|
Reply #920 Ratu^^Jogging's post
bestnya gambar...transport pun nampak steady.TQ ratu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #910 ctredzuan's post
Ayat al Quran dan Hadith-hadith menyebut golongan kafir di haramkan memasukinya dan memang ini dipraktikkan oleh Nabi Sallallaahu `alaihi wasallam
Pengharaman orang kafir masuk ke tanah haram Makkah adalah selepas penaklukan Makkah iaitu pada tahun 8 atau 9 Hijrah.
Surah AtTaubah ayat 28: Hai orang-orang yang beriman ! Sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis, maka janganlah mereka mendekati al Masjidil Haram sesudah tahun ini. Dan jika kamu bimbang menjadi miskin, maka ALLAH akan memberimu kekayaan kepadamu dari kurniaNYA, jika DIA menghendaki. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Nabi Sallallaahu`alaihi wasallam bersabda:
Orang kafir tidak boleh lagi datang mengerjakan haji selepas tahun ini dan tidak boleh melakukan tawaf di Baitullah dengan bertelanjang.(HR al Bukhari)
Menurut Ibnu Hajar:
"Ayat di atas melarang musyrikin memasuki al Masjdil Haram walaupun bukan dengan tujuan untuk mengerjakan haji.......... Maksud al Masjdil Haram dalam ayat ini ialah Tanah Haram seluruhnya."
Nabi Sallallaahu`alaihi wasallam bersabda:
Sesungguhnya Nabi Ibrahim `alaihis salam telah mengharamkan Makkah dan berdoa untuknya dan aku mengharamkan Madinah sepertimana Ibrahim mengharamkan Makkah dan aku berdoa untuk (keberkatan) cupak dan gantangnya sepertimana Ibrahim `alaihis salam berdoa untuk Makkah.(HR al Bukhari dan Muslim)
Sewaktu saya belajar di Madinah dahulu selama 6 tahun, kawan-kawan saya dari Filipina mengatakan ramai nurse Filipina yang bekerja di Makkah dan Madinah beragama kristian , mereka menukar nama dan identiti agama mereka semata-mata ingin bekerja di tanah suci. Kawan saya ini belajar sama dengan saya di Universiti Islam Madinah dan isterinya bekerja sebagai nurse di Madinah . Jadi yang menceritakan ini adalah isterinya sendiri.
Pada zaman kerajaan penjajah Belanda menjajah Indonesia dahulu, pihak Belanda telah menghantar seorang sarjana Belanda yang berpura-pura masuk Islam untuk mempelajari agama islam di Makkah.Kalau tak silap saya namanya Snouge . Snouge mempelajari agama Islam secara mendalam dan boleh dikatakan `alim , setelah itu dia kembali ke Indonesia untuk menghadapi ulama Indonesia pula. Inilah politik Belanda.
Menurut cerita Allahyarham Datuk Haji Muhammad Nor, bekas mufti Kelantan ( 1904-1987 ) Snouge telah berdebat dengan Al Marhum Sheikh Ahmad Bin Muhammad Zain Al Fatani ( gurunya ) di Makkah dan disaksikan oleh ramai ulama ketika itu , akhirnya Snouge mengaku kalah kepadanya.
Inilah sahaja yang dapat saya katakan. Yang jelas ialah orang-orang kafir tidak dibenarkan memasuki tanah haram dan itu menjadi tugas pemerintah. Pemerintah Saudi memang tegas dalam masalah ini. Ada pun orang-orang kafir yang masuk tanpa pengetahuan kerajaan itu cerita lain. Ada pun cerita-cerita aneh seperti anjing menyalak apabila orang kafirmemasuki tanah haram dan berbagai cerita pelik lagi saya serahkankepada ALLAH, samada hilang atau dikejar anjing saya tak tahu, walau pun 6 tahun saya belajar di sana saya tak pernah dengar cerita-cerita seperti ini. Namun begitu saya tidak boleh mengiyakan atau menidakkan cerita-cerita seumpama ini kerana semuanya bergantung kepada ALLAH.
