|
wahhh rasa cam tengok drama korea
dandan dok terbayang hero yg mula2 tu cam Rain |
|
|
|
|
|
|
|
bestnyer...tak sabar lucu nak tau episod seterusnye... mcm tgk tv lak...huhu |
|
|
|
|
|
|
|
wuuuu huuu
dah ada sorang lagi hero
makin best nih
|
|
|
|
|
|
|
|
baru hari nie berkesempatan khatam citer nie ...bessssttt sangat ..jue sambung lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
best gak citer ni... |
|
|
|
|
|
|
|
mana jue ni ehh...???? hari ni takde new n3 ke..???? |
|
|
|
|
|
|
|
Adaaa..heheh..tadi p melepak kat n3 org lain dulu
Joo Shin memerhati wajah Sakura hati kecilnya yakin gadis itu bukan berasal dari Korea. Slang bicaranya agak berbeza begitu juga dengan rupanya seperti berdarah campuran. Wajah bujur sirih Sakura direnung seakan mencari jawapan dari mana asal gadis itu, mata yang berkelopak dan cantik, kening kehitaman terbentuk cantik dan rapi berbeza daripada gadis Korean. Mungkin dia ini berdarah campuran. Bisik Joo Shin.
Sakura mula resah ditenung sebegitu pelbagai persoalan mula berlegar dimindanya. Siapa dia sebenarnya? kenapa berminat untuk membeli kedai ni? Mungkin dia pemaju tanah? Mungkin juga kawasan ini akan dibangunkan lagi? Bisik hati Sakura, namun semuanya tidak mampu diluahkan.
“Boleh tak encik tunggu sebentar? Encik boleh duduk dikerusi tu.” Minta Sakura sopan sambil menunding jarinya ke arah kerusi bulat di tengah ruang kedai itu. Dengan tergesa-gesa Sakura ke belakang mencari kalibat Mr Takai.
“Ishk, mana Mr Takai ni? Tadi ada kat belakang ni.” Bebel Sakura berbahasa melayu.
“Apa yang kamu bebelkan tu Sakura?” tiba-tiba sahaja Mr Takai muncul dari pintu belakang. Ditangannya terdapat dua bungkus makanan. Sakura mengurut dadanya tanda lega.
“Mr Takai..di luar sana ada seorang lelaki berminat nak beli kedai ni.” Bisik Sakura di telinga Mr Takai. Wajah Mr Takai berubah bengis, sepanjang dia mengusahakan kedai itu tidak pernah sekali pun ada sesiapa yang berani ingin mengambil alih kedai itu.
“Berani dia datang pagi hari macam ni nak beli kedai ni?! Mana orang tu?” Soal Mr Takai meninggi, mood cerianya bertukar menjadi baran. kedai merupakan satu-satunya kenangan bersama isterinya, tidak kisah berapa jumlah yang akan ditawarkan dia tidak sesekali menyerah hak milik kedai itu pada orang lain. Menjual kedai itu ke tangan orang lain sama seperti menyerah isterinya.
“Nanti dulu, Pak Cik jangan tengking dia pula. Jawab sahaja Pak Cik tak berminat nanti dia pergila.” Pesan Sakura tersengih bimbang pula Sakura jika lelaki hensem tadi dimarahi Mr Takai.
Mr Takai mencebik lalu menjeling tajam pada Sakura “Jangan Harap!” herdik Mr Takai pada Sakura lalu dia bergegas pergi. Sebaik sahaja berada diruang tengah kedai dengan lantang Mr Takai bersuara, “Siapa kau yang berani datang nak beli kedai aku hah?!” Tengking Mr Takai. Sakura yang bersembunyi disebalik langsir terkejut mendengar sergahan Mr Takai itu sudahlah tadi pun dia turut terkena bahang kemarahan Mr Takai. Berkumat-kamit mulut Sakura berdoa agar tiada sebarang pergaduhan berlaku.
Joo Shin diam terkaku suara dari arah belakangnya memang amat dikenalinya.
“Baik kamu balik, walau berapa pun kau tawarkan untuk beli kedai ni. Aku tak akan jual!” Tengking Mr Takai lagi yang kini sudah berada dibelakang Joo Shin.
