|
Setengah jam kemudian..
Raisya masih setia duduk di bangku depan wad kecemasan tersebut manakala ayahnya berada di surau.
Sedang asyik dia membelek facebook di handphonenya, dia ternampak bayang-bayang yang semakin menghampiri dirinya. Terus didongak kepala lalu wajah Mukriz berada di hadapannya.
“Eh, Encik..” Raisya berdiri.
“Layla masih kat dalam?”
“A’ah.”
“Ayah mana?”
“Surau.”
“Owh.”
“Ermm..macam mana Encik tahu saya kat sini?”
“Ikut kata hati.” Selamba Mukriz jawab.
“Eh, yeke? Yelah tu..” bisik hati Raisya sambil cuba tersenyum memandang bosnya.
“Harap Layla tak apa-apa.” Ucap Mukriz memberi Raisya kekuatan.
“Assalammualaikum.”
Raisya dan Mukriz toleh ke kanan.
“Waalaikummussalam.” Mukriz dan Haji Azman berjabat tangan.
Kemudian dengan tiba-tiba perasaan sebak datang melanda diri Haji Azman. Mukriz terus menarik tubuh lelaki tua itu lalu memeluk dengan erat sekali. Haji Azman seperti arwah ayahnya. Lelaki yang tabah dan kuat semangat!
“Sabar, pakcik. Setiap orang pasti akan melalui ujian. Cuma ujian setiap manusia berlainan. Kuatkan semangat.” Bisik Mukriz ke telinga Haji Azman.
Raisya hanya diam. Bahu Haji Azman ditepuk manja.
“Saya datang kejap je ni. Lepas ni nak ke Klang, meeting.” Kata Mukriz sambil memasukkan tangan sebelahnya ke dalam poket.
“Meeting tu bukan postpone ke, Encik?”
“Tadi PA Dato Khairi call. Dia cakap jadi plak meeting tu.”
“Owh. Nak saya ikut sekali?”
“Eh, tak pe. Razak ada. Dia akan ikut saya.”
“Owh, ok. Thank you, Encik.”
Mukriz hangguk sambil tersenyum.
“Saya gerak dulu la.”
“Err, Encik. Kalau lambat, saya ambil cuti terus la hari ni.”
“Ok. Take care.”
“Trima kasih sekali lagi.”
Mukriz berjabat tangan dengan Haji Azman lalu terus berlalu pergi. Haji Azman memandang anak sulungnya itu.
“Bertuah kamu kalau jadi isteri dia, Raisya.”
“Mana ayah tahu? Entah-entah kawin esok, habis dilibasnya Sya. Mampus!!!”
“Ada-ada ja kamu tu bila ayah sebut nama dia.”
Raisya cuba mengawal perasaan malunya.
*************************
Harraz menyiapkan diri. Dia berlari anak menuju ke ruang tamu. Kelihatan Karim sedang berehat di sofa sambil menonton tv.
“Karim, aku nak pi keja ni. Hang buatlah rumah ni macam rumah hang naa.. Eh, bila hang nak pi rumah pak su hang tu?”
Karim datang ke Kuala Lumpur untuk hantar kad kahwin pada paksu nya.
“Tengoklah sat gi. Sepupu aku si Aril tu kata nak mai amik aku kat sini pukoi 3 kot.”
“Elok lah tu. Aku pi dulu.”
“Ok.”
Karim memandang Harraz.
“Nampak macam kalut ja hang ni.” Tegur Karim lalu bangun melihat Harraz menghidupkan enjin motor.
“Kalut? Besa ja.”
“Wei, hang balik koi brapa?”
“Lewat. Hang jangan tunggu aku plak. Aku gerak dulu.”
“Yelah.”
Harraz meluncur laju ke jalan raya menuju ke hotel.
*************************
Beberapa jam kemudian, Layla ditolak masuk ke wad biasa. Dia keguguran dan di dalam pemantauan doktor untuk beberapa hari dalam minggu ini.
Layla masih lemah.
“Ayah, kalau ayah letih Raisya hantar ayah balik dulu la. Angah biar Sya yang jaga.”
“Yelah. Tapi Sya tunggu je lah kat sini. Ayah balik dengan teksi. Lepas ayah ambil Adam, ayah datang sini.”
“Ok. Elok-elok, ayah.”
Raisya mengucup tangan ayahnya. Setelah Haji Azman pergi, Raisya duduk bersebelahan adiknya. Diusap tangan mulus Layla itu.
“Kuatkan semangat, angah. Ayah dan Along tak putus doa untuk angah.”
Raisya menghantar mesej pada Mukriz bahawa dia mengambil cuti pada hari tersebut untuk jaga Layla.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pada malam itu..
Layla dah sedar. Dia sudah boleh berjalan, makan dan ke tandas sendirian. Kuat semangat jugak! Waktu melawat sehingga jam 7 malam sahaja. Nak tak nak memang dia kena kuat buat semua dengan sendiri pada malam tersebut.
Sedih tetap sedih kerana anak yang tak berdosa itu akhirnya gugur. Tiada lagi benih Nazim di dalam perutnya. Airmata mengalir tetapi dengan cepat dia mengesat. Dia tak mahu lagi fikirkan hal itu. Dia mesti kena teruskan hidup menempuh hari yang mendatang.
Tetapi, dalam masa yang sama, emosinya masih belum stabil. Kadang-kadang datang perasaan marah, benci, geram apabila terbayang akan wajah Nazim dan kakaknya, Raisya.
*************************
Raisya teman Adam sehingga Adam selesai buat kerja sekolah. Adam dah berapa kali dah menguap. Namun di paksa Raisya sampai habis buat kerja sekolah.
“Sya..”
“Ya, ayah.”
Haji Azman yang baru keluar dari bilik itu duduk di kerusi rotan yang satu-satunya di ruang tamu tersebut.
“Ayah harap Layla kuat.”
“Sya pun harap macam tu, ayah.”
“Along.. dah habis!” kata Adam dan terus menyimpan semua bukunya di dalam beg.
“Laju betul.”
“Ngantok..” rengek Adam sambil memuncungkan mulutnya.
Raisya tersenyum lalu memeluk Adam.
“Dah, pegi tido.”
“Slamat malam Along.. ayah..” Adam mengucup tangan ayah dan alongnya.
“Ok. Slamat malam.”
Adam masuk ke dalam bilik ayahnya. Adam memang dari kecil tidur dengan ayahnya.
“Ayah nak air tak?”
“Kopi O dah la.”
“Ok.” Raisya bangun lalu menuju ke dapur manakala Haji Azman menukar channel ke TV Al-Hijrah.
Beberapa minit kemudian Raisya datang dengan membawa secawan kopi O seperti yang dipesan.
“Kopi, ayah.”
“Terima kasih.”
Raisya duduk bersila bersebelahan kerusi rotan ayahnya.
“Ayah..”panggil Raisya sambil matanya masih fokus pada tv.
“Hmm.”
“Macam mana kalau angah masih tak berubah?”
“Maksud Sya?”
“Tak la.. Sya takut angah akan ulangi lagi benda yang tak baik tu.”
“Dia kan dah janji.”
“Harap dia pegang janji la.”
“Tak baik berfikiran tak baik pada orang lain. Doa kan lebih baik?”
“Ye.. tahu. Harap angah betul-betul berubah.”
“Insyaallah. Kita sama-sama bantu angah untuk berubah.”
“Baik bos!”
“Jangan nak baik sangat! Kamu tu, bila nak buat kenduri? Jangan tunggu lama-lama.”
“Adeh ayah ni.. takkan Sya plak nak masuk meminang dia?”
“Tak salah.”
“Eeee.. tak nak lah.” Raisya terus bangun lalu berjalan masuk ke dalam bilik.
“Haha.. sebut ja nama dia terus nak elak.” Haji Azman menggelengkan kepalanya apabila sengaja mengusik anak sulungnya itu.
*************************
Jam menunjukkan pukul 10.30 malam.
Enjin motor Harraz kedengaran kuat di halaman rumah. Karim dan Haikal sedang lepak menonton tv sambil mengunyah kacang.
“Dah balik dah tu.” Kata Haikal yang sebelum itu telah meluahkan beberapa hal mengenai Harraz sejak kebelakangan ini pada Karim.
