CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: gitarmahogani

Koleksi Cerita Hantu Pelbagai (updated)

[Copy link]
 Author| Post time 15-5-2010 12:28 AM | Show all posts
TAMAN NEGARA ENDAU ROMPIN
Dec 2nd 2009

Oleh: MFT
Jumlah Hit: 254

Joe telah agak lama berkhidmat sebagai pemandu pelancong di Taman Negara Endau Rompin.Paling digemarinya ialah membawa pelancong daripada negara-negara barat kerana mereka tidak lokek dan mudah mesra,perempuan omputih ni taulah seksinya macam mana.Wowww.Paling kurang digemarinya ialah pelancong dari Arab,banyak kerenah selain kekurangan ilmu geografi dengan berpendapat hutan Taman Negara mempunyai tempat membeli belah....

Oleh kerana telah agak lama menjadi pemandu pelancong,maka banyaklah pengalaman dilalui.Joe tidak lokek berkongsi cerita seram di Taman Negara Endau Rompin.Antara ceritanya:

#1

Suatu masa beliau membawa pelancong dari sebuah negara Eropah.Switzerland ke Itali,entah penulis lupa.Mereka dalam perjalanan meredah hutan untuk mendaki Gunung Tahan.Perjalanan dalam 6 hari pergi balik berjalan kaki meredah hutan tebal Taman Negara yang indah permai.Malamnya hujan turun dengan lebat,maka mereka berteduh dibawah teduhan daun-daun pokok.Bila hujan agak rintik,mereka pun berpakat bergerak dengan diketuai oleh Joe.Suluhan lampu yang agak minima menerangi perjalanan mereka.Malangnya ada yang mahu bergurau dengan mereka.Seekor pontianak rimba.Mengilai-ngilai tanpa menampakkan wujud dirinya.Nasiblah baik setakat itu saja gurauan si pontianak.

#2

Sekumpulan komando melakukan satu operasi mencari pemburu haram.Mereka melakukan kerjasama dengan Renjer Taman Negara.Untuk pengetahuan,pemburu-pemburu haram dari Thailand sering mencerobohi kawasan dalam Malaysia jauh sehingga ke tengah-tengah Taman Negara.Maka operasi bersepadu dijalankan.Bila mereka telah berjaya mengesan pemburu haram ini,komando akan mengambil alih.Dikatakan satu misterinya Taman Negara ini adalah kewujudan puak manusia primitif yang misteri.Mereka bukan dari suku kaum orang Asli yang banyak menghuni kawasan Taman Negara.Yang misterinya ialah puak primitif ini tersangatlah rendah-rendah orangnya.Paling tinggi separas pinggang.Dan bila puak primitif ini dapat mengesan komando dan renjer ini,dalam sekelip mata puak ini yang semuanya berjumlah dalam 20 ke 30 orang hilang sekelip mata.

#3

Di tengah-tengah hutan Taman Negara dikatakan wujud satu penempatan umpama negara Bunian.Sempadan negara Bunian ini ialah dua pokok gergasi yang menjadi gerbang.Joe tak banyak sangat bercerita tentang ini kerana seronok pulak berborak tentang EPL...
Jom pi Taman Negara!!!Syok!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-5-2010 12:29 AM | Show all posts
MENANTI ESOK
Oct 20th 2009

Oleh: MFT
Jumlah Hit: 280

Maman baru pulang setelah 9 tahun merantau di Kota Tinggi.

Memanglah dekat saja sebenarnya tempat asalnya dengan tempat bekerjanya,dalam negeri Johor juga.Namun kerana terlalu sibuk terkejarkan wang,semua dilupakan.

Kepulangannya disambut dengan tanda tanya.Maklumlah terlalu lama Maman tidak pulang.Keadaan rumah keluarganya juga sudah terlalu usang semenjak kematian Arwah Mak Dah,ibu tiri Maman 5 tahun sebelumnya,dan adik kandung Maman yang terencat,Sutan meninggal 3 tahun kemudian.

Suatu petang yang tenang,Maman berjalan-jalan keliling kampung.Penduduk kampung dengan adat orang kampung tidaklah lokek menyapanya walaupun sedikit kesal kerana sejak Maman keluar dari kampung,tidak dipedulikan langsung ahli keluarganya disini.

Sedang berjalan-jalan,Maman terasa diekori.Bila ditoleh kebelakang dan tercari-cari siapa yang mengekorinya langsung tak kedapatan sesiapa pun.

Maman sampai kerumah selepas maghrib.Seusai mandi,beliau menanak nasi.Sambil itu digorengnya telur.Maman dapati nasi belum masak-masak lagi,maka Maman pun menonton TV.Leka sebentar.

Terasa pedih perut kelaparan,Maman ke dapur.Didapati telur gorengnya hilang dan nasi ditanak habis tidak bersisa.

Maman mula terasa seram dan pelik.Dia yakin tidak ada sesiapa pun yang akan memasuki rumahnya itu tanpa dapat dikesannya.Rumah kayu.Berjalan sedikit bergegar terasa orang dihujung.

Dibiarkan saja.Maman terus masuk tidur.Maman bermimpi.

Sutan mendatanginya dengan wajah masam.Diikuti Mak Dah.Kedua-duanya seperti marah padanya.Kemudian mereka menunjukkan reaksi cemas.Maman terjaga,tidak difahami apa makna mimpinya.

Malam esok,Maman terasa rumah pusakanya itu seperti ada kenduri lagaknya.Tak terasa bising,tetapi susup sasap seperti ada beratus-ratus orang dalam rumahnya.

Malam itu Maman bermimpi,terdapat beberapa lembaga hitam yang memandangnya dengan perasaan marah.Merah mata masing-masing melihatnya.Nekad,Maman terus berlari tidur di surau.

Esoknya ditemani Bilal,rumah Maman dijengah.Bilal menasihati Maman menjaga solat dan membaca Quran,seeloknya surah Al Baqarah diamalkan selalu.

