CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elia201

Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there

[Copy link]
 Author| Post time 25-9-2015 03:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 25-9-2015 04:41 AM

Tan Sri Azhari terpaksa masuk campur urusan Shahrul dan Lily. Isterinya mengadu Shahrul kini mengabaikan Lily.Kelakuan Shahrul agak keterlaluan. Kasihankan Lily yang banyak memendam rasa.

Memang Tan Sri Azhari menaruh harapan tinggi pada anak sulungnya. Justeru kasih sayang lebih dicurahkan terhadap Shahrul berbanding Azim yang gemar berpeleseran membazir masa sia sia.

Malah, Shahrul lebih mendengar kata berbanding Azim. Tidak pernah membantah kehendak Tan Sri Azhari. Akur walau ketika diminta bertunang dengan Lily. Tujuan pertunangan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan persahabatan Tan Sri Azhari dan Ayah Lily. Memantapkan kerjasama perniagaan antara mereka.

Namun kini, Shahrul pula membuat kepala pusing.

Apalah nak jadi dengan anak ini.. Sempat mengomel sendirian.

"Shah dah sihat ke?"

Menyapa mesra Shahrul. Tan Sri Azhari mengambil tempat duduk disisi katil menghadap Shahrul.

Shahrul bangun dari pembaringan walau dihalang oleh Tan Sri Azhari. Membalas sapaan Papa. Tanda hormat seorang anak kepada ayah.

"It's okay..Shah boleh buat sendiri .."

Senyum seraya menolak lembut bantuan dari Tan Sri Azhari.

"Mama mana, Papa?"

Shahrul meninjau mencari kelibat Puan Sri Zainab. Sejak sedar tadi bayang Mama menghilang bersama Lily.

Azim dan Juwita pula sedang mencari Jie diatas permintaan Shahrul. Selagi tidak melihat Jie didepan mata sendiri, selagi itulah Shahrul dilanda kegelisahan.

"Mama tengah sarapan dengan Lily.."

Tan Sri Azhari menghela nafas panjang kemudiannya. Menatap wajah Shahrul. Menyusun kata kata.

"Shah anak Papa.. Darah daging Papa.. Semua yang tersirat dalam hati Shah, Papa dapat agak tanpa perlu Shah beritahu.. Shah pernah sukakan Najiha dulu, kan? Tapi sebab Azim kejarkan Najiha, Shah ketepikan perasaan itu.. Disebabkan Najiha jugalah Shah sanggup ambil jurusan syariah dekat Riyadh dulu.. Papa tahu, Shah ! Even sekarang ini pun Papa rasa Shah masih belum dapat lupakan dia sepenuhnya, kan?"

Shahrul tersentak mendengar butir bicara Papa.

Serentak itu, ingatan melayang jauh memutarkan kembali peristiwa yang sudah lama dilupakan.

Suatu malam ketika masih berada di Ohio, Azim pulang dalam keadaan mabuk. Berbicara merapu tentang kekecewaan hati terpaksa menjadi saksi perkahwinan Jie dan Ku Iz. Merana melihat wanita kesayangan jatuh ke tangan lelaki lain.

Waktu itu lagi, Shahrul sudah sedia maklum akan perkahwinan rahsia antara Jie dan Ku Iz. Bukan melalui penceritaan Jie ketika mereka terdampar dihutan. Shahrul hanya berpura tidak mengetahui untuk mendengar sendiri kesahihan dari mulut Jie. Sekaligus dapat mengetahui sedikit sebanyak tentang kisah lampau Jie.

Lantaran bengang dengan tindakan Ku Iz memerangkap Jie pada masa itu, Shahrul bertekad untuk mempelajari ilmu syariah dengan lebih mendalam supaya dapat membantu Jie 'melepaskan diri' dari belenggu perkahwinan dengan Ku Iz.

Namun, detik berlalu membuatkan Shahrul berjaya melupakan Jie. Tahu cinta pada Jie takkan mungkin berbalas.Niat belajar yang pada awalnya terpesong kian berubah. Segala pengetahuan dan kemahiran disalurkan ke arah kebaikan. Justeru, Shahrul memilih profesion seperti sekarang.

Walau Shahrul sedar dirinya tidak mempraktikkan ilmu didada. Batas agama dipandang remeh. Masih leka dibuai keseronokan dunia. Sukar menolak godaan.

Apatah lagi berdepan figura bernama Najiha. Cinta lama berputik kembali dan adakala membuat Shahrul hanyut. Teruja untuk mendekati dan memiliki Jie saat mereka ditakdirkan sesat berdua dihutan. Terlupa terus status diri.

"Baguslah kalau Papa dah tahu.. "

Shahrul enggan menafikan lagi. Sementelah Tan Sri Azhari berjaya menebak cinta terpendam Shahrul terhadap Jie.

"Sebab itu Shah takut nak kahwini Lily... Shah keliru, Papa ! Shah masih cintakan Najiha.."

Biarlah kebenaran terbongkar. Bosan bersandiwara lagi. Memohon pengertian dari Papa.

" Shah tahu tak bertapa besar dosa Shah kena tanggung sebab mencintai isteri orang? Sanggup Shah menentang hukum Allah disebabkan cinta yang sia sia? Apa kurangnya Lily? Kenapa hak orang juga Shah kejarkan? Cuba Shah cakap dengan Papa.."

Tan Sri Azhari cuma mahukan Shahrul berfikiran waras. Jie masih bersuami. Sedalam manapun cinta Shahrul pada Jie, tetap takdir sudah menuliskan jodoh mereka tiada.

Tambahan pula, tidak ada cacat cela satu pun pada Lily. Cantik rupa paras dan elok budi bahasa. Puan Sri Zainab juga senang dengan Lily. Buntu memikir kehendak Shahrul.

"Shah tahu, Papa.." Shahrul menjawab ringkas. Wajah Lily bermain dimata. Rindu dan cinta selama bertahun sirna dengan kehadiran Jie.

Kalau dulu Shahrul beriya menasihati Azim supaya melupakan Jie, kini bila tiba giliran Shahrul, sukar untuk berbuat begitu. Sememangnya mudah memberi nasihat. Inilah yang dikatakan belum terkena batang hidung sendiri.

Azim benar. Susah melupakan wanita sehebat Jie apabila sudah berdampingan. Shahrul mengeluh diluar sedarnya. Memikir kebenaran terselit dalam bicara Papa.





"Najiha !"

Berlari lari anak mengejar. Peluang keemasan untuk menemui Jie.

Satu pautan terasa dibahu. Jie menoleh. Terkejut dengan kemunculan Tengku Azhan. Bekas bapa mertuanya. Juga Papa kandung Ku Iz. Lelaki yang paling Jie benci kala ini. Merenung tajam ke arah Tengku Azhan. Kurang senang.

Tengku Azhan tidak punyai pilihan lain. Memandangkan Dato' Hanafi enggan membenarkan bertemu dengan Jie. Diri terpaksa menghendap dari tadi sebelum berjaya bersemuka dengan Jie.

"Papa Cu nak cakap perkara penting dengan Najiha.. Pasal Hafiz.."

"Jie tak nak tahu !"

Agak kasar Jie memotong percakapan Tengku Azhan. Berpaling untuk pergi sebelum tangan disentuh oleh lelaki berusia depan mata.

"Please Najiha.. Papa Cu minta tolong sekali ini saja.. Dengar cakap Papa Cu.. Percayalah Najiha perlu tahu semua ini.." Riak wajah gelisah. Memohon simpati dari Jie.

"Baiklah.. Tapi Jie tak boleh lama ni.. Takut Daddy cari nanti.." Jie sekadar beralasan menggunakan nama Dato' Hanafi.

Tengku Azhan mengangguk, tanda akur dengan kemahuan Jie. Menggamit Jie supaya menuruti langkahnya.

Sempat berbual kosong sebelum mengambil tempat duduk dikafeteria. Suasana sekeliling agak sunyi. Masih belum ramai pengunjung. Hanya beberapa orang kelihatan sedang menjamu selera. Jam baru menunjukkan pukul 7 pagi.

Jie masih belum mampu memejamkan mata walau sepicingpun. Risaukan kembar sepasang yang masih dalam pantauan. Mana lagi memikirkan nasib Zack dan Shahrul. Kata kata Abi pula kian menghantui fikiran. Berserabut.

"Najiha nampak Hafiz normal, kan? Tapi sebenarnya Hafiz bergantung pada pil ni.." Tengku Azhan meletak satu preskripsi ubat digenggaman Jie.