Harraz masuk ke dalam rumah dengan perasaan kecewa. Jacket kulitnya di baling ke sofa. Nasib baik tak kena Haikal yang sedang baring di situ.
“Kau apehal ni?” marah Haikal lalu sambung mengunyah kacang.
“Aku tunggu perempuan tu petang tadi. Boleh plak dia tak mai keja.”
Karim dan Haikal mula buat mimik muka yang pelik dan hairan. Harraz duduk di sebelah Karim sambil mata masih pandang tv dengan pandangan yang kosong.
“Dia tak tahu ke aku rindu dia?” kata Harraz sendirian sambil diperhatikan Haikal dan Karim.
“Harraz..”panggil Karim yang duduk rapat sebelah Harraz itu.
“Apa?”
“Hang kata kat aku ada benda hang nak crita kat aku kan?”
“Haa.. ada.”
Harraz terus pandang Karim. Haikal masih diam membisu, pasang telinga luas-luas sambil makan kacang.
“Aku berkenan kat sorang pompuan ni. Segak wei!”
Karim diam. Mereka berdua masih bertentangan mata. Macam mana harus Karim susun ayat agar Harraz tidak terasa hati?
“Awat hang tengok aku lagu tu? Ada yang tak kena?”
“Memang ada yang tak kena pun.”
Harraz mengerutkan dahinya.
“Aku tak paham.”
“Macam ni. Yang aku tahu la kan, hang ni susah nak rasa perasaan cinta. Tambah-tambah hang baru break.”
Harraz mula buat muka tidak puas hati.
“Aku rasa tu bukan perasaan cinta.”sambung Karim.
Harraz terus bangun.
“Hang sapa nak tentukan perasaan aku?!” Harraz mula memberontak.
“Jangan aniaya anak orang, Harraz.”
“Aku suka dekat dia!”
“Tak. Hang hanya nak ubati kesunyian hati hang saja. Hang tak cinta pun pompuan tu.”
Harraz menahan marah. Bergetar seluruh tubuhnya.
“Harraz yang aku kenai bukan macam ni. Harraz yang aku kenai susah nak jatuh hati, susah nak jatuh cinta. Sekarang ni hang tengah bermain dengan perasaan hang. Hang masih sakit dengan cinta Marissa.” Karim meluahkan isi hatinya.
Harraz mula mengangkat tangan untuk menumbuk muka Karim. Haikal yang dari tadi diam memerhati terus bangun dan menarik tubuh Harraz.
“Biaq ja dia nak tumbuk muka aku, Haikal. Kalu itu buat dia puas hati. Yang penting aku dapat luah apa aku rasa. Aku rasa lebih baik hang lupakan perempuan tu, Harraz. Tenangkan hati dan fikiran hang. Jangan ikut sangat perasaan yang tengah cuba menipu hang tu!” sambung Karim.
“Heh!” Harraz terus berjalan laju masuk ke dalam biliknya.
Karim menarik nafas lega kerana selesai apa yang perlu dia cakapkan pada sahabat baiknya itu.
“Risau plak aku tengok si Harraz tu.” Ujar Karim sambil menggelengkan kepalanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Harraz masih berdiri di sebalik pintu biliknya. Nafasnya masih turun naik menahan geram dan marah atas kata-kata Karim.
Sebenarnya memang betul kata Karim. Dia tengah bermain dengan perasaannya. Dia masih marah akan perbuatan Marissa tetapi Raisya menjadi mangsanya. Dia rasa Raisya itu bayangan bagi Marissa. Dia cemburu apabila melihat Raisya rapat dengan Mukriz.
Harraz membaringkan tubuhnya di atas katil sambil memandang kipas yang ligat berputar tanpa rasa jemu.
“Aku rasa baik hang pi tenangkan fikiran hang. Hang masih di dalam alam kecewa. Jangan aniaya hidup orang Harraz oi!!” jerit Karim dari luar bilik Harraz.
Harraz hanya diam dan mendengar sahaja. Memang Karim masak sangat dengan perangai sahabat baiknya itu. Harraz susah nak jatuh cinta. Kalau dah jatuh cinta, susah nak lupa. Bila susah nak lupa, takut jadi tak waras.
Harraz bukannya baru pertama kali putus cinta. Marissa perempuan kedua yang hadir dalam hidupnya. Pernah cinta pertamanya buat perangai curang betul-betul di hadapan matanya. Apa lagi? Memang kecewa gila-gila. Hampir masuk Hospital Tanjung Rambutan dah dulu. Tetapi dengan kehadiran Marissa merubah hidupnya kembali ceria. Namun akhirnya, Marissa juga tidak ubah perangai seperti cinta pertamanya. Salah siapa?
Adakah Harraz terlalu pentingkan diri atau dia tidak begitu romantik? Atau.. hmmm
*************************
Raisya melipat baju yang berlonggok di atas katilnya itu satu demi satu sambil telinga mendengar lagu ‘Lagu Cinta’ yang sedang berkeudara di radio Sinar FM itu. Sambil lipat sambil menyanyi. Biasalah kan?
Brip! Brip!
Handphone yang sengaja di vibratenya itu terletak elok di atas meja soleknya.
“Encik Mukriz ler tu!”
Raisya yang tadi duduk bersila terus bangun lalu mengambil handphonenya. Apabila dia terpandang sahaja skrin telefon itu, dia terus tersenyum.
“Dah agak.”
Raisya menjawab panggilan dari Mukriz itu.
“Hello..”
“Assalammualaikum.” Mukriz memberi salam.
Raisya tersengih.
“Waalaikummussalam.”
“Sorry ganggu malam-malam ni.”
“Tak pe.”
“Layla macam mana?”
“Doktor ada call bagi tahu dia dah sedar. Tapi masih dalam pemantauan la.”
“Owh. Oklah.”
“Hah? Itu je?”
Mukriz senyum. Dia tahu Raisya mesti nak dia tanyakan macam-macam lagi soalan. Tetapi Mukriz ni bukan jenis suka cakap melalut sangat.
“Itu je lah.”jawab Mukriz ringkas.
“Hmm.. ok.”
“Oh, lupa! Boleh ke U ikut I gi outstation Sabtu ni?”
“Boleh kot.”
“I tak paksa.”
“Erm.. esok saya bagi jawapan boleh?”
“Ok.”
“Ermm..”
“Oklah. Jumpa esok.”
“Ok.”
“Bye.”
“Bye…” Raisya matikan panggilan dengan senyum meleret. Handphone di letak di dada sambil mata terpejam rapat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pada keesokkan harinya..
Hari Jumaat yang cukup tenang. Raisya seperti biasa akan siapkan Adam supaya dia sentiasa kemas dan bersih ke sekolah. Haji Azman pula sudah siap bekalkan nasi goreng ke dalam bekas makanan pada Raisya dan Adam.
“Sya, Adam biar ayah hantar pagi ni. Sya terus gerak gi keje la.”
“Betol ni, ayah?”
Haji Azman mengangguk sambil memasukkan bekal nasi goreng ke dalam beg sekolah Adam.
“Lepas ayah hantar Adam ayah jumpa member ayah jap. Lepas tu ayah balik masak untuk angah kamu.”
“Ok.”
“Sya, ayah nak bincang sikit dengan kamu malam ni berkenaan bisness jual jagung tu.”
“Owh, erk? Macam best je.”
“Malam ni kita bual.”
“Ok.”
“Ayah pegi dulu. Jom, Adam.”
Adam mengucup tangan kakaknya lalu terus mengikut ayahnya naik kereta. Raisya mengemas dapur apa yang patut. Kemudian dia mengambil handbeg di dalam bilik lalu terus ke pintu mencari kasut. Helmet di capai lalu terus menutup pintu.
Pintu pagar dikunci. Sebaik dia hendak menghidupkan enjin motor scooternya itu, Harraz dengan tiba-tiba muncul di hadapannya dengan motor besarnya itu. Terkejut Raisya!
Harraz membuka helmetnya lalu terus sedekahkan senyuman pada Raisya.
“Hai..” ucap Harraz gembira.
Raisya hanya senyum.
“Dah nak pi keja ka?”
“A’ah.”
“Kita pi makan dulu nak?”
Raisya memandang jam di tangannya. Jam itu pemberian Mukriz semasa hari kelahirannya pada tahun lepas.
“Ermm..saya dah lambat sebenarnya. Pagi ni ada meeting, so saya kena datang awal 30 minit ke pejabat.”