Seminggu kemudian Maman menjual tanah rumah pusakanya itu.Alasannya tidak tertahan diganggu setiap masa.Katanya rumah itu dihuni beratus-ratus makhluk halus.Maman pulang semula ke Kota Tinggi dan tidak pulang-pulang lagi.

Walau tanah pusaka tersebut telah bertukar tangan,rumah pusaka tersebut tidak dapat dirobohkan.

Kata orang pandai ada saka dalam ruamh tersebut yang menanti orang tertentu untuk menjadi tuannya.Menanti dan terus menanti.Esok berganti esok.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2010 12:29 AM | Show all posts
Polis hutan
Oct 17th 2009

Oleh: MFT
Jumlah Hit: 265

Tok Eh banyak pengalaman orangnya.Beliau dulunya bertugas sebagai polis hutan.

Suatu masa.beliau dan 2 orang kawannya memasuki hutan atas sebab tugas.Mereka berjalan jauh ke dalam sambil menebas-nebas pokok-pokok kecil buat tanda jalan.Langit mendung gelap tanda akan hujan bila-bila.

Maka turunlah hujan kucing dan anjing.Mereka berebut-rebut mencari tempat teduh.Kelihatan satu batang balak yang besar didepan.Mampu memuatkan 3 orang sekaligus.Maka bayangkan betapa besarnya.Batang balak tersebut penuh dengan tumbuhan dan pokok-pokok kecil.Lurus sepanjang hampir 60 kaki gamaknya.

Tok Eh mencacakkan parangnya di atas lelangit mulut batang balak tersebut.Sambil menunggu hujan teduh,beliau berbual dengan kawan-kawannya.Terdapat seakan kayu-kayu tajam mengelilingi mulut batang balak tersebut.

Dirasakan ada cecair menitik-nitik dari atas mulut balak mengenai seluarnya.Keadaan agak gelap kerana hujan turun dengan sangat lebat.Cecair tesebut agak pekat berbanding air hujan dan berbau hanyir.Timbul hairan padanya.

Dirasakan batang balak tersebut bergegar.Mula-mula perlahan.Kemudian makin menjadi-jadi.Mereka bertiga terus meluru keluar.

Dilihat dengan mata sendiri,batang balak tersebut bergerak-gerak.Umpama gerakkan seekor ular.

Dengan semangat yang hampir hilang,mereka bertempiaran lari.Setelah keluar dari hutan,teringat beliau pada cecair yang menitik diseluarnya sebelum ini.Berwarna merah darah cecair itu membasahi sebelah kanan seluar beliau.

Esoknya terdapat laporan kawasan hutan yang mereka masuki semalam menjadi terang benderang seumpama padang bola.Pokok-pokok tumbang berselerakan.Dan terdapat jalur besar 6 pemeluk berbekas sepanjang tanah menuju ke sungai besar 9 batu dari tempat tersebut.

Tok Eh mengatakan mereka sebenarnya tumpang berteduh dalam mulut seekor ular raksaksa yang sedang bertapa.Mujurlah tidak dibaham tidak bersisa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2010 12:30 AM | Show all posts
Setan
Oct 26th 2009

Oleh: MFT
Jumlah Hit: 239

Zaki selalu saja menimbulkan kemarahan ramai orang.Bukan setakat teman sebayanya saja,malah melarat hingga ke orang-orang tua sekali turut berasa marah dengan kelakuannya.Sikapnya yang perengus dan bermulut lancang menyebabkan beliau dicop 'setan' dikalangan orang kampung.

Suatu masa,balik dari sekolah.Zaki tidak terus pulang kerumah neneknya,tapi menghala ke kawasan kebun getah.Dia suka berehat-rehat dibawah serumpun buluh ditengah kebun getah tersebut.Padahal waktu selepas pulang kesekolah adalah waktu beliau pegi mengaji Quran.Mungkin ditakdirkan untuk menjadi pengajaran padanya.

Pagi esok orang-orang kampung keluar beramai-rami mencari Zaki.Walaupun digelar 'setan', tapi orang kampung tidak berkira sangat mengenangkan nenek Zaki yang berdedai-dedai air mata kesedihan kerana ketidak pulangan cucunya semalaman.Usaha mencari diteruskan sehingga jauh ke dalam hutan kampung.

Setelah puas mencari dan gagal tiada jawapan.Tok Imam meminta para penduduk melakukan solat hajat dan membca Yassin 7 Mubin.Malam itu Zaki ditemui.Diatas pokok ara besar.Tak sedarkan diri.

Setelah dibawa turun dan dipulihkan semangat,Zaki menyatakan sewaktu tidur dibawah rumpun buluh,datang seorang nenek tua.Zaki pada waktu itu hanya mengikut saja ajakan nenek tua tersebut.Menurutnya dia dibawa ke rumah nenek tersebut.Sebuah rumah Melayu lama yang tiang pancangnya sayup keatas dan mempunyai cuma tiga anak tangga.Namun sebaik memijak anak tangga tersebut,dia sudah pun memasuki rumah nenek tua tersebut.

Disitu,beliau dihidangkan pelbagai makanan yang enak-enak.Selain nenek tersebut,terdapat 7 anak dara yang jelita menghuni rumah tersebut.Semuanya baik-baik belaka.Setelah kekenyangan,timbul niat mahu pulang.Nenek tersebut bersama 7 anak dara jelita menghalangnya pulang.Zaki mula berasa marah dan mencarutkan nenek tersebut.Pada waktu itu terjadilah peristiwa paling menakutkan seumur hidupnya.Nenek dan 7 dara jelita tersebut bertukar rupa.Menjadi langsuir.Berkepala hampir botak dengan rambut kasar jarang-jarang mencecah lantai,siung sepanjang 13 inci,muka tengkorak dan berhidung seperti babi.Berpakaian putih kekuning-kuningan.

Zaki terus pengsan.

Sejak kejadian tersebut,dia mula berubah.Menjadi pendiam dan belajar agama.2 tahun kemudian beliau menyambung pengajian di Mekah.