Jie membelek label yang tertera. Pernah terbaca tentang pil psikotik yang mampu membantu pesakit jiwa mengawal perasaan mereka.

"Hafiz menghidap bipolar .. Sebab itu pelakuannya agak pelik.. Papa Cu pun baru tahu.."

Tengku Azhan kesal kerana gagal memberi sepenuh tumpuan terhadap anak sulungnya. Rupanya Ku Iz rapuh bila berdepan tekanan. Keadaan mental agak lemah.

"Kalau betullah macam Papa Cu cakap .." Jie tunduk memikir sejenak.

"Padanlah dari dulu lagi Jie pelik.. Kejap dia layan Jie baik.. Kadang macam musuh.. Mood tak menentu.."

Jie terkenang kembali peristiwa bila mana Ku Iz tergamak menyerangnya dulu. Tragedi yang menyebabkan Zack terlantar koma lebih sebulan.

"Hafiz keliru, Najiha.. Dia sendiri tak tahu bezakan perasaan dia pada Najiha.. Sama ada sayang atau benci.. Masih cinta atau tidak.. Tapi Papa Cu yakin Hafiz tak terniat nak lakukan semua ini pada Najiha.. Papa Cu harap Najiha lupakan semua ini dan maafkan Hafiz.."

Tengku Azhan berharap sangat Jie menarik balik tuduhan terhadap Ku Iz. Tidak mahu hidup Ku Iz berakhir di tirai besi andai ditakdirkan selamat.

"Entahlah Papa Cu.. Semalam memang hari paling malang bagi Jie.."Jie mengeluh.

"Mungkin satu hari nanti Jie akan mampu melupakan semua ini dan memberi kemaafan kepada Ku Iz..Apapun, Papa Cu jangan risau ! Jie takkan perbesarkan hal ini.."



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-9-2015 03:50 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 25-9-2015 04:39 AM

Enggan menambah masalah lagi. Sedar Ku Iz akan hidup menanggung beban kesilapan yang telah dilakukan seumur hidup kerana membunuh insan tidak berdosa. Begitu juga dengan Taufik. Mungkin itu pengajaran sesuai buat mereka.

Nyawa wanita tidak dikenali menjadi galang ganti dan Hareez kini terlantar lemah . Jie sayu. Nafas sesak tak semena lantaran diasak kesedihan. Mengurut dada untuk melegakan.

"Najiha kenapa ni?!"

Tengku Azhan panik melihat wajah Jie berubah pucat. Bangun mendekati Jie.

"Chaan !!!"

Satu teriakan umpama halilintir menerpa dicuping telinga. Tengku Azhan kaget dengan kemunculan kakak sulungnya.

"Kak Long tak suka Chaan dekati dia !! Perempuan inilah punca Iz dengan Zaf terlantar !! Kenapa Chaan nak berbaik dengan orang macam ini?!"

Tengku Safiah berang melihat Tengku Azhan dan Jie berdua.

"Kak Long dah salah faham.. Najiha tak bersalah ! Hafiz yang bertanggungjawab atas semua kejadian yang berlaku.."

Walaupun melibatkan anak kandung sendiri, Tengku Azhan terpaksa akur akan kebenaran. Jie tidak seharusnya menanggung beban kesilapan orang lain.

Justeru, Tengku Azhan enggan membiarkan Tengku Safiah berprejudis terhadap Jie.

"Biarlah Papa Cu.."

Jie tidah mahu Tengku Azhan dan Tengku Safiah bercakaran gara gara dirinya. Memicit kepala yang berdenyut.

"Jie dah biasa dengan semua ini.. Dari kecil sampai sekarang.. Bukan Mama seorang.. Ramai lagi.. Semua akan salahkan Jie dan benci diri Jie.. Walau bukan salah Jie ! Biarlah.. Tak jadi kudis atau nanah pun.."

Jie bertutur tenang. Menentang pandangan sinis Mama mertuanya.

"Cuma kadang Jie rasa Mama memang tak pernah ikhlas terima Jie sebagai menantu.. Tak kisah lah sama ada Jie masih isteri Ray atau sekarang Jie dah jadi isteri Zack.. Mungkin Jie yang tak pandai ambil hati Mama macam Zeeta dan Safihah.. Tak kisahlah ! Apapun, Jie tetap sayangkan Mama.. Jaga Zack untuk Jie.. Sampaikan salam rindu Jie pada Danny dan Daryl.."

Sakit dada dan kepala kian reda. Jie bingkas berdiri.

"Jie pergi dulu Papa Cu ! Jie tetap doakan yang terbaik buat Ku Iz.."

Malas membazir masa lagi. Jie ingin pergi mendapatkan kembar sepasang miliknya. Belum terfikir untuk memberi nama sesuai. Pasti Zack teruja untuk menamakan anak anak mereka jika masih sihat. Hati kembali sayu mengenang suami yang masih tidak sedarkan diri. Langkah lemah longlai.

Tengku Safiah terpukul dengan kata kata terluah dibibir Jie. Ingin menghalang langkah menantunya namun ego dalam diri membuatkan lidah kelu untuk bersuara. Memandang Jie dengan pandangan berkaca.

Mama pun sayang Najiha !

Malangnya, ucapan itu hanya bergema dalam hati. Tengku Safiah sebak. Titis jernih membasahi pipi.




"La you dekat sini ke..."

Azim menarik nafas lega berjaya menemui Jie disini. Puas mencari dari tadi bersama Juwita. Rupanya Jie sedang duduk bersendirian di taman. Menyaksikan gelagat pelawat dan petugas hospital mundar mandir.

"Kenapa ? You cari I ke?"

Jie membetulkan duduknya. Badan terasa lenguh. Selesai melawat kembar di wad tadi. Jie sengaja mengambil udara segar disini.

"Bukan I.. Shah !" Azim menyanggah sangkaan Jie.

"Shah risaukan you.. Sedar dari pengsan dia cari you.. Selagi tak nampak you depan mata, dia tak habis habis tanya I pasal you.. You lawat lah dia sekejap.."

"Nantilah I jumpa Shah.. I nak lepak sini dulu.." Jie sengaja memberi alasan.

Sebetulnya Jie enggan bersua muka dengan Puan Sri Zainab dan Tan Sri Azhari. Bimbang niat baik Jie disalah anggap jika Jie ketahuan melawat Shahrul.

"I tahu apa you fikir.. Jangan risaukan Papa dan Mama I.. Please Najiha ! I kesiankan Shah.."

Azim sedar pasti Jie tidak selesa berhadapan dengan Mama dan Papa memandangkan teruk Jie dihentam gara gara gambar mesra Jie dan Shahrul. Mengenali Jie sekian lama membuatkan Azim berjaya membaca fikiran Jie. Barangkali Jie takut dengan penerimaan Papa dan Mama.

"You jangan risau.. I dan Azim kan ada.. "

Giliran Juwita pula cuba meyakinkan Jie.

Entah kenapa Juwita dapat rasakan Shahrul memiliki perasaan istimewa terhadap Jie. Mungkin status antara mereka jadi penghalang. Tebaknya.

"Kirim salam I pada Shah.. Nanti I datang melawat dia.." Jie memberi janji.

Sekurang kurangnya Jie tahu Shahrul selamat. Syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi. Lelaki itu terlalu baik dan banyak berkorban demi dirinya. Jie terhutang budi pada Shahrul.






Terlanjur berjanji dengan Azim dan Juwita, Jie terpaksa menyamar sebagai jururawat bertugas semata mata untuk melawat Shahrul. Sudah pasti hasil bantuan Zulkarnain juga. Memakai mask menutupi sebahagian wajah. Jie melangkah masuk ke wad Shahrul dirawat lalu meletakkan makanan di atas meja berhadapan katil penuh sopan. Sempat mencuri dengar perbualan Shahrul dan Tan Sri Azhari. Kedua mereka masih tidak menyedari kewujudan Jie. Butir perbincangan dua beranak itu menarik perhatian Jie memandangkan namanya kerap menjadi sebutan.
Deringan telefon bimbit Tan Sri Azhari mematikan perbualan mereka. Tan Sri Azhari keluar menjawab sebentar. Memberi ruang untuk Jie mendekati Shahrul.

"Encik Shahrul macam mana hari ini? Dah sihat?"

