PENYANYI yang digilap bakatnya bersama kumpulan dari New Zealand, Fan Club ini mengejutkan peminat apabila meraih dua hadiah utama pada acara Anugerah Pelakon/Penyanyi Popular `90. Aishah yang ketika itu muncul dengan album solo dan popular bersama lagu Janji Manismu dinobatkan Penyanyi Wanita Popular. Dengan undian 124,572, penyanyi itu mendapat jumlah undi paling besar berbanding calon yang bertanding dalam tujuh kategori lain.
Aishah menewaskan Ramlah Ram, Sheila Majid, Ella dan Fauziah Latiff. Dia mengakui terkejut ketika menerima gelaran itu. Tambahan pula ketika itu, Aishah sibuk dengan pelbagai undangan nyanyian.
Kesibukan membuatkan Aishah lupa mengenai acara itu. Dia hadir untuk memberi sokongan moral di samping memenuhi undangan nyanyian. Pada acara itu, Aishah membawakan lagu klasik popular, Fatwa Pujangga.
Malah, tahun itu juga meninggalkan tiga catatan indah dalam kerjaya penyanyi bersuara lunak itu. Pertama, apabila lagu Janji Manismu sentuhan Adam Ahmad memenangi pertandingan Juara Lagu 90 anjuran TV3. Kedua, dia menerima cakera platinum kembar empat kerana jualan album Janji Manismu dan ketiga, dia memenangi dua hadiah dalam Anugerah Pelakon/Penyanyi Popular `90.
"Anak Melayu Pertama Tempa Sejarah' Itulah tajuk artikel Berita Harian yang pernah saya baca ketika berumur lapan tahun. Sukar untuk mengerti secara mendalam apakah isi kandungan artikel tersebut. Namun setelah membacanya saya dapati artikel itu memperkatakan seorang anak melayu yang mencipta nama di luar negara dalam bidang seni suara dan sekali gus menempa sejarah Malaysia dalam melahirkan seorang bakat seni yang mempunyai potensi besar dalam bidang tersebut.
Dari artikel itulah, saya mula mengenali Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, anak seni kelahiran ibu kota yang menubuhkan kumpulan muzik bersama empat anak muda berbangsa inggeris dari New Zealand, Fan Club.
Pada waktu itu, Fan Club mula meniti di bibir para peminat.
Mula dikenali dengan Sensation dan Repect Of The Beat yang mempertaruhkan lagu hebat seperti Sensation,I feel Love dan Never Gave Up On You telah meletakkan nama Fan Club sebaris dengan Paula Abdul, Micheal Jackson. Kemahsyuran Fan Club waktu itu sering diperkatakan sehingga album mereka memecah pasaran Amerika, Eropah dan beberapa buah negara Asia Pasfifik termasuk Malaysia. Dengan kejayaan itu, maka Fan Club dijadikan model PEPSI antarabangsa selepas Micheal Jackson. Maka di situlah Aishah , seorang anak melayu berbangsa Asia mewarnai industri muzik dunia.
Kemudian, kembalinya Aishah merakam album melayu pertama sehinggalah ke hari ini, nama Aishah masih gah di persada seni. Perjalanan seni Aishah agak unik, kerana berbeza dari insan seni lain. Satu-satunya anak seni yang memulakan bidang seni di peringkat antarabangsa kemudian kembali ke tanah air untuk mewarnai industri muzik tempatan. Kehabatan Aishah sering diperkatakan sehingga ada pemerhati kesenian luar negara memandang Aishah sebagai salah seorang penghibur terbaik rantau ini. Rekod kecemerlangan Aishah masih belum dipecahkan oleh mana-mana penyanyi tempatan hebat lain seperti Sheila Majid, Anita Sarawak mahupun penyanyi hebat, Siti Nurhaliza.