Sekian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2010 12:30 AM | Show all posts
PONTIANAK KAMPUNGAN
Feb 6th 2009

Oleh: MFT
Jumlah Hit: 646

Tak silap aku hal ni terjadi dalam tahun 2005 kat kampung Mak aku kat Parit Kassim,Parit Selangor(Pontian Johor).

Memula gini,jalan kampung aku ni dikira antara jalan alternatif bagi mengelakkan roadblock kalau nak pi Bandaraya JB.Walaupun waktu tu belum tar lagi,tapi ramai la orang yang guna jalan lurus kampung aku tu.Kat tengah jalan tu ada satu simpang empat.

Satu malam tu sorang Guard balik naik motor ikut jalan tu.Dia kerja kat Pekan Nenas,jadi memang guna jalan kampung aku tu la.Dok berjalan dalam gelap tu ,sampai la kat simpang empat,dia ternampak kat tengah-tengah simpang tu ada benda putih macam bentuk orang perempuan dok terapung-apaung.Faham la kan?Pontianak!!!

Guard tu terus pecut motor dia pasal Pontianak tu dok kejar dia daaaa!!!.Gegar rumah kawan dia kat hujung jalan tu lebih kurang 600 meter dari simpang empat tu.Yang menggerunkan ialah anak kepada kawan Guard ni dok menangis je malam tu,seolah benda tu dah dok tumpang port kejap.Punyalah seram Guard tu.Esok pagi baru balik rumah dia.

Rupa sebelum kejadian malam tu,suami kepada akak sedara aku dah kena dulu dah dengan pontianak tu.Dia bangun malam nak hisap rokok,bukak tingkap bilik.Dengar suara garau kat belakang rumah.Buang rokok,tutup tingkap terus tidur.Nak tambah cerita lagi rupanya ada orang kampung lain nampak juga Pontianak bawah tiang lampu kat kampung depa.Tiang lampu tu je satu yang tak menyala dalam banyak-banyak tiang lampu dan kat situlah pontianak tu menunjuk diri.Sekarang ni tak tau la mana dah benda tu pi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2010 12:31 AM | Show all posts
DI AJUK MAKHLUK KEGELAPAN
Feb 6th 2009

Oleh: MFT
Jumlah Hit: 282

Satu malam aku tidur la macam biasa dalam bilik dengan adik aku.Bilik aku sebelah dengan dapur.Ada tingkap kat tengah dinding pemisah dapur dengan bilik,kalau dulu memang terbuka je kaca tingkap tu,tikus pun selalu masuk bilik aku.Tapi tu tak da hal apa la.Kami adik beradik tidur dengan kaki menghadap tingkap tu.

Sedap-sedap tidur aku terjaga la pulak,aku selesema waktu tu,jadi hidung macam tersumbat bila aku tarik nafas.Tup-tup dalam kegelapan kat ruang dapur tu,dari celah-celah tingkap aku terdengar suara mengajuk aku dok tarik nafas tadi.Garau aja suaranya.Aku terfikir waktu tu"Eh hantu ke ni?Ah lantaklah,tidur lagi syok".Waktu aku dengar suara tu terasa macam benda tu betul-betul dok mengadap aku kat belakang tingkap tu.

Bangun pagi esok baru aku teringat semula dan terfikir apa benda la yang mengacau aku malam tadi?Nasib tak tunjuk rupa,tapi agak kalau tunjuk pun aku sambung tidur je terus.Mamai dok baru bangun tidur biasa la mana nak peduli apa-apa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-5-2010 12:31 AM | Show all posts
Hal Ehwal Pelajar
Oct 27th 2009

Oleh: MFT
Jumlah Hit: 306

Cerita 1

Hanafi pelajar jurusan seni bina.Oleh kerana waktu itu beliau masih belum memiliki motor,maka dipinjamnya motor seorang kawan.

Pusat pengajiannya terletak paling hujung di Universiti Super Malaysia.Maka dengan semangat menyiapkan projeknya,Hanafi pun bergeraklah pada waktu tengah malam.Sifat manusia nokturnal bagi pelajar pusat pengajian Housing,Building and Planning(HBP=HANTU BALIK PAGI).

Sedang melalui kawasan berhampiran VC ROCK(ni kawasan bongkah batu yang paling popular di Universiti Super Malaysia),motor ditunggangnya menjadi seakan hampir berhenti.Seperti masukan minyak dalam karpekpekor bermasalah.Semput.

Hanafi menyumpah-nyumpah kerana mengaitkan kawannya sengaja meminjamkan motor dengan harapan beliau akan mengisi minyak.

Dalam keadaan begitu,Hanafi memandu dengan agak perlahan.ZUUUUPPPPPPPPP!!!!!

Kelibat berwarna putih melintas dihadapannya.Tergamam sebentar Hanafi.Matanya tidak salah melihat.Keadaan yang gelap pasti memudahkan warna yang lebih terang kelihatan ditempat yang sama.

Hanafi bagaimanapun selamat sampai di pusat pengajiannya.

Cerita ke 2.

Pada suatu malam,Timbalan Naib Canselor(TNC) Jalaludin terpaksa stayback oleh kerana ada event di Universiti Super Malaysia.Beliau kemudian tergerak memanggil pemandunya yang sedang menunggu dalam kereta di tempat letak kereta.

Sebaik melangkah keluar pintu,dapat dilihat kawasan tempat letak kereta.Kejauhan dilihat keretanya dan juga pemandunya diluar kereta menghisap rokok.TNC Jalaludin tiba-tiba terkejut.

Dipanggilnya pemandunya yang berada didalam kereta masuk ke pejabatnya on the spot.Melalui panggilan hanset.

Sebaik pemandunya memasuki ruang pejabat dan bertemu TNC Jalaludin,dia bertanya jika TNC Jalaludin memerlukan sesuatu.

Dengan agak tegang,TNC Jalaludin menyatakan tujuannya memanggil pemandu beliau itu memasuki pejabat.

Rupa-rupanya pada waktu TNC melihat ke kawasan tempat letak kereta,beliau tidak saja melihat keretanya dan pemandunya.

