|
The Pros and Cons hidup sebumbung dgn Mertua/ Ipar Duai....
[Copy link]
|
|
BIL bujang.. dia ada masalah kesihatan. mungkin buatan org, mungkin saka, mungkin psycho. selalu bercakap sorang2. dengar suara2 bercakap dengan dia. nampak arwah2 datang melawat dia, etc.
dah 2 tahun macam tu. berubat merata2 termasuk jumpa doktor. keadaan still tak berubah2. masa mula2 kena dulu selalu mengamuk. sekarang ni tak lagi. cuma cakap2 n jerit2 sorang2 je.
MIL kata dia takut dok umah sorg2 disebabkan keadaan BIL tu. |
|
|
|
|
|
|
|
rumah-rumah anak2 dia yg lain lebih cantik/kemas/bersih/complete/dekat dengan umah MIL berbanding umah saya.
tapi haritu MIL ada cakap dia nak duduk umah anak2 dia sbb takut tinggal sorang2. tapi dia nak tinggal dgn anak no.1, menantu dia tak setuju. dia nak tinggal dgn anak no.3, pun menantu dia tak bagi.
so tinggal anak no.2 je la. aka my husband.
apa lagi nak cakap? kalu saya kata tak setuju camno? my husband tak tergamak nak cakap camtu.
|
|
|
|
|
|
|
|
tapi kalau betul MIL nak dok umah saya mmg saya tak setuju.. |
|
|
|
|
|
|
|
cikwawi posted on 25-8-2014 04:05 PM
BIL bujang.. dia ada masalah kesihatan. mungkin buatan org, mungkin saka, mungkin psycho. selalu ber ...
hantar jelah BIL tu kt hospital berkaitan mental.. aku rasa korang golongan yg mampu dlm hal ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku kalau nak kata hell tu tak jugak..nak kata heaven pun x jugak. Byk menjeruk rasa je sbb kenangkan suami.
My mil duduk dgn kami sebaik saja kami beli rumah sendiri. 2 thn lepas kawen. Iyalah..mil dah tua. Sblm ni dia tinggal dgn abg ipar n selalu kejadian dia bgaduh dgn kak ipar sampai bawak diri rumah anak2 lain. Masa tu aku hairan jugak kenapa la kak ipar aku tu bermasalah sgt dgn mil aku sbb pd pandangan aku mil aku sgt baik org nya....hmmmm...
Bila dia duduk ngan aku sikit skali la true coloursnya keluar. Dulu aku ada maid. N pnah satu ketika dia komplen2 pasal maid aku tp aku x pihak sapa2 pun. Sbb aku mmg mcm tu. X byk bunyi. X byk ckp. Sgt kontra dgn perangai dia yg sgt 'mesra' dgn semua org. Mungkin sbb perangai aku yg bolayan dia tu buat dia x brapa berkenan
Mula2 dulu aku kurang berkenan dgn perangai dia yg satu ni. Mak aku slalu bagi kami buah2 atau makanan. Kdg2 malam aku x sempat makan. Balik keja esok aku ingat nak mkn. Terbayang2 kat tempat keja bila balik nak mkn buah or makanan yg mak aku bagi tu. Skali bila balik tengok dah xde. Rupanya dia g sedekah kat jiran tetangga. Katanya nak pjg kan pahala. Bkn sikit yg dia sedekah. Semua! Bkn sekali tp berkali2. Last2 aku sound jugak dia. Mula2 tu dia mcm2 alasan la ckp nak buat amal jariah la... Tp last2 suami aku pun perasan n dia bagitau la tinggalkan la utk org rumah sikit. Pastu dia dah kurang buat n skarang dia dah x buat. Tau kenapa? Sbb jiran2 semua dah pakat2 tutup pintu n tingkap. Malu aku bila satu hari tu jiran aku call. Rasanya dah tak tahan.. Dia ckp mil aku slalu mengutuk aku kat dia. Dia kata aku ni malas. Berat mulut. Mcm2 lagi lah. Bkn aku xnak layan. Tp kalau dah bercakap setiap kali tu mengutuk org mmg aku x tahan. Tp aku diamkan je. Aku sabar sbb aku tau aku score pahala bila dia jaja cita aku satu perumahan tu. Dan aku pasti bkn dia ceritakan pd jiran je tp pd ipar2 ku jugak.
