CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mentollica

Umrah

 Close [Copy link]
Post time 15-11-2007 03:15 PM | Show all posts
terima kasih coz sharing ur old photo dgn semua pembaca forum nie
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2007 06:26 PM | Show all posts
Ya Allah...syukur dan terima kasih kerana berpeluang juga harehak tgk gambo2 tue..Untie cbuk ke?lama tak email...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2007 06:27 PM | Show all posts
Ya Allah...syukur dan terima kasih kerana berpeluang juga harehak tgk gambo2 tue..Untie cbuk ke?lama tak email...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2007 06:27 PM | Show all posts
Ya Allah...syukur dan terima kasih kerana berpeluang juga harehak tgk gambo2 tue..Untie cbuk ke?lama tak email...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2007 06:32 PM | Show all posts
terima kasih..dapat jugak harehak tgk pengalaman2 dahulu ke tanah suci...Terrima ksh dunhill
Untie,cbuk ke?ada baca email erah tak?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2007 08:39 PM | Show all posts

Reply #856 Rosputih's post

Salam puan

kebetulan surah kegemaran saya juga adalah Surah Ar Rahman. Syahdu sekali bila baca kisah2 puan di sana.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2007 11:46 PM | Show all posts

Reply #852 IDB's post

ikut Lintas Travel.. 13 hari 11 mlm.. Harga RM4600 (satu bilik 2 org)
kami mengikut rombongan Ustaz Harun Din..  Yg bestnya, selepas balik dari solat subuh di Masjid, ada kuliah subuh oleh Ustaz Harun Din..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2007 12:15 AM | Show all posts
Originally posted by Rosputih at 15-11-2007 12:00 PM
Terima kasih dunhill kerana kami dapat berkongsi  melihat gambar-gambar yang amat menarik. Nikmat dan syahdunya melihatkan foto-foto lama terutama Kaabah dan Masjidl Haram.  Tak jemu dan rasa say ...



Sama sama.. itu bukan gambar saya tapi di paste oleh deaf4ever di bod sejarah.. kredit utk bro deaf..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2007 10:20 AM | Show all posts

Balas #888 Dunhill.\ catat

Ya, saya juga terus mencari dan berkunjung ke bod sejarah. Walau apa pun minat dan hasrat kita itu dapat dimanfaat bersama bagi memperingkatkan lagi syiar Islam' Insya Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2007 10:21 AM | Show all posts

Balas #888 Dunhill.\ catat

Ya, saya juga terus mencari dan berkunjung ke bod sejarah. Walau apa pun minat dan hasrat kita itu dapat dimanfaat bersama bagi memperingkatkan lagi syiar Islam Insya Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2007 10:25 AM | Show all posts
Khabar baik harehak.  Baca dah.  Untie pun tertunggu-tunggu berita dari erah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2007 01:29 PM | Show all posts

Reply #886 catalysts2's post

Sekarang, saban hari kita dapat melihat dan mendengar berita mengenai  jemaah yang akan mengerjakan haji ke tanah suci.  Kalau difikir-fikirkan, kisah-kisah atau rentetan  peristawa-peristiwa dalam sejarah Islam atau  dalam kalendar Islam  yang kita raikan seolah-solah diatur bermula sambutan Maal Hijrah,  Maulidul Rasul, Israq Mikraj, Nisfu Syaban, puasa bulan  Ramadan, Musim Haji dalam masa setahun pusingangnya merupakan satu hikmat kepada umat Islam agar  sentiasa mendekati Allah dan berpegang teguh dan taat kepadaNya

Melihat jemaah yang mula terbang untuk mengerjakan ibadah haji, ingatan saya kembali segar  ketika bersolat di Masjidil Haram, melihat suasana bagaimana berhempas pulasnya cubaan jemaah yang ingin mencium hajar aswad dan sikap saudara sesama Islam kita yang masih tak dapat lari dari sifat-sifat semulajadi yang ada di dalam setiap sanubari manusia termasuk diri saya sendiri yang masih lemah dan lalai.  Ketika berada di Makkah, saya selalu berdoa  dengan perasaan  diri ini teramat kerdil, mohon Allah SWT ampunkan segala  dosa-dosa saya, ampunkan kesalahan dan kelalaian saya kerana saya manusia yang lemah dan lalai.

