CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mentollica

Umrah

 Close [Copy link]
Post time 30-11-2007 02:51 PM | Show all posts
Bila tgk gamba2 yg Dunhill sharekan kat sini teringat citer  arwah moyang masa dulu bila dalam perjalanan ke Mekah, dgn menaiki kapal tu kalau ada yg meninggal semasa dalam perjalanan ( yelaa lebih sebulan ), mayat mereka dicampak ke dalam laut.....Al-Fatihah utk mereka...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2007 09:56 AM | Show all posts
asmk semua ..saya nak gi Umrah tahun depan ngan family ..siapa tahu ustaz Badrul Amin punya contact ..rasa macam nak ikut rombongan dia.  Dulu dia lecture saya ..macam suka dengar dia bagi usrah ...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2007 06:27 PM | Show all posts
Baca cerita rosputih , teringat pengalaman sendiri menunaikan Umrah bersama anak saya yang ketika itu baru berusia 9 bulan... memang 'hebat' dugaan nya berbanding kala pergi sendiri sewaktu belum kahwin..apatah lagi saya sedang sarat mengandung anak kedua waktu itu.. Cuma............ saya tak tahu kenapa.. saya terlalu ingin ke tanah suci waktu mengandung tu dan 'mengidam'  pula susu unta... Alhamdulillah, Allah makbulkan....semuanya selamat, walau ibadah agak terbatas kerana bawa si kecil... Kesian anak saya, masa solat, saya terpaksa ikat di tangan, agar dia tak main jauh.. masa sembahyang sunat tawaf... saya letakkan anak saya yang nyenyak tidur di depan saya walau orang sedang ranak bertawaf..saya betul2 bulatkan hati...serahkan pada Allah untuk jaga anak saya yang nyenyak tidur tu jangan sampai dipijak orang! Alhamdulillah, seolah2 tempat anak saya tidur tu bagai berpagar...  tak ada yang dekat... ... Teringat juga bila mak mak arab, berlari lari datang, peluk cium anak saya, bagi minum air zam zam, bagi makanan.. padahal, mak mak arab tu kalau dgn kita yang besar ni punya laa ek... Moga Allah murahkan rezeki untuk kembali...


Originally posted by Rosputih at 30-11-2007 12:11 PM
Apa khabar harehak? Rasa rindu pulak

Macam ada chemistry antara kita ye...  Untie baru menulisnya pagi ini.  Tambahan pula kita sama-sama  akan menangung perasaan yang sama tak lama lagi, lebi ...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2007 04:00 PM | Show all posts
doakan saya dpt p tawon depan....
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2007 04:06 PM | Show all posts

Reply #904 Mas916's post

mudah2an....Amin
kita pon teringin nk pergi.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2007 12:38 PM | Show all posts
Kita semua akan dapat pergi, InsyaAllah..Amin...moga makbul doa di hari Jumaat yg mulia ini...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2007 01:41 PM | Show all posts
Kemuncak ibadat haji telah semakin hampir.  Nikmat dan bahagianya jemaah-jemaah yang berada di sana.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2007 05:34 PM | Show all posts
mudah-mudahan kita semua dapat pegi jua...Amin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2007 06:44 PM | Show all posts
insyaAllah....amin....
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2007 11:55 PM | Show all posts
betul ke ada g bukan islam menyamar nak masuk ke sana, tapi pitam bila masuk ke tanah haram..

nak tanya apa beza tanah haram, tanah halal..

dan nak tanya, musim ni dah boleh bawa masuk handphone dan kamera kan, sbb parents ct pergi haji haritu tak dapat bawak kamera
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2007 06:48 AM | Show all posts
Originally posted by ctredzuan at 7-12-2007 11:55 PM
betul ke ada g bukan islam menyamar nak masuk ke sana, tapi pitam bila masuk ke tanah haram..

hearsay banyak...tapi tak pernah dari pengalaman sebenar seseorang.
Reply

Use magic Report

amir_kl This user has been deleted
Post time 11-12-2007 04:19 PM | Show all posts
ada tak sesiapa yang ada tau pakckage umrah pada thn 2008? setakat nie andalusia aje yang kuar yang lain tak kuarkan lagi ker?
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2007 04:35 PM | Show all posts