“Owh.”
Harraz masih memandang Raisya dengan penuh harapan.
“Kalau macam tu, tengah hari macam mana?” Harraz tetap berharap dapat keluar dengan Raisya.
“Adoi mamat ni. Tak faham bahasa ke aku tak nak kuar ngan kau?” bisik hati Raisya.
Raisya diam. Tak tahu nak jawab macam mana.
“Tak pa. Kalau Raisya free, Raisya boleh call saya. Ambil nombor saya.” Kata Harraz dengan penuh yakin dapat memiliki Raisya.
Raisya terpaksa ambil nombor Harraz kerana dia sudah terlambat ke pejabat. Setelah nombor di simpan di dalam handphone, Raisya terus minta kebenaran untuk beredar. Harraz tak biarkan Raisya ke pejabat sendirian. Dia ikut Raisya dari belakang tanpa Raisya sedar.
*************************
Di Pejabat..
Mukriz menahan geram. Dia masih berada di jendela biliknya. Dia nampak Harraz ikut Raisya dari belakang. Sebaik Raisya masuk ke dalam parking bawah tanah, Harraz terus berlalu pergi ke jalan besar.
Mukriz memandang pintu biliknya. Tak sabar dia tunggu kehadiran Raisya masuk ke dalam biliknya.
Manakala di luar, Raisya berlari anak ke mejanya. Sempat juga dia sampai awal! Raisya simpan apa patut dulu sebelum dia sediakan bilik mesyuarat. Elok sahaja dia hendak menyimpan fail di dalam kabinet, pintu bilik Mukriz terbuka.
“Masuk bilik saya sekarang, Raisya!”
Pang! Pintu di tutup kuat dan semua staf yang ada termasuk Raisya terkejut gila! Garang betul Mukriz pagi itu. Semua mata tertumpu pada Raisya waktu itu.
Ana dengan kelam kabut berjalan ke arah Raisya.
“Nape, beb?”
“Ntah. Nak kata aku lambat, aku datang awal je.”
Raisya mengambil buku dan pennya.
“Aku masuk dulu erk.”
Raisya sempat sentuh lengan Ana sebelum dia masuk ke dalam bilik Mukriz.
|
|
|
|
|
|
|
|
Harraz lambat sampai di hotel pagi itu. Kelam kabut dia masuk bahagian dapur sambil menyarungkan uniform chef.
“Hang lambat wei pagi ni.” Tegur Fikri sambil mengambil periuk kecil di dalam rak.
“Sebok ja hang!”
“Untung ada aku leh cover hang tau dak?”
“Diamlah!”
Harraz tersenyum apabila teringat akan Raisya. Hmm..
*************************
Mukriz berdiri sambil sandarkan badan di meja hiasan di belakangnya sambil berpeluk tubuh. Dia masih memandang Raisya yang masih mendiamkan diri itu. Mukriz rasa bersalah sangat-sangat menjerit memanggil nama Raisya tadi dengan begitu kasar. Cemburukah? Dia tak patut campur aduk hal peribadi di dalam pejabat.
Istighfar di dalam hati.
Raisya masih menunggu Mukriz yang mulakan perbualan. Mata bertentangan mata.
“Maafkan I.”
Lega Raisya dengar perkataan itu yang terkeluar dari mulut bosnya. Ternyata dia tak buat salah apa-apa.
“Saya tak lambat kan, Encik Mukriz?”
“Tak.” Mukriz kedengaran mengeluh kecil.
Raisya dapat rasa Mukriz seperti sembunyikan sesuatu darinya.
“Encik ada masalah ke?”
Mukriz diam. Takkan nak bagi tahu dia cemburu pula kan?
“Meeting pukul brape?” Mukriz ubah tajuk.
Raisya hampa. Dia ingat dia dapat korek cerita dari Mukriz.
“Pukul 9.”
“Ok. U pegi siapkan apa yang patut. Nanti semua dah ready panggil I.” Mukriz kembali duduk di kerusinya lalu fokus pada komputer.
Raisya mengetap bibir.
“Ini mesti ada yang tak kena ni. Tapi kenapa tak nak cerita dekat aku?”Bisik hati Raisya.
“Ok.” Raisya terus undur diri keluar dari bilik itu.
Mukriz pandang sehingga Raisya duduk di tempat duduknya. Biliknya dengan bilik Raisya hanya berpisah dengan dinding kaca sahaja. Bermakna jika dia tidak tutup langsir dia nampak wajah Raisya di situ.
Raisya pandang Mukriz. Mukriz perasan lalu terus dia buat-buat sibuk menyemak fail di atas mejanya. Raisya tersenyum melihat gelagat Mukriz.
“Oii!” jerkah Ana sambil menepuk meja Raisya.
Terkejut Raisya sehinga terkelip-kelip matanya.
“Terkejut aku la.”
“Hahaha.. hamboi dia, main ngendap-ngendap plak skarang erk?”
“Ko ni, mana ada la!” Raisya malu.
Ana pandang Mukriz di dalam bilik itu. Kelihatan Mukriz sedang tekun menekan keybord. Ana kembali senyum pada Raisya.
“Apa cer tadi?”
“Cer ape? Tak de cer la.”
Ana senyum.
“Yeke tak de cer? Marah bukan main panggil ko tadi. Tup-tup ko keluar ko senyum-senyum sambil ngendap dia.”
“Hahaha.. ada-ada aja la ko ni.”
“Tak nak citer tak pe la.” Ana pura-pura merajuk.
“Adoi, merajuk pula.”
Ana diam sambil menjerling tajam pada Raisya.
“Haha.. comel! Ok, ok. Macam ni, tengah hari ni..”tiba-tiba Raisya teringat akan Harraz. Terus dia ada point nak ajak Ana teman sekali. Tak adalah dia makan berdua sahaja dengan Harraz.
“Ok, macam ni. Tengah hari ni aku belanja kau makan. Nak?” pelawa Raisya.
Ana terus membeliakkan matanya lalu tersenyum.
“Tetiba je nak belanja aku makan ni..”
“Aku serius la, ana.”
“Yeke? Aku rasa kau ada sembunyikan sesuatu kan dari aku?”
“Adoi, mana kau tahu erk?”
“Haha.. muka kau tu susah nak tipu. Cer ko cakap!”
Raisya pandang Mukriz. Bila dia nampak Mukriz sibuk dengan kerja, terus dia tarik Ana ke pantry.
“Eh, nape ni?”
“Jom ikut aku.”
Raisya dan Ana masuk ke dalam pantry.
“Macam rahsia besar je.”
“A’ah. Rahsia besarrrrr sangat!” bisik Raisya.
“Takut plak aku.”
“Macam ni, Ana. Tadi pagi kan, Harraz datang umah aku.”
“What?!”
“Shhhh” Raisya terus tutup mulut Ana dengan tapak tangan kanannya.
“Diamlah! Aku tak nak orang dengar.”
“Tak nak orang dengar ke… atau tak nak bos dengar?” perli Ana sambil tersengih.
“Sempat lagi ko erk?” Raisya terus hadiahkan cubitan manja ke lengan Ana.
“Adoi!”
“Haha.. nak lagi?”
“Dah.. cukup! Ok, sambung.”
“Pastu kan..”
“Cik Raisya, Encik Mukriz panggil.” Tiba-tiba Halim, penghantar surat di pejabat itu muncul di muka pintu.
“Adoi ko ni.. spoil betul la!” Ana geram lalu mengambil sekeping kertas di atas meja lalu ditutup muka Halim itu.
“Hahaha.. nanti sambung erk Ana. Tengah hari ni teman aku tau. Aku tak nak berdua dengan laki tu.”
“Yelah.”
“Thanks.” Raisya senyum lalu beredar ke bilik Mukriz.
|
|
|
|
|
|
|
|
Raisya masuk ke dalam bilik Mukriz.
“Meeting dah ready ke?” tanya Mukriz sambil jari masih laju mengetuk keyboard.
“Tengah..” ayat selamat padahal belum buat apa-apa pun lagi.
Mukriz terus pandang Raisya. Bila terpandang sahaja wajah Raisya dia berasa cukup tenang. Mukriz memang sengaja pun panggil Raisya. Sebab dia rasa serba salah berkasar dengan Raisya tadi. Tak tahu nak tebus macam mana. Dengan cara membuat Raisya kelam kabut dengan dirinya membuatnya dia terhibur.