Kecemerlangan Aishah bukan sahaja di bidang seni, malah juga di bidang akademik. Tidak keterlaluan saya katakan, beliau adalah satu-satunya penyanyi wanita tempatan yang memiliki pencapaian akademik peringkat sarjana dengan kepujian, Sains Politik, Universiti Of Auckland, New Zealand. Satu-satunya insan seni berbudaya intelek selepas Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Tidak hairanlah jika Aishah sering menjadi tetamu di majlis-majlis kenamaan dan kebudayaan di kalangan tokoh korporat dan budayawan. Karisma dan keterampilan Aishah juga menjadi idola penyanyi-penyanyi baru mahupun penyanyi-penyanyi seangkatan denganya seperti Ramlah Ram, Shima, Ziana Zain sehinggalah ke Anuar Zain, Siti Nurhaliza, Siti Sarah.
Sikap Aishah yang 'low profile' menyebabkan beliau cukup disenangi oleh semua golongan peminatnya. Pergaulan Aishah tidak terbatas untuk sesetangah golongan sahaja. Oleh itu peminatnya terdiri dari pelbagai golongan termasuk golongan cerdik pandai, tentera, dewasa, remaja dan kanak-kanak. Saya tertarik dengan artikel Dr. Fazilah Kamsah yang mengatakan, "Tidak salah untuk menjadikan penyanyi sebagai idola dalam kerjaya. Lihat saja Aishah."
Dalam ribuan peminatnya, saya bersyukur kerana menjadi salah seorang yang rapat dengan beliau. Secara peribadi, Aishah seorang insan seni yang mudah didekati. Tak Kenal maka tak cinta, apabila sudah kenal baru tahu sedalam mana cinta terhadap beliau. Beliau terlalu 'open' and 'easy going' untuk bergaul dengan sesiapa sahaja. Dalam kehidupannya, tiada istilah 'penyanyi' atau' bintang' yang menjurangkan beliau dengan peminatnya. Inilah petua Aishah untuk mengekalkan populariti beliau sehinga ke hari ini. Meskipun kehadiran ramai penyanyi baru seperti cendawan tumbuh selepas hujan, Aishah masih lagi bertakhta di persada seni meskipun diuji dengan liku-liku kehidupan.
Kini, Aishah kembali semula ke arena seni untuk membawa kembali kegemilangan dengan warna-warni kenangan sekitar awal 90-an untuk dikongsi bersama dengan para peminat setia dan generasi baru. Kemeriahan industri hiburan kembali bersinar dengan kehadiran penyanyi senior sepertinya. Meskipun tanpa album baru, Aishah masih aktif. Dengar khabar, Aishah akan muncul untuk mengubat kerinduan peminat-peminatnya dengan album baru di bawah lebel JAM Record. Wellcome back, Aishah.
Sebagai peminat dan pemerhati inudustri hiburan, Aishah tidak punya masalah untuk 'come back' kerana beliau sudah berjaya membina 'empayar'nya sendiri. Aishah punya 'trademark' yang tidak boleh dimilikki oleh mana-mana penyanyi. Kita seharusnya mengalu-ngalukan kepulangan beliau bagaikan 'Camar Yang Pulang'. Media dan peminat seharusnya bergabung dalam merialisasikan Aishah sebagai insan seni di negara ini diiktiraf dengan sewajarnya di atas jasa-jasa beliau yang sedikit sebanyak menaikan nama Malaysia di arena antarabangsa.
Aishah is far better >>>>> singer than Yuna. Dedua dari zaman berbeza. Muzik pon berbeza tp aku x minat lagu2 Yuna (lagu2 utk tiduran aja bagi aku). Lagi satu yg wat aku x minat Yuna ni cara dia nyanyi lagu melayu mcm melayu wannabe ada pelat2 org putih. Tp aku x penah benci Yuna. Bagi aku dia ada good effort nak menapak kat US even first single dia flopped.
