CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: afifirosli91

rozita che wan nak cari lelaki kacak dan kaya buat suami. memang macam ni eh?

[Copy link]
Post time 24-8-2012 12:01 PM | Show all posts
maxim posted on 24-8-2012 11:35 AM
aku cakap psl RCW..yg ko nak melalut psl camalia kasmadiana tu pasal apa? dorg ada ke kluarkan sta ...

Dia bagi pandangan dia, mungkin merujuk kepada pompuan or retis bangang
yang kawen semata-mata kerana cinta, akhirnya kena tinggal terkontang-
kanting, naik turun mahkamah nuntut duit, asik-asik si jantan tak muncul.
So pada dia, lebih baiklah ditinggalkan jantan kayo, ata least lepas dia pegi,
masih ada kasut lomboktin, keta 2 tiga bijik and HOD.........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2012 02:19 PM | Show all posts
gucci_advocate posted on 23-8-2012 09:10 AM
Pada I, makcik R ni kurang bijak bila bagi statement tu. Memanglah dia nak lelaki berharta, tapi dia ...

ah sume benda xlame... yg cantek jd buruk, yg kaye jd kayap....


Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 02:42 PM | Show all posts
cr:mybloghub
Inilah gambar Rozita Che Wan time kahwin dulu dan pastinya gambar ni akan menjadi gambar yang ’sungguh ekslusif’ buat korang yang nak sangat nengok gambar kahwin Rozita Che Wan memandangkan gambar kahwin beliau tak pernah diperlihatkan kepada umum (ke kami yang tak pernah nengok?)
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 02:59 PM | Show all posts
cikgu_murni posted on 24-8-2012 02:42 PM
cr:mybloghub
Inilah gambar Rozita Che Wan time kahwin dulu dan pastinya gambar ni akan menjadi gamb ...

Cantik sungguh Cik Ta ni masa remaja. Kalau masok Miss Univers pun
rasanya, boleh jadi top five! No wonderlah sekarang masih maintain
lawa. Rasanya dia akan jadi pompuan tua yang lawa. Memang patot dia
letak harga pada dirinya...........
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 03:01 PM | Show all posts
cikgu_murni posted on 24-8-2012 02:42 PM
cr:mybloghub
Inilah gambar Rozita Che Wan time kahwin dulu dan pastinya gambar ni akan menjadi gamb ...

pesal lain benar muka dia.betul ke neh?tapi laki tu ade muka stok2 atok k sket
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 03:33 PM | Show all posts
NAT_11 posted on 23-8-2012 10:16 AM
Dipaksa coti seminggu.................
Tapi aku tak rasa statemen Cik Ta ni salah. Itu pandangan  ...

noks, bimbo2 kat sini sumenye REDHOOO kalu dpt jantan x berduit
they say u can pay your monthly bill (kereta, rumah, kad kredit, astro, etc etc) with HUG AND KISSES
hello, be realistic la kannnnnn
zaman skang sume pakai DUIT
so, w/pun aku x suke RCW ni, tp aku admit apa yg dia cakap tu mmg betul
errr ada sapa2 kat sini yg masih menyewa rumah/stay dgn parents walau umur dah cecah 45 tahun ke atas???
cemana nak beli umah sendiri??
sbb takde duit, takde bank nak bagi housibng loan sbb dah cecah umur maximum gituh


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-8-2012 04:39 PM | Show all posts
Cuba bygkn berada di tempat dia, asyik kena tanya soalan yg sama.....x letih ke nk mnjawab...last2 keluar la apa2 statement, janji jwb.. tp hakikatnya dia hot dan ada nilai berita yg tinggi....
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 04:49 PM | Show all posts
NAT_11 posted on 24-8-2012 09:48 AM
Dun forget MissFake, disponser dari atas ke bawah. Siap
dapat satu kedai HOD and kasut lomboktin  ...

savings juta2?????

i dun think so nat, bimboy prefer sistem barter

cikta mungkin leh menuntut dgn zahida how to get duit juta2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2012 04:55 PM | Show all posts
cmf_premierleag posted on 24-8-2012 03:33 PM
noks, bimbo2 kat sini sumenye REDHOOO kalu dpt jantan x berduit
they say u can pay your monthly b ...