Jie memunculkan diri depan Shahrul sambil bertanya soalan persis seorang jururawat kepada pesakit. Topeng muka masih dipakai. Ingin menguji tahap kepekaan Shahrul.

"Kalau dapat nurse secantik youlah jaga I, I sanggup sakit hari hari .."

Shahrul senyum senang. Dari tadi sudah mengecam itu adalah Jie.

"Syukur you selamat.."

Kini Shahrul boleh menarik nafas lega melihat Jie berada depan mata.

Jie menanggalkan 'mask' diwajah. Membalas senyuman Shahrul.

"You makanlah dulu.. I tak boleh lama.. Nanti Mama dan Papa you nampak I dengan you apa pula mereka cakap.." Jie berbisik pelahan ditelinga Shahrul sebelum bangkit untuk pergi.

Shahrul angguk. Agak keberatan melepaskan Jie berlalu.

"Macam mana dengan Zack? Anak anak you?" Mencapai jari jemari Jie untuk menghalang dari pergi. Shahrul sekadar ingin tahu.

Belum sempat Jie menepis tangan Shahrul, satu suara menerpa dipendengaran.

"Shah, Mama ada...."

Bicara terhenti. Puan Sri Zainab terkedu melihat jururawat disisi katil Shahrul. Tambah berang melihat Shahrul menggenggam erat tangan wanita disebelah.

"Kamu ni buat kerja ke nak menggoda lelaki?! Memalukan !!"

Makian terhambur ke arah Jie. Nafas turun naik menahan amarah. Merenung tajam Shahrul dan Jie silih berganti.

"Mama kenapa ini? Dia cuma jalankan tugas.."   

Shahrul terpaksa bersuara membela. Melepaskan pegangan terhadap Jie. Sedar salahnya kerana bertindak begitu tadi.

"Saya pergi dulu.."

Bimbang identiti diketahui Jie terus melangkah pergi tanpa mempedulikan Puan Sri Zainab.

"Wait !  Buka topeng tu ! Nama kamu siapa? Aunty nak buat aduan pasal kamu.."

Puan Sri Zainab yakin naluri seorang ibu tepat sekali. Mustahil Shahrul sanggup bersuara membela jika wanita ini hanya seorang jururawat biasa. Ada kemungkinan Najiha menyamar diri.

"Terpulanglah.."

Jie endah tak endah. Terus berlalu pergi meninggalkan anak beranak itu.

Biadap ! Puan Sri Zainab bengang. Menghempas punggung di atas sofa berdekatan Shahrul.

"Mama tahu itu Najiha ! Menyamar jadi nurse konon ..."

Puan Sri Zainab merenung geram anak sulungnya. Mahukan kepastian.

"Kalau betul pun Najiha kenapa Mama?! Salah ke dia melawat Shah?!"

Shahrul semak dengan tingkah Mama. Sekurang kurangnya Papa lebih memahami walau agak keras berbanding Mama yang emosi.

Puan Sri Zainab makin naik angin.

"Shah dah gila ke?! Shah tu tunang Lily.. Kalau Lily yang nampak tadi macam mana?! Lagi satu Shah.. Najiha tu dah banyak kali kahwin ! Mama tak nak anak Mama ambil sisa orang.. Shah patut dapat lebih baik dari dia.."

Memang Puan Sri Zainab mahukan Shahrul mendapat yang terbaik dalam hidup. Pada pandangan mata Puan Sri Zainab, hanya Lily sesuai menjadi isteri Shahrul.

"Shah tak suka Mama cakap Najiha macam itu ! Dia bukan barang !"

Shahrul pula hilang sabar dengan kerenah Mama. Sakit hati mendengar harga diri Jie direndahkan sebegitu rupa.




"Biarlah rahsia itu terkubur sekali dengan Hareez andai dia ditakdirkan mati, Idris.. Bonda tak nak Maz dengan Hanafi terkejut.. Banyak benda dah jadi sekarang... Kesian mereka..Biarlah.. Bonda halalkan semua bagi pihak Maz.."

Tengku Azizah tidak mahu anak serta menantunya bimbang lagi. Cukuplah dengan segala bencana menimpa.

"Tapi mereka perlu tahu Bonda.. Hareez tu..." Bicara Tengku Idris terhenti melihat kelibat Jie berjalan masuk ke arah katil tempat Hareez dirawat.

"Nenda.. Nur rasa down sangat.. Boleh tak Nenda peluk Nur?"

Jie merapati Tengku Azizah. Tangisan sudah kering dipipi. Hanya kepingin sokongan dan belaian manja saat ini.

Tengku Azizah terus menunaikan hasrat cucu kesayangan. Memeluk mesra tubuh Jie. Memberi ucapan semangat.

"Kita bincang lain kali saja bonda.. Idris pergi dulu..."

Memandangkan Jie ada bersama mereka, Tengku Idris terpaksa mematikan segala perbualan. Melangkah keluar membawa seribu satu rasa dalam jiwa.

"Nur sayang, kenapa ni? Cuba bagitahu Nenda jangan diam macam ini.."

Mengenali cucu bongsunya, Tengku Azizah tahu Jie sedang berperang dengan perasaan. Riak wajah sukar ditebak. Tampak biasa namun sinaran mata jelas menunjukkan Jie dilanda kemurungan. Diam membisu.

"Nenda.. Pernah tak Nenda rasa benci dengan Nur?" Jie menyoal bersahaja.

Tengku Azizah tersentak dengan soalan yang tak diduga. Mengeratkan pelukan antara mereka berdua.

"Kenapa Nur tanya macam tu?! Nenda tetap sayangkan Nur.. Buruk baik Nur, Nur masih cucu kesayangan Nenda.." Air mata mengalir dipipi tuanya. Sayu melihat Jie.

"Terima kasih Nenda !" Jie senyum. Tawar.

"Nur sendiri bencikan diri Nur.. Nur jumpa Nenda ni cuma nak ucapkan selamat tinggal.. Sampaikan pesan pada anak anak Nur.. Nur sayangkan Danny dan Daryl.. Ampunkan Nur, Nenda... Nur sayangkan Mommy and Daddy.. Vee.. Zack..Zul.."

Pandangan Jie kabur. Sekabur masa silam yang kian menghantui. Andai saja mati itu satu pilihan..

Sebotol pil tercampak dari genggaman Jie. Mata kian tertutup. Layu tidak bermaya.

"Nur buat apa ni?! Jangan takutkan Nenda !! Nur !!" Tengku Azizah meraung sekuat hati sambil memangku tubuh Jie.

"Ya Allah.. Kenapa ni Nur?! Kenapa ?!"

Jeritan Tengku Azizah menarik perhatian Ashraff yang baru lepas meneliti keadaan Zack dikamar hujung. Terpaku melihat keributan depan mata.

"Najiha.."

Hanya itu saja terluah dibibir Ashraff. Tergamam seketika melihat label botol kaca disisi Jie.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2015 04:25 AM | Show all posts
Dari Allah kita datang , dan kepada Allah jualah kita akan kembali ! Sukar untuk Tengku Safiah menahan gelojak dalam hati.  Bacaan yassin berselang tangis kedengaran. Sekujur tubuh kaku berselimutkan kain putih terbaring depan mata. Pilu mengenang nasib darah daging sendiri.

"Mama sabarlah.. Pasti ada hikmah disebalik semua ini.."

Khalid memeluk tubuh Mama. Sedih mengenang dugaan dahsyat menimpa mereka sekeluarga.

"Doktor nakkan persetujuan waris sama ada untuk lakukan CPR atau tidak..  Apa pendapat Mama?" Memandangkan Tengku Azhan dan Papa tiada bersama Khalid inginkan pendapat Tengku Safiah.

"Biarlah dia pergi dengan aman, Karl.. Mama redha.."

Tengku Safiah menyeka air mata di pipi.

" Doktor nak berbincang dengan isteri ...."

Bicara Khalid terganggu dengan esak tangis Viana.  Berpaling ke arah isterinya.

"Dear, you kenapa ni?"

Khalid mengusap lembut bahu Viana. Ingin memujuk.

"Jie..."

Hanya itu saja kata kata mampu terluah dibibir. Viana mendakap erat tubuh Khalid. Menangis semahunya.

"Kenapa dengan Najiha, Viana?"

Tengku Safiah berdebar. Tidak sedap hati sejak melihat menantunya berlalu pergi dikafeteria tadi.

