|
The Pros and Cons hidup sebumbung dgn Mertua/ Ipar Duai....
[Copy link]
|
|
pp_gurl posted on 15-4-2013 01:48 PM
skrg ni dok serumah dgn adik ipar...mula2 mmg rasa ok..tp lelama aku rasa mcm nk mengamuk sbb pemala ...
sama macam aku, aku lak Sister In Law duk sekali k.. SIL aku blom kawin duk skali dengan aku tahap malas memang gaban la..
sekarang peragai makin menjadi-jadi, rumah jgn harap dia nak tolong aku kemas, aku yang dah memboyot ni la kena mengemas rumah sorang2x, dia balik umah mengangkang depan TV penat kekdah nyer. Kalau bab makan lagi la best aku kena hidang untuk dia sekali sebab aku hidang kan makan untuk suami aku.. Ada la satu hari aku sengaja tak basuh pinggan plus kuali yang aku masak kan, aku buat2x la letih lepas hidang sume aku chow masuk bilik rest. Dengar la bunyi orang mcm basuh pinggan, aku pun happy la kan mau jugak nak tolong aku. Tapi yang paling best esok pagi aku nak pegi kerja aku masuk dapur pinggan yang dibasuh pinggan dia ja, yang lain dibiar kan.. tension nyer la hai lepas ni aku nak masak utk aku jela agak2x boleh tak??
|
|
|
|
|
|
|
|
Sayamama posted on 15-4-2013 02:40 PM
me pernah ada pengalaman begini.... tapi bkn me menumpang umah PIL... tapi PIL duduk umah me sbb FIL ...
ni pon lebih kurang aku, kalau FIL aku mai mmg aku siap2x pening kepala pikir rupa apa la rumah aku sepanjang dorang ada kat sini. Kapal karam, tongkang pecah sume aku dah bayangkan. Kalau rumah aku ada 20 periuk semua pakai, tak kan basuh. Sisa makanan pon biar ja dalam periuk or kuali yang digunakan pastu guna yang lain pulak. Air tumpah ker pinggan apa ker selagi banyak kat umah tu dorang pakai ja tak kan basuh. Kalau makan buah, kulit buah, biji buah sume letak atas meja. boleh main ludah2x lagi dalam bekas2x buah tu.. Bila dorang balik nampak la kesan peninggalan harta2x dorang, makanan basi, pinggang, kuali,periuk, sampah sarap sume ada. Lepas dorang balik rumah aku pon jadi la macam rumah tinggal yang dah bertahun2x orang tak duduk... ahahhaha
|
|
|
|
|
|
|
|
greydove posted on 3-5-2013 02:21 PM
kalau bole jgn duk dgn mertua..duk berdikari, makan lauk jaws ke ikan bilis ke....tak kacau org lain ...
eh makan ikan bilis pun dah sedap tau..
kalau terer masak boleh buat sambal ikan bilis, makan dengan telur taruk bawang n cili merah, tumis dalam nasi goreng pun boleh atau goreng garing-garing, perasakan dengan garam dan bawang lagi sodap..
kesimpulannya kreativiti, dan kalau tak terer masak tu gugel je resipinya, good luck evribodi
|
|
|
|
|
|
|
|
Mil dok ngan kami. Yg lain2 tu ok. Takat dia bebel2 tu ok sbb mak aku bebel lagi berdarah telinga. Tp yg aku x bekenan dan penah jadi pergaduhan antara aku dgn mil ialah sbb dia suka masuk campur cara aku n laki aku didik anak aku. Aku ada dua anak tp dia mcm lebihkan anak sulung tu. Segala apa yg anak ku mintak dia bagi. So, satu hari tu anak aku yg sorang tu main keta kecik. Dtg anak ku yg dimanja neneknya tu pun nangis2 mintak keta yg adik dia main. Padahal dia pompuan. Aku cakap la itu adik punya sbb adik dia pun tak nak bagi kat kakak dia. Aku kata kat anak aku tu nanti aku belikan lain. Sementara tu godak2 la kotak toys diorang mana yg dia nak. Skali anak aku taknak. Meraong2 nangis2. Dtg mil aku ni tgh makan terus rampas kereta si kecik tu dan bagi kat kakak dia. Aku apalagi secara spontan menjenggilkan mata. Masa tu aku rasa segala yg aku tahan selama ni dah meledak. Aku pun ckp..jgn nak masuk campur sy didik anak. Biar sy ajar anak sy dgn cara saya. Pastu mil pun terjelepuk kat lantai dan nangis2 meraung2 join anak aku skali. Dia mengadu kat laki aku. Laki aku terus marah aku. Masa tu ayah aku pun ada mkn kat rumah aku. Dia pun marah2 aku tp takde la sampai tengking2. Terus dia ambik anak aku pujuk2. Mil aku pun baring kat pangkuan laki aku sambil meraong2. Pastu malam tu laki aku tido sofa luar. Brapa hari jugak la dia hantar aku kat rumah parents aku. Pastu aku ambik keputusan nak terus terang dgn semua benda n bagitau part mana aku x puas hati kat mak dia (terlalu manjakan cucu). Last2 dia pun faham. Aku dah pun mintak maaf kat mil aku. Mil aku pun kurangkan aktiviti terlalu manjakan anak pompuan aku tu. Tp aku rasa mil aku dah citer ngan biras2 aku semua pompuan. Sejak dr tu diorang mcm x mesra lagi dgn aku. Wallahualam. |
|
|
|
|
|
|
|
ganas ayat katak hijau..
