CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: Remyda

[Tempatan] Pelanggan Alami Simptom Khayal : Restoran Letak Bahan Terlarang Dalam Masakan?

[Copy link]
Post time 21-2-2019 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kedai favourite aku ni.. tiap kali balik kampung mesti nak singgah. Pernah sampai 5 hari berturut-turut aku ajak suami aku pergi (perjalanan sejam) sebab kedai dia asyik tutup je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2019 02:42 PM | Show all posts
siputsedut replied at 21-2-2019 10:03 AM
Kiranya kalau mkn poppyseed muffin ke bagel dgn byk.. .boleh stone jgk ke?

poppyseed warna hitam kan?
aku pernah nampak kedai jual kas kas, warna dia cerah mcm warna biji bijan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2019 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Tunggu laporan kimia, jangan terus hukum - Pemilik restoran 'nasi lambai'

Abd Razak Mohd Ali, Astro Awani |  Diterbitkan pada Februari 22, 2019 07:59 MYT


Pelanggan tetap Sultana Nasi Kandar tetap berkunjung ke restoran itu dan memilih untuk menunggu hingga keputusan ujian kandungan makanan diperolehi. - Astro AWANI

TELUK INTAN: Pemilik Restoran Sultana Nasi Kandar di sini, atau lebih dikenali sebagai 'nasi lambai', merayu orang ramai supaya tidak terburu-buru menghukum mereka susulan kontroversi yang tercetus baru-baru ini.

Pemiliknya, Abdul Malik Pakeer Mohamad meminta orang ramai agar tidak terus membuat andaian melulu dan menunggu sehingga keputusan ujian makmal mengenai kandungan menu makanan mereka diperolehi.

Katanya, perniagaan nasi kandar keluarganya itu telah beroperasi selama lebih 50 tahun tanpa sebarang masalah besar.

"Saya meminta orang ramai supaya jangan membuat andaian dan juga jangan memviralkan sesuatu yang tiada buktinya, dan juga sebelum pihak berkuasa membuktikan apakah info atau kandungan yang sebenar.
"Buat masa ini, pihak berkuasa telah mengambil sampel kari untuk mengkaji dan menyiasat, dan telah menghantarnya kepada makmal.

"Dikatakan, selepas beberapa minggu baru akan dapat keputusannya. Sehingga itu, kita tidak bolehlah menyalahkan mana-mana pihak," katanya kepada Astro AWANI.



Sebelum ini, terdapat laporan mendakwa beberapa pengunjung lemah dan khayal selepas menjamu selera di restoran itu, disyaki akibat terlebih makan kas-kas yang disyaki terkandung di dalam makanannya.

Abdul Malik berkata, isu yang ketika ini telah menjadi viral turut menjejaskan nama baik dan perniagaan restoran itu.

"Pada masa yang sama, waktu ini, isu viral ini menjejaskan nama baik kami dan menjejaskan perniagaan kami. Jadi, ini sesuatu yang sangat menyedihkan," tambahnya.

Pada Selasa sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak bersama pegawai Jabatan Kesihatan memeriksa restoran itu selepas menerima aduan pelanggan yang mengalami gejala lemah dan khayal selepas makan di premis berkenaan.

Mereka turut mengambil beberapa jenis masakan seperti kuah makanan, ayam goreng, sayur dan nasi putih untuk dihantar ke Jabatan Kimia di Ipoh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2019 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
miss_bear replied at 21-2-2019 12:01 PM
Kedai favourite aku ni.. tiap kali balik kampung mesti nak singgah. Pernah sampai 5 hari berturut-tu ...

Nasi lambai ka
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
alhamdulillah aku x jejak mamak
lg prefer resto malay yg ada masak lemak cili api
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 09:54 AM | Show all posts
hahahahha hamikkau kan dah kena
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2019 12:07 AM | Show all posts
Rasa khayal mungkin disebabkan rempah kas-kas
21 Februari 2019 5:06 PM


TELUK INTAN 21 Feb. - Pemilik sebuah restoran di sini yang diperiksa kelmarin setelah disyaki meletakkan bahan khayal dalam makanan mendakwa gejala khayal yang dialami pelanggan mungkin disebabkan rempah kas-kas yang digunakan dalam masakan.

Abdul Malik Pakeer Mohamad,35, berkata, kas-kas biasa digunakan dalam masakan masyarakat India Muslim tetapi dalam kuantiti yang sedikit sebagai penambah perasa makanan.

Katanya, kas-kas bertujuan untuk memekatkan kuah dan menambah rasa dalam kari.

"Kas-kas mengandungi opiate namun kerajaan tidak mengharamkan penggunaan kas-kas dalam masakan.

"Jadi saya berharap orang ramai tidak membuat andaian yang tidak benar dan mohon siasat terlebih dahulu kerana ini menjejaskan perniagaan saya," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Restoran berkenaan diperiksa polis dan Jabatan Kesihatan kelmarin selepas menerima aduan pelanggan yang mengalami gejala lemah dan khayal selepas makan di premis berkenaan.

Abdul Malik turut menafikan seorang tukang masak dan dua pembantunya termasuk seorang warga Bangladesh ditahan polis selepas didapati positif dadah jenis opiat.

