|
CINTA LUARBIASA (YANG ARIF YANG WANGI). (U)
[Copy link]
|
|
Datin Zaharah mundar mandir di balkoni biliknya. Telefon bimbitnya masih melekap di telinganya. Datuk Muhaiyeen sedang membaca akhbar di dalam bilik tidur mereka. Arif masih di hujung talian, berbual2 dengannya.
“Kalau kelas dia dah habis, suruh dia belajar memasak kat rumah dengan Mak Esah. Ini asyik keluar saja…” bebel Arif pada Datin Zaharah. Panas dadanya bila diberitahu oleh Datin Zaharah bahawa Jasmin keluar berjalan2 dengan Ali. Malam2 pula tu!Tak sabar2 dia menunggu laporan dari Nik.
“Isyy…dia baru je habiskan kelas dia yang banyak2 tu. Bagilah dia rehat otak sikit. Takkan nak duduk terperap dalam rumah saja. Duduk rumah pun, murung saja mama tengok,” bela Datin Zaharah. Dia tidak gemar melihat wajah monyok Jasmin di rumah.
“Oh..dah pandai monyok kat rumah sekarang. Dulu, masa mula2 Arif kenal dia, tak pulak dia nampak macam suka berjalan….” rungut Arif tak henti2. Cerita zaman purbakala pun diungkitnya ketika itu.
“Dia keluar dengan Ali. Bukan dengan siapa2…Lagipun dia dah balik pun…” kata Datin Zaharah. Kedengaran suara Arif mendengus dihujung talian.
“Okay lah ma. Arif nak tidur dulu..dah mengantuk. Kirim salam kat papa…” kata Arif.
“Pada Jasmin tak nak kirim salam?” soal Datin Zaharah.
“Tak payah! Bye ma. Assalamualaikum,” terus talian diputuskan. Datin Zaharah menggeleng2 sambil memandang telefon bimbitnya. Ada2 saja si Arif ni. Dia ingat semua orang macam dia…suka memerap dalam rumah?
Telefon bimbit diletakkan. Datin Zaharah berjalan menuju ke pintu bilik tidurnya.
“Nak kemana?” soal Datuk Muhaiyeen.
“Bilik Jas sekejap. Ada projek yang saya nak bincang dengan dia. Oh…Arif kirim salam….” kata Datin Zaharah. Datuk Muhaiyeen menjawab salam sambil memerhatikan langkah Datin Zaharah yang kian hilang dari matanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Dua kali pintu diketuk, Jasmin terus membuka pintu biliknya. Datin Zaharah yang berbaju kaftan dari batik Terengganu tersembul dimuka pintu dengan senyuman lebar.
“Masuk ma..” pelawa Jasmin lalu membukakan pintu. Datin Zaharah masuk ke bilik Jasmin lalu duduk di birai katil. Ruang bilik yang kemas dan teratur dipandang dengan hati yang senang.
“Ada apa ma?” soal Jasmin lalu duduk disebelah Datin Zaharah. Datin Zaharah tersenyum lalu memandang Jasmin.
“Jas tahu hari Isnin depan berapa haribulan?” soal Datin Zaharah sambil tersenyum simpul. Jasmin cuba mengira tarikh.
“25 haribulan!” Datin Zaharah menjawab pantas, mematikan kira2 Jasmin.
“Oh…” Jasmin menggaru2 kepalanya, malu dengan kelambatannya mengira. Atau ayat yang lebih tepat, lembab.
“Kenapa dengan 25 haribulan?” soal Jasmin pula. Ceria sungguh wajah Datin Zaharah. Nak pergi honeymoon sekali lagi ke?
“25 haribulan….Birthday abang Arif!” kata Datin Zaharah sungguh2. Terkesima Jasmin mendengar. Dipandang wajah Datin Zaharah dengan rasa kurang percaya. Datin Zaharah mengangguk sambil tersenyum.
“So…mama nak aturkan satu birthday party yang hebat. Mama nak jemput semua kawan2 mama, sedara mara…untuk dating majlis tu…” kata Datin Zaharah lagi.
