CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dammerung

Tujuh Hari - Tamat

[Copy link]
 Author| Post time 10-6-2012 01:12 AM | Show all posts
Ajis memahaminya walaupun tiada sebarang kata diucapkan. Dia memasukkan kedua belah tangan ke dalam kocek seluar.

Mereka memasuki Taman Rimba, salah satu dari sembilan taman yang terdapat di zoo tersebut.

Konsep zoo terbuka membuatkan binatang-binatang bebas berkeliaran seperti habitat asal mereka. Tiada lagi gril-gril besi yang mengurung. Sungguh berbeza dengan keadaan sewaktu Nadira melawatnya semasa kecil dahulu.

Seperti berada di safari, Ajis begitu asyik sekali. Dia sudah terlupa akan Nadira. Sedar-sedar Nadira sudah hilang di sebalik kesibukan pengunjung. Dia cuba menghubungi telefon bimbit tetapi tiada jawapan.

Ajis berlari-lari di antara taman-taman, mencari Nadira tetapi zoo berkeluasan 40 hektar itu ternyata mustahil untuk diterokai walaupun tidak susah untuk mengenalpasti Nadira dari pakaiannya yang unik.

Kemudian dia terkenang akan sesuatu. Segera dia menuju ke papan peta. Matanya mencari lokasi yang dia amat pasti akan terjumpa dengan Nadira.

Dia kemudiannya pantas menuju ke Dunia Laut. Tekaannya tepat. Nadira sedang berdiri di hadapan kaca akurium gergasi. Beberapa ekor anjing laut kelihatan seronok bermain-main di dalam akurium tersebut.

“I tak pasti mana satu sea lion yang I tengok masa kecik dulu” kata Nadira tanpa perlu menoleh ke arah Ajis yang sudah berdiri di sebelahnya.

“Saye rase yang tu” Ajis menunjuk secara rawak salah seekor dari anjing-anjing laut itu.

“How do you know?”

“Saye tau laa…” kata Ajis sambil tersengih.

“How?” tanya Nadira lagi.

“Saye rase yang tu nampak macam tua sikit, so maybe dia la kot”

“Macamana you tau dia tua? Memandai je you ni”

“Misai dia lebih panjang compare dengan yang lain..”

“Ye lah tu”

Kedua mereka ketawa kecil dan kemudian senyap untuk beberapa minit. Masing-masing khusyuk melihat haiwan di dalam akurium yang seperti menari-nari.

“Nadira…” tanya Ajis memecahkan kesunyian di antara mereka.

“Yea?”

“Sorry…”

“Sorry for what?”

“Pasal tadi…”

“Oh..it’s okay..”

“Saye tak…berniat..”

“It’s okay Ajis…just forget about it”

“Saye…tak sepatutnya..”

“It’s okay Ajisss…let’s not talk about it anymore shall we?”

Tetapi Ajis mahu berbicara mengenainya. Hatinya meronta-ronta mahu tahu kenapa Nadira tidak berminat untuk meneruskan babak romantis mereka pada ketika itu.

“Ajis…”

“Yea?”

“I’m sorry…”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-6-2012 01:13 AM | Show all posts
“Sorry pasal ape?”

“Pasal tadi…I think it’s still too early for us…eventhough I have this feeling for you but…”

Kekecewaan mula membaluti jiwa Ajis. Dia berlagak tenang. Terasa lenguh rahang kerana paksaan membentuk senyuman yang tidak ikhlas.

“Takpelah…it’s okay” kata Ajis.

“Tak boleh ke kita kawan dulu?” tanya Nadira.

“Nadira…” Ajis terdiam. Dia menarik nafas. Menyusun kata-kata di dalam kepala. Dia bernekad untuk berterus-terang, tiada gunanya lagi cuba menyembunyikan benda yang sudah terang lagi bersuluh.

“Saye tak berminat nak jadi kawan awak…”

“Huh kenape?”

“Saye nak jadi lebih dari kawan…”

“…I don’t know Ajis…”

“I might be wrong tapi saye rase, saye tak bertepuk sebelah tangan”

“I…I…I sendiri tak tau…I tak sure…I tak pasti feeling ni…”

“You’re thinking too much” kata Ajis.

“Okay…Ajis, what do you say kalau sebenarnye feeling I ni sebenarnye just a rebound?”

“Rebound?”

“Remy..my ex… datang rumah I semalam”

“Okay…”

“He wants me back…”

“Do you?”