Tetapi juga melihat sesosok wanita berpakaian putih terapung diatas keretanya merenung pemandu tersebut.Hairan juga kerana pemandunya tidak pula ternampak apa-apa.Bagaimanapun tiada apa-apa yang terjadi.Syukurlah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2010 12:32 AM | Show all posts
Post Last Edit by gitarmahogani at 22-5-2011 22:21

Pelik-pelik terjadi
Jan 13th 2010

Oleh: MFT
Jumlah Hit: 217

1.Sungai Pinggan di Pontian berasal namanya pada satu kejadian pada zaman dulu kala.Bila ada yang mahu mengadakan kenduri akan meletakkan tanda-tanda seperti bunga,bertih dan beberapa lagi barang lain.Tujuannya nak pinjam pinggan mangkuk daripada makhluk halus dikatakan bunian.Barangan tersebut akan muncul daripada dasar sungai.Mengapung.

Seperti biasa susu diberi air bateri dibalas,kerana janjinya ialah setiap set pinggan mangkuk mesti dipulangkan lengkap seperti keadaan waktu dipinjamkan,biar pecah sekalipun mesti diserahkan.Ada juga yang mahu saja-saja menyimpan buat tanda kenangan.Padahnya semua tinggal kenangan.Tiada lagi diberi pinjam.

2.Kejadian sesat atau hilang sering terjadi pada zaman dulu.Samada disorok makhluk halus atau dijadikan 'lauk'.Teruskan membaca cerita karut ini.

Pak Lah turun menjala udang bersama Kasan.Nak dijadikan cerita Kasan disambar buaya besar.Pak Lah tidak berputus asa.Dikejarnya buaya tersebut dengan menggunakan amalan airnya.Keliling mukanya dalam jarak 3 inci wujud lapis udara yang menghalang air menyentuh kulit muka.Bolehlah bernafas lama-lama dalam air.

Kejar mengejar sehinggalah Pak Lah terasa dirinya memasuki satu keadaan yang terasa lain sedikit.Berenanglah dia kepermukaan,dilihat buaya besar berubah menjadi manusia sedang Kasan menjadi......kambing?? Ya.Kambing.'Manusia' tersebut mengheret 'kambing' tersebut kedarat.Pak Lah membaca ayat suci sebagai perlindungan.

Mengikut jejak 'manusia'tersebut sampai pula Pak Lah kesatu perkampungan yang meriah suasananya.Rupa sedang diadakan rewang atau gotong royong memasak.'Kambing' dibawa tadi diheret ke beberapa orang lelaki,lalu disembelih.Pak Lah terkilan kerana gagal menghalang.Nak berlalu begitu saja,terasa berat dihati.Lalu disinggahnya kenduri tersebut.Dijamu oleh seorang gadis nasi lengkap dengan lauk pauk yang enak-enak.Tapi Pak Lah cuma memilih telur saja.Itu pun entah apa asalnya.

Pak Lah kemudian pergi kesungai dan menyelam semula mengikut arah bertentangan yang membawanya ke perkampungan tersebut.Selamat sampai di alam kita,Pak Lah pun pergi kerumah keluarga Kasan menyampaikan berita.

3.Penulis pernah satu malam dalam keadaan separuh sedar mengalami kejadian pelik.Waktu itu penulis sedang berbaring dalam bilik yang gelap,kemudian tiba-tiba kedua-dua tangan penulis bergerak secara spontan menangkap 'tangan' sesuatu.Yang berupa asap berbentuk manusia cuma sekadar sampai ke pinggang saja,bahagian bawah seperti ekor asap.Penulis bergelut dengan 'benda' tersebut dalam 2 minit.Benda tersebut bergerak-gerak keras untuk melepaskan diri.

Letih rasanya,penulis kemudian terlepas genggaman,dan 'benda' itu menyusup laju menembusi muka penulis.Terasa darah penuh naik ke kepala.Hampir 5 minit keadaan begitu,baru penulis keluar dari bilik.Sambung tidur diruang tamu.

4.Ibu saudara penulis pada suatu malam terjaga tiba-tiba.Dilihatnya sesuatu yang berupa asap bergerak-gerak diatas nya.Membentuk makhluk-makhluk pelik.Ada kala berupa tengkorak berkepak,adakala berbentuk rangka cicak,adakala muka orang tersenyum bertukar menjadi rangka manusia.Dibacakan ayat Qursi baru hilang.Apa itu sebenarnya?



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-5-2010 12:32 AM | Show all posts
Bas Ekspress
Jan 18th 2010

Oleh: MFT
Jumlah Hit: 352

1-Seorang drebar bas dikejutkan dengan gangguan kelawar raksasa.Saiz kelawar itu terlalu besar hingga hampir semua bahagian cermin depan bas ditutupnya.Bagi mengelakkan kemalangan,drebar itu terus membuka lampu tinggi dan menghidupkan pengelap cermin.Barulah kelawar tersebut terbang.Waktu berhenti,diperiksa batang pengelap bengkok

2-Seorang drebar bas lain melalui satu kawasan sawit yang sunyi dan gelap.Ada 1 keluarga Cina dan 3 orang penumpang Melayu.Bas kemudian di satu selekoh tajam menurunkan keluarga Cina tersebut.Setelah 5 minit berjalan,drebar melihat ada beberapa orang yang melambaikan tangan mahu menumpang ditepi jalan yang gelap.Diperhatikan betul-betul,keluarga Cina yang tadi.Kali ini bedarah-darah keadaan mereka,

Drebar terus memecut.3 penumpang yang lain berkumpul duduk rapat-rapat.Rupa-rupanya diselekoh tajam tadi pernah satu keluarga Cina mati kemalangan.

3-Wak Lamin sedang memandu pulang bas ke garaj syarikat.Dirasakan malam itu bas berlainan benar.Terasa berat dan bising dalam bas.Memang sah tiada orang pun.Wak Lamin tak layankan sangat.