Joo shin masih seperti kedudukan tadi membelakangi Mr Takai, dia yakin suara itu milik ayahnya. Tanpa menoleh kebelakang Joo Shin meraup wajah dengan kedua belah tangannya. Terdengar hembusan nafas lega diiringi tawa keluar dari bibirnya tanpa menunggu panjang dia segera menoleh ke arah Mr Takai bibirnya mengukir senyum.
“Joo Shin?” soal Mr Takai terperanjat, wajah yang bengis bertukar ceria. Dia tidak menyangka anak yang dirindui selama ini sudah berada dihadapannya.
“Ayah, apa khabar?” soal Joo Shin terdapat getar dihujung suaranya, dia terharu tatkala melihat senyuman yang terukir dibibir lelaki itu.
“Akhirnya kamu pulang Joo Shin..” dengan segera Mr Takai memeluk tubuh lampai Joo Shin. Begitu juga dengan Joo Shin dengan erat membalas pelukan itu.
“Maafkan saya ayah..” ucap Joo Shin sayu.
“Kamu tidak salah Joo Shin, ayah yang abaikan kamu.” Balas Mr Takai terharu akhirnya Joo Shin kembali ke pangkuannya. Pelukkan mereka semakin erat. Sakura yang dari tadi memerhati mula memahami situasi tersebut. Antara percaya atau tidak, lelaki hensem itu anak kepada Mr Takai pelahan-lahan bibirnya terukir satu senyuman penuh bermakna mungkinkah dia orangnya. Desis hati kecil Sakura nakal. Sekeping hati yang dulu kesunyian kini mula berputik satu rasa yang berbeza |
|
|
|
|
|
|
|
alololor.....
sweetnye joo shin...
abeslah ryan huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
sat lagi sambung lagi..nk settle keje jap yer |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #70 Juliaesqa's post
adesss... cam tak sabar dah ni juliet.... |
|
|
|
|
|
|
|
Selesai berbual tentang kisah-kisah lalu dan perkembangan masing-masing Mr Takai memanggil Sakura lalu memperkenalkan Sakura pada Joo Shin. Mr Takai juga mencerita bagaimana Sakura di ambil berkerja dengannya. Tersipu malu Sakura apabila dipuji oleh Mr Takai dihadapan Joo Shin. Beberapa kali juga Joo Shin mengucapkan terima kasih pada Sakura kerana menjaga ayahnya dengan baik. Joo Shin juga menceritakan bahawa kepulangannya kerana mengesyaki kedai itu telah jatuh ke tangan orang lain apabila melihat website yang baru sahaja dibuat oleh Sakura beberapa hari yang lalu. Mr Takai tergelak besar mendengar salah faham anaknya itu. Mana mungkin dia menjual kedai kenangan mereka sekeluarga itu. “Nasib baik kamu buat website tu Sakura…kalau tidak entah bila Joo Shin ni akan pulang.” Ujar Mr Takai tersenyum gembira.
“Bagai mana jualan sejak kamu buat website tu?” soal Joo Shin berminat.
“Tidak banyak tempahan tapi lebih baik dari biasa encik Joo Shin.” Jelas Sakura malu-malu, segan untuk menatap renungan tajam Joo Shin yang sudah tentu akan mencairkan hatinya.
“Sakura tak perlu begitu formal, kamu panggil sahaja abang Joo Shin. Lagi pun Pak cik dah anggap kamu seperti anak Pak Cik sendiri.” Tegur Mr Takai sambil tersenyum ceria. Sakura tersenggih lalu mengangguk setuju manakala Joo Shin hanya tersenyum hambar. Jauh disudut hatinya meragui kejujuran gadis asing itu.
“Abang rasa baik kita buat beberapa perubahan dari segi tempahan dan juga barang yang akan dijual dalam kedai ni.” Joo Shin bersuara sambil memerhati sekeliling kedai itu. Dia yakin mereka tidak boleh terlalu bergantung pada jualan bunga sahaja.
Mr Takai dan Sakura menunggu cadangan Joo Shin dengan penuh berminat.