“Encik Mukriz..” panggil Raisya yang nampak Mukriz sudah termenung memandangnya agak lama sambil tersenyum sendirian.
“Eh..” Mukriz tersedar dari lamunan.
Raisya tersenyum lagi.
“Kau dah angau dengan aku ke?” Raisya pula tersenyum sendirian.
“Nanti dah ready panggil I.” Mukriz terus mengambil beberapa buah fail di rak sebelah kanannya.
“Ok.”
Raisya kembali keluar dari bilik itu sambil ketawa kecil. Mukriz pula malu sambil menggenggam kuat tangannya.
*************************
Jam 12.30 tengah hari..
Haji Azman datang melawat Layla di hospital pada tengah hari tersebut. tersenyum Layla apabila ternampak akan kehadiran ayahnya dengan membawa beg plastik diisi dua Tupperware dan satu botol mineral.
“Ayah ada masak nasi untuk angah. Lapar tak?”
Layla hanya tersenyum. Boleh ke Layla terus menerima ayahnya itu 100%? Bukan mudah nak ubah hati serta merta kan? Pasti ada syaitan yang menghasut berbalik kepala sifat yang lama.
Haji Azman membuka dua tuperware yang berisi nasi kosong dan ayam rendang itu. Hanya Layla yang suka ayam rendang manakala Raisya dan Adam tak makan rendang.
Layla hanya pandang sahaja lauk itu. Haji Azman mengambil sesudu nasi yang diisi lauk itu lalu hendak disuapkan ke mulut Layla.
“Tak pe. Angah leh makan sendiri.”
“Biar ayah suapkan.”
“Tak pe.”
Layla mengambil sudu itu lalu dia makan sendiri. Haji Azman masih mengukir senyuman walaupun dia masih mencuba mengambil hati anaknya sendiri. Anak yang banyak buat dosa tetapi ayah tetap maafkan.
“Doktor ada cakap bila angah boleh balik?”
“Doktor cakap angah macam makin sihat. Silap-silap esok pagi dah boleh balik.”
Ayah mana tak sedih bila anak melakukan dosa tetapi dia anggap itu semua adalah ujian dari Yang Esa. Mungkin itu dari kekhilafan dia yang lalu. Itu tak termasuk tanggung malu dan cercaan orang ramai lagi apabila tahu Layla gugur dari perbuatan haram.
“Kalau ayah nak balik, balik lah.” Kata Layla sambil terus makan nasi sehingga habis.
Haji Azman kalau boleh nak anaknya berbaik semula dengannya seperti dahulu. Kadang-kadang dia fikir dia dah buat yang terbaik untuk semua anak-anaknya tetapi anak-anak yang menerima semua tak sama.
“Balik je, ayah. Tunggu angah pun bosan je kat sini.”
Haji Azman terus terasa hati. Nampaknya Layla masih belum berubah sepenuhnya.
“Lembutkanlah hati anakku, Ya Allah..” bisik Haji Azman lalu bangun dan beransur pulang dengan langkah yang lemah.
Airmata yang hendak mengalir itu dikesat dengan cepat. Layla pula hanya pandang begitu sahaja tanpa rasa serba salah. Memang dia belum bersedia untuk berubah!
“Pak cik!”
Haji Azman yang baru hendak keluar dari hospital itu terus mematikan langkah dan toleh ke kanan. Wajah Asyraf yang sentiasa ceria itu datang ke arahnya.
“Pak cik..” Asyraf mencium tangan Haji Azman.
“Bertuah mak ayah kau, Asyraf..” bisik hati Haji Azman sambil dia memegang kepala Asyraf.
“Pak cik nak balik dah ke?”
“A’ah. Solat pun belum lagi ni.”
“Owh. Anak pak cik bila dapat keluar?”
“Entahlah. Tak sempat pak cik berjumpa dengan doktor tadi.”
“Tak pe. Nanti saya minta kawan saya tolong tengokkan.”
Haji Azman tersenyum.
“Baik betul kamu, Asyraf. Terima kasih.”
“Sama-sama. Saya dah anggap pak cik macam bapa saya ja.”
Haji Azman tersentap. Serba salah pula. Adakah dia silap cakap? Asyraf tersenyum.
“Kamu anak yang baik.”
Asyraf senyum. Namun di hati hanya Allah sahaja yang tahu, betapa dia sungguh rindukan ayah dan ibunya di kampung.
|
|
|
|
|
|
|
|
Seorang demi seorang keluar dari bilik mesyuarat tersebut. Yang tinggal hanya Raisya dan Mukriz yang masih membaca kertas kerja.
Raisya bangun lalu mengemas meja yang berselerak dengan botol mineral dan plastik gula-gula yang bersepah itu. Dia curi-curi memandang Mukriz yang masih tekun membaca itu.
“Encik..”
“Hmm.”
“Saya dah nak keluar makan. Nak pesan apa-apa tak?”
Mukriz diam. Raisya geram. Dah la lambat, boleh pula Mukriz main-main sengaja jawab lambat.
“Encik..”
“Apa?” Mukriz menanggalkan kaca matanya lalu memandang Raisya.
“Saya nak keluar makan. Nak pesan apa-apa tak?” Raisya ulangi sekali lagi soalannya dengan penuh kesabaran.
“Perlu tak aku tanya dia, keluar makan dengan siapa?” bisik hati Mukriz.
“Adoi la.. dah kenapa dengan bos aku ni? Takkan soalan mudah macam tu pun tak faham-faham?” geram
Raisya hanya merungut di dalam hati.
“Tak.” Jawab Mukriz lalu bangun dan berlalu keluar dari bilik mesyuarat itu sambil membawa sekeping fail yang dibacanya tadi.
Raisya menggelengkan kepalanya lalu mengambil baki fail yang ditinggalkan Mukriz di atas meja.
“Kalau suka, cakap ja suka. Apa susah ye tak?”
“Apa dia, Raisya?”
Raisya terus terkejut. Terbeliak matanya!
“Encik Mukriz dengar ke?”
Dengan cepat Raisya toleh ke belakang. Mukriz tersenyum pandang ke arahnya. Raisya turut tersengih malu. Rasa macam nak sumbat kepala sendiri masuk bawah kerusi.
Mukriz menggelengkan kepalanya lalu terus beredar. Raisya mengetap bibir. Malu gila wei!
*************************
Raisya dan Ana berjalan seiringan menuju ke medan yang selalu jadi tempat mereka makan dan bergosip. Kelihatan Harraz sudah pun setia menunggu di satu sudut meja makan di penjuru kiri.
Harraz yang pada mulanya ceria terus berubah apabila nampak Raisya turut bawa Ana bersama makan di situ. Raisya tersenyum memandang Harraz.
“Sorry lambat.” Ucap Raisya yang bibir merah bak delima.
“Tak pa.”
“Hai..” tegur Ana yang sememangnya berminat melihat wajah Harraz itu.
“Hai.” Harraz jawab dengan acuh tak acuh.
Mereka bertiga duduk lalu mula memesan makanan.
“Harraz keje dekat area sini jugak ke?” tanya Raisya yang ingin tahu lebih lanjut tentang lelaki misteri itu.
“Saya chef.”
“Wow.” Raisya dan Ana saling berbalas pandangan sambil teruja.
“Chef kecik ja. Kira baru jugak la keja kat sini. Lebih kurang 6 bulan.”
“Owh.. Sah-sah terer masak kan?” Ana pula sibuk celah untuk bersembang.
“Biasa ja. Tapi kira untung jugak la siapa yang jadi isteri saya.” Harraz terus pandang Raisya.
Raisya mula rasa lain, begitu juga Ana. Raisya dan Harraz membalas pandangan seketika.
“Makanan dah sampai!” sengaja Ana cakap kuat-kuat supaya Raisya dan Harraz sedar dari lamunan yang tak patut di lamunkan pun.
Makanan dihidangkan.
“Eh, saya order air tembikai tadi.” Kata Raisya sambil memegang segelas air oren yang diterimanya.
“Boleh pula budak-budak ni salah hantar.” Harraz bangun lalu terus membawa gelas yang berisi air oren itu ke kaunter pembayaran.
Raisya dan Ana terkejut.
