tp iols masih nmpk pelakon yg jd jung sun mcm kag ...
JS agak akward sikit ... mybe dia lbh muda kot. nmpk HJ jauh lbh matang. tapi citer ni pun tentang cef muda jatuh cinta pada pompuan lbh tua.
watak JW agak tak berkembang sgt. masih dok berpusing2 tempat yang sama.
iols lbh suka JW dikembangkan dgn sisi jahat lps dia tahu dia & JS jatuh cinta pada org yang sama. tak best tgk JW bawak watak lelaki yang cool & baik hati
iols pun suka watak kawan dia yg jahat tu. tak der nak cover2 ala2 muslimah sejati gitu. terang-benderang cakap. tak hipokrit. so kita tahu dia mmg jahat sbb cinta dia kena tolak & kawan dia plak yang dipilih.
Post time 11-10-2017 02:14 PMFrom the mobile phone|Show all posts
santubung replied at 11-10-2017 01:47 PM
JS agak akward sikit ... mybe dia lbh muda kot. nmpk HJ jauh lbh matang. tapi citer ni pun tentang ...
Alaa...jgnla jahat uols...suka tgk bromance dorg ni..
Bile jung sun ni nmpk jw muka dia senyum2 excited je...kalau dorg bermusuh nnti x best aar...jw mcm professional je..xkn campur aduk gitu hal bisnes dgn personal life...tp mslhnya dua2 js n hs ni dia dh bwk masuk dlm life dia kan....huhuhu..
5 Sebab Kenapa SBS Temperature of Love MESTI ditonton
by daus · Published October 11, 2017 · Updated October 11, 2017
1.Romantis yang menyegarkan daripada penulis
Rata-rata penonton agak payah untuk memahami jalan cerita yang dipamerkan dan sukar menerima kerana plot dramanya tidak terlalu cepat dan kurangnya elemen komedi. Tetapi, bagi sesiapa yang betul-betul mendalami drama ini, ia suatu naskah yang agak menyegarkan dan tidak se ‘klise’ seperti biasa kita tonton selama ini. Konsep drama ini tidak ‘direct-to-the-point’ tentang bagaimana merpati dua sejoli ini pada mulanya bertemu sebagai ‘stranger’ sebelum kedua-duanya mengaku jatuh antara satu sama lain pada pandangan pertama.
Setelah menjalinkan hubungan cinta, mereka mendapati mereka tak serasi sebagai pasangan lalu memilih untuk berpisah akhirnya. Namun takdir menemukan mereka semula kali ini dengan keadaan berbeza seperti dijelaskan di atas. Penulis menterjemahkan maksud ‘Temperature Love’ sebagai genjatan cinta yakni fasa beralihnya dari pengenalan kepada pencarian cinta sebenar yang lebih kukuh tanpa ragu-ragu. Oh Jung Sun mengaku dia jatuh cinta dengan Lee Hyun Soo pada pandang pertama tapi dinafikan Lee Hyun Soo.
Lee Hyun Soo hanya menyedari dia sebenarnya mencintai Oh Jung Sun setelah Oh Jung Sun menghilangkan diri bertahun-tahun. Rindu terhadapnya bertukar kepada cinta. Pada satu hari, mereka bertemu semula, Oh Jung Sun yang sudah matang kali ini bermain tarik tali dengan Lee Hyun Soo apabila dia me’reject’ nya tanpa rasa bersalah. Lee Hyun Soo pula seolah-olah ‘desperate’ gilakan lelaki yang pernah di’reject’nya sebelum ini.
2. Teknik pengarahan serta sinematografi yang sangat memukau pandangan seolah-olah anda menonton drama klasik romantik dahulu kala
Respek kepada pengarah yang berjaya menjadikan dramanya lengkap dengan aturan yang sangat memikat pandangan mata! Visual dihasilkan sangat mantap menaikkan lagi aroma percintaan merpati dua sejoli ini. Ibarat menonton filem penuh romantis, Titanic, seboleh-bolehnya Temperature of Love berjaya mendakap anda mendalami interaksi yang penuh ‘chemistry’ antara mereka. Masyuk weiii!
3. Lakonan hebat daripada Seo Hyun Jin selaku ratu komedi romantik Korea
Seo Hyun Jin tak pernah mengecewakan kita membuktikan dia bukan ratu komedi romantik yang mudah untuk disia-siakan. Jarak usianya yang agak jauh dengan pelakon muda Yang Se Jong tidak sesekali menampakkan sisi kematangannya menguasai perhubungan mereka. Seo Hyun Jin memastikan watak Lee Hyun Soo nya seiring dan senada dengan Oh Jung Sun.
Bagi sesiapa yang merindui kesewelan Seo Hyu Jin dalam tvN Another Oh Hae Young, Lee Hyun Soo juga tak kurang hebatnya. Cuma dia belum lagi luahkan segala-galanya di hadapan Oh Jung Sun bagi memastikan lelaki itu sah menjadi miliknya. Kalau tak, segala kesewelan dia akn keluar nanti.
4. Runut bunyi yang adakalanya meruntun kalbu dan sangat ‘masuk’ dengan sedutan beremosi yang dipaparkan
Drama ini punyai runut bunyi yang menyebabkan sesiapa saja mudah terbuai perasaan. Instrumental dimainkan kedengaran menusuk kalbu, tetapi dalamannya sangat ‘refreshing’. Dendangan muzik ‘Back to Black’ oleh Amy Winehouse disadurkan dengan instrumental tersebut menambahkan lagi sudut keromantisan antara mereka.
5. Kim Jae Wook buat anda alami sindrom “2nd lead”
Ramai yang menonton drama ini mengaku mengalami sindrom “2nd lead” berhubung pelakon memainkan watak Park Jung Woo, lelaki kaya berjawatan CEO. Kim Jae Wook menyerlahkan sisi Park Jung Woo yang berkarisma lalu membuatkan penonton mudah jatuh hati terhadapnya. Ia sedikit mengingatkan pada Uhm Tae Woong dalam KBS Sassy Girl Chun Yang, yang menjadi pesaing agak menggerunkan buat kedua-dua “leads” dalam drama ini.
Tidak lupa juga penulis bijak menggarap watak “adik dari neraka”. Nak tau sapa adik dari neraka itu, mai tengok drama ini.
SBS Temperature Love disiarkan pada setiap hari Selasa dan Rabu jam 6.55 petang (6.55 pm) di cenel ONE TV Asia. Sila langgani ONE TV Asia menerusi Astro HD 393.
iols perasan director ni guna flashback (tak berkaitan dgn episod sblm0 pd permulaan cerita stp episod...
mcm satu prolog utk setiap episod...
klu uols perasan, selain sinematografi mantap belaka, mase jung soon bye2 lee hyun soo balik,
sbnrnye kamera masih mengekori jung woo yg balik menunjukkan dia tak sedar ape yg berlaku di belakangnya
realiti nya mmg camtu pun hidup
yg plg iols impressed
runut bunyi (bukan OST) iaitu instrumental yg mendayu2 mcm kita tgk movie jek..
oh okay aku syak drpd sedutan tu jek sbnrnye haha
sbb dia konfiden nak mampus ckp skrip dia bakal menang
hyun soo pun tak jangka dia leh menang dgn skrip asl yg kena reject dgn nek tua feveret @naqibnasuha
jung woo ni buat aku teringat uhm tae woong dlm sassy girl chun hyang
jenis baik hati dan matang...
boleh gak nak derive wataknye jd jahat sedikit..
maybe bila dia jeles, dia amik inisiatif yg agresif utk dapatkan hyun soo
skrg ni dia tak tau hyun soo tu sukakan jung soon