Sampai digaraj,tak sempat bas berhenti,pintu bas terbuka sendiri.Wak Lamin rasa macam nak pengsan bila dilihat berpuluh-puluh jin bertanduk dan berbulu berebut-rebut nak keluar bas sambil menjerit-jerit.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2010 12:33 AM | Show all posts
Pengalaman Biker
Jan 31st 2010

Oleh: MFT
Jumlah Hit: 240

Zaini bercadang membeli sebuah superbike.Dalam fikirannya bercadang mendapatkan buatan Jepun atau Itali paling kurang,selain itu kalau dapat biarlah kos alat ganti dan maintenance tidak terlalu mahal.Zaini nak cari jenis sportbike.Model pilihannya ialah ZX12R atau Hayabusa.Memang berdesup.



Beliau pun pergilah menjengok beberapa kedai motor.Memang ada model pilihannya,tapi keadaan agak kurang memuaskan.Ada yang fairing dah patah,fork bengkok,meter hilang,ada juga skim warna yang tak menarik,hingga rantai kurang berminyak pun dipertikaikannya.Pendek kata macam-macam la yang tak kena dihatinya.Alang-alang nak keluar duit berpuluh ribu baik cari yang betul-betul berkenaan,kata hatinya.



Kemudiannya Zaini mendapat tawaran sebuah Ducati 999,spesifikasi perlumbaan.Harga RM98000.Setelah dicuba dan berpuas hati,Zaini pun membelinya.Murah tu RM98000,rega baru cecah RM2++K.....Penulis pun nak satu...



Tidak berapa lama kemudian Zaini becadang berjalan ke Perak menunggang 999nya.



Suatu malam,balik dari Teluk Intan,Zaini memecut 999nya.Selekoh pun sedap-sedap.Nun didepan dilihat cahaya sebuah kereta.Datsun tua.Yang kemudian melepasinya.



Zaini mula berasa seram sejuk.Bila Datsun itu secepat kilat membuat U-turn dilihatnya dari cermin sisi.Dan mengejar 999nya sambil membuka lampu besar.Sedang kelajuan motornya ketika itu 220km/sejam,Datsun itu masih boleh cucuk angin dibelakang 999nya.



Dipulas habis throttle 999,dan meter benar-benar mencecah 320km/sejam!!!



Datsun tersebut masih setia menemani Zaini di belakang.Beberapa inci saja daripada tayar sportbikenya.Mujurlah waktu itu telah hampir sampai ke pekan berhampiran,barulah Datsun tersebut perlahan-lahan mengurangkan kelajuannya dan hilang.Pucat muka Zaini........







p/s- Pengalaman ini diceritakan seorang penunggang lain waktu pesta Konvo USM tahun 2006 dulu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2010 12:33 AM | Show all posts
Cryptology di Malaysia
Feb 5th 2010

Oleh: MFT
Jumlah Hit: 220

Secara rawak disenaraikan:

1-Naga tasik Chini-ada yang mendakwa ular raksaksa atau naga yang menghuni dibeberapa tempat di tasik Chini.Tak silap penulis kawasan yang paling diyakini ada ular raksaksa ialah ditempat bernama Lubuk Gumum.Ingat kes runtuhan tanah yang menyebabkan banjir kilat tiba-tiba di Gunung Pulai dulu?Penulis sebagai orang tempatan ada terdengar versi cerita arah pergerakan banjir tersebut umpama gerakan ular menyusur menuju ke sungai Pontian terus ke laut besar.

2-Bujang Senang di Batang Lupar Sarawak-buaya raksaksa yang berumur beratus-ratus tahun.Berjalur putih dibelakang.Ada yang mengatakan badannya sebesar kereta Kancil,ada yang kata seperti lori treler.Kita tahu buaya dah ada semenjak zaman dinasour lagi.Tak hairanlah.Tapi kenapa buaya saja yang selamat sampai sekarang?Ada yang mendakwa di kawasan hutan Pahang pernah ditemui tulang dinasour.

3-Toman raksaksa(mungkin besar bas ekspres)Tasik Kenyir-Penulis pernah mendengar cerita kaki pancing yang menemui sisa kepala ikan toman tanpa badan sebesar tong drum di Tasik Kenyir.Bayangkan saiz pemangsa yang membaham toman sebesar tong drum?

4-Sulur bidar-dikatakan berbentuk seperti hamparan atau tikar berwarna putih.Kekuatannya menggulung sehingga tahap 1 juta HP menyebabkan daun yang digulung boleh ditemui kering didasar air hatta boleh dibakar setelah diambil basah-basah.Anda nak kena gulung?

5-Sang Kelembai/Gedembai-kaum raksaksa yang peramah tapi mendatangkan bencana bila apa saja yang ditegur menjadi batu.Dengar-dengar ada banyak kesan sumpahan Kelembai ini.Paling tragis pasangan batu pengantin keturunan orang Asli yang ditegur Kelembai tatkala menyeberang sungai.Kesan batu ini semakin nipis dan ada kesan pahat angkara ada pihak yang mahu mengambil hiasan barang kemas pada batu ini.

Orang-orang kampung pada zaman dulu kalau tak dapat hasil air yang memuaskan akan mencari batu-batu berbentuk ikan yang dikatakan disumpah Kelembai.Setelah digoreng boleh dimakan dan rasa seperti ikan(keropok?).Penulis pernah melihat setelah ditunjuk ibu saudara penulis,batu berbentuk ikan emas yang jika diletak dalam air akan berenang-renang seperti ikan.Malangnya bahagian ekor dah patah.Mana asalnya?warisan turun temurun.

6-Kaum raksaksa yang membaham manusia di Sarawak-penulis lupa nama kaum ini.Dikatakan kaum ini tinggal disebuah kawasan bukit dalam gua.Pernah 2 orang pemasang menara telekomunikasi melihat sebuah pintu batu yang berukiran cantik didalam sebuah gua.

Kaum ini dikatakan boleh menjelma menjadi lembu.Jika ada orang yang berburu lembu pasti terpedaya kerana lembu-lembu ini hanya bermain dikawasan gua tempat kaum tersebut.


