|
hikhik....
Tp mmg benci Asila tu... :@ |
|
|
|
|
|
|
|
Bab 31
Nurin leka mengarang cerita 'Kata'nya.Matanya sudah kuyu dan dia juga sudah terangguk-angguk di hadapan komputer ribanya.Matanya kemudian mengerling jam dinding,pukul 12.00 tengah malam.
Azizi belum pulang lagi,ke?Nurin sudah menguap dan hampir terlena tetapi dipaksa juga untuk membuka matanya.Dia mencelikkan matanya dan membaca apa yang tertulis di komputer ribanya.
"Adek sayang Ab tak?"tanya Abdullah.
"Sayang..."balasku sambil memandang tepat anak matanya.Air mukanya yang kacak sering menarik perhatianku supaya tidak memandang lelaki lain selain dirinya.
"Adek,kita kawin?"
"Kawin?Tapi abah tak bagi,"balasku sayu.Aku memandang tanah dan menguis-nguisnya dengan seliparku.
"Maksud Ab,kita kawin lari,"terbeliak mataku memandangnya.Kawin lari?Tak pernah aku terfikir hingga ke situ.
"Tapi Ab..."Abdullah segera memotong percakapanku."Takder tapi,tapi.Kan adek sayangkan Ab.Jadi kita kawinlah."
"Ab,bukankah kita kena kawin dengan orang yang kita cintai.Bukan yang kita sayangi,"kataku masih lagi merenung tanah.
"Maksud adek?"
"Adek cintakan Didi.Bukan Ab.Adek SAYANG Ab bukan CINTA,"aku menekankan perkataan 'sayang' dan 'cinta'.Abdullah terpempan mendengar penjelasanku.Dia tergamam.Dia memandangku.Sayu pandangannya...
Mata Nurin beralih pada pintu apabila dia terdengar seperti seseorang sedang memusingkan tombol pintu.Pintu bilik terkuak sedikit dan sesusuk tubuh yang tinggi dan sasa memasuki ruang kamar itu.Azizi!
Azizi merenung Nurin,"Belum tidur lagi?"Nurin menggeleng dan menyambung kerjanya sebentar tadi.Azizi pula menukar pakaian tidurnya.Dia kemudian baring di atas katil di sebelah Nurin.
"Ummi tinggal kat sini lagi,ke?"tanya Azizi.
Nurin sekadar mengangguk tanpa berpaling ke arah Azizi.Dia masih leka mengarang sambil menongkat dagunya di hadapan komputer riba.
"Dahla tu.Aku nak tidur!Turn off the laptop!"tengking Azizi tiba-tiba.Nurin terkejut lalu terkocoh-kocoh menutup komputer ribanya.Dia kemudian meletakkan kaca matanya di atas meja sudut dan baring di atas katil.Azizi menjarakkan badannya dengan tubuh Nurin dan meletakkan bantal peluknya sebagai benteng di antara dia dan Nurin.
Nurin tidur-tidur ayam.Setelah beberapa minit,Nurin berpaling ke arah Azizi untuk memastikan dia sudah tidur.Jelas sekali Azizi sudah terlelap.Nurin membetulkan baringnya dan memandang siling.Dia mengelamun sebentar.
Tiba-tiba...
"ASILA!"Azizi menjerit kemudian dia memaut leher Nurin.Nurin tercekik,dia cuba untuk meleraikan pautan itu tetapi Azizi sudah melepaskannya.Nurin menarik nafas lega tetapi Azizi memeluknya pula.Azizi memeluknya dan airmatanya gugur.Nurin mendongak dan memandang wajah Azizi.Dia menyeka air mata itu.Azizi pula mengeratkan pelukan itu.Dia mengusap rambut Nurin dengan tangisan di mata tanpa membukanya.
Nurin ketawa kecil.Mengigau!Tua bangka pon masih mengigau.Nurin mengeluh.Asila lagi!Naper nangis?Asila kemalangan ke dalam mimpi tu?Nurin menggeleng.Aper aku ni...Nurin terlelap.
*******************************************************************************
Perlahan-lahan Nurin membuka matanya.Dia meraba pinggangnya.Sudah tiada pelukan..Nurin menarik nafas lega dan berpaling ke kanannya.Azizi sudah tiada!Ke mana perginya dia?Nurin tertanya-tanya dan mengambil kaca matanya untuk melihat waktu di jam dinding.