“Website yang sedia ada akan akan diupgradekan lagi. Kita buat untuk tempahan secara online dan juga penghantaran bagi kawasan sekitar Bandar ni. Barangan seperti ceramic dan hadiah seperti teady bear atau patung perlu ada supaya kedai ni bukan sahaja untuk jual bunga tapi juga hadiah lain.” terang Joo Shin panjang lebar. Mr Takai mengangguk setuju dengan cadangan itu. Sebelum ini memang dia pernah terlintas akan perkara tersebut. Tetapi disebabkan tidak punya pekerja niat untuk menambah barangan lain dimatikan sahaja.
“Macam mana dengan kamu Sakura?” soal Mr Takai yang turut megambil berat pandangan Sakura dalam hal tersebut.
Dengan pantas Sakura mengangguk setuju, “Sudah tentu, lagi bagus kalau begitu sebab kebanyakkan mereka yang datang mahu beli bunga selalunya akan tanya jika kita punya cenderahati lain.” jelas Sakura.
“Bagus kalau macam tu, mulai esok abang akan ubahsuai website kedai ni. Nanti kamu mungkin boleh buat penghantaran dan ayah pula hanya perlu buat gubahan jika ada permintaan.” Cadang Joo Shin bersemangat, dia mahu lihat kedai milik mendiang ibunya kembali bernafas seperti mula-mula kedai itu dibuka dahulu. Sakura tersenyum gembira, jika jualan kedai itu meningkat mungkin ada peluang untuk dia dinaikkan gaji dan cepat untuk dia menyimpan duit untuk mencari ibunya dan duit untuk kembali ke tanah air. |
|
|
|
|
|
|
|
Bab 11
Sudah sebulan Joo Shin bersama Sakura menguruskan kedai bunga tersebut. Semenjak kepulangan Joo Shin dan semenjak itu juga Mr Takai hanya menjenguk sekali-sekali dan membuat gubahan apabila mendapat tempahan. Joo Shin tidak lagi meragui kejujuran hati Sakura. Sepanjang mereka bekerjasama ternyata Sakura begitu rajin dan jujur dalam menjalankan amanah yang diberi dan bagi Sakura hari-harinya kini tidak lagi sepi.
Setiap urusan jual beli dengan pembekal dan akaun kedai itu diambil alih oleh Joo Shin manakala Sakura banyak membantu pelanggan yang keluar masuk. Semenjak Joo Shin menaik tarafkan web site Flower in love.com serta menambah pelbagai cenderahati dikedai itu, semakin ramai pelanggan yang singgah dan ada juga yang membuat tempahan.secara online serta tempahan melalui panggilan telefon. Mereka akan menghantar pesanan tersebut secara percuma bagi sekitar Bandar Seoul dan selalunya Sakuralah yang menjadi orang suruhan Joo Shin.
“Sakura, ada pesanan minta kita hantar ke Suji’s restaurant.” Panggil Joo Shin sambil menulis sesuatu pada kertas dan dihulurkan pada Sakura yang sudah pun tercegak dihadapannya.
“Balik cepat sikit abang nak belanja Sakura makan.” Ucap Joo Shin sebaik sahaja Sakura mengenakan topi bersiap sedia untuk keluar. Dia lebih selesa membahasakan abang memandangkan Sakura jauh lebih muda darinya.
“Hah? Nak belanja makan?betul ke ni?..” Soal Sakura wajahnya berkerut seakan tidak percaya dengan pelawaan itu.
Joo Shin tersenyum seraya menganggukkan kepalanya. Kemudian dia tergelak kecil apabila melihat perubahan wajah Sakura yang ketara gembira dengan cadangannya itu.
“Wahh..seronoknya..dah lama tak makan free…” balas Sakura tersenyum girang. Sebelum melangkah keluar dia sempat mencuri pandang ke arah Joo Shin yang sedang membuat kira-kira dan pada masa yang sama Joo Shin mengangkat wajahnya lalu pandangan mereka bertaut. Lantas Sakura tersengih ‘Ishk dia ni…aku nak curi pandang sikit pun tak boleh..’. “Jangan lupa…belanja makan.” Pesan Sakura sebelum melangkah pergi.
Joo Shin tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.
