CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Aneem

Shila Amzah bercinta dengan Johan Botak?

[Copy link]
Post time 2-9-2013 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
achik2009 posted on 2-9-2013 02:52 PM
NurShahilaAmirAmzah @Shilaamzah 31 Aug

Sama ada Johan atau naib Johan atau tempat ketig ...

Statement malu2 gitew.. Pdhal sbnr nye dlm hati msing2 dh mule rse cinta..

Agk2 shila nk cipta lgu ape plk utk johan ek..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2013 11:11 PM | Show all posts
bagus nampk Johan nie...sopan santun...
sekurang-kurangnya ada jugak budi bahasa...
berkenalan dengan mak ayah shila...
berbanding dgn sorang lagi tu...yg bukan main eksyen lagi...
harapnya...jodoh sampai ke akhir hayat.....
jgn over dah le bercinta...nanti org benci
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2013 11:26 PM | Show all posts
johan cerdik, amik hati famili shila, bijak

nampak yg johan ni tergila2kan shila, semoga berjaya johan
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2013 11:38 PM | Show all posts
Xtgk melodi smlm,wah lau betul cptnya shilalat ni dpt pengganti
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 12:25 AM | Show all posts

dua2 retis ni termasuk bekas tupperware dia yg samseng tu gua talak minat woo
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 01:11 AM | Show all posts
Baguslah dah jumpa pengganti yg cerdik dan sopan dr yg dolu.... yg dolu tuh tak semenggah langsung huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2013 02:44 AM | Show all posts
aku da lame da prasan benda ni.,betul la depa tunang ujung tahun ni

sebab aku rajin stalk depa nih

sampai IG mak johan pon aku stalk...

ade satu gambar mak johan upload..time tuh makan2 kat luar 4 orang..shila mak shila..johan n mak johann..
sedara mak johan ni komen..'yang ni ke yang mak teh nak masuk meminang tuh '
patu sedara johan ke sape tah komen..'tak kaver betul ko ni' ..lebih kurang camtu la komen diorang..


patu ade satu gambar yg 4 orang gak dekat IG mak shila..
ade sape tah designer yg sllalu design baju shila..sape tah nama dia..kira rapat la dengan diorang
komen camni...'congratz auntyyy...semurang da tau ke pasal ni'
lebih kurang camtu laa patu mak shila replyy haippppppppppppppppppppppppp
hahaha

aku nk tempek printskrin tak brape gigih la plak..jadik aku rumuskan sajorkk yeee

based on komen2 sedara derang n kawan2 rapat derang pon da bole nampak benda ni betul..sekian..



lagik satu nak citer pasal sharnaaz pulak
sharnaaz nih semenjak dua menjak nih aku prasan asik komen kat ig ex dier ruzana ibrahim tuh
aritu ruzana upload gmba kucing ke ape tah dia sebuk komen2 berbalas komen..
patu ade lagi satu ruzana tempek gambar dia ngan melissa saila pon sharnaaz sebuk komen suruh kem salam ..
sebelum ni tak nampak pulak nyebok2 komen..recently nih sajork..nak gedik2 ler tu dgn ruzana balik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2013 06:40 AM | Show all posts
awoks posted on 3-9-2013 02:44 AM
aku da lame da prasan benda ni.,betul la depa tunang ujung tahun ni

sebab aku rajin stalk depa ni ...

Dasyat kau menyetalker.. ni baru betul karatz..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2013 08:19 AM | Show all posts
Johan sedar diri, Shila sedia disunting





SEBENARNYA hubungan persahabatan antara pelakon Juvana, Johan Ariff Datuk As'ari atau Johan As'ari dengan penyanyi hebat, Shila Amzah sudah terjalin sejak tahun 2010 lagi.

Bagaimanapun, kedua-duanya tidak pernah digosipkan bercinta kerana Johan sebelum ini dikatakan bercinta dengan pelakon Nabila Huda.

Sebaliknya Shila pula bercinta dengan pelakon Shahnaaz Ahmad.

Begitupun, baru-baru ini ramai yang membuat andaian mengatakan Johan dan Shila sedang bercinta apabila gambar kedua-duanya bersama ibu masing-masing keluhatan mesra di laman sosial Instagram milik Shila.

Gambar itu dirakamkan tatkala Shila menghadirkan diri ke rumah terbuka Johan.

