang mesti dibaca manakal doa yang lain tak boleh. Dalam masalah ini penulis selalu mendengar rungutan jemaah bahawa mereka merasa amat bimbang kerana belum melancar lagi bacaan-bacaan yang terdapat dalam buku-buku itu dan ada yang terpaksa menangguhkan pemergian umrah dan haji. Oleh itu amat menyedihkan dan merugikan kerana begitu ramai yang membuang masa dan tenaga untuk mengingati bacaan-bacaan itu,sejak mula ianya direkakan !
Disamping itu terdapat juga jemaah yang membaca doa pada pusingan pertama terpaksa memutuskan bacaannya kerana sudah sampai ke pusingan berikutnya. Kemudian mereka membaca pula doa dipusingan itu .Ini menyebabkan doa yang dibaca dipusingan yang sebelumnya terputus. Mungkin maknanya boleh berubah kerana doanya dibaca tidak habis ( baca sekerat sahaja ). Ada juga yang tak berapa tahu membaca dalam bahasa arab tetapi masih mahu cuba membacanya dan ini mungkin maknanya boleh berubah. Kepada mereka ini kita nasihatkan supaya membaca dengan bahasa mereka sendiri.
Di dalam melaksanakan ibadat menurut contoh Nabi صلى الله عليه وسلم umat Islam diarah dan diperintah agar mengikuti baginda صلى الله عليه وسلم ,tiadalah banyak ragam bacaan Nabi صلى الله عليه وسلم sewaktu tawaf dan sa`i selain beberapa bacaan yang mudah dihafal dan senang pula diingat.
Kerana itu contohilah Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan seandainya ada bacaan lain |
|
|
|
|
|
|
|
Suant-sunat tawaf ( 2 )
Untuk pengetahuan semua , doa sewaktu tawaf yang saya tulis dibawah ini adalah dalam bahasa `Arab. Sekiranya arabic font tak kelihatan...yang kelihatan hanya lah unknown font ada cara untuk melihat paparan yang ditulis dengan arabic font itu dengan syarat menggunakan internet explorer 5 atau lebih tinggi lagi. Caranya ialah:
click view,
kemudian select encoding,
setelah itu select more dan click arabic window.
Insha ALLAH anda akan dapat melihat paparan atau tulisan yang ditulis dengan bahasa arab. Selamat mencuba.
SUNAT-SUNAT TAWAF ( 3 ) : MEMBACA DZIKIR DAN DOA YANG MAA`THUR KETIKA TAWAF
Disini ini kita cantumkan beberapa doa` dan yang di terima dari Nabi صلى الله عليه وسلم dan sebahagian sahabat رضي الله عنهم : . Kata Imam An Nawawi رحمه الله disunatkan membaca doa-doa dan zikir 杬ikir seperti dibawah :
a. Ketika menghadap Hajarul Aswad atau mengucupnya sewaktu mulai bertawaf dan juga setiap kali melalui Hajarul Aswad disunatkan membaca :
بِسْمِ اللهِ وَاللهُ أكْبَرُ، اللَّهُمَّ إيمَانًا بِكَ وَتَصْدِيقًا بِكِتَابِكَ وَوَفَاءً بِعَهْدِكَ وَاتِّبَاعًا لِسُنَّةِ نَبِيِّكَ محمدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ " Dengan nama الله, dan الله Maha Besar, Ya الله ! Dengan beriman kepada-MU, membenarkan Kitab-MU (Al-Qur'an), setia kepada janji-MU dan dengan mengikuti Sunnah Nabi-MU صلى الله عليه وسلم ( dengan bertawaf di sekeliling Kaa'bah ini )" .
b. Ketika mulai tawaf membaca :
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ
|
|
|
|
|
|
|
|
Sesungguhnya telah thabit dalam hadith Al Bukhari dan Muslim dari Ibnu `Abbas رضي الله عنه katanya : |
|
|
|
|
|
|
|
naasiha,
Tuan Haji ni dari Alor Setar ke? last year semasa saya pergi mengerjakan umrah, ada berjumpa dengan jemaah yang mengatakan pengendali umrahnya pergi sekali, kalau tak silap guru or lecturer and isterinya sendiri yang masak. |
|
|
|
|
|
|
|
Saya dari KL
Sejak kali pertama saya mengendalikan jemaah tahun 1994 sehingga tahun lepas, baru 2 kali isteri saya pergi umrah. Saya pun hanya sekali setahun saja pergi keculai pada tahun 2004 dan tahun lepas sahaja saya pergi 2 kali, seperti yang saya terangkan dengan panjang lebar dalam mesej yang lepas. Saya hanya dapat pergi pada waktu cuti semester sahaja. Saya tak bawa tukang masak tetapi dikendalikan oleh wakil saya di Makkah dan Madinah.
