CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ipes2

[ILMU MUDAH]: Apa pendapat anda tentang Vaccine untuk Covid-19?

[Copy link]
 Author| Post time 19-5-2021 02:17 AM | Show all posts
seribulan replied at 16-5-2021 04:03 PM
Dari web KKM

MOH Response to Claims Regarding Use of Ivermectin Could Prevents All COVID-19 Death ...

not used for covid at the moment
desas desus je dulu2 tu
rupanya tak effective pon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2021 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 19-5-2021 02:16 AM
very important info Keypo
useful for forumers to know

Thanks doc ipes.. mcmana kat sana skg? Kes makin menurun ke? Kami kat Selangor ni risau..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 04:14 PM | Show all posts
keypochino replied at 19-5-2021 02:02 PM
Thanks doc ipes.. mcmana kat sana skg? Kes makin menurun ke? Kami kat Selangor ni risau..

Pada 19 Mei 2021: Jumlah kes COVID-19
Selangor : 2,251 kes
Sabah : 160 kes
Johor : 699 kes
WP KL : 660 kes
Sarawak : 323 kes
Pulau Pinang : 183 kes
Negeri Sembilan : 189 kes
Kelantan : 441 kes
Perak : 220 kes
Kedah : 445 kes
Melaka : 122 kes
Pahang : 150 kes
Terengganu : 203 kes
WP Labuan : 14 kes
WP Putrajaya : 9 kes
Perlis : 6 kes

Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2021 04:16 PM | Show all posts
deekhan replied at 14-5-2021 07:15 PM
Salam dr @ipes2
Sy nak tanya pendapat dr berkenaan vaksin ni. 1 st dose inject 4/3/21. 5 hari lps v ...

Dr @ipes2
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2021 09:27 PM | Show all posts


Minister: Mass Supply Of COVID-19 Vaccine Delayed To July
RD Minion 10 hrs ago


With the number of daily COVID-19 cases hitting record highs this week, the government is ramping up the vaccination process so that the country can achieve herd immunity as soon as possible.

However, that plan has just hit a snag.

Supply has been coming in slow
The mass supply of COVID-19 vaccination has reportedly been pushed back to a month, Code Blue reported.
Minister of Science, Technology and Innovation Khairy Jamaluddin told the website that a total of 2.5 million weekly doses of COVID-19 vaccines will be delivered to Malaysia from July onwards, which is one month off his initial projection.

Out of the 2.5 million doses, two million will be from Pfizer-BioNTech, while 500,000 doses will be from Sinovac.


a group of people standing around a plane: The supply has been coming in slow. The Star Online
In May and June, local pharmaceutical company Pharmaniaga Berhad will ramp up the supply for the Sinovac vaccine, although Khairy did not mention the specifics of the deliveries.

"So, we will be ramping up. Starting from now, with the Sinovac and then continuous delivery of Pfizer that comes in every week, as well as the AstraZeneca delivery," he was quoted as saying.

This week, Khairy revealed that the country will be receiving a total of 259,740 doses of the Pfizer vaccine.

As for the AstraZeneca vaccine, Khairy said that Malaysia is still waiting for the delivery of 6.4 million doses that were directly procured from AstraZeneca itself.

Below target
Back in April, Khairy said that the government plans to administer over 160,000 doses daily so that they could complete the national vaccination programme by the end of the year.
However, as of Tuesday (18 May), only a total of two million doses of COVID-19 vaccination have been administered so far, The Star Online reported.

If the government wants to hit their vaccination target, they would have to pick up the pace.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2021 03:28 PM | Show all posts
dr @ipes2 kalau bacaan ANA dalam darah tinggi sgt, ok ke kalau nk amik AZ vaccine?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-5-2021 04:02 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2021 05:18 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 25-5-2021 04:20 PM

Web KKM...

Kenyataan Akhbar NPRA 25 Mei 2021 – Tempoh Penilaian dan Pendaftaran Produk Vaksin COVID-19 di Malaysia Semasa Pandemik[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON MAY 25, 2021
BAHAGIAN REGULATORI FARMASI NEGARA
TEMPOH PENILAIAN DAN PENDAFTARAN PRODUK VAKSIN COVID-19 DI MALAYSIA SEMASA PANDEMIK
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) mengambil maklum pandangan yang diutarakan oleh beberapa pihak yang menyatakan peningkatan kes harian COVID-19 adalah berpunca daripada kelewatan kelulusan produk vaksin COVID-19 di Malaysia. Adalah dinyatakan bahawa perkara ini tidak benar kerana bagi membantu situasi kecemasan semasa bencana akibat COVID-19, NPRA melalui Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah melaksanakan laluan pendaftaran fast-track bersyarat untuk vaksin COVID-19 sejak 14 Disember 2020 lagi, iaitu melalui mekanisma pendaftaran priority review. Ini bertujuan untuk mempercepatkan kelulusan dan seterusnya memberikan akses segera kepada penggunaan vaksin COVID-19 di negara ini, tanpa mengabaikan aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan menggunakan risk-based approach.
Susulan itu tempoh penilaian permohonan lengkap bagi pendaftaran telah dipendekkan kepada 120 hari bekerja iaitu bermula dari permohonan priority review diluluskan dan status pendaftaran bersyarat diberikan. Tempoh kebiasaan adalah 245 hari bekerja.Rujukan dan standard NPRA bagi membuat penilaian ke atas dossier vaksin COVID-19 adalah berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Regulatori Kebangsaan (National Regulatory Authority (NRA) negara-negara lain termasuk World Health Organization (WHO), European Medicines Agency (EMA), US Food and Drug Administration (FDA), International Council for Harmonization of Technical Requirements for Pharmaceuticals for Human Use (ICH) dan sebagainya. Permohonan dan dossier vaksin COVID-19 yang lengkap dan telah selesai dinilai akan segera dibentangkan kepada PBKD untuk mendapatkan kelulusan pendaftaran bersyarat.

