CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: azlina697

Bowling

[Copy link]
Post time 13-10-2008 08:33 AM | Show all posts
Originally posted by chaoyunjie at 11-10-2008 21:26
aku cma free bln 11 nie je sonadid...

bln 10 nie dah full time table...hehehhehe


wah, time table bowling ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2008 09:05 AM | Show all posts
time table 4 open house and majlis kahwin every weekend...
heheheh
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 08:32 AM | Show all posts
Originally posted by chaoyunjie at 13-10-2008 09:05
time table 4 open house and majlis kahwin every weekend...
heheheh


ye la kan.. bulan 10 ni bulan open house & wedding
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 07:00 PM | Show all posts
yo lah. kito main bulan 11 la nnt. den pun busy ngan aktiviti memboling jo nih. bulan 11 pun samo tp insyaAllah still leh join kalu nak main suko2 ngan ekau org semuo huhu
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2008 12:01 AM | Show all posts
apo koba bowlers cari forum semuo huhu

kito main kek midvalley la nnt yo. amik 2 lane pun dah ok rasonyo. main dalam 3-4 org jo dah ok tuh huhu
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2008 09:59 AM | Show all posts
hehehhe...
aku baik......

ble je..bring it on....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2008 01:52 AM | Show all posts
malam ni (rabu) den ado kek midvalley samapai jam 1 pg. so sapo2 yg nak join den main jom la. sambil2 leh belajo apo yg patut huhu
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2008 10:24 AM | Show all posts
waduhhhhhhhhhhhhh...sampe 1 pg..mau kna blik jln kaki nie..
tren pun dah x msa tu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2008 05:24 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2008 03:07 AM | Show all posts
ni apo ko hey post xdo mesej nih
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2008 09:17 PM | Show all posts
huh. semuo duk sibuk ngan sukan pantai. boling pantai xdo ko
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2008 06:17 AM | Show all posts
Zulmazran, Esther konsisten



ESTHER masih mengekalkan rentak konsisten dalam
usahanya memburu tempat ke suku akhir.



PEMAIN boling negara, Zulmazran Zulkifli mengekalkan kedudukannya di tempat kelima selepas tamat permainan blok kedua pada Kejohanan Boling Piala Dunia AMF ke-44 di Hermosillo, Mexico semalam.

Begitupun, nasib tidak menyebelahi pendahulu blok pertama, Martin Larsen yang jatuh ke tempat keenam selepas selesai aksi blok kedua itu.

Pada aksi semalam, Zulmazran meneruskan rentak cemerlangnya untuk mengumpul 2,653 jatuhan pin dengan purata 221.08.

Pemain Amerika Syarikat, Derek Eoff merampas kedudukan pendahulu dengan catatan keseluruhan 2,790 pin diikuti pemain Emiriah Arab Bersatu (UAE), Hussain Al Suwadil di tempat kedua dengan 2,659 jatuhan pin.

Pemain Kanada, Jack Guay terikat di tempat ketiga dengan Luis Rodriquez dari Pueto Rico selepas masing-masingnya melakukan 2,656 jatuhan.

"Selepas menyaksikan prestasi Zulmazran sejak dua hari lalu, saya yakin dia mampu muncul lapan pemain terbaik sekali gus menempah tempat ke suku akhir," kata jurulatih negara, Holloway Cheah yang turut membimbing pemain boling wanita negara, Esther Cheah pada kejohanan di Mexico itu.

Sementara itu, Esther turut menceriakan kem negara apabila memperbaiki kedudukan dari tempat kesembilan kelmarin ke tempat keenam dengan 1,309 jatuhan pin.

Dia bermula dengan perlahan apabila mencatat 189 jatuhan pada permainan awal, namun bangkit pada lima permainan seterusnya dengan catatan 228, 211, 223, 235 dan 223 untuk menjadikan jumlah keseluruhan 2,604.

Pendahulu blok pertama, Zara Glover dari England gagal mengekalkan prestasinya dan kini menghuni tempat ke-11 dengan 1,129 jatuhan.

Kedudukan keseluruhan kini dipimpin oleh Jasmine Yeong Nathan dari Singapura yang setakat ini mencatat jumlah keseluruhan 2,816.