Sekian semoga bermanfaat
[ Last edited by naasiha at 15-12-2007 09:07 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #917 naasiha\ catat
Assalamulaikum Ustaz,
Gembira sungguh rasanya hati saya kerana ustaz telah kembali semula. Tulisan ustaz memang dinanti-nantikan kerana ianya dapat memberi panduan dan ilmu yang sangat berguna kepada kami semua. Alhamdullillah, semoga ustaz dapat meluangkan waktu di masa-masa akan datang. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #925 Rosputih's post
Terima kasih kak ros. saya akan cuba luangkan masa,insha` ALLAH |
|
|
|
|
|
|
|
Salam... bila membaca pengalaman semua forumer kat sini saya pun rindu sangat nak kesana lagi..... saya baru pergi bulan 5 dgn sykt Warith travel .... hemp.. mungkin ader rahmat disebalik semua kesulitan kami semasa dalam perjalanan kesana.. kami naik Biman Airlines heheheh bangladesh airlines.. (kes tak tahu aper pun n travel agency yg entahlaaa) bila kat klia br d beritahu yg kami akan transit di Dhaka(ingat sekejab jerr tapi rupanyer kena bermalam disana) lagi samapai kat sana kena keluar USD20=RM78 lagi ishhh mana kami tahu sebab nak tdo kt airport tuh kami tak sanggup n nak tak nak kena laa kami bayar+karenah org bangla nih isssshhh .. tapi yer laaa kan pengalaman.. keesokan harinyer kami pun terbang ke jeddah.. puhh.. lega! samapai disana di madinah dah hari jumaat n first time sy solat jumaat n sebelum tuh perjalanan kemadinah.. air mata tak berhenti kegembiraan+berdebar... ALLAHHU AKHBAR! ALLAHHU AKHBAR!
semua jemaah kami semua ok2 belaka.. sekepala... mutawwif pun ok... Alhamdulillah kami memang happy berada disana... cuma susah sikit nak masuk raudah (hari terakhir baru saya berpeluang solat di raudah Allah jer yang tahu hati saya....- selepas saya buat solat hajat Allah perkenankan Alhamdulillah...) meninggalkan madinah umpama saya tinggalkan benda yg sangat sy cintai disana-air mata x berhenti mengalir...
ahad - kami berangkat ke mekah... Syukur Alhamdulillah! dalam perjalanan ke mekah hati saya tak tenteram mujur mak sy ada.. sampai di hotel kami terus check-in dan menunaikan solat isyak di masjidil haram.. ALLAHHU AKHBAR! ALLAHHU AKHBAR! (takut jugak ngan citer2 org yg tak nampak kaabah laa) Alhamdulillah...terus kami buat umrah.. Alhamdulillah mutawwif kami banyak memberikan tunjuk ajar.. pengalaman yang amat manis yang tak dapat saya tukarkan dengan aper pun.. INSYAALLAH saya ingin pergi lagi... Semoga ALLAH memurah\kan Rezeki saya dan menerima saya kembali kesana.... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Seronok dengar cerita shiny79..yg membacanye pun rs terharu dan terpanggil2 tuk kesana..moga harehak pun punya kesempatan untuk ke tanah suci merasai sendiri pengalaman berada di sana kelak... |
|
|
|
|
|
|
|
Bila membaca dan melihat suasana jemaah haji yang memenuhi setiap ruang di bumi Arafah, saya terkenang peristiwa dan suasana ketika saya merngerjakan haji pada tahun 1992 yang lalu. Terasa betapa kerdil dan kecilnya diri ini ketika berdoa, bermunajat memohon keampunan dan keredhaan Allah SWT bersama jutaan hamba Allah yang lain di bumi gersang ini. Walaupun ianya telah berlalu lebih 15 tahun yang lalu, namun peristiwa itu tak pernah luput dari ingatan terutama ketika tibanya waktu wukuf, saya sentiasa membayangkan jutaan jemaah yang sedang berdoa dengan penuh khusyuk menyerahkan sepenuh jiwa dan raga ke hadrat Allah SWT, kerana di ketika itu tiada suatupun di dunia ini yang kita perlukan atau kehendaki melainkan semata-mata untuk mendapatkan keampunan dan keredhaan Allah SWT jua.
