|
Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there
[Copy link]
|
|
takdek peminat??? cer tengok baper ramai yg baca citer neh..
peminat2 ko mungkin pemalu orangnya..maka mereka duduk baca2 diam2 je..
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-9-2015 10:30 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
cmf_conan replied at 11-9-2015 10:23 PM
takdek peminat??? cer tengok baper ramai yg baca citer neh..
peminat2 ko mungkin pemalu o ...
Sorry tanya soalan agak bodoh disini
Kita boleh tahu ke viewer thread kita? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-9-2015 10:33 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 11-9-2015 10:34 PM
Ipo replied at 11-9-2015 10:26 PM
wah peminat ND rupanya....nak tacang banyak sila join contest kemerdekaan..dapatlah 50 ketul pen ...
Haha.. That's y la kalau perasan nama ND ada dalam ini novel..
Btw mcm tu cara nak dpt kacang.
Noted noted
Thanks again
You still otai than me..
Tc |
|
|
|
|
|
|
|
kalo nak tahu siapa viewer tu tak lah..
tapi tengok number of views.. mcm skarang ni total view 47K.. tu kira ramai la baca tu..
tak kira la sorang ulang masuk 110 kali sehari pon..
at least ada yg masuk dan baca your story..
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-9-2015 10:50 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
cmf_conan replied at 11-9-2015 10:34 PM
kalo nak tahu siapa viewer tu tak lah..
tapi tengok number of views.. mcm skarang ni total view 4 ...
Hehe..
Tu yang tanya tu..
Sbb mcm canggih saja kalau ada page to see viewer
Ingatkan I yg x update
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 14-9-2015 01:09 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
"Abi bukan nak berceramah atau menambah beban Najiha.. Cuma pernah tak Najiha terfikir kenapa kesulitan yang sama Allah turunkan pada Najiha? Ini bukan kali pertama Najiha.. Penculikan, perebutan dan semua dendam ini.. Abi perhatikan dari awal lagi. Najiha mungkin tak sedar semuanya berpunca dari Najiha sendiri.."
Ketiadaan Zulkarnain disisi Jie membolehkan Dato' Sri Izham berbicara terus dengan Jie.
"Manusia Najiha.. Tambah pula lelaki.. 9 akal 1 nafsu.. Tetap nafsu akan mengatasi akal.. Dari awal Najiha tahu Rayyan dan Hafiz bersaudara.. Kenapa tetap Rayyan juga yang Najiha pilih? Bukankah tindakan Najiha akan mengundang ketidakpuasan hati Hafiz? Najiha masih tak belajar dari kesilapan bila mengahwini Zack pula.. Abi tak boleh komen apa apa sebab mungkin dah jodoh Najiha.. Tapi sekali lagi akan ada ketidakpuasan hati di pihak Rayyan pula.. Bila nafsu menjadi tuan inilah jawabnya.. Berlakulah perebutan untuk memiliki.. Atau Najiha sendiri memang suka direbut seperti barangan ?"
Pertanyaan Abi membuat Jie kelu untuk menjawab. Diam membisu.
"Abi tahu Najiha sendiri rimas dengan semua ini..." Dato' Sri Izham tahu Jie sedang berkecamuk. Enggan menambah beban Jie untuk menjawab pertanyaannya. Cukup sekadar Jie sudi mendengar.
" Lumrah Najiha.. Bila kita menang dalam pertandingan kita akan rasa bangga dan gembira. Tapi macam mana pula dengan pihak yang kalah? Pasti kecewa.. Samalah dalam kes Najiha.. Hafiz rasa dirinya kalah.. Sebab tu Hafiz sanggup lakukan apa saja.. Termasuklah membunuh dan menculik.. Tak semua manusia boleh berdepan kekecewaan.."
Ada banyak lagi ingin Abi perkatakan. Menghela nafas seketika.