Mil aku ni hidup x dpt berenggang dgn telefon. Sbb dia kaki gosip. Asal hp ada kredit dia call la anak menantu..cucu cicit..sanak sedara. Sampaikan ipar aku pnah komplen dpn aku dia rimas setiap hari mil call dia sampai 2-3 kali. Dah last2 ipar2 pakat tak nak angkat telefon n even ada yg tukar nombor tp x bagitau dah tukar nombor. Bila ada hal penting..org tua tu tak tentu arah mencarik anak menantu nya yg x dpt dikontek.
Beberapa bln lepas mil ku sakit. Masa tu dia demam. Pastu demam melarat. Aku kerja. Maid dah berenti. Jadi xda sapa nak tengokkan. Jadi dia kata dia nak pindah masuk rumah abg ipar aku yg sorang lagi. Masa tu dia dgn kompiden nya ckp dia x balik dah rumah kami tu sbb xde org jaga. Biar kakak ipar yg jaga. Dorang tu siap dah belikan wheelchair..katil baru..almari baru sbb nak sambut mil aku. Almari kat rumah kami dia dah kosongkan. Katanya boleh anak2 aku simpan baju kat situ pulak. Aku nak kata seronok tak jugak..nak kata sedih x jugak sbb itu yg dia nak. Sekali tengok sebulan je tahan kat rumah tu. Dia bwk balik baju dia sikit2 kat rumah kami. Last2 pindah balik terus. Rupanya bergaduh dgn kak ipar aku. Baru sebulan tu.
Itu je lah. Skarang aku byk bersabar esp bab makanan. Kalau aku masak hari ni..malam nanti dia dah buang org petang dia buang sbb dah basi katanya. Kalau dia masak or ipar2 bagi makanan dia panaskan sampaikan seminggu. Betapa biasnya dia.
Kalau ada lagi aku sambunglah. Mlm tadi baru merajuk dgn laki aku pasal makanan jugak. Mil campurkan kuetiaw pedas dgn kuetiaw utk anak2 dlm satu mangkuk. Anak2 aku x mkn pedas. Aku bising2 la. Tp laki aku salahkan aku. Aku x tau mana silap aku walhal aku dah siap asingkan mangkuk tu. Kecik ati aku. Tp aku kenangkan itu mak dia. Kalau dia marah mak dia jadi berdosa pulak Last edited by katak hijau on 4-9-2014 01:31 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
katak hijau posted on 4-9-2014 01:29 PM
Aku kalau nak kata hell tu tak jugak..nak kata heaven pun x jugak. Byk menjeruk rasa je sbb kenangka ...
simpati sungguh..
|
|
|
|
|
|
|
|
kazaraf posted on 4-9-2014 02:31 PM
simpati sungguh..
Tq..cuma luahan. X tau nk luah ke mana. Nasib baik ada forum |
|
|
|
|
|
|
|
katak hijau posted on 4-9-2014 03:34 PM
Tq..cuma luahan. X tau nk luah ke mana. Nasib baik ada forum
rsa silap katak sbb letak dekat2 kot mangkuk kewtiew tu..
lain kali utk anak2 kena sorok...
supaya mil tak senang2 nk campurkan..
suami katak nak marak mak dia pun tak boleh..
moga2 ni semua saham katak utk di sana...amin
semoga Allah murahkan rahmat keatas katak sekeluarga..
|
|
|
|
|
|
|
|
tiputipujah posted on 4-9-2014 05:21 PM
rsa silap katak sbb letak dekat2 kot mangkuk kewtiew tu..
lain kali utk anak2 kena sorok...
supa ...
Yalah...mungkin la salah aku jugak. Tp benda dah berlalu. Moga jadi pengajaran. Tq |
|
|
|
|
|
|
|
katak hijau posted on 4-9-2014 01:29 PM
Aku kalau nak kata hell tu tak jugak..nak kata heaven pun x jugak. Byk menjeruk rasa je sbb kenangka ...
simpatinya....
Cat pula rasa tak sabar nak tiggal asing even dgn family sendiri, so ada masa lebih dengan suami.. ada ruang peribadi dengan suami, and dengan harapan suami akan lebih indipendent untk buat keputusan atau apa2....
Sekarang masih dok dgn mentua, biasa la dok menumpng kna la buat cara menumpang, tapi ada masanya sentap juga la...
nak beli apa yg kita rasa nak makan, pun kena tegur juga, beli keperluan sikit2 mcm gula ke tepung ke, kata tak yah beli, (Cat beli supaya nanti tak la nak mengata tak pandai beli barang pula).
Hari tu beli buah mata kucing , katanya tak da orng nak makan, menyesal beli sbb mmg tak habis pun. Mana la Cat tau tak da yg suka mata kucing, sbb masa balik kg emak Cat hari tu suami yg exited nak membelinya... mungkin dia takut Cat perabis duit anak dia kot..