mesti lepas nih ur mil dak berani nak campurtangan klu katak hijau ader.. |
|
|
|
|
|
|
|
For me....tak pernah ada heaven....helll forever....sbb mil aku suka mengumpat dan menjaja cerita orang...sbb tu aku malas nak ajak kengkawan or family aku datang rumah...nanti abis di jaja cerita ke jiran2...even kalau anak dia yg lain balik pun memasing akan bekumpyl dalam bilik mengumpat...aku ni yg tertongeng kat dapur buat itu ini...tapi cara aku handle lain...jangan ikut aku..aku hati keras....kuat menyindir balik dan selalu tunjuk kalau aku x puas hati...skarang ni nampak macam aku conquer everythg....nasiblah...ingat aku ni jenis yg...."baiklah ayah....baiklah mak..." Ker?....silap besar la....
Fyi aku pun malas nak ajak pil aku pegi jenjalan memana...sbb dah ada satu kes dia pg hantar jiran meminang...habis di umpatnya sampai rumah panas,kuih sikit....pun jadi bahan umpatan...
JANGAN IKUT CARA AKU...AKU JAHAT....TAPI KALAU KO IKUT......MESTI HIDUP KO AKAN LEBIH TENTERAM...
UNTUK LAYAN RUMAHTANGGA KITA KENA IKHLAS....ITU KUNCINYA....KALAU HAL PIL BUAT KITA RASA TAK IKHLAS...WE HAVE TO STANDUP...,,!!! |
|
|
|
|
|
|
|
aku ni tak pernah hidup sebumbung dgn mertua. jd mmg takde masalah.
ni aku nk citer ...baru2 ni adik ipar aku dgn bini dia @ biras aku yg duduk kt rumah mertua aku bercerai. dr sini baru aku kenal ada ipar2 aku yg mulut laser sebenarnya yg mana mmg aku tak tau sebelum ni. ipar2 aku dgn lantang brckp sesama sndiri kata perkara cerai ni dah biasa dlm kehidupan biras aku tu sbb ayah mak dan adik beradik prmpuan biras tu semua dah brcerai berai, semua mcm jenis tak baiklah sbb bercerai berai. ipar2 aku tu tak sedar yg mak diorang aka mak mertua aku tu pun janda anak 1 masa kawin dgn pak mertua aku tu. tak secara langsung diorang mcm mengata mak diorang jgk. sib baik msa tu mertua aku takde.
betullah bekas biras aku tu ckp kat aku sebelum dia keluar dr rumah tu 'akak tak duduk sama diorang, akak tak tahu diorang mcm mana mulut sorang2,pastu berwasap mengata saya'.
now aku dah kenal sikit2 warna sebenar ipar2 dan biras2 yg lain. aku ni tak tahulah dia kata apa wlaupun nmpak setakat ni baik je dgn aku...
|
|
|
|
|
|
|
|
Better duduk sendiri..biarlah rumah sempit xcukup kemudahan, janji hati happy dan byk privacy. |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun nak join juga, mslah aku ni komplikated sikit, sbb dtg dari aku juga...
aku rasa beter dok sendiri, tapi mslahnya skrng kami tak mampu nak duduk sendiri.
sbbnya suami gaji tak besar, dan aku x kerja, (sekrng tgah jenguk2 peluang biz kat uamh).
