|
CINTA LUARBIASA (YANG ARIF YANG WANGI). (U)
[Copy link]
|
|
Reply 906# jambu89
jambu...ending dia lambat lagi...
sabaq la sat no.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply jambu89
jambu...ending dia lambat lagi...
sabaq la sat no....
fizziany Post at 1-4-2011 20:22
wahahahahahah, hang nampak suka sungguh gambaq hindustan....agagagaggah, teruja dah ni...
rasa nak joget sama... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 922# cmf_blingblings
errrr...haghi tu terrrrrtengok video dia ngan member aku...tu pasai aku bubuh dlm cita ni....
sekadar hiburan semata2..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply cmf_blingblings
errrr...haghi tu terrrrrtengok video dia ngan member aku...tu pasai ...
fizziany Post at 1-4-2011 20:44 bila cerita2 hindustan ni teringat kat Pg sinonim gitu |
|
|
|
|
|
|
|
fizz, sambung lah lagi
tak sabar nak tahu bagaimana Jasmin menari |
|
|
|
|
|
|
|
fizz samb lagi panjang sikit |
|
|
|
|
|
|
|
aku baru lepas habis tengok maharaja lawak kat astro....
mood tgh tak abis gelak lagi nih...
bolehla sambung pjg2 skit.... |
|
|
|
|
|
|
|
Lampu tiba2 dipadamkan. Arif dan Wardah sama2 berpandangan.
“Ini mesti mama punya kerja….” bisik Arif didalam gelap. Semua mata tertumpu kearah pentas. Tiada apa yang dapat dilihat melainkan gelap. Tetapi, yang hanya kedengaran cuma bergemerincing bunyi loceng.
“Ada bollywood dance ke?” soal Wardah yang melihat 6 orang penari iringan sudah mengambil tempat masing2. Arif jungkit bahu. Sememangnya, itulah persembahan yang ditunggu2 sejak tadi. Dari mulanya majlis tadi, pentas itu hanya dipenuhi dengan pemain muzik jazz yang memeriahkan majlis itu dengan alunan muzik mereka.
Arif meneguk air di gelasnya sambil matanya memandang pentas.
“Ladies and gentleman, give your big hands to the stars of the night…dancing Aaja Nachle with Bhagravi Group. Jasmin Abdullah..” suara DJ yang jelas kedengaran melalui pembesar suara lalu disambut dengan tepukan dan sorak para hadirin.
Arif yang mendengar, terus terbatuk. Gelas diletak ke meja makan lalu Arif memberi perhatian ke arah pentas. Jasmin menari? Biar benar!!! Serta merta, dadanya berombak kencang. Resah dan gelisah menerpa dadanya. Jangan dibuat tergolek kat atas pentas tu sudah…..
Bila muzik permulaan dimainkan, lampu perlahan2 dinyalakan dan dihala ke arah penari utama. Walau penari utama itu membelakangi mereka, Arif tahu, susuk tubuh itu milik Jasmin. Tubuh Jasmin meliuk, mengikut rentak lagu. Mulut Arif ternganga.
Bila lagu dimainkan terus dan semua penari menari bersama2, lampu dipasang dan semua hadirin bertepuk. Arif yang melihat terus terpegun. Dia melangkah beberapa tapak ke depan, menyelit dicelah2 orang ramai untuk melihat persembahan itu dengan lebih dekat.
Bunyi muzik bollywood yang kuat melatari majlis itu sekaligus memeriahkan majlis itu lagi. Arif terpana melihat langkah yang diatur Jasmin. Tak ubah seperti penari professional. Wajahnya juga begitu ceria ketika menarikan lagu itu. Seolah2 memanggil semua hadirin untuk sama2 menari dengannya. Tiada lagi wajah duka atau wajah selamba yang biasa terlihat diwajahnya saban hari.
Wajah itu kini diganti dengan wajah seorang perempuan muda yang sedang menggoda penonton melalui tariannya. Arif yang bagaikan terpesona, terus merenung tanpa puas, dengan seribu rasa yang mula wujud didalam hatinya. Bibirnya menguntum senyum sepanjang persembahan.
