CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: noktahNtitik

Abang Ipar Yang Menumpang

[Copy link]
 Author| Post time 13-2-2014 05:50 PM | Show all posts
tiputipujah posted on 12-2-2014 01:02 PM
alhamdulillah...semenjak kawin dengar ceramah agama ni dia lebih menjaga aurat..
tg pun dia tau   ...

Alhamdulillah kalau dapat suami macam ni. Kalau dapat suami yang x faham atau buat2 x faham...tu yang jadi masalah.

Saya berkurung dalam bilik pun jadi isu di pihak mertua. X tau la kenapa sampai gitu pemikiran diaorang. Masak untuk anak2 dia makan dah buat. Saya ni mengandung..dah masak badan mesti la penat. Kalau dah penat mesti la nak baring rehatkan diri. Xkan la nak baring kat ruang tamu. Mesti la baring kat bilik. Tu pun x boleh nak fikir. Pelik betul la manusia nih. Nak kata baru makan garam, dah lama rasanya makan garam berbanding saya ni.

Entah la.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2014 05:38 PM | Show all posts
pesan kat laki awk, abg dia skrg tgh xde kaunter bayar bil air.... klu air dah penuh kat kepala nanti, mcm2 boleh jadi. time tu nk menyesal hantuk2 kepala kat dinding pun dah tak guna
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2014 11:19 AM | Show all posts
salam,
amacam TT? dah bersalin ke?
dah okay ke masalah....harap yg terbaik utk TT
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2014 03:19 PM | Show all posts
doa jer supaya BIL ko jauh dari kehidupan dan rumah ko
sila baca ayat kursi kasik dia panas sket kat rumah u tuh
ntah aku pun tak tahu apa releven nye ayat kursi dengan ko punya prob
tapi kes aku pun sama jer dengan ko
aku tak putus putus doa supaya SIL aku keluar dari rumah aku
orang buat baik pandai bawak diri 100 aku layan dia baik
tapi kalau jenis tak mengenang budi doa jer banyak banyak
BUAT BAIK BERPADA PADA
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2014 03:22 PM | Show all posts
noktahNtitik posted on 21-1-2014 09:19 AM
Dulu pun SIL pernak menumpang rumah ni. Lebih kurang 2 bulan juga la. Masa dalam pantang n selepas p ...

sebijik mcm prob aku


Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 02:03 AM | Show all posts
bila ajak bincang tak mau. nak juga ikut selera dia. bila kita ambil tindakan dia marahkan kita.

ada je ibu jenis seperti itu. anak lelaki tak boleh buat apa. buat kerja rumah pun tak boleh. bila dah besar, air gelas minuman pun tak dibasuh. gosok baju pun tak reti. spoil child gitu. semua harap parents and adik beradik lain.

tapi ada juga ibu yang latih anak lelaki buat kerja rumah.

member punya husband buat kerja rumah. gosok langsir kemas rumah masak lipat baju angkat jemuran segala. bila dah berkahwin, tinggal adik2 lelaki dan perempuan. yang adik2 lelaki tolong buat kerja. yang perempuan duduk dalam bilik. sampai ibunya kata dulu masa anak sulung lelaki selalu je bantu aku.

bila perempuan dah berkahwin. suaminya pun sama juga. nak kata bendul tak tahulah. suami pun macam pompuan. tak reti buat kerja yg biasa lelaki buat. pindah rumah dari rumah mertua. katil pun tak reti pasang. si ayah mertua yang dah tua pergi pasang. kes bagi muka. bukan roket sains pun nak pasang katil. alasan menantu lelaki tak dismantle katil jadi mestilah dia tak tahu pasang katil. pastu kepala gas pun tak reti juga. mak bapak mertua pergi beli and tolong pasangkan. bayangkan. kalau saya, lelaki seperti ini harus direject. tapi mulut (fanatik politik) mengutuk orang mengeji orang merendahkan orang memang handal.

kereta buruk mak bapak pakai, anak2 ambil kereta baru milik orang tua. duit pinjaman pelajaran pun suruh mak bapak settlekan. tapi mak bapak masih tak nampak tak sampai hati nak ambil balik kereta kereta tu dari anak2. kesian katanya.

kalau travel ke mana dia suruh kita ingat pada dia. belikan ole2. kalau dia travel ke mana. lantak hang lah.
macam tulah self centred nye orang. bila dia pergi makan2 tak pernah ajak orang. bila part kita, dia sebut sebut bila nak belanja bila nak belanja. cam tu. kita pun tak suka nak suruh orang belanja. sebab yelah kita pun tak tahu kemampuan kewangan orang cam mana kan? tapi dia peduli hapa ngan kemampuan orang.