Pastu laki aku ni mcm tak nak pisah dgn mak ayah dia... best tau fmly (Pa n MA) laki aku ni... kalau anak2 nak minta tolong, akan d bntu, contohnya, msa laki aku bujng, n kena jga mlm, then lupa bwa baju salin (contoh la kan) dia call mak dia, nt mak dia tlng bw g tmpt kerja esok pagi, kalau aku jd gitu, maunya mak aku bebel kat aku, so dia ni kurng mandiri....
laki aku juga baik orngnya, aku syukur2 sangat, jadi fmly dia semua syg kat dia, jd dia ni kna layan mcm putera la juga, tu sbb dia taknak dok luar kot.... contoh la, dia nak beli smthng kat internet, dia minta tolong adik bungsu dia beli, dia tnggal byr je, lain2 urusan adik dia buat, hatta byr kereta pun mentua aku tolong bnk-in (duit dia la of coz)... kdg2 aku konfius, aku ni nasib baik ke kurng baik, ada mentua/IL yg sudi tolong anak sampai begini.... bagi aku ni umpama menyekat anak untuk berdikari dan hidup lebih matang.... SO KORNG RASA LA< AKU NI BERTUAH KE X DAPAT IL YG GINI?
tu serba sedikit pasal apa aku tak dok sendiri, skrng aku cari lubng tmbh pendapatan supaya aku boleh duduk sewa umah nanti... |
|
|
|
|
|
|
|
aku actually baru kawen, so aku rasa aku tak lyk sngat kot nak cakap hell or heaven dok ngn mentua,
aku kawen baru 6bulan, atas match make family, kenal dua bulan, tunng, n kawen dalam masa 6 buln tunang, sbb aku mmg tak suka nak kenal lama2 kalau betul2 nak kawen je...... buat tambah dosa je kwn lama2... tu pndpt peribadi aku....
sebagai seorng pengantin baru, dalam sebulan gitu la kan, apa korng rasa, kalau korng tahu korng bukan menantu yg pertama? laki aku, (laki mcm kasar lak, aku gnti suami la)... suami aku anak sulung, dan yg tolong dia beli2 brg kat internet tu anak bungsu... sebelum ni semua org ingt ko menantu sulung, last2 ko tahu ko bukan... aku sentap tau wei...... kalau ada yg tak sentap tu tahnia... anda mmg org yg sabar..... bila aku tnya suami dia tak nak ckap mulanya, dia suh tnya kat MIL aku. tp msa tu MIL aku xda, g lwat sedara kat Brunei. aku paksa2 juga dia bg tau last dia cite la...... rupanya fmly dia pun rmai xtau adik dia no.2 dah kawen siap ada anak lagi tu.... seorng je mkcknya tahu... (aku tak pasti yg lain, mgkin tahu, tapi buat2 xtahu).... so disini la aku start tahu, MIL aku ni nak semua org nampak dia perfect, anak2 dia perfect, padahal yg buruk disembunyikan.....
mslah aku pula, aku mmg tak masak kat umah mentua, nak kutuk aku kutuk la, aku mls nak msak, takut nanti semua tak betul d pndgn matanya... aku kan jenis cepat sentap, aku takut krg aku menjwb pula ke dia, dah la laki aku syg kat dia, takkan aku nak buat gitu kat org yg dia syg kan.... aku cuma bntu cuci2 pinggan je, kemas rumah biasa ipar aku bungsu tu buat, kalau aku kemas krng, susah pula dorng nak cari brng, sbb aku ni kalau kat umah mak pun kemas brg mmg org susah nak cari, selalu alih2 brg.... setakat vacum rumah aku boleh la......
aku jual kuih, daripada tak buat apa kat umah... boleh juga tmbh pndptn kan, aku ni pula jenis keras kepala, tak boleh d tegur, dan tak suka org tegur apa aku buat..... aku mudah rimas, masa mula2 nak buat kuih tu, asal aku g dapur belakang (rumh ni ada dua dapur baru tmbh) msti dia g pura2 cuci pinggan kat snki dpur lama, ape je la asal boleh tengok aku buat apa, nanti dia tnya la 'buat apa tu cat' sekali dua boleh la aku tahan, kalau dah setiap kali aku g sana d tegur, rimas tau.... ada sekali, aku g dapur belkng, dia mula la nak mencuci kan, aku ambil keledek (aku jual keria), ambil pisau pengupas (peeller) join laki aku tgok tv... dia pun berenti mencuci.... heheheh jahat tak aku...