“Mak aiii.. jangan dia marah-marah sudahlah.” Kata Raisya yang masih belum kelip matanya memandang Harraz.
Ana memandang Raisya.
“Beb!”
Raisya pandang Ana.
“Apa?”
“Dia syok dekat kau ke?”
Raisya mengeluh.
“Aku tak tahu nak cakap macam mana.”
Harraz kembali ke tempat duduk dengan air tembikai. Dia senyum pada Raisya.
“Nah.” Harraz meletakkan jus itu berhadapan dengan Raisya.
“Terima kasih.”
Ana pandang Harraz, kemudian dia pandang Raisya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mukriz yang baru selesai solat zohor itu bangun dan terus berjalan ke almari kecil berhampiran jendela itu. Baru sahaja dia hendak mengambil sebuku kecil roti gardenia berintikan jagung itu, seolah hati digerakkan pandang ke arah luar jendela dan dia ternampak Raisya, Ana dan Harraz tengah melintas jalan bersama menuju ke pejabat.
“Nak potong line aku ke aper mamat ni?”
Mukriz melepaskan nafasnya perlahan-lahan.
*************************
Raisya senyum pandang Harraz.
“Terima kasih belanja kami.” Ucap Raisya.
“Tak da apa lah.”
“Kita orang masuk dulu erk.”
“Sat, Raisya. Nak cakap dengan Raisya sat boleh?”
Raisya pandang Ana. Ana tanpa disuruh terus berjalan sendiri masuk ke dalam pejabat meninggalkan Raisya dan Harraz di tangga masuk ke dalam pejabat itu.
“Ada apa, Harraz?”
“Terima kasih sebab sudi call saya untuk makan tengah hari tadi bersama.”
Raisya senyum. Sebelum masuk mesyuarat pagi tadi Raisya sempat hubungi Harraz menggunakan telefon pejabat. Buat masa sekarang dia rasa tak perlu kot Harraz tahu nombor handphonenya.
“Sama-sama.”
“Boleh ke kita keluar makan lagi lepas ni? Tetapi tanpa Ana.”
Raisya terkejut dan takut. Takut kerana Harraz macam semakin berani nak menghampiri dirinya. Agak menakutkan jugak lah. Macam terlalu memaksa!
“Ermm.. saya tak janji. Sebab saya agak busy juga orangnya.” Jawab Raisya hati-hati.
“Busy? Busy dengan lelaki hari tu ka?”
Raisya senyum. Dia dapat agak Harraz mesti tak suka bila dikaitkan dengan Mukriz.
“Saya dah lambat ni. Nanti bos marah pula.”
“Raisya!”
“Apa-apa saya call.”
Raisya terus berjalan laju masuk ke dalam pejabat. Harraz tersenyum sendirian.
|
|
|
|
|
|
|
|
6.15 petang..
Raisya mengurut-ngurut lehernya. Lengoh pula rasa! Kemudian dia pandang ke dalam bilik Mukriz. Mukriz sedang bercakap telefon. Siap pakej tersenyum-senyum lagi dengan pemanggil tersebut.
“Perempuan la tu!” Raisya mencebik lalu terus bangun menuju ke pantry.
Raisya memang selalu balik lewat. Jarang dia balik pukul 5.00 petang ke bawah. Paling lewat pun pukul 8.00 malam.
Raisya membuka pintu almari tempat simpan cawan dan pinggan mangkuk bahagian atas sambil terjinjat-jinjat. Maklumlah rendah orangnya.
“Adoi.. boleh pula bebudak ni simpan mug kat atas. Nak siksa aku ke ape?”
Raisya mengambil kerusi di belakangnya langsung terus naik ke atas kerusi tersebut.
“Sampai hati betul dia orang ni. Kesian kat aku..” Raisya mengambil mug di bahagian belakang. Memang nampak sangat ada staf yang nak pedajal si Raisya. Sebab Raisya antara yang paling rendah di situ.
Selepas ambil mug, perlahan-lahan Raisya turun dari kerusi tersebut. Terkejut dia apabila ternampak Mukriz sedang diam berdiri di pintu pantry.
“Astaghfirullah..” laju Raisya urut dadanya.
“Encik nak minum ke?”tanya Raisya sambil membetulkan skirt labuhnya itu.
Mukriz diam. Raisya mula tak tentu arah. Dia kan memang penakut hantu. Yang hairannya, berani pula dia ke pantry petang itu.
“Encik..”panggil Raisya dengan nada perlahan.
Nak cuba keluar tetapi Mukriz yang berdiri di pintu pantry itu telah menghalang jalan keluar tersebut.
“Ya Allah.. hantu mirip muka bos aku ke ni? Ya Allah.. tak ada orang nak tolong aku ke?” Raisya mula mengelabah.
Mukriz masih diam berdiri dan matanya tetap fokus pada Raisya.
“Takuttt..” Raisya mula menggeletar lalu terus jatuh terduduk dan menangis.
“Eh!” Mukriz terus dapatkan Raisya.
Raisya terkejut.
“Encik mainkan saya erk?”
Mukriz tersengih. Memang dia sengaja nak usik Raisya petang itu.
“Benci!”
Raisya terus tolak bahu Mukriz lalu terus bangun dan berjalan ke luar.
“Adoi.” Mukriz turut berjalan keluar dan dapatkan Raisya.
“Raisya!”
Raisya langsung tak endahkan panggilan Mukriz itu. Dia terus tutup semua suis komputer dan terus ambil handbeg di dalam laci.
“Raisya! Tunggu.”
Raisya mengesat airmatanya.
“Tunggu, Raisya.”
Mukriz memegang lengan Raisya yang berlapik kemeja lengan panjang itu.
“Saya tak nak kawan dengan Encik.” Raisya merajuk.
Mukriz nak gelak tetapi dia cuba tahan kerana tak nak Raisya bertambah marah padanya. Gelagat Raisya betul-betul mengubati hatinya yang kesunyian itu.
“Ok, ok. I salah. I minta maaf. I memang sengaja nak usik U.”
“Motif?! Benci la macam ni.”
Raisya sekali lagi tolak Mukriz kerana menghalang laluannya tetapi Mukriz sempat memegang lengan Raisya sekali lagi.
“I akan datang rumah U jumpa dengan ayah U.”
Raisya terus pandang ke muka Mukriz.
“Datang jumpa ayah?”
“Dah, pergi balik. Elok-elok bawa motor.”
“Encik nak jumpa ayah sebab apa? Kalau sebab tadi macam tak logik je? Yang usik tu Encik, bukan saya.”
Mukriz senyum.
“Ini hal lelaki.”jawab Mukriz ringkas. Sengaja dia biarkan Raisya tertanya-tertanya.
Raisya bertambah geram. Terus dia berpaling dan bergerak ke pintu keluar.
“Esok pagi jadi ikut I gi Kedah kan?”
Raisya terus mematikan langkahnya.
“A’ah la.. esok dah Sabtu.” Raisya terus toleh ke belakang pandang Mukriz.
“Kalau saya kata tak jadi pegi?” Raisya mula main tarik tali dengan Mukriz sambil tersengih.
“Tak jadi tak pe lah. Saya tak paksa.”
“Ok, fine!” Raisya terus berpaling ke belakang.
“Betul tak nak ikut?”
Raisya terus tersentap manakala Mukriz yang berdiri dibelakannya hanya tersenyum lebar.
|
|
|
|
|
|
|
|
Raisya turun ke basement tempat parking B1. Sunyi! Sambil berzikir sambil kaki laju melangkah ke motor. Tiba-tiba dia terdengar bunyi seperti tapak kaki sedang menuju ke arahnya. Dengan cepat dia menoleh ke belakang.
Kosong!
“Adoi..ni yang aku tak suka ni. Takkan Encik Mukriz buat hal lagi?”
Raisya berlari ke motornya. Menggeletar masukkan kunci sambil mata melilau pandang kiri dan kanan. Sekali lagi dia dengar bunyi tapak kaki itu.
“Encik Mukriz jangan la usik saya!!!!” jerit Raisya yang mula nak nangis itu.
Raisya menghidupkan enjin motor lalu terus pecut keluar dari basement tersebut. Harraz gagal dapatkan Raisya petang itu.
*************************
Haji Azman seperti biasa menyiapkan makan malam. Di dalam fikiran masih ingatkan Layla. Dia rasa tak sedap hati sangat pada malam tersebut.
