|
Reply #139 pink_honey's post
huhu..
Asila juga yang bertakhta di hatinya...
Terimalah hakikat yang Azizi takkan berubah hati...
hikhik... |
|
|
|
|
|
|
|
cian kat nurin...
siot azizi tu.... :@ :@ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #141 lily_lyssa's post
ala lily..
mmg la bgus die setie..
tp..
not fair la..
|
|
|
|
|
|
|
|
lily... buat je si jiji ni menderita...benci aku....:@ |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi....
seswai ke Nurin ngan Azizi???
Sajer nak tanya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #146 lily_lyssa's post
sesuai.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #148 telagamadu's post
ye kot...
Ingatkan tak nak dah bg Nurin ngan Azizi....
hikhik... |
|
|
|
|
|
|
|
Bab 37
"Nurin?Betul Nurin tak nak pergi?"tanya Datin Rubiah sambil merenung menantunya yang sedang mengelamun.
"Tengoklah.Kalau Nurin nak pergi,Nurin akan drive sendiri,"kata Nurin sebelum mencium tangan mertuanya.Dia memerhatikan mertuanya menaiki kereta iparnya.Nurin mengeluh dan mengunci pintu rumah.
Dia melabuhkan punggung di atas sofa.Fikirannya menerawang jauh.Hari ni,hari perkahwinan Azizi ngan Asila...Air mata menitis dari tubir mata hitam Nurin.Tiba-tiba loceng pintu berbunyi.Eh,siapa pulak yang datang?
Nurin memusingkan tombol pintu.Seorang wanita yang berpakaian seksi terpampang di muka pintu.
"Azizi ader?"tanya wanita itu.
"Tiada.Siapa ye?"tanya Nurin pula.
"Hanna.Client dia.Boleh saya tau mana dia pergi?Ader hal penting,"kata Hanna.
"Tapi..Azizi berkahwin hari ni.Cik Hanna tak tau,ke?"
"Oh,ye.Terlupa pulak.Kat Rainassance,kan?"Sebaik sahaja Nurin mengangguk,Hanna segera memandu keretanya.
Telefon bimbit Nurin berdering."Mesej?"Nurin mencapai telefon bimbitnya yang tergeletak di atas meja kopi.
Kak Nurin...
Ni Asila.Sebenarnya,Asila nak buat Kak Nurin jadi pengapit.
Tolonglah datang.
Asila berharap sangat.
Pasal baju,Jiji kata dia dah gantung dalam almari.
Kalau Kak Nurin tak datang,perkahwinan ni tak jadi.
Nurin tersentak membaca mesej dari Asila.Dia berasa bersalah."Kalau pergi,nanti mesti menangis.Kalau tak pergi,diorang tak kahwin."Nurin menarik nafas panjang sebelum memanjat anak tangga rumahnya.Dia menuju ke almari di dalam biliknya.
"Baju ni?"Nurin mengeluarkan sepasang baju kebaya yang berenda di tepi.Nurin mengenakan kebaya itu pada bajunya.Dia memandang dirinya di hadapan cermin.Ayu.Itulah rupa Nurin ketika berpakaian sebegitu.Dia tersenyum puas dan segera menyanggul rambutnya.Dia mencapai kunci kereta dan segera memandu ke Rainassance.
"Sempat ke?Itulah.Buat kat KL sangat,"Nurin merungut sendirian di dalam kereta.
*******************************************************************************
Nurin melekapkan mukanya pada bantal.Dia menangis teresak-esak.Datin Rubiah menuju ke arah Nurin.
"Nurin,kan ummi dah tanya Nurin.Nurin kata Nurin setuju.Tengok,Nurin yang merana.Dahlah ye Nurin,"pujuk Datin Rubiah.Nurin mengesat air matanya dan merenung ibu mertuanya.
"Emm..Takpelah ummi.Nurin nak tidur.Letih,"ujar Nurin perlahan.Datin Rubiah mengangguk dan berlalu.Nurin mengeluh.Dia menuju ke arah tingkap di dalam bilik itu.
