CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

CINTA LUARBIASA (YANG ARIF YANG WANGI). (U)

  [Copy link]
Post time 1-4-2011 10:38 AM | Show all posts
wow...mesti nanti arif jatuh cinta lagi berguling-guling bila jas nari hindi...tak sabarnyeee...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2011 10:54 AM | Show all posts
bestnya nnti terbeliak biji mata ariff
tengok jas menari lebih2 lg ngan baru
lip lap lip lap. dahlah rupa pan asian tu mesti
terangkat............
camana lajunya irama tarian india
tu cam tulah gak jantung ariff
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2011 11:13 AM | Show all posts
macam-macam adaaaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2011 12:08 PM | Show all posts
mesti ariff tangkap cintan kat jas.....
bestnya.......
nak lagi 2....
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2011 01:06 PM | Show all posts
rumah arif kat atas bukit ke?
mau masa besday sok, arif n jas berguling2 turun bukit...
wardah lak berguling2 makan hati.. YES!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2011 03:26 PM | Show all posts
ble nk sambung nie...x sbr aku nk tau endingnye...aduyaiii~
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2011 04:12 PM | Show all posts

love rasa mcm nak tendang je arif ngan wardah...
arif nih sbb lembab sgt nak luahkan perasaan...
wardah plak ..geram sbb nak menggatal jer ngan si arif tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2011 04:31 PM | Show all posts
lembabnya arif
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2011 05:06 PM | Show all posts
nak tergelak dgn komen2 korang semua...
kat sini Arif lak dikatakan lembab sbb tak kenalpasti lagi apa isihatinya terhadap Jas...

kat umah sebelah pasal DA lembab tawan isterinya Adah...

harus la lepas ni Fizzi pun tertekan cam sakura gak nak wat n3 puashati...

fizzi asalkan tak lari dari idea asal dah le...

yg pasti ending mesti bahagia sbb cinta luar biasa........

pada hemat aku la... Arif mmg cintakan Jas tapi dia xnak hubungan kekeluargaan yg terjalin akan
musnah suatu hari nanti..... kalau dia pendamkan perasaan dia dan biarkan Jas kekal sebagai adik angkatnya dlm keluarga
pasti hubungan itu akan berterusan smpai akhir hayat....
tetapi kalau Arif nak bercinta dan berkahwin...manalah tahu satu hari nnti berlaku
pertelingkahan dan bercerai pastinya Jas dah kekok utk stay kat situ lagi... pasti dia membawa hati yg lara jauh dari Arif...
  itu pemahaman aku terhadap tajuk cinta luarbiasa.... cinta yg dipendam demi kebahagiaan org tersayang....
Arif tak nak hilang Jas sebagai cintanya dan adiknya.... so wardah lah untung...

“Dia adik I. Adik is adik. As a brother, I just want to make sure that she’ll get the best. No more than that,” tutur Arif tegas. Seleranya sudah terbantut. Tetapi, perasaannya yang tidak tenteram cuba disembunyikan dari penglihatan Wardah sebaik mungkin.




aku harap kalimah Arif itu masih utuh dihati tnpa berpaling tadah.... Jas as adik je...
dan kemungkinan besar Arif dulu akan kawin dgn Wardah sbb tiada penjelasan dari Jas n Arif ttg perasaan masing2...
dua2 kecewa dlm diam... ..... pssstttt...: sesiapa yg terbakor dgn speku ni jgn marah ye.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2011 07:18 PM | Show all posts
Zasssssss...... biar arif  kena ikat dengan sari jas kali ni. Apa2 pun beshh idea fizz ni, tak sabar nak tgk tarian bangra ni. Namaste!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2011 08:01 PM | Show all posts
Reply 909# Jaza2008

jaza oh jaza!!!!!
ngeeee........mengapakah???????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2011 08:04 PM | Show all posts
Lepas saja makan malam keluarga, Jasmin terus memerap di dalam bilik. Begitulah aktiviti hariannya setiap hari tanpa Arif dirumah. Siang ke kelas menari, malam saja terperap berlatih di dalam bilik. Pita rakaman tarian Aaja Nachle diputar berkali2. Beberapa perkara asas yang diberitahu oleh Puan Kavita  dibaca berkali2 dari nota kecilnya.