Maaf ya ! Sewaktu kita si tanah suci seboleh-bolehnya kita memperbanyakkan ibadat setakat yang terdaya, seperti memperbanyakkan tawaf , iktikaf, membaca al -Quran ( kalau bolehbiar dapat khatam ), membanyakkan solat sunat dan lain-lain. Kalau kita bawa jemaah dan memasakkan untuk mereka , kuranglah masa kita untuk beribadat. Memang untung kalau kita masak untuk jemmah kerana makan secara catering bayarannya antara 25 Saudi Rial - 35 Saudi Rial untuk seorang , bergantung kepada menu. Kalau masak sendiri amat menuntungkan tetapi kita rugi sebab kurang dapat beribadat. Ini pandangan peribadi saya. Wallaahu `aa`lam.
Sekian wassalaam
[ Last edited by naasiha at 8-3-2007 02:04 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
ADAB MINUM AIR ZAMZAM
Setelah selesai tawaf Nabi Sallallaahu `alaihi wasallam solat sunat 2 rakaat di belakang Maqam Ibrahim. Setelah selesai bersolat dan berdoa ada riwayat yang mengatakan Nabi Nabi Sallallaahu `alaihi wasallam minum air zamzam .
Disunatkan ketika minum air zamzam berniat sebagai penawar dan memperolihi kebajikan didunia dan akhirat kerana Rasulullah صلى الله عليه وسلم pernah bersabda: Air zamzam itu mengikut apa yang diniatkan sewaktu diminumnya.
Terdapat beberapa hadith tentang kelebihan air zamzam, antaranya :
a. " Sesungguhnya air Zamzam itu merupakan makanan yang mengenyangkan dan penawar yang menyembuhkan penyakit ".
b. Diriwayatkan dari Ad Daaruqutni رحمه الله dari Ibnu Abbas رضي الله عنه katanya : Nabi
صلى الله عليه وسلم telah bersabda : " Air Zamzam merupakan penawar yang menyembuhkan berdasarkan kepada niat orang yang minumnya .Jika engkau minumnya untuk penawar الله akan menyembuhkan engkau, jika engkau minum untuk menghilangkan dahaga الله akan mengenyangkan engkau . Telaga zamzam adalah telaga yang di gali olih Jibril عليه السلام dan minuman yang disediakan الله untuk Ismail عليه السلام .
c. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas رضي الله عنه katanya : Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah bersabda :
" Sebaik-baik air yang keluar dari perut bumi ialah air Zamzam, terdapat padanya makanan yang boleh mengenyangkan dan penawar yang boleh menyembuhkan penyakit " .