org becinta ni...dah butaa....zaman becinta boleh la ko cakap sanggup susah senang..x makan pun xperr
bila ko dah kawen duk serumah tido sebantal br tahu langit tinggi rendah..kuar la segala pangai x semengah
kalu kaya raya ok la jugak...bulan2 masyuk leh p soping hilang tensen.duit ada je standby in case ape2 emergency..ini kalu habuk pun tadak ko nak mentekek aper..tmbah pulak dgn perangai nan hado..laihaletttttttttt
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 04:57 PM | Show all posts
tahla, kriteria cari husben bg iols adalah yg boleh menjaga, menyayangi iols apabila dah tua, sakit terlantar xleh bgn esok hrp2 ada org leh tolong jaga,tua bersama2, saling teman menemani hingga akhir hayat

kacak, kaya, muda, sume x penting

tp tiada apa yg pasti dlm dunia ni

x sume org sama
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 04:57 PM | Show all posts
Kawan lelaki cina aku ckp pompuan melayu lelaki takde kereta n motor pun sanggup terima. Pompuan cina takkan nak..tapi aku ckp, pompuan cina so smart. Mereka lebey pikir masa depan sendiri n lelaki tak tinggalkan dorang sewenang2nya..chinese tu terus diam..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 04:59 PM | Show all posts
aku mmg suka statemen cek ta ni...jujur, realistik, confident...
dia kan cantik...utk jaga kecantikan bkn guna air liur jah....dia kena beli that thing yg nk maintain bg dia cantik..kena beli stuff yg bg dia always nampak hot..so xkan la nk carik lelaki cikai poket kosong jahhh....
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 05:11 PM | Show all posts
Peya posted on 24-8-2012 04:57 PM
Kawan lelaki cina aku ckp pompuan melayu lelaki takde kereta n motor pun sanggup terima. Pompuan cin ...

ye tau takpeee
sbb tu most pompuan cina tak kesah pun kalau kawen lambat (x kisah pun dgn gelaran andartu/janda wutever)
sbb depa nak kukuhkan dulu financial sendiri
pastu cari yg ada masa depan
pompuan melayu??? takut dpt gelaran andartu, sanggup jah kawen dgn jantan haprak sbb menggelupur dgr gelaran andartu
last2 kene tinggal, jd sampah sarap
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 05:20 PM | Show all posts
Pada aku kalau boleh, jangan bergantung pada lelaki untuk duit. Pergi buat duit sendiri.

Personality lelaki tu pun penting - kalau duit lelaki berjuta tapi kedekut, berkira, kaki pukul, buat apa?

Kita bukannya nak suruh perempuan pilih lelaki yang miskin, papa kedana, takde pekerjaan bagai. Tapi kalau pendapatan lelaki tu sederhana and dia mempunyai personality menarik, boleh diterima lah. Takkan nak target stock kaya raya aje, tak kira agama, personality bagai? Itu namanya mata duitan.

Yang best: lelaki berpendapatan sederhana (kalau nasib kau baik, dapat yang kaya) + perwatakan yang baik and penyayang.

Tak sangka ramai perempuan kat Cari ni materialistic jugak Nak lelaki yang kaya raya - tapi adakah korang punya income pun berjuta-juta? Takkan korang punya income sederhana ajer, tapi nak lelaki yang millionaire
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 05:24 PM | Show all posts
ada jugak kes dpt kawin org kaya, tp bila dicerai tetap merempat, tetap miskin, x semesti kawin org kaya terus dpt sedut sume kekayaan dia

tu sebab cikta nak carik yg kaya dan senang dikontrol agaknya, kalo kaya tp xnak tunduk pd dia, pun dia xnak

gud luck cikta
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 05:36 PM | Show all posts
tetiba thread ni jadi thread FD plak...TT leh la tukar thread relevankah janda bergetah mcm cikta kawen ngan lelaki kaya? haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2012 07:11 PM | Show all posts
Anak i td teman i tgk drama, soklan dia 'mommy dia ni dah tuakan?' dia merujuk pd cik ta. I said yes, dia sm baya dgn mommy, y. My son jawap, 'cantiknye dia mommy'. So korang2 jgn la jeles, ank teruna i yg blum sunat pun jatuh cinta dgn cik ta, hokey, so kalau dia demand, adelah sgt logic.

Cik ta, cari org yg blh sara u top to toe ye, use ur kelebihan, utk lelak2 miskin di luar sn, stop dreaming!
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 08:19 PM | Show all posts
org lawa cam dia leh lah ckp camtu..kalau yg muka nan hado pun demand.........................
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 08:19 PM | Show all posts
dengar cite cik ta ada kereta baru... boleh sesapa tolong confirm kan?
mesti beli dgn duit jadi duta safi rania.....6 angka kan bayaran dia dapat.
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2012 08:28 PM | Show all posts
Semarak api cinta

Oleh TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN
Gambar AZLIZA HAILANI



TIDAK semudah membalikkan telapak tangan untuk menggandingkan kedua nama ini sekaligus dalam satu sesi fotografi.
Masing-masing mengelak, mencipta pelbagai alasan untuk melarikan diri daripada 'dijodohkan' di depan kamera.
Tetapi kali ini, maaflah, mereka tidak mampu lagi untuk mengelakkan diri.