Dia berasa letih setelah pulang dari KLIA.Air matanya menitik.Hatinya luluh apabila melihat kemesraan di antara Asila dan Azizi ketika di KLIA sebentar tadi.Akhirnya mereka bertolak ke Itali untuk berbulan madu.
Ya Allah,semoga mereka bahgia.Itulah doa Nurin sebelum terlena.Mutiara jernih gugur dari mata Nurin dan membasahi cadar katilnya.
*******************************************************************************
"Jiji,bangun!Cepatlah.Lepas sembahyang,kita gi jalan-jalan,"Asila berbisik ke telinga Azizi yang sedang tidur nyenyak.Azizi mengukir senyuman dalam keadaan mata yang tertutup.Tangannya kemudian menjatuhkan Asila dan memautnya.
"Baby,kita jalan-jalan dalam bilik je,lah,ye!"guraunya.Asila ketawa kecil dan mencuit hidung Azizi,"Gatal!Miang!"Asila mengambil bantal dan memukul Azizi.Azizi berlalu ke dalam tandas.
Setelah itu,mereka melakukan sembahyang Subuh secara berjemaah.Asila melipat kain sembahyangnya dan merangkul pinggang Azizi dari belakang."Kita nak pergi mana?"
"La,tadi kata nak jalan-jalan,"balas Azizi.Senyumannya masih tidak lekang di bibir.
"Ye,lah.Tapi kita nak pergi mana dulu?I tak pernah pergi Itali lagi.Tu,lah.I suruh pergi Vanice ke,France ke.Degil!"rengek Asila manja.Azizi menarik Asila masuk ke dalam dakapannya.
"Kita jalan-jalan sampai sesat,nak?"kata Azizi pula.Asila mengerutkan dahinya,"Buang tabiat!"Azizi tergelak,"Gurau je,lah."
"Kita shopping?"Asila bersuara lagi.
"Shopping?Nope.Somethings romanthic.Light breakfast!"Azizi membawa Asila turun ke lobby hotel untuk sarapan pagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Suka Azizi ngan Asila....
Sajer nak tgk reaksi kowang,hehehe... |
|
|
|
|
|
|
|
Bab 38
Nurin mencapai telefon bimbitnya yang berdering dan,"Hello?"
"Hello,Nurin.Ni Ain.I am using my hubby's phone,"kata Ain.
"Ain?Ain mana?"Nurin cuba mengingat kenalannya yang bernama Ain.
"Huh!Dah famous,lupa pada kawan yang tolong terbitkan novel pertama dia,ye!"rajuk Ain.
"Oh,Ain.Le,patutla tengok number unknown.Apa khabar?Naper ni tiba-tiba call.Dah meroyan?"
"Sajer nak call tak boleh?Ye,la.Aku dah lama tak call kau.Last skali aku call kau,masa kau terbitkan novel 'Kaulah Debu Dalam Hidupku'.Camner?"
"Camner?Camner apa?"Nurin pelik.
"Kau dengan Jo,lah!"
Air mata Nurin mengalir."Di....Dia...Meninggal,"Nurin teresak-esak tetapi tangannya masih memegang kemas telefon bimbitnya.
Keadaan sunyi sebentar."INNALILLAHIWAINNAILAIHIRAJIUN.Meninggal?Jadi kau camner sekarang?"tanya Ain lembut.
"Entahlah.Aku dah kawin.Kawin dengan celebrity's special boyfriend.Kau percaya?"
"Eh,maksud kau ngan saper?"tanya Ain yang tertanya-tanya.
"Artis mana yang baru kawin?"
"Hemm...Asila...Azizi?Kau kawin ngan Azizi?"duga Ain.
"Macam ni...Azizi ni bercinta ngan Asila,tapi mak dia tak bagi.Mak dia suruh Azizi kawin ngan aku,dia kawin.And then,entah macam mana,dia dapat pujuk mak dia untuk kawin ngan Asila,"jelas Nurin.
"Jadi...Asila ni second wife and orang tak tau?Nasib baik aku bukan tempayan punya mulut.Kalau tak 2 kali ganda famouslah kau.Dahlah kelmarin pon jadi pengapit Asila,"kata Ain.