Jasmin segera menarik wajah kelat. Gugup bila mendengar perkataan ‘kawan2’ dan ‘saudara mara’. Bagaimana jika ditanya oleh orang2 itu tentang status dirinya.
“Tapi mama…Jas perlu hadir ke majlis tu ke?” soal Jasmine. Dia bimbang, kehadirannya akan mencacatkan maruah keluarga yang seharusnya dipandang tinggi oleh orang lain. Datin Zaharah tersenyum. Jemari Jasmin diraih lalu digenggam erat. |
|
|
|
|
|
|
|
“Mama dah ceritakan pasal Jas pada kawan2 mama dan saudara mara. Mereka semua tak sabar nak jumpa Jas. Tapi…mungkin….” kata2 Datin Zaharah terhenti sejenak. Dia tunduk menghembus nafas lemah. Jasmin memandang wajah Datin Zaharah yang tiba2 bertukar sedih.
“Mungkin…ada sesetengah orang yang mempersoalkan kenapa mama ambil Jas sebagai anak angkat. Ada segelintir kawan2 mama yang bersikap pesimis dengan tindakan mama. Jadi, mungkin Jas akan jumpa diorang malam tu nanti. Tapi, pesan mama….jangan peduli kata orang. Dalam hidup ni, kalau asyik nak dengar cakap orang, kita takkan sampai kemana. Selagi kita bahagia, terus percaya saja pada kata hati. ..” kata Datin Zaharah sambil merenung Jasmin.
“Jangan sesekali Jas rasa rendah diri atau malu dengan diri Jas. Jas kena bangga dengan identity diri Jas. Yang menentukan hebatnya diri kita bukan disebabkan oleh pangkat, darah, keturunan atau harta. Tapi, kehebatan kita di mata TUhan. Selagi kita ingat Tuhan ada bersama kita….itulah sebenarnya kekuatan diri kita. Jas mesti ingat tu…” pesan Datin Zaharah lagi.
Jasmin yang mendengar, terpana memandang Datin Zaharah. Hatinya banjir dengan rasa sayu yang melimpah ruah. Jasmin mengukir senyum hiba. Memandang Datin Zaharah didepannya.
Datin Zaharah senyum, menggenggam erat jemari Jasmin. Air mata yang mengalir dihujung tubir mata, cepat2 diseka. Beremosi pula dia…
“Jadi, untuk parti tu, mama perlukan pertolongan Jas…” kata Datin Zaharah lagi. Itu sebenarnya hajatnya untuk berjumpa Jasmin malam itu.
“Tak perlu minta tolong mama. Apa saja pun, Jas akan buat demi mama…” kata Jasmin. Datin Zaharah memandang Jasmin, kemudian tersenyum penuh makna. |
|
|
|
|
|
|
|
Datin Zaharah memandang Jasmin sambil tersenyum2 simpul. Jasmin yang sudah hampir pitam, mengesat peluh yang merenik di dahinya. Datin Zaharah dan seorang wanita berbangsa Punjabi yang bernama Puan Kavita tersenyum meleret memandang tingkah laku Jasmin.
“Errr..mama..Jas nak terkencing sekejap….” Cepat2 Jasmin bangun lalu berlari2 anak ke tandas yang terletak diluar dewan latihan menari. Datin Zaharah hanya menggeleng dengan kerenah Jasmin.
Sebaik sampai di tandas, cermin di tandas direnung. Panik bercampur resah, huru hara Jasmin jadinya mendengar permintaan Datin Zaharah tadi. Sikit saja lagi, dia sudah mahu tumbang. Air paip dibuka lalu dibasahkan mukanya dengan air paip tersebut. Mimpikah aku? Please…please….
Jasmin angkat muka, merenung cermin. Nafasnya turun naik memandang wajah sendiri dihadapan cermin. Nafasnya cuba diatur satu persatu. 1….2…..1….2….cool……perasaan yang tadi bergelodak, kini tenang sedikit. Selepas beberapa nafas ditarik, Jasmin mengumpul keberanian. Pintu tandas ditarik, kemudian Jasmin melangkah semula ke dewan tarian.
