|
CINTA LUARBIASA (YANG ARIF YANG WANGI). (U)
[Copy link]
|
|
“Kelas kau dah habis?” soal Ali, sengaja memancing perhatian Jasmin yang sedang bermenung. Jasmin diam, perlahan2 menoleh ke arah Ali disisinya.
“Dah…” balas Jasmin perlahan. Haa..akhirnya bercakap juga.
“Habis tu, apa plan kau sekarang? Kata nak kerja…” soal Ali. Sisa2 roti dimulut dilap dengan tisu. Jasmin menarik nafas lemah dengan soalan Ali.
“Kau tau tak Ali, kadang2 bila aku fikir2 balik…keadaan aku sekarang tak ubah macam aku dah tersepit dalam situasi yang aku dah tak boleh keluar..” tiba2 sahaja Jasmin bersuara perlahan. Nada suaranya serius. Lemah. Fahamlah Ali bahawa Jasmin sedang meluahkan perasaannya. Lalu Ali diam, membiarkan Jasmin bersuara.
“Dari kecil, aku dah terbiasa hidup berdikari. Aku dah terbiasa buat apa yang aku nak. Tiba2 aku masuk dalam keluarga ni. Keluarga yang sangat berbeza gaya hidupnya dengan cara aku dibesarkan dulu. Bukan aku tak bersyukur dengan nikmat Tuhan, tapi…” nafas resah ditarik perlahan.
Wajah Jasmin mendung. Lirih suaranya bertutur satu persatu. Ali hanya diam.
“Family ni terlalu baik. Mama..papa…terlalu baik. Sebab kebaikan merekalah, aku jadi takut nak buat apa2 yang boleh membuatkan mereka marah. Tapi..sebenarnya aku….” Kata2 Jasmin terhenti sejenak. Jasmin menelan air liur pekat. Serasa payah untuk disuarakan niat hatinya.
“Aku nak kerja. Aku nak berada jauh dari abang Arif…Aku rasa macam…macam…semakin hari…aku jadi serba salah pandang muka dia…..” luah Jasmin.
“Apa kau mengarut ni Jas…abang Arif kan sangat baik dengan kau. Apa salah dia sampai kau nak pergi jauh dari dia..” Ali menyampuk bila bab Arif dibicarakan.
“Entahlah Ali..aku keliru…aku tak tahu apa nak cakap….aku geram…” Jasmin menarik nafas resah. Ali yang mendengar luahan hati Jasmin semakin keliru. Digaru2 kepalanya yang tidak gatal. Apa budak Jas ni mengarut….
“Kau ni tengah jiwa kacau ni….” kata Ali meneka. Jasmin diam.
“Kau bergaduh dengan dia ke semalam?” soal Ali. Jasmin menggeleng.
“Dia pergi Bangkok. Tapi tak bagitahu aku pun….Tau2, dia dah tak ada kat rumah….kadang2, aku rasa tinggal kat rumah tu..rasa macam kosong..” kata Jasmin lagi. Dia merenung rumput pula. |
|
|
|
|
|
|
|
“Oohhhh..patutlah kau merepek2 ni…rupanya abang Arif tak ada….” melambak ketawa Ali. Fahamlah dia mengapa Jasmin bercakap macam orang terminum arak…mabuk semacam….bercakap tak tahu hujung pangkal.
Jasmin menoleh, memandang Ali yang ketawa sinis padanya. Berkerut dahi Jasmin merenung Ali.
“Apa yang lucu sangat?” soal Jasmin serius. Terasa hati bila diketawakan oleh Ali. Ali senyum sumbing. Dia bangun mendekati Jasmin lalu duduk berteleku disebelah Jasmin. Jasmin memandang pelik dengan perilaku Ali. Ali senyum lebar kepada Jasmin.
“Kau tahu tak apa masalah kau sebenarnya?” soal Ali sambil tersengih2. Jasmin mengerutkan keningnya, hairan bin ajaib. Wajah Ali dipandang memohon pengertian.
“Cuba kau pandang langit biru tu Jas….” pinta Ali.Jasmin memandang Ali kehairanan, tapi menurut saja kata Ali. Langit biru yang luas dipandang. Silau matanya menahan panas mentari.
