|
Emma Maembong Tak Pandai Membaca, Kawan Tolong Bacakan Skrip
[Copy link]
|
|
pinkzara replied at 26-10-2023 01:28 PM
Kalau uol follow fb ayah dia, mmg ayah dia ada cerita serba sedikit.
Anak-anak semua ayah dia jaga. ...
Ayah dia arkitek ? Ayah dia pelukis je ..jauh nawww arkitek sampai anak sekolah X habis tapi X pandai membaca..bercinta pandai Dari dulu pun sosial asyik kepit jantan |
|
|
|
|
|
|
|
pinkzara replied at 26-10-2023 05:28 AM
Kalau uol follow fb ayah dia, mmg ayah dia ada cerita serba sedikit.
Anak-anak semua ayah dia jaga. ...
Ye mungkin ada bnyak keadaan menyebabkan diorang tak sekolah. Cuma bagusnya diorang ni bila ada hidup sendiri, berkeluarga, diorang tak sisihkan mak ayah.... masih saling jumpa. Saling berkumpul anak2.
Ayahnya mungkin ajar banyak hal seni da survivor kat anak2 berbanding hantar ke sekolah harian. Emma banyak fllow ayah dia dlm van untuk tour dan buat kerja jalankan project seni negara kan... Sbb satu lg bakat pun turun kat dia...
|
|
|
|
|
|
|
|
Mak dia beranak ramai2, cerai pastu tak jaga anak ke macamana? Rasanya mak dia stay kat malaysia, tak menetap kt scotland sana. Masa mula2 berlakon dulu timoh pernah bagitau tak pernah pergi kampung mak dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Patilutlah masa sheols mula2 berlakon dulu, cringe sangat watak. Tiap masa duk menangis. Tak banyak dialog rasanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pastu jadi lead akasia yg ada doktor pokok dan puteri balqis.
|
|
|
|
|
|
|
|
HappyGumbira replied at 26-10-2023 07:41 PM
iols suspek wartawan tu lupa tulis ayat penuh. mana la tau kan sebenarnya sheols bgtau sheols tak pa ...
Tetibe aku teringat yg bobo femes sbb mengelitat suatu masa dulu,dlm thn 2013 kot dia miming lagu sayang apa kabar dgnmu mcm belut letrik,femes secara tiba2 smpai mig offer berlakon,tp xboleh pegi jauh tak boleh diketengahkan sbb takde bakat berlakon,baca skrip tak boleh,hafal skrip pon hancus,ekspresion muka pon failed kayu kayan,paling tak boleh blah baca skrip pon failed..tak mmpu ingat dialog…aku rasa emma cm tula kot dulu tp sbb rupa,produser tetap ambik |
|
|
|
|
|
|
|
miss_perfect replied at 26-10-2023 02:21 PM
Kalau betul dia ada dyslexia cakap je lah ada dyslexia. Tokri belut letrik tu elok je mengaku dia ...
Mungkin dia tak tau dia disleksia atau ada masalah lain. Sebab dia adik beradik macam menjaga sesama mereka je kan.
Yg dia tau dia susah nak membaca sampai tanya orang cemana nak sebut satu satu huruf tu kan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak pergi sekolah ni agaknya jenis malas nak bangun pagi.. Malas nak gerak ke sekolah.. Malas nak belajar etc etc yg sewaktu lah kot.
So byk main byk ponteng selain alasan bapak struggle nak jadi single parent lah... Nak jaga abang lah apa apalah.