Sepuluh hari terakhir di Makkah di bulan Ramadan merupakan masa yang amat bernilai kepada mereka yang berada di Makkah.  Semua yang berkunjung ke sana seboleh-bolehnya ingin menafaatkan waktu itu semaksimum mungkin untuk beribadat.  Keadaan di Masjildil Haram dan kawasan sekitarnya dipenuhi dengan pelaagai manusia dari pelbagai bangsa dan warna kulit serta saiz badan.   Ada satu ketika,  dalam perjalanan untuk masuk ke masjid, saya terpegun melihat seorang jemaah wanita entah dari negara mana  dipimpin oleh seorang ahli keluarganya keluar dari bilik air yang ada berhampiran masjid itu yangmaan badannya sangat  besar dan gemuk. betapa susahnya dia  untuk  melangkah naik  satu mata anak tangga  hingga saya terfikir bagaimanakah caranya dia sampai ke Mekah.  Kalau dia naik kapalterbang, dia tak akan boleh duduk  seat kapalterbang tu, kalau naik kereta .... Tapi dengan izin Allah SWT beliau dapat bersolat, bertawaf dan bersaie jua.

Ketika Ramadan  tempoh hari, penambahbesaran kawasan  saie yang dibuat dua tingkat bersambungan dengan kawasan saie  yang ada sekarang masih belum siap lagi dan laluan masuk ke masjidi melalui kawasan pintu di sebelah Bab Salam ditutup untuk kerja-kerja tersebut.  Jadi tumpuan beralih terutama ke masuk utama  Bab Fath.  Ketika hampir waktu solat dan ketika selesai solat, kawasan laluan keluar dari  Bukit Marwah merupakan kawasan yang sangat sesak  (bottle neck) dengan jemaah sehingga polis-polis sukarela agaknya membuat rantaian tangan  bagi memmisahkan laluan keluar dan laluan masuk dari kawasan tersebut bagi mengelakkan kejadian yang tidak diiingini.    Itupun masih ada juga jemaah yang berdegil  tak mahu mematuhi arahan dan berlaku pertengkaran di situ.  Bila keluar dari kawasan itu barulah boleh bernafas dengan lega.

Nikmat dan syahdunya bersolat di Masjidil Haram memang tidak dapat dinilai dengan kata-kata atau wang ringgit yang telah dibelanjakan untuk ke sana.  Tiada suatupun di dunia ini yang dapat menandingi kenikamatan betapa terasa kerdil dan kecilnya diri ini bila dapat bersolat di hadapan kaabah dan terasa seolah-olah berhadapan  dan terlalu hampir dengan Allah SWT  di samping dapat  menyentuh dengan tangan kita sendiri dan mencium kaabah. Setiap kali ke sana saya memang tak lepas peluang untuk mengucup kaabah sambil berdoa ke hadrat Allah SWT.  Ketika menulis inipun, air mata saya bergenang dan hati rasa tersentuh mengingatinya.  Selalunya saya suka ke masjid sebelah pagi kira-kira jam 8 - 9 pagi untuk mengerjakan tawaf sunat. Pada waktu begini  kawasan di dataran kaabah tidak berapa sesak dan boleh memberi ketenangan kepada  kita  untuk kita bersolat sunat, beriktikaf lebih lama sambil memandang kaabah yang tidak ada sesuatupun yang menghalangi pandangan kita ke arahnya sambil  berdoa sepuas-puasnya kerana suasana masih segar dan belum panas lagi.  Untuk tujuan begini , saya memang tak akan membawa sejadah kerana ingin menikmati kesejukan lantai marmar yang terasa sangat  nyaman dan dingin ketika bersujud.  