Datin Zaharah dan Puan Kavita dilihat sedang berbual2. Sebaik sampai, Jasmin kembali duduk di sofa di hadapan Datin Zaharah dan Puan Kavita.
“Dah lepas hajat kamu?” soal Datin Zaharah sambil tersenyum2 sumbing. Jasmin yang malu2 kucing, pantas mengangguk. Rambut yang berjuntai ke telinga diseka. |
|
|
|
|
|
|
|
“Jadi, setuju? Jas jangan bimbang sebab Puan Kavita ni, memang expert dalam tarian india. She’s been dancing to UK tau…”pujuk Datin Zaharah.
“Tapi ma…sikit2 saja tau…Jas tak pandai menari lah….” Kata Jasmin. Ada ke patut Datin Zaharah menyuruhnya membuat persembahan tarian India sempena parti harijadi Arif? Langsung tidak sesuai dengan jiwanya yang berjiwa rock kapak…..
Kalau disuruh menyanyi lagu2 seperti Isabella ke…. Jasmin memang tidak akan peduli. Pejam mata saja pun, dia boleh menyanyi. Lirik memang sudah berada di dalam kepala otaknya. Tetapi, dia disuruh menari…..tarian india? Hadoyaiiii…
Tetapi, mengenangkan janjinya pada Datin Zaharah malam tadi, hendak tak hendak terpaksalah juga dilakukan. Tapi, kalau tarian India bertukar menjadi tarian singa nanti, jangan salahkan aku ya…
“Tak apa….ada lagi 5 hari…sempatlah berlatih. Kalau Puan Kavita yang ajar, tak pandai pun jadi pandai….” kata Datin Zaharah lagi sambil tersenyum2.
“Tak apa…kita belajar satu demi satu…” tokok Puan Kavita pula. Jasmin diam, mengetap bibirnya. Wajah kedua2 wanita dihadapannya dipandang. Satu keluhan berat dilepaskan. |
|
|
|
|
|
|
|
apa sahajalah permintaan Datin ni
Ariff suruh belajar memasak, Datin suruh belajar tarian India |
|
|
|
|
|
|
|
Arif dan Wardah menyusur jalan2 yang padat dengan golongan peniaga yang memenuhi segenap ruang jalan. Jalan keluar dari pusat kraftangan Ayuthia sesak. Arif terus masuk ke kereta. Cuaca panas membuatkan seluruh badannya berpeluh2. Wardah turut masuk ke kereta selepas meletakkan barang2 yang dibeli di Pusat Kraftangan Ayuthia di bonet kereta.
“You nak buat apa beli banyak2 tu…” soal Arif sambil menghidupkan enjin kereta. Hari sudah hampir malam. Seluruh badannya terasa melekit. Itu semua, gara2 mengikut kerenah si Wardah. Pada awalnya, dia mahu membeli belah di kompleks membeli belah di Bangkok, tetapi, kemudian dia meminta untuk pergi melawat tapak peninggalan sejarah di Ayuthia pula.
Selepas itu, mereka ke pusat Kraftangan itu. Itupun, Wardah mahu mengajaknya menaiki bot di Sungai Chao Praya pula. Arif angkat bendera putih awal2. Bersesak ditengah2 orang ramai, bukanlah satu hobinya. Kalaupun hendak berjalan2, dia lebih gemar tempat yang kurang orang.
“I nak bagi kat family i….as a token of souveniers…” balas Wardah. Arif mendengus. Mereka sudahpun berada di tengah2 jalanraya di kota Bangkok, menuju ke hotel.
“Whatever..” keluh Arif perlahan. Wardah disebelahnya hanya tersenyum.
