CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: maxim

Intan Terlalu Cepat Temui Pengganti Baru – Kamal Adli

[Copy link]
Post time 3-12-2014 12:28 PM | Show all posts
bertabahlah kamal. Moga bertemu jodoh yg lebih sepadan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2014 12:36 PM | Show all posts
eh eh eh..ko nk slhkn org lain lak sbb dh ada pganti..mcm ko tu suci dlm debu sgt...

aku, kalo jd intan..sbb putus sblm ni sbb tkde rasa tanggung jwb..memg aku akan cari yg lain..
lain la kalo putus sbb tkde restu org tu..tu baru rasa fefeeling jiwang..


Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2014 12:37 PM | Show all posts
sudah2 la kamal
naik muntah dah baca statement sedu sedan ko

bikin malu laaa....lu diam2 je dah la
ko x reti2 ke klu dah bukan jodoh
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2014 12:48 PM | Show all posts
yuyoi posted on 3-12-2014 11:15 AM
6 tahun ok dia tunggu ko. umur dia dah berapa. xkan nak tunggu lagi 6 tahun baru boleh move on cari  ...

kalau bf baru dia, kata le tak jadi ngan si Intan
mana le tahu, mmg jodoh ko ngan Intan, Kamal....tu kira ok la
doa2 le yek
hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2014 12:53 PM | Show all posts
Lama jugak Intan tu menunggu..sayangnya..ruginya..he..he
In Shaa Allah, Allah nak temukan dengan jodoh yang lebih sesuai. Sabar je.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2014 12:58 PM | Show all posts
served him well... ingat 6 tahun tu kejap.... ingat intan makin lama makin muda... puiiihhh....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2014 01:04 PM | Show all posts
Lenkali ko carik gf tak hot... Baru susah sket nak tinggal ko...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2014 01:05 PM | Show all posts
2 la cari awek high matainance.. rase la kalu hantaran mahal..
pompuan plk x sanggup tunggu lame2
umo pon dh meningkat naik..
nasib ko la kamal..
awal2 x nk ajak tunang..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2014 01:13 PM | Show all posts
Giler kau..
dpt yg berharta..
takkan nk stay lagi dgn mamat papa..
penah Kamal adli bawak ke Venice utk dating?
Takat mamak taman dato harun tu je..
Tu pn sbb dkt dgn mig..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2014 01:20 PM | Show all posts
sweet muka bf baru intan...
aku pun nakkkkkkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2014 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahai bang kamal...sudah2 laa mengkompang cerita ko tu..Makin bnyk ko ckp mkn nmpk keloseran ko tu. Intan kena buat apa yg dia patut buat. Intan blah Dr rship yg x brp promising tuh..n move on. Apa kata ko move on jer..drp idup meroyan x sudah2 smpi mati. Habis tu klu ko dah meratib kt public..ko ingat intan nk balik kt kau ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2014 01:44 PM | Show all posts

Kamal Adli Terkilan Liyana Jasmay Temukan Intan Ladyana Kekasih Baharu
[size=0.688em]Diterbitkan: Rabu, 3 Disember 2014 12:32 AM

[size=0.75em]Kamal mengakui terkejut apabila mendapat tahu Intan kini sedang berkawan dengan seorang jejaka yang diperkenalkan oleh aktres Liyana Jasmay.

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Kamal Adli terkejut selepas mendapat tahu aktres Intan Ladyana sudah menemui pengganti selepas tiga bulan hubungan cinta mereka putus iaitu pada akhir Ramadan lalu.

Kamal, 28, berkata, dia mendapat tahu perkara itu apabila pengikut di Instagram Intan meletakkan tanda 'tagged' gambar pelakon itu dengan seorang lelaki di akaun laman sosial miliknya.

"Saya masih dalam proses memulihkan perasaan daripada terus merindui Intan tetapi saya benar-benar terkejut apabila seorang peminat telah "tagged" gambar Intan bersama teman-teman termasuk seorang lelaki ketika percutian mereka di Venice.

"Saya tidak menyangka dalam masa terdekat ini dia sudah boleh meneruskan hidupnya dengan orang lain," katanya kepada mStar Online.

Kamal ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri #Antidot di Sri Pentas, Bandar Utama di sini pada Selasa.

[size=0.75em]Kamal dan Intan menyulam cinta selama enam tahun.





