|
CINTA LUARBIASA (YANG ARIF YANG WANGI). (U)
[Copy link]
|
|
wardah tu sedap namanya..so jgn jadi jahat ye
duwaira Post at 3-4-2011 12:25
yer2 betul tu tau wardah |
|
|
|
|
|
|
|
WAH..SAMBUNG LAGI FIZZ..HEHEHE |
|
|
|
|
|
|
|
takde n3 ke ari nih fizzii...dah rindu kat arif nih |
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum,
aku balik kampung...sori hilang sat.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by fizziany at 4-4-2011 21:19
Jasmin merenung gelas penuh berisi susu di depannya. Siang tadi, dia gagal bercakap dengan Arif. Kata mama, hari ini, Abang Arif dan papa ada mesyurat penting hari ini. Jadi, awal2 mereka sudah keluar.
Enggan menahan Arif sewaktu dia keluar bekerja, Jasmin hanya memandang pemergian dengan pandangan dari balik tingkap di biliknya. Puas Jasmin berfikir, pada siapa harus dia menyuarakan hasrat hatinya untuk bekerja. Mungkinkah mama? Tapi, kalau dia bertanya kepada mama, pasti jawapan mama nanti, ‘tanya abang Arif’.
Jadi, fikirnya, lebih baik dia bertanya terus kepada Arif sahaja. Jasmin merenung jam di dinding dapur. Hari sudah larut malam. Mengapa abang Arif belum pulang? Papa pula jam 8 malam tadi sudak terpacak didepan rumah. Tapi, abang Arif? Sudah jam 11 tapi masih belum pulang?
Banyak sangatkah kerja dipejabat? Itulah….kalau ajak aku tolong, kan bagus….ringan sikit kerja tu. Atau…mungkinkah Abang Arif keluar makan dengan kak Wardah sebelum pulang? Boleh jadi juga. Jasmin memeluk tubuhnya, masih menunggu Arif. Buat seketika, deruan enjin kereta Arif kedengaran di luar.
Jasmin membatukan dirinya. Dia tahu, tempat pertama yang akan dituju Arif apabila pulang ke rumah adalah dapur. Selepas itu, Arif akan minum. Jadi, biar dia menunggu di dapur saja. Apa saja keperluan Arif akan cuba dipenuhinya mala mini. Kalau Arif hendak makan, dia akan menyediakannya. Semakin kehadiran Arif dinanti, semakin resah hati Jasmin yang asyik merenung pintu masuk dapur.
Sebaik Arif menucul di muka dapur, Jasmin pantas menoleh. Kedua2nya saling berpandangan. Arif yang pada mulanya tergamam, kemudian terus melangkah menuju kea rah peti sejuk.
“Abang dah makan?” soal Jasmin berbasa basi. Arif dibelakangnya, dipandang. Arif mengeluarkan sejag air lalu menarik kerusi makan. Dia mengambil tempat disebelah Jasmin. Jasmin menghulurkan gelas kosong kepada Arif. Arif lantas menuang air kosong yang sejuk ke dalam gelas pemberian Jasmin.
“Dah…” balas Arif pendek. Jasmin senyum. Ada perasaan gementar bila dia memandang Arif.
“Kenapa tak tidur lagi?” soal Arif. Jasmin mengukir senyum. |
|
|
|
|
|
|
|
“Dah tidur banyak siang tadi…bila malam susah pula nak tidur,” ujar Jasmin. Arif senyum tawar. Jasmin memandang Arif disebelahnya yang sedang minum . Dia menarik nafas resah, cuba menyuarakan hasrat hatinya yang terbuku sekian lama.
“Bang…” panggil Jasmin. Lembut panggilan Jasmin menusuk telinga Arif. Arif berpaling, memandang Jasmin disebelahnya. Jasmin memandang Arif, serba salah mahu membuka mulut.
“Ada apa tersengih2 macam tu?” soal Arif kehairanan. Macam cicak tertelan kapur saja muka Jasmin. Blurrr..kata orang putih.
“Jas nak kerja bang..” terluah juga hasrat hati Jasmin. Wajah Arif dipandang penuh harap. Arif tersenyum sumbing.
“Tak seronok duduk rumah ke? Kalau Jas kerja, siapa akan teman mama pergi mana2 events nanti?” soal Arif. Muka Jasmin mencurut lagi.
“Sebab tu Jas mintak kerja dengan abang. Abang bagilah Jas satu kerja, yang boleh mohon cuti bila2 masa bila Jas kena teman mama…” pujuk Jasmin lembut. Arif tergelak kecil. Pandai demand pulak budak ni…dahlah nak kerja, nak pula kerja yang boleh mohon cuti sesuka hati bila2 masa…
“Mana ada kerja macam tu. Kerja sesuka hati saja…” balas Arif. Riak wajah jasmin mengeruh. Terbayang sinar hampa dimatanya. Jasmin tunduk, mengelus2 jari-jemarinya. Arif yang memandang jasmin tersenyum simpul.