Di waktu-waktu lain  terutama menjelang masuk waktu bersolat , di kawasan dataran kaabah ini sangat sukar untuk kita mendapat tempat untuk  bersolat kerana ruangan yang diperuntukkan  untuk wanita adalah terlalu terhad.  Kita  terpaksa  datang terlalu awal atau kalau waktu tengahari  untuk solat Zohor atau menjelang petang untuk solat Asar , kita sanggup duduk berjemur dalam cuaca yang sangat panas seperti setengah-tengah jemaah  yang dilihat sanggup duduk di situ  sambil berpayung atau setengahnya sanggup membentangkan sejadah dan meletakkan kerusi lebih awal untuk booking tempat  bagi mendapatkan kawasan yang paling istimewa di dalam Hasjidil Haram. Bila melihatkan keadaan begitu,  dan melihat jemaah lelaki yang sanggup bersolat Zohor di  tingkat atas Masjidil Haram yang tidak berbumbung dengan cuaca  yang amat panas, hati kecil saya berkata mungkin mereka ini datang dari negara yang beriklim panas dan mempunyai ketahanan  diri yang amat kuat dan sanggup berjemur  walaupun di ruang bawah masih banyak lagi ruang untuk besolat.  Begitulah sebahagian ragam  manusia yang ingin mencari keredhaan dan kasih sayang Allah.


berbalik semula kepada kisah saya tadi, selepas puas rasanya saya beriktikaf di situ, selalunya saya akan ke Hijr Ismail untuk bersolat dan berdoa di situ pulak.  Bagi diri saya, memasukki Hijr Ismail juga mempunyai taktiknya yang tersendiri  Biasanya saya akan menyusur  masuk di celah-celah ratusan atau ribuan jemaah yang sedang bertawaf dengan cara mengikut arus dan menyusup masuk sebelum Makam Ibrahim lagi dan terus menyusup ke kiri hingga sampai di tembuk Hijir Ismail .  Bila dah berada di tembuk Hijr Ismail, sudah tidak ada gangguan lagi  dan kita boleh terus menyusur  hingga sampai ke pintu masuknya.  Cara ini amat mudah bagi saya. Cuma  sekarang saya lihat atau polis atau petugas yang menjaga laluan masuk ini agar jemaah tidak bertembung di pintu masuk ini yang saya rasa  luasnya lebihkurang 5 kaki sahaja.

Walaupun Hijr Ismail ini tidaklah luas kawasannya, tetapi Insya Allah ada ruang untuk kita bersolat.  saya suka mengambil tempat di kawasan yang belakang sekali, berhampiran tembok pengadang. Kadang-kadang bila kita tiba kawasan itu, ada saja jemaah yang selesai solat atau berdoa dan memberi ruang pada kita pulak.  Dan kalau kita telah berpeluang bersolat dan berdoa di situ, janganlah pula mengambil masa yang terlalu lama, kalau lihat masih ramai jemaah yang  berpusu-pusu mencari tempat, berilah peluang kepada mereka pulak.  Sama-samalah kita berkongsi nikmat kurniaan Allah SWT.  Sebelum saya kembali ke tanah air tempoh hari, saya bersyukur kehadrat Allah SWT kerana rasa kepuasan dapat bersolat di Hijr Ismail dengan tenang, tanpa terburu-buru seperti kebiasaannya di samping dapat membaca Al Quran, surah-surah kegemaran  saya tanpa gangguan.  Walau bagaimanapun saya tidaklah mahu berada di situ lama-lama kerana mengingati masih ada ramai lagi   yang ingin mengambil tempat sekiranya saya bangun.

Selepas keluar dari Hijr Ismail memang menjadi amalan saya akan menyusur tepian kaabah pula dan mencari ruang untuk  menyentuh dan memegang kaabah dan menciumnya.  Bayangkanlah perasaan anda semua kalau di Malaysia kita bersolat menghadap Kaabah dan bersujud  dengan melekapakan tapak tangan anda  di atas sejadah yang biasanya ada gambar kaabah, tapi pada masa itu anda dapat melihat dengan mata kepala sendiri dengan dekatnya sambil melekapkan tapak tangan anda kepada Kaabah dan mengucupnya sambil berdoa dan melekapkan pipi anda ke kaabah sebagai tanda kecintaan kita kepada Yang maha Esa.  Apa yang saya lakukan saya rasa tak merupakan satu kesalahan kerana ianya atas rasa kecintaan kepada Yang Maha Agong. Saya pernah  mendengar  ceramah dari seorang ustaz yang memberi ceramah kepada bakal-bakal haji dan umrah tidak lama dalulu yang menyarankan dan mengajar cara-cara berdoa  di kaabah.