Reply #912 amir_kl's post

hari tu saya ada call POTO mengenai perkara ini ...dimaklumkan belum tahu lagi...depa mintak call 2 minggu lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2007 05:06 PM | Show all posts

Reply #912 amir_kl's post

cepatnya schedule 2008 dah kluar....
last year kalo masa ni usha mana2 co pon x kluar lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2007 05:11 PM | Show all posts

Reply #912 amir_kl's post

Dalam paper BH dah banyak kali  keluar pakej umrah Tiram Travel  untuk tahun 2008.  Kalau amir berminat saya ada no tel. dan contact personnya untuk dihubungi.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2007 05:16 PM | Show all posts
kalo tabung haji blom kluar lagi kann...

tima kasih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2007 02:37 AM | Show all posts

Alhamdulillah , Saya dapat layari laman ini malam ini

Assalaamu`alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

Pertama sekali saya berbanyak-banyak minta maaf kerana dah lama tidak masuk laman ini untuk berbincang. Sebenarnya keinginan itu ada tetapi berbagai hal yang saya terpaksa selesaikan menyebabkan saya tiada masa nak jenguk laman ini . Kalau setakat nak jenguk tanpa berbincang rasanya tak puas. Kalau nak bincang dan komen pula mengambil masa yang panjang , jadi lebih baik rasanya saya tak jenguk laman ini.

Setelah buka laman ini saya terkejut kerana banyak mesej yang saya terima. Maafkan saya ya. Insha ALLAH saya akan jawab mesej saudara/saudari semua.

Sudah pun 2 jam saya baca semua posting yang dilampirkan sejak saya berhenti posting dahulu. Seronok baca cerita dan pengalaman anda semua, kak Rosputih bnayak menceritakan pengalamannya. Terima kasih dapat berkongsi pengalaman.

Disini saya ingin mengingatkan semua agar kita selalu belajar dari pengalaman yang lepas. Kawan-kawan kita dalam laman ini alhamdulillah semangat mereka begitu tinggi untuk mengerjakan umrah, semoga ALLAH memaqbulkan hasrat mereka.

Seperti yang saya pos kan di mesej yang lepas-lepas janganlah kita terlalu ghairah sangat dengan iklan-iklan yang ada dalam surat khabar , masing-masing berlumba-lumba perkenalkan pakej untuk tahun hadapan sedangkan semua syarikat penerbangan belum lagi mengeluarkan senarai harga tiket penerbangan. Iklan yang keluar itu hanyalah anggaran sahaja sebab itulah harganya itu tertakluk kepada pindaan.

Saya pun nak pergi tahun hadapan dan saya telah pun bertanya syarikat-syarikat penerbangan kerana ramai orang bertanya saya berapa harga untuk tahun hadapan. Apa yang saya boleh jawab ialah tunggulah selepas semua jemaah haji pulang nanti, kerana biasanya ketika itu barulah syarikat-syarikat penerbangan akan mengeluarkan senarai harga.

Bagi yang mempunyai rancangan nak pergi bulan March nanti berhati-hati sedikit kerana saya tidak mahu ada lagi yang terkandas. Untuk mengetahui kenapa sila buka semula mesej-mesej yang saya tulis dahulu iaitu

http://forum3.cari.com.my/viewth ... page=27#pid13816785

http://forum3.cari.com.my/viewth ... page=28#pid14013822

http://forum3.cari.com.my/viewth ... page=28#pid14052224

http://forum3.cari.com.my/viewth ... page=29#pid14503662

http://forum3.cari.com.my/viewth ... page=29#pid14735742

http://forum3.cari.com.my/viewth ... page=29#pid14778701

http://forum3.cari.com.my/viewth ... page=30#pid14800880

http://forum3.cari.com.my/viewth ... page=30#pid14801119

http://forum3.cari.com.my/viewth ... page=30#pid14898357

http://forum3.cari.com.my/viewth ... page=30#pid14898671

Ianya khusus saya tujukan kepada sahabat yang nak pergi dalam bulan Safar atau awal Rabi`ul Awwal.