Nurin mengerutkan dahinya,"Kau tahu mana?"
"Kau ingat,TV3 tak nak siarkan perkahwinan Asila?Jadi,bila dia fokuskan pada Asila and Azizi,mestilah nampak pengapitnya,kau ngan seorang jejaka kacak.Saper dia pengapit sorang lagi tu?Kemain hensem lagi,"ujar Ain.
"Sudah berpunya.Kau ngan Yahya macam mana pulak?Dah ader cahayamata?"tanya Nurin.
"Kau ni bertanya,macamlah kau dah ader.Tu,lah kau.Mentang-mentang dah popular,dah tak nak call kawan kat sini.Mesti nak suruh kawan kat sini je yang call.Hemm...Aku tengahlah ni.Dalam proses,"kata Ain.
Nurin mengerutkan dahi,"Tak paham."
"I am pregnant my first son!"
"Son?A boy?"
"Yeap!That's correct!Oh,ye.Sebenarnya,ader tujuan jugak aku call ni.Sebenarnya Shukri tanya kau bila nak siap citer baru?Sebab dia kata Ai Yin sibuk citer kau ader wat citer baru,jadi Karim get readylah nak terima citer kau tu!Tapi dia tunggu punya tunggu,tak sampai-sampai!Kau teka apa jadi lepas tu?"
"Err...Dia mengamuk?"duga Nurin.
"Yeap.Kau tau,yang Shukri jadi mangsa.Karim kemain punya bengkeng ngan bengisnya,dia suruh Shukri call kau,tanya pasal citer baru.Shukri pulak manalah tau number kau.Jadi dia suruh aku.Satu lagi,meja kat pejabat dia kena tukar sebab mengamuk,"kata Ain sambil mengekeh ketawa.
"Sorrylah.Aku bukannya aper.Takder idea lagi.Cakap kat Karim yang paling lewat aku hantar citer tu pun raya ni,"ujar Nurin.
"Tak mau aku.Karang habis gugur kandungan aku ni sebab dia lempar barang,"kata Ain pula.
"Takperlah,baik aku gi perah otak jap.Buat citer.Takderlah berlanjutan marahnyer."
Nurin mengambil komputer ribanya.Dia memandang pokok-pokok yang menghijau di luar rumahnya.
"Ab!Tunggu!Ab marah ke?"tanyaku gugup.Aku mengerling isteri Abdullah.
"Naper pulak Ab nak marah?"Abdullah memandangku dengan wajahnya yang bengis.Aku menunduk.Aku terkaku sebentar.
"Iha,dahlah tu.Jom balik,"Didi menarik tanganku.Abdullah kemudian menepis tangan Didi dari memegang tanganku.
"Adek jawab!Naper Ab nak marah adek!Biar Didi tahu,"tegas Abdullah.Aku menggigit bibir,terkedu.
"Didi,sebenarnya,Ab ngan Iha dah terlanjur,"kataku berlapis.
"Tak paham,"kata Didi.Dia masih memandangku.
Aku meramas-ramas tanganku dan akhirnya mengeluarkan cincin tunangku dari jari manis."Didi,lepas dengar aper yang saya cakap ni,mesti awak nak putuskan tunang kita.Jadi nah,"aku menghulurkan cincin tunang tetapi Didi tidak mencapainya lalu aku mencapai tapak tangan Didi dan meletakkan cincin itu.Aku menyambung,"Sebenarnya,Iha mengandung anak Ab.Ab marah sebab Iha cakap kat isteri dia."
Didi merenungku kemudian mengambil tanganku,"I don't care.I'll marry you if you love me too,"dia menyarungkan cincin tunang kami ke jari manisku.
"Too?"tanyaku.
"I love you so you must love me TOO,"katanya.Air mataku menitis.Betapa terharunya aku melihat sikap Didi.Sesungguhnya aku benar-benar tidak silap mencintai orang.
Nurin mengerutkan dahinya.Jo...Air mata menitis.Didi dan Jo,banyak persamaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Adoih,apsal tak nampak neyh!!!!