“Cuba kau pandang tanah kita pijak sekarang…”pinta Ali lagi. Jasmin patuh. Memandang tanah tempat mereka berpijak. Kemudian Jasmin memandang Ali.
“Apa maksudnya?” soal Jasmin serius. Ali menguntum senyum. Wajah Jasmin dipandang lama2. Hatinya tiba2 diserbu rasa sayu. Memanglah dahulu dia pernah menaruh harapan terhadap gadis itu. Tapi, memandangkan gadis itu yang enggan membalas perasaannya, dia akur akan kata2 Jasmin suatu ketika dulu. Cinta tak boleh dipaksa.
Lantaran itu, dia rela menjadi sahabat yang akan meminjamkan bahu setiap kali Jasmin bersedih atau kepala jika Jasmin mahu menunjal kepalanya kerana ketawa gembira. Dia rela. Dia bahagia bilai dapat melihat Jasmin gembira. Wajah Jasmin dipandang lagi.
“Apa maksudnya Ali?” soal Jasmin lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
“Tak ada apa…hari nak hujan….” Kata Ali lalu cepat2 berkemas. Langit semakin menampakkan tompok2 gelap. Pantas Jasmin mendongak ke langit. Benar, langit yang membiru cerah tadi, mula kehitam-hitaman.
“Jadi, kau mainkan aku tadi ya?” soal Jasmin marah. Ali tersengih sambil menggalas begnya.
“Cepatlah! Kita masuk ke dalam. Tak pasal2, kena hujan, jadi memori daun pisang pulak nanti..” kata Ali sambil membantu Jasmin menyarung beg sandang ke belakangnya.
“Hiii..aku beria percaya!” marah Jasmin. Plastik2 sudah dikumpul ditangan Ali. Ali terdiam sejenak, kemudian memandang Jasmin. Jasmin memandang wajah Ali yang serius.
“Kenapa?” soal Jasmin hairan. Ali senyum simpul.
“Kau…dah jatuh cinta dengan abang Arif kau….Tahu?” ujar Ali telus. Direnung wajah Jasmin sambil tersenyum. Jasmin terpana mendengar kata2 Ali. Perlahan2 dia menggeleng. Jasmin mengetap bibir. Tak mungkin! Tanpa sedar, Jasmin menggeleng berkali2, cuba menafikan kata2 Ali.
Ali senyum lagi. Ali mengangguk, cuba meyakinkan Jasmin akan kata2nya. Melihat riak wajah Jasmin yang kaku, tanpa sedar, Ali menyentuh pipi gadis itu.
“Percayalah! Itu satu kebenaran….” tutur Ali perlahan sambil mengusap pipi Jasmin. Jasmin terkedu dengan perbuatan Ali. Tapi, hangat tangan Ali tidak langsung terusik dihatinya. Yang berlegar di ruang minda, hanya kata2 Ali. Kau dah jatuh dengan abang Arif kau! Jasmin terdiam lama. |
|
|
|
|
|
|
|
tqvm fizzi, finally ada gerk entry. best sungguh. boleh request nak lagi tak?
larikkkkkkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
t.q. fizzi....
nak n3 lagi................. |
|
|
|
|
|
|
|
sama2 jatuh cinta .... tapi menyimpan rasa dan perasaan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 844# minahsaudi
adeeeiiiii...
akan ku cuba kak! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 832# qimi08
baru abang ingat nak bawak adik jalan2 kat Bangkok..tetiba adik buat perangai la Qimi...
tu yg abang meletup tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Pulang dari persidangan yang tamat kira2 jam 6.00 petang waktu Bangkok, Arif terus memerap di bilik hotel. Usai membersihkan diri, terus sahaja Arif membuka computer ribanya yang cuma sebesar buku tulis sekolah.
Alamat emailnya terus ditaip. Selepas seketika menunggu, kotak email masuk dibuka. Email dari Nik menjadi keutamaan pada waktu itu. Menurut perjanjian, setiap hari Nik harus member maklumat terkini kepadanya tentang Jasmin.
Beberapa fail yang dititipkan bersama email dibuka satu persatu. Mata Arif terbelalak melihat gambar2 Jasmin. Dari jam 12.00 tengahari waktu Malaysia, Jasmin keluar dari rumah dengan Ali dan mereka menuju ke KLCC.