Manakala mesej lain yang saya poskan ialah


http://forum3.cari.com.my/viewth ... page=28#pid14390887


http://forum3.cari.com.my/viewth ... page=27#pid13733479

http://forum3.cari.com.my/viewth ... page=27#pid13733537

http://forum3.cari.com.my/viewth ... page=27#pid13733703

http://forum3.cari.com.my/viewth ... page=27#pid13733728

http://forum3.cari.com.my/viewth ... page=28#pid14013822

http://forum3.cari.com.my/viewth ... page=28#pid14052224

http://forum3.cari.com.my/viewth ... page=29#pid14503662

http://forum3.cari.com.my/viewth ... page=29#pid14735742

Insha ALLAH, saya akan berangkat setelah saya mula bercuti iaitu bermula dari 15.3.2008 sehingga hujung bulan Jun 2008. Tarikhnya belum ditetapkan lagi.

Saya persilakan sesiapa sahaja yang nak ikut rombongan saya.Insha ALLAH Ustaz Zahazan akan ikut serta kerana beliau tak dapat pergi bulan Ramadhan yang lepas kerana cutinya tidak diluluskan. Berdoalah supaya saya, ustaz Zahazan, jemaah saya dan juga sahabat-sahabat dilaman ini (walau pun tidak ikut rombongan saya ) akan diizinkan ALLAH menjadi tetamunya nanti.  

Insha ALLAH saya akan ceritakan pengalaman umrah saya bulan Mei lepas.

Rasanya setakat inilah sahaja posting saya berkaitan dengan umrah. O;eh kerana kita berada dibulan yang mulia , iaitu awal-awal bulan Dzulhijjah maka marilah sama-sama kita melebihkan ibadah kita kerana beribadah di awal-awal Dzulhijjah sangat besar ganjarannya sehingga ada ulama yang berpendapat lebih besar dari laitul Qadr.
Ini adalah kerana 10 hari awal Dzulhijjah disunatkan puasa dan melakukan ibadah lain dan Hariraya haji iaitu 10 Dzulhijjah adalah hari yang paling mulia disisi dan dikasihi ALLAH dari hari-hari yang lain dalam setahun. Dalam pada itu menurut sesetengah ulama hari wuquf lebih mulia disisi ALLAH kerana ALLAH banyak memerdekakan hamba-hambanya dari api neraka. Apabila ditinjau pendapat masing-masing maka kita boleh membuat kesimpulan bahawa hariraya adha lebih besar dari hari Wuquf ( WALLAAHU`AA`LAM).

Oleh itu hendaklah kita merayakan hariraya nanti dengan menyembelih binatang Qurban. Kalau kita boleh menghabiskan wang yang banyak sebagai persediaan sambutan `Iidul Fitri mengapakah kita tidak boleh menghabiskan wang dengan menyembelih Qurban sedangkan hariraya Qurban melebihi hariraya puasa dari segi fadhilatnya. Tersebut dalam hadith bahawa tiadalah amalan yang paling dikasihi ALLAH di hariraya Qurban melebihi dari menyembelih binatang Qurban , kerana ianya perintah dan tanda kita bersyukur kepada ALLAH.

Sesiapa yang mempunyai saudara mara yang sedang berada di Makkah sekarang , saya harap hantar lah sms kepada mereka supaya mereka berkorban. DAlam pada itu janganlah kita lupa untuk berouasa pada 9 Dzulhijjah nanti kerana pahalanya Nabi sallallaaahu`alaihi wasallam mengharapkan ALLAH mengampunkan dosa setahun yang lepas dan setahun yang akan datang ( 2 tahun ). HAdith ini diriwayatkan oleh Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah rahimahumullah.

Rasanya tak perlulah saya berceloteh panjang , hanya sekadar ingatan kepada semua untuk menggandakan ibadah dan berkorban dihari yang agung nanti ( `Iidul Adha ).

Sekian saya mohon maaf sekali lagi kepada sahabat-sahabat semua. Semoga ALLAH membimbing kita semua menuju keridhaan NYA. Aamin.

Wassalaamu`alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.

[ Last edited by  naasiha at 15-12-2007 02:39 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2007 01:00 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2007 01:01 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2007 01:04 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 09:02 AM GMT+8 , Processed in 0.437746 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list