“But, I ada belikan something untuk adik you. Nanti you bagi dia eh…” kata Wardah sambil tersenyum manis. Arif menoleh kearah Wardah sekilas pandang. Dia menarik nafas payah. Pemanduannya ditumpukan kembali ke jalan. Lusa, dia akan pulang ke Malaysia semula. Wajah Jasmin akan ditatap kembali. Tapi…hmmm…fikiran Arif berserabut… |
|
|
|
|
|
|
|
Awal2 pagi lagi Jasmin sudah dihantar ke pusat tarian Bhangravi Dance oleh Pak Kadir. Datin Zaharah tidak dapat mengikutnya kerana menghadiri satu majlis bacaan doa selamat dirumah kawannya. Sambil menunggu Puan Kavita yang masih dalam perjalanan, Jasmin mengambil peluang duduk di hujung sudut, memerhatikan beberapa kanak2 perempuan belajar menari.
Meskipun kanak2 itu masih kecil, yang rata2nya berusia 8 hingga 10 tahun, tetapi mereka nampaknya cekap mengikut tunjuk ajar guru tarian mereka. Disuruh bergelek ke kiri, mereka gelek ke kiri, disuruh bergelek ke kanan, mereka ke kanan. Dan wajah mereka sungguh gembira apabila menari bersama2 kawan2.
Kawan2…..hmmm….Jasmin mengeluh. Itu yang aku tak ada sekarang, melainkan Ali. Asyik terperuk dirumah saja, bila masa hendak membuat kawan. Jasmin duduk menongkat dagunya sambil menjadi pemerhati. Bunyi muzik latar lagu Selatan India melatari lantai tari di dewan itu.
“Dah lama sampai? I’m sorry, jalan jammed sikit tadi,” sapa Puan Kavita sebaik tiba. Bahu Jasmin disentuh dari belakang. Pantas Jasmin menoleh. Wanita itusudah memakai pakaian khas untuk menari. Sebuah beg kertas diserahkan kepada Jasmin.
“Apa ni?” soal Jasmin, seraya meneliti isi beg kertas itu.
“Baju untuk menari. Pakailah. Baru ada feel nak menari tarian india…” kata Puan Kavita sambil tersenyum simpul. Jasmin menyelongkar isi beg. Sepasang baju berkain lembut sarat dengan perhiasan bergemerincing berwarna merah ditelitinya.
“Ini?” soal Jasmin sambil mengambil sebuah rantai kaki yang dihiasi loceng kecil. Bila dipegang, bergemerincing bunyinya.
“Itu gelang kaki. Bagi side effect sikit waktu menari…come,” ajak Puan Kavita. Jasmin bangun dari sofa sambil menjinjing begnya mengekori langkah Puan Kavita. Mereka sedang menghala menuju ke dewan menari yang terletak bersebelahan. Ruang dewan itu lebih kecil berbanding dewan utama tadi.
Bilik yang dipenuhi dengan cermin sebagai dinding, diperhatikan dengan teliti oleh Jasmin. Gementar perasaannya berada di dalam bilik itu.
“Jas pergi tukar pakaian dulu. Auntie prepare lagu,” suruh Puan Kavita. Jasmin angguk tanpa banyak bicara. Bilik persalinan dituju. Dua-tiga minit kemudian, Jasmin keluar. Baju yang diberi oleh Puan Kavita betul2 selesa dipakai. Melekap di seluruh tubuhnya dari hujung leher ke hujung kaki. Tidak ketat, tidak longgar. Memang sesuai sangat dibawa menari. |
|
|
|
|
|
|
|
“Dah siap? Mari sini jas…kita dengar lagu dan tengok demo dulu. At least, Jas tahu apa yang kita bakal buat…” kata Paun Kavita. Dia menekan2 punat TV dan demo tape yang dipasang di pemain DVD.
Jasmin duduk bersila dilantai tari sambil menongkat dagu. Kaca TV dipandang. Puan Kavita senyum lalu duduk di atas bangku kecil di sebelah Jasmin. Tv yang dipasang mula bersiaran.