Dah terlalu panjang rasanya tulisan saya ni.  Sebenarnya masih terlalu banyak yang ingin saya kongsikan untuk dijadikan iktibar, ingatan dan renungan dan  semoga ianya boleh menjadi sebagai dorongan kepada pembaca menanam hasrat untuk mengerjakan ibadah umrah atau haji agar dapat mengalami sendiri  peristiwa dan suasana ketika berkunjung ke Tanah Suci Makkah dan Madinah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2007 03:13 PM | Show all posts

Reply #877 mummiena's post

salam mummiena,

Berdoalah selalu agar allah memperkenankan hajat kita untuk ke tanah suci.  

Bila bercerita sebelum ini mengenai bagaimana  seorang jemaah wanita yang sangatlah besar dan gemuk badannya yang datang mengerjakan umrah, saya teringat pula mengenai sekumpulan jemaah dari Indonesia ketika menunggu penerbangan di  Changi Airport, Singpura  ketika menunggu penerbangan ke Jeddah.

Saya pun tak tahu kenapa  ramai jemaah Indonesia yang ingin ke Makkah menaiki pesawat Saudia melalui Changi Airport atau mungkin juga mereka adalah penduduk-penduduk dari kepulauan yang lebih hampir dengan pulau Singapura.

Dalam pada duduk menunggu waktu menaiki pesawat, datang sekumpulan jemaah warga Indonesia dengan pakaian batik yang seragam yang kebayakannya terdiri dari warga emas yang kalau di lihat dengan mata kasar memang terdiri dari golongan yang agak susah atau datang dari kawasan pendalaman yang mana butir percakapannya pun kita tak faham atau pernah dengar.  Kebanyakan yang ada di situ melihat sahaja  gelagat-gelagat mereka yang mungkin ini adalah pertama kali  mereka menaiki pesawat  atau berpergian jauh, kerana boleh dibaca dari gerak geri mereka. Mereka semua kelihatan begitu teruja dan  riuh rendah duduk bercakap sesama mereka.

Dalam ramai-ramai jemaah tersebut, hati saya tersentuh melihat seorang wanita yang umurnya agak separuh abad menjunjung beg pakaian yang hanya diikat dengan tali rafia sahaja kerana  beg yang dibawanya itu  terlalu lusuh dan zipnya telah rosak dan bagi kita semua mungkin  telah layak dibuang, di samping beliau membawa bag plastik hitam yang telah lusuh juga yang mengisi makanan.  cara beliau berpakaian juga menimbulkan rasa simpati di hati kecil saya ini. Beliau juga kelihatan sangat gembira, teruja dan macam dah tak tentu arah pulak kelihatanya.

Datang keinsafan dalam diri saya betapa dengan keadaannya yang  sebegtu, Allah menjemputnya untuk berkunjung ke rumahNya.  Terfikir juga saya, kebanyakan kita, seboleh-bolehnya nak berpakaian yang terbaik, termolek dan tercantik sekali dari segala sudut dan perkara .  Tapi kita lupa, tidak semua manusia mempunyai itu semua.   Saya insaf, sebenarnya Allah tidak memandang itu semua, Allah memandang ketulusan, kecantikan dan keikhlasan hati hamba-hambanya dan mungkin wanita itu salah satu daripadanya yang ingin ditunjukkan di depan mata saya.

Allah akan menjemput sesiapa yang dikehendakiNya.  oleh itu berdoalah, berdoalah dan berdoalah kerana Allah suka kepada hambaNya yang tidak putus-putus berdoa kepadaNya.