Kebanyakan jemaah Malaysia khususnya akan mula berangkat ke Padang Arafah pada petang 8 Zulhijah. Semua jemaah diminta bersiap-siap dan akan bertolak menaiki bas mengikut giliran. Saya dan 4 rakan sebilik turut bersiap dengan pakaian umrah. suasana di luar hotel termasuk di jalan-jalan raya penuh sesak dengan orangramai dan bas-bas yang akan membawa jemaah ke Padang Arafah. Kami setia menunggu di bilik, hingga menjelang malam bas yang akan membawa kumpulan kami belum juga tiba. Kebanyakan jemaah yang tinggal di hotel kami telahpun berangkat dan kami telah mula merasakan kesunyian di hotel tersebut menjelang tengahmalam. Sambil menunggu-nunggu itu kami berbaring-baring untuk tidur, walaupun kami tahu kami tak akan dapat tidur. Akhirnya bas yang membawa kumpulan kami tiba sebelum menjelang waktu subuh kerana kami mendengar laungan azan semasa di dalam bas. Kami merasakan mungkin kami adalah antara kumpulan terakhir yang berangkat ke Padang Arafah kerana bandar Makkah telah sunyi ketika itu dan kami memang tidak mengalami kesesakan lalulintas langsung dan tiba di Padang Arafah dengan cepat sekali tanpa gangguan.
Ketika di padang Arafah, kami ditempatkan di sebuah khemah. Menunggu menjelang waktu wukuf saya memenuhi masa dengan membaca Al Quran dan berzikir. Salah satu perkara yang masih saya ingat hingga kini ialah mengenai tasbih tulang unta yang saya gunakan semasa berzikir. Bila badan agak letih kerana tak tidur semalaman, saya baring sambil berzikir dan tanpa saya sedari saya terlelap sebentar. Bila saya terjaga, saya dapati tasbih yang saya pegang untuk berzikir itu telah tiada di tangan saya. Puas saya mencari-cari di sekitar saya tetapi tidak berjumpa. Dalam hati saya berkata, siapakah yang mengambilnya?
Menjelang waktu wukuf semua jemaah sentiasa berada di dalam suasana penyerahan diri yang total kepada Yang Maha Berkuasa. Di segenap ruang terdengar bacaan-bacaan Al Quran, zikir-zikir munajat, dan tangisan keinsafan hamba-hamba yang memohon keampunan. Tiada sedikitpun ruang di bumi Arafah yang kosong. Di mana-mana jua dan setiap hati dan jiwa insan yang berada di sana ketika itu pasti merasakan betapa kerdilnya diri ini, luluh dengan tangisan keinsafan dan kerinduan terhadap Allah SWT.
Saya bersama kakak ipar dan 2 rakan sebilik di tempatkan dalam satu khemah bersama jemaah lain. Seorang lagi rakan sebilik yang membawa bayi yang berumur 3 bulan di tempatkan di khemah lain dan kami tidak berjumpanya lagi selepas itu sewaktu di sana.
Sementara menunggu waktu Zohor, datang sekumpulan jemaah kumpulan pakej memasuki khemah kami. Mereka macam marah-marah dan tak puashati kerana khemah yang diberikan kepada mereka telah diduduki oleh orang lain atau dalam erti kata lain berkongsi dengan orang lain. ketika itu saya bersama 3 rakan sebilik yang lain duduk di barisan hadapan sekali dalam khemah tersebut. Setelah wakil pakej dan pengurus tabung haji berbincang-bincang, jemaah lelaki pakej tersebut ditempatkan di bahagian hadapan sekali, kami yang telah berada di situ berundur ke belakang sedikit, manakala jemaah wanita pakej tersebut duduk di bahagian belakang kumpulan kami. Pakej ini diketuai oleh seorang pembimbing haji yang duduk di bahagian hadapan menjadi imam solat Zohor dan mengetuai zikir munajat ketika kami selesai solat Zohor.