Krista Pollanen dari Finland pula melonjak ke tangga kedua dengan 2,739 jatuhan manakala juara dua kali Piala Dunia, Shannon Pluhowsky dari Amerika (2,650) dan Ann-Maree Putney (2,647) dari Australia menduduki tempat ketiga dan keempat.

Tempat kelima milik pemain Denmark, Anne Gales dengan catatan keseluruhan 2,636, 32 pin berada di depan Esther.

"Esther juga beraksi dengan baik dan saya harap kedua-dua pemain kita Zulmazran dan Esther mampu melangkah ke suku akhir," kata Holloway lagi.

Dua lagi blok dengan enam permainan setiap satu, akan menjadi penentu kepada 24 pemain terbaik sebelum bersaing dalam lapan lagi blok bagi menentukan pemain yang berentap ke suku akhir.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 06:04 AM | Show all posts
Zulmazran, Esther ke pusingan kedua Piala Dunia AMF

KUALA LUMPUR - Zulmazran Zulkifli mempamerkan permainan terbaiknya sepanjang Kejohanan Boling Piala Dunia AMF apabila mencatat 1,437 jatuhan pin pada blok keempat untuk melonjak ke tangga kedua, sekali gus mara ke pusingan kedua di Pusat Boling Bol 300, Hermosillo, Mexico, semalam.


Dalam saingan wanita, Esther Cheah terus mempamerkan aksi mengecewakan dengan menduduki tangga ke-15, namun ia memadai untuk membawanya ke pusingan kedua selepas mengumpul 5,045 jatuhan pin.

Zulmazran, juara Terbuka Malaysia dan naib juara Ranking Masters Dunia mencatat enam jatuhan terbaik - 258, 239, 222, 215, 279 dan 224 pin.

Pemain ranking nombor dua Asia itu yang bakal menyambut ulang tahun ke-25 pada 20 November ini, kini berada pada landasan terbaik untuk mencapai sasaran layak ke suku akhir apabila meneruskan saingan dalam lapan permainan tambahan, hari ini.

Hanya lapan pemain teratas pada pusingan kedua layak ke suku akhir dan ketika ini Zulmazran mengatasi peserta tangga kelapan, Francois Sacco dari Perancis dengan kelebihan 142 pin.

Pemain Amerika Syarikat, Derek Eoff terus mendominasi saingan dengan jatuhan keseluruhan 5,500 pin, hanya 92 pin mengatasi Zulmazran yang mengumpul 5,402 manakala pendahulu blok pertama, Martin Larson dari Sweden di tempat ketiga dengan 5,326 jatuhan pin.

Juara 1994, Jack Guay dari Kanada kekal di tangga keempat dengan 5,281 jatuhan pin, diikuti Hussain Al Suwadil dari UAE (5,276), Paul Stott dari Ireland Ireland (5,275), Leonidas Maragkos (5,268) dan Sacco dengan 5,260 jatuhan pin.

Sementara itu, Esther hanya mencatat 1,214 jatuhan pin pada blok keempat selepas melakukan balingan 211, 189, 190, 191, 237 dan 196.

Walaupun meneruskan cabaran ke pusingan kedua, namun juara perseorangan dunia itu perlu melakukan jatuhan luar biasa hari ini untuk memburu tiket ke suku akhir kerana dia kini ketinggalan 100 pin di belakang peserta tangga kelapan.

Pemain remaja berusia 20 tahun, Jasmine Yeong dari Singapura terus unggul menerajui saingan dengan mengumpul 5,477 pin, diikuti penyandang juara, Ann-Maree Putney dari Australia - 5,370 pin. Helen Jonsson dari Sweden pula menduduki tangga ketiga dengan 5,364 pin manakala Krista Pollanen dari Finland keempat (5,345).

Pemain Colombia, Sara Vargas mencatat 5,212 jatuhan pin untuk berada di tempat kelima dan pemenang pingat emas Kejohanan Dunia, Zara Glover dari England keenam, 5,196.

Seramai 24 pemain layak beraksi pada pusingan kedua yang akan diadakan sebanyak lapan permainan hari ini, dan hanya lapan terbaik akan melangkah ke suku akhir, yang menggunakan format round-robin (juga lapan permainan).

Hanya tiga terbaik di suku akhir layak ke peringkat step-ladder yang akan menentukan juara Piala Dunia.