Guramnyer...:@ |
|
|
|
|
|
|
|
:@ :@ :@ :@ :@ :@ :@ :@ :@ |
|
|
|
|
|
|
|
Bab 39
"Ain,nak mintak tolong boleh tak?"Nurin menelefon rakannya,Farain yang bekerja di syarikat penerbitan novel yang termasyhur,Alaf 21.
"Tolong?Tolong apa?Kalau aku boleh tolong,aku tolong,"kata Ain.
"Err.."Nurin memandang tingkap dan mengeluh,"Kau..Kan kau ngandung.Takkan kau tak nak beli barang untuk baby?"
"Apa kena mengena dengan barang baby pulak ni?Hah!!!Jangan kata kau pun ngandung!"
"Eh,ke situ pulak.Bukan,kalau kau belum beli lagi,jomlah pergi beli.Aku temankan,"kata Nurin.
"Hish,kau ni.Ingatkan mengandung,menakutkan aku,je.Hmm..Aku pun belum beli lagi.Tapi aku dah tak boleh drive.Suami aku marah."
"Takper,aku ambik kau.Umah kau kat ne?Kat Acapella lagi?"
"Kat mana lagi?Jadi...Kita nak shopping kat ne?Tunggu jap...Apa kena mengena beli barang baby ngan tolong kau?"tanya Ain.
"Err..Aku boring sebenarnya.Jadi temankan ko shopping mesti best,"balas Nurin.
"Oh,macam tu.Hemm...Lepas shopping bolehlah kau singgah rumah Liza.Dia rindu kau tu.Lagipun dia dah nak rujuk balik ngan bekas suami dia.Minggu ni minggu last dia dok kat situ,"jelas Ain panjang lebar.
"Oh,ye?Baguslah tu.Takperlah.Bersiap,okey.Aku nak ambik kau nanti,"kata Nurin sebelum meletakkan ganggang.
"Berbual ngan saper tu,Nurin?"tanya Datin Rubiah yang sedang menuruni anak tangga..
"Kawan.Kitorang nak keluar.Ummi nak ikut?"
"Takperlah.Berseronoklah.Ummi nak suruh Nurul datang sini.Boleh kitorang berbual,"kata Datin Rubiah.
Nurin mengangguk dan berkata,"Boleh tak suruh seluruh keluarga datang.Pastu tahan diorang sampai Nurin balik."
Datin Rubiah melemparkan senyuman dan mengangguk.Nurin tersenyum puas dan berlalu ke biliknya.Dia mengambil sehelai blaus berkolar berwarna hijau cair dan sepasang seluar slack putih.Nurin kemudian menyisir rambutnya.
"Ummi,Nurin nak pergi dah,"kata Nurin sebelum mencium tangan ibu mertuanya.Dia memandu keretanya ke bangunan Acapella.
*******************************************************************************
"Nak buat macam mana lagi.Diorangkan kawin tanpa rela,"Nurul mengeluh ketika berbual dengan Datin Rubiah.
"Tu,lah.Yana tak salahkan Azizi tapi salahkan Asila tu,"celah Diana pula.
Datin Rubiah mengangguk tetapi Nurul menggeleng,"Takder siapa yang salah."Nurul berpaling ke arah anak lelakinya yang sedang berbual tentang isu politik bersama Datok Abdullah.
"Nurul,kalau tak salah Asila,salah Azizi.Maafkan akak,ye.Lagipun ni semua salah akak.Akak yang buat idea suruh diaorang kawin,"keluh Datin Rubiah.
Nurul dan Diana menggeleng,"Tak.Bukan salah sesiapa pon,"kata Nurul sekali lagi.
"Nurul ngan Yana tau tak yang..."Datin Rubiah mengert=utkan dahinya seraya meninggikan alisnya.
"Yang aper?"tanya Yana.
"Yang Johari ader tulis surat.Surat untuk sesiapa sahaja yang mengahwini Nurin.Jadi,Azizilah yang menerima surat itu."
"Apa isinya?"tanya Nurul.
"Dalam surat tu,Johari suruh suami Nurin kembalikan Nurin kepada siapa yang Nurin cinta,iaitu Hazry,"kata Datin Rubiah.Matanya memandang lantai.