Raisya yang baru lepas solat maghrib berjalan ke dapur mengambil bau lauk yang baru masak itu.
“Wanginya, ayah.”
“Sya..”
“Ya, ayah.” Raisya menarik kerusi meja makan lalu duduk.
“Angah.”
“Kenapa dengan angah?”
“Dia masih belum boleh terima ayah.” Haji Azman dalam nada sebak.
Raisya cuba mengawal perasaannya.
“Ayah tak tahu macam mana lagi nak ambil hati dia. Ayah sayang dia, sama macam ayah sayang kamu dan Adam.”
Raisya diam.
“Raisya pun tak…” Tiba-tiba handphone Haji Azman berdering.
“Adam! Ambil handphone ayah jap tepi tv tu.” Arah Raisya sambil pandang Adam tengah kusyuk tengok kartun doraemon.
Adam berlari anak hulurkan handphone tersebut pada ayahnya.
“Macam nombor hospital ni.”
Masing-masing sudah berdebar.
“Hello. Ya, saya.”
Haji Azman terus terpaku diam membisu. Kemudian dia pandang Raisya dengan mata bertakung dengan airmata.
“Nape, ayah?”
Haji Azman terus menangis.
“Nape, ayah?!” Raisya terus merampas handphone tersebut.
“Hello..”
|
|
|
|
|
|
|
|
Di Hospital Kuala Lumpur..
Layla tiba-tiba tumpah darah dan terus pitam tidak sedarkan diri di dalam bilik air. Haji Azman dan Raisya masih dalam keadaan bersedih di luar pintu wad kecemasan tersebut manakala Adam di hantar ke rumah Mak Cik Leha.
“Ayah sayangkan anak ayah..”ucap Haji Azman lemah.
Raisya terus menggenggam kuat tangan ayahnya.
“Kita sama-sama doa ya, ayah. Angah kan kuat.”
“Assalammualaikum.”
Raisya dan Haji Azman memanggung kepala ke hadapan. Mukriz datang sendirian pada malam itu. Raisya terus hubungi Mukriz memberitahu hal tersebut kerana bimbang bosnya datang pada esok hari jemputnya ke Kedah.
Haji Azman berdiri langsung terus memeluk Mukriz dengan erat. Dia menangis sepuasnya di dalam dakapan lelaki tersebut.
“Dulu isteri pak cik, sekarang mungkin..”
“Shhh.. pak cik. Bawa banyak bersabar, ya.” Mukriz mengusap belakang badan Haji Azman.
Raisya yang sudah bengkak matanya hanya mampu diam.
Tiba-tiba pintu wad kecemasan di buka. Terus semuanya fokus pada doktor yang baru keluar dari wad tersebut.
“Doktor..” Haji Azman mendapatkan doktor tersebut.
“Haji Azman ayah kepada Layla?”
“Ya, saya.”
“Saya minta maaf. Saya dah buat yang terbaik. Namun Allah lebih sayangkan dia.”ucap Doktor dengan penuh tenang dan jelas.
Haji Azman terdiam.
“Adik saya dah tak ada ke doktor?” lemah pertanyaan Raisya untuk mendapatkan kepastian.
Doktor menggelengkan kepala. Raisya terus memeluk ayahnya. Suasana terus bertukar muram dan sedih.
*************************
Sebulan kemudian..
Haji Azman tetap meneruskan hidup. Dia tak nak nampak lemah di depan Raisya dan Adam. Namun apabila dia bersendirian, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa dia perlukan kekuatan untuk menghadapi dugaan semua ini.
Raisya, dia pergi balik ke pejabat tidak lagi seperti sebelum ini. banyak diam dan menyendiri. Dia langsung tak bantah dan melawan segala arahan dari Mukriz berkenaan kerja. Fikirannya kosong seperti hatinya juga. Dia seolah tidak boleh menerima kematian Layla.
Harraz, berapa kali dia datang nak berjumpa dengan Raisya. Tetapi langsung Raisya tak mengendahkannya. Ada sahaja alasan yang Raisya bagi untuk elak dari bertemu.
Jam 6.00 petang..
Mukriz memang sangat perasan akan perubahan pada diri Raisya. Dia pandang ke arah tempat duduk Raisya. Kosong! Dia anggap Raisya sudah pulang sebab dia pun faham Raisya masih mengubati hatinya yang masih dalam mood sedih itu.
Dia bangun lalu berjalan keluar ke tempat Raisya. Terkejut apabila ternampak komputer masih terpasang dengan lagu-lagu yang mendayu dan sedih dalam nada yang cukup perlahan.
“Ingat dah balik.”
Mukriz cuba cari di sekitar kawasan tersebut. Masih ada dalam dua tiga orang pegawai yang masih bertungkus-lumus menyiapkan kerja. Mukriz berjalan ke arah Mansor.
“Dah siap lukisan tu?”
“Sikit lagi, Encik Mukriz.”
“Esok pagi sebelum pukul 10, I nak tengok.”
“Ok. Saya cuba, encik.”
Mukriz menepuk bahu Mansor.
“Eh, mana PA I erk?”
“Tak perasan pula.”
“Encik Mukriz, tadi saya nampak dia ke belakang. Macam dah lama je dia kat sana.” Jawab Rizal pula dari jauh apabila dia pun turut dengar akan perbualan Mukriz bersama Mansor itu.
“Owh yeke? Jap I pegi tengok.”
Mukriz berjalan menuju ke belakang pantry. Yang lain hanya memerhati dari jauh dan terus selesaikan kertas kerja masing-masing.
|
|
|
|
|
|
|
|
Haji Azman yang sudah mula berniaga jagung bersama Hamid, rakan lamanya itu makin lama makin memberangsangkan. Mereka mengambil tapak pasar tani berhampiran kawasan rumah.
Sengaja Haji Azman menyibukkan diri kerana dia tak nak terlalu ikut perasaan sedihnya akan kehilangan anaknya, Layla baru-baru ini. Dia lebih rela sentiasa sibuk!
“Man, jangan lupa ambil anak kamu si Adam tu. Nanti lambat pula.”
“Eh, dah kul brape?”
“Macam dah 6.15 petang dah.”
“Eh, Ya Allah. Aku gerak dulu erk. Jap gi aku datang.”
“Ok. Elok-elok.”
Haji Azman terus naik motor gerak ke sekolah untuk jemput Adam balik dari kelas mengaji Quran.
*************************
Mukriz masuk ke dalam bilik pantry. Sunyi tiada sesiapa dalam bilik tersebut.
“Mana pula dia pegi?”
Mukriz keluar dari bilik itu semula lalu dia ke bilik sebelah, bilik fail. Tiada juga. Mukriz makin hairan ke mana Raisya sembunyikan diri.
“Encik cari saya ke?”
Terkejut gila Mukriz apabila Raisya tiba-tiba muncul di belakangnya.
“Astaghfirullah.. U ni, Raisya.”
Raisya tergelak kecil tetapi matanya yang bengkak itu tidak dapat sembunyikan apa-apa.
“Risaukan saya?” tanya Raisya yang masih lemah itu namun senyuman tetap terukir di bibir.
“Mana tak risau. Rindu tau tak?” bisik hati Mukriz sendirian.
“Buat apa dekat belakang ni sorang-sorang?”Mukriz ubah topik.
Raisya diam.
“Jadi apa-apa macam mana? Dah la lewat petang ni. Kalau tak ada kerja lebih baik U balik.” Bebel Mukriz.
Raisya masih diam. Airmata mula kembali bertakung. Mukriz perasan.
“Raisya..”
“Saya tak kuat, Encik..”
Mukriz dah dapat agak. Raisya masih mencari ketenangan.
“Jangan macam ni, Raisya. U kena kuat! Ingat U masih ada ayah dan adik kecil U tu. Hidup kena diteruskan.”
“Sakit..”
“I tahu.”
“Saya dah tak ada mak.. sekarang Layla pula.”
“Raisya, listen here.” Mukriz memegang kedua-dua bahu Raisya dengan kejap dan kemas.
“Yang dah pergi takkan kembali. Yang masih hidup kena teruskan hidup. U masih ada ayah, Adam dan..”
Raisya ternanti-nanti ayat sambungan dari Mukriz itu.
“Encik Mukriz.”panggil Mansor yang tiba-tiba muncul.