Tiada jawapan keluar dari bibir Viana. Hanya sedu sedan kedengaran.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2015 09:54 AM | Show all posts
menanti n3...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2015 11:36 AM | Show all posts
salam TT..cete nih mmg ulang2 ke?cme tmbh watak??kemoonn TT..cete nih mmg best..tp asek ulang tayang bnda yg sama je..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2015 12:12 PM | Show all posts
tashusyah replied at 28-9-2015 11:36 AM
salam TT..cete nih mmg ulang2 ke?cme tmbh watak??kemoonn TT..cete nih mmg best..tp asek ulang tayang ...

ulang tayang tang mana ek
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-9-2015 12:57 PM | Show all posts
elia201 replied at 28-9-2015 12:12 PM
ulang tayang tang mana ek

jadi rebutan -> kawin -> bahagia -> konflik -> jadi rebutan blk -> kawin -> bahagia -> konflik -> jadi rebutan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2015 01:07 PM | Show all posts
Oic.. tang tu mmg diakui.. haha..

Sorry for the inconvenient caused
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2015 06:48 PM | Show all posts
berapa bab lagi ni? Jie nanti ngan siapa? penat menunggu ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2015 07:23 PM | Show all posts
yipun_78 replied at 28-9-2015 06:48 PM
berapa bab lagi ni? Jie nanti ngan siapa? penat menunggu ni

Haha.. tinggal final draft.  Tinggal edit and paste sini.  Btw thanks for following kindda ridiculuous story narrated by me..  hopefully i can get it done ASAP.. And this time for real..  
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2015 07:39 AM | Show all posts
sampai mcm tu sekali tekanan yg dihadapi jie... kerana nak tgk org lain bahagia dia nak tamatkan riwayat hidup sendiri...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2015 06:04 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 30-9-2015 09:27 AM

Jie membuka mata melihat Nenda meratap disisi. Terkejut. Meliar pandang ke arah sekeliling. Masih berada di atas lantai wad tempat Hareez ditempatkan. Terbaring. Memaksa diri untuk bangun. Jari jemari runcing menyentuh pipi Nenda.

"Kenapa Nenda menangis?"

Jie buntu. Merenung Tengku Azizah.

Ashraff yang tadinya panik mula mengukir senyuman.

"Nenda you ingat you makan pil anti depression ni sampai habis.. Sebab you pengsan kejap tadi.."

Asraff menarik nafas lega.  Bersyukur Jie tidak berfikiran singkat.

Andaian pertama terdetik dalam fikiran Ashraff tatkala melihat botol disisi Jie yang pengsan adalah cubaan membunuh diri.

Tambah pula apabila mendengar jeritan kuat Tengku Azizah.

"La ye ke..."

Jie gelak kemudiannya.

"Preskripsi ini bukan Nur punya.."

Mengerti salah faham yang melanda. Jie mencapai botol pil yang diberi oleh Tengku Azhan tadi. Lalu memeluk erat tubuh Nenda.

"Nur minta maaf Nenda.. Nur melalut bukan bukan tadi.. Nenda jangan risau ok.."

Memujuk nenek yang keresahan. Jie sedar diri terlalu mengikutkan hati yang kecewa. Kata kata makian dan cacian dari Puan Sri Zainab membuat Jie pilu. Otak runsing.

Mempertikaikan sejarah lalu Jie. Bukan kehendak Jie berkahwin lalu dijatuhkan talak. Spontan wajah Ku Iz dan Rayyan bermain diminda. Kedua lelaki yang pernah bergelar suami.

Sungguh Jie tidak pernah terlintas untuk mendabik dada tatkala diri menjadi rebutan lelaki yang menagih cintanya. Jie dambakan ketenangan abadi. Jauh dari sebarang kekacauan. Bahagia disisi suami dan anak anak seperti mana insan lain.

Bosan meladeni konflik dan ceritera dendam berulang tayang, Jie menyimpan satu azam.

Mungkin penghijrahan adalah penawar terbaik untuk semua ini.

Barangkali Abi benar. Jie adalah penyebab segala perebutan dan permusuhan ini.

Kalaulah masa boleh diputar semula..

But damage done.. Hati berbisik mengenang silap pertimbangan dulu. Perlu fikirkan cara untuk mengawal keadaan. Dalam erti kata lain melakukan 'damage control'.

Satu keluhan dilepaskan. Sukar mencari penyelesaian terbaik.

Tak semena Jie didatangi oleh Viana dan Tengku Safiah. Terpancar riak cemas diwajah mereka.

"Vee dengar Nenda menjerit tadi sebut nama Jie.. Vee ingatkan Jie kenapa.."

Viana mengurut dada lega. Mengesat air mata dipipi. Mudah paranoid bila memikirkan Jie. Memeluk erat tubuh adiknya. Bimbang bala menimpa lagi.

"Mama minta maaf, Najiha.. Mama banyak berprasangka buruk pada Najiha.. Papa Cu dah ceritakan semua pada Mama.."

Tengku Safiah tunduk mendekati Jie. Malu memikir pelakuan Ku Iz. Memeluk Jie dan Viana serentak. Kedua menantu yang sering diabaikan.

Meski tergamam dengan permohonan maaf Tengku Safiah yang tidak diduga namun Jie menerima dengan hati terbuka. Membalas pelukan mesra Mama mertuanya. Bibir tersenyum senang.

"Jie yang salah Mama ! Maafkan Jie !  Jie memang bukan menantu yang baik.."

Sedar kesilapan diri. Jie mengucup tangan Tengku Safiah. Air mata mengalir dipipi. Berharap Tengku Safiah sudi melupakan segala kesilapan lampau.





Teruja mendapat perkhabaran Zack sudah sedarkan diri dari jururawat bertugas. Lantas, melupakan seketika momen sedih yang melanda, Jie bangun sambil berjalan beriringan dengan Tengku Safiah untuk pergi menjenguk Zack. Hati gembira bukan kepalang. Mengucap kesyukuran tak terhingga pada Ilahi. Langkah dihayun laju meninggalkan Nenda dan Viana. Jie tidak sabar menemui suami tercinta.

Sebaik saja kaki melangkah masuk ke kamar Zack ditempatkan, Jie terpaku melihat gelagat Khalid.

"Zack.. Takkan you tak kenal I? I abang you lah !"

Khalid sedaya upaya cuba membuat Zack mengingati dirinya. Tetap juga Zack bereaksi negatif. Menjauhkan diri dari Khalid.

"Arghh.."

Zack berteriak lalu menekan kepala yang berdenyut. Sakit tatkala cuba mengecam wajah didepan mata.

"Bie.. Are you ok?"

Jie mencuba nasib mendekati Zack. Menyentuh tangan suaminya.

Namun, Zack bertindak menepis.

"Siapa you?! I tak kenal you !"

Keliru tatkala memandang wajah Jie. Zack penasaran.

"I isteri you.. Kita dah ada anak.. Danny Daryl kembar pertama kita.. Anak kedua kita kembar sepasang.. Takkan you tak ingat, Bie?"

Jie masih tidak berputus asa. Cuba mengembalikan ingatan Zack.

"Ingat tak kita selalu dating dekat Mirror Lake masa study dulu? First time you jumpa I, you panggil I pretty girl?"

Mata bercahaya mengharap Zack bisa mengingati detik indah mereka.

Malangnya, Zack hanya menggelengkan kepala.

Jie hampa. Tengku Safiah mengusap lembut bahu Jie. Mengharapkan Jie bersabar menempuh dugaan melanda kali ini.



Kata kata Ashraff tidak melemahkan semangat Jie. Kesimpulan awal Ashraff adalah Zack berkemungkinan besar takkan berupaya mengingati kisah silam buat selamanya.

Mau menyalahkan takdir, Jie masih waras. Hanya berharap Zack akan pulih seperti sedia kala dan mengingati kenangan cinta mereka dulu.

"Bie.. You nak makan tak? I suapkan untuk you.. "

Wajah Jie yang tadinya muram berubah senyum sambil menyapa mesra Zack. Sempat menyalin pakaian dan berdandan ringkas. Jie mahu kelihatan sempurna dimata Zack.

"Siapa you ? Kenapa you baik sangat dengan I ni?"

Zack masih lagi keliru. Bangun dari pembaringan. Menjarakkan diri dari Jie.

" I Najiha.. Isteri you.. Tak apalah kalau you tak ingat I.. Nanti you dah sihat, kita balik rumah, I tunjukkan you album dan video perkahwinan kita.. Boleh you jumpa anak anak kita sekali.."

