Zafril Hakimi memerhatikan setiap gerak geri gadis dihadapannya itu. Baru saja dia melabuhkan punggungnya di perpustakaan itu, diasudah terpesona dengan keindahan wajah gadis tersebut. Setakat ini belum pernah ada lagi gadis yang betul-betul dia berkenan selepas putus cinta dengankekasihnya dulu. Mungkin dulu hanya cinta monyet saja.
“Hoi ! Usha siapa tu bro?” sergah Laila. Teman baik Zafril dari sekolah lagi.
“Kau ni sibuklaa. Cantiknya dia…” puji Zafril sambil tersenyum. Matanya masih lagi terarah kepada gadis di hadapannya itu. Kelihatan gadis itu sedang sibuk menyiapkan tugasannya seorang diri. Memang takkan perasan ada orang yang sedang melihatnya.
“Mana??”
“Depan ni haaa. Kacaulah kau ni Laila” ujar Zafril lagi.Malas hendak melayan kerenah rakanya yang seorang ini.
“Ohh..itu Damia laa. Budak pendidikan matematik. Junior la”balas Laila sambil mengeluarkan laptopnya. Target dia mahu menyiapkan tugasanyang sudah menggunung akibat asyik bertangguh.
“Mana kau kenal dia beb? Adjustkan lah untuk aku..pleasee” rayu Zafril pula sambil tersengih. Hatinya kini sudah ditawan oleh Damia. Mungkin panahan cinta pandang pertama agaknya.
“Ala..Aku kenal lah. Budak tu satu blok dengan aku lah. Dah sekarang ni lupakan kejap angau kau tu..assignment kita ni tak siap lagi ni”Laila mengarah. Kalau dia layankan sekali perangai temannya itu sampai ke sudahtak siap kerja.
Zafril mencebik. Dia akui Laila memang tegas kalau dalammelakukan kerja. Tanpa melengahkan masa, dia terus memulakan kerjanya.
Damia menatap kertas putih itu berkali-kali. Pandangannya dialihkan pula ke laptop. Dia tersenyum. Akhirnya siap pun tugasan untuk dihantar esok hari. Hujung minggu nanti bolehlah dia pulang ke rumah dengan senang hati. Tak sabar untuk meluangkan masa bersama suami tercinta. Itulah rutin hidup Damia semenjak Nazirul berubah.
Senyuman Damia terhenti. Dia memicit kepalanya berkali-kali. Entah kenapa sejak kebelakangan ini dia asyik pening saja. Namun dia malas hendak melayan penyakitnya itu. Banyak lagi perkara yang perlu dia selesaikan.
Selesai mengemas barang-barangnya, dia merehatkan dirinyaseketika. Pandangannya dihalakan kedepan. Dia melihat dua orang yang sedangleka menyiapkan tugasan mereka. Mungkin kawan kelas Kak Laila kot, tak ubahmacam Ady Putra pelakon kat tv tulah.. gumamnya sendirian ketika melihat lelakidi sebelah Laila. Handsome !
Zafril yang perasan gadis dihadapannya sedang melihat ke arah mereka segera mengangkat muka. Inilah peluang untuk dia mencuba nasib. Senyuman manis dihadiahkan seiring dengan kenyitan di mata.
“Hai !”
Damia yang sedar dengan tindakan Zafril itu cepat-cepat mengalihkan pandangan. Dia isteri orang jadi tak manis untuk dia memandanglelaki lain. Tanpa menghiraukan lelaki itu, Damia lekas beredar dari situ. Rasabersalah pula kepada suaminya jika dia melayan lelaki lain.
Laila yang dari tadi memerhatikan gelagat mereka berdua tergelak. Geli hatinya apabila melihat Zafril langsung tak diendahkan oleh Damia.
“Kau ni Ril..poyolah. Damia tu tak layan lelaki sangat.Ramai nakkan dia tapi sorang pun dia tak layan” jelas Laila sambil tergelaklagi. Kali ini gelaknya diperlahan kerana orang lain sudah melihat ke arahnya.
“Yeke beb? Maksudnya aku takde chance la ye? Tapi tak salahmencuba kan” Zafril tak berputus asa. Entah kenapa dia tertarik dengan perwatakan gadis itu.
p/s : Happy tak entry kali ni.. Hehehe
Last edited by indah91 on 12-4-2013 11:28 AM
|