|
"Shila Tepati Pilihan Orang Tua Saya" – Johan As’ari
Pelakon Johan As’ari memberitahu hubungannya dengan penyanyi Shila Amzah mendapat restu daripada keluarganya malah pelakon ‘Juvana’ ini mengakui kedua ibu bapanya pernah meluahkan hasrat untuk merisik Shila bagi pihaknya.
“Ibu dan ayah saya pernah bertanya, jika saya berkenan dengan Shila, mereka mahu merisik dia. Ini kerana mereka memang suka sangat apabila tengok saya rapat dengan Shila. Mereka lihat Shila seorang wanita yang baik lebih-lebih lagi dengan penampilannya yang bertudung.
Orang tua saya nampak ciri-ciri wanita muslimah yang ada pada diri dia. Secara jujur, Shila memang sudah menepati pilihan hati orang tua saya. Namun apa-apapun, saya anggap soal merisik itu sekadar usikan antara ibu bapa dan anak sahaja,” ujar Johan ketika mengulas mengenai hubungannya dengan pelantun lagu, ‘Patah Seribu’ itu.
“Saya dengan Shila memang berkawan baik. Hubungan kami berlaku secara automatik dan saya hargai pertemuan ini. Apa yang datang, saya akan jaga dengan elok. Saya tak letak dia sebagai calon jodoh, namun saya tak menolak dengan siapa saja jodoh yang datang kepada saya. Lagipun, siapalah saya ini jika nak dibandingkan dengan Shila. Dia merupakan ikon Malaysia dan berjaya bawa Malaysia di mata dunia,” ujar Johan sambil memberitahu Shila memiliki ciri-ciri wanita yang dicarinya.
“Dalam Islam jika nak cari calon isteri, kita kena lihat pada empat perkara iaitu paras rupa cantik, berketurunan baik, harta dan juga agama. Bagi saya, Shila ada keempat-empat kriteria tersebut,” ujar Johan mengakhiri perbualan.
|
|
|
|
|
|
|
|
twinkystar: kalau betul pun apa salahnyerbetter la Johan daripada si shahnaz tu
shila ni taste dia semua anak Dato' |
|
|
|
|
|
|
|
Published: Isnin September 2, 2013 MYT 12:33:00 PM
Updated: Isnin September 2, 2013 MYT 12:46:41 PM
Johan As'ari Bertegas Hubungan Dengan Shila Amzah Sekadar Teman Biasa
Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI
Shila dan Johan menegaskan hubungan mereka hanya sekadar rakan biasa sahaja.
SUBANG JAYA: Pelakon Johan As'ari menegaskan dia tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dengan penyanyi yang sedang mencipta nama di Shanghai, China iaitu Shila Amzah seperti mana digembar-gemburkan sebelum ini.
Johan atau nama sebenarnya Johan Arrif As’ari, 27, berkata, kemesraan itu hanya sekadar teman biasa tambahan pula ibu-bapa mereka saling mengenali di antara satu sama lain.
"Tiada apa yang istimewa di antara kami kerana saya dan Shila hanya sekadar teman biasa dan tidak lebih daripada itu.
"Saya ada bertemu dengannya di beberapa buah majlis selain saya bertandang ke rumahnya untuk beraya dan dia pula membalas lawatan itu ke rumah saya dan ditemani oleh ibu kami.
"Keluarga kami saling mengenali antara satu sama lain sudah lama dan sering berjumpa tanpa kehadiran kami," jelasnya kepada mStar Online ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka WireFame Entertainment Sdn Bhd di sini pada malam Ahad.
Tambah Johan, berita itu mendapat perhatian disebabkan mereka tidak mempunyai sebarang komitmen dalam perhubungan selain status sebagai artis menyebabkan ramai membuat spekulasi.
Tentang perkhabaran dia bakal bertunang dengan seorang petugas stesen televisyen pada penghujung tahun ini, Johan berkata, ia cuma perancangannya dan hubungan dengan wanita dimaksudkan sekadar teman biasa.
Shila dan Johan bergambar kenang-kenangan bersama ibu masing-masing yang juga rapat sebagai kawan.
Jelas Johan, dia masih solo dan tidak mempunyai kekasih namun masih berharap dapat merealisasikan hasrat untuk bertunang.
"Saya memang merancang untuk bertunang pada akhir tahun ini tetapi siapakah wanita tersebut saya sendiri belum tahu. Ia cuma perancangan dan saya berharap ia akan terlaksana," katanya.