Pukul 6 pagi...Azizi dah keluar?Jumpa Asila.Benar sangkaan Nurin kerana kereta Azizi sudah pun menghilang.Nurin mengeluh.Dia duduk di birai katil sambil menunggu azan Subuh.Dia menggoyang-goyangkan kakinya.Sungguh bosan! |
|
|
|
|
|
|
|
eeeeeee......:@ :@ :@ :@ :@ :@ :@ |
|
|
|
|
|
|
|
Asila-Asial....
mmg sial... |
|
|
|
|
|
|
|
Bab 32
"Panasnyer.."Azizi menekan suis kipas.Dia melabuhkan punggung di atas sebuah sofa sambil menunggu kedatangan Asila.Dia meneliti setiap sudut ran itu.Azizi memuji cara susunan dan perabot yang digunakan untuk menghias ran itu.
Azizi menuju ke tingkap.Dia menongkat dagu di situ.Dari situ dia dapat melihat keindahan alam.Sekawan burung yang berwarna-warni berciut-ciutan.Rerama yang beraneka warna terbang mengelilingi ran itu.Azizi tersengih sambil mengucapkan 'ALLAHUAKBAR' di dalam hatinya kerana pemandangan yang indah di sekitar itu.
Setelah beberapa minit,Asila masuk ke dalam ran itu dan berlari mendapatkan Azizi.Dia merangkul pinggang Azizi dari belakang.
"As..You're scaring me!"
"Really?Sorry..."Asila masih lagi merangkul Azizi.
Azizi meleraikan rangkulan itu dan berpaling.Dia merangkul pinggang Asila dan mengalus-ngelus rambut Asila."Do you know that I am dreaming about you last night."
"Really?I pulak tiap-tiap ari mimpikan you tau tak!"omel Asila.
"I'm serius.."senyuman di bibir Azizi mula pudar.
"Sorry.Pasal aper?Baik?Buruk?"
"Hmm....Buruk."
"WHAT!Okay,about what?"tanya Asila sambil mengerutkan dahinya.Azizi memegang dahi Asila,"Jangan berkerut.Tak cantik."Asila tersenyum tawar."Answer me!"
"You accident.Actually,masa tu you are pregnant my son.So gugur.And then you are coma.And then I wake up and call you to meet.To make sure you are safe,"jelas Azizi.
Asila mengeluh."Maknanya masa tu I've married.With you...So you just relax.When we are married,you must to stop me from driving,okey!"
Azizi melakar senyuman.Dia melabuhkan punggung di atas sofa.Asila pula baring dia atas sofa membantalkan paha Azizi.Azizi memaut lehernya dan Asila mengelus-ngelus jari-jemari Azizi yang kasar.
*******************************************************************************
"Jiji pergi mana tadi?"tanya Datin Rubiah yang sedang minum kopi.Azizi yang baru mengunci pintu memandang ibunya dan termangu.
Nurin yang sedang menghidangkan minuman segera menjawab,"Azizi pergi jumpa kawan.Dia ada cakap kat Nurin,mi."
Azizi memandang Nurin dan menarik nafas lega.Dia segera melabuhkan punggung di sebelah ibunya dan mencapai secawan teh panas.Nurin pula duduk di hadapannya dan meminum secawan milo.Datin Rubiah menjeling Azizi dengan tajam.
"Tell the truth!"tengkingnya.Azizi meletakkan cawannya.Dia berfikir sebentar dan menarik nafas panjang sebelum berkata,"Ummi,actually Azizi nak kawin satu lagi.Dengan Asila."Terbeliak mata Datin Rubiah mendengar jawapan Azizi.Datin Rubiah menggosok-gosok dadanya dan tiba-tiba dia pengsan.Matanya terkatup.
"Ummi!"jerit Azizi dan Nurin serentak.
"Naper ngan ummi?"tanya Nurin kepada Azizi.
Azizi mengerutkan dahinya."Serangan jantung.Tapi dah lama ummi tak kena.Last skali dia kena,27 tahun lepas."
Nurin terkejut dan berkata dalam nada yang agak keras,"Naper awak bagitau skarang.Jangan cakap secara mengejut."
"OKAY!OKAY!I'M THE ONE WHO WRONG!NOW HELP ME BRING UMMI INSIDE THE CAR!"tengking Azizi.Nurin kecut perut dan memapah Datin Rubiah ke dalam kereta.Azizi pula masuk ke dalam kereta untuk menghidupkan enjin.
