[size=0.9em]Melaka: Pengarah Urusan Smart Partnership International (M) Sdn Bhd Mohammad Foad Khushairy Mohd Said menafikan dakwaan kononnya dua syiling yang ditemui di Pulau Nangka pada minggu lalu sengaja diletakkan pihaknya bagi menyambung kontrak pencarian harta karun di pulau itu.
[size=0.9em]Menurutnya, dakwaan itu ternyata tidak benar kerana syiling terbabit memang ditemui ketika kerja mencari harta karun itu dijalankan.
[size=0.9em]“Syiling itu memang ditemui ketika kerja menebuk dinding batu dilakukan.
[size=0.9em]Sebaik ditemui, kami terus menyerahkannya kepada Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) untuk kajian bagi membuktikan kesahihannya,” katanya.
[size=0.9em]Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pulau Nangka selepas menerima kunjungan Pasukan Polis Marin Wilayah 2, semalam.
Turut hadir, Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang.
[size=0.9em]Mohammad Foad Khushairy berkata, pihaknya sudah mengeluarkan sebahagian bongkah batu seberat 15 tan termasuk bongkah batu seberat dua tan sepanjang 2.5 meter yang dikeluarkan jam 11 malam, kelmarin.
[size=0.9em]“Baki 3.5 meter seberat tiga tan akan dikeluarkan dalam tempoh dua hari lagi sebelum menembusi pintu gua.
[size=0.9em]“Kami terpaksa mengeluarkan sebahagian daripada bongkah batu itu bagi memudahkan kerja-kerja mengeluarkan baki bongkah batu yang akan dilakukan dalam tempoh dua hari ini,” katanya.
[size=0.9em]Sementara itu, Paul berkata, pihaknya sentiasa memantau kawasan sekitar pulau berkenaan bagi memastikan keselamatan dan proses mencari harta karun berjalan lancar.
[size=0.9em]“Pada masa sama, anggota Polis Marin akan sentiasa menghubungi pihak syarikat bagi mengetahui perkembangan ketika proses pencarian itu,” katanya.
[size=0.9em]Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam, Pengangkutan dan Pemulihan Projek negeri Datuk Abdul Ghafaar Atan mengesahkan penyebaran gambar jongkong emas, peti besi dan syiling emas yang didakwa ditemui di Pulau Nangka di media sosial adalah palsu.
[size=0.9em]BONGKAH yang digerudi sebelum pintu gua ditembusi.