Menurutnya, semua pekerjanya dibenarkan pulang dan perniagaannya beroperasi seperti biasa pada hari tersebut.

"Saya telah membuat laporan polis kelmarin terhadap pihak yang menularkan mesej kononnya para pekerja saya ditahan dan saya mahu siasatan dijalankan," katanya.

Terdahulu, mesej yang mendakwa seorang anggota polis dan tiga lagi anggota gagal ujian saringan air kencing selepas makan di sebuah premis di sini dan tukang masak premis berkenaan sudah ditahan, menjadi viral di laman sosial.

Difahamkan, pemeriksaan dijalankan susulan laporan seorang anggota polis yang mengalami gejala lemah, mengantuk dan khayal selepas makan di premis berkenaan.

Pemeriksaan dijalankan oleh sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak bersama pegawai Jabatan Kesihatan turut merampas beberapa jenis masakan seperti kuah makanan, ayam goreng, sayur dan nasi putih. - UTUSAN ONLINE


Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
restoran nasi lambai, kari lalok. kira oklah pas makan di resto tu & keputusan urine test +ve opiat. dibuatnya keputusan urine test +ve mengandung, lagi haru jantan2 tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2019 01:04 AM From the mobile phone | Show all posts
DAMN! ....patut lah jika i balik i ketagihan roti canai dengan kari dan tea tarik mamak !
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2019 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Remyda replied at 21-2-2019 04:47 PM
Tunggu laporan kimia, jangan terus hukum - Pemilik restoran 'nasi lambai'

Abd Razak Mohd Ali, Ast ...


kalau di amerika ....poppy seed FDA label kan drug bukan sebagai makanan .... di DEA (drug enforcement administration) poppy seed di bawah schedule II drug ...dan juga boleh replace prescription opioids termasuk oxycodone and fentanyl... jangan percaya jika poopy seed tidak
contaminated semasa harvesting process.memang tidak sihat pun ...tetapi ummah ada saja campur poppy seed dengan susu untuk di gantikan dengan ubat tidur ..... seperti daun ketum dan ganja ada effect kalau ambil lebihan dan akan ketagihan ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-2-2019 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
KKM ambil sampel makanan
Mohd Hafizee Mohd Arop

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) akan menjalankan siasatan sama ada benar terdapat bahan larangan digunakan restoran di Teluk Intan sehingga mengakibatkan pelanggan lemah, mengantuk dan khayal selepas makan di restoran berkenaan, Selasa lalu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, sampel makanan sudah diambil dari restoran berkenaan dan pihaknya masih menunggu keputusan sama ada benar terdapat bahan larangan yang digunakan pemilik.

Katanya, siasatan bagi kes itu dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sehingga kini KKM masih belum mengetahui sama ada terdapat bahan larangan atau tidak disebabkan keputusan sampel masih belum diperoleh.

Menurutnya, beliau menasihatkan semua pengusaha restoran supaya mematuhi garis panduan ditetapkan serta memastikan kebersihan di premis mereka bagi mengelakkan sebarang tindakan dikenakan.

“Semua restoran atau pengusaha makanan memang ada pengawasan secara berkala (daripada KKM) untuk memastikan bahawa bukan setakat bahan yang tidak dibenarkan tetapi juga kita buat pengawasan secara berkala bagi memastikan keadaan restoran itu bersih.

“Jadi pengusaha restoran juga perlu menerima vaksin typhoid secara berkala dan perlu mengikuti kursus pengendalian makanan sebelum memulakan operasi,” katanya kepada media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Belon Gergasi dan Buku Risalah Jom Hapuskan Aedes di Klinik Kesihatan Greentown, Ipoh, hari ini.

Harian Metro pada Rabu lalu melaporkan kedai makanan di daerah ini, diperiksa polis dan Jabatan Kesihatan, semalam selepas menerima aduan pelanggan yang mengalami simptom lemah, mengantuk dan khayal selepas makan di premis berkenaan.

Sebelum ini, mesej yang mendakwa empat anggota polis ‘sangkut’ ujian saringan awal air kencing selepas makan di sebuah premis di Teluk Intan dan tukang masak premis berkenaan sudah ditahan tular di aplikasi WhatsApp.

Semalam, pemilik restoran Sultana Nasi Kandar atau lebih dikenali sebagai Nasi Lambai di sini menafikan premisnya diarah tutup oleh KKM dan kecewa apabila ada pihak tidak bertangungjawab bertindak menularkan tanpa maklumat sahih mendakwa premisnya menggunakan bahan terlarang dalam masakan.

Pemiliknya, Abdul Malik Pakeer Mohamad, 36, berkata, tiada notis penutupan premis yang dikeluarkan pihak berkuasa dan restorannya beroperasi seperti biasa.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2019 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Haritu makan kari daging dekat mamak fav. Balik rumah tertidur terus laki bini. Ada kaitan ke ek.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2019 06:45 PM | Show all posts
Ya Allah... the opiates war  pulak ...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2019 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat giant ada kas2 sepeket rm3 lbih. Mcm nk beli je. Kot2 blh sdp mcm mamak masak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 09:03 PM GMT+8 , Processed in 0.550198 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list