Tiada salah jika pasangan itu bercinta memandangkan kedua-duanya sudah solo selepas putus dengan pasangan masing-masing namun, baik Shila mahupun Johan sudah memberi jawapan mengatakan mereka tidak bercinta.

Kosmo! yang bersua dengan Johan dan Shila di rumah terbuka syarikat milik Zizan Razak, Wirefame Entertainment Sdn. Bhd. di Subang Jaya, Selangor, turut diberikan jawapan yang sama.

Tetapi dalam kata-kata yang dikeluarkan dari mulut Johan mahupun Shila, ada cantuman silang kata yang mengatakan mereka rela andai jodoh sudah tertulis untuk mereka berdua.

Bapa Johan sedia meminang Shila

Jika ada yang menganggap Shila sebagai perampas kerana Johan bakal bertunang pada penghujung tahun ini adalah tidak benar.

Ini kerana wanita yang dimaksudkan oleh Johan sebagai bakal tunangnya itu belum lagi ada sebenarnya.

Akui pelakon berasal dari Pulau Pinang itu, ia sekadar perancangannya untuk bertunang pada usianya mencecah 27 tahun iaitu pada 3 Disember ini.

Luah Johan, dia masih solo dan tidak mempunyai kekasih tetapi masih berharap dapat merealisasikan hasrat untuk bertunang pada Disember ini.

"Memang saya berhasrat untuk bertunang pada hujung tahun ini sempena usia saya yang sudah menginjak 27 tahun tetapi siapakah gerangannya, saya sendiri masih belum tahu.

"Jangan salahkan Shila dengan mengatakan dia perampas hanya kerana gosip mengatakan kami sedang bercinta.

JOHAN mengatakan, dia tidak terkejut andai kata Shila disunting anak raja kelak.


"Sedangkan wanita yang selama ini dimaksudkan hanya rakan biasa yang sentiasa menghubungi dan mengingatkan saya tentang solat," jelas Johan yang turut mengakui hubungannya dengan Shila hanya sebagai teman rapat.

Begitupun, Johan mengakui, Shila memiliki empat kriteria wanita yang patut dijadikan isteri iaitu rupa paras yang cantik, berketurunan baik, memiliki harta dan juga pendidikan agama.

Bahkan, ulas Johan, ibu bapanya juga merestui dan pernah meluahkan hasrat untuk meminang Shila andai wanita itu merupakan pilihan hatinya.

"Ayah ada cakap kalau betul dengan Shila, dia akan cuba meminang. Mungkin pandangan orang tua melihat Shila sebagai wanita Muslimah yang baik, bertudung malah ke mana sahaja bersama orang tuanya," ujarnya.

Mengulas lanjut, seraya merendah diri Johan memberitahu, dia tidak terkejut jika Shila disunting oleh anak raja kerana dia merupakan ikon negara yang berjaya membawa Malaysia ke mata dunia.

"Saya tidak meletakkan dia (Shila)sebagai calon jodoh, kerana siapalah saya ini jika mahu dibandingkan dia yang berjaya mencipta nama dan mengorak kerjayanya ke peringkat antarabangsa," ungkap Johan.

Shila terima khabar baik tentang Johan

Sementara itu, dedah Shila, Johan bukan seorang sahaja lelaki yang rapat dengan dirinya sekarang ini.

Sejak putus cinta dengan Shahnaaz, dia mulai memiliki ramai kawan lelaki.

"Semasa kita bercinta dahulu, kita tidak sedar orang di sekeliling. Sebagai public figure perkara tersebut tidak menolong kita dalam industri.

"Sekarang baru saya sedar dan mulai rapat kembali dengan teman-teman dan keluarga," ungkap Shila penuh makna.

Ujar Shila lanjut, pengalamannya di Shanghai juga banyak memberinya pendedahan dan kematangan dalam hidup.

Bicaranya: "Dalam usia saya yang sudah mencecah 23 tahun ini, saya harus kerja keras untuk mencapai cita-cita. Saya bersyukur dengan penubuhan syarikat saya, Shila Entertainment Berhad pada usia saya yang baru mencecah 23 tahun. Kalau boleh, saya mahu kejar cita-cita menjadi seperti mana yang Datuk Siti Nurhaliza ada sekarang."


JOHAN dan Shila ditemani ibu masing-masing.


Mengulas mengenai Johan, ungkap Shila, dia dan pemuda itu sekadar teman rapat memandangkan mereka juga dalam lapangan seni yang sama.