cuma yang pompuan ngan husband dia tu. si husband tu dok menempel ngan isteri kalau balik rumah mertua. orang kumpul ramai2. dia duduk berdua main gadget/handphone tak sudah. cakap dengan abang ipar pun cam nak tak nak iyelah sebab anak pompuan tu ala kerek. so husband dia pun ikutlah kerek sekali. kadang ok kadang kerek. go with the flow. kalau kerek duk jauh. kalau ok, macam biasalah pergaulan tu.

jadi nak buat baik berpadalah. buat baik kita balas baik. buat jahat, mohon buat dek je dengan parasit2 tu. not worth even a second of your time. ni provided suami bagi kerjasamalah ye.

mula2 mmg suami dia marah and backing keluarga. tapi bila dalam keadaan kesulitan, tiada orang bantu. isteri tolong bantu apa yang patut. yelah siapa tak mahu backing keluarga, paham. satu persatu contoh isteri bagi ttg perihal kelakuan keluarganya yang bikin pusing kepala. keluarga isteri pun ada juga kelakuan yang pusing kepala tapi si iserti sedar and ngaku and tak sokong perbuatan tu. nasib suami dia paham. adik2 lelaki no hal sebenarnya. tapi parents bagi muka. mungkin boleh jadi spoil child juga. tapi ada abang tegur mereka. mereka dengar kata/nasihat abang tu. eloklah.

Last edited by munchkin on 18-3-2014 02:09 AM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2014 11:16 PM | Show all posts
apa kisah terbaru TT, tak da sambungan ke..
sakit hati baca, harap abang ipar u tu exciden meninggal ke,
senang hidup sikit..
dah tua pun tak berakal.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2014 04:59 PM | Show all posts
bertabah la TT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2014 02:13 PM | Show all posts
simpati dgn TT..nampaknya isu ipar duai menumpang xreti nak paham2 ni menjadi2 skang..letih nak hadap tapi lagi letih kalo suami mcm asben TT ni langsung xmembantu utk paham keadaan..

saya dah pernah berdepan dgn prob yg sama cuma bezanya yg tumpang tu x kije/ keje on off. Tp alhamdulillah nasib saya masih baik sbb en.suami mau paham walaupun awal2 dulu bergaduh bila saya suarakan ketidakselesaan saya di rumah. skarang xde dah masalah ni. dtg bertandang/tumpang sekejap masih ok tp kalo dah berbulan2 makan tanggung berak cangkung mana la bole tahan.

diharapkan ada kesudahan yang baik untuk TT dan keluarga mertua ya.. ;D
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 11:03 AM | Show all posts
masalah TT similar sikit dengan ai tau, cuma ai dulu kena jaga adik ipar yang pengotor dan annoying , syukur dah pindah sebab ai dan abang dia merangkap suami ai ni suka kongkong dia..ada aku kesah?? spender dia pun suami ai beli, yuran masuk ILP dan belanja pun husband yang support dulu, dah habis study chow macam tu je  
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Baiknya korg smua isteri teraniaya ni.. Huhu.. Aku bab2 aurat tak selesa smua ni tak bg muka.. Slalu tgk kt berita kan, abg ipar rogol adik iparla, pak mertua cabul menantu la, aku slalu duk highlight n ulang kt husband.. Wlupun takde sapa pun tumpang aku time tu, cuma hint2la kata x blh, bahaya. Antara laki pompuan mcm2 blh jd walaupun pangkat bapak sendiri.. Inikan pulak mertua n ipar2... Slalu la dengr ceramah agama kt tv sama2.. Highlightkn benda2 cmni n diskus ngn husband tt.. Tya pndgn dia n refer pndgn agama..jgn smpai mereka dh ada dpn pintu br nk cr info...