"Abi.. Adakah bila kita kecewa itu adalah tiket untuk kita berbuat sesuka hati? Jie bukan nak bangkang pendapat Abi.. Tapi Jie rasa Abi menyalahkan Jie atas semua ini !"
Jie sakit hati. Kata kata Abi sedikit sebanyak membuat diri bertanggungjawab diatas segala musibah ini. Tanyalah sesiapapun. Jie yakin tidak ada seorangpun yang gemar diri diculik bukan sekali malah berkali kali ! Direbut seperti barang perhiasan dan nyawa Jie sendiri sering jadi galang ganti.
Mujur sehingga kini Jie masih ditakdirkan hidup. Bagaimana pula kalau Jie mati tadi? Adakah Abi tetap mengatakan Jie yang salah ? Bukankah lelaki yang memburu dirinya sepatutnya digelar pesalah?
Nonsense ! Jie memprotes dalam hati.
"Abi tak salahkan Najiha.. Jangan salah faham ! Abi cuma..."
Kemunculan semula Zulkarnain mematikan kata kata Abi. Dato' Sri Izham bangkit berdiri.
"Abi pergi dulu.. Ada masa kita berborak lagi.." Abi terus meminta diri untuk berlalu.
"Kenapa muka you macam stress je, Jiha?"
Zulkarnain perasan kelainan riak wajah Jie sebaik saja Abi berlalu.
Jie hanya membisu seribu bahasa. Enggan mempedulikan Zulkarnain. Hanyut dibuai fikiran. |
|
|
|
|
|
|
|
hakak lady kan penulis berbakat kat sini..plus terkenal plus veteren..
so banyak ler pengalaman dan ilmu dalam dunia penulisan..
sebab tu...ipo mention nama hakak lady merujuk as one of the sifu ..not me....
citer oh haram tu..ipo pun ada tgk..nampak mcm keterlaluan ustaz aqasha tu..tapi mcm lady ckp la..sebenarnya semua tu benar belaka..orang kata walaupun pahit..
watak penjahat, watak ustaz..semua ada pengajarannya..
>>err...betul kan, citer oh haram tu..pelakon aqasha dan sharifah amani tu yg berlakon tu kan?
kalau silap..maaf...mungkin salah citer....
|
|
|
|
|
|
|
|
Hehe..
Got the point already ms @Ipo komen ri tu..
Betulla pendapat tu.
Kadang syok menulis crite, kita assume orang dapat tangkap motif kite bercerita sampai terlupa lain orang lain cara penafsirannya / penerimaannya. Thp pemikiran setiap org kan x sama.
Mcm kes Ustaz / Ustazah haprak lah walau x semua. Bile dinovelkan / difilemkan so viewers / readers akan ada bad impression towards orang alim2 nih esp orang kafir yg x tau atau bebudak kecik yg mdh terpengaruh Indirectly penulis / pengarah pun dpt dosa kering.. haha
So kena balance sebab tu la akan ada watak antagonis dengan watak apa tah I pun x ingat.. x reti sgt sastera nih
By the way pasai cite Tahajjud Cinta tu, yang Erman Manan kahwin dengan Fauziah Gaous ke Gos tu ek?
Sorry x tau sgt drama Melayu.
Kalau cite tu I rasa Erma may be nak tonjolkan realiti hidup tp sebab too eager to show reality nampak mcm memburukkan imej ustaz..
Pepun thanks for reminder kak and sudi masuk thread hingusan I.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by elia201 at 14-9-2015 07:59 PM
No hal la.. Tak amik hati pun
This is free country.. Freedom to speak.. Lain orang kan lain pendapat.. 2 way communication.. Just agree to disagree and look up 4 something in common. So chill and relaxx..
Hehe..
I gentlemen and pemalu? Kak ni wat lawak la..
By the way la ni tgh semangat waja nak mengumpul kacang nak up RP.