Cat sebenarnya ada resipi nak cuba buat,konon nak berjualan. tapi nanti mentua bnyak tanya pula... buat apa?, mcmana buat?, bla...bla...bla... kalau takat tanya tak pe juga .. takut last2 ayat bunyi macam nak kondem.
Bagi Cat, biar la cuba buat dulu, takkan nak jual terus kan.... mcm masa 1st time buat biskut raya kat umah mentua. Cat sebenarnya tak puas hati lagi dgn rupanya, belum lagi ready nak kira sebiji berapa, satu kontena berapa kuantiti... dia dah bawa biskut tu promot kat kwn n family (ni part paling best hehehe sbb mentua boleh jd marketing manager).. dah la kuih tu tak cantik sedap juga la, tapi tak cantik... kalau bab jual menjual ni pun bnyak songeh, kuih Cat besar la, tanya untung tak? aduh.... kita dah la stress buat kuih, tnya mcm2 geram juga .... kita seller tahu la bila untung bila tak, last2 mood nak berjualan pun tak da...
sekarang yang palin Cat tak tahan ni, mentua cat macam talam dua muka... depan lain belakang lain.
Ada anak buah dia ni baru kat tempat Cat, dia layan baik la, siap tumpang bagai... bila dah dok asing, ade la anak buah tu melawat , bila dah balik nanti , mengata la ank buah tu lapar la, tu sebab datng. Biar la dia lapar pun, dah tetamu hidang je la kan... tak yah la ungkit2 ...
Masa raya hari tu buat open house, bila dah tetamu tu duduk lama sikit, mula la dlam hati menghalau2 tetamu tu, dia sendiri cakap after dah siap semua. Macam tak ikhlas je nak terima tetamu,
Gosip iye juga, pening la... kadang2 bedesing je telinga... cakap anak si anu tak baik la, walhal anak sendiri hampeh.... memang la tk tahan dok ngan PIL, stress sngat sbb bnyak yng didengar, tak bebas nak berkarya didapur huhuhu...
hashtag tak sabar nak ada rumah sundiri punya lo......
Last edited by cat_miow on 1-10-2014 03:25 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
cat_miow posted on 1-10-2014 03:16 AM
simpatinya....
Cat pula rasa tak sabar nak tiggal asing even dgn family sendiri, so ada masa le ...
Cat...aku mmg duduk rumah sendiri. Tp bawak mil tinggal skali. Masa skali gaduh dulu laki aku ckp aku jugak yg sibuk nak bwk mil tinggal skali. Aku kata aku x pnah ungkit pasal dia duduk sini tp kdg2 cara di masuk campur cara aku didik anak buat aku geram. Bila dah gaduh tu baru dia slow down intefere dlm cara kami didik anak.
Tp hari tu ada kwn aku ckp besar pahala buat bakti n jaga org tua. Sekarang mungkin tak nampak tp suatu hari kelak ko akan tengok rezeki ko dpt sbb jaga org tua. Maka utk kejar pahala dan rezeki itu aku redha saja. Tak dan nak masam2 muka..
Cat...nanti mesti ko rindu dgn mil ko bila dah ada rumah sendiri ehehhehe |
|
|
|
|
|
|
|
katak hijau posted on 1-10-2014 01:33 PM
Cat...aku mmg duduk rumah sendiri. Tp bawak mil tinggal skali. Masa skali gaduh dulu laki aku ckp ...
hehehe, iye kot... tpi tak tahan la kalau bnyak tnya sngat.. sbb cat ni bukan jenis banyak cakap.
actually betul juga, kalau berbakti pada orng tua kita ada hikmahnya.. cuma itulah, bnyak sngat dugaannya kalau dok ngan orng tua ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
cat_miow posted on 6-10-2014 11:11 PM
hehehe, iye kot... tpi tak tahan la kalau bnyak tnya sngat.. sbb cat ni bukan jenis banyak cakap.
...