Tanpa sedar, gerak gerinya diperhatikan seseorang. |
|
|
|
|
|
|
|
Wardah cepat2 meninggalkan majlis harijadi Arif dengan hati yang membengkak. Tas tangannya dibaling ke kerusi sebelah sebaik dia memasuki keretanya. Enjin kereta dihidupkan. Wardah menghentak stereng keretanya.
“Damn!!!” jerit Wardah didalam kereta. Hatinya luka parah bila melihat Arif yang meninggalkannya didalam majlis tadi semata2 persembahan Jasmin. Lalu langkah Arif diekori.
JIka orang lain menghala mata kea rah pentas, Wardah pula menghala mata kea rah Arif. Sukar untuk dipercayai, Arif rupanya menipunya selama ini! Menurut kata ibunya, Datin Zaharah dan ibunya memang berpakat untuk menyatukan Arif dengannya. Kata Datin Zaharah lagi, Arif tidak keluar dengan mana2 perempuan setakat ini. Wardah orang pertama.
Tetapi, ternyata rancangan kedua orang tuanya akan gagal sama sekali. Arif tidak menyintainya langsung! Tapi Arif menyintai Jasmin!
Itu hakikatnya! Arif menyintai Jasmin! Biarpun kata2 cinta tidak terungkap di mulut kedua2nya, namun dari cara mereka, dari cara Arif yang merenung Jasmin tadi, Wardah tahu, perasaan Arif pada Jasmin bukan sekadarsatu perasaan tanggungjawab seorang abang kepada seorang adik.
Arif sebenarnya menyintai Jasmin!!! Ohh….Wardah meraup wajahnya . Airmatanya sudah membanjiri pipi. Kenapalah aku tidak nampak dari awal….Aku bukan orang pertama yang keluar dengan Arif! Jasmin perempuan pertama yang keluar bersama Arif!
Mengapakah Datin Zaharah tidak nampak semua itu? Agaknya mata mereka dikaburkan dengan sikap bersahaja Arif dan Jasmin? Wardah merenung kea rah jalan dengan airmata yang berjurai dipipi.
Nampaknya, tidak ada guna mengharap pada Arif. Mimpinya punah berkecai malam itu. Jika mata semua orang buta dengan sikap Arif dan Jasmin….biarkan! Biarkan cinta itu bercakap sendiri! Dan sementara menunggu kata2 cinta itu terungkap antara abang dan adik itu, biar aku menjadi pemerhati….sejauh mana mereka mampu menyimpan perasaan itu.
Wardah mengetap bibir. Gear kereta terus dimasukkan lalu dia meluncur laju membelah malam dengan keretanya. Hati yang sebak dibiar parah sendirian. Malam pekat tanpa bintang mewarnai malam Wardah. |
|
|
|
|
|
|
|
Jasmin melajukan langkahnya menyusup dicelah2 orang ramai. Dia mahu cepat2 masuk ke rumah dan terus ke biliknya untuk menukar pakaian. Keleuar saja dari belakang pentas, meskipun dia menyelimuti tubuhnya dengan selendang, namun masih ada yang menyedari kehadirannya.
Mata2 yang memandangnya setiap kali dia melewati mereka dibiarkan saja. Jasmin terus tunduk. Tidak selesa bila dirinya menjadi perhatian sejurus selepas membuat persembahan tadi.
Langkahnya tiba2 dihalang oleh satu tubuh sebaik sampai di pintu sliding untuk masuk ke rumah. Pantas Jasmin mendongak. Seorang lelaki muda bertuxedo tersenyum manis kearahnya.
“Jasmin? “ soalnya sambil menguntum senyum. Jasmin terpana, namun perlahan2 mengangguk. |
|
|
|
|
|
|
|
“Aaron,” kata lelaki itu lalu menghulur tangan untuk bersalam. Dalam keadaan serba salah, Jasmin membalas juga huluran tangan itu. Genggaman tangan lelaki itu begitu kemas. Cepat2 Jasmin menarik tangannya dari genggaman lelaki bernama Aaron itu.