Apa yang menjadikan mereka lebih rapat kerana kedua-dua keluarga mengenali antara satu sama lain.

"Ibu kami memang berkawan baik dan sudah lama mengenali. Kami juga sering berjumpa di majlis-majlis hiburan," jelasnya.

Disoal sejauh mana hubungan rapatnya dengan Johan, kata Shila, dia tidak terlalu mengenali Johan dan tidak tahu sikap sebenar pelakon yang terkenal dengan panggilan Botak itu.

Begitupun, Shila akui, sering menerima khabar baik mengenai Johan melalui teman-temannya.

Ujarnya, ada dalam kalangan rakan-rakannya yang memberitahu, Johan seorang yang baik dan tidak pernah meninggalkan solat.

Meletakkan sasaran tiga tahun lagi untuk berkahwin, bagaimanapun Shila tidak menolak andai jodohnya ditakdirkan cepat.

"Saya serahkan jodoh kepada Allah. Jika ada sesiapa dalam kalangan teman-teman rapat saya yang masuk meminang dan ibu bapa saya merestuinya, saya menerimanya," dedah Shila yang kini dilihat lebih bersikap terbuka dalam melontarkan kata-katanya.



Credits: kosmo.com.my


@miawpink
Last edited by achik2009 on 3-9-2013 08:21 AM

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 08:46 AM | Show all posts
Johan gaya dia mcm syok dgn shila jer
kalau mak dh BFF, harusla ada yg dok mengenenkan nanti
tapi shila neh based dkt china, kontrak 5 tahun kan
kalau kahwin ker apa, laki dia kena ikut dia travel ke china la gamaknyer
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 08:53 AM | Show all posts
dh sesuai sgt ler tuhh.. kawin le cepat2 shila oiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 08:55 AM | Show all posts
achik2009 posted on 3-9-2013 08:19 AM
Johan sedar diri, Shila sedia disunting

so lagu tuk nanas ni x releven da ye


Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 12:04 PM | Show all posts
shahirakay posted on 2-9-2013 08:47 AM
aku memberi restu kepada shilalala dengan johan ni. johan pun baik je nampak. beralas je cakapnya. b ...

hahahah... nama manja mamat nanas eakk?
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 12:32 PM | Show all posts
masing2 bejela-jela panjang beri kenyataan..
esok lusa kalau putus harus salah sorang menangis cam nak rak lagi
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 12:34 PM | Show all posts
elok dah la tuh......
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 12:35 PM | Show all posts
tak kesah la die nak bercinta ngan sape
asal jgn jadi cam dgn nenas dulu udah le
naik berpinor mata haku membaca berita balas membalas si nenas ngan apaknye Shila tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2013 01:00 PM | Show all posts
jgn ada episod cium tangan dan " cinta hati saya" lagi ya
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 01:38 PM | Show all posts
bagus johan ni..
amik hati family shila dlu.
ni baru betul, ikut tuntutan..

nanas dlu, ikut hati die je duk ngusung anak dara org kulu kilir
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 02:46 PM | Show all posts
makin kurus chila
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 03:01 PM | Show all posts
yang penting anak Datuk
ilmu agama si Johan pun bagus boleh tahan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54341 Replies : 19
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54404 Replies : 3
'Tak takut ke esok Allah hisab?', tukang landskap pula 'expose' perangai Che Ta (tapi kat media cakap kontraktor yang banyak tipu dia)
maklukpenggoda'Tak takut ke esok Allah hisab?'
Views : 24399 Replies : 73
Tengku Zafrul masuk PKR.Ahmad Zahid tak terima sebarang pemakluman keluar Umno
AbahmungTengku Zafrul masuk PKR.Ahmad Zahid tak
Views : 8991 Replies : 5
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 51978 Replies : 910
Ringgit lebih kukuh, inflasi kekal terkawal isyarat positif ekonomi Malaysia
AbahmungRinggit lebih kukuh, inflasi kekal terka
Views : 9321 Replies : 4
THE ORDER
SY_MumiTHE ORDER
Views : 505 Replies : 0
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 280058 Replies : 8207
The Fiery Priest Season 2 = 8 Nov 2024 -DisneyHotstar
ismahaThe Fiery Priest Season 2 = 8 Nov 2024 -
Views : 82214 Replies : 719
Nek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1 juta!
PrickfordNek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1
Views : 30484 Replies : 610

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 06:48 PM GMT+8 , Processed in 0.085652 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list