***********************************************************************

tahniah zulmazran and esther -


Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2008 07:56 AM | Show all posts
Zulmazran hampiri kejuaraan Piala Dunia AMF

KUALA LUMPUR - Zulmazran Zulkifli hanya dipisahkan dengan dua langkah lagi untuk melakar sejarah menjadi pemain Malaysia pertama muncul juara Kejohanan Boling Piala Dunia AMF selepas melangkah ke separuh akhir di Hermosillo, Mexico, semalam.

Membawa sasaran awal hanya cuba untuk layak ke suku akhir, juara Terbuka Malaysia dan naib juara Ranking Masters Dunia itu bagaimanapun melangkah lebih jauh dengan layak ke peringkat step-ladder.

Begitupun, kecemerlangan Zulmazran tidak mampu diteruskan juara perseorangan wanita dunia, Esther Cheah apabila gagal menempatkan diri ke suku akhir selepas sekadar menduduki tangga ke-14 pada pusingan kedua.

Zulmazran, yang membuat penampilan kedua pada kejohanan prestij ini mencatat permainan sempurna (300 pin) pada pusingan kedua dalam laluan mengumpul 1,828 jatuhan pin.

Dia mengharungi lapan permainan tambahan dengan baling konsisten - 205, 300, 247, 212, 180, 190, 236, dan 258 pin untuk mengumpul 7,230 jatuhan selepas mengharungi 32 game keseluruhan.

Pemain nombor dua Asia itu kembali ke gelanggang pada sebelah petang untuk saingan suku akhir, yang berlangsung secara round-robin sebanyak lapan permainan.

Walaupun bermula sederhana dengan 185, Zulmazran kemudian mencatat 204, 266, 256, 194, 246, 177 dan 233 jatuhan pin untuk mengumpul 9,201 jatuhan daripada 40 permainan keseluruhan.

Menantinya pada separuh akhir pagi ini adalah penyandang juara, Martin Larsen dari Sweden yang menamatkan saingan suku akhir di tangga kedua dengan 9,343 jatuhan pin.

Jaguh Amerika Syarikat, Derek Eoff yang mendahului sejak blok kedua mara ke separuh akhir sebagai pemain terbaik dengan mengumpul 9,369 pin. Dia akan menanti pemenang di antara Zulmazran dan Larsen pada final step-ladder di sebelah petang.

"Saya datang ke sini hanya membawa sasaran untuk menempatkan diri pada kedudukan lapan terbaik dan layak ke suku akhir.

"Bagaimanapun saya menjangkaui sasaran dengan melangkah ke separuh akhir. Sudah pasti saya tidak akan lepaskan peluang terbaik ini dan cuba merangkul kejuaraan kerana tiada pemain Malaysia pernah menang,'' kata Zulmazran.

Ketua jurulatih negara, Holloway Cheah pula percaya anak buahnya mempunyai peluang untuk mencabar Eoff dan Larsen kerana prestasi jaguh negara itu di Mexico amat konsisten.

"Sesiapa pun daripada tiga pemain ini mampu membawa pulang kejuaraan dan saya berdoa Zulmazran akan melakar sejarah buat Malaysia.

"Saya percaya Zulmazran ada peluang yang baik kerana permainan di sini juga sebagus Derek dan Martin,'' kata Holloway.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2008 08:12 PM | Show all posts
15 November, 2008 19:41 PM

Zulmazran Tersekat Di Separuh Akhir Piala Dunia

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Cabaran pemain negara Zulmazran Zulkifli berakhir setelah tunduk 1-2 kepada Martin Larsen dari Sweden pada saingan separuh akhir step-ladder lelaki Kejohanan Boling Piala Dunia kali ke-44 di Hermosilli, Mexico Jumaat malam.

Zulmazran yang berada pada kedudukan ketiga terbaik pada saingan separuh akhir step-ladder selepas berakhirnya saingan suku akhir Jumaat lepas, bermula baik dengan melakukan tiga jatuhan sempurna tiga kali berturut-turut dalam tiga frame pertama.

Setiausaha Agung Kongres Tenpin Boling Malaysia Sidney Tung dalam e-melnya berkata dua split dalam frame keempat dan keenam memaksa Zulmazran untuk berpuashati hanya dengan 187 jatuhan pin dan memberikan mata pertama kepada Larsen yang melakukan 203 jatuhan pin.