“You dance very well. ..” puji Aaron sambil tersenyum.
“Haa..?” Jasmin melopong, kemudian mengangguk. Terima kasih…..bisiknya di dalam hati. Jasmin pandang kiri kanan, kemudian mengatur langkah semula hendak menuju ke bilik.
“Jasmin..”panggil Aaron, sekaligus mematikan langkah Jasmin sekali lagi. Jasmin menoleh.
Aaron menyerahkan sekeping kad kepada Jasmin. Jasmin terpana, namun dalam serba salah, kad itu diambil juga. Selepas memohon mengundurkan diri, Jasmin terus melangkah lebih laju menuju ke biliknya. Aaron merenung setiap langkah Jasmin yang mula menghilang ke dalam rumah.
Arif tiba2 melewati Aaron. Arif memandang Aaron dengan pandangan yang tajam, kemudian terus berlalu masuk ke dalam rumah. Aaron hanya menghadiahkan senyuman ikhlas kepada Arif yang asyik memandangnya. Majlis sudah berakhir. Dari jauh, Aaron nampak ibunya, Puan Sri Hendan sedang memanggilnya untuk pulang. Aaron senyum lalu mengatur langkah menuju kea rah ibunya. |
|
|
|
|
|
|
|
Datin Zaharah memandang suaminya dan Arif yang duduk berteleku di dalam bilik menonton. Pintu dikunci rapat dari dalam agar perbincangan mereka tidak terganggu. Pada Mak Esah sudah dikhabarkan sedari awal bahawa mereka mempunyai perbincangan penting.
Jasmin pula nampaknya tidak mengendahkan gerak geri mereka. Dia turun pagi tadi untuk sarapan bersama keluarga, kemudian kembali ke bilik bacaan, membaca beberapa novel yang dibelikan oleh Datin Zaharah.
Datuk Muhaiyeen menanggalkan cermin matanya lalu menggosok2 matanya yang seakan pijar. Pening kepalanya dengan berita yang disampaikan oleh Datin Zaharah tadi.
Selepas majlis harijadi Arif, salah seorang kawan Datin Zaharah, Puan Sri Hendan telah berjumpa dengan Datin Zaharah. Khabarnya, mereka mahu merisik Jasmin untuk anak lelaki mereka, Aaron. Lelaki muda itu khabarnya berkenan sangat dengan Jasmin setelah melihat Jasmin buat kali pertama pada malam harijadi Arif.
Berita itu, pada mulanya disambut gembira oleh Datin Zaharah dan Datuk Muhaiyeen yang sememangnya sejak dahulu kepingin menantu. Tetapi, bila Arif masuk campur, mereka terpaksa menggaru kepala.
“Tapi…budak Aaron tu baik Rif….Keluarga dia pun baik2…BUkan senang nak dapat lamaran yang baik untuk Jasmin macam ni…” kata Datin Zaharah resah. |
|
|
|
|
|
|
|
“Mama….Jas tu budak lagi. Takkan nak kahwinkan dia awal2. Sekurang2nya, biarlah dia buat sesuatu yang dia suka dalam hidup dia…” tegah Arif. Dari malam itu lagi, Arif memang tak berkenan langsung melihat cara Aaron memandang Jasmin. Dia sebagai lelaki, tahu sangat apa yang bermain dikepala Aaron.
“Tapi….” Serba salah Datin Zaharah. Dia memandang suaminya dan Arif dengan resah. Bagaimana dia hendak menyampaikan berita penolakan itu kepada Puan Sri Hendan? Datin Zaharah memeluk tubuhnya dengan perasaan yang gelisah.
“Betul jugak kata Arif tu…lagipun, tak elok juga kalau kita terima lamaran tu tanpa bertanya pada Jas dulu. BUkankah dia tengah berkawan rapat dengan si Ali tu. Takut2, tindakan kita ni sebenarnya memutuskan hubungan baik antara dia dengan Ali..” kata Datuk Muhaiyeen.
“Ali dengan Jas confirm bercintakah?” soal Arif serta merta. Duduknya sudah berubah dari bersandar kepada menegak. Datuk Muhaiyeen jungkit bahu.