Banyak lagi,dan jika diteliti setiap kaum bumiputera dan asli di Malaysia ada legenda sendiri tentang haiwan dan makhluk misteri,terutama gergasi.Apa sebenarnya ya makhluk-makhluk ini?Jelmaan jin syaitan?Wallahualam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2010 12:34 AM | Show all posts
Padah murtad
Apr 2nd 2010

Oleh: MFT
Jumlah Hit: 171

1-Batu kuburnya berbuih-buih

'Kalau aku mati tanam aku dalam 'long' pesan Su Mah Hwa. Saudara-maranya memujuk-mujuk dia agar kembali semula pada Islam.Tinggalkan rumah milik mendiang suaminya dan tinggal di rumah saudara-mara yang dia mahu.Namun segala pujukan pada Su Mah Hwa tidak berbekas kerana ingatan pada mendiang suami terlalu mendalam.

'Macam mana aku nak masuk Islam balik?aku dah lama macam ni.Kalau aku mati tanam aku dalam 'long' sebelah kubur suami aku'bantahnya.Hinggalah ajal menjemput tetaplah Su Mah Hwa dalam kekafiran.Setelah ditimbang tara,pihak berkuasa dan saudara maranya menyerahkan jenazahnya pada pihak Tokong.

Suatu masa tidak lama setelah usai pengebumian Su Mah Hwa mengikut upacara agama pihak Tokong,pecahlah satu cerita.Keluar buih-buih menggelegak dari rekahan batu kubur Su Mah Hwa.Disaksikan oleh pihak pengurusan jirat.Orang-orang Melayu Islam beristighfar mendengar perkhabaran yang dibawa ini.

p/s-secara mudah 'long' umpama liang lahad tapi di jirat Cina.

2-Roh takkan tenteram

Kak Su pulang ke Selatan Thai mengikut keluarganya.Menziarahi jenazah sepupunya yang mati kemalangan sewaktu belajar di luar negara.

Sepanjang pengurusan jenazah hinggalah ditanam di pemakaman Islam tiada apa-apa yang pelik.

Menjelang malam hari tersebut,setelah selesai kenduri arwah,jelmaan si mati muncul.Bertempiaran semua yang datang.Keluarga Kak Su bertahan dalam rumah.Jelmaan si mati berbungkus umpama pocong.Kemudian menghilang.

Keluarga Kak Su bergegas ke kubur.Didapati kubur sepupu itu berlubang sebesar talam.Jelmaan si mati terus pulang pada malam-malam seterusnya.

Keluarga sepupu Kak Su cuba mendapatkan bantuan orang-orang pandai.

Suatu masa datang satu kumpulan ke rumah keluarga sepupu Kak Su membawa berita.

Dikatakan sepupu tersebut semasa hidupnya telah keluar daripada Islam semasa menuntut di luar negara.Kumpulan tersebut mengetahui mengenai kematian sepupu Kak Su tersebut dan telah cuba mengesannya bagi dikebumikan mengikut upacara agama mereka.

Setelah dikeluarkan jenazah dari pemakaman Islam,lalu diserahkan pada kumpulan tersebut dan dikebumikan semula mengikut cara mereka,barulah jelmaan si mati tidak kembali lagi.

3.Berlaku pada zaman Junjungan Besar Nabi Muhammad saw.

Seorang sahabat yang dahulunya menulis wahyu-wahyu yang diturunkan pada Nabi Muhammad,pada suatu masa telah murtad memeluk agama Nasrani.

Bila ditanya apa sebab terkeluarnya dia daripada Islam,maka dijawabnya

'Muhammad tidak mengerti apa-apa yang ku tulis'.

Suatu masa si murtadin ini pun meninggal dunia.Maka dikebumikanlah mengikut cara anutan agama pilihannya itu.

Suatu pagi,diperkuburan agama Nasrani,kecoh suasana bila jenazah si murtadin ini seperti dipungkas keluar dari dalam kuburnya.Maka timbul fitnah mengatakan ia perbuatan angkara orang-orang Islam yang tidak berpuas hati dengan si murtadin ini.

Tapi kemudian dikuburkan semula.Pagi esoknya tetap jenazah si murtadin ini terkeluar dari dalam kuburnya.Maka ditanam semula dan fitnah yang kedengaran sebelumnya seperti benar.

Namun setelah berkali-kali kejadian sama berlaku walau setelah dilakukan kawalan dikawasan perkuburan Nasrani,maka timbullah kepelikan apa sebenarnya terjadi?

Setelah itu dibiarkan saja jenazah murtadin ini oleh rakan-rakan seagamanya.

Bila dibawa perkara ini kehadapan Baginda yang mulia Muhammad saw,Baginda mengatakan itulah balasan yang ditunjukkan Allah swt pada golongan murtad sejak didunia lagi.

moral-Ya Allah,janganlah matikan kami kecuali dalam Islam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2010 12:34 AM | Show all posts
Buaya
Apr 8th 2010

Oleh: MFT
Jumlah Hit: 89

Sungai Petaka tidaklah sebesar mana. Namun tidak semestinya tidak besar penghuni atau penunggunyanya tidak seganas mana. Kepada Daie yang biasa dengan sungai ini, faham mana tempat yang ada hasil yang baik dan mana tempat yang sebaiknya jangan ditempuh singgah lama-lama.

Suatu masa hendak dikarang cerita, Daie ke sungai pada waktu malam. Hajat hati nak makan udang sepit biru masak lemak hijau. Dengan sampan kesayangannya Daie pun ketengah dan makin ke dalam sepanjang sungai. Sesuatu akan menantinya nanti.

Daie menabur beras peramnya ke atas air. Beberapa minit kemudian ditebar jalanya.Terdengar dehem seseorang dibunyikan depan.Ditoleh kesebelah.Entah mana datang seorang lelaki bertinggung didepan.

Daie menelan air liur. Namun lelaki misteri memberi isyarat seperti menyuruh Daie meneruskan aktiviti menjalanya. Daie tergigil-gigil. Apa geruhnya malam ini?