Aishah ni memang power. Lagu melayu, melayu habis. Lagu english, memang english. Aishah nyanyi kat NZ. memang kecik la nak compare to US kan tp still International Market wat org melayu. Zaman Aishah, xde myspace, youtube etc. So, utk jd penyanyi kat luar negara, zaman Aishah lebih mencabar sbb laluan dia x mudah. Tp lagu2 dia still dpt masuk Top10 kat carta New Zealand. Tu baru leh di canang berjaya. Kalo setakat masuk carta heatseekers Billboard, it is nothing to be said as "berjaya".
Jom layan Iklan Pepsi Aishah
Dia nyanyi Live lagu feveret aku " I Feel Love". Diorang famous kat rantau asia tu (bkn indon je)
Last edited by Body_language on 14-8-2012 11:05 AM
Body_language posted on 14-8-2012 05:39 AM
Aishah is far better >>>>> singer than Yuna. Dedua dari zaman berbeza. Muzik pon berbeza tp aku x mi ...
u paste laa byk lagi video2 zaman kegemilangan Aishah.
Biar budak2 hingusan nie kenal sket Mak segala diva kt msia nie..
Nk salahkan derang xleh gak, dh namanya media kt msia nie upkan artis baru jer
Artis lama dibuat mcm sampah..
Kalolah Aishah memilih utk kembangkan karier dia di Hollywood, silap2 Kak Nita pun
sujud sembah ratu kt sheols...Kak Nita adalah contoh artis senior yg berjaya
sbb mempunyai pasukan pengurusan yang cukup baik.
Kalo nak tau, Kak Nita mmg tegas bab2 pengurusan, byaran hinggalah ke benda2 kecik pun.
Lgpn dia tahu, dia ada nilai eksklusif yang tinggi. Kalo orang xmo byr harga dia nak,
dia pn xakan berkompromi. Lagipun dia ada business hartanah puluh2 juta kt US sana, so
kalo org xmo dia nyny pn, ada dia kesah kan??
agak2 ABP tahun depan berani tak bagi award pencapaian seumur hidup (lifetime achievement award) utk Aishah?
Maklum saja laa dengan status beliau sbg ahli pas, dan Berita Harian sbg akhbar kroni kerajaan..
Tapi kalo btol seperti yang diwar2kan, tiada sekatan utk artis bertudung dan berjuang di barisan sayap kiri,
Aishah mmg selayaknya dihargai. Nak2 pulak dengan rekod cemerlang beliau sebagai artis pertama
menang Bintang Paling Popular dan Penyanyi Wanita pertama menang kategori penyanyi wanita popular 3tahun bturut2..
Kalo nak lagi gempak, kumpulkan balik semua DIVA yang menjadikan beliau sebagai IKON
perform lagu2 berhantu dia..
Siti Nurhaliza - Camar Yang Pulang
Sarah Raisuddin - Selanjur Bercinta (OMG xleh bayang kalo sarah bawak, mmg meletop habis kot lagu ni)
Misha Omar - Kasih Kita
Alyah - Antara Cinta Dan Kasih
Dayang Nurfaizah - Kemaafan Dendam Terindah
Nora - Janji Manismu (Antara penyanyi yang paling sinonim dengan lagu2 Aishah)
Dari segi keberjayaan kerjaya di us, bagi saya zee avi pencapaian beliau lebih utuh antara semua oenyayi lokal walaupun music yg beliau bawa bukan pop mainstream. Satunya record label yg melamar beliau ber reputasi tinggi jua, brushfire records. Tak silap the white stripe under same label.
Satu lagi beliau satu satu artis lokal yg pernah buat tour di seluruh us, dan asia pacific walaupun berskala kecil. Beliau juga pernah dinfeature dlm slot from the basement, artis aris ber repitasi tinggi sahaja yg di jemput dlm show from thr basement itu.
tak payah nak banding2 lah aishah ngan yuna, mereka dari dua zaman yg berbeza. cuba suruh aishah nyanyi lagu janjimanismu dgn rambut mengerbang gitu, laku ke dak. biasa yg banding2kan yuna dgn retis2 ngetop lain ni tak lain tak bukan adalah karat hajah toncet. dengki la tu.