Mmg betul...paling sesuai pepatah nak diguna..gajah dpn mata x nampak..kuman seberang laut nampak. Semalam terjadi lagi peristiwa dia angkut makanan dgn tupperware2 skali ke rumah biras. Bkn aku x bagi dia sedekah tp kena tanya aku dulu. Aku ngan laki dah mkn belum..dah merasa belum. Tup2 dia dah hantar belah sana. Balik2 aku tanya tupperware mana? Dia kata masih kat rumah sana..nanti2 la ambik. Aku kalau org lain aku x berkira sgt tp kalau biras aku yg tu mmg aku hangin. Sombong..celupar..kurang ajar dgn mentua aku. Yg mentua aku tu pegi pulak sembah2 diorang bagi makanan pulak. Konon dorang x masak apa2 pagi raya. Bkn sbb xde duit..sbb malas.. |
|
|
|
|
|
|
|
katak hijau posted on 7-10-2014 09:09 AM
Mmg betul...paling sesuai pepatah nak diguna..gajah dpn mata x nampak..kuman seberang laut nampak. ...
saya mengerti perassan katak hijau......
saya pula sebaliknya, kalau ada lebih rezki tak tau nak bagi sape,
dulu suami ada bwa lebihan mee yang tak sempat nk guna kat tmpt kerja dia, sbb nak close bulan posa, so, cat bg kat mkcik somi yg dok dekat ni, PIL balik kg FIL,
pas mentua balik, bg tau la lebihan mee tu dah agih2 kat mkcik2 dia, boleh dia cakap, 'belum tentu lg mkcik tu nak masak mee tu'... cat terasa la, sbb mcm dah buat salah. mana la cat tau yg mkcik dia suke ke tak ke kan, sbb baru kawen 2 tahun. tak masak lgi apa yg dorng suka atau tak. orng cKp la elok2 , lain kali jgn bg dia, dia tak suka atau ape2 je la kan, asal ayat tak sakit hati...
tak boleh imagine if ada anak, saya nak didik cara saya... seelok2nya, tak nak cmpur tngan secara direct dari parent sendiri atau PIL.
|
|
|
|
|
|
|
|
cat_miow posted on 7-10-2014 06:54 PM
saya mengerti perassan katak hijau......
saya pula sebaliknya, kalau ada lebih rezki tak tau nak ...
bila dah ada anak nanti lagi payah cat. nanti boleh jadi gaduh. nenek terlalu manjakan bila kita tegur anak2. hmmm
|
|
|
|
|
|
|
|
aku nak kawen ni takut pulak membaca post korang masing2
pernah tak korang bfikir, "ala redhakan saja, dia kan ibu kepada suami. takde dia, suami tak lahir. takde suami, aku jd andartu la sampai mati"
ke korang dh fikir mcm tu, masih jugak rasa tak best kt mertua??
|
|
|
|
|
|
|
|
cheezzy posted on 10-10-2014 09:11 AM
aku nak kawen ni takut pulak membaca post korang masing2
pernah tak korang bfikir, "ala r ...
akan best jika dok asing
Bukan tak bersyukur ada mentua, mungkin kebiasan family pasangan kita yang masih sukar diterima salah satu sebab kita belum selesa pada keadaan sekarang.... kalau Cat secara peribadi, masih lagi dalam faktor menyesuaikan diri dengan family suami (agaknya la).
Kadangkala latar belakang juga memainkan peranan dalam menyesuaikan diri kita dalam kehidupan berpasangan. Samada dari sudut saiz keluarga, kebiasaan dan latar belakang pendidikan (tak kira formal / informal ; informal ni termasukla didikan keluarga).
Kebanyakan masa kita sebagai anak muda memang kena mengalah, nak2 menumpng kat rumah orang kan, tapi kalau dah perangai banyak negative dari positif, mana nak tahan...... rase nak larik juga....
|
|
|
|
|
|
|
|
Mintak dijauhkan la kena duduk ngan mertua..tak boleh bayangkan.. klu kena duduk dgn MIL maknanya aku kena berlakon jd pompuan mithali 24jam..
pg holiday sesama pun aku dah stress, mcm mana nak dok sama..
|
|
|
|
|
|
|
|
nampaknya byk con dari pro bila ipar/mertua duk sekali...
sy skg ni masih lagi tidak bertegur dengan ipar2 ngan ibu mertua, gara2 tragedi bulan Mac lepas... perang besar antara saya dan ipar2, mertua n suami terjadi kerana dituduh menghalau mak mertua dari rumah... walau kebenaran telah terbukti yg sy tidak bersalah, masih terlalu payah untuk sy memaafkan... |
|
|
|
|
|
|
|
BondaQalQimy posted on 28-10-2014 12:18 PM
nampaknya byk con dari pro bila ipar/mertua duk sekali...
sy skg ni masih lagi tidak bertegur de ...
suami bonda serbasalah ka dgn keadaan gni...
dgn mak mertua bleh buat kering..tp dgn ipar tu mau tak bercakap dah...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|