Aku keras hati.. Tak bagi muka n aku mmg penakut orgnya.. Kt umah sndiri if duk ngn abg aku pun ku berkurung dlm bilik.. Hihiiii...
Klu BIL dtg skali skala tp hb aku belum balik kerja ke duk la BIL kt luar pagar smpai abgnya balik br aku bukak pintu.. tak berani aku nk berduaan dgn org bukan muhrim..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Ku lebih rela berpisah drpd mendedahkn diri aku dgn risiko2 mcm ni.. Biarla bergaduh, bertegang urat dgn hb atau BIL SIL atau PIL.. asalkan mereka clear bab2 ni smua.. Tggungjwb suami pd isteri n anak2 lebih utama, mak mertua tt n BIL SIL tu tgjwb pak mertua.. Jgn salah paham.. Yg dia halang2 mak tt dtg tu dia tak takut derhaka pada mak tt ke? Igt mak dia je ptt layan baik, tggjwb dia pd mak tt pun ada slps kawen tau.. Hangin btul aku bc bab2 cmni..
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2014 08:21 AM | Show all posts
sedih betul kisah tt..

apepun, harap suami tt buka mata and memahami ape yang tt cuba sampaikan selama nie. demi anak2..demi rumah tangga tt berdua. tapi, tt, jangan sampai maruah tt sebagai seorang isteri diinjak2 seolah2 takde nilai. tt ada hak..Dalam Islam pun mmg dah jelaskan hak tt dan tangunggjawab suami tt.

dihina dan dimaki orang lain tanpa pembelaan si suami..jujur saya katakan, saya tak sekuat tt..
pasti ego saya akan terusik. saya takkan berdiam. andai suami melihat hubungan dia adik beradik lebih utuh dan bernilai untuk dipertahankan, saya sedia berundur. bukan sebab tewas, tapi sebab saye berhak untuk dapat yang lebih baik.

tt..tahniah kerana mampu berdiri teguh dibelakang suami hingga hari ini. Semoga Allah berikan dia kesedaran betapa beruntungnya dia memiliki tt sebagai isteri.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2014 11:26 AM | Show all posts
alhamdulillah BIL dh kluar rmh... hubungan ngan hb pelan2 kayuh perbaiki ya... byk2 doa minta pd Allah lembutkan hati hb ya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2014 05:49 PM | Show all posts
Assalamualaikum

Lama x menjenguk di sini.
Alhamdulillah, saya dah selamat bersalin bb girl bln 3 lepas. Kelahiran yang amat mudah dan cepat.

Abang ipar memang dah keluar dari rumah saya. Memang teramat lega bila x der orang lelaki selain suami kat rumah tu. Bebas yang amat nak2 masa di akhir trimester mengandung.

Saya pernah cerita yang suami halang mak saya dari jaga saya masa berpantang kan?.
Nak cerita ni, lepas 3 hari bersalin..suami tanya mak saya nak datang bila?. Maknanya dia nak mak saya datang la untuk jaga saya masa berpantang. Yer la, nak harapkan dia, memang x boleh harap la kan. He3...masak pun x reti. Camana nak jaga orang pantang.

Nasib baik la mak saya ni jenis yang x ambil hati. Datang rumah jaga saya dan anak2. Tolong masak, jaga rumah, jaga anak2, termasuk la jaga kucing yang suami bela waktu tu. Kesian pulak saya tengok mak saya uruskan semua tu di usianya yang melebihi 50 tahun. Hu3..saya ni x biasa susahkan orang tua. X sampai hati. Mak saya kat rumah saya hingga la saya habis tempoh berpantang.

Abang ipar memang x tunjuk pun mukanya kat rumah saya. Hari tu SIL datang rumah. Saya tahu abang ipar ada sekali tapi menunggu dalam kereta aje. Lantak la. Ada saya kisah. Dan sekarang, abang ipar yang konon-kononnya perlukan masa untuk berdikari sendiri lepas bercerai hanya mampu hidup berdikari sendiri untuk tempoh 3 bulan sahaja. Sekarang ni tinggal dengan adiknya aka kakak ipar saya. Mungkin x mampu menampung kehidupan di KL yang serba serbi mahal ni. Sewa bilik, makan, nafkah untuk anak2 dia. Sebelum ni kakak ipar ajak tinggal dengan dia x nak. Kononnya sedih nak tinggalkan anak2. Sekarang sanggup pulak berjauhan.

Saya memang x pernah buka mulut bertanyakan suami tentang abang n kakak dia kecuali suami yang bercerita. Tentang mak dan ayah mertua pun saya x bertanya dah. Biar la. Cukup la caci maki yang saya terima dari mereka2. Hati saya dah tawar untuk berbuat baik kepada mereka sebab saya tahu apa sebenarnya yang ada dalam hati mereka. Mak mertua dari awal lagi rupanya x sukakan saya. Anggap saya sebagai menantu yang menyusahkan anak dia sahaja. Cukup la semua tu. X sanggup dah nak terima makian.

Pasal raya pun saya x tanya pada suami dengan harapan, tahun ni x balik kampung untuk beraya pun x per.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.491714 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list