“Siapa lagi yang paling rapat dengan Jas sekarang ni kalau tak Ali…” tambah Datuk MUhaiyeen. Datin Zaharah mengangguk2. Kata2 suaminya ada benarnya.
“Jadi, confirm ye, tak nak terima ni. Saya nak bagi alas an apa nanti pada Hendan?” soal Datin Zaharah.
“Cakap pada mereka yang Jasmin ni muda lagi. Belum bersedia untuk berkahwin pun….habis cerita,” kata Datuk Muhaiyeen. Arif dan Datin Zaharah berpandangan, kemudian mengangguk. Mereka bertiga berpandangan sesame sendiri. Mesyuarat selesai! |
|
|
|
|
|
|
|
Pintu bilik bacaan ditolak dari luar. Pantas Jasmin mengangkat wajahnya, melihat empunya tuan yang membuka pintu. Sebaik ternampak kelibat Arif, Jasmin menyambung bacaannya semula. Arif memandang Jasmin, kemudian duduk di sofa panjang bersebelahan Jasmin.
“Dah habis meeting?”soal Jasmin sebaik Arif duduk. Arif mengangguk lalu memandang Jasmin disebelahnya.
“Apa yang si Harun Salim Bachik tu bagi kat Jas semalam?” soal Arif tiba2. Wajah Jasmin dipandang. Arif bersandar enak disofa Cleopatra dari corak harimau bintang. Jasmin yang sedang duduk di hujung kerusi menoleh.
“Harun Salim Bachik?” dahi Jasmin berkerut. Puas diputarkan kotak ingatannya mengingati orang2 yang menghampirinya.
“Mana ada Harun Salim Bachik…” kata Jasmin. Buku ditangan dijatuhkan ke riba, melayan Arif berbual. Arif mendengus kecil.
“Aaron…” perjelas Arif dengan terang dan nyata.
“Ooohh…Aaron…” barulah Jasmin ingat kembali. Jasmin tersenyum sendirian. Menjeling Arif melihat senyuman itu. Untuk siapa senyuman itu? Aaron? Terbakar hati Arif jadinya.
“Dia bagi namecard…” balas Jasmin sambil tersenyum. Arif mendesah , kemudian memandang Jasmin.
“Lain kali, jangan dekat dengan budak tu lagi. Namecard tu nanti, bagi pada abang…” kata Arif tegas. Jasmin mengerutkan dahinya memandang Arif. Takkanlah abang Arif nak berkenalan dengan lelaki itu pula?
“Ada masalah ke bang?” soal Jasmin hairan. Semakin hairan melihat wajah Arif yang masam kelat.
“Banyak masalah….budak Aaron tu dah suruh mak dia merisik Jas pun….”kata Arif lagi. Satu keluhan keras dilepaskan dari dada. Sakit hati!
Jasmin yang mendengar terlopong. Aaron nak merisik aku? Mata Jasmin membuntang besar, sukar untuk dipercayai.
“Eh…tak sangka, dalam diam2, ada jugak orang suka kat Jas ye bang…” tutur Jasmin perlahan. Arif segera berpaling memandang Jasmin yang sedang senyum terkulat2. Melihat wajah ceria Jasmin, pantas Arif mengambil sebuah majalah yang berada di meja bacaan lalu terus menghempuk majalah itu ke bahu Jasmin.
Pappp!!!! Pantas Jasmin mengaduh.
“Gatal….” marah Arif. Terus dia bangun, enggan melihat wajah Jasmin yang suka bergurau tak kena masa. Jasmin hanya tersengih, tetapi dalam masa yang sama, sangsi dengan berita yang baru dikhabarkan oleh Arif. |
|
|
|
|
|
|
|
“Inilah yang dikatakan tuah badan Jas….mak angkat kau Datin….mak mertua kau pulak, Puan Sri…haaa…inilah namanya rezeki bergolek,” kata Ali gembira dari dalam telefon. Jasmin mengeluh, sambil merenung gelap malam di luar tingkap biliknya.