Meski dilayan dingin, Jie tetap bersahaja mengambil tempat bersebelahan Zack. Menyua sudu berisi bubur ke bibir suaminya.

"Makanlah.."

Jie mencuba memujuk lagi.

"I tak lapar.. Please, jangan paksa I !"

Zack menolak tangan Jie menyebabkan sudu yang dipegang turut sama tercampak. Bosan diasak dari tadi. Ada sepasang suami isteri mengaku sebagai Mama dan Papa Zack. Manakala wanita cantik ini pula mengaku diri adalah isterinya. Zack pening kepala. Tiada satu ingatan pun tercerna mengenai insan yang pernah wujud dalam hidupnya.  Setahu Zack, dia membesar yatim piatu. Tidak berayah maupun beribu. Apatah lagi memiliki isteri dan anak. Tetapi kenapa pula kini ada ramai mengaku keluarga ? Sukar untuk mencari jawapan sebenar. Otak buntu.

"Tak apalah kalau you tak nak makan.. I letak sini dulu."

Jie masih bermanis muka. Lembut saja berbicara. Meletakkan semula bubur digenggaman. Berpaling terus keluar membawa hati lara.

Mata yang bergenang dari tadi mengaburi pandangan Jie. Seorang wanita muda mendekati dirinya.

"Najiha?!"

Kedengaran namanya diseru, Jie mengalih wajah mencari arah suara. Berjaya menangkap bayangan insan yang sudah lama tidak ditemui.

"Lina.."

Jie mendakap erat tubuh sahabat lamanya. Menangis semahu mahunya. Puas memendam rasa dari tadi.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2015 06:27 PM | Show all posts
Air mata masih membasahi pipi gebu Viana. Pilu mengimbas kembali kenangan bersama dulu. Detik membesar bersama. Saat indah yang takkan mungkin berulang kembali.

"Sabarlah Ana.. Pasti ada hikmah disebalik semua ini.."

Tengku Azizah cuba menenangkan Viana. Maznah dan Dato' Hanafi masih sukar menelan kenyataan.

Malah, Maznah dan Dato' Hanafi kini hanya mendiamkan diri. Enggan makan atau minum. Pasangan suami isteri itu lebih gemar menyendiri.

"Dia darah daging Ana, Nenda ! Kami berkongsi rahim yang sama ! Ana kesal sebab tak layan dia dengan baik masa kami kecil dulu.."

Benarlah dikala hampir kehilangan, barulah kita menghargai insan yang pernah wujud dalam kehidupan.

Rupanya, Hareez adalah saudara kembar Viana. Mereka dipisahkan lantaran Tengku Idris terdesak memerlukan seorang pewaris. Tiada siapa tahu tentang kelahiran Hareez. Termasuklah Mommy dan Daddy sendiri.


Tengku Idris terpaksa memalsukan identiti Hareez memandangkan syarat ayahandanya yang hanya akan mewariskan harta kepada dirinya jika beroleh zuriat lelaki.

Selama hampir enam tahun berkahwin, Tengku Idris masih gagal mendapatkan anak lelaki. Anak sulungnya berjantina perempuan. Begitu juga dengan anak keduanya. Kelahiran Viana dan Hareez pula tepat pada masa arwah isteri Tengku Idris melahirkan zuriat ketiga mereka.

Malangnya, isteri dan anak ketiga Tengku Idris meninggal sewaktu melahirkan. Membuatkan Tengku Idris berada dalam keadaan terdesak. Tanpa berfikir panjang mengambil Hareez untuk dijadikan ganti. Satu pakatan untuk mendapatkan harta warisan.

Lantaran isterinya sudah meninggal dunia, Tengku Idris meminta Maznah menjadi 'ibu susuan' Hareez. Ini adalah untuk memastikan hubungan Hareez dan anak anak Maznah yang lain terpelihara atas batas saudara susuan.

Bertujuan supaya Tengku Azizah memantau hubungan akrab Hareez dan cucu cucunya.

Jadi, rahsia terpendam Hareez adalah saudara kembar Viana dan abang kandung kepada Jie takkan terbongkar. Bertapa telitinya Tengku Idris membuat rencana tika itu.

Perancangan manusia memang lemah.

Siapa sangka Hareez jatuh cinta dan obses pada adik kandungnya sendiri. Meski dihalang oleh Tengku Idris dan Tengku Azizah sendiri kerana mereka merupakan saudara susuan namun hingga kini Hareez tetap memuja Jie.

Mungkin cinta yang pernah terbit antara Hareez dan Jie suatu masa dulu adalah kerana pertalian darah antara mereka.

Mujur dipengakhiran, Jie melupakan Hareez dan memilih lelaki lain sebagai suami membuat Tengku Idris menarik nafas lega. Rahsia silam tersimpul rapi.

Namun memandangkan nyawa Hareez kini dihujung tanduk, Tengku Idris rasa bertanggungjawab untuk menceritakan hal sebenar. Biarlah keluarga kandung Hareez mengetahui kewujudannya didunia.

Viana menatap wajah Hareez yang bila bila masa bakal dijemput menghadap Ilahi.

Tak dapat disangkal Hareez mirip Mommy dan Daddy. Memiliki rambut hitam pekat dan bertubuh tegap seperti Daddy. Berkulit putih kemerahan persis Mommy. Cuma saja anak mata Hareez berwarna kehijauan. Mungkin warisan belah keluarga Tok Pa.

Viana senyum seketika. Tok Pa mereka memang kacak. Tak hairanlah Hareez juga tampan. Memuji saudara kembar sendiri.

"Hareez.. I dan adik kita akan tunggu you bangun ! Kita akan hidup dalam satu keluarga besar.."  Mengalu alukan kemunculan Hareez dalam keluarga.

Viana mencium pipi Hareez. Mengucap kata kata semangat. Berharap Hareez berjuang untuk terus hidup.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2015 06:27 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 29-9-2015 07:19 PM

Bab 70

Hari yang dinantikan oleh Tan Sri Azhari dan Puan Sri Zainab. Penyatuan dua jiwa. Majlis pernikahan Shahrul dan Lily.

Setelah tertunda selama lebih enam bulan dari tarikh sebenar memandangkan Shahrul terlantar dihospital. Banyak perkara menimpa menyebabkan perkahwinan kedua mempelai tidak berjalan seperti dirancang.

Kemeriahan menghiasi segenap ruang. Para tetamu kenamaan ramai menghadirkan diri. Semua mata tertumpu pada pasangan pengantin. Juru gambar pula sibuk merakam video dan mengambil gambar dari tadi.

Shahrul tampil segak berbaju melayu satin berwarna putih lengkap dengan sampin dan songkok duduk disingsahsana. Berdebar menjabat tangan lelaki berusia depan mata. Melirik ke arah Lily yang jelita berbusana pengantin dipelaminan.

Selesai urusan akad nikah Shahrul bakal memikul tanggungjawab besar sebagai suami. Manakala Lily akan menjadi isteri dan amanah buat Shahrul. Juga pendamping Shahrul buat seumur hidup. Gusar memikir hala tuju perkahwinan mereka.

"Shahrul Hadzan bin Tan Sri Azhari..." Kadi menyeru namanya.

Bila bila masa saja lafaz ijab akan dimulakan. Degupan jantung kian laju. Berdetak pantas. Tangan sejuk. Peluh jernih merecik di dahi Shahrul.

Azim disebelah memberi semangat kepada abang sulungnya. Mengerti perasaan Shahrul. Pernah berada di situasi sama.

Juwita sedang menemani Lily. Berbaju kurung moden lace dan bertudung warna peach sedondon dengan Azim. Sibuk membantu Lily membetulkan kedudukan veil dan tiara.

Tumpuan mata dan lensa kamera kini ke arah Shahrul dan wakil wali.

"Aku nikahkan dikau Shahrul Hadzan bin Tan Sri Azhari dengan Lily Marina binti Dato' Sri Sulaiman dengan mas kahwin sebanyak 77 ribu tunai.."

Henjutan terasa tatkala tangan ditaut oleh tok kadi. Menambah getaran di dada.
Berdepan hakim dimahkamah tidak sesusah ini. Lidah Shahrul yang biasanya petah berhujah sebagai peguam bela menjadi kelu. Meneguk liur. Tiada sebarang bicara keluar dari bibir.

Azim menyiku abangnya. Memberi isyarat supaya Shahrul melafazkan kabul. Shahrul masih membisu.