Nurin menuju ke arah kereta dengan perlahan kerana beban yang dibawanya keseorangan sungguh berat."CEPAT!"bentak Azizi dari dalam kereta kepadanya.Nurin sedaya upaya memapah Datin Rubiah ke dalam kereta tetapi kerana tidak larat,Nurin jatuh terduduk bersama Datin Rubiah.Nurin menguatkan juga diri untuk bangun manakala Azizi sekadar melihat.
Nurin berasa amat geram dengan suaminya tetapi disimpan sahaja perasaan geram itu kerana baginya ketika itu,Datin Rubiah yang lebih penting.
*******************************************************************************
"Apa yang Jiji bagitau ummi sampai dia kena serangan?"tanya Maria yang baru sampai ke hospital setelah ditelefon Nurin.
Kerutan mula terbit di dahi Azizi.Dia mengeluh dan berkata,"Jiji cuma kata Jiji nak kawin dua ngan Asila."
"APA!"kesemua yang ada di situ terkejut dengan pengakuan Azizi kecuali Nurin.Kemudian mereka merenung Nurin yang hanya merisaukan Datin Rubiah sahaja seperti tidak mempedulikan kata-kata Azizi.
"Nurin...Nurin dengar ke apa yang Jiji kata?"tanya Marinna sambil melutut di hadapan Nurin.
Nurin menunduk.Dia tergamam.Dengar!Dengar!Nurin dengar,kak.Dan Nurin terseksa sebab hati Nurin sudah mula menerima Azizi.Hati Nurin terguris,kak!Terguris!Terluka!Seperti yang ab dah buat kat Nurin!Bisik hati Nurin.Dia segera mengesat air mata yang hampir gugur dari tubir matanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Nurin....
teringat plak pasal budak Nurin Jazlin smalam...
ciannyer dier......
Rasa cam nak seksa jer org yg wat tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
kurang asam keping betul lah azizi ni. ada ke patut dia suruh nurin uruskan mama dia sorang diri. eeeiiiiii :@ :@ :@
apa lah nk jadi ngan azizi n asila nie. kat dalam utan tue plak tempat 'pelarian' derang hermmmmmmmmm :@ :@ :@ |
|
|
|
|
|
|
|
kurang asam keping betul lah azizi ni. ada ke patut dia suruh nurin uruskan mama dia sorang diri. eeeiiiiii :@ :@ :@
apa lah nk jadi ngan azizi n asila nie. kat dalam utan tue plak tempat 'pelarian' derang hermmmmmmmmm :@ :@ :@ |
|
|
|
|
|
|
|
:@ :@ :@ :@ :@ :@ :@ :@ :@ |
|
|
|
|
|
|
|
ahaks...
abis terbakar thread ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
ptg karang baru bleyh sambg
nk cari idea jap... |
|
|
|
|
|
|
|
tak sedar diuntung betul...dpt mak dia meninggal br dia tau langit tue tgi ke rendah....:@ :@ :@ |
|
|
|
|
|
|
|
Bab 33
"Jiji,jangan masuk.Nanti ummi mengamuk pulak,"kata Marliza sambil menjeling adiknya.
Azizi terduduk.Nurin memandang Azizi sebelum masuk ke dalam wad di mana Datin Rubiah ditempatkan.
Ketika Nurin masuk,Datin Rubiah sedang mendengus kasar.Dia seperti memarahi seseorang.Wajahnya masih pucat tetapi keanggunan seorang ibu masih lagi terpesona.
"Eh,Nurin!Ader kat sini lagi?Naper tak balik jer?Kan Nurin letih angkat ummi sengsorang tadi?"semua orang terbeliak mendengar kata-kata Datin Rubiah.
"Macam mana ummi tau?"tanya Nurin.
"Nurin angkat ummi sengsorang?"tanya Marliza terkejut.Nurin menunduk.Datin Rubiah mendengus.
"Bang,cubalah ajar anak laki awak sorang tu jadi gentleman sket.Kemainlah susah Nurin angkat saya tadi..."kata Datin Rubiah.
"Ummi...Kan ummi pengsan,macam mana boleh ummi tau?"Nurin mengulangi pertanyaannya.
"Umph..Ummi dah bukak mata masa tu tapi masih lemah,"kata Datin Rubiah.
"Li,Rinna,dah korang balik.Antar Nurin skali,"kata Datok Abdullah kepada Adli dan Marinna.