“Jas nak kerja macam mana?” soal Arif. Segera Jasmin mengangkat muka memandang wajah Arif.
“Tak kisahlah kerja apa. Sapu sampah ke…tukang cuci ke…” kata jasmin lagi. Arif senyum lagi, teringat akan dialog yang sama yang pernah dituturkan oleh Jasmin suatu ketika dulu.
“Takkan nak kerja tukang sapu…” bebel Arif tidak puas hati. Wajah Jasmin diliriknya. Muka macam ni nak sapu sampah kat bangunan aku? Huhu…bahaya!
“Habis tu? Abang fikirlah satu kerja untuk Jas. Jas memang nak sangat kerja,” pujuk Jasmin lagi. Arif memandang Jasmin. Redup matanya memandang Arif. Arif diam, kembali meneguk air.
“Jas tahu, Jas tak ada sijil…Jas cuma mengharapkan abang. Tapi, bagilah peluang untuk Jas kerja. Jas janji, akan kerja sebaik mungkin,” Jasmin kembali memujuk. Lirih suaranya kedengaran dicuping telinga Arif. Sayu hingga membuatkan hati Arif bergetar.
Arif meletakkan gelas, memandang Jasmin disebelahnya. Badannya dipusing, menghadap Jasmin yang masih memandangnya. Wajah Jasmin direnung, manakala Jasmin pula kelihatan gugup bila Arif memandangnya seperti itu.
Arif meneliti setiap inci raut wajah Jasmin. Pandangannya mengusap penuh kasih wajah itu. Nafasnya resah. Jasmin terdiam, membalas renungan Arif. Terasa lemah seluruh urat sendinya berhadapan dengan panahan mata Arif.
Lama mata saling bertaut, akhirnya Arif tunduk. Memandang wajah Jasmin lama2, membuatkan hatinya tak ubah bagai dipukul ombak yang menggila.
“Macam nilah. Esok Jas ikut abang ke office. Pukul 8 mesti dah siap kat bawah okay. Abang tak nak lambat,” akhirnya Arif bangun, cepat2 menyimpan kembali jag air ke dalam peti sejuk. Jasmin terpana. Bulat matanya mendengar kata2 Arif.
“Yeaayy!!!” spontan, Jasmin melompat dari kerusi lalu terus memeluk belakang Arif. Arif yang baru saja menutup peti sejuk terkesima dengan tindakan spontan Jasmin. Jasmin yang baru tersedar akan keterlanjurannya, cepat2 meleraikan pelukan dan berundur.
“Err..Sorry!!Sorry!! Thanks bang. Jumpa esok,” Jasmin yang terkinja2 kegembiraan, terus berlari naik ke biliknya. Arif terlopong ditinggalkan keseorangan. Kakinya bagai terpaku disitu. |
|
|
|
|
|
|
|
pasaipa mataku macam kelabu????? |
|
|
|
|
|
|
|
Wardah merenung dari jauh Jasmin yang sedang mengasingkan dokumen2 yang menimbun diatas meja gadis itu. Hari ini, Arif datang ke pejabat bersama Jasmin dan memperkenalkan Jasmin kepada semua orang sebagai kerani baru disitu.
Wardah mengerutkan dahinya. Pandangan matanya dikecilkan. Kenapa Arif biar Jasmin jadi kerani saja? Takkan budak ni tak ada sebarang kelulusan? Dengan status anak angkat kepada Datuk Muhaiyeen, sebenarnya Jasmin mampu berada dimana saja didalam syarikat ini. Hatta hendak menggantikan tempatnya sekalipun.
Tapi, mengapa Jasmin ditempatkan sebagai kerani? Kerja itu, boleh dibuat oleh budak SPM saja. Adakah Jasmin Cuma mempunyai kelulusan SPM sahaja? Takkanlah budak yang nampak bijak itu langsung tidak belajar di mana2 sebelum ini?
Ohh..aku lupa dia baru 21. Tapi, kenapa tak sambung belajar? SPMnya tak baguskah? Apa sebabnya? Wardah meraup2 dagunya, musykil dengan tindakan Arif. Atau…barangkali itu permintaan Jasmin sendiri?
Tapi…yang nyatanya, latarbelakang Jasmin perlu disiasat dengan lebih mendalam. Siapa dia sebenarnya…Wardah menarik nafas resah. Dia hanya merenung jasmin yang tekun membuat kerja di meja paling hujung yang berdekatan dengan bilik air.
Lama merenung, tiba2 timbul idea nakalnya. Wardah senyum meleret. Bekerja, bukan sesenang yang disangka. Dalam kerja, ada banyak cabarannya wahai Jasmin….Wardah senyum lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
“ Tak nak makan ke?” sapa satu suara. Pantas Jasmin segera mengangkat wajah. Arif sudah duduk di kerusi berhadapan mejanya. Pantas Jasmin menoleh ke sekeliling pejabat. Kosong. Jasmin memandang jam didinding. Sudah waktu makan tengahari rupanya.
“Jas ada kerja..” balas Jasmin lalu meneruskan kerjanya kembali.
