|
(MERGED) KERJAYA DALAM POLIS, TENTERA & APMM
[Copy link]
|
|
dah kuar ke iklan skim graduan tahun ni??? |
|
|
|
|
|
|
|
kebetulan aku baru tengok web TLDM, nampak benda ni..wah permohonan melalui online lagi..
PENGAMBILAN GRADUAN PEGAWAI ATM
User Rating: / 0
PoorBest
Written by Webmaster
Wednesday, 05 August 2009
Pengambilan Graduan untuk berkhidmat sebagai pegawai dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia. Angkatan Tentera Malaysia(ATM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk berkhidmat sebagai Pegawai dalam perkhidmatan dalam Tentera Darat Malaysia(TDM) bagi Kor Agama Angkatan Tentera, Tentera Laut Diraja Malaysia(TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia. Syarat kelayakan dan cara permohonan boleh disemak melaui laman web TLDM dipautan Infokerjaya/Pegawai. Permohonan juga boleh dilakukan melalui online dilaman web JobsMalaysia.gov.my .
* Pemohon digalakkan mengemukakan permohonan online, Hanya calon-calon yang disenaraikan pendek akan dipanggil untuk ujian dan temuduga di pusat pemilihan yang ditetapkan. Mereka yang tidak menerima sebarang notis temuduga dan ujian pemilihan DUA(2) minggu dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya. Tarikh Tutup Permohonan : 12 Ogos 2009.
Last Updated ( Wednesday, 05 August 2009 )
http://www.navy.mil.my/content/view/450/18/lang,en/ |
|
|
|
|
|
|
|
Mohon sertai ATM secara online
KUALA LUMPUR 5 Ogos - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini maju selangkah dengan melancarkan sistem permohonan kemasukan pegawai dan anggotanya secara online iaitu e-Application.
Turut dilancarkan adalah sistem pelaksanaan ujian untuk merekod maklumat peribadi bagi bakal-bakal pegawai ATM yang dikenali sebagai Leadership Profiling.
Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal berkata, sistem tersebut diyakini akan mempertingkatkan imej profesion ketenteraan melalui perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
"Setiap tahun ATM menerima ribuan permohonan untuk menyertai Skim Pegawai di ketiga-tiga cabang. Melalui sistem permohonan secara online ini ia akan mempertingkatkan kecekapan dalam proses pengambilan pegawai dan anggota," katanya.
Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas melancarkan e-Application dan Leadership Profiling ATM di sini hari ini.
Katanya, permohonan yang semakin meningkat itu mencerminkan sambutan yang menggalakkan terhadap profesion pegawai tentera.
"Ini mewujudkan cabaran kepada ATM untuk memproses borang permohonan yang terlalu besar jumlahnya setiap tahun dalam masa yang singkat. Maka sistem terbaru ini akan dapat mengurangkan beban itu seterusnya meningkatkan kualiti pengurusan ATM," katanya.
Sebagai permulaan, sistem e-Application itu akan mula digunakan bagi pengambilan pegawai Skim Graduan dan juga kadet dalam ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM.
"Ia akan diperluaskan bagi pengambilan peringkat anggota dan secara menyeluruh di Kementerian Pertahanan termasuk kakitangan awam," katanya.
Abdul Aziz berkata, rakyat Malaysia yang berkelayakan boleh memohon sebarang jawatan kosong di dalam ATM melalui e-Application termasuk mengemas kini maklumat dari semasa ke semasa.
Menurutnya, pemohon juga boleh melihat status permohonan serta memohon lebih daripada satu jawatan secara online.
Bagaimanapun, katanya, sistem permohonan lama iaitu menggunakan dokumen akan tetap digunakan bagi memudahkan pemohon yang tidak mempunyai akses ICT menghantar permohonan untuk menyertai ATM. |
|
|
|
|
|
|
|
Syor guna E-Aplikasi ambil anggota tentera
KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal semalam mengesyorkan Kementerian Pertahanan melaksanakan secara menyeluruh sistem E-Aplikasi bagi tujuan pengambilan anggota dan penjawat serta pegawai pangkat lain.