Haha.
|
|
|
|
|
|
|
|
Beb sambungan nye mana..... Manaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 20-9-2015 02:03 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by elia201 at 20-9-2015 10:24 PM
Lily masih setia menunggu Shahrul terjaga. Puan Sri Zainab juga enggan pulang walau puas dipujuk oleh Azim dan Juwita. Penyudahnya Azim dan Juwita terpaksa tidur dihospital. Tak sampai hati membiarkan Mama dan Papa bersendirian walau Lily ada menemani.
Tan Sri Azhari masih leka berbual dengan Tan Sri Isa. Doktor merawat sudah mengesahkan Shahrul kini berada dalam keadaan selamat. Tiada apa yang perlu dirisaukan.
Jam menunjukkan tepat pukul 5 pagi. Mata mula memberat. Lily terlelap seketika disisi katil.
"Sayang.. Sayang dekat mana?"
Sayup kedengaran Shahrul meracau. Mata masih terpejam.
Puan Sri Zainab memasang telinga. Ingin memastikan tidak salah mendengar. Yakin itu adalah suara Shahrul.
"Shah.. Lily ada dekat sini.. Cuba Shah buka mata tu.." Bingkas bangkit menampar lembut pipi anak sulungnya. Mengalirkan air mata kesyukuran.
Puan Sri Zainab beranggapan Shahrul mungkin mencari Lily. Lantas mengejutkan Lily.
"Sayang.. sayang dekat mana?" Soalan sama diulang.
Shahrul cuba membuka kelopak mata. Usaha berjaya. Melilau mencari bayang seseorang. Resah terpamer diriak wajah.
"Lily selamat, Shah ! Tu dia.." Puan Sri Zainab menunjuk ke arah Lily.
"Lily?!"
Shahrul keliru. Mencuba bangun dari katil namun tersekat oleh tiub di pergelangan tangan. Ingin mencabut terus. Mujur Azim sempat menghalang.
"Rileks bro ! You kena rest ! You rushing nak ke mana ni?"
Azim pelik dengan tingkah Shahrul. Memandang Shahrul dengan seribu satu pertanyaan.
"Najiha mana , bro? Kenapa I boleh ada dekat sini?"
Peristiwa terakhir berjaya Shahrul ingati ialah diri ditembak ketika cuba menyelamatkan Jie. Bayangan samar bermain difikiran Viana membantu Shahrul. Diri terus pengsan sesudah itu.
"I nak cari Najiha.. Najiha dalam bahaya !" Shahrul resah memikirkan keselamatan Jie.
"She's safe now !" Azim cuba menenangkan Shahrul.
"Najiha ada dengan Daddy dia.. Don't worry bro.."
Riak wajah Lily berubah serta merta. Begitu juga dengan Puan Sri Zainab. Pantas Lily berdiri mengatur langkah laju keluar. Air mata jatuh tanpa diundang.
Puan Sri Zainab dapat membaca isi hati Lily. Bangun mengejar. Enggan membiarkan Lily bersendirian menjeruk rasa.
Kegembiraan melihat Shahrul sedar pudar dek kerana nama Najiha menjadi sebutan sebaik saja mata tunangnya terbuka.
Lily menangis semahunya dalam pelukan Puan Sri Zainab. Sakit hati dengan Shahrul. Ternyata Shahrul lebih mementingkan Najiha dari tunang sendiri. Kalau tidak memikirkan nasihat Puan Sri Zainab, mungkin Lily nekad untuk memutuskan tali pertunangan mereka. Perasan kasih Shahrul seakan berubah sejak kebelakangan ini.
"Lily sedih Aunty.. Sampai hati Shah pentingkan isteri orang dari Lily.. Dia sikitpun tak tanya keadaan Lily.."
Air mata mengalir lagi. Wajah jelita Lily muram. Andai saja Shahrul dan Jie tidak pernah terperangkap berdua, pasti cinta Shahrul masih khusus buat Lily.