Benar kata Puan Kavita, pergerakan tarian perlu kemas dan selari dengan tempo. Tidak boleh tercicir. Paling penting, memahami maksud lagu. Lagu itu pula, lagu gembira. Dengan tajuknya saja, sudah tahu itu lagu untuk mengajak semua orang bergembira. Maksudnya ‘Mari menari denganku’.

“Menari lagu ni, jangan ada sedikit pun rasa segan atau malu. Luahkan saja apa yang tersimpan dalam hati melalui gerak badan. Jangan takut atau malu untuk merasa seksi.Lapangkan dada seluasnya. Tarik nafas dalam2….lepas sahaja…jangan simpan! Muka sentiasa kena selari dengan maksud lagu. Ceria…senyum…biar sampai ke telinga senyum tu….bila bergerak, bayangkan diri kita macam seekor burung yang terbang bebas diawan. Ketiak tu angkat tinggi sikit!”

Bergaung telinga Jasmin dengan leteran Puan Kavita. Pesanan demi pesanan bergema di ruang telinganya. Jasmin bangun dari katil, perlahan2, cuba mengingati kembali langkah2 yang telah diajar. Dia tidak punya masa yang panjang. Cuma tinggal beberapa hari saja lagi sebelum majlis itu berlangsung.

Jasmin menari2 sendirian di hadapan cermin dengan dilatari muzik yang dipasang perlahan dari pemain DVDnya. Terpusing2 dia macam orang gila saja di dalam bilik. Mujurlah tak ada orang. Puan Kavita tu, walau nampak lembut, tapi boleh tahan jugak garangnya. Salah step saja, jeritannya akan bergema di dewan tari.

Kus semangat aku kalau dengar dia menjerit. Nak pekak telinga. Jasmin nekad, alang2 dia sudah terjerumus dalam persembahan ini, dia mahu memastikan persembahan ini dibuat sehabis baik. Dia tidak mahu menghampakan Datin Zaharah sekeluarga. Dia mahu, orang2 yang mempertikaikan tindakan Datin Zaharah mengambilnya sebagai anak angkat, melopong melihat tariannya.

Jasmin merenung langkah2 tarian yang ditarikan oleh penari di skrin TV. Aku mahu semua orang turut merasa kagum sepertimana aku merasa kagum melihat penari ini menari! Itu tekadnya.

Tokk!!!Tok!! Pintu biliknya diketuk dari luar. Jasmin tersentak. Cepat2 dia mematikan pita rakaman lalu menerpa kemuka pintu. Tombol pintu dipulas .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2011 08:05 PM | Show all posts
“Abbang..” wajah Arif muncul di muka pintu. Jasmin terpana melihat Arif didepannya.

“Bila abang balik?” soal Jasmin terkejut. Bukankah Arif masih di Bangkok?

“Sampai pukul 9 malam tadi. Jas tu yang asyik memerap dalam bilik. Buat apa?” soal Arif sambil terintai2 ke dalam bilik Jasmin. Jasmin tersengih, sambil merapatkan daun pintu. Enggan membiarkan Arif melihat ruang bilik tidurnya. Beg kertas pemberian Puan Kavita masih berada di atas katilnya.

Melihat Jasmin yang seolah2 hendak menyembunyikan sesuatu darinya, dahi Arif berkerut. Wajah Jasmin dipandang. Ini tak lain tak bukan, mesti asyik bergayut telefon dengan Ali!

“Nah…” hulur Arif. Sebuah bungkusan ditangan bertukar tangan. Jasmin menyelongkar isi beg.