"Shahrul Hadzan...."

Kadi bertugas memanggil nama Shahrul untuk menarik perhatian. Shahrul dilihat seperti dalam khayalan.

Shahrul tersentak. Menumpukan perhatian pada lelaki berusia didepan muka.

"Kamu sihat ke ? Boleh kita teruskan ?"

Kadi inginkan kepastian. Enggan membazir masa.

"Nampaknya saya terpaksa ulang semula lafaz ijab tadi.."

Shahrul hanya angguk, tanda setuju. Tunduk seketika. Membayangkan satu wajah difikiran.

Sekali lagi lafaz ijab terucap dek bibir Tok Kadi. Merenung Shahrul menanti jawab balas.

"Aku...."

Shahrul teragak agak. Menggaru kepala yang tidak gatal. Segala kepetahan bicara hilang.

"Beristighfar nak.. Banyakkan selawat.. Kita cuba sekali lagi."

Kadi bertugas memberi nasihat. Menepuk bahu Shahrul. Beranggapan Shahrul mengalami darah gemuruh. Meminta anak muda dihadapannya menarik nafas panjang.

Lily resah menanti. Sudah dua kali lafaz, Shahrul masih gagal menyebut lafaz nikah dengan lancar. Mustahil seorang peguam hebat seperti Shahrul gugup berdepan kadi sehingga perlu mengambil masa sebegini lama. Lainlah kalau...

Satu prasangka bermain difikiran. Wajah Lily berubah muram. Seri pengantin pudar. Juwita disisi cuba mententeramkan Lily.

Tan Sri Azhari juga terpana melihat Shahrul. Bisikan bisikan berbaur negatif mula bertebaran. Takut menanggung malu, Tan Sri Azhari mendapatkan anaknya.

"Shah kenapa ni? Tolong jangan malukan Papa !"

Nada suara terkawal. Cukup sekadar didengari oleh Shahrul. Tan Sri Azhari meminta Azim beralih. Diri mengambil tempat disisi Shahrul. Ingin memastikan Shahrul melafazkan dengan tenang dan lancar kali ini.

"Boleh kita mulakan sekali lagi?" Kadi menyoal buat kali kedua.

Hanya satu anggukan di kepala menandakan Shahrul akur dengan kehendak Kadi. Menghela nafas panjang. Mencuba untuk fokus kali ini.

Buat kali ketiga, kadi mengulang lafaz yang sama.

Shahrul memandang sekeliling. Pandangan terhenti ke seraut wajah yang sedang leka berbual.

"Aku terima nikahnya Nur Najiha binti Hanafi dengan mas kahwinnya sebanyak yang tersebut.."

Lancar saja lafaz terluah dibibir Shahrul tatkala menyebut nama yang bertahta dihati.

Tan Sri Azhari hampir pengsan mendengar. Begitu jua dengan Azim. Sama ada sengaja atau tidak disedari oleh Shahrul. Nama Lily sudah bertukar nampaknya.

Serentak itu, Shahrul terus bangun menghala ke arah Jie. Menarik tangan Jie supaya mengikut langkahnya berlalu.  

Jie sedang berbicara berdua bersama Viana kaget dengan tindakan Shahrul. Terpaksa akur memandangkan tingkah laku mereka menjadi tatapan umum. Muka merah padam menahan malu. Tunduk berjalan. Pandangan mata sekeliling diabaikan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2015 06:29 PM | Show all posts
Psst

da nak masuk bab terakhir

Maaf jika penyudahnya tak seperti diharap

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2015 07:29 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 1-10-2015 07:26 PM

Memarkir kereta dipinggir lebuh raya. Shahrul mematikan enjin Audi S8 miliknya. Membuka pintu kereta lalu keluar. Menggamit Jie supaya turut mengekor langkah untuk berbicara diluar.

Jie menurut saja tanpa banyak soal.

Shahrul merenung wajah Jie. Kesal bercambah. Diri tertipu hidup hidup. Tergamak Jie tidak berterus terang tentang kisah sebenar. Selama ini Shahrul menyangka Jie masih bergelar isteri orang.

Seminggu lepas, ketika Shahrul memberi kad jemputan ke majlis pernikahannya, Jie mengatakan Zack masih out station. Tiada sebarang curiga, Shahrul masih percaya Jie berbahagia disisi Zack. Lantas menganggap jodoh mereka tiada. Meneruskan perkahwinan dengan Lily seperti kehendak Papa dan Mama.

Mujur, Shahrul terserempak Zack dan seorang wanita sedang menjamu selera berdua direstoran. Terkejut apabila mengetahui hakikat Zack dan wanita bernama Haslina itu sedang diambang bahagia.

Shahrul sempat berprasangka bahawa Zack menduakan Jie. Tercetus pertikaman lidah antara mereka.

Rupanya, Zack kini bukan lagi Zack yang dulu.

Kehilangan hampir kesemua memori silam membuatkan Zack tampak seperti insan lain. Segalanya terjadi gara gara gegaran otak kerana dibelasah teruk oleh Hareez.

Malah, Zack juga tidak mengenali Shahrul. Terpaksa Shahrul memperkenalkan diri. Bercerita sedikit sebanyak tentang hubungan mereka.

Namun, usaha sia sia. Zack gagal mengingati satu perkara pun tentang Shahrul.

Bila ditanyakan pula tentang Jie, Zack sendiri mengesahkan mereka sudah lama tinggal berasingan lantaran Zack kekok berada disisi Jie. Tiada persefahaman untuk mempertahankan mahligai mereka. Zack sukar percaya diri sudah beristeri dan memiliki anak. Tidak ada cinta dan tak ada hati pada Jie lagi, maka Zack tega menceraikan Jie.

Tambahan pula, Zack sudah terpaut cinta pada Haslina yang juga merupakan teman rapat Jie sewaktu di Ohio dulu. Pertemuan semula Zack dan Haslina membibitkan cinta antara mereka. Memandangkan Haslina baru lepas kematian suami. Daripada situ mereka mula mesra.

Ternyata Jie pintar bersandiwara. Berpura bahagia dihadapan Shahrul sedangkan hakikat sebenar Jie kini sendirian membesarkan anak anak. Bergelar ibu tunggal diusia muda.

Shahrul kecewa kerana Jie sendiri tahu dirinya memang menanti Jie sejak dulu. Nyaris membuat kesilapan mengahwini Lily. Takkanlah Jie tidak nampak peluang untuk mereka bersama terbuka luas depan mata?

Atau mungkin saja Jie tidak pernah menghargai kewujudan dirinya.

Bukan satu kemungkinan tapi itulah hakikat.

Shahrul sedar dirinya bukan sesiapa dalam hidup Jie. Terlanjur sudah hati mencinta, Shahrul enggan berpatah balik. Yakin ada kesempatan untuk berdua.

"Kenapa you buat semua ini, Shah?"

Jie memecah kesunyian antara mereka. Tindakan Shahrul memang gila. Lari dari majlis kahwin sendiri.

"I sepatutnya tanya you.. Kenapa you tipu I pasal Zack?!"

Pandangan mata Shahrul tajam menusuk. Mencari kebenaran disebalik tingkah Jie.

"Apa yang I tipu you... Zack kan out station.. Busy ! Sebab tu you jarang nampak dia dengan I.."

Jie menjawab selamba. Mengalih pandangan ke arah kereta yang lalu lalang.

"I dah tahu cerita sebenar, Najiha.. You cuba tipu I ke atau diri you sendiri ? Move on, Najiha.. You tahu I cintakan you.. Kenapa you tak bagi peluang untuk I hidup bersama you?"

Shahrul malas berdolak dalih. Terus saja menagih penjelasan sebenar dari Jie.

"I tak faham ! Apa maksud you, Shah?"

Jie masih tidak mengerti pucuk pangkal pertanyaan Shahrul.  

"You dan Zack dah bercerai, kan? Kenapa you diamkan semua ini?"

Shahrul terkilan dengan tindakan Jie.

" I cuma nak mulakan lembaran hidup baru dengan anak anak I.. Lagipun Lily lebih berhak terhadap you.. Kahwini dia dan you takkan menyesal, Shah.."

Jie malas menambah penipuan lagi.

Ada sebab disebalik tindakan Jie merahsiakan perihal yang terjadi dari pengetahuan Shahrul. Jie takut Shahrul berubah fikiran dan enggan mengahwini Lily jika mengetahui kisah sebenar. Ketakutan Jie menjadi nyata hari ini. Tak pasti dari mana Shahrul mendapat tahu.