Terdahulu mStar Online pada Isnin menyiarkan pengakuan teman baik Intan iaitu Liyana Jasmay yang mendedahkan telah memperkenalkan Intan dengan seorang pemuda iaitu teman kepada suaminya.

Namun Liyana menafikan dia menjadi punca keretakan hubungan Intan dan Kamal kerana pertemuan wanita itu dengan individu berkenaan berlaku selepas pasangan tersebut putus cinta.

Dalam pada itu, Kamal mendedahkan sebelum mendapat tahu Intan sudah menemui pengganti, dia masih menghantar mesej kepadanya hampir setiap hari kerana mahu memujuk biarpun tidak pernah dibalas.

Bagaimanapun kata Kamal, dia berhenti daripada terus menghantar mesej selepas menyedari kedudukannya selain mahu menghormati privasi kehidupan Intan.

"Saya cuba perbetulkan keadaan tetapi semakin lama kami semakin jauh... jadi sudah tiba masanya saya perlu lupakan dia. Bukan mudah kerana sepanjang enam tahun kami bercinta saya bahagia bersama dia. Mungkin sudah tertulis dia bukan jodoh saya," jelasnya.
[size=0.75em]Lelaki (berbaju kotak) di sebelah Intan dikaitkan dengan Intan ketika ini.



Sementara itu, Kamal memberitahu dia terkejut apabila mendapat tahu intan mengenali lelaki berkenaan melalui rakan baiknya sendiri iaitu Liyana Jasmay.

Jelas Kamal, biarpun terasa hati dengan tindakan Liyana itu namun dia yakin niat aktres itu baik untuk melihat Intan gembira dan bahagia.

"Terus terang saya terkejut kerana Liyana rakan baik saya dan ada bermain dalam fikiran saya mengapa dia sanggup buat begitu ketika saya sedang berusaha memenangi hati Intan.

"Tetapi saya tidak salahkan Liyana kerana saya tahu dia berniat baik dan sebab itu saya tidak mahu berusaha lagi kerana enggan merosakkan kebahagiaan Intan sekarang," katanya.

Dalam perkembangan lain, bercakap mengenai #Antidot, Kamal memberitahu dia teruja menjayakan drama bersiri itu yang menampilkan jalan cerita berbeza mengenai  serangan virus sehingga menimbulkan kekecohan dalam masyarakat.

Malah kata Kamal, bekerja di bawah arahan Kabir Bhatia juga memberinya banyak input tentang selok belok produksi dan gaya pengarahan yang baik.

"Drama bersiri ini sangat menarik dan Kabir bersama penulis skrip berjaya menampilkan sebuah karya yang berbeza daripada drama aksi sedia ada.

"Pengalaman yang saya dapat kutip daripada #Antidot juga cukup banyak tambahan pula Kabir seorang pengarah berkaliber," katanya.

Tambah Kamal, selain #Antidot dia kini sedang sibuk dilokasi penggambaran drama bersiri Pergilah Airmata untuk siaran RTM sebanyak 28 episod.

Selain Kamal drama ini turut menampilkan barisan pelakon seperti Remy Ishak, Nad Zainal, Nabil Huda dan Shahriza Mahmud.

Ia bakal bersiaran menerusi slot Aksi (TV3) bermula 9 Disember ini pada setiap hari Selasa pada pukul 10 malam.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2014 01:46 PM | Show all posts
tak ensem boipren baru intan.

tapi mungkin ada kewangan kukuh.

boleh dah kawen, bina keluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2014 01:48 PM | Show all posts
Liyana Jasmay Mengaku Kenalkan Pemuda Kepada Intan Ladyana
Diterbitkan: Selasa, 2 Disember 2014 1:17 PM
Oleh: MOHD AL QAYUM AZIZI
[email protected]

Liyana Jasmay terkejut dikatakan sebagai antara punca perpisahan aktres Intan Ladyana dan Kamal Adli.
   
PETALING JAYA: Aktres Liyana Jasmay menyangkal dakwaan kononnya dia menjadi punca kehancuran hubungan cinta Intan Ladyana dan Kamal Adli selepas dia memperkenalkan seorang lelaki kepada wanita itu.

Liyana, 25, menegaskan dia memperkenalkan individu yang dimaksudkan kepada Intan hanya selepas hubungan pasangan berkenaan putus.

Malah Liyana Jasmay juga tidak melihat ia sebagai satu kesalahan kerana Intan tidak lagi mempunyai ikatan dengan Kamal.