Riak wajah Arif mencuka. Dahinya berkerut. Nafasnya terasa tersekat merenung satu persatu gambar yang disisipkan bersama email.
Gambar Jasmin yang menenggek di motorsikal Ali, gambar Jasmin yang sedang tersenyum merenung Ali, gambar Ali merenung Jasmin. Lebih membuatkan nafasnya tidak tenteram, apabila melihat gambar Ali yang mengusap pipi Jasmin.
Ini sudah lebih!!! Jadi, mereka berdua ni memang betul2 berpacaran lah? Bukan sekadar kawan biasa? Kalau kawan, takkan sampai nak mengusap pipi pula. Cara pandangan Ali kepada Jasmin juga, menunjukkan Ali benar2 menaruh hati terhadap gadis itu.
Wajah Jasmin pula, seakan memandang Ali dengan penuh rasa sayu. Seolah2 mereka sedang bercinta, tapi masih takut2 untuk mengisytiharkan percintaan mereka? |
|
|
|
|
|
|
|
Arrgghh!!! Arif bersandar ke kepala katil. Komputer diribanya direnung lama. Arif mengetap bibir. Macammana Jasmin boleh jatuh hati pada Ali? Sedangkan dia Cuma mengenali Ali kurang dari jangkamasa dia mengenali aku.
Saat itu, terasa bergunung penyesalan bertandang di dada Arif kerana membiarkan Jasmin bekerja di restoran Pak Mat dahulu. Terasa menyesal kerana meninggalkan Jasmin selama 2 minggu di Tioman tanpa sebarang khabar berita.
Arif merenung dinding bilik hotelnya. Beberapa gambar Hotel Hyatt digantung di dinding bilik tersebut. Mungkin salah aku, kerana pada mulanya mengabaikan Jasmin setelah aku tinggalkan dia di Tioman. Seolah2 pemergian aku bagai tidak ada titik pertemuan semula lagi. Jadi, Ali telah menjadi tempat bergantungnya?
Arif menarik nafas resah. Jasmin itu masih mentah. Belum mengenal dunia sebenar. Meski dia seorang gadis yang kuat kerana kesukaran yang ditempuhi selama dia membesar, namun dunia ini masih terlalu luas untuk diterokainya.
Arif merenung gambar Ali yang sedang merenung Jasmin. Pada pandangan matanya, Ali bukanlah seorang yang teruk sangat. Tapi, baginya, sebagai abang angkat kepada Jasmin, dia merasakan Jasmin berhak untuk mendapat lelaki yang lebih baik.
Tapi, bukankah cinta tak boleh dipaksa? Kalau hati Jasmin sudah terpaut pada Ali, siapa lagi yang hendak menghalang? Arif meraup2 dagunya sambil mengetap bibirnya. Arif menarik nafas payah. Andai benar Jasmin cintakan Ali, terpaksalah aku redha.
Tapi…Arif mengecilkan matanya merenung gambar Ali. Jaga kau Ali kalau apa2 berlaku!!! Aku korek kau walau ke lubang kubur sekalipun! Gumam Arif sambil menggenggam erat penumbuknya. |
|
|
|
|
|
|
|
tengs fizziiii...
cinta berputik tp xnak mengaku...bila jauh mula la nk merindu |
|
|
|
|
|
|
|
tq fizi, dah makin tercabar arif nampaknya |
|
|
|
|
|
|
|
Panjang N3kali ni...tulah dlm diam dah jatuh cinta tapi x mengaku kan dan panas bontot..... |
|
|
|
|
|
|
|
siapa kah yang akan meluahkan isi hati nya dahulu |
|
|
|
|
|
|
|
Sweet je si Jasmin ni. abang Arif pun......... kena react cepatlah............ kang melepas. Tak leh tahan bila abang arif pi deting kat zoo waktu lunch hour!!!! ya ampunnnnnnnnnnnnn hahahahahaha ..... beshhhhhhhhh fizzy! |
|
|
|
|
|
|
|
habis lah arif da salah sangka kat jasmin
nnt x pasal2 dia p melayan si wardah tu
mesti jasmin membawa diri sebab kecewa huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
ARIF cepatlah berterus terang kat JASMIN... |
|
|
|
|
|
|
|
best....ariff ni dia pun keliru perasaan dia ngn jas...
kalau suka tu terus teranglah..
nanti melepas br tau |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|