|
Produser Raja Azmi Berhijrah, Kini Berhijab! (Fil Hijab Dilancar Pd 18 Jun-pg.5)
[Copy link]
|
|
Alhamdullilah.. Nmpk sopan |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni tengok real live lawalah jgak bagi org umur spt dia. Anyway cantiklah kak mi. minat kak mi sbb kak mi pandai masak |
|
|
|
|
|
|
|
Bgusla kak tipah oii....muga berterusan.... |
|
|
|
|
|
|
|
So sweet.. alhamdulillah, she look young ngan berhijab..
Whatever past is past lah.. allah maha berkuasa..semuga dia tak melahar lagi sudah lah |
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya Raja Azmi Mula Berhijab 29 Mei 2014 Lalu
KUALA LUMPUR, 2 JUN 2014: Biarpun produser filem, Raja Azmi Raja Sulaiman sudah membuat penampilan serta kenyataan secara eksklusif bahawa dia kini sudah pun berhijrah serta berhijab kepada pengacara Hlive! Special, Datuk Aznil HJ Nawawi sewaktu program infotainment itu bersiaran di Astro Ria pada malam semalam, hakikatnya Raja Azmi Raja Sulaiman sudah pun mula berhijab secara rasmi pada 29 Mei 2014 yang lalu.
Keputusan untuk memakai hijab pada tarikh tersebut (29 Mei 2014) telah dikongsi kepada Editor In-Chief Portal Murai iaitu Ellyna Ali beserta rakan-rakan terdekat serta ahli keluarganya yang lain, beberapa hari sebelum itu.
Namun, Raja Azmi meminta supaya hal tersebut dirahsiakan kerana pada tarikh yang sama juga dia mahu mengadakan Kenduri Doa Selamat di atas penghijrahannya itu beserta menyambut kedatangan bulan Ramadan yang bakal menjengah tidak lama lagi
"Kenduri Doa Selamat itu saya buat untuk mengaminkan niat saya untuk berhijrah dan saya juga mahu memohon kepada Allah SWT supaya dapat menetapkan iman saya serta diberikan hidayah agar saya dapat terus memperbaiki kelemahan diri saya dan terus belajar untuk menjadi muslimah yang baik.
"Kebetulan, tarikh itu jatuh pada hari Khamis malam Jumaat, jadi memang kena sangatlah saya buat kenduri tersebutdan saya juga mahu mengambil keberkatan bulan Ramadan ke atas penghijrahan saya ini.," katanya kepada Portal Murai.
Menurut Raja Azmi lagi, keputusan untuk berhijarh dibuat selepas memikirkan pelbagai aspek terutama selepas tercetusnya kontroversi apabila dia mempersoalkan isu wanita tidak bertudung akan masuk neraka.
"Selepas mengeluarkan kenyataan tersebut, saya telah dihambat dengan pelbagai kritikan dan saya mula berfikir balik bahawa sedikit-sebanyak kritikan itu ada kebenarannya.
"Akhirnya saya cuba mendekatkan diri kepada Allah bagi mendapatkan petunjuk.Saya baca Al-Quran dan membuat solat sunat serta solat Tahajud selama tiga hari tiga malam. Malah saya juga membuat sembahyang Istikarah
"Akhirnya saya temui jawapan dan pada satu pagi, terus terdetik di hati saya untuk berhijrah dan Alhamdulillah sekarang ini Allah SWT sudah memberikan petunjuk dan jalan untuk saya berhijab sepenuhnya," katanya lagi.
Credits: murai.com.my |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah.. smoga kekal berhijab. |
|
|
|
|
|
|
|
nak fofular mcm felixia yip la teww...kekeke |
|
|
|
|
|
|
|
Fil Hijab - Raja Azmi For Variante Dilancar 18 Jun Ini
KUALA LUMPUR, 3 JUN 2014: Sempena dengan penghijrahannya yang kini tampil berhijab, produser filem, Raja Azmi Raja Sulaiman bakal muncul dengan koleksi hijabnya iaitu Fil Hijab - Raja Azmi For Variante.
Koleksi hijab cetusan ideanya sendiri itu dihasilkan dengan kolaborasi butik Variante yang sebelum ini pernah menaja baju nikah serta persandingannya.
Raja Azmi berkata, dia mendapat idea untuk merekacipta fil hijabnya itu sewaktu dia mendapat petunjuk serta hidayah daripada Allah S.W.T untuk memakai tudung serta berhijrah sepenuhnya sebagaimana yang dituntut di dalam Islam.
"Idea merekacipta fil hijab saya ini datang dengan sekelip mata.
"Waktu itu saya sedang memegang sehelai kain dan cuba untuk bertudung dan saya memikirkan bagaimana untuk bertudung dengan saya yg cukup senang, mudah dan paling penting menyelesakan saya.
"Akhirnya entah macam mana ia datang dengan sendirinya, lalu saya pun cuba hasilkan beberapa rekaan fil hijab saya ini dalam beberapa bentuk yang lain.
"Setelah itu saya berjumpa dengan pihak Variante dan kemukakan idea saya ini.
"Mereka nampaknya cukup teruja dan berminat untuk berkolaborasi bersama saya untuk hasilkan koleksi Fil Hijab - Raja Azmi For Variante ini.
"Insya Allah pada 18 Jun ini, pihak Variante akan melancarkan 17 koleksi Fila Hijab - Raja Azmi For Variante," katanya lagi.
Credits: murai.com.my |
|
|
|
|
|
|
|
achik2009 posted on 3-6-2014 01:38 PM
Fil Hijab - Raja Azmi For Variante Dilancar 18 Jun Ini
Dan dan je terus ada jenama sendir kan...
Hanya Dia yang tahu...
... Yang sebenarnya
kotor ke hati aku terdetik mcm ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
maxim posted on 1-6-2014 08:58 PM
Errk..ketet selambak
slow2 la bagi dia berubah..mula pakai tudung
pasni mungkin dia start longgarkan baju
hamboiiii, ketet selambak jugak jadi perhatian uolls |
|
|
|
|
|
|
|
ffbeauties posted on 3-6-2014 01:44 PM
Dan dan je terus ada jenama sendir kan...
Hanya Dia yang tahu...
... Yang sebenarnya
iols pn terdetik camni sama2 kotor hati kita
|
|
|
|
|
|
|
|
maxim posted on 3-6-2014 01:57 PM
ntah la..mgkin iols yg kene berubah
uols nak berubah apa? dah comei lote dah tgk avatar tu |
|
|
|
|
|
|
|
aku heran betul la. asal berubah pakai tudung, terus ada jenama tudung sendiri.
aku nak bersangka baik tapi, macam terlalu banyak sangat jadi macam ni.
aku harap dia pakai tudung bukan sebab bisnes.
sebab, aku pernah jumpa orang yang free hair, tiba2 satu hari pakai tudung. sambil2 dok promote tudung yang dia jual kat aku. memandangkan tudung tu tak berapa laku, tudung yg dia pakai pun melayang......
|
|
|
|
|
|
|
|
Berbau ikan sgtt..brhijab trus lncar produk sndiri..motipppp....puiii |
|
|
|
|
|
|
| |
|