“Kak Wardah bagi. Dia beli kat Ayuthia…” kata Arif. Dia terus berlalu meninggalkan Jasmin yang terkebil2 merenung sebuah beg anyaman berwarna pink dan biru berbunga2 di tangkai. Jasmin menutup pintu biliknya. Beg tersebut ditelek satu persatu.

Kalau setakat beg macam ni, nenek aku pun pandai buat….Cuma tak ada warna dan bunganya saja….Jasmin terdiam. Tiba2, wajah nenek menerpa ruang minda. Sihatkah dia? Apa beritanya sekarang? Hati Jasmin tiba2 dipagut pilu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2011 08:06 PM | Show all posts
“You dah bagi barang yang I belikan untuk adik you tu?” soal Wardah. Dia duduk di kerusi berhadapan meja pejabat Arif.  Arif mengangguk tanpa sepatah suara. Dia terus meneliti computer didepannya.

“Adik you suka tak?” soal Wardah lagi. Bibirnya tak putus2 menguntum senyum.

“Entah. Lepas bagi, I terus masuk bilik…” kata Arif. Wardah mendengus sambil menggeleng2.

“You dan adik you tak sebulu ke?” soal Wardah. Arif memandang Wardah.

“Sebulu? Apa yang berbulu?” soal Arif. Wardah ketawa dengan soalan Arif.

“Maksud I, you dengan adik you tak ngam ke….macam dingin saja…” soal Wardah sambil tersenyum manis. Arif didepannya dipandang dengan penuh rasa bahagia.
Arif yang baru memahami maksud Wardah, diam. Susah baginya untuk menjawab soalan itu.

“Dia sibuk semalam. Tak sempat nak berbual panjang dengan dia. Dia asyik bergayut kat telefon dengan kawan dia…” adu Arif. Entah betul atau tidak telahannya, dia hentam saja.

Sejujurnya, sewaktu memandang Jasmine semalam, gadis itu kelihatan kaget bila melihat wajahnya didepan pintu. Bukankah sepatutnya Jasmin gembira apabila melihatnya yang baru pulang dari Bangkok?

Seminggu tidak berjumpa, tidak rindukah Jasmin padanya? Kusut fikiran Arif.

“Jom kita pergi makan. Perut I dah masuk angin…” enggan membiarkan wajah Jasmin terus berlegar2 dimatanya, Arif pantas mengangkat punggung. Wardah ternganga dengan ajakan Arif. Namun, bibirnya menguntum senyum puas. Dia yakin, buat masa ini, tiada orang lain yang paling dekat dengan Arif melainkan dirinya.

“Jom. Kat mana? I tak nak pergi zoo lagi ye…” kata Wardah seraya membuntuti langkah Arif.

“Takkan I nak bawak you pergi zoo pulak…” kata Arif sambil menyeluk kocek seluarnya. Wardah senyum lagi. Lengan Arif dipaut kemas, bimbang ketinggalan di belakang. Arif hanya diam, membiarkan Wardah memeluk lengan sasanya.

“Haa…hari tu mama you cakap you ada fobia pada binatang. Binatang apa?” soal Wardah. Arif mendengus, tidak menjawab. Dan mereka terus melangkah meninggalkan pejabat  sambil diperhatikan oleh beberapa pasang mata.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2011 08:08 PM | Show all posts
Datin Zaharah cepat2 mematikan telefon bimbitnya. Telefon diletakkan ke meja sisi lalu dia cepat2 berlalu ke dapur. Jasmin yang sedang minum air selepas pulang dari kelas tarian dihampiri dengan seberapa segera.

“Min! Min! Ada berita panas!!!” kata Datin Zaharah lalu cepat2 duduk di meja makan, bersebelahan dengan Jasmin. Mak Esah yang berada di dapur, turut memandang Datin Zaharah pelik.

“Ada apa ma?” soal Jasmin lalu meletakkan gelas ditangan ke meja. Dengan beg yang masih tersangkut dibahu, dia belum sempat meletakkan beg diruang  depan tadi.