“Ali..aku tengah takut ni….” marah Jasmin. Kepalanya runsing setengah mati, Ali pula gembira bagai mendapat durian runtuh. Ali tergelak2 kecil.
“Habis tu…jadi ke tak jadi kahwin dengan anak Tan Sri? Melampau betul kau ni….semua anak orang kaya kau nak kebas…” usik Ali. Jasmin menghembus nafas geram. Kata2 Ali sukar untuk ditangkis. Jasmin hanya diam.
“ Family ni dah tolak aku rasa.Tapi, kau tak rasa ke aku hidup macam patung bernyawa kat rumah ni? Aku….tak tahu apa nak buat la…Aku tak nak duduk goyang kaki macam ni….” Rungut Jasmin.
“Haaa…tengok! Tak bersyukur langsung! Hairan aku dengan orang zaman sekarang ni, waktu tak ada kerja, sibuk nak kerja, bila dah lama kerja, sibuk tak nak kerja…macam kaulah!” marah Ali.
Jasmin diam. Terasa dengan mulut berapi Ali.
“Kau tolong carikan aku kerja Ali…” pinta Jasmin lembut. Ali menghembus nafas lemah. |
|
|
|
|
|
|
|
“Berapa kali aku dah bilang sama kau Jas….kau tu tak ada sijil…kalau kau keluar nak minta kerja kat luar, sure susah dapat. Aku suruh kau mintak kerja dengan abang Arif kau, kau tak nak…. “ marah Ali. Jasmin ni, semakin hari semakin mengada. Mentang2lah dia tidak ada kerja untuk dibuat, siang malam kerjanya asyik mengomel itu ini sahaja.
Jasmin terdiam. Kuku dihujung jari kakinya direnung. Ali sebenarnya memang tidak mengetahui kisah dirinya yang sebenar. Yang Ali tahu, dia anak yatim piatu yang bersekolah sekerat jalan. Itu yang dikhabarkan kepada Ali dahulu kerana enggan bercerita lebih panjang kisah hidupnya.
“Tak adalah….aku nak kerja. Aku nak berdikari. Aku tak nak hidup dengan bersandar pada orang lain saja. Cuba kau bayangkan, kalau satu hari nanti ditakdirkan semua orang dalam rumah ni tak suka aku, kemana aku nak pergi? Kalau aku ada kerja, sekurang2nya, aku dapat cari tempat berlindung sendiri…” kata Jasmin dalam nada seakan merajuk.
“Alah..kalau kau kena buang ke, kena tendang ke….kau lari jela ke rumah aku. Pintu rumah aku ni, sentiasa akan terbuka luas untuk kau Jas….”tutur Ali pula. Jasmin menguntum senyum. Ali memang seorang kawan yang baik.
“Thanks. Kaulah sahabat aku dunia akhirat..” kata Jasmin pula sambil tersenyum. Ali dihujung talian senyum hambar.
“Iyalah…time2 kau nak membebel, telinga nilah yang selalu dengar….” rungut Ali pula. Jasmin ketawa kecil.
“Eh, dah lama kita sembang ni, aku nak tidur dululah. Esok aku kerja…” kata Ali. Jam sudah hampir ke pukul 12 malam. Jasmin turut menjeling kearah jam dinding.
“Ha’a lah. Thanks borak dengan aku malam ni. By the way, esok..aku try slow talk dengan abang Arif pasal kerja…” kata Jasmin berjanji.
“Good! Aku letak telefon ya,” kata Ali.
“Okay,” balas Jasmin seraya memutuskan talian telefon. Jasmin tersenyum2 merenung telefon bimbitnya. Telefon diletakkan dihujung kepala katil. Selimut terus ditarik |
|
|
|
|
|
|
|
susah2 jas kerja aja dgn abang baik hati...
senang abg baik hati nak kontrol jas |
|
|
|
|
|
|
|
manusia yang tak pernah puas......nak n3 lagi ..wakakaka |
|
|
|
|
|
|
|
nexttttttttttttttttttttttt |
|
|
|
|
|
|
|
Great entires fizzi. All thumbs up for you |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|