Mukriz terus melepaskan genggaman tangannya di bahu Raisya.
“Maaf, Encik Mukriz.”
“It’s ok. Nape, Mansor?”
“Kita orang dah nak balik. Saya nak bagi tahu sebab riso kang Encik Mukriz cari kita orang plak.”
“Owh, ok.”
Mansor beredar dari situ. Mukriz memandang Raisya.
“Jom kita ke depan. Tak manis pula berdua dekat belakang ni kan?” Ajak Mukriz lalu berjalan ke ruangan depan diikuti Raisya.
Raisya mengesat airmatanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Harraz setia menunggu di pokok besar hadapan pejabat Raisya itu. Dia yakin Raisya belum keluar dari pejabat. Macam mana pun dia akan jumpa juga Raisya lewat petang itu.
Raisya dan Mukriz sama-sama masuk ke dalam lif. Raisya parking di basement 1 manakala Mukriz parking di basement 2. Sebaik pintu lif terbuka, Raisya memandang Mukriz. Mukriz hanya tersenyum penuh makna.
“Nak I teman sampai ke motor ke?”
“Eh, tak. Ermm.. terima kasih.”
“Sebab?”
“Sedarkan saya.”
Mukriz tersenyum.
“Saya balik dulu.”
“Silakan.”ucap Mukriz yang yakin jodohnya yang sedang berdiri dihadapannya ketika itu.
Raisya sempat mengukirkan senyuman lalu terus keluar dari lif tersebut. Raisya tersenyum sendirian sambil berjalan ke arah motornya.
Setelah enjin dihidupkan, dia terus bergerak keluar dari basement tersebut. Sebaik dia melalui jalan keluar, dia ternampak Harraz bergerak ke arahnya dengan motor besarnya itu.
“Oh my..” laju jantung Raisya berdegup.
Harraz laju ke arahnya lalu dengan pantas dia memintas jalan Raisya dan mengarahkan Raisya berhenti di bahu jalan.
“Nak ape lagi mamat ni?”
Raisya memberhentikan motornya di bahu jalan. Dia tak takut sebab di situ adalah laluan utama dan banyak kereta lalu lalang sekiranya berlaku sesuatu yang tak baik.
Harraz dan Raisya membuka topi keledar. Harraz berjalan ke arah Raisya.
“Hampir sebulan kita tak berborak..tak makan bersama.” Ucap Harraz seperti terlalu menaruh harapan.
Raisya hanya diam. Dah tak tahu nak cakap macam mana lagi supaya Harraz faham bahawa dia tak perlukan Harraz ketika itu. Dan dia langsung berasa tidak selesa diperlakukan begitu.
“Saya rindu sangat dekat awak.” Harraz cuba memegang tangan Raisya yang masih memegang handle motor itu, tetapi dengan cepat Raisya menarik tangannya.
“Please. Saya tak suka awak buat macam ni.”
“Kenapa awak dah tak boleh jadi macam dulu?”
“Jadi macam dulu? Macam mana tu? Tak faham.”
“Saya nak awak..”
“Nak ape?”
Raisya dan Harraz terus toleh ke sisi kanan.
“Dah lewat petang ni. Baik U balik, Raisya.” Kata Mukriz sambil pandang Harraz.
Raisya serba salah. Dia pandang Harraz sambil menghidupkan enjin motor.
“Tunggu, Raisya.” Harraz tahan Raisya.
“Apa masalah awak ni?” Mukriz mula mainkan peranan.
“Aku ke hang yang bermasalah?!” Harraz tinggikan suaranya sambil membulatkan matanya pada Mukriz.
“Jap. Jap. Jangan gaduh. Dah nak maghrib ni.” Ucap Raisya yang dah mula takut jika dua lelaki tersebut bergaduh bertumbuk kerana dia.
“Harraz, Raisya nak kena balik. Nanti ayah cari.” Ujar Raisya memberanikan diri lalu terus beredar dari situ meninggalkan Mukriz dan Harraz.
“Kau jangan cari pasal dengan aku.” Ugut Harraz.
Mukriz hanya diam sambil pandang Harraz hingga Harraz hilang beredar pergi dari situ.
“Kita tengok siapa yang akan menang.” Bisik hati Mukriz.
|
|
|
|
|
|
|
|
Harraz membaling jaketnya ke sofa.
“Haram jadah! Cari pasai betoi mamat ni”
Nafas Harraz turun naik menahan marah.
Brp! Brip! Handphonenya berdering.
“Karim?”
Karim baru sahaja 2 minggu yang lepas melangsungkan perkahwinannya dengan Auni.
“Ha.”Harraz jawab dengan nada marah.
“Hamboi, garang ngat aihh! Awat ni? Bulan mengambang ka apa?”
“Cakap banyak pulak! Hang nak apa ni?”
“Saja tepon hang.”
“Saja baik tak yah wei.”
Karim terdiam.
“Aku nak ucap terima kasih sebab hang dah banyak tolong aku masa kenduri aku ari tu.”
“Hmm. Ok.”
Karim diam. Sepatah cakap sepatah jawab.
“Ok lah, Harraz. Aku tak mau kacau mood hang.”
“Ok.”
Harraz terus mematikan talian. Dalam fikirannya sekarang berselang seli wajah Raisya dan Marissa.
*************************
Mukriz yang masih baru keluar dari masjid terus mengeluarkan handphonenya. Nombor Raisya mula di dail.
“Assalammualaikum.”
“Waalaikummussalam. Ya, encik.”
“Baru sampai rumah ke ape?”
“Dah lama sampai. Nak solat.”
“Owh. Ok. Maaf kalau I ganggu. Cuma nak..”
“Nak saya selamat?”
Mukriz terdiam. Betul cakap Raisya. Memang dia nak Raisya selamat. Raisya tersenyum. Suka dia dapat menyakat bosnya itu.
“Allah kan ada..” sambung Raisya.
Mukriz tersenyum. Nampaknya kali ini dia kalah.
“Betullah tu.” sokong Mukriz langsung tak bantah.
Raisya tersenyum lagi.
“Selamat solat. I pun dah nak gerak balik ni.” Ucap Mukriz yang selalu solat di masjid dahulu kerana risau terlepas waktu kerana rumahnya agak jauh dari pejabat.
“Gerak balik? Singgah mana tadi?”
“I dekat masjid ni.”
“Owh.”
“Bye.”
“Bye..”
Mukriz mematikan talian sambil tersenyum sendirian. Matanya fokus pada masjid di hadapannya itu.
“Moga ini jalannya.” Bisik hati Mukriz.
|
|
|
|
|
|
|
|
Raisya mengaminkan doanya. Kemudiannya dia tersenyum sendiri apabila wajah Mukriz melintas difikirannya.
“Macam lawak wei kalau PA kawen dengan bos sendiri. Memang sah aku kena kutuk kaw-kaw punya. Pas tu adalah yang kata aku gatai la..gedik la! Untung dapat lelaki kaya la... Hmmm..” pastu Raisya tergelak sendirian.
“Gila la ko, Sya. Berangan je lebih!” Raisya bangun lalu melipat telekungnya.
Kemudian dia terpandang cahaya bulan yang cukup terang pada malam itu. Tingkap dibuka lalu matanya tertumpu pada bulan tersebut.
“Kalau aku kawen dengan Encik Mukriz, banyak benda aku kena berubah ni. Penampilan, percakapan.. kawan-kawan dia semua orang berilmu, orang kerja besar.”
“Raisya!”
Raisya terkejut apabila ayahnya menjerit namanya dari luar bilik. Terus Raisya mengurut dadanya.
“Ayah ni.. bikin suspen!”
Raisya membuka pintu biliknya. Raisya mengukir senyuman seikhlas mungkin pada ayahnya.
“Berseri nampak malam ni. Baru lepas cakap phone dengan si dia ke?”
“Eh, ayah ni. Ada-ada je..”
“Kan?”
“Jangan la cakap macam tu, ayah. Malu la Sya..”
“Minggu ni bos kamu cakap dia nak datang rumah kita.”
“Hah? Bila dia bagi tahu ayah?”
“Sebelum dia call kamu, dia call ayah dulu.”
“Hamboi, lagi laju!”
“Mana tak laju, melepas kang rugi!”
“Adoi ayah ni, tak usik tak boleh erk?”