“Min tahu apa reporter mama cakap?” soal Datin Zaharah. Jasmine menjungkit keningnya. Kurang faham dengan maksud Datin Zaharah.

“Tak tahu..” jujur Jasmin menjawab. Datin Zaharah tergelak. Ceria sungguh wajahnya. Bagai mendapat menantu baru!

“Abang Arif kamu…dia keluar dengan kak Wardah lagi. Masuk kali ni, dah 3 kali dia keluar dengan kak Wardah. Mama rasa, jangan2 abang Arif kamu tu dan berkenan dengan kak Wardah tak….” Kata Datin Zaharah sambil tersenyum.

Jasmin yang mendengar, terus terdiam. Riak wajahnya mati mendadak. Wajah Datin Zaharah dipandang.

“Min rasa macam mana?” soal Datin Zaharah lagi. Jasmin masih diam, tunduk lalu meneguk air digelas. Mak Esah datang duduk berhadapan dengan mereka.

“Datin tanyalah Arif kalau macam tu, kalau dia betul2 suka, kita terus masuk meminang si Wardah tu je….” Usul Mak Esah pula. Jasmine yang berada ditengah2, hanya mendiamkan diri.

“Saya nak tanya? Huhu….tak usahlah. Nanti dia cakap saya memaksa dia kahwin pulak. Elok2 dia dah terbuka hati nak kahwin, karang tak jadi pulak….” Takut benar Datin Zaharah. Melalui pengalaman, dia tahu Arif tidak suka disoal tentang hati dan perasaannya.

“Kalau macam tu, kita mintak Jas yang tanya…Arif takkan marah kalau Jas yang tanya kan?” usul Mak Esah lagi. Datin Zaharah dan Jasmin segera memandang Mak Esah.

“Brilliant idea !!” Datin Zaharah sudah separuh menjerit. Jasmin ternganga. Namun, melihat riak wajah Mak Esah dan Datin Zaharah yang berbual riang, hatinya luluh. Tidak sampai hati menghampakan kedua wanita yang bagaikan ibunya. Jasmin mengeluh perlahan dalam diam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2011 08:09 PM | Show all posts
Arif yang baru ulang dari kerja melopong melihat ke dalam kawasan taman dirumahnya. Kereta yang biasanya dengan lancar diparkir didalam kawasan banglo, kini terpaksa diparkir di luar pagar. Lambat2 dia berjalan masuk kedalam rumah sambil memerhati beberapa pekerja dan technician memasang khemah, lampu dan pentas di kawasan taman. Kawasan garaj juga sudah diubahsuai menjadi kawasan pentas.

“Dah balik..” sapa Datin Zaharah sambil tersenyum. Dia turut berada di taman, memerhati pekerja2 tersebut menyiapkan segala persiapan untuk majlis malam esok.

“Ini…nak buat apa dengan pentas sekali ni…mama panggil band ke malam esok?” soal Arif sebaik menyalami tangan Datin Zaharah. Dia tahu, esok harijadinya. Boleh jadi, itu persiapan untuk majlis menyambut hari lahirnya. Tiap2 tahun pun, begitulah usaha mama. Tapi, seumur hidup, tak pernah pulak mama siapkan pentas sebesar ni. Biasanya, cukup dengan hanya pentas kecil yang boleh memuatkan pemain muzik.

Datin Zaharah dan Arif memandang sekeliling kawasan taman yang sudah disiapkan hampir 80 peratus.

“Yelah…ada la mama panggil band sikit2…” kata Datin Zaharah lagi. Arif menjungkit keningnya. Sikit2? Hendak tergelak Arif mendengar.

“Ini bukan setakat sikit ni mama…pentas besar ni, satu kumpulan bola sepak pun boleh main bola atas pentas ni..” ujar Arif.

“Ala…inikan kali pertama mama nak perkenalkan Jasmin kepada semua orang termasuk sedara mara kita. Mama dah buat special arrangement. Arif tunggu sajalah kejutan malam esok! The most important thing, ajak Wardah sekali. Okay?” kata Datin Zaharah lalu berlalu masuk ke dalam rumah.