"Macam mana Johari tahu pasal Hazry?"Nurul benar-benar terkejut dengan jawapa Datin Rubiah.
Datin Rubiah mengerutkan dahinya dan memandang Nurul."Nurul tak tau ke yang Hazry dan Johari kawan?Kawan rapat.Amat rapat."
*******************************************************************************
"Aku nak beli baju baby dululah,"ujar Ain.
"Cik Farain,baju baby tu,awak dah beli 5 plastik tau tak!Semuanya 14 pasang!"kata Nurin pula sambil menunjukkan beg-beg plastik yang dipegangnya.
"Alah,kau ni.Kau dah tau perangai aku macam ni kalau shopping,kau ajak jugak.Sekarang ambiklah balasannya,"Ain ketawa kecil.
Nurin menggelengkan kepalanya."Bila tarikh..."
"5 haribulan 6 2007.5,6,7.Besh,kan?Tapi kemungkinan,je.Aku harap betul.Senang nak ingat nanti,"kata Ain.
Nurin mengangguk."Dalam 4 bulan lagi."
"Dah.Nah,pegang.Aku nak beli pram pulak,"kata Ain sambil berlari anak mencari 'pram'.
"Cik Shopaholic,tunggulah aku!"jerit Nurin lalu mengejar Ain sambil memegang 6 plastik.
"Hah.Ni cantik tak?Ni...Aku nak wat bila melancong..."kata Ain sambil meneliti 'pram' yang bercorakkan bola kecil dan jersi.
Nurin mengerutkan dahinya."Kau nak tiru Becky ke?Beli 'pram' untuk melancong,meronda,bershopping."
"Good idea,"balas Ain bersahaja sambil mencari 'pram' lain.Nurin terbeliak mendengar jawapan Ain dan menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Berapa banyak kau nak beli?"tanya Nurin sambil melemparkan senyuman kepada juruwang.
"Sebanyak yang boleh...Guraulah,"Ain ketawa kecil.
Nurin menggosok dadanya."Nasib baik kau bergurau.Hampir-hampir je aku cekik kau biar kau berhenti membeli-belah." |
|
|
|
|
|
|
|
Bab 40
"Mana Farah ngan Fareha?"tanya Nurin kepada Liza yang sedang menghidangkan teh kepadanya.
"Diorangkan dok kat rumah Johari.Tak lama lagi,diorang balik sini semula.Lepas jual rumah Johari,"jelas Liza.Nurin mengangguk tetapi dadanya sebak mengenangkan Johari.Dia masih belum dapat melupakan jejaka yang sentiasa membuatkan dia tersenyum.
"Jadi,Nurin apa khabar?"kata Liza lagi sebelum duduk di sebelah Nurin.
"Amboi,Nurin je,lah yang jadi perhatiannya.Yang sarat mengandung kat sini tak nak tanya khabar ke?"perli Ain yang duduk di sebelah Nurin.Liza dan nurin ketawa.
"Okeylah,Cik Boroi,"gurau Liza.
"Hei,saper boroi?"marah Ain.
"Dah?"
"Cik Shopaholic.Tuh tengok barang-barang yang dia beli.Tadi dia kata nak beli banyak pram.Nasib baik aku dapat pujuk dia supaya beli satu je,"kata Nurin sebelum menunjuk ke arah beg-beg plastik yang berada di kakinya.
"Amboi,banyaknya.Kau ni pun Ain,dah tahu nak visit aku,bukan nak belikan sekali,"rajuk Liza pula.
"Sorry...Dalam kepala aku barang-barang baby je yang ader,"kata Ain.
"Jadi Liza,bilik kau nanti kosonglah.Saper jadi tuan rumah ni nanti?"tanya Nurin sambil memandang ke sekelilingnya.
"Ibu Fazira."
Nurin mengangguk dan tersenyum.Dia mengerling jam dinding di rumah itu,sudah pukul 3.00 petang.
"Nurin,kau tau tak bila Tia nak kawin?Dia tu jumpa ngan bakal hubby sebelum aku lagi,tapi aku dulu yang akan berpunya,"kata Liza.