aku dah tak kisah kalau mentua aku jaja cerita aku malas ke hape ke, aku tak kisah, sbb aku tahu perangai dia gitu, dan aku harap, fmily dia faham la perangai dia gitu...... sbb apa dia ckap semua betul bukan auta kan, hehehe.... cuma dia tak tahu knapa kita buat gitu je...... tapi aku mmg nak berubah, cuma risau tu la, aku mudah sentap, nanti dia tegur apa2 aku sentap pula....
kalau dok dgn MIL yg suka ambil pot segala bagai mmg akan stress mcm aku, tapi aku cuba fikir positif je, segala teguran aku andaikan nasihat (minda aku ckp la), walaupun mcm bunyi org yg sibuk nk tahu hal org (hati aku ckp)
contoh, baru ni dia tegur, jgn suka masak benda mahal2 (aku baru ni buat layer kek pndan utk besdy suami, mlngnya hodoh sbb aku belah senget kat tengah-dulu bnda ni jual RM40), aku andaikan mksudnya jgn bazir duit..... walaupun hati ku tersentap sbb bg ku itu cara aku gembirkn suami dan diriku juga....
rumah tu prnh terima tetamu, so aku tnggal la kuih aku jual utk tetamu kan... dia tegur, 'bnda ko jual, jgn tnggl bnyak,' so positifnya aku andaikan dia nak aku untung tak nak rugi, walaupun aku rasa tak salah niat nak sedekah..... Last edited by cat_miow on 28-11-2013 01:32 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
yg heaven nya kat IL aku ni, kalau nak minta tolong senang, contoh la, ada benda nak beli, boleh minta kirim kat IL aku, hehehe.... ye la kdg2 tu kan mls nak g bndar, nak fikir minyak lagi, kdg parking susah... dah dorng OTW p bndr tu boleh la minta tolong sikit... tapi jgn la kirim bnda yg tak bertepatan dgn usia dorng, kita pun pikir juga... contoh keledek 8kilo, kesian wooo IL nk angkat bnda tu, takat susu ke, tepung sebungkus, boleh la.....
aku paling suka kalau MIL aku ni cerita kebaikan org, mmg dia akn puji habis la, tak melampau2 (setakat ni la), tapi mslhnya kalau cerita keburukan org aduh... stress aku..... bab ni dia boleh percaya, kalau ko nak kenal org boleh tnya dia, dia baik ke, tak ke....tapi kna selidik2 la juga ek biasa la manusia ada bias sikit, aku pun gitu juga.....
MIL aku suka promosi kuih aku kat kwn2 dia hehehe, walau tak bnyk yg beli, tapi ok la tu..... tak pyh susah2 ....
aku baru baik kena cacar.... so muka ku ni ada la bekas2 luka kan, biasa la tu.... dia sibuk2 tnya kat adik dia nak pkai produk apa bg hilng bekas2 cacar..... aku relek je...... dia siap tolong beli lagi.....
apa2pun bagi aku, asal kita fikir positif insha Allah bnda ni boleh d harungi sebaiknya..... kena bnyk bersabar, dan berubah la utk kebaikan..... tak dapat berubah sekali gus, berubah sedikit2..... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau lelaki duk umh mentua, tu tak pe
sbb laki kalau terbangun lewat, xde sape sentap sbb xyh buat sarapan
balik keje xyh sebok2 diorg nk masak kan
dah terhidang
tp kalau ppuan duk umh mentua,
jgn lah nk perangai macam diva
xkn la ko basuh baju ko laki bini je kan? alang2 basuh baju mentua. tu xpe sbb tu keje mesin basuh
masak? penat2 balik keje xkn ko nk rehat goyang kaki. mesti nk ke dapo. goreng telo kicap pon jadi lah.
ade masa kite malasssss sgt nk berehat dgn stress kt opis, PMS lagi, tp malu la kt mentua.
pagi wiken nk bgn lambat pon xleh. kne wat sarapan. kalau kt umh sendri, sarap milo dgn biskot pon ok
yg paling bes kalau umh sendri, boleh lari2 anak bugil2 hehe |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kna mentua cerewet pyah wo.... cara ko cuci bju pun akan d persoalkan......
cara ko pkai minyak goreng pun akan d persoalkan...... kalau aku, aku boleh lagi fhm, cara org lain2, tapi ye la, kdg2 mak2 ni mana nak fhm bnda2 ni semua.....
aku sjak besar mmg cuci bju sndiri, sbb mak aku tak suka cara aku cuci..... tapi bab msk mak aku ok je..... sbb ye la cara aku msk ikut cara dia juga......
aku sokong, kalau umah sendiri best, nak bugil ke, nak berbikini ke, suka hati korg la......