"Jiji tu,abah nak suruh dia mintak maap.Nak denda,"katanya lagi.Marinna dan Adli mengangguk.Nurin hanya kaku.
"Tak apalah,abah.Nurin dok sini je,lah."
"Nurin...Nurin letih tu.Dengar cakap abah,ye nak!"pujuk Datin Rubiah.
Nurin diam sebentar dan mengangguk.Dia membuntuti Adli dan Marinna ke kereta Honda CRV.Nurin duduk di tempat duduk penumpang di belakang.
*******************************************************************************
"Takpelah,kak.Antar takat ni je,"ujar Nurin kepada Marinna.
"Betul ni?Karang ummi tau,mampus akak.Yelah,menantu kesayangan dia,"kata Marinna.Nurin tersenyum dan berjalan ke dalam halaman rumahnya.
Dia dapat melihat sebuah kereta di dalam halaman rumahnya.Nurin mengintai ke dalam kereta itu,tiada orang.Tiba-tiba seseorang telah menepuk Nurin dari belakang.Nurin berpaling ke belakang.
"Hazry!Why are you here?"Nurin berkata sambil berjalan meninggalkan Hazry.Dia tahu Hazry mendengar pertanyaannya kerana Hazry pasti berada di menurutinya.
"Adek...Ab miss you.I don't care now.I'll tell you the truth,"kata Hazry.Nurin memberhentikan langkahnya.
"What is the truth?And about what?Suhanna?The wedding?"Nurin bertanya.Matanya tidak memandang Hazry tetapi memandang semut-semut yang sedang berbaris membawa makanan bersama-sama.
"Look at me...Adek.I'll tell you about the wedding first,"kata Hazry.Dia meletakkan tangannya di bawah dagu Nurin dan mengangkat dagu itu agar mata Nurin setara dengan matanya.
"Just tell...."dada Nurin semakin sebak apabila mengingatkan kisah yang terjadi pada hari perkahwinannya.Air matanya sudah bertakung di tubir mata.
Hazry mengelap air mata itu perlahan."Ab dibomoh,"ringkas sahaja penjelasan Hazry.
"Really?If that so,let me go!"Nurin menepis tangan Hazry dan berlari menuju ke pintu rumahnya.Dia tidak mahu mempercayai Hazry.Entah mengapa dendamnya sudah menutup matanya.Sehingga tidak dapat melihat sinar keikhlasan di mata Hazry.Air mata Nurin sudah lebat mengalir.
Hazry segera menggenggam tangan Nurin erat.Nurin sudah tidak dapat melarikan diri.Hazry menarik Nurin ke dalam dakapannya."Believe me!And now about Suhanna.Suhanna is a blind girl.Eventhough she blind,but her heart can see things.Things that a perfect man cannot see.Suhanna anak ustazah yang mengubati ab semula.Suhanna amat membantu apabila dia dpata melihat siapa yang membomoh ab."
"Siapa?"tanya Nurin setelah jiwa wanitanya mula meluputkan perasaan dendam itu.Dia memandang anak mata Hazry,penuh sinar keikhlasan.Di wajah bersih itu,masih terdapat redup sedih.
"Baizura.Ibu kandung ab yang tinggalkan ab sebaik sahaja dia melahirkan ab,"air mata Hazry mengalir perlahan.Nurin mengelap air mata Hazry dan memeluknya.
"Sorry,"kata Nurin.Hazry meletakkan jari telunjuknya di bibir merah Nurin yang tidak pernah diletakkan gincu walaupun sekali.
"Shh...I'm sorry,"kata Hazry.Nurin menitiskan air mata bahagia.Sekiranya dia belum menikahi Azizi,seandainya Hazry tidak merancang perkahwinannya dengan Tia,pasti Nurin akan memilih Hazry untuk menjadi suaminya.
Hazry membelai rambut Nurin."Are you happy now?Ab masih cintakan adek kalau adek nak tau.Tapi ab sayangkan Tia.It's a big different between 'sayang' and 'cinta'"
Nurin mengangguk,"I know you'll love me till death do us apart."
"So,why did you don't bother me?"tanya Hazry.
"Merajuk.."
"Manjanya adek ab ni.Adek tau tak setahun tu.Ab sedih sangat.Tia datang dalam hidup ab.Dia cuba membahagiakan ab.Ye,dia berjaya tapi dia tak dapat menggantikan tempat adek.Never!But still,ab sayang dia."