Sejak akhir-akhir ini hubungan mereka semakin mesra Joo Shin yang dingin kini berubah sikap. Dia begitu meyenangi sikap Sakura yang ceria dan menghiburkan hatinya. Kerinduan yang bersarang dihatinya semakin berkurang. Joo Shin melepas satu keluhan yang berat. Tiba-tiba sahaja kenangan lalu singgah menyapa. |
|
|
|
|
|
|
|
“Alamak kat mana restaurant ni?” keluh Sakura sendirian. “Subway dah kat depan aku, tapi naik line mana?” Sakura kembali merenung kertas kecil ditangannya. Tulisan pensil yang ditulis oleh Joo Shin hampir terpadam akibat terkena peluh ditangannya. Sakura membelek dengan teliti kertas kecil itu diangkat ke atas untuk melihat dengan jelas.
“Itae..won..” ujar Sakura cuba membaca tulisan yang hampir terpadam itu. “rasanya macam aku tahu tempat ni. Alamak…tapi apa nama restaurant tu?” Sakura mengaru kepalanya. “Inilah akibatnya kalau tak focus masa orang bercakap.” Bebel Sakura pada dirinya sendiri.
Sakura masih lagi termenung memikirkan nama Restaurant yang disebut Joo Shin tadi “Emmm…macam nama biskut raya tapi lupa pulak…” Sakura tersandar pada dinding wajahnya berkerut cuba mengingati kembali nama restaurant itu. “Hah, biskut suji!” jerit Sakura dengan tiba-tiba. Beberapa orang yang lalu lalang melihat dengan pelik ke arah Sakura yang tiba-tiba sahaja menjerit. Tanpa menunggu panjang Sakura segera berlari mengejar train yang sudah pun berbunyi untuk bertolak ke destinasi lain. Mujur dia pantas kalau tidak sudah tentu terkepit ditengah pintu yang hampir tertutup itu.
“Line 6 exit 2..” ulang Sakura beberapa kali bimbang terlupa lagi.
Sebaik sahaja sampai ke tempat yang dituju Sakura bergegas bergerak ke arah restaurant itu, jam tangannya dikerling beberapa kali. Habisla aku kalau lambat. Desis hatinya.
Sakura kini berada betul-betul dihadapan restaurant yang dicari. Sebelum melangkah masuk dia membetulkan kedudukan topi dan beberapa kali dia menarik nafas kerana kepenatan. Dengan bantuan pekerja restaurant itu Sakura dibawa ke nombor meja yang dicari.
Dari jauh Sakura dapat lihat pasangan kekasih yang sedang berbual sambil berpegang tangan. Hatinya tiba-tiba diburu rasa cemburu melihat kebahagiaan pasangan itu. Ah, alangkah bahagianya kalau perempuan itu adalah aku. Bisik hati Sakura. Seronoknya bercinta, tapi entah bila si putera akan muncul dalam hidup aku ni. Sambil menunggang kuda putih dan membawa sejambak bunga untuk aku…hehe. Dah! Jangan nak berangan. Gertak hatinya sekaligus mematikan lamunannya. ‘Jangan lupa minta maaf sebab kau lambat tadi…’ bisik hati Sakura. Apabila semakin dekat dengan pasangan itu hati Sakura mula berdebar bimbang jika dimarahi kerana lambat hampir setengah jam. Sakura menundukkan wajahnya ‘Jangan lupa sembunyikan bunga tu. Pelanggan kita nak buat kejutan untuk teman wanitanya” tergiang pesanan Joo Shin ditelinga Sakura secepat mungkin dia menyembunyikan bunga tersebut.
***
Alunan muzik instrumental yang berkumandang menambahkan suasana romantik di Restaurant Suji’s seolah-olah memahami jiwa pasangan kekasih yang bersantai direstaurant tersebut. Hiasan dalaman yang moden dan elegan menambahkan lagi mood penggunjung untuk merehatkan minda sambil menikmati hidangan dengan tenang.
“I gembira dengan perubahan sikap you Ryan, sekarang you dah menepati masa. Kalau tak mesti I tertunggu-tunggu you datang.” Terdengar suara manja Jessy sambil membalas usapan lembut tangan Ryan.
“I dah janji nak berubah you jangan risau.” Balas Ryan tersenyum lembut. Lega Jessy tidak lagi memarahinya setelah penat dia memujuk.
Ryan melihat seseorang menghampirinya, melihat tulisan pada baju serta topi yang dipakai membuatkan Ryan tersenyum lega. Orang yang ditunggu akhirnya tiba walaupun dia sedikit geram kerana menunggu melebihi waktu yang dijanjikan.