p/s aku dah biasa kna kutuk bab masak ni, sbb dulu hsemte aku pun pelik cara aku masak.... oh HELOOOOO engko kalau serumah dgn org perancis kompom ko pun kna kutuk kaw2...... bagi aku cara masak ni tak ada betul dan salahnya, kecuali buat mknn seperti pastri, kek dan roti... yg salahnya, kalau kalau dietetik kata msk minyk bnyk gini mybbkn kolestrol..... tapi ko bntai juga tuang seplastik minyak masak smbal.... kompom SALAH ko, kalau ko masuk sepital sbb tnggi kolestrol.... huhuhu... |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah duduk sebulan..after kawen..macam HELL.... |
|
|
|
|
|
|
|
aku plak...
memang parents aku, parents in law aku, depa x nak anak2 dok skali dengan depa
atau depa dok dengan anak
banyak buruk dari baiknya...
so, sume dok sendiri2
bile cuti, balik kampung
tu je....
aku suke sebab aku ni jenis suke buat keje satu dalam satu masa
so, kalo org x paham, memang jadik gaduh la |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aku sekarang tengah rase both mertua dan ipar....mertua duk sekali dah sebulan lebih...mmg pahit banyak dari manis....aku jenis xreti nak pura2 kalu xsuke terus air muka berubah....mmg xbagus huhu...semlam aku n husbnd gaduh besar psl mertua...aku akui mmg salah aku xpi aku stress huhu...camna nak jadi redha dan anggap mertua mcm mak sendiri huhu.... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
my MIL & BIL ada kat umah saya.. dah 2 minggu... maybe lagi seminggu baru balik..
dan saya rasa sangat2 stress...
masalah saya dgn MIL jaaarang sgt sependapat. MIL saya plak selalu ulang2 cerita. sepuluh kali ulang pon dia xperasan kot. saya ni jenis cepat bosan.. cerita sekali dah la. kalu cerita best xpe gak.. ni asik2 cerita pasal sedara mara, jiran2 dia, jarang cerita yg elok2.. so saya malas nak dengar. tak sukaaa!
apa saya buat dua minggu ni balik kerja tenguk siapkan dinner, kalu MIL dah masak lagi bagus, saya terus naik atas tak turun2 dah.. sampai besok gi kerja. gitula rutin saya.
satu hari tu saya lepak2 kat atas as usual sambil pakai t-shirt n seluar paras lutut. ntah camno saya tertido depan tv. bila sedar MIL ada kat situ tgk tv gak. kat bawah ada je tv. so saya bangun n terus sambung tido dalam bilik.
esoknya saya saja lepak2 kat bawah plak tgk citer running man. biasala org korea mesti ada yg pakai suar pendek hot pants semer. tetiba MIL ni cakap doirg ni tak malu ke pakai seluar pendek ni semua? saya cakap ala.. org korea.. diorg memang xmalu. kalau malu sure tak pakai.
pastu dia kata.. eehh.. orang melayu pon ada tau pakai seluar pendek! tak malu ke???
OMG!!!! adakah my MIL tengah kutuk aku????
please la.. bukan saya pakai seluar paras lutut tu sambil catwalk depan dia ke, BIL ke, aku pon tau malu gak.. kalu depan BIL tu memang kena pakai tutup aurat.. masak pon pakai tudung. so bila dah sorang2 kat atas tu saya pakai la apa saya nak pakai!
tolooonggggggg!!!!
ni baru secebissss je kisah.
|
|
|
|
|
|
|
|
cikwawi posted on 13-1-2014 12:40 PM
my MIL & BIL ada kat umah saya.. dah 2 minggu... maybe lagi seminggu baru balik..
dan saya rasa s ...
Ur MIL same sepesen cam MIL saye..
suke cite bende tu berulang2 kali, bosann
Dala aku baru kawen setaun ni..da denga banyak kali cite die..xtaula kalau da 5-6 taun..brape banyak kali nak denga..arggh
Pastu sukala cerita pasal kak ipar aku tu..what? Nak banding2kan aku ng menantu die tu...oh please..xheran ok..
suke sangat ng menantu die tu..padahal kakak ipar |
|
|
|
|
|
|
|
MIL ko sepesen sejibik dgn MIL aku...
Suke cerita bende yg same berulang kali...
Ni baru setaun kawen...da denga banyak kali...argh...bosan |
|
|
|
|
|
|
|
toloonggg... MIL datang lagiii... |
|
|
|
|
|
|
| |
|