“I don’t know”

“Awak masih ade feeling kat dia?”

“It’s hard to forget your first love”

“Habis tu kenapa awak…macam ni dengan saye?”

“I like you…”

“Remy?”

“I…think I still have some feeling towards him”

“Awak tau kan yang awak hanya boleh pilih seorang”

“I tau…tapi…ahhh I confuse!”

“Saye ade solution untuk awak” kata Ajis sambil tersenyum.

Nadira menoleh ke arah Ajis yang masih terpaku melihat cermin akurium.

“Awak pergilah balek pada ex awak tu”

“Huh?...tapi you camane?”

“Saye? Nadira…awak baru kenal saye…tak sampai seminggu pun..dan macam awak cakap…me just a rebound”

“Ajis…I’m sorry…I tak berniat nak cakap camtu…actually I really don’t know”

“No..actually Nadira..you do know..it just that you’re confuse”

“But..but..”

Ajis memegang kedua belah bahu Nadira dan merenung tajam anak mata Nadira.

“Nadira…go back to him..you still love him”

“Tapi you macamana?” tanya Nadira buat kali kedua.

“I’m gonna be just fine”

Ajis melepaskan tangannya dari bahu Nadira. Perlahan-lahan dia mengundur, menjauhi Nadira.

(bersambung…esok..tak larat..ngantuk dah…)
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2012 09:08 AM | Show all posts
alaaa...diaorg x jd couple? huhu...

next!
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 09:35 AM | Show all posts
laaaa kot ye pun ngantuk xkan tido 3 ari Damm ...

smbungggg...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2012 11:39 AM | Show all posts
ermmm...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2012 03:54 PM | Show all posts
mana sambungan cerita ni??? waaaaaaaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2013 05:53 PM | Show all posts
punye lah tekun merempit dari 1st page.. tak habis lagi rupenye..
bukan 7 hari ni.. 7 keturunan jadinyee..
kamon Damm....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-6-2013 06:00 PM | Show all posts
Pintu bas terkuak secara automatik. Ajis muncul dari rongga pintu dan berdiri di atas lopak air sebaik sahaja pemandu bas kembali menutup dedaun pintu besi bas. Kasutnya separuh tenggelam di dalam air hitam. Seperti biasa dia berjalan ke arah tempat duduk di perhentian bas terletak di hadapan Fakulti Pengajian Bahasa.

Dia seperti tidak sedar bagaimana dia boleh berada di situ. Dia tidak pasti apa yang terjadi selepas dia meninggalkan Nadira di zoo tersebut. Apa yang pasti, dia merasakan seluruh jiwanya...kebas.

Dikeluarkan kotak rokok. Tinggal hanya beberapa batang. Di keluarkan satu. Pemetik api dinyalakan dan hembusan asap putih berlingkar di udara.

"Freshies..." kata kecil Ajis secara sinikal melihat pelajar-pelajar baru UAM sedang berjalan secara berkumpulan.

Azan Maghrib berkumandang, Ajis menjentik puntung rokok ke dalam air lopak. Dia bangkit dari tempat duduknya dan menuju ke arah laungan azan.

Dia tahu dia sedang patah hati, kecewa, putus cinta tetapi dia tidak tahu bagaimana hendak berhadapan dengan perasaan-perasaan yang membuatnya seperti hendak mati.

Sudah lama dia tidak melabuhkan dahinya di permukaan sejadah. Agak terasa pula dirinya sudah tergadah begini baru hendak menghadapNya.

Tetapi dia tahu Dia itu Maha Pengasih Lagi Maha Pengampun. Jika bukan Dia, siapa lagi Ajis hendak mengadu-domba.
Pintu gerbang masjid Abu Hurairah di perluaskan oleh penjaga masjid yang lengkap beruniform untuk kesenenangan muslimin dan muslimat untuk mengerjakan solat Maghrib berjemaah.

Ajis berjalan menuju ke pintu gerbang tersebut.

(bersambung)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-6-2013 06:01 PM | Show all posts
Jumaat

Bilahan kipas berputar perlahan walaupun kelajuan sudah ditetapkan di tahap maksimum. Jam tangan digital Ajis berdecit menandakan hari khamis sudah berakhir dan bermulanya hari jumaat. Ajis terbaring di atas katil sambil merenung tanpa perasaan kepada kipas di siling biliknya.

Dia rindukan Nadira.