"Pemuda tersebut rakan kepada suami saya dan tidak ada salahnya saya memperkenalkan dia kepada Intan kerana Intan pun sudah kembali solo.

"Bagaimanapun tujuan saya itu bukan hendak menjodohkan mereka tetapi hanya sekadar mahu mereka berkawan sahaja dan tiada kena mengena dengan soal percintaan Kamal dan Intan sebelum ini," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Selasa.

Lelaki (berbaju kotak) di sebelah Intan dikaitkan dengan Intan ketika ini.

Intan dan Kamal sebelum ini bercinta selama enam tahun namun hubungan mereka putus pada akhir Ramadan lalu.

Aktres itu dikatakan sudah bosan kerana Kamal dilihat tidak serius untuk meneruskan cinta mereka ke fasa seterusnya iaitu perkahwinan.

Bagaimanapun Intan sebelum ini  menafikan laporan dia sedang bercinta dengan seorang pemuda selepas kehancuran cintanya dengan Kamal.

Dalam pada itu, Liyana berkata, dia tidak pernah mencampuri sebarang urusan peribadi rakan baiknya itu kerana merasakan tidak manis berbuat demikian.

Malah katanya, sejauh mana hubungan Intan dengan rakan suaminya itu adalah terpulang kepada wanita tersebut kerana soal hati dan perasaan bukan sesuatu yang boleh dipaksa.

"Perjumpaan Intan dan pemuda berkenaan tidak lebih sebagai seorang rakan. Selebihnya itu terpulang kepada Intan dan sebagai seorang kawan baik saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk dia," jelasnya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2014 01:50 PM | Show all posts
tunggu sampai 6 tahun???anak sedara aku kawin dah 6 tahun anak 3 org dah
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2014 02:00 PM | Show all posts
lama betol bercinta ... bosan dah kot si intan, buang masa agaknya. usia makin meningkat ... bukan makin muda ... makin tua ada la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2014 02:03 PM | Show all posts
Tahniah Intan!!
Bila bercinta, kau kenal lelaki macammana yang boleh di buat laki.
Pilihan terletak kat tangan kitakan..

Belum Kahwin adik kemal ni nampak selekeh dan tak menjaga imej.
agak serabut untuk di jadikan laki, even dia tau dia Hero dlm drama dan filem, Imej pun hancuss..

nampak pemalas dan tak terurus.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2014 02:05 PM | Show all posts
jadi intan kena mintak restu dulu kt ko sebelum nk berboipren baru??
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2014 02:13 PM | Show all posts
sepitsiput posted on 3-12-2014 12:15 PM
bosan aku dgn dia ni... selain nad zainal, heols ni retis bermasalah!

pepoyoo gitu dia kan... ke masalah macam mana akak maksudkan..bkurun n banyak kali org duk tnye bila nk kawen ...dia duk ckp xde plan...jawapan pon ckp dgn seriusnya takde plan...ujung2 nk putus tu baru kuar ada plan...hmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2014 02:14 PM | Show all posts
shachihata33 posted on 3-12-2014 11:33 AM
Ini memang lawak

sibuk kemal nk mention Liyana Jasmay yg inform kt dia....padahal liyana  ...

mana gambar bf baru..tempek tempek plzzz
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54341 Replies : 19
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54404 Replies : 3
'Tak takut ke esok Allah hisab?', tukang landskap pula 'expose' perangai Che Ta (tapi kat media cakap kontraktor yang banyak tipu dia)
maklukpenggoda'Tak takut ke esok Allah hisab?'
Views : 24399 Replies : 73
Tengku Zafrul masuk PKR.Ahmad Zahid tak terima sebarang pemakluman keluar Umno
AbahmungTengku Zafrul masuk PKR.Ahmad Zahid tak
Views : 8991 Replies : 5
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 51978 Replies : 910
Ringgit lebih kukuh, inflasi kekal terkawal isyarat positif ekonomi Malaysia
AbahmungRinggit lebih kukuh, inflasi kekal terka
Views : 9321 Replies : 4
THE ORDER
SY_MumiTHE ORDER
Views : 505 Replies : 0
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 280058 Replies : 8207
The Fiery Priest Season 2 = 8 Nov 2024 -DisneyHotstar
ismahaThe Fiery Priest Season 2 = 8 Nov 2024 -
Views : 82214 Replies : 719
Nek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1 juta!
PrickfordNek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1
Views : 30484 Replies : 610

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 07:07 PM GMT+8 , Processed in 0.058809 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list