" Izinkan I jadi sebahagian dari lembaran baru hidup you.. Untuk waktu mendatang I nak selalu disisi you.. Mencintai you sampai I mati.. "

Shahrul sukar berganjak kali ini. Mengharap Jie sudi bergelar suri dalam hidupnya.

"I tak ada cincin untuk I bagi pada you sekarang.. Tapi I tak nak buang masa lagi.. I cintakan you dan I nakkan you ada dengan I selalu.. You adalah perkara terindah pernah wujud dalam hidup I.. I inginkan you sebagai isteri.. Anak anak you akan jadi anak anak I.. Kita akan besarkan mereka bersama..."

Terdesak untuk memiliki wanita dihadapan ini membuatkan Shahrul enggan bertangguh. Lamaran dihulur serta merta.

Jie kelu seribu bahasa. Wajah Zack bermain difikiran. Serba salah memikirkan anak anak mereka. Jie tak mahu kedua pasang kembar hidup tersisih andai berayah tiri.

"I tak boleh.. Maafkan I !" Jie terus menolak.

Sukar digambarkan kehampaan dalam diri Shahrul dengan penolakan Jie. Tunduk sejenak sebelum bersuara sayu.

"I janji akan cintakan you lebih dari mana mana lelaki yang pernah muncul dalam hidup you.. I takkan mungkir janji.. Percayalah Najiha.."

Gigih mencuba memujuk lagi. Peluang takkan datang bergolek. Shahrul tetap enggan berputus asa.

" I just can't.. You sendiri tahu siapa diri I ! I janda ! You deserve someone better than me.. Sorry Shah  !"

Jie bersuara tegas. Menegakkan pendiriannya. Berkeras menolak.

"Past is past , Najiha ! Pernah ke I kisahkan siapa diri you dulu ? Kenapa kita tak cuba bina hidup baru pula bersama sekarang?"

Alasan Jie pada pandangan Shahrul sangat tak masuk akal. Masakan seorang janda tidak layak berbahagia selepas diceraikan.

Mengarut ! Bentak hati Shahrul.

"There's not a day that passes by since I knew about Zack which I don't wonder why we haven't tried..  Why did you say no without even trying, Najiha?"  

Nada suara Shahrul tenggelam timbul. Meraup wajah. Hampa.

Tiada balasan dari Jie. Masih kekal membisu. Hanya deruan enjin kenderaan lalu lalang kedengaran mengisi ruang perbualan mereka.

"Please Najiha ! It's stil not too late to change your mind..  Just take my hand and please..  I want you to be my wife !"

Shahrul menghulur tangan ke arah Jie beserta harapan Jie menyatakan kesudian menemani diri sepanjang usia.

Andai kali ini Jie tetap enggan, Shahrul hanya mampu berserah.

Jie termenung jauh. Memandang kosong ke arah Shahrul. Buntu.




Azim cuba menghubungi Shahrul. Masih lagi tidak berjawab. Majlis menjadi kelam kabut. Lily pengsan tak semena. Menambahkan keributan.

Juwita berlari anak mendapatkan Azim. Berbisik sesuatu ditelinga. Azim tergamam seketika.

Nampak gaya pernikahan ini terpaksa ditunda atau dibatalkan terus. Azim meminta jasa baik pengacara majlis untuk membuat pengumuman. Malu sudah ditolak tepi. Meninggalkan pesanan ringkas kepada Shahrul supaya lekas kembali. Azim berlari menuju ke bilik persalinan.

Juwita mengekor pantas. Suasana kelam kabut tidak diendahkan. Pandai pandailah pihak hotel mengawal selia para tetamu yang masih menanti status sebenar majlis.

Manakala di dalam bilik persalinan hotel. Hiruk pikuk berubah sunyi. Tiada sebarang bicara kedengaran. Sepi melingkari segenap ruang.

Wajah Tan Sri Azhari dan Puan Sri Zainab tegang. Sudahlah Shahrul menconteng arang ke muka ketika meninggalkan majlis pernikahan tadi. Didepan ribuan tetamu, Shahrul tega berlalu dengan memaksa Najiha turut serta.

Kini satu lagi kejutan diterima. Nyaris mereka suami isteri diserang sakit jantung !

"Cakap dengan Ibu, sayang. Jangan diam, Lily !"

Puas Datin Sri Tiara memujuk anak perempuan tunggal kesayangannya. Lily masih membisu. Air mata mengalir jatuh.

"Berterus terang dengan Ayah.. Anak Shah ke ?!"

Dato' Sri Sulaiman membentak kuat. Wajah menyinga diamuk amarah. Manakan tidak, Lily disahkan mengandung tiga minggu oleh doktor sebentar tadi.

Sedangkan pernikahan Shahrul dan Lily sepatutnya berlangsung hari ini. Jadi benih siapakah yang dikandung Lily?

Jika Shahrul tergamak melakukan semua ini terhadap Lily , Dato' Sri Sulaiman kesal kerana Shahrul lari dari tanggungjawab. Meninggalkan majlis tanpa sebab dan memalit arang ke muka keluarganya.  

"Azim, tolong I !"

Lily bangkit menerpa ke arah Azim sebaik saja melihat kelibat Azim muncul masuk ke dalam bilik.

"Kenapa ni, Lily?"

Azim tersentak bilamana Lily memeluk erat tubuhnya. Dihadapan Mama dan Papa. Segan memikir Ibu dan Ayah Lily ada bersama. Risaukan reaksi Juwita juga.

"I mengandung, Azim !"

Lily tersedu sedan. Merebahkan diri dalam pelukan Azim. Tangisan makin lebat.

"Lily apa... ?!"

Satu suara menyapa. Shahrul terkejut besar.

Buru buru kembali sebaik mendapat tahu Lily pengsan melalui pesanan ringkas yang ditinggalkan Azim. Terbit rasa bersalah kerana berlalu begitu sahaja.

Sungguh Shahrul tidak menduga menerima perkhabaran aib sebegini.

"Lily minta maaf, Abang.."

Lily malu berdepan Shahrul. Menundukkan wajah.  

"Benda dah jadi, Lily.."

Lembut nada suara Shahrul menutur. Nasi sudah menjadi bubur. Jujur Shahrul agak ralat kerana Lily tergamak tidak berterus terang dari awal.

Sekurang kurangnya Shahrul berupaya menjaga maruah Lily sekeluarga dari tercemar. Tidak mungkin Shahrul membiarkan Lily menanggung malu sendirian.

"Jadi memang betullah Shah yang rosakkan Lily?"

Dato' Sri Sulaiman segera menyoal. Tak menyangka Shahrul tega melampaui batas. Kepercayaan yang diberi sia sia. Kesal bertandang.

Shahrul segera menggeleng, menidakkan.

Memang Shahrul bukan seorang lelaki beriman namun diri takkan menyentuh wanita selain dari isterinya yang sah.

Kalau pun Shahrul pernah terlajak jauh, itu adalah sewaktu Shahrul masih berada dalam kejahilan. Dan, wanita itu bukanlah Lily.

"Shah sayangkan Lily ! Shah terima Lily seadanya dan akan jaga anak itu macam anak Shah sendiri.."

Memandangkan Jie sudah menolak lamarannya, Shahrul terpaksa redha menerima Lily sebagai suri. Mungkin sudah takdir Allah.

"Mama tak setuju Shah jadi pak sanggup !!"

Puan Sri Zainab segera menghalang keputusan Shahrul. Mustahil membiarkan anak bujangnya mengahwini Lily.

"Shah tak kisah !

Keputusan Shahrul muktamad. Mencapai tangan Lily. Maruah Lily harus diselamatkan.

"Please Shah.. Mama lebih rela Shah kahwini Najiha.. Sekurang kurangnya kita tahu status Najiha daripada macam ini .." Bicara terhenti. Merenung penuh emosi ke arah Lily. Benci dan geram bercampur baur.

Puan Sri Zainab terpaksa menjilat ludah sendiri. Berkehendakkan yang terbaik buat Shahrul penyudahnya sama saja seperti Najiha. Bahkan lebih teruk !  Lily sudah ditebuk tupai. Kesal kerana terlalu memandang hina status janda Jie.

"Anak itu anak I.. Biarlah I yang bertanggungjawab terhadap Lily.."

Satu suara menyampuk perbualan mereka.