Lelaki tersebut memandang ke tebing sungai yang gelap di seberang sana. Perlahan-lahan kemudian berdiri. Mulutnya memanjang ke depan.Matanya bertukar merah. Perlahan-lahan membongkok. Keluar sisik-sisik kerak keras. Jari-jemari bertukar mengeras dan berkuku runcing. Kemudian menoleh ke arah Daie.

'Jangan datang ke sini lagi pada waktu begini.Aku maafkan kali ini. Waktu lain kau nahas.' kata lelaki misteri tersebut yang terus-terusan bertukar rupa.

Lelaki tersebut menjelma menjadi buaya. Hampir tenggelam hujung sampan Daie menahan berat lelaki tersebut. 'Buaya' tersebut memang tersangat besar.Lebih panjang dari sampannya dan berukur lilit 2 pemeluk, Sebelum tenggelam ke dasar sungai,sempat lagi mengocak air menggelegak membasahi Daie yang tergamam.

Daie terus pulang ke rumah dan demam sebulan.

p/s-Daie tidak jejak ke sungai lagi selepas itu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2010 12:35 AM | Show all posts
Music Partner
Dec 7th 2009

Oleh: MFT
Jumlah Hit: 138

Pok Cik pulang kerumahnya di Kelantan sempena cuti semester Universiti Super Malaysia.Gembira sangat-sangat beliau ini kerana dapat memenuhi kegemarannya berjamming sokmo.Anak sedaranya menjadi mangsanya bermain rhythm tatkala Pok Cik bermain solo gitar 20 minit penuh.Pendek kata Pok Cik ni gila sungguh la bermain gitar.

Satu malam setelah pulang dari rumah saing(kawan)nya di kampung sebelah,Pok Cik terus mengambil gitar Gio nya dan menghidupkan mini amplifier Marshall kesayangannya.Grenggggggggggggggggggg.Pada jam 2 pagi.Dalam bilik tidur.

GEDEGUKKK
GEDEGUKKKKKK
BOKKKK
BOKKKKK
GUMMMMMMMMM
BAKKKKK!!!!!!

Kedengaran bunyi seperti diatas diluar rumah.

Pok Cik kehairanan.Siapa pula yang berminat mengiringinya bermain gitar pagi-pagi buta ni?

Bunyi tersebut kedengaran lagi.Seperti bunyi sesuatu bergendang diatas batang kayu mengiringi setiap not dimainkan Pok Cik.

Ahhhh sudah..kena aku malam ni...getus Pok Cik.

Disimpannya alatan gitarnya semua lalu berkelubung lah beliau menggigil sampai ke siang.Ditemani bunyi misteri tersebut tak berhenti-henti.Serik Pok Cik.

Habis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2010 12:36 AM | Show all posts
Cikgu Salim punya cerita
Oct 17th 2009

Oleh: MFT
Jumlah Hit: 279

Aku ringkaskan je ceritanya

Cikgu Salim seorang guru yang dedikasi.Namun beliau terkenal sebagai bermulut celupar tak ingat.Pendek kata dia seorang sajalah paling berani dalam dunia.

Suatu hari beliau mengeteh dengan kawan-kawannya.Seorang kawan beliau mengatakan sekian-sekian pada waktu sekian di tempat sekian ada hantu.

Cikgu Salim dengan bongkaknya tergelak-gelak tanda tidak percaya.Oleh kerana tersinggung kawan beliau pun mengatakan jumpalah Cikgu Salim dengan hantu tesebut.Cikgu Salim dengan riak mengatakan OK TAKDA HAL.DIA DATANG AKU TERAJANG MUKA DIA.

Dalam perjalanan pulang,Cikgu Salim sengaja mengambil jalan yang sunyi.Tujuannya sengaja nak tunjuk tiada hantu di dalam dunia ini.

Sedang asyik memandu,bumbung keretanya diketuk sesuatu.....

Esoknya Cikgu Salim menghuni hospital,patah kaki.

Mengikut cerita beliau,apa yang dilihatnya adalah seekor hantu bermuka ngeri berwarna hitam bermata merah bersiung telah menjenggolkan muka dari atas bumbung keretanya dan menunjukkan muka bengis.

Beliau terus panik sehingga terbabas ke dalam parit besar.

Tamat.Pergi makan kejap....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2010 12:36 AM | Show all posts
MENJELMA
Mar 6th 2009

Oleh: MFT
Jumlah Hit: 546

SALAM.AKU SELALU LA MEREWANG KAT FORUM CARI.MASUK BOD MISTERI PARANORAML DAN SUPERNATURAL.LAYAN LA BERATUS-RATUS CERITA HANTU DALAM TU.PALING TAK BOLEH BLAH BACA CERITA CIK PON DENGAN CIK LANG.SERRRRAMMMMMMM.

MUNGKIN PASAL TERLALU ASYIK MENGADAP BOD TU,AKU TERPENGARUH DAN TERASA MACAM ADA JE BENDA-BENDA MISTERI JADI KELILING AKU.

ADA SATU MALAM AKU DOK BACA BOD TU.PUKUL 2 ATAU 3 PAGI KOT.TIBA-TIBA AKU DENGAR SUARA PELIK KAT LUAR TINGKAP.AKU TERUS TIDUR.SERIAU JE.NAIK BULU ROMA AKU MACAM BENDA TU DOK DEKAT JE.PAGI ESOK ROOMATE AKU KATA MATA DIA TAK DAPAT BUKA,PEDIH SEMACAM JE.NTAH KENAPA,MUNGKIN...........

ADA SATU MALAM AKU MIMPI CIK PON DENGAN ANAKNYA NAK MASUK PORT DALAM BILIK AKU KAT DESA BAKTI USM.ANAKNYA DAH HAMPIR MASUK,MAKNYA DOK KAT LUAR JE.KENAPA TAK DAPAT MASUK?MUNGKIN BERKAT AKU BACA YASIN DAN MENGAJI TIAP-TIAP HARI SEMENJAK SEMESTER LEPAS.TUJUANNYA NAK REDHA ALLAH BANTU AKU LULUS CEMERLANG.