Maha Suci Allah Yang Maha Pengasdh dan Maha Penyayang.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2007 06:59 PM | Show all posts

Reply #892 Rosputih's post

Salam puan;

Terasa mengalir air mata membaca coretan puan. Hati ini bertambah2 sayu n tak
terkira rindu ini ingin berkunjung ke sana. Doakn agar impian ini menjadi nyata
tahun depan, insya Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2007 10:27 AM | Show all posts

Reply #880 aw76's post

Beberapa bulan sebelum saya berkahwin pada tahun 2002, hati saya berat untuk menunaikan Umrah... alhamdulillah... hajat saya dimakbulkan. Memandangkan ayah saya tidak dapat menemani saya pada waktu itu..maka pihak agensi pun aturkan seperti mana yang aw76 ceritakan. Dgn inzin Allah, seorang insan berhati mulia sudi menjadikan saya anak angkat dan tumpang muhrim. Alhamdulillah hubungan singkat yang  terjalin antara saya dan pakcik tersebut dan isterinya sewaktu umrah itu, berpanjangan sehingga hari ini. Bahkan kami dah seperti anak beranak... kalau lama tak jumpa, rasa sedih dan rindu...mungkin itu lah berkatnya ukuwah yang terjalin di tanah suci. Mudah-mudahan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2007 06:38 PM | Show all posts

Reply #887 Cattleya's post

terima kasih sudi menjawab pertanyaan saya.Di samping kehadiran Ustaz Harun Din, apa-kah lagi kebagusan travel agent ni ...bukan apa...tak pernah travel dgn syarikat ini sebelum ini dan berminat nak tahu lebih lanjut mengenainya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2007 11:07 AM | Show all posts
Saya insaf dgn cerita Rosputih..kagum dgn sesetengah org sanggup menepikan kemewahan hidup demi mengutamakan hajat ke tanah suci.... betapa bersih hati mereka ..sanggup ketepikan keinginan berbaju cantik, apatah lagi berjenama... buang ketepi nafsu untuk berkereta mewah dan banglo bertingkat2... keutamaan mereka adalah menyempurnakan Rukun Islam ke 5. Semakin kurang umat islam begini... sedih...... ramai antara kita yang bangga berkali2 pusing satu dunia, tapi masih          belum berkesempatan melihat rumah Allah dan memberi salam di makam rasullullah. Sedih bila pangkat seperti Dato & Tan Sri  dicari dan sanggup dibeli..tapi untuk gelaran Haji..dibiar seperti tak ada erti...

Hari ini adik ipar suami isteri akan berangkat ke tanah suci.. ahh..cemburunya saya...Moga seruan haji datang kepada saya sekeluarga, selepas 2 kali Allah mengizinkan kami menunaikan umrah. Semoga kawan-kawan di forum ini juga terpilih untuk ke  tanah suci. Amin.

Originally posted by Rosputih at 17-11-2007 03:13 PM
salam mummiena,

Berdoalah selalu agar allah memperkenankan hajat kita untuk ke tanah suci.  

Bila bercerita sebelum ini mengenai bagaimana  seorang jemaah wanita yang sangatlah besar dan ge ...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2007 10:13 AM | Show all posts
Da lama tak baca sambungan cerita2 menarik Untie Rosputih di Tanah Suci...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2007 11:56 AM | Show all posts

Reply #897 mummiena's post

Saya bersyukur kalau tulisan saya boleh mendatangkan keinsafan  kerana memang itulah sebenarnya hasrat saya.

Ketika membaca temubual Prof. Dr. Muhd.Kamal Ibrahim mengenai hasil karyanya yang berjudul Travelog Haji Mengubah Sempadan Iman kelmarin di Berita Harian, hati saya kembali terpanggil untuk menyambung kembali kisah-kisah di Makkah terutama kisah dan suasana bagaimana jemaah-jemaah terutama wanita yang rata-ratanya mencari tempat yang paling strategik untuk bersolat di Masjidil Haram.  Sebenarnya sejak beberapa minggu yang lalu, saya meninjau-ninjau kedai buku untuk membeli buku ini, tapi belum berjumpa lagi dan sudah pasti saya akan membelinya.

