Yang Penting Anak Saya Comel – Rozita Che Wan
Susahnya jadi Rozita Che Wan. Apa saja yang dibuat pasti jadi perhatian. Hinggakan penampilannya yang cantik dalam beberapa foto di samping bayi perempuan yang baru dilahirkan pun jadi isu.
Kami difahamkan, ekoran tindakan Che Ta yang bersolek sebelum melahirkan anaknya itu, ramai yang mempertikaikan dan mencemuh dirinya.
Menurut laporan Harian Metro, Che Ta berkata dia sememangnya seorang yang suka bersolek dan berhias walau di mana dia berada.
Apa lagilah mereka ini? Biarlah kami nak cantik ke nak apa ke, bukan mereka pun yang kena mekap. Orang yang kenal saya mereka tahu saya memang akan bersiap sakan walau ke mana pun saya pergi. Suka hati merekalah. Tak kisahlah nak cakap apa pun, yang penting anak saya comel dan sihat, Alhamdulillah.
Hmm, betullah kata orang, wanita dan make up memang tak boleh di pisahkan, penjagaan diri amat dititikberatkan supaya tetap berseri walau berada dalam apa jua keadaan. Betul tak?
Kami harap Che Ta bertabahlah ya. Semoga proses berpantang nanti berjalan dengan lancar.
From: OhBulan
http://www.ohbulan.com/rozita-che-wan-mengaku-anak-comel/
|