Muzik mula dimainkan dengan aksi beberapa penari yang membuka persembahan. Jasmin melopong. Membuntang matanya sebaik melihat persembahan TV dan mendengar lagu yang sedang diputarkan. Wajah Puan Kavita dipandang kelam kabut.
Puan Kavita mengisyaratkan jari telunjuk ke bibirnya, tanda menyuruh Jasmin jangan bertanya apa lagi. Tengok dahulu , begitulah maksud Puan Kavita.
Jasmin memandang skrin Tv. Puan Kavita pula yang melihat persembahan itu, badannya melintuk liuk mengikut irama muzik itu. Riang sungguh wajahnya sambil tangannya tergawang2 meniru aksi si penari di TV.
3 minit berlalu, barulah persembahan itu habis. Puan Kavita mengulang semula rakaman persembahan tadi, tapi bunyi muzik direnahkan agar Jasmin dapat mendengar dengan teliti kata2nya.
“Ini salah satu persembahan Vaibhavi yang paling bagus. Vaibhavi ni dulu, dia gemuk. Masa sekolah, orang ejek dia macam2. Tapi, bila dia start menari, she performs very well. Sekarang, macam Jas tengok, walaupun badan dia chubby sikit, tapi pergerakannya very sharp. Her face, very well dedicating to the music. Ada apa2 yang Jas nak tanya?” soal Puan Kavita.
“Kita nak menari lagu ni ke?” soal Jasmin. Itu soalan yang ingin ditanya dari tadi. Bibirnya diketap. Gementar perasaannya sebaik melihat aksi tarian tadi.
“Yalah…this is one of the best hindi song to dance. ..” kata Puan Kavita. Jasmin melopong.
“Apa tajuk lagu ni?” soal Jasmin. Sekurang2nya, bila mama bertanya nanti, dia ada idea untuk menjawab.
“Aaja Nachle. Pernah dengar?” soal Puan Kavita. Dia sudah mengikat selendang di pinggangnya dan bersedia untuk membuka langkah tarian. Jasmin ternganga melihat Puan Kavita.
“Come. Nanti Auntie bagi tape ni pada Jas. Bila Jas balik rumah, Jas boleh tengok, cuba fahami, hayati lagu ini, dan try to understand the dancing steps. Untuk hari ni, auntie mahu ajar basic skill dalam tarian india dulu. You takkan dapat menari tarian india dengan baik kalau you tak faham beberapa perkara asas…” kata Puan Kavita lagi.
Jasmin melopong. Ini betul2 punya menari nampaknya. Ingatkan sekadar menghafal step saja… Jasmin melanga melihat Puan Kavita yang mula memasang satu tape music. Bila muzik kedengaran di lantai teri, Puan Kavita tersenyum ke arahnya. Jasmin mengukir senyum kelat. |
|
|
|
|
|
|
|
aik... apsal jas kena nari hindustan plak nie.....arif peminat filem hindi ke.... |
|
|
|
|
|
|
|
nak n3 lagi....kasi panjang2... |
|
|
|
|
|
|
|
Apa rancangan datin ni he he he he
harap berjayalah |
|
|
|
|
|
|
|
Namaste Fizz... Wah dah boleh bayangkan macam cerita bollywood ni.. best... ada masa sambung lagi ya. |
|
|
|
|
|
|
|
wah red suka lagu ni ajha najle he syava |
|
|
|
|
|
|
|
makin suspen pula apa agenda si wardah tu...
siap belikan hadiah utk jasmin... |
|
|
|
|
|
|
|
hihihi...
camne agaknya ARIF tgk JASMIN menari...
cuma, bila agaknya ARIF nak berterus terang dia suka kat JASMIN... |
|
|
|
|
|
|
|
mesti comel masa jas menari nanti..
lg buat ariff terpukau.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lagu tu best tau.. Ifah gi klas bhangra robik, joget lagu tu. Seronok.. Nak ikut jas joget kat party Arif... He3 |
|
|
|
|
|
|
|
besday arif
trian india jas
perfect... mavelus....
hehehehe.. gempak |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|