Bercerita mengenai bersolat di Makkah dan Madinah, untuk bersolat di Masjdil Haram, jemaah lelaki dan wanita bebas memasuki mana-mana pintu kecuali wanita tidak dibenarkan bersolat di tingkat atas sekali (bumbung masjid) berbanding Masjid Nabawi yang mempunyai pintu masuk dan keluar yang berasingan bagi jemaah lelaki dan wanita.  Di Masjid Nabawi, tempat solat wanita juga diasingkan dan ada sekatan dengan jemaah lelaki dan bagi wanita yang membawa bayi dan anak-anak kecil tempat solat  mereka adalah di saf paling belakang sekali.  Walaupun ketika solat berjemaah dan beradadi saf paling hadapan sekali, masih terdengar sayup-sayup tangisan anak-anak kecil dan bayi-bayi ini yang bersahut-sahutan sehingga selesai solat.  Namun begitu yang pastinya tangisan yang bertalu-talu ini menimbulkan kesayuan di hati ini pulak dan tidak juga  mendatangkan rasa tidak  senang  atau menjadi gangguan di kalangan jemaah-jemaah. Naluri  keibuan dan kasih sayang memang tiada batas sempadannya

Manakala kalau bersolat di Masjidil Haram, sudah pasti semua yang berada di sana tahu, di manakah tempat yang paling ideal bagi jemaah terutama wanita untuk bersolat.  Yang pastinya tentulah bersolat di dataran kaabah yang ruangnya sangat terhad, hanya boleh memuatkan pada jangkaan saya  beberapa ratus orang sahaja yang selalunya dimonopoli oleh orang-orang berbangsa arab dan sebahagian besarnya  dari negara-negara jiran tetangganya.  Dapat solat berjemaah di ruangan ini amat istimewa rasanya kerana pandangan kita terus ke kaabah tanpa sebarang  halangan dan bila mendengar bacaan imam, saya rasakan seolah terdengar bacaan itu turun dari langit, tambahan lagi ketika solat suboh.  Memang rasa syahdu.

Untuk mendapatkan tempat di ruangan ini, agar sukar terutama di akhir-akhir Ramadan.  Kita perlu datang terlalu awal, kecuali waktu solat Zohor, walaupun cuaca panas terik, masih ada jemaah yang bersolat di sini.  Kalau untuk bersolat Maghrib dan seterusnya isyak dan  solat tarawih, kalau ada rezeki, kita dapat masuk ke ruangan ini.  

Saya teringat pada satu malam di akhir Ramadan, saya telah memasang niat kerana rindu untuk bersolat di dataran kaabah.  selepas solat Maghrib , saya cepat-cepat pulang ke hotel untuk makan malam (berbuka di masjid) dan selepas mengambil wuduk terus kembali ke masjid.  Setibanya di masjid saya terus menuju ke dataran kaabah yang memang sudah penuh sesak,  mencari-cari tempat untuk menyelitkan diri ini.  Sedang saya mencari-cari tempat, saya lihat petugas-petugas pembersihan masjid meminta jemaah yang sedang duduk di bahagian belakang kawasan tersebut keluar dari situ kerana mereka ingin membersihkan kawasan tersebut.  Mereka memang cekap dan pantas  berkerja dan dalam beberapa minit sahaja  telah selesai. Apalagi, berebut-rebutlah jemaah yang keluar tadi memenuhi ruang itu semula, termasuklah saya sendiri yang akhirnya mendapat tempat yang agak selesa juga.  Allah Maha Mengetahui dan mendengar bisikan hati saya.