"Adek paham.Promise me.You'll never ever let Tia go!She is good.Promise!"Nurin dan Hazry menyatukan jari ******king mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Bab 34
"Maafkan Jiji,mi.Tapi Jiji tetap nekad nak kawin dengan Asila,"rayu Azizi yang sedang melutut di hadapan Datin Rubiah.Semua mata memandang Azizi sebagai tanda amaran.
Datin Rubiah mengeluh dan merenung tajam anak lelakinya itu."Okay,tapi Nurin setuju ke?Kalau dia setuju dimadukan,ummi bagi.But one condition,"kata Datin Rubiah.
Azizi mendongak,"Yes?"
"Lepas kawin ngan Asila,korang mesti berbulan madu hanya 7 HARI!and then,60 MALAM,Jiji kena tinggalkan Asila.Jiji mesti bersama Nurin.After 60 nights,mesti adil.Hari ni Nurin,esok Asila.Faham?"tegas Datin Rubiah.
Azizi berfikir sementara sebelum mengangguk."I'll do the best on the 60 nights.I know ummi maksudkan grandchild.."Datin Rubiah mengangguk dan masuk ke biliknya.
Azizi berlalu dengan hati girang.Dia menelefon Asila untuk memaklumkan tentang perkara itu."Hello As."
"Hi,Jiji.Something important or just 'I love you'?"sindir Asila manja.
"Perli nampak?"kata Azizi sambil menghidupkan enjin keretanya.
"Mana Jiji nampak ni?Kat telfon ader kamera ke?"Asila ketawa.
"Hmm..Actually,Jiji dah bincang dengan ummi pasal kita nak kawin.Tapi satu syarat,"Azizi mengerutkan dahinya.
"What?Aper syarat tu?"tanya Asila lembut.
"Macam ni...."
*******************************************************************************
Nurin membuka pintu sebaik sahaja kedengaran enjin kereta.Kelihatan seorang wanita dan beberapa orang lagi sedang menuju ke pintu rumah Nurin.
"Ummi!"Nurin mencium tangan ibu mertuanya.
"Ummi nak tinggal kat sini juga?"sambung Nurin.
"Memanglah.Ke Nurin tak suka?"
"Suka.Suka sangat.Nurin perlukan seorang ibu sekarang ni,"kata Nurin sambil memimpin Datin Rubiah ke dalam rumah.
"Nak ummi suruh mama datang sii skali?"
"Tak payahlah ummi.Nanti mama rindukan papa,"kata Nurin.
"Mana Jiji?Tak silap ummi dia bertolak dulu sebelum ummi.Mesti melencong,"Datin Rubiah tidak berpuas hati dengan sikap anaknya yang satu itu.
"Alah,kerja kot,"pujuk Nurin.
"Kerja?Jiji jadi kontraktor.Rehat je sepanjang masa.Sebab dia dah upah orang untuk gantikan tempat dia untuk lakukan kerja,tau!Kontraktor level A.Mentang-mentang dah berjaya,dah jadi pemalas,"celah Maria.
Ketawa menyusuli kata-kata Maria.Nurin menuju ke dapur dan menghidangkan beberapa gelas teh kepada ipar-duainya dan juga ibu serta bapa mertuanya.
"Trima kasih.Wat susah-susah jer.Akak-akak ngan abang-abang ni nak pergi dah.Kami datang nak antar ummi ngan abah jer,"kata Marlinda.
"Abah?Abah nak dok kat sini jugak?"tanya Nurin kegirangan.
Datok Abdullah mengangguk sambil tersenyum dia mendegukk air teh perlahan dan duduk dengan tenang.
"Lagi meriah kalau bebudak tu ada.Tapi kang diorang nak tidur mana,"kata Datin Rubiah pula.
"Itulah ummi orang kata dah biar diorang ni tidur kat rumah kita jer,"leter Maria.
Nurin tersenyum,"Buat apa.Tinggal kat rumah ni pon dah cukup.Lagipun privacy sikit."
Ipar-duai Nurin bersiul."Phewitt!!!Romantiknya."
"Oh,ye,Nurin.Ummi nak tanya.Nurin...Nurin setuju ke dimadukan?"tanya Datin Rubiah lambat-lambat.
