Edited by MellyNad at 24-3-2017 09:26 AM
-Review Voice-
1. Cerita (7/10)
Cerita bermula dengan 2 pembunuhan kejam oleh ‘Pembunuh misteri’ dimana mangsa adalah isteri kepada seorang anggota polis iaitu Moo Jin Hyeok (Jang Hyuk) dan ayah kepada Kang Kwon Joo(Lee Ha Na) yang juga seorang anggota polis yang berkerja dibahagian pusat panggilan kecemasan (112). Selepas kematian isterinya Moo Jin Hyeok menjadiseorng yang panas baran dan berusaha mencari pembunuh isterinya dan dia juga berdendam dengan Kang Kwon Joo kerana Jin Hyeok merasakan Kwon Joo adalah seorang yang tidak cekap dan memberi maklumat yang salah semasa perbicaraan isterinya.
Walaubagaimanapun selepas kes tersebut Kang Kwon Joo telah menyambung pelajarannya didalam bidang ‘voice profile’ dan selepas kembalinya semula ke korea dia kembali bertugas di pusat panggilan kecemasan sebagai ketua unit dan menubuhkan satu unit khas iaitu ‘Golden time team’
Mereka berdua bersama-sama berkerja didalam unit khas tersebut walaupun pada mulanya Jin Hyeok tidak bersetuju,tetapi setelah dia mengetahui yang Kwon Joo juga sedang mencari pembunuh ayahnya yang juga adalah pembunuh isterinya itu dan Kwon Joo mempunyai keistimewaan mendengar suara yang orang biasa tidak boleh dengar. Mereka menjadi pasukan yang hebat dan telah menyelesaikan kes bersama-sama dan bersama-sama mencari pembunuh misteri tersebut.
Dengan bertemakan suspend dan thriller, pengarah berjaya menerapkan element tersebut dengan bagus bermula dari awal drama sehingga ke akhirnya. Dimana setiap episode terdapat kes yang berlainan yang penuh suspend yg perlu diselesaikan. Oleh kerana pengarah berani menayangkan scene pembunuhan yang sangat kejam membuatkan drama ini mempunyai jalan cerita yang lain dari drama triller yang selalu kita tonton.
Satu lagi boleh dipuji adalah peralihan plot yang sangat kemas dan tidak membuat penonton keliru membuatkan kita ternanti-nanti apa yang akan terjadi seterusnya. Walaupun jalan cerita agak simple tetapi pengarah berjaya membuat beberapa babak yang tidak dijangka seperti siapa pembunuh sebenar didalam cerita ini.
2. Keberkesanan Lakonan (8/10)
Jang Hyuk as Moo Jin Hyeok (Percalonan Best Actor)
Tidak boleh disangkalkan lagi mutulakonan Jang Hyuk ini. Saya sangat terkesan dengan watak yang dibawa olehnyakali ini apabila, Dia berjaya membawa characternya dengan emosi yang mendalam. Perasaanya dapat saya rasa dengan riak wajahnya mengikut setiap babak dan apa yang ingin disampaikan.
Lee Ha Na as Kang Kwon Joo
Ini kali pertama saya melihat hasillakonan Ha Na dan saya memuji suara milik wanita ini sangat sedap didengar danboleh menyampaikan emosi melalui dialog tetapi riaksi wajah terlalu kaku.
3. Aspek Teknikal (Lakonan Layar, teknik pengarahan,sinematografi) (8/10)
Bagi saya untuk drama ini pengarahsangat pandai memilih latar dan montaj yang bersesuaian dgn scene dan setiap pemilihan bunyi latar memberi effect yg bersesuaian.
4. Skor muzik (3/5)
OST untuk drama ini yang paling saya masih dengar berulang kali adalah lagu dari Yuna Kim iaitu ‘Voice’
5. Kebarangkalianuntuk tontonan semula (3/5)
mungkin akan tonton semula tetapi bukan buat masa terdekat ini.
|