Katanya, sistem itu jalan penyelesaian terbaik kerana ia amat menjimatkan masa dengan hanya memerlukan pemohon melayari laman web JobMalaysia.gov.my.
Beliau berkata, sistem itu memudahkan kerja mewujudkan rekod baru, mengurus respons permohonan kerja, penjadualan temu duga, menentukan kategori serta bidang sesuai untuk pemohon termasuk proses semakan dan pemakluman keputusan.
“Menyedari kelebihan yang mampu ditawarkan sistem E-Applikasi, saya menyarankan supaya ia turut dilaksanakan secara keseluruhan oleh Kementerian Pertahanan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan E-Aplikasi dan Profil Kepimpinan bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini.
Memandangkan berkesannya sistem online itu, mulai bulan ini, graduan institusi pengajian tinggi (IPT) yang berminat menjadikan bidang ketenteraan sebagai profesion boleh mengisi permohonan menerusi sistem itu. — Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah Ajeb..ada nampak kat paper..tak sangka batch dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Syabas dan tahniah Insp/P Ajeeb... :pompom: daripada mula thread ini bercita2 tinggi..kini jadi realiti...harap sentiasa imbas cita-cita dan azam Ajeeb untuk menjadi seorang pegawai kanan yang berintegriti. Hope to see you up the next level..... |
|
|
|
|
|
|
|
Jd Inspktor Polis mencabar..best..tapi haku x layak |
|
|
|
|
|
|
|
lawakla forum ne..macam cerita zaman dulu..siap sampaikan berita lagi hihihi |
|
|
|
|
|
|
|
392# mmc
salam, terima kasih semua. akhirnya impian jadi kenyataan. insyallah akan buat yg terbaik.
kalau ikut perkembangan thread ni dari mula smpai sekarang boleh la tengok mcmana sy yg dulunya dan sekarang.
bila baca balik mcm klaka je, |
|
|
|
|
|
|
|
393# kiuros
terima kasih kiuros, sy xkn lupa apa yg sy pnh ucapkan.
tak lupa juga pada pembuka thread ni eden_torai14, dia pun dh mula bertugas awal 2 bln dari saya. sy baru report duty hari ni.
terpaksala cari rumah sewa lepas ni |
|
|
|
|
|
|
|
(MERGED) KERJAYA DALAM POLIS, TENTERA & APMM
Post Last Edit by jazim at 25-10-2009 14:36
saya ingin tahu apakah syarat-syarat untuk menjadi polis... |
|
|
|
|
|
|
|
bukan dalam paper dah ada bagitau ka? |
|
|
|
|
|
|
|
bukan dalam paper dah ada bagitau ka?
asher Post at 2-10-2009 16:46
tapi saya tak tau o...boleh bagi tau? |
|
|
|
|
|
|
|
konstabel kene ada spm
inspektor kene ada diploma
asp kene ada degree
tapi dgr2 dgree maybe utk inspektor pada masa depan
lain2 sihat tubuh badan, lepas interview, xm dan kursus khas.... |
|
|
|
|
|
|
|
letak kaki ramai-ramai...
pastu nyanyi...
POLIS SENRI
ONE TWO JAGA
POLIS MATI
PENCURI JAGA |
|
|
|
|
|
|
|
4# ekod79
spm kena lulus semua?atau lulus BM sudah cukup...? |
|
|
|
|
|
|
|
kat uniform kene pakai logo saya anti rasuah |
|
|
|
|
|
|
|
7# AHMADVW
polis suka makan rasuah ke...? |
|
|
|
|
|
|
|
SIAPA MAKAN CILI DIA TERASA PEDIH ULU HATI |
|
|
|
|
|
|
|
search la dlm ternet...ape daaa.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|