Tersangat rindukan Nadira.

Mindanya hanya dipenuhi oleh imej-imej gadis ayu tersebut. Rambutnya, matanya, hidungnya, bibirnya, suaranya...segala-gala mengenai gadis tersebut memenuhi setiap benak pemikirannya.

Ajis merasakan dadanya dihimpap dengan satu objek yang sangat berat. Dirasakan setiap tarikan nafas memerlukan tenaga yang banyak kerana dia dapat merasakan kepenatan untuk bernafas. Perutnya berbunyi tetapi dia tidak berselera untuk menjamah walau sebutir nasi. Kotak-kotak rokok berselerakan. Dia menghabiskan hampir 50 ringgit untuk membeli rokok. Hanya racunan nikotin ke dalam paru-parunya dapat melegakan kesengsaraan yang sedang di rasakan ketika ini.

Sedutan asap rokok yang amat banyak membuatkan dadanya sedikit sakit. Namun sedikit pun tidak dikisahnya. Baginya itu lagi bagus dari menanggung kesakitan emosi yang sedang dirasakan.

Dia bangkit dan duduk di kaki katil. Kedua tangannya mengusap kepala berkali-kali. Dia bingung.

"Nadira..." nama gadis itu terpacul halus dari mulut tanpa disedari.

Tidak semena-mena air matanya gugur dan mengalir di pipinya.

Ajis panik.

Tidak sekalipun niatnya untuk menangis, malahan dia tidak pernah menangis. Tetapi kali ini dia tidak dapat menahannya lagi. Ajis membiarkan hatinya mengambil alih minda. Pada ketika ini hanya itu sahaja yang mampu dilakukan untuk melegakan hatinya yang lara.

Bahunya tersengguk.

Waktu menunjukkan pukul 1:25 pagi.

Ajis menangis semahu-mahunya.

(Berrsambung)
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2013 09:34 AM | Show all posts
akhirnya.....brsambung juga...

sian ajis....
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2013 08:51 PM | Show all posts
damm..setahun sekali aja ka sambung...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2013 04:38 PM | Show all posts
ade kesinambungan lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2013 10:35 PM | Show all posts
Rindu pd Ajis terubat...

Tp rindu lg...smbg la pnjg2 lg... + smbg Smpai hbsss
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 11:37 AM | Show all posts
Merung, sambung laa bg ending terus.. sian kat kami ternanti2 kesudahan cerita
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 01:18 PM | Show all posts
Jajabeans replied at 13-4-2016 11:37 AM
Merung, sambung laa bg ending terus.. sian kat kami ternanti2 kesudahan cerita

tunggu lagik 2 tahun
tukar tajuk Tujuh Tahun.....


ammpunnn tt...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 01:32 PM | Show all posts
awanjingga replied at 13-4-2016 01:18 PM
tunggu lagik 2 tahun
tukar tajuk Tujuh Tahun.....

hahaha.. yelaa.. citer ni dh 5 years ago. @dammerung aku dh abis khatam cite ko ni. taknak sambung ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-4-2016 01:49 PM | Show all posts
oi oi...ape ni korek-korek thread lame
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2016 01:51 PM | Show all posts
cerita ini dalam indefinite hiatus.

Kalau nak sambung cerita ni meaning that kat thread lagi satu kat MPS kena put on hold dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
tak tau pun abam merung ada bukak thread kat sini, huhu
nasib baik hampa  @mamaezah dok gebang kat bod seram. nak rempit baca la ni jugak. huhu
keep it up abam merung
wit luv, peminat setia ahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2016 09:51 PM | Show all posts
Wah best citer...santai
Teruskan sambung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 43667 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 43352 Replies : 2
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49989 Replies : 144
[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I Lie Down Looking At The Starry-Sky To
ipes2[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I
Views : 18145 Replies : 145
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38255 Replies : 23
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39129 Replies : 38
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41532 Replies : 355
Cikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohingya tidak sekolah akan bawa “social backlash" yang membebankan negara
YgBenarCikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohin
Views : 13184 Replies : 7
Bukan pisang:Cuma guna tulang ayam, artis muda Malaysia bijak hasilkan pameran seakan-akan tapak arkeologi di ibu negara
YgBenarBukan pisang:Cuma guna tulang ayam, arti
Views : 12752 Replies : 1
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 275946 Replies : 8049

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 06:59 AM GMT+8 , Processed in 0.067425 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list