Nurin memandang ibu mertuanya.Kemudian menunduk.Dia menabahkan hatinya dan perlahan-lahan mengangguk.Air matanya sudah menitis tetapi sempat diseka sebelum ada yang sedar.Dia berlagak tenang dan mengukir senyuman paksa yang amat pahit buat dirinya.
Mengapa?Mengapa aku harus menerima Azizi di hati ini?Sedangkan aku sudah tahu dirinya bukan milikku.Sedangkan aku sudah tahu yang aku akan berkongsi kasih dengan wanita yang benar-benar dicintai.Bagaimana Azizi boleh melunturkan Johari dari hatiku?Hazry...Adakah nanti Azizi akan menguasai seluruh hatiku seperti yang pernah dilakukan Hazry.Adakah Azizi berjaya melunturkan cinta pertamaku yang kukuh sampai sekarang?Detik hati Nurin. |
|
|
|
|
|
|
|
Bab 35
"Bila kau nak nikah ngan Asila?"tanya Datin Rubiah ketika makan malam bersama.
Datok Abdullah yang sedang makan segera berhenti dan memandang anak lelakinya yang hanya kaku.Dia menurunkan kaca matanya.
Azizi merenung ibunya.Dia menarik nafas panjang dan menyilangkan jari jemarinya."Mungkin 2 minggu lagi,"katanya.
Datin Rubiah mengangguk.Datok Abdullah sambung makan.Nurin pula terdiam.Luluh hatinya mendengar kata-kata itu.Matanya berkaca."Aw!"Nurin mengaduh kesakitan.
"Naper?"tanya Datin Rubiah panik.
Nurin menyentuh lidahnya.Darah!Dia sudah tergigit lidahnya.Datin Rubiah pergi ke dapur untuk membawa ais manakala Datok Abdullah mencari ubat dan sehelai kain untuk membaluti ais.Azizi pula buat tidak tahu dan menyambung makan.Dia malah makan dengan berselera.
Nurin sakit hati dengan perangai Azizi lalu dia masuk ke tandas di dalam bilik tetamu.Dia meluahkan air mata yang tersimpan.Setelah itu,dia membasuh mukanya dengan air paip.Sebaik sahaja dia keluar Datin Rubiah kelihatan cemas memandangnya.
"Naper?"tanya Datin Rubiah.
Nurin menggeleng."Takder pape."Datin Rubiah kemudian menyuruh Nurin supaya duduk supaya dia boleh mengubati lidah Nurin.Nurin akur dengan arahan Datin Rubiah.
*******************************************************************************
"Jiji,As ingat As nak wat wedding macam Siti,lah.Kita ajak semua selebriti boleh,kan?"ujar Asila ketika mereka berdua berada di dalam 'tree house'.
"Macam Siti?Yang tu Jiji tak tau tapi pasal tetamu tu...Selebriti?Kalau mereka teman As,boleh je datang,"kata Azizi pula yang sedang membelai lembut rambut Asila.
"Bolehlah,Jiji.Perkahwinan impian As.Macam Siti Nurhaliza.Kat.."
"Macam mana kalau kita wat kat hotel?Rainassance?Or somewhere?"Azizi memotong.
"Rainassance!Pengapit kita?Kalau perempuan,kita suruh Mila boleh tak?Kalau laki kita suruh Mawi,"Asila memberi pendapat.
"Pengapit?Mila AF5?Mawi?No.Not suitable at all.How bout,my bro and sis?"
"Jiji,you have SEVEN sis and SEVEN brother in-law.Which one?"tegas Asila.
"Don't know,"Azizi mengerutkan dahinya.Susah juga nak kawin ngan artis,ye.Kalau aku kawin ngan Nurin,senang aje.
"Jiji,how bout ummi and my papa?"Asila mendongak memandang wajah tampan di matanya.
"My ummi and your papa?No way.You know that my ummi don't like you and I'm not sure she would come,"kata Azizi.Dia mengerutkan dahinya.
"How bout Nurin?And...And Hazry?Hazry,right?The name of your cousin's friend who is really-really handsome?"
"Nurin and Hazry?No.Nurin...Kan dia madu As.Naper pulak suruh dia jadi pengapit.And I don't think she will come.Never!"kata Azizi.
"She will!As akan pujuk dia.Tengoklah nanti dia mesti datang!As akan pilihkan baju pengapit yang cantik dan sepadan ngan baju pengantin,"kata Asila bersungguh-sungguh.Riak wajahnya jelas menunjukkan dia suka dengan pendapatnya.Asila tersenyum sinis.I'll make sure Nurin menyesal datang.Aku akan buat dia jealous.Biar dia rasa sakit.SAKIT HATI!