Saya rasa amat bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana duduk di khemah tersebut dan dapat menumpang pembimbing jemaah pakej tersebut ketika bermunajat ke hadrat Allah SWT kerana pada ketika itu kali pertama saya ke tanah suci, dengan ilmu masih amat kurang
sebagai bekalan. Tambahan pula saya dapat duduk di barisan hadapan kaum wanita yang mana di hadapan kami ada kira-kria 20 sahaja jemaah lelaki pakej tersebut yang membuatkan saya dapat melihat dengan jelas ustaz tersebut dan dapat mengikuti bacaan zikir-zikirnya dengan jelas di samping menghayati dan mengaminkan doa-doa yang dilafazkan dalam bahasa arab adan bahasa malaysia dengan penuh runtutan perasaan dan deraian air mata setiap jemaah yang berada di situ.
Kami mula bermunajat selepas Zohor sehingga menjelang waktu Asar tanpa disedari tidak makan tengahari kerana apabila selesai saya menjengah ke luar khemah dan mendapati petugas-petugas mengedarkan mee maggi untuk minum petang. Memang kami tak mengambil makanan tengahari rupanya dan tidak pula rasa lapar ketika itu. Kami tak mengetahui aktviti di luar khemah kerana pintu khemah ditutup ketika kami bermunajat yang penuh dengan air mata. Hingga kini saya masih sebak dan dapat merasakan betapa insafnya saya terutama ketika menzahirkan rasa kasih saya kepada kedua ibubapa, mendoakan agar arwah bapa saya yang telahpun meninggal dunia ketika itu di tempatkan di kalangan para solihin dan mendapat keampunan Allah SWT.
Satu pandangan yang amat meluluhkan perasaan semua yang berada di khemah tersebut ialah ketika selesai bermunajat, seorang gadis yang datang dari kelompok wanita jemaah pakej di belakang kami meluru ke depan dan memeluk salah seorang jemaah lelaki yang kami kira bapanya sambil menangis teresak-esak memohon keampunan dari bapanya. Semua yang berada di situ tidak dapat menahan perasaan melihat suasana tersebut dan kami semua turut menangis sama.
Saya berasa sangat bersyukur ke hadrat Allah kerana tanpa diduga saya dapat menumpang kumpulan pakej tersebut ketika mengisi waktu semasa berada di Padang Arafah dengan zikir-zikir munajat dan doa-doa yang disusun oleh pembimbing haji yang sangat bagus dan berkesan berbanding sekiranya saya berdoa dan berzikir secara bersendirian ketika itu. Maha Suci Allah Yang Maha Besar, Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Menjelang petang dan ketika menunggu masuk waktu solat Maghrib, suasana bahang panas berkurangan dengan tiupan angin dari helikopter yang berlegar-legar di angkasa. Ketika itu pokok-pokok yang di tanam masih kecil-kecil lagi. Pada masa itu saya juga turut membantu untuk mencari dan memanggil doktor kerana ada seorang jemaah wanita yang demam panas mengerang kesakitan . Malangnya doktor tidak dapat datang kerana merawat pesakit yang lebih serius dan hanya membekalkan panadol kepada jemaah tersebut. Yang menyedihkan dan mendatangkan tanda tanya kepada kami, ahli keluarga wanita tersebut yang ada bersamanya membiarkan dan memandang sahaja wanita itu mengerang kesakitan dan seolah-olah langsung tidak memperdulikkannya.
Selesai solat Isyak kami berangkat ke Muzdalifah untuk mengutip batu sebelum menuju ke Mina. Memandangkan suami saya pernah berpengalaman mengerjakan haji sebelum ini, beliau mengajak saya dan 3 rakan sebilik saya segera mencari bas untuk ke Muzdalifah kerana kalau lewat nanti akan menempuh kesesakan lalulintas dan kesukaran keluar dari Arafah. Telahan beliau memang benar kerana ramai yang lewat sampai ke Mina, ada yang sesat ke tempat lain. Rakan sebilik saya yang membawa bayi berumur 3 bulan yang saya nyatakan sebelum ini tiba di Mina pada tengahari esoknya berbanding bas yang membawa kumpulan kami yang telah berada atau berhenti di Muzdalifah untuk mengutip batu dan melepasi waktu tengahmalam untuk menuju ke Mina tiba lebih awal pada malam itu tanpa mengalami kesesakan lalulintas.