Semua yang ada kaget mendengar termasuklah Shahrul sendiri.  

Puan Sri Zainab nyaris pengsan. Lemah longlai.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-9-2015 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 30-9-2015 08:48 PM

Dato' Sri Izham suka melihat keriangan Danny dan Daryl bergurau senda bersama cucunya, Danish. Berdoa agar keakraban antara mereka akan berkekalan sehingga dewasa. Kediamannya berseri dengan kehadiran ramai tetamu. Sengaja mengajak kenalan rapat datang bertandang.

Dalam masa yang sama turut berdoa supaya Jie berubah fikiran. Membatalkan hasrat untuk berhijrah lantaran kecewa dengan sikap Zack. Dato' Sri Izham takut hubungan erat Danish dan si kembar terputus dipertengahan jalan.

Andai saja Zulkarnain bersetuju menyunting Jie sebagai isteri kedua, Dato' Sri Izham pasti takkan kehilangan Jie dan si kembar buat selamanya.

Namun melihatkan hubungan Zeeta dan Zulkarnain kian mesra,  Dato' Sri Izham jadi tidak sampai hati pula. Bimbang merosakkan rumah tangga anak sendiri.

Tambahan pula, Zeeta dilihat semakin berubah ke arah kebaikan. Zulkarnain kelihatan semakin tenang dan bahagia hidup bersama Zeeta. Siapa sangka rumahtangga anak tunggalnya bisa bertahan sehingga kini. Syukur kepada Allah. Dato' Sri Izham tumpang senang melihat keduanya makin serasi bersama.

"Abi termenung jauh ni kenapa ?"

Jie menyapa mesra. Menatang air kopi dan kek buah dalam dulang lalu dihidang di atas meja. Umi meminta tolong Jie menghantar kepada Abi. Manakala Umi dan Zeeta sedang rancak berbual didapur.

"Abi fikirkan Najiha.. Dah nekad ke Najiha nak migrate?"

Dato' Sri Izham lebih gemar berterus terang. Risaukan Jie dan anak anak yang bakal meneruskan kehidupan di negara asing.

"Jie cuma melawat Daddy dengan Mommy dekat sana..   Manage anak syarikat Daddy.. Dah settle kerja, Jie baliklah sini.. Bukan migrate teruslah Abi.." Jie membetulkan tanggapan Abi.

Maznah dan Dato' Hanafi kini berada di Houston, Texas atas urusan perniagaan. Jie mengambil kesempatan untuk melancong menenangkan fikiran sambil membantu Daddy menyelesaikan tugasan kerja. Barangkali Hareez dan Viana akan ikut sekali.

Memikirkan Hareez, Jie sukar percaya mereka sedarah daging pada mulanya.

Namun lama kelamaan Jie dan Viana seronok dengan kehadiran Hareez. Teruja memiliki seorang abang yang selama ini dianggap sepupu.

Daddy antara insan paling gembira tatkala mengetahui Hareez selamat. Tercapai jua hasrat Dato' Hanafi untuk mempunyai anak lelaki dari darah daging sendiri.

Hareez juga dilihat bersungguh menjalani terapi untuk memulihkan diri dari sakit jiwa yang dialami. Bertekad untuk hidup normal.

"Mana lah tahu Najiha terus tak balik.."

Kata kata Abi mematikan lamunan Jie tentang Hareez.  Memandang ke arah Abi.

"Abi harap Najiha tabah... Pasal Zack tu, Abi nak Najiha pandang dari sudut berbeza.. Mungkin ini peluang untuk Najiha bebas dari kepompong Rayyan dan Hafiz..  Jauh dari prasangka buruk Tengku Safiah.. Abi yakin Najiha akan jumpa lelaki yang sesuai suatu hari nanti.. Abi dah anggap Najiha macam anak Abi sendiri.. "

Meski hubungan Jie dan keluarga Zack makin pulih, Abi tetap takut dendam membara semula. Hati manusia siapa tahu. Biarlah Jie hidup sendiri andai itu menjanjikan kebaikan. Berdoa semoga Jie bertemu kebahagiaan abadi.

"Jie dah lupakan semua.. Mungkin bukan jodoh kami.."

Riak wajah Jie biasa sambil mata melirik Danny dan Daryl. Permata hati tanda cinta Jie dan Zack. Kembar sepasang milik mereka diberi nama Dania dan Darwish. Sihat membesar walau lahir pramatang.

Meski Zack kekok dipanggil Daddy oleh si kembar dan Danish namun Jie bersyukur kerana Zack masih sudi memberi perhatian kepada anak anak mereka. Jie sudah hilang harapan Zack berjaya mengingati kenangan dulu saat Zack melepaskan dirinya.  Takdir telah menentukan begitu. Pasrah dan berserah adalah sumber kekuatan Jie kini.

"Abi tahu Najiha kuat.." Dato Sri Izham kagum melihat ketabahan Jie. Masih mampu tersenyum seperti sekarang.

" Bila Najiha nak berangkat?"

Topik perbualan sengaja diubah memandangkan Zack kini mampir ke arah mereka berdua. Sedari tadi Zack dilihat leka melayan kerenah Danish dan kembar.

"Lusa kot.."  

Jie membiarkan saja Zack mengambil tempat disisi dan turut serta dalam perbualan mereka.

"Oh ya..  Jie lupa pula nak bagitahu Abi.. Daddy kirim salam.." Jie menyampaikan amanah Dato' Hanafi.

"Waalaikumussalam.."

Abi menjawab salam dari sahabat baiknya.

"By the way Abi, Zack nak bagi ini pada Abi.."

Tanpa menghiraukan Jie disebelah, Zack menghulurkan sekeping kad kepada Abi.

"Zack dengan Lina rancang nak bertunang akhir bulan depan.. Abi dengan Umi datang tau !"

Hajat hati Zack inginkan Umi dan Abi hadir ke majlis bersejarah untuknya. Jasa baik Umi mengasuh sejak kecil sewaktu dirumah anak yatim Ehsan tetap Zack ingati.

Abi serba salah menyambut. Mencuri pandang ke arah Jie. Wajah Jie tampak tenang.

Semoga you bahagia, Zack ! Bisikan sayu bergema. Jie tumpang gembira melihat keceriaan terpancar diwajah Zack.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2015 12:38 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 30-9-2015 09:38 AM

Kuala Lumpur International Airport
Malaysia

Selamat tinggal Malaysia !

Jie tidak pasti bila akan menjejak kaki semula ke sini.Dania dalam dukungan Jie masih lena. Hareez pula membantu Jie mengendong Darwish. Agak kelakar melihat gaya Hareez mendukung. Puas sudah Jie mengajar dari tadi. Danny dan Daryl pula asyik berlari ke sana ke mari. Jenuh Viana mengejar di kawasan lapangan terbang. Mujur Khalisha mendengar kata.

"Hareez.. Bukan macam tulah.. Ish you ni kan.." Jie membetulkan kedudukan tangan Hareez. Masih lagi kekok memegang bayi.

"Tak apa.. I pass dekat Kak Ida lah.. Tak reti I pegang baby ni.."

Hareez  putus asa. Menyerahkan Darwish kepada pembantu merangkap penjaga anak saudaranya. Mengagah bayi dalam pegangan Kak Ida.

Jie hanya senyum melihat gelagat Hareez. Sesekali mata mengawasi Danny dan Daryl pula.

"Najiha.."

Satu sentuhan terasa dibahu. Jie menoleh ke sisi. Pandangan jatuh ke arah seseorang..

"Eh you.. You buat apa dekat sini ?"  

Jie tersentak melihat kemunculan Shahrul yang tidak diduga.

"Azim bagitahu I, flight you ke Texas hari ini.."

Shahrul merenung sekilas ke arah Hareez. Terdetik pertanyaan melihat Hareez dan Jie bersama. Curiga juga melihat kemesraan yang terjalin.  

Sehingga detik ini, Shahrul tidak mengetahui pertalian sebenar antara mereka berdua.

" Mungkin ini kali terakhir kita berjumpa..  We need to talk in private.."  

Ada perkara penting ingin Shahrul perkatakan. Mata bersinar. Mengharapkan persetujuan dari Jie.

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 09:08 AM | Show all posts
please laaaa... x berkenaan den dgn shahrul nie... opportunist nye nye org laa.... baik jie kawen dgn ustad anak dua.. settle..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2015 07:28 PM | Show all posts
I pon x suka Shahrul ni....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.413680 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list