*******************************************************************************
"Jangan kali,kalau aku mengigau,kejutkan!"kata Azizi sebelum terlelap di sisi Nurin.Nurin mengangguk dan merenung persekitarannya yang suram dan gelap.Dia mengeluh.Hidupnya benar-benar bosan.Dia memutar-mutarkan rambutnya menggunakan jari telunjuk.
Dia bangun dan menghampiri jendela yang sering dijadikan tempat persinggahannya sebelum tidur.Dia merenung bulan yang cerah.Secerah manapun bulan itu,kehidupan Nurin tetap kelam.
Air matanya menitis.Ya Allah!Indahnya bulan itu.Aku memohon kepada-Mu Ya Allah,perindahkanlah hidupku seperti keadaan bulan itu.Ya Allah,tabahkanlah hatiku supaya bisa meranjau hidup yang penuh pancaroba ini.Lagi-lagi apabila hamba-Mu yang lemah ini bakal dimadukan.Bakal mengongsi kasih seorang suami.Tetapi sebelum ini,pernahkah aku mendapat kasih suami?Ya,pernah.Hanya sementara,di kala tidur...Ketika tubuhku dirangkulnya,pipiku dikucupnya.Tetapi,kenapa nama Asila juga yang meniti bibirnya?Di dalam mimpinya,dia merangkul Asila,mengucup Asila!Hibanya hati ini,Ya Allah.Pilunya!Luluh sekali mendengar bibirnya menyebut nama itu.Ya Allah,aku memohon agar Engkau melanjutkan perkahwinan kami ini.Semoga ia berkekalan,Ya Allah.Semoga ia sebahagia yang aku impikan.Aku tahu,dia PASTI berubah.PASTI!
Nurin berpaling.Dia menatap wajah tampan Azizi."Azizi,dengarkah kau?Nurin Azriana sudah mula menerimamu di hati ini,"bisiknya keseorangan.
Asila...Sekali lagi nama itu diluahkan dari bibir Azizi.Di saat nama itu terkeluar,Nurin telah menitiskan air matanya di sekian kalinya.Dia menyeka air mata itu dan menampar lembut pipi Azizi supaya dia sedar."Azizi,Azizi!Awak mengigau."Cup!"bibir Azizi hinggap di dahi Nurin.Nurin tergamam.Dia menggoyang-goyangkan bahu Azizi.Kemudian,kedua-dua belah tangan Azizi menarik Nurin ke dalam dakapannya.Nurin sudah tidak bisa bergerak.Dia kaku.Air matanya mendarat di atas dada Azizi.
Akanku ingat waktu-waktu ini,andai kau bakal tinggalkan aku untuk Asila...Bisik hati Nurin. |
|
|
|
|
|
|
|
sdehnye..
budus la azizi nih..
xkn sikit perasaan pun xde kat nurin tuh..
ego kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bab 36
"Ummi,betul ke ni?Betul ke Jiji kawen ngan Asila?"tanya Marinna melalui corong telefon.
"Habis tu,Rinna ingat aper lagi,kalau dah terima kad jemputan?"Datin Rubiah meninggikan sedikit suaranya.
"Ummi...Sianlah kat Nurin.Jiji nih!Rasa macam nak cekik je diorang.Asila pon satu.Macamlah dia tak tau yang Jiji tu dah beristeri.Karang,Rinna cakap kat media yang Asila adalah bini kedua,baru tau!Malu sket.Biar sedar.Kalau Siti takpelah,Papa Khal dah ceraikan saper bini pertama dia tu?Mama aper?Tak ingatlah pulak.Ye,lah.Dah lama tak jumpa.Apa khabar ek,Papa Khal ngan Siti tu?Hish,bayangkanlah,ma.Rinna lagi tua daripada ibu saudara,"Marinna bercelotah panjang seraya meluahkan apa yang terpendam.
Datin Rubiah mengeluh."Papa Khal tu...Entahlah.Dia cuma sepupu ummi.Lama dah tak jumpa.Yang ummi dok ingatnya,Pak Ji,memang tak suka perangai anak dia tu.Huh...Yang sampai ke situ,tu apsal?Bukan ke kita tengah berbual pasal Asila?"