"Tia kata nak tangguh sebab banyak sangat pesakit sejak kebelakangan ni.Hazry pulak...Taklah banyak sangat flight,rasanyer.Biasanya nampak dia fly sebulan sekali or twice a month.Not so sure.Bukannya selalu jumpa,"ujar Nurin pula.
"Eh,aku belum lagi nampak batang hidung calonnya,"rengek Ain pula.
Nurin dan Liza berpandangan.Nurin membuka mulutnya,"Ingat tak yang kau ader kata pasal pengapit lelaki masa perkahwinan Asila?"Ain mengangguk dan Nurin menyambung,"Dialah calon suami Tia.Mereka merpati dua sejoli tau!Sama padan,sama cantik."
Liza memandang Nurin.Rasanya kalau Hazry dengan kau lagi sesuai.Detik hatinya.
"Dahlah,Nurin nak balik.Cik Farain,baik kau balik.Karang,cik abang kau mengamuk pulak kau tak balik,"tegur Nurin.
Ain ketawa kecil,"Dia tak berani nak mengamuk bila aku mengandung.Dia kata takut aku lari dengan anak sulungnya."
*******************************************************************************
"Mama!"laung Nurin sambil memaut erat leher Nurul.Nurul memegang tangan anaknya.
"Nurin,tercekik mama tau!"balas Nurul.Nurin gelak.
"Amboi nampak mama je ke?Akak yang berjanggut menunggu ni,tak nampaklah?"perli Diana.
"Sorry,"kata Nurin sebelum mendakap Diana.Dia kemudian mencium tangan Zaimi.
"Lama dah tak nampak Nurin.Masih manja lagi ke?Nurin jangan bermanja dengan suami tau!Takut suami boring sebab suami sepatutnya yang dimanjakan tau!"Nurin mengangguk-angguk mendengar nasihat ibunya.Datin Rubiah dan Datok Abdullah berpandangan.Alis Datin Rubiah bertautan,pernah ke dia bermanja dengan Jiji.Nurin,Nurin.Nak sedapkan ati orang tualah tu.
"Mama,Nurin nak tukar baju jap.Busuk ni,"katanya sebelum melangkahi anak-anak tangga.
*******************************************************************************
"Letih?"
Asila mengeluh dan merebahkan badannya ke atas katil.Dia mengangguk dan merenung Azizi yang melabuhkan punggung di sebelahnya.Azizi mencapai tangan Asila dan mengurutnya.
"I've said to you.No shopping but you are as stubborn as a rock.Shopping makes you over tired,"rungut Azizi sambil mengurut lembut tangan Asila.Asila ketawa.
"What makes you laugh?It's not funny at all since I am VERY serius,"kata Azizi lagi.
"That's why I am laughing,serius..."Asila mendengus dan menarik tangannya daripada pegangan Azizi.
"Asila yang sepatutnya urut Jiji,bukan Jiji urut Asila,tau!"katanya.
"Then.."Azizi menghulurkan tangannya untuk diurut Asila.
"I am tired,"rungut Asila.
"That's why I yang urut you.You think,I tak tau yang isteri yang sepatutnya urut suami?I know.I urut you sebab you letih.Salah ke?"
Asila mengerutkan dahinya.Dia menggeleng dan segera meletakkan kepalanya di atas pangku Azizi."I want to take a nap,"katanya sebelum terlelap.
Azizi memandang Asila.Dia tersengih.Rambut Asila yang keperangan dibelai Azizi dengan lembut.Suatu kucupan hinggap di dahi Asila.Azizi tersenyum puas.Asila milikku.Orang yang aku suka sudah menjadi milikku.Tapi...Bagaimana orang yang aku cinta?Nurin...Aku tak pasti sama ada mimpi atau realiti,kau berkata kepadaku yang kau menyintaiku.Benarkah?Jika benar,maknanya selama sepuluh tahun ini,aku tidak bertepuk sebelah tangan.Sepuluh tahun aku menanti untuk kau menerima aku....
[ Last edited by lily_lyssa at 28-9-2007 09:22 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Okey.....
Letis bangat nih....
Sambung esok.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|