“Hai…sibuk mengalahkan menteri nampak. Tangguh dululah. Lepas ni saja buat. Perut tu dah mintak haknya…” kata Arif. Dia memandang Jasmin yang anggun berblaus merah hati dengan seluar slack berwarna hitam. Rambutnya yang panjang didandan kemas dengan penyucuk sanggul dikepalanya.
“Tapi…dokumen ni semua, kak Wardah mintak siapkan sebelum pukul 2…” kata Jasmin memandang Arif didepannya. Arif mengerutkan dahinya. Arif bangun, meneliti dokumen2 yang berada di tangan Jasmin. Arif mengukir senyum.
“Tak payah buat. Nanti abang bagitau kak Wardah minta extend masa,” kata Arif. Jasmin terpinga2 memandang Arif.
“Jom..” lengan Jasmin sudah ditarik. Jasmin terkocoh2 bangun. Langkahnya diatur jua membuntuti Arif yang sudah pun melepaskan tangannya.
“Ala..seganla nak lunch dengan bos…” komen Jasmin sambil tersenyum2 di sebelah Arif. Arif tersenyum lucu.
“Mengada2 …” balas Arif pendek. Rasanya, satu pejabat pun tahu Jasmin adalah adiknya. Jadi takkan timbul sebarang isu jika mereka keluar berdua. Jasmin adik aku? Terjungkit kening Arif mengenangkan hal itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Petang. Tepat jam 5 petang, Jasmin telah berjaya menyiapkan semua kerjanya. Meski sudah tiba waktu untuk pulang, namun Jasmin lihat, kebanyakan pekerja masih belum meninggalkan pejabat itu. Melihat dari gaya mereka, seseolah mereka mahu terus bekerja disitu hingga malam hari.
Tak nak balik ke diorang ni? Banyak kerja sungguhkah? Jasmin menyandarkan belakangnya ke kerusi empuk berwarna biru. Lehernya diperbetulkan sekali dua. Terasa letih mengadap kertas2 yang tinggi menggunung sejak pagi.
Kerjanya mudah saja, cuma mengemas bilik fail, mengemaskini data pelanggan dan memfailkan semua dokumen2 lama mengikut susunan yang telah lama bersarang labah2.
Tadi, semasa pulang dari makan tengahari, Arif berpesan kepadanya agar dia masuk menunggu di dalam bilik Arif jika kerjanya sudah siap. Tetapi, melihat kesibukan pekerja2 di situ, Jasmin terasa hendak menunggu ditempatnya sendiri saja.
Jasmin bangun, hendak menuju ke bilik air. Tempat duduknya memang strategic, dekat dengan pantry, senang untuk minum air dan dekat dengan bilik air, senang juga untuk membuang air. Langkahnya dipercepatkan menuju ke bilik air. Terasa benar2 hendak terkencing.
Sebaik masuk ke bilik air, pandangan Jasmin terarah ke hujung sudut bilik air. Seorang tukang cuci bangunan itu yang beruniform biru sedang membungkus sampah. Sebaik terdengar pintu bilik air dibuka, tukang cuci itu mendongak, saling berbalas pandangan dengan Jasmin.
Langkah Jasmin keras disitu. Wajah si tukang cuci dipandang tak berkedip. Bibirnya ternganga merenung tubuh dihadapannya. Tukang cuci itu, yang pada mulanya tidak begitu mengendahkan kehadiran Jasmin, memandang kembali kearah Jasmin yang terpaku melihatnya.
Mata bertemu mata, saling berpandangan. Dahi Jasmin berkerut. Lama kelamaan, si tukang cuci itu kelihatan tersentak sebaik merenung lama wajah Jasmin. Bibirnya terus dipekup dengan tangannya. Matanya membuntang besar, sebesar padang bola. Terkejut! |
|
|
|
|
|
|
|
ini adalah cerita benar or cerita ciptaan berdasarkan novel2 chenta~
jambu89 Post at 4-4-2011 08:59
"cerita ini adalah rekaan semata-mata, tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang telah mati. Jika terdapat sebarang unsur persamaan, ia hanyalah kebetulan semata-mata."
....cam pernah dengar ayat nih.......... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 961# Jaza2008
dak aih...aku tak marah hang Jaza....
cuma aku heran camana otak hang ada batu geliga.....
aiseh.... |
|
|
|
|
|
|
|
okay...cukup utk hari ni...
aku nak pi baca novel org lain plak....
jemu dok lama2 kat sini... |
|
|
|
|
|
|
|
thank you ...thank you...ada entry. muah{:1_147:} |
|
|
|
|
|
|
|
Sangat umphhhhh citer Jas dan arif ni! TQ Fizzy |
|
|
|
|
|
|
|
okay...cukup utk hari ni...
aku nak pi baca novel org lain plak....
jemu dok lama2 kat sini...
fizziany Post at 4-4-2011 21:41
mana ada jemu fizzz...hari2 jenguk... |
|
|
|
|
|
|
|
terimakasih fizz sambung lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Limbung ni ada yg nak kena bakar ni..
:@ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|