Kata Ibnu `Abbas رضي الله عنه : 擜ku memberi air Zamzam kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم lalu Baginda صلى الله عليه وسلم minumnya sambil berdiri |
|
|
|
|
|
|
|
RUKUN UMRAH YANG KETIGA : SA'I DIANTARA SAFA DAN MARWAH
RUKUN UMRAH YANG KETIGA : SA'I DIANTARA SAFA DAN MARWAH
Sa`i berasal dari kata sa` |
|
|
|
|
|
|
|
Nasihat Untuk Yang Nak Kerjakan `Umrah Bulan March
Bagi sesiapa yang ingin mengerjakan umrah pada cuti sekolah bulan March nanti hendaklah berhati-hati kerana belum tentu pihak kementerian haji , Arab Saudi melalui kedutaannya di sini akan mengeluarkan visa umrah. Pengeluaran visa berubah setiap tahun. Setiap tahun, saya nasihatkan jemaah saya yang nak berumrah pada awal bulan Rabiul Awwal ( tahun lepas bulan March 2006 ) supaya jangan pergi lagi kerana takut tertunda disebabkan visa tak dikeluarkan lagi. Kalau tak mahu menanggung risiko adalah lebeh baik pergi selepas bulan March nanti. Pihak travel agensi selalu tersilap kerana menjangkakan visa dikeluarkan dalam pertengahan bulan Safa atau awal Rabii`ul Awwal. Sebenarnya pengeluaran visa tidak menentu kerana ianya ada kaitan dengan kerajaan Saudi yang hendak membersihkan Makkah dan Madinah dari jemaah-jemaah yang tidak pulang ke tanah air masing-masing setelah habis musim haji ( pendatang tanpa izin kerana tempoh visa dah tamat ). Apabila kementerian dalam Negeri, Arab Saudi berpuas hati barulah visa umrah dibuka. Pernah visa `umrah dikeluarkan dalam bulan Rabiiuth Thani . Walaubagaimana pun sekiranya ada yang nak pergi cuti sekolah March ini nasihat saya ialah naik pesawat Saudia ( Arab Saudi ) kerana dalam beberapa tahun kebelakangan ini pihak kedutaan Arab Saudi mengeluarkan viza ziarah kepada jemaah yang menaiki pesawat Saudia . Walaubagaimana pun kita tak boleh harapkan sangat visa ziarah ini kerana perangai orang `Arab ni sukar diselami, pagi ini mereka keluarkan peraturan dan petang ini juga mereka boleh mengubahnya. Ini bermakna kalau tahun-tahun lepas mereka keluarkan visa ziarah untuk yang menaiki pesawat Saudia tetapi tahun ini belum tentu lagi . Oleh itu kalau nak selamat elok lah pergi pada hujung bulan March atau cuti sekolah bulan Mei. Sekian semoga nasihat saya ini ada manfaatnya untuk mereka yang ingin mengambil iktibar dari kejadian-kejadian yang berlaku pada tahun-tahun lepas. Wallaahul Muwaffiq Wahuwal Haadi Ilas Sawaa issabil. Wallaahu `aa`lam. |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih naasiha
maklumat berguna tu terutama mcm saya ni tak dapat maklumat secara terus.
semoga kita diberi hidayah .
insyalllah |
|
|
|
|
|
|
|
Assalaamu`aalaikum warahmatullaahi wabarakaatuh
Semoga kita semua diberkati ALLAH.
Untuk pengetahuan semua, 2 hari lepas wakil saya ( kawan ) di Makkah menalipon saya , berbincang dengan saya hotel penginapan di Makkah. Menurut katanya tempat sa`e sekarang diperbesarkan. Oleh itu semua pintu yang bersebelahan dengan Babus Salam ditutup untuk kerja-kerja pembesaaran.
Dengan penjelasan ini adalah diharapkan kepada semua yang nak mengerjakan umrah agar meminta syarikat travel agensi masing-masing supaya tidak mengambil hotel-hotel yang mengarahkan ke pintu masuk Babus Salam kerana jemaah akan terpaksa berjalan jauh melalui Babul fath untuk memasuki Al Masjidil Haram. Diantara hotel-hotel tersebut ialah Hotel Reem, Hera` Palace, Sheraton, Najd Ar Rashid, Al `Attar dan lain-lain, saya tak ingat dah kerana terlampau banyak hotel.
Saya juga berharap supaya sesiapa yang berkenaan menghubungi wakil di Makkah agar dapat penjelasan yang selanjutnya dan berurusan untuk memilih hotel dari sekarang, supaya tisak kelam kabut nanti..
Sekian mudah-mudahan mesej ini memberi manfaat.. Semoga kita semua sentiasa dibimbing, diberkati, dirahmat dan di lindungi ALLAH dari segala musibah. Aamin Yaa Rabbal `aa lamin.
Wassalaamu `alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
saya nak gi umrah bulan okt or Nov any suggestion ? |
|
|
|
|
|
|
|
hotel Zahret Makkah pun terlibat ke?... |
|
|
|
|
|
|
|
Mengerjakan umarah pada bulan jun cuacanya sangat panas.. dinasihatkan agar minum air banyak2 |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #680 illa's post
Hotel zahrat rasanya bukan di area itu |
|
|
|
|
|
|
| |
|