Padang Arafah yang sentiasa dalam kenangan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Untuk pengetahuan para forumners, berikut adalah jadual umrah ziarah bagi tahun 2008 yang mana telah pun di edarkan kepada umum.
Andalusia Travel. Tarikh: 21 Jan - 31 Jan/1 Feb (12hari/10malam). Price - RM 5490. Jika daftar sebelum 31 Disember - diskaun RM100
Andalusia Travel. Tarikh: 21 Jan - 2 Feb (14hari/12malam). Price - RM5590. Diskaun RM 100 jika daftar sebelum 31 Disember.
Andalusia Travel. Tarikh: 24 Jan - 5/6Feb (14hari/12malam). Price - RM5590.
Rayhar Travel. Tarikh: 24 Jan - 08 Feb (16hari/14malam). Price - RM 6550. Tiada diskaun.
Dimaklumkan juga, semua package akan dimasukan bermalam di Al-Ula, Taif serta lawatan ketapak peninggalan Madain Saleh di Mekah. Juga semua penerbangan adalah terus ke Madinah tanpa transit di Jeddah.
Kaji selidik ini saya berkongsi bersama forumners selepas saya bercadang untuk menunaikan umrah buat kali ke 2 selepas umrah pertama bulan Sept lalu.
[ Last edited by acegal at 23-12-2007 11:04 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #930 acegal's post
terima kasih kpd anda...maklumat yg ditunggu-tunggu. |
|
|
|
|
|
|
|
makin naik kos s'rang....tawon lepas cam murah sket.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Mas916 at 23-12-2007 12:58 PM
makin naik kos s'rang....tawon lepas cam murah sket..
Saya dimaklumkan oleh travel agent berkenaan bahawa visa ziarah akan dikeluarkan bukannya visa umrah. Tetapi tiada perbezaan antara kedua2nya. Cuma visa ziarah mahal sedikit.
Mungkin inilah peluang kita untuk menziarahi tanah suci tanpa perlu berasak2 kerana kebanyakan jemaah haji akan pulang pada waktu berkenaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #930 acegal's post
tima lasih acegal....jadual umrah dah keluar utk tahun 2008 yer...alhamdullilah... |
|
|
|
|
|
|
|
Ace,
Saya juga bercadang hendak menunaikan umrah pada 21/1 ni tapi rasanya disana masih ramai lagi orang sebab baru 1 bulan lepas wukuf. jemaah m'sia pun last balik pada 26/1. Nak pergi bulan Feb tapi harganya increase sebanyak rm700+. Serba salah juga tak tahu mana satu nak pilih. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by uda at 24-12-2007 09:34 AM
Ace,
Saya juga bercadang hendak menunaikan umrah pada 21/1 ni tapi rasanya disana masih ramai lagi orang sebab baru 1 bulan lepas wukuf. jemaah m'sia pun last balik pada 26/1. Nak pergi bulan Fe ...
Betul tu. Bagi mereka yang memilih tarikh pada 26 Januari, untuk beberapa hari pertama kita akan berada di Madinah.
InsyaAllah, kita berada di tanah suci pada penghujung Januari yakni selepas kebanyakan jemaah haji pulang. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by acegal at 23-12-2007 09:06 PM
Saya dimaklumkan oleh travel agent berkenaan bahawa visa ziarah akan dikeluarkan bukannya visa umrah. Tetapi tiada perbezaan antara kedua2nya. Cuma visa ziarah mahal sedikit.
Mungkin inil ...
kalau dizinkan Allah saya pegi tawon depan, x dpt la saya nak menziarahi mak sedara saya kat sana.. dia dah meninggal 2 bulan lepas...sepupu yg ada pun tak pandai cakap Melayu... |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah, baru pulang dari Tanah Suci Mekah 3 hari lalu selepas mengerjakan fardhu haji. Insyallah saya akan buka satu tread baru "CATATAN PERJALANAN DAN PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MEKAH" sebagai perkongsian ilmu dan cerita sebagai panduan utk tatapan semua beserta koleksi foto. |
|
|
|
|
|
|
| |
|