Arif meneliti lagi persiapan yang sedang dilakukan. Kepalanya menggeleng2 melihat usaha mamanya. Ada2 saja….
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-4-2011 08:10 PM | Show all posts
Malam yang ditunggu tiba jua. Tetamu2 kehormat dan saudara mara yang dijemput mula memenuhi perkarangan taman banglo Datin Zaharah dan Datuk Muhaiyeen seawal jam 8 malam lagi. Lampu warna warni menceriakan suasana malam dengan nyalaan lilin putih di sekitar taman.

Bunga2 mawar putih yang menghiasi meja hidangan memukau pandangan mata. Wardah mengenakan dress pendek berona biru muda beropol dihujung dengan sedikit bahagian dadanya yang terdedah. Rambutnya yang pendek diset kemas dan cantik.

Datin Zaharah mengalu2kan kedatangan semua jemputannya. Di suatu sudut, Dr. Mukhriz dan isterinya sedang berbual2 dengan Datuk Muhaiyeen. Mereka bertiga duduk di sofa yang berhampiran dengan taman.

“Abang akan menamakan Jasmin sebagai salah seorang pewaris hartakah di dalam wasiat nanti? Saya tengok, abang baik benar dengan anak angkat abang tu…” soal Dr. Mukhriz, yang merupakan adik Datuk Muhaiyeen. Mereka cuma 2 beradik.

Datuk Muhaiyeen terdiam lantas memandang Dr. Mukhriz. Duduknya terasa kurang selesa dengan soalan itu.

“Abang rasa, sebagai salah seorang anak, Jasmin juga berhak. Tak kisahlah dia anak kandung atau anak angkat. Yang penting, dia membahagiakan kami sekeluarga..” putus Datuk Muhaiyeen sambil melempar pandang ke arah Datin Zaharah dihujung sudut, yang sedang melayan kawan2nya.

“Tindakan abang ni, tak ubah macam satu perumpamaan melayu dulu2. Kera dihutan disusukan. Anak dirumah mati tak makan…” kata Dr. Mukhriz lalu tersenyum sinis. Isterinya disebelah hanya diam.

“Maksud kau?” Datuk Muhaiyeen kurang senang mendengar kata2 adiknya. Wajah Dr. Mukhriz dipandang dengan pandangan yang tajam.

“Kalau abang nak anak angkat, kenapa tak ambil Sofea saja sebagai anak angkat. Lagipula, Sofea tu bukan siapa2. Anak saudara abang sendiri juga,” kata Dr, Mukhriz, merujuk kepada Sofea, anak perempuannya yang baru berusia 15 tahun.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2011 08:11 PM | Show all posts
Datuk Muhaiyeen tersenyum sinis. Faham benarlah dia akan maksud adiknya itu. Datuk Muhaiyeen menggenggam erat kedua belah tangannya. Dia memandang Dr. Mukhriz.

“Yang patut kita tolong adalah orang2 susah, terutama anak yatim. That’s the priority. Lagipun, abang rasa, semua yang berlaku ni adalah ketentuan Tuhan. Siapa kita sebagai hamba Tuhan hendak menyoal Qada’ dan Qadarnya?” ujar Datuk Muhaiyeen sambil tersenyum. Kedua2 suami isteri didepan dipandang.

Dr. Mukhriz berpandangan dengan isterinya. Duduknya diperbetulkan. Terasa panas pula punggungnya didalam cuaca malam yang dingin.

“Tak adalah bang….kalau menantu tu, saya tak berkira sangat. Ini…. anak siapa2, anak orang asli pula tu, tiba2 berada di tengah2 keluarga kita..” kata Dr. Mukhriz lagi.