Johan menambah, isu kononnya Shila menjadi perampas dalam hubungannya dengan wanita berkenaan adalah tidak benar sama sekali dan berharap soal itu tidak dibangkitkan lagi.
"Saya faham orang cuba menyalahkan Shila dengan mengatakan dia perampas hanya kerana kami rapat sebagai kawan tetapi isu itu tidak timbul kerana saya dan wanita berkenaan juga hanya rakan biasa.
"Kenyataan saya ingin bertunang hujung tahun ini bukan bermakna saya akan bertunang dengan wanita berkenaan kerana saya sendiri belum tahu siapa jodoh saya," katanya.
Sementara itu, Shila yang turut ditemui pada majlis sama turut senada dengan Johan dan menegaskan hubungan mereka tidak lebih daripada sekadar rakan biasa.
Jelas Shila, buat masa ini dia langsung tidak memikirkan soal cinta kerana ingin menumpukan perhatian penuh kepada kerjayanya yang sedang berkembang di China.
"Seperti mana saya pernah beritahu sebelum ini, saya serahkan jodoh kepada Allah. Jika jodoh saya sudah sampai dan orang itu pula masuk meminang saya terima.
"Tetapi biarlah orang yang merisik itu di kalangan orang yang saya kenali dan direstui oleh ibu bapa saya," katanya.
Credits: mstar.com.my
Last edited by achik2009 on 2-9-2013 02:24 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
johan2..abis semua ko nak rasa.. |
|
|
|
|
|
|
|
achik2009 posted on 2-9-2013 02:23 PM
Published: Isnin September 2, 2013 MYT 12:33:00 PM
Updated: Isnin September 2, 2013 MYT 12:46:41 PM ...
gua ckp shila ada tepati ciri yg dia nk
mak ayah dia tnya nk risik shila ke x
yg my star tulis lain
|
|
|
|
|
|
|
|
miawpink posted on 2-9-2013 02:25 PM
gua ckp shila ada tepati ciri yg dia nk
mak ayah dia tnya nk risik shila ke x
kann?...adakah itu semua citer propa reputz sendiri mcm kes misha omar?... |
|
|
|
|
|
|
|
achik2009 posted on 2-9-2013 02:38 PM
tu la pasal....nampak sgt dorg tipu...
takpe...kita tggu nak lihat...apa komen tuan b ...
hahaha kita tunggu je la
|
|
|
|
|
|
|
|
achik2009 posted on 2-9-2013 02:52 PM
NurShahilaAmirAmzah ‏@Shilaamzah 31 Aug
Sama ada Johan atau naib Johan atau tempat ketig ...
memalu la tu...
mang ngan johan la ni
tunnggu depa tunang ke x akhir thn ni
|
|
|
|
|
|
|
|
pandai shila ni menangkap hanak datok asaari eh...aritu si sanas ank tan sri basir ahmad putos pulokk..
kawan aku yg bkeje sbgao krew event retis kt sbuah stesen tv cite sbnarmye dlm diam sanas ni maseh mengontek shila snyap2 tapi shila lyn x lyn c sanas tu... |
|
|
|
|
|
|
|
ok jer kot dr sharnaz 2..huhu |
|
|
|
|
|
|
|
ku tunggu benang ni kua.. akhirnye... ada jua... hahahahah
klo dgr lagu yg shila cipta utk nanas, msti rs nk tgelak...
bru bberapa bln lps tulis lagu "takkan ada penggantimu bla bla blaa...."
tp ok je klo depa nie jadik.... hihi |
|
|
|
|
|
|
|
Ok kot shila dgn johan. suka keduanya.
lagu masih aku cinta tu sedap jugak. suka mainan suara shila. |
|
|
|
|
|
|
|
harisbee posted on 2-9-2013 12:02 AM
ok jer...si sheila hamzah dlm melodi tadi..tak der la menggeletis sgt..korang kot yg menggeletis ter ...
ntahnye..ok jek aku tgk...dengki sgt la...
|
|
|
|
|
|
|
|
ok je kalo shila nk proceed dgn johan..padan gak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Elok gak dapat Botak dr dapat Lan Todak... hahaha... Johan pon nmpk ok ngn Shila compare to Kupu2 Malam tu. (Si Nabila Huda). |
|
|
|
|
|
|
| |
|