But now senang lenang je hidup tak payah sekolah... tak de spm. OK laaa tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia tak sekolah pun dia ada bakat. Kalau kita2 yg biasa ni kelaut la kalau tak sekolah. |
|
|
|
|
|
|
|
sukacactus replied at 26-10-2023 01:10 PM
Dia budak oku pembelajaran ke, kalau ye kita paham je bila nak buat benda basic pun xtau
Kan, mcm dyslexia tu kan |
|
|
|
|
|
|
|
sukanyanyi replied at 28-10-2023 09:55 AM
Kan, mcm dyslexia tu kan
Ha ye
Sebab tu dia pandai sgt melukis, yg lain2 xberapa pandai |
|
|
|
|
|
|
|
Zmn dh brubah, zmn kita dlu klau mls nak gi skolah, dh lama perambat dgn btg pnyapu.
|
|
|
|
|
|
|
|
zeitabaei replied at 28-10-2023 12:58 AM
Ayah dia arkitek ? Ayah dia pelukis je ..jauh nawww arkitek sampai anak sekolah X habis tapi X pa ...
Ala..buat palatao.
Ntah la sis.
Sebab i follow ayah dia dah lama.
Start dia design bangunan2 ternama negara.
Lepas tu jadi pelukis.
Arkitek ni kan kebanyakannya pandai melukis. |
|
|
|
|
|
|
|
Memang ada je jenis yg tak pandai membaca dgn lancar tapi reti menulis sikit2 dan tatabahasa ofcos la lintang-punkang. Menaip pun copy paste orang lain punya . |
|
|
|
|
|
|
|
Ayah dia arkitek terulung kot celah mana tu?
Dia kan pelukis.
Pepandai je
|
|
|
|
|
|
|
|
ngek replied at 26-10-2023 01:08 PM
beauty without brain
Replynya pendek tapi lucu.haha |
|
|
|
|
|
|
|
Apa nak bising2. Dia da berjaya dah pun skrg. Berlakon pun laku |
|
|
|
|
|
|
|
katnissE replied at 28-10-2023 09:26 PM
Ayah dia arkitek terulung kot celah mana tu?
Dia kan pelukis.
Sinopsis.
Namaku Ismail Embong. Rakan sekelas di Maktab Teknik Jalan Gurney (skrg UTM) Mohd Nazar sepupu Arkitek Dzulkifli Jaafar Kuantan orang pertama panggil ku Maembong sejak 1968. Sanusi Junid panggil ku Me’embong semasa aku bertugas di Taman Pertanian Shah Alam bermula 1986 hingga 1992.
Selepas trajedi 13 Mei, aku ke England untuk pelajari seni bina bangunan. Mulanya tinggal di International House sebuah hostel di Westbourne Ave, kawasan elit dekat dengan Universiti Hull. Ramai pelajar luar negara bertapak di hostel ini, saban hari dengar mereka berkicau dialek mereka, bahasa Inggeris betul jarang kedengaran, kalau ada pun ‘broken’. Kerana mahu rasakan ‘England’ sebenar aku beli sebuah rumah di Woodcock Street dengan wang hasil kerja sambilan buat lukisan perspektif untuk firma arkitek. Nyata Woodcock Street adalah kawasan merah tiap hari ada pergaduhan, manusia mabuk bertumbuk diluar rumah, kumpulan Skinheads, Grease dan Hells Angels saling berkejaran, dan kadang berbunuhan.
Suatu hari aku kejar beberapa kanak-kanak yang pecahkan cermin pintu utama rumahku, kejar hingga masuk ke rumahnya. Bertekak dengan ibu mereka. Malam itu bapa mereka datang untuk ‘balas’ tindakanku serbu rumahnya. Berbekalkan 2nd Dan Black Belt TKD dan Silat Belebat juga Titi Pinang aku tumpaskannya. Kebetulan saat itu lalu empat lanun Hells Angels bermotor Harley, pastinya menyebelahi kerabat mereka. Sesi hayun menghayun penumbuk berlaku sejenak, aku cemerlang, mereka terpingga lihat seorang NigNog (di USA nigger) kalahkan mereka dengan cara yang belum pernah mereka dilihat. Filem Bruce Lee belum ada ketika itu. Mereka juga terpandang motor besar milikku yang disandar pada dinding rumah, mereka pun pelawa aku masuk kumpulan itu.
Bersama kumpulan Hells Angels Hull & East Riding Chapter aku jelajah seluruh Eropah, menghirup aura dan mengenali serta rasa nadi setiap tamadun disana. Banyak amat tamadun serta nadi gerak dunia barat dipelajari bersama kumpulan ini.