“Anak orang asli bukan manusia kah?” soal Datuk Muhaiyeen pantas. Telinganya terasa berdesing mendengar cemuhan adiknya. Ternyata, ijazah kedoktoran yang membawa gelaran Dr. pada adiknya tidak dapat meningkatkan nilai sahsiah diri pada seorang manusia. Mungkinkah sistem pendidikan berjaya menbentuknya menjadi manusia yang ‘berguna’ tetapi gagal membentuk adiknya menjadi seorang manusia yang baik?

Dr. Mukhriz terdiam, lalu berdehem. Serba salah jadinya berhadapan dengan abangnya. Lalu, diam menjadi jalan pintas menjernihkan kekeruhan itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2011 08:13 PM | Show all posts
Jasmin mematah2kan jarinya satu demi satu. Rasa gementar menyelubungi dirinya. Dari hujung rambut ke hujung kaki, terasa menggigil seluruh tubuhnya. Puan Kavita tersenyum memandangnya. Bahu Jasmin ditepuk dari belakang.

“Look at you young girl! You’re the star tonight! Go! And make your family proud,” kata Puan Kavita sambil tersenyum. Dia dan Jasmin sama2 merenung diri Jasmin di dalam cermin.

Jasmin memandang dirinya sendiri. Baju tradisional India bernama Lengga yang dibawa khas dari India berwarna merah benar2 menyerlahkan seri wajahnya. Hiasan yang memenuhi seluruh tubuhnya diperhatikan lagi. Inai merah dijari yang dibawa dari India merah mekar di jarinya.

Kata Puan Kavita, Inai ini, digunakan oleh artis2 di Utara India dalam banyak persembahan. Cara pemakaiannya juga mudah, tak perlu menunggu inai kering untuk mendapatkan warna yang cantik. Hanya menunggu 3 minit, warna merah menyala akan terhasil dengan cepat. Dan, inai itu juga akan hilang dalam masa seminggu.

Rambutnya yang panjang, di biarkan mengurai dengan sedikit alunan dihujung rambut. Seutas rantai kecil berwarna merah diselitkan ditengah2 dahinya dan terus ditarik ke belakang rambutnya. Jasmin menoleh, memandang Puan Kavita. Bila dia bergerak, bergemerincing bunyi loceng dari rantai kaki yang dipakainya.

“Saya takut auntie….rasa macam nak terberak…” tanpa malu, Jasmin meluahkan saja rasa hatinya. Puan Kavita tergelak kecil. Bahu Jasmin ditampar.

“Simpan you punya berak dulu…Tu, semua penari iringan dah keluar…cepat!” arah Puan Kavita. Mereka sama2 mengintai ke depan pentas dari bilik belakang pentas.Garaj kereta telah diubahsuai menjadi bilik belakang pentas. Jasmin mengetap bibirnya yang tebal dipalit gincu berona merah darah. Matanya yang disolek ala2 bollywood, dipandang ke arah Puan Kavita.

“Saya takuttttt…” genggamannya pada tangan Puan Kavita dikuatkan. Sejuk tangannya. Puan Kavita pantas menolak tangan Jasmin.

“Pergi! Muzik intro dah start!! Just go!” Puan Kavita menolak Jasmin terus ke pentas.

Jasmin terdorong kedepan. Mujurlah pentas masih gelap kerana lampu sengaja dipadamkan bagi memulakan gimik. Dada Jasmin seakan terasa berlari kencang. Namun, bila muzik permulaan dimainkan, Jasmin menarik nafas dalam2. Matanya dipejamkan seketika. Kemudian matanya dibuka kembali. Nafas dihembus penuh yakin. Langkahnya dipersiapkan. Dia mahu rock malam ni!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2011 08:15 PM | Show all posts
Post Last Edit by fizziany at 1-4-2011 20:16

korang sume nak tengok Vaibhavi menari tak lagu 'Aaja Nachle' ni?
Hihihi...just wanna share my excitement....

follow link ni:
http://www.youtube.com/watch?v=BlILLYSHvW0&feature=related
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 11:59 AM GMT+8 , Processed in 0.233586 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list