Hadir berdua, menaiki Toyota Hilux putih milik Zain (tentulah dia yang menjemput Rozita, bukan?) dengan pakaian sedondon hijau ke rumah Kebajikan Asnaf & Anak-Anak Yatim Al-Faez di Gombak baru-baru ini, peluang tidak dibiarkan berlalu dengan mudah.

Pantas dan tangkas, kami melaksanakan kerja. Kelihatan seperti 'memaksa' tetapi akhirnya kedua-duanya memberikan kerjasama.

Dalam mesra, ada manja yang semulajadi terpapar dari wajah kedua-duanya.

"Kalau saja-saja ambil gambar berdua, memang kami akan mengelak. Rasa tak seronok sebab nanti gosip semakin menjadi-jadi, kami tak selesa," kata Rozita Che Wan, wanita idaman Malaya ini.

Meskipun kena gosip dengan banyak lelaki muda, penangan Zain nampaknya lebih menjadi.

Antara ramai 'teman lelaki' yang kononnya dikaitkan berkasih dengan aktres jelita ini, sebenarnya boleh dilihat Zain yang berada di tahap teratas.

Hubungan mereka jauh lebih rapat, selalu keluar bersama dan Zain juga berdakap erat dengan anak-anak Che Ta, demikian gelaran oleh teman-teman rapat.

"Mereka sudah jadi macam kawan. Zain pandai ambil hati anak-anak," beritahu Rozita, satu ciri yang disukai tentang lelaki berusia 27 tahun itu.

Sejujurnya jua, kedua-duanya sangat menyenangi antara satu sama lain. Cuma barangkali sedang mengenal hati budi, menggali darjah cinta yang sebenar-benarnya pada saat masih ragu-ragu, membuatkan mereka belum bersedia untuk bercerita soal hubungan yang lebih serius.

"Ya, boleh katakan memang Zain paling rapat. Kami selesa bersama, ke mana-mana sahaja, tetapi untuk kata bercinta atau bernikah pada masa depan, terlalu awal," kata Rozita dalam tersipu-sipu malu.

Saya menerjah lagi, "Cakap betul-betullah, kenapa hendak menafikan pula? Kalian memang bercinta dan nak kahwin, kan?"

Kali ini Zain pula yang tersengih-sengih. Wajah putih melepak anak kacukan Melayu Inggeris ini kemerah-merahan lantaran diterjah soalan yang sebenarnya sering sangat ditanya, tetapi tidak dijawab dengan sempurna.

Akhirnya Zain mengaku. Begini katanya:

"Siapa yang tidak terpikat dengan dia? Semua lelaki suka kepada Rozita Che Wan, saya pun tidak boleh menafikan perasaan itu.
"Bagaimanapun buat masa sekarang, susah hendak cakap. Kami berkawan, rapat, saling memerlukan, tetapi masa akan menentukan apa yang akan berlaku pada masa depan. Masa dan keadaan akan menentukan sejauh mana ia boleh pergi."

Bagi Zain, buat masa sekarang, perkara yang lebih utama ialah berusaha mencipta masa depan yang baik. Nah, setelah itu tercapai, maka dengan mudah keputusan akan dibuat.

"Kukuhkan kewangan, kukuhkan kerjaya dan kemudian barulah ke fasa seterusnya. Kalau hendak kahwin dengan anak orang pun, kenalah jaga elok-elok, bukan boleh dibuat main-main," beritahunya.

Rozita di sebelah, tidak habis-habis mengilai kala Zain memberikan pendapat. Sesekali dia mengusik, menambahkan lagi 'kemerahan' di pipi si jejaka.

Kata Zain lagi, dia melihat tahun 2012 sebagai detik yang indah kerana telah mencapai beberapa kemajuan dalam kerjaya.
Jika dahulu dia pernah menyebut bakal berhijrah ke negara jiran, Indonesia untuk mencari rezeki, hari ini dia sudah melupakan hasrat itu.

"Memang saya ada cakap saya mahu berhijrah ke Indonesia, jika rezeki saya tiada di Malaysia. Namun akhir-akhir ini, saya tidak nafikan keadaan semakin baik.

"Saya sendiri tidak sangka, banyak tawaran lakonan yang datang dan saya berjanji, tidak akan keluar dari Malaysia.

"Saya tidak akan berpindah ke negara orang kerana dalam Malaysia sendiri, ada tempat untuk saya," katanya yang semakin popular dengan siri Oh My English di saluran Astro ini lagi.


Credits: utusan.com.my
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 10:52 PM GMT+8 , Processed in 0.085408 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list