"Ha'ahla...Ummi,tunggu kejap ek.Laila naak cakap ngan wan kesayangan dia,"kata Marinna sebelum menyerahkan ganggang kepada anak tunggalnya,Laila.
"Wan,wan.Wan nak tau tak yang Laila dapat hadiah daripada....Daripada saper dia,ma?Ha,Fizi.Fizi tu suka kat Laila,wan.Dia hensem.Dia kata Laila comel macam kitty.Aper kitty tu?Hello Kitty ke wan?"ujar kanak-kanak yang berumur 5 tahun itu.
"Hmm..Macam tulah.Macam Hello Kitty juga.Laila dah makan?Nak wan suapkan?Laila suruh mama datang sini,makan.Biar wan suapkan,nak?"hati Datin Rubiah benar-benar terhibur mendengar celoteh cucunya.
"Mama tak nak bagi.Wan,wan nak tau tak?Yang semalam mama pakai baju seksi.Lepas tu papa peluk mama.Lepas tu....Laila masuk bilik Laila,tidur,"katanya separuh berbisik.
"Iye?Macam mana Laila tau?"
"Laila intai sebab dengar mama ketawa kuat.Laila tidur sebelum tu.Tapi mama ketawa macam monster.Terkejut Laila.Laila pon bukak sikit pintu bilik tidur mama.Mama baring atas papa.Mama kan berat,macam mana papa boleh rak ek?"sekali dia berbisik.
Datin Rubiah ketawa,"Laila budak-budak lagi.Tak boleh tau pasal benda ni."
"Laila dah besar!Laila dah boleh bukak suis lampu bilik Laila sendiri!"katanya tidak berpuas hati.
"Dah,dah.Amboi lama berbual!"Marinna merampas ganggang daripada Laila.
"Ummi,apa yang dia cakap?Nampak macam dia berbisik je?Mesti ada benda ni?"kata Marinna lagi.
"Takde apa-apalah,"tawa Datin Rubiah masih bersisa.
"Naper pulak takder pape?Mesti ada ni.Ummi pon ketawa tu,"rengek Marinna.
"Awak tu dah besar.Jangan buat-buat manja.Karang ummi sekeh,kan,"gurau Datin Rubiah.
"Ala,sajer jer.Nak jugak bermanja.Emm...Takpelah.Li dah bersiap nak pergi kerja tu,"kata Marinna lagi sebelum meletakkan ganggang.
*******************************************************************************
Nurin melipatkan kain sembahyangnya dan juga sejadah.Dia kemudian memandang sepi katil tempat beradunya.Dia menitiskan air matanya.Tapak tangan Azizi yang lebar dan kasar hampir sahaja hinggap di pipinya.Apakah salahnya?Dia seorang wanita yang lemah.Tidak berdaya meronta dan menolak tubuh sasa seorang lelaki.
Dia mengeluh dan menyentuh pipinya.Nasib baik telefon Azizi berdering,kalau tak...Pipi ini akan pedih dan sakit buat kali yang kedua.Rintihnya.
Dia mencapai tombol pintu.Dilihatnya,Datin Rubiah sedang menghidangkan makanan.Dia segera turun untuk membantu.
"Mana Jiji?Oh,ye.Baru ummi ingat dia nak...Nak pergi selesaikan urusan dia,"keras sekali suara Datin Rubiah.
Nurin tahu.Datin Rubiah memaksudkan perkahwinan Azizi.Azizi juga sudah menempah dewan dan berpuluh-puluh bilik untuk tetamu.Dia juga turut menempah tiket kapal terbang ke Itali dan Sepanyol untuk berbulan madu.Kad jemputan juga sudah diterima Nurin kelmarin.Nurin teringat 2 hari yang lalu iaitu hari Datin Rubiah pengsan dan pada malamnya,Azizi telah memberitahu hasratnya untuk menikah 2 minggu lagi.2 minggu yang harus aku harungi sebelum dimadukan.
"Ummi,Nurin nak buatkan air ni.Abah biasa suka apa?"tanya Nurin.
"Abah minum aje apa yang ader,"balas Datin Rubiah sambil tersenyum.
Nurin mengangguk dan menyediakan seteko teh.Dia meletakkan teko itu di atas meja makan.Dia kemudian minum secawan dan maju ke dalam kamarnya apabila terdengar nada dering Karena Wanita.Dia melihat skrin telefon bimbitnya.Hazry! |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|