Haji Azman terhibur dengan anak sulungnya itu. Raisya bertubuh genit itu terus memeluk ayahnya dengan penuh kasih dan sayang.
“Sayang, ayah..”
“Ayah pun sayang, Raisya. Raisya kena tahu yang ayah nak yang terbaik untuk Raisya.”
Raisya terharu dengan kata-kata dari ayahnya itu.
“Ayah janganlah sedih.”
“Tipu kalau ayah cakap ayah tak sedih bila anak ayah ni nanti jadi milik seorang lelaki yang bernama suami. Tanggungjawab yang selalu ayah buat untuk Raisya selama ini akan dipindah milik pada suami Raisya nanti. Raisya dah tak boleh manja-manja dengan ayah lagi macam ni.”
“Nape plak?”
“Hati suami kena jaga baik-baik. Jangan degil, jangan merajuk tak tentu pasal, jangan malas gosok baju.”
“Ayah ni…”
Erat Haji Azman memeluk anaknya sambil air mata ditahan dari mengalir keluar.
*************************
Pada keesokkan paginya..
Raisya bangun agak awal pada pagi itu. Dia masak nasi goreng bersama beberapa ketul nugget untuk bekalan Adam ke sekolah.
“Ayah, pagi ni biar Sya hantar Adam.”
“Eh, ayah hantar pun tak pe.”
“Tak pe. Sya hantarkan. Nasi goreng ayah atas meja tau.”
“Yelah.” Haji Azman yang sedang menonton kuliyah pagi di tv itu hanya duduk tersenyum melihat anak-anaknya sudah membesar di depan mata.
“Petang ni ayah pegi meniaga tau, Sya.”
“Ok. Elok-elok ye, ayah. Kalau tak larat berehat je. Jangan paksa diri pulak.”
“Tahu.”
“Ayah, Adam pegi sekolah dulu.” Adam mencium tangan ayahnya.
“Belajar pandai-pandai. Tak faham tanya cikgu, jangan diam je.”
“Baik, ayah.”
Haji Azman mengusap kepala anaknya.
“Sya pegi dulu, ayah.”
“Kamu tu hati-hati bawa motor. Jangan nak merempit je.”
“Hahaha.. baik, bos!”
“Bila sebut bos, bos kamu tu minggu ni nak datang kan? Kita nak masak ape?”
“Adoi ayah ni, malam ni kita bincang.”
“Merah dah muka dia..”
Raisya malu diusik begitu oleh ayahnya.
“Nape, ayah? Siapa nak datang?” tanya Adam bersungguh-sungguh.
Haji Azman membongkokkan badannya hingga sama paras anaknya.
“Bakal suami Along nak datang minggu ni makan dekat rumah kita.”
“Ayah ni!!” Raisya menumbuk manja belakang badan ayahnya.
Mereka memang kalau melawak macam tu lagaknya.
“Hahaha..”
“Yeke, ayah? Wahhh along nak kawen dah erk?” Adam pula yang mengusik Raisya.
“Nak merajuk la ngan Ayah..” Raisya mencebik.
Haji Azman terus menarik tubuh anaknya lalu dicium dahi gadis itu.
“Jaga diri baik-baik. Darah manis.”
“Adeh..”
“Hahaha.. dah. Bawa motor elok-elok.”
Raisya tersenyum memandang ayahnya seperti itu kali terakhir dia akan lihat wajah ayahnya.
Sebaik sahaja Raisya dan Adam berlalu pergi, Haji Azman yang baru sahaja nak masuk ke dalam rumah semula terdengar bunyi enjin motor yang agak kuat. Di tolehnya kebelakang dan diamatinya betul-betul sehingga dia ingat kembali rupa lelaki tersebut.
“Assalammualaikum, pak cik.”
“Waalaikummussalam. Kamu ni..”
“Saya Harraz, pak cik. Ingat saya lagi?”
Harraz dan Haji Azman bersalaman.
“Kamu yang datang malam tu solat isyak sama-sama kan?”
“Betul. Ingat pun pak cik dekat saya.”
“Ada apa kamu datang ni? Raisya dah pegi keje dah.”
“Tahu.”
Haji Azman semakin pelik. Apa tujuan sebenar Harraz datang bertemu dengannya kalau bukan hendak berjumpa dengan anaknya?
“Saya ada benda nak pesan pada pak cik.” Harraz jujur.
“Pesan?”
“Saya nak pesan dekat pak cik, jangan biarkan Raisya dekat dengan lelaki bernama Mukriz tu. Mukriz tu bukan lelaki yang baik.”
Panas juga telinga Haji Azman apabila ayat itu keluar dari mulut Harraz. Yang dia tahu Mukriz seorang lelaki yang baik. Bukan sehari dua dia kenal Mukriz.
“Pak cik rasa baik kamu balik.”
Harraz tersengih. Nampaknya Haji Azman sudah tahu niatnya yang sebenar.
“Nampaknya macam pak cik faham tujuan dan niat sebenar saya.”
“Pegi balik.” Haji Azman menoleh ke belakang sambil membuka selipar lalu masuk ke dalam rumah.
“Saya akan dapatkan anak pak cik. Anak pak cik milik saya!” jerit Harraz lalu berjalan ke motornya.
Haji Azman terus menutup pintu.
"Lindungilah anak-anakku, Ya Allah.." doa seorang ayah.
|
|
|
|
|
|
|
|
insyaallah smbung esk na |
|
|
|
|
|
|
|
momey replied at 7-3-2016 04:20 PM
insyaallah smbung esk na
Momey, mana sambungannya
Akak dah ler tgh tunggu ets nk blk kl ni |
|
|
|
|
|
|
|
br abih meeting. sat na
|
|
|
|
|
|
|
|
jom smbung |
|
|
|
|
|
|
|
Raisya seperti biasa akan hantar Adam betul-betul depan pintu pagar sekolah dan dia akan pastikan Adam masuk ke dalam sekolah barulah dia gerak pergi ke pejabat. Tiba-tiba sebelum bergerak, dia ternampak Nazim berjalan ke arahnya.
“Along..”panggil Nazim sambil berlari anak ke arahnya.
Raisya diam dan tunggu sehingga Nazim datang berdiri di hadapannya.
“Ada ape?”
“Saya.. saya nak minta maaf.”
“Adik aku pun dah tak ada.”
“Sebab tu saya nak minta maaf.”
“Dengan minta maaf kau tu, adik aku boleh keluar balik dari kubur la erk? Kau tu bawak banyak-banyak bertaubat.”
Raisya terus memecut laju meninggalkan Nazim sendirian dengan penuh penyesalan.
Raisya kalau boleh dah tak nak jumpa lagi budak lelaki yang telah menghancurkan hidup adiknya itu. Geram rasa hati sepanjang dalam perjalanan ke pejabat. Raisya pandang ke cermin sisi kanan untuk membelok ke kanan supaya dapat pastikan tiada kereta atau motor ketika itu. Tiba-tiba yang dia nampak adalah Harraz tengah mengekorinya dari belakang.
“What?!”
Raisya menjadi tidak tentu arah.
“Adoiii apehal mamat ni?”
Raisya memecut laju motornya. Harraz dah dapat tahu Raisya sudah perasaan dia mengekorinya dari belakang.
*************************
Di Pejabat..
Raisya terus berlari anak masuk ke dalam pejabat. Staf yang masuk awal ke pejabat perasan dengan sikap Raisya pada pagi itu. Raisya meletakkan jaket dan handbegnya di atas meja sambil laju beristighfar.
Jantungnya masih berdegup laju.
“Kau apehal ni, Sya?” tegur Mansor salah seorang staf yang suka datang awal ke pejabat.
Raisya hanya menggelengkan kepala.
“Kau ok tak ni?”
“Aku ok.”
“Betul?”
Raisya angguk laju. Dia tak nak perkara ini sampai menjadi perbualan mulut orang. Kalau boleh biarlah dia settle sendiri terlebih dahulu.
Raisya cuba pandang cermin bilik Mukriz. Gelap!
“Aik?” Raisya terus mengambil handphonenya di dalam handbeg.
Kosong! Tiada langsung panggilan ataupun mesej yang masuk.
“Lambat pula pagi ni. Tak bagi tau pula pegi mane.”
Raisya bangun lalu berjalan ke pantry. Dahaga pula tetiba tekak tu!
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|