ROOMATE AKU NI PUN SATU,KAT BILIK DAH DAPAT INTERNET WIRELESS,NAK JUGA PERGI ONLINE KAT STUDIO PUSAT PENGAJIAN HBP KAMI.SATU MALAM DIA SUDAH KENA SAKAT LA.BENDA TU IKUT DIA JALAN BALIK.SIAP BUNYI LAGI.

ISHHH
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-5-2010 12:37 AM | Show all posts
DI TENGAH SUNGAI DI BAWAH KELENGKANG HANTU GALAH
Feb 6th 2009

Oleh: MFT
Jumlah Hit: 601

Atok belah mak aku ni agak tau sikit-sikit tentang ilmu dunia ni.Buat pendinding diri.Pasal zaman dulu benda-benda mistik dan realiti beramalgamasi.Tak macam zaman sekarang,walaupun ada jugak hantu kat bandar,tapi takda la sampai selalu dok menjelma.

Ok.Ni mak sedara aku yang cerita,kami panggil dia Mak Long Tik.Atok aku ni dulu suka mancing tengah-tengah malam kat tengah-tengah sungai guna sampan.Dia bersampan dengan sapa-sapa la yang berani nak ikut.

Satu malam tu Atok dengan 2 kawan dia pi la mancing kat Sungai Pontian(Johor).Dulu sungai ni macam-macam ada(aku sendiri pernah nampak sejenis tumbuhan air yang bergerak menentang arus sungai waktu tengahari buta,orang kata naga,ntah betul tak),tapi Atok ada la petua dia sendiri.Baca dulu apa patut.Jadi depa mancing la sambil berborak.Sampan berenti kat tengah sungai

Tetiba depa yang dok dalam sampan ni terasa lain macam ja.Suasana malam tu dok terasa sunyi sangat.Cengkerik pun tak berbunyi langsung tiba-tiba.Atok aku cuit kawan dia suh depa dok diam.

Nak tau kenapa?

Depa dok mancing kat bawah kelengkang hantu galah!!!!Berbulu hitam je benda tu.Tinggi menjulang ke langit,terlalu sayup tingginya.Atok aku campak joran dia dalam sampan,terus kayuh balik.

Minggu depan pi lagi mancing.Hehehe.Cari duit sekolahkan anak-anak beb.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2010 12:37 AM | Show all posts
Jembalang Tak Pernah Sekolah
Sep 7th 2009

Oleh: MFT
Jumlah Hit: 337

Suatu malam raya pada tahun 1993,kami sekeluarga berkumpul di rumah Atuk.Suasana tersangat meriah pada waktu itu berbanding zaman sekarang.Waktu itu suasana masih begitu meriah.Emak-emak saudara semua masih belia dan bertenaga,sedang sepupu-sepupu aku ramai yang belum kahwin lagi itu dan ada yang masih belajar lagi.Bagi kami generasi kedua dalam keluarga besar,raya bermakna dunia ini kami yang punya.

Kami berkumpul diruang tamu depan sambil emak-emak saudara sibuk menganyam ketupat,sepupu-sepupu tuaku sibuk berborak,dan kami yang masih kecil dipaksa tidur awal,entah macam mana timbul cerita-cerita seram.Khusyuk semua mendengar,daripada yang muda hingga yang ketua.Satu daripadaa cerita yang masih aku ingat ialah;

Arwah moyang kami,(kita panggil Tok Ayah) dulunya adalah keluarganya adalahyang paling kaya didaerah kami pada zaman 1800 dulu.Namun kerana kurangnya kesedaran menabung,apa yang diwarisi generasi kami adalah kenang-kenangan saja.

Tok Ayah pada zaman tuanya masih kuat berjalan.Dikatakan berilmu dunia juga sedikit sebanyak,antara ilmu diketahuinya ialah ilmu harimau.Pengamalnya akan kelihatan menggerunkan.Suara mereka akan kedengaran bertempik seperti kilat dilangit.Dan paling misteri pengamalnya tahu apa yang dibuat oleh ahli keluarganya walau jauh berada.

Ketika itu,emak-emak saudara masih kecil lagi.Berhingus.Selalulah mereka mendampingi Tok Ayah,mungkin waktu itu beliau sudah tidak lagi mengamalkan ilmu harimaunya.Kalau tidak jangan harap cucu-cicit nak dekat.

Suatu hari,Tok Ayah menyatakan mahu pergi ke Bandar Pontian berseorangan.Teringin makan sate katanya.Namun sedihnya itulah hari terakhir Tok Ayah dilihat bernafas.Beliau maut dilanggar kereta berhampiran jambatan kampung.Sudah ajal lah maksudnya kan?kaum keluarga kami redha saja.Nak-nak kawasan tersebut memang selalu kemalangan.

Namun tidak lama kemudian,seorang bomoh mendakwa punca kematian Tok Ayah dan kemalangan-kemalanagan lain ialah kerana rasukkan jembalang yang bergentayangan berhampiran jambatan kampung itu.Zaman itu hal tahyul masih kuat.Jadi tiada siapa yang mempertikaikan.

Maka penduduk kampung bersetuju meminta bomoh itu menghalau jembalang puaka tersebut.Mudah saja kerja bomoh itu,sediakan makanan berupa kambing putih disembelih,dan dikatakan jembalang tersebut telah dipindahkan jauh.Namun baru diketahui kemudian jembalang tersebut sekadar berpindah tempat tidak berapa jauh dari jambatan tersebut.

Depan sekolah rendah kampung je duduknya......pehhhhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2010 12:38 AM | Show all posts
Habis dah kot stok cerita?Ok. We'll see whats coming around.Thanks for viewing.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2010 01:25 PM | Show all posts
perghh..abih gak aku bace..kat seminggu bace x khatam2..hahahhaa
anyway..nice posting beb...keep it coming
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.205283 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list