Dalam permainan kedua, Zulmazran bangkit semula untuk melakukan 237 jatuhan pin berbanding 180 oleh Larsen yang melakukan tiga split untuk kedudukan terikat 1-1.

Bagaimanapun, dalam permainan penentuan, Zulmazran yang bermula dengan melakukan dua strike mengulangi aksi permainan pertama dengan melakukan split dalam frame ketiga dan kelima untuk hanya 187 jatuhan pin berbanding Larsen yang melakukan 249 jatuhan pin.

Pada perlawanan akhir, Larsen tunduk kepada pilihan utama Derek Eoff dari Amerika Syarikat manakala dalam kategori wanita pemain muda Singapura Jasmine Yeong Nathan, 20, muncul juara dunia apabila mengalahkan juara bertahan Ann-Maree Putney dari Australia 2-0.

Untuk rekod, pemain boling Malaysia yang paling hampir memenangi Piala Dunia adalah Micheal Chuah, yang muncul naib juara di Mexico pada 1983.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2008 08:13 PM | Show all posts
tgu den la plak main utk malaysia nnt haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2008 06:55 AM | Show all posts
salam.

sesapo yg free ari khamis malam ni leh la turun ke midvalley jam 9 malam. den ado main kek sano. suko2 sambil jumpo memember forum
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2008 07:44 AM | Show all posts
Nur Aiman sumbang pingat emas ketiga negara




NUR AIMAN KHAIRUDDIN menyumbang pingat emas ketiga negara dan kedua peribadinya pada Kejohanan Tenpin Boling Komanwel 2008.

Semalam, pemain berusia 20 tahun itu beraksi cemerlang untuk memenangi pingat emas acara All Event lelaki selepas terlebih dahulu memenangi emas melalui acara perseorangan lelaki.

Nur Aiman mencatat keseluruhan 5,709 jatuhan pin bagi menewaskan pemain Singapura, Remy Ong yang mencatat 5,591 jatuhan pin.

Seorang lagi pemain negara, Syafiq Ridhwan pula memperoleh pingat pingat gangsa selepas melakukan 5,542 jatuhan pin.

Sementara itu, gandingan Nur Aiman, Syafiq, Nur Syakirah Yeoh dan Sin Li Jane hanya meraih pingat perak dalam acara berpasukan meskipun suatu ketika, mereka mendahului dengan kelebihan 80 jatuhan pin pada permainan blok pertama.

Pasukan England yang dibarisi Paul Moor, Jo Allsebrook, Darren Cundy dan Zara Glover berjaya bangkit pada blok kedua untuk merampas pingat emas dengan 5,404 jatuhan pin berbanding Malaysia yang hanya mampu mencatat 5,264 jatuhan pin.

Selain itu, Malaysia juga turut meraih dua pingat perak dalam acara All Event wanita melalui Li Jane yang melakukan 5,140 jatuhan pin, 215 jatuhan pin di belakang pemenang pingat emas, Zara Glover dari England.

"Pemain-pemain muda negara bermain dengan baik apabila mendahului pada blok pertama tetapi gagal mengekalkan rentak cemerlang itu pada blok berikutnya," kata pengurus pasukan, BC Cheah.




Dalam pada itu jurulatih negara, Ben Heng turut berpuas hati dengan pencapaian pemain negara meskipun mengakui dia agak kecewa apabila pingat emas terlepas daripada genggaman Malaysia pada permainan terakhir di blok kedua.

"Tetapi saya tetap bangga dengan pemain-pemain negara yang tetap berjuang untuk meraih pingat perak," kata Ben Heng.

Malaysia kini menduduki tangga teratas kedudukan pingat apabila meraih tiga emas, tiga perak dan tiga gangsa diikuti kontinjen England


***********************************************************************************************


tahniah aiman... nampaknya malaysia ada pelapis2 yang bagus dalam bowling ni -
tapi  dalam sukan lain  especially squash.. sakit sikit.. bukan senang nak cari
pelapis nicol -
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2008 07:20 PM | Show all posts
eden antaro pelapis jason belmonte haha
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2008 07:23 PM | Show all posts
malam ni sapo free mai la midvalley yo. eden main kek sano dalam jam 9 malam kut insyaAllah. mai la na
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.139086 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list