Sebaik sahaja Sakura berdiri berhampiran meja mereka Ryan segera bingkas bangun.“I have something for you my dear.” Ucap Ryan lembut.
Jessy yang terkejut dengan pelakuan Ryan memerhati dengan penuh tanda tanya. Siapa budak ni? hatinya tertanya. Dia mula curiga pada Ryan.
Ryan menghulurkan tangan pada Sakura meminta bunga yang ditempah khas untuk Jessy. Sakura menghulurkan bunga itu lalu memandang lelaki itu tanpa rasa curiga. Sebaik sahaja mata mereka bertentangan Ryan dan Sakura terkedu. Wajah mereka berubah bengis peristiwa sebulan lalu kembali menerjah.
“What?! Plastic girl!” Ryan bersuara kasar. Mendengar perkataan itu membuatkan hati Sakura membara.
“Kau ni kenapa? Sesuka hati nak panggil aku plastik? Eh! buta ke? Muka aku ni ada macam patung yang jual tepi jalan ke!”jerkah Sakura meninggikan suaranya. Biadap betul lelaki ni. Bisik hatinya yang membara.
Ryan tersenyum sinis matanya merenung tajam pada Sakura “Patung kat tepi jalan tu lebih baik sikit dari kau yang memang hipokrit ni.” Sindir Ryan dalam nada yang pelahan namun cukup pedih ditelinga Sakura.
‘Apa masalah dia ni? Dah buta sangat ke? Tak nampak ke bunga yang aku bawak ni segar bugar!’ jerit Sakura dalam hatinya. Kalau ikutkan hatinya mahu sahaja dia hemburkan kata-kata itu pada Ryan. Namun mulutnya bagai terkunci sebaik sahaja terhidu bau wangian yang dipakai oleh lelaki itu. Baunya segar dan menyusup masuk ke dalam hatinya dan sekaligus membuat Sakura terleka seketika untuk menyerang musuhnya itu.
“So Flower in love ni kedai kau ke?” sambung Ryan lagi bersuara sinis.
Sakura membalas renungan lelaki itu, tidak dinafikan dia ni memang hensem tapi sombong tak ingat! Sempat lagi Sakura memuji kelebihan yang ada pada Ryan. “Tak sangka kau beli juga bunga kat kedai aku.” Perli Sakura sambil mencebik sengaja menyakitkan hati lelaki itu. Bunga ditangannya dihempas kasar didada Ryan.“Nah ambik bunga ni!” Sakura bersuara kasar ingin melangkah pergi.
“Hey!kau ambik balik bunga ni.” Marah Ryan lalu mencampakkan pada Sakura yang berada tidak jauh darinya. Dia tercabar dengan kata-kata sinis Sakura sebentar tadi. Bunga yang dicampak jatuh ke lantai terlerai kelopak bunga ros putih di merata tempat.
Sakura merenung Ryan dengan wajah yang cukup bengis. Lelaki ni dah melampau. Detik hatinya kedua tangannya sudah dikepal menjadi penumbuk ‘Nampaknya ada yang nak kena belasah ni! Jangan ingat muka kau yang hensem tu aku tak berani nak tumbuk!’ namun niatnya itu dimatikan sebaik sahaja melihat beberapa perkerja restaurant menuju ke arah mereka.
“It your’s” balas Sakura ingin melangkah pergi. “Loser!”sambung Sakura pelahan sambil menunjukkn isyarat tangan berbentuk ‘L’ pada Ryan. Tanpa menoleh ke kiri mahu pun kanan dia segera berlari. Bibinya tersenyum puas apabila melihat wajah Ryan yang masih tak puas hati terhadapnya. |
|
|
|
|
|
|
|
you go......go!!!
cant wait another episodes.... |
|
|
|
|
|
|
|
mau lagi ...versi malam x ade ke.... |
|
|
|
|
|
|
|
versi malam tak adala nella.. ni kat kedai mkn ni..baru selesai bersantap... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #78 Juliaesqa\ catat
salam kak julia...
heheh..
mao cre cepat neh..
akak ade letak cite ni kt blog kan..
leh kasi tk?....
pm kt asy.... |
|
|
|
|
|
|
|
best yerr
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|