"Perempuan tu memang jahat.. Lily tengoklah macam mana dia pecah belahkan keluarga Mama mertuanya.. Pernah kahwin dengan sepupu Rayyan, lepas tu jadi isteri Rayyan.. Bila bercerai pula, boleh pilih bekas adik ipar sebagai suami.. Nampak sangat agenda jahat dia.. Gunakan kecantikan untuk menggoda.. Mungkin dia nak musnahkan keluarga Aunty pula.. Dulu Azim gilakan dia.. Sekarang Shahrul pula masuk perangkap.. Kalau Lily sayangkan Shahrul, Aunty minta tolong Lily selamatkanlah Shahrul.. Jangan putuskan pertunangan kalian ! Takkan Lily nak tengok Shahrul jadi mangsa perempuan tak guna tu juga? Fikir baik baik Lily.."
Puan Sri Zainab puas dapat meluahkan segala kebimbangan dihati. Tengku Safiah sendiri bercerita tentang pelakuan menantunya yang pintar memerangkap lelaki. Takut Shahrul terpesona dan jatuh cinta pada Jie.
"Lily tak tahu pula Najiha macam tu.."
Lily kembali tenang. Yakin Shahrul cuma terpedaya dengan helah Jie. Sementelah Jie memang cantik. Mudah menjerat lelaki.
"Lily takkan benarkan tunang Lily diperbodohkan.. Aunty jangan risau..Apapun terjadi Lily akan pastikan Shahrul jadi suami Lily.."
Senyuman mekar di wajah Puan Sri Zainab mendengar bicara dari bibir merah delima Lily.
|
|
|
|
|
|
|
|
tuan rumah.. ape pun between ending nyee jieha x mati as well anak anak beliau.. ape pun mcm mana tt nak garap kan jieha, zack dan anak anak mereka semua live hapily ever after laa... asik asik org innocent ajee mati dan penyangak penyamun hati busuk hidup muka di muka bumie nie.... pllsss tt.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Nicki_Meow at 21-9-2015 12:13 PM
Baru tau nama ku di Tag. Awat tak dapat notification?
Aku pun bukan Sifu, hokeh? Spesis Sifut jugak. Buktinya, benang sendiri dah lama tak bergerak-gerak (Sifut Tanggang kot, kena sumpah jadi Batu, tu pasai tak bergerak )
Takde apa nak komen sebab Lady dgn Ipo dah komen esp tang tatabahasa dan etc. Nak komen lebih-lebih pun, tatabahasa sendiri ke laut nan dalam.
Tapi sejujurnya @elia201 , saya stop baca lepas Zack dan Jie seperated. Sebab plotnya berulang-ulang sampai dah boleh agak apa akan berlaku seterusnya. Penambahan watak i.e Shahrul - walaupun membantu memanjangkan jalan cerita, tapi tidak lagi menarik perhatian. Saya cuma tunggu kata 'tamat', sebab nak tau apa akan jadi pada Jie di akhir cerita.
Maaf kalau komen saya keterlaluan. Saya komen dari mata dan sudut seorang pembaca, bukan penulis. Harap tak kecil hati. Citarasa pembaca ni memang berbeza. Saya yakin, ramai di sini yang sukakan cerita ini.
Saya pulak, bukan tak suka, cuma penat menunggu bila nak habis.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ok dear.. rasanya da nak ending kot cume x sempat taip. Busy ngan gym skung.. haha.. Sorry for the delay
|
|
|
|
|
|
|
|
Its okay kak.. hehe.. Motif I masa buka thread ini last year just for fun.
Thanks for reading and commenting. For plot yg merapu tu minx maaf lah.. hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
Errr.... tak payah mintak maap le dik. Citarasa pembaca ni berbeza.
Ada yg suka ala-ala sinetron, ada yang suka ringkas dan padat.
Apa-apapun, sila update sampai tamat.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|