Kita boleh melihat ragam manusia di mana-mana, sekalipun berada betul-betul di depan kaabah yang menjadi kiblat bagi semua umat islam.  Saya sering memikirkan, apakah mereka  ini tidak mempunyai rasa malu kepada Allah swt ?   Mereka bertengkar sesama sendiri untuk mendapat tempat untuk bersolat, mereka melangkah kepala, menjadikan kepala kita sebagai tupangan untuk berjalan di celah-celah jemaah yang sememangnya padat.  Mereka tidak menghormati jemaah yang telah berada di situ terlalu awal untuk mendapat tempat, sedangkan meraka baru sahaja datang dan  merempuh di celah-celah jemaah kerana ingin bersolat di bahagian hadapan yang sudah pasti tiada ruang lagi untuk mereka.  Di situlah datangkan kekecohan, pertengkaran mulut dan yang paling tidak menyenangkan mereka terpaksa berpatah balik dan melalui celahan jemaah untuk mencari lain-lain tempat untuk bersolat.  Tambahan pula kebanyakan mereka berbadan besar berbanding orang-orang asia yang kecil-kecil tubuhnya,yang kadangkala mendapat simpati dan di beri ruang untuk menyelitkan diri.  Kalau ingin mendapatkan tempat istimewa kenapa mereka tidak mahu datang awal-awal?  Di manakah letaknya perasaan mereka?

Ada satu malam, saya berpeluang bersolat di dataran kaabah ini dan  duduk di saf yang agak selesa juga.  Tiba-tiba datang seorang gadis  keturunan arab yang ingin menempatkan dirinya di sebelah saya yang memang tiada ruang langsung untuk beliau.  Jemaah di sebelah saya tidak membenarkan saya memberi ruang kepada gadis tersebut kerana memang sudah sempit.  Tapi malangnya  gadis tersebut memarahi saya dengan berkata-kata dalam bahasa arab dan memberi renungan yang sangat tajam dan terus duduk juga duduk di sebelah saya walaupun keadaan sangat sempit.  Bertanya di hati saya, kenapakah beliau memarahi saya? sedangkan saya tidak memarahinya dan telah memberi ruang kepadanya pulak.  Biasanya di Masjidil Haram, walaupun sesempit mana sekalipun jemaah berhimpit-himpit, bila semua jemaah mula berdiri untuk solat, keadaan yang sempit tadi beransur-ansur lega dan masing-masing dapat bersolat dengan sempurna.

Selesai solat Isya' ada jemaah yang keluar dari situ dan saf saya kembali selesa. Sementara menunggu solat tarawih, datang pulak seorang jemaah yang ingin menyelitkan diri di antara saya dengan gadis arab tadi dan saya ingin memberi ruang kepadanya. Tapi apa yang sangat saya kesali dan rasa kurang senang, gadis arab ini mendepangkan tangannya dan melebarkan silaan kakinya agar jemaah tersebut tidak boleh duduk di sebelah saya. Dia memarahi saya kerana ingin memberi tempat kepada jemaah tersebut.  Sedangkan sebentar tadi, beliau juga yang memarahi  saya konon tidak membenarkan beliau duduk di sebelah saya yang memang tiada ruangpun. Saya pulak bukan jenis yang pandai ber' argument' . Saya bersimpati dengan jemaah tersebut yang akhirnya dengan ikhsan jemaah lain mendapat tempat di sekitar kami. Kenapakah beliau mementingkan dirinya sahaja!  Saya sedih melihat perlakuan manusia yang bersikap begini.

Saya membawa cerita ini kerana ingin berkongsi  betapa manusia ini  masih tidak dapat lari dari sifat-sifat mazmumah, walaupun berada di tempat yang paling mulia.

Ada kesempatan lain, saya akan ceritakan pula tempat-tempat lain yang menjadi pilihan jemaah ketika berada di Masjidil Haram.  Harap tulisan saya ini tidak menjemukan kerana  selalunya tulisan saya  panjang, bertujuan  memberikan gambaran yang sebaik mungkin.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2007 12:11 PM | Show all posts

Reply #898 harehak's post

Apa khabar harehak? Rasa rindu pulak

Macam ada chemistry antara kita ye...  Untie baru menulisnya pagi ini.  Tambahan pula kita sama-sama  akan menangung perasaan yang sama tak lama lagi, lebih-lebih lagi erahlah!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:19 AM GMT+8 , Processed in 0.095496 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list