Bertemu jodoh disana, kurangkan aktiviti bersama grup motor ini selepas kahwin. Pindah ke rumah mertua di Coltman Street.
Suatu hari rumah jiran di Coltman Street terbakar, semua orang lari, selamatkan harta, tiada seorang pun pedulikan jeritan orang terperangkap. Aku terjah dari tingkap aras satu, panjat saluran air hujan rumah terbakar itu, malangnya saluran itu patah, aku jatuh ke dalam tong sampah di bawah. Panjat lagi dengan tangga yang diletakkan Johnny, rakan rumah sebelah. Sampai keatas aku tendang tingkap, asap berkepul tolak aku jatuh sekali lagi. Cerita seterusnya sila baca laporan akhbar Hull Daily Mail yang akan ku siarkan pada episod berkenaan. Apapun aku dianugerah Bintang Keberanian UK atas aksi yang aku lakukan itu.
Bergegas pulang ke Malaysia selepas satu musibah; tayar kereta kami meletup semasa bercuti dengan keluarga. Khadijah anak pertama setahun, adiknya lapan bulan dalam perut. Tangan mak dia patah, doctor UK tidak berani buat x-ray, khuatir rosak bayi. Fikiran buntu, aku talipon bapak (Embong) di Kuala Terengganu - kali pertama sejak lima tahun. Ceritakan pasal sudah ada bini, anak, dan satu lagi dalam perut. Ayahku terkejut, terperanjat. Aku ceritakan pasal eksiden, tangan patah, disuruhnya bawa pulang ke Kuala Terengganu. Aku sedang seronok, berharta, berkeluarga, digeruni di UK, sudah lupa daratan. Maka disentuhNya. Maka aku bawalah keluargaku ke Malaysia.
Dengan Tok Mudim tempatan, tangan patah itu berjaya diperbetulkan. Seminggu kemudian, isteriku dimasukkan ke hospital kerana sudah tiba masa. Dalam wad, tetiba seekor cicak jatuh keatas perutnya, dia terkejut amat kerana sebelum itu tidak pernah dilihatnya haiwan itu, anak ke-dua pun keluar.
Maka bermulalah pelayaran kehidupan aku dan keluarga di bumi ini.
Mulanya aku berkerja dengan sebuah firma arkitek, kemudian jadi pensyarah di Institut Teknologi MARA, Shah Alam, jadi pakarujuk pembinaan Taman Pertanian Shah Alam, buka firma arkitek sendiri, Dicelah-celah kerjaya itu aku sempat tubuhkan beberapa kugiran dan studio musik, tulis lagu dan terbitkan beberapa album, cuba niaga buka dua restoran semua bernoktah dengan gulung tikar.
Akhirnya setelah perjalanan dengan laluan amat berliku aku terjurus bidang senilukis dan aku temui damai dibidang ini.
catatan:-
JILID 1 Autobiografi Maembong punyai empat (4) Bab
Bab-1 kisahkan latar keluarga, zaman kanak-kanak, alam
remaja hingga tamat persekolahan,
Bab-2 masuk maktab di Kuala Lumpur mula buka perspektif
tentang nadi kehidupan bumi Malaysia zaman Pop Yeh
Yeh.
Bab-3 kehidupan di England beri seluasnya horizon akan alam
serta penghuninya,
Bab-4 episod yang catatkan liku kehidupan setelah bergelar
arkitek.
JILID 2 Autobiografi Maembong kandungi Bab-5 sahaja, akan bicarakan kemasukan Ismail Embong ke alam senilukis, genre yang cuba dan mahu diketengahkan, pahit jerih menempuh rintangan, kemajuan dan kemenangan. Ribuan karya yang dihasilkan akan dipaparkan dalam JILID 2 ini.
Bab-1 Autobiografi ini akan dimuatnaik dalam masa terdekat, akan diikuti dengan Bab-Bab lain seterusnya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|