NPRA bekerjasama rapat dengan syarikat dan pengilang untuk memastikan mereka segera mengemukakan maklumat yang lengkap bagi setiap permohonan. Sememangnya tanpa data dan maklumat yang lengkap, status kualiti, keberkesanan dan keselamatan vaksin COVID-19 tidak dapat ditentukan, seterusnya kelulusan pendaftaran bersyarat belum dapat diberikan oleh PBKD. Komunikasi dan kerjasama yang baik ini telah berjaya mempercepatkan kelulusan yang diberi kepada vaksin COVID-19 di Malaysia.
Setakat ini, terdapat enam (6) produk vaksin COVID-19 yang telah selesai dinilai oleh NPRA dalam masa yang ditetapkan dan telah mendapat kelulusan pendaftaran bersyarat daripada PBKD (seperti di Lampiran 1). Pihak NPRA juga sedang menilai beberapa permohonan baharu perdaftaran bersyarat vaksin-vaksin COVID-19 pada masa ini. Permohonan ini juga akan disegerakan dengan kaedah yang sama.

NPRA sememangnya sentiasa terbuka menerima pandangan pelbagai pihak. Paling utama, keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia perlu didahulukan dalam kita sama-sama mengharungi pandemik COVID-19 iaitu dengan memberikan perhatian dan ketelitian kepada kualiti, keberkesanan dan keselamatan vaksin COVID-19 yang berdaftar di Malaysia untuk kegunaan penduduk.

Sekian, terima kasih.
BAHAGIAN REGULATORI FARMASI NEGARA (NPRA)
25 MEI 2021
Lampiran 1
[td]
BILNO. PENDAFTARAN PRODUKNAMA PRODUKPEMEGANGPENGILANG
1MAL21016022AZCOMIRNATY Concentrate for Dispersion for InjectionPFIZER (MALAYSIA) SDN. BHD.Pfizer Manufacturing Belgium NV
(BELGIUM)
2MAL21036039ASZCOMIRNATY Concentrate for Dispersion for InjectionPFIZER (MALAYSIA) SDN. BHD.BioNTech Manufacturing GmbH
(GERMANY)
3MAL21036009ACZCOVID-19 Vaccine AstraZeneca Solution for InjectionASTRAZENECA SDN. BHD.MEDIMMUNE PHARMA B.V.
(NETHERLANDS ANTILLES)
4MAL21046001AZCOVID-19 Vaccine AstraZeneca Solution for Injection (The product approved by EMA is supplied under the Commercial name: Vaxzevria)KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIAASTRAZENECA AB
(SWEDEN)
5MAL21036010ARZCoronaVac Suspension for Injection SARS-CoV-2 Vaccine (Vero Cell), InactivatedPHARMANIAGA LIFESCIENCE SDN. BHD.Sinovac Life Sciences Co. Ltd.
(CHINA)
6MAL21046125ACSZCoronaVac Suspension for Injection COVID-19 Vaccine (Vero Cell), InactivatedPHARMANIAGA LIFESCIENCE SDN. BHD.PHARMANIAGA LIFESCIENCE SDN. BHD. (MALAYSIA)




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2021 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Bolehkah COVID-19 merebak melalui udara?

Apa yang kita tahu setakat ini adalah virus SARS-CoV-2 merebak melalui titisan cecair dari hidung dan mulut individu yang dijangkiti apabila individu tersebut batuk, bersin, bercakap, menyanyi atau menghembuskan nafas. Titisan cecair ini boleh jadi partikel yang besar (droplet) atau partikel yang kecil (aerosol). Seseorang boleh dijangkiti apabila menyedut droplet atau aerosol yang mengandungi virus.

Droplet adalah lebih berat dan biasanya akan jatuh dalam lingkungan jarak 1-2 meter. Manakala aerosol boleh kekal di udara untuk tempoh yang lebih lama dan bergerak lebih jauh dari 1-2 meter. Kebolehan partikel-partikel ini kekal di udara juga bergantung kepada faktor-faktor persekitaran seperti aliran udara dan kelembapan.

Apabila kepadatan virus dalam udara tinggi, jangkitan boleh berlaku kepada individu yang berada pada jarak lebih daripada 2 meter, dan kepada individu yang hanya merentas ruang tersebut.

Keadaan di mana virus lebih mudah merebak:
Berinteraksi secara bersemuka pada jarak yang dekat
Tempat tertutup yang sesak tanpa pengudaraan yang baik
Aktiviti yang menambahkan hembusan titisan cecair dari seseorang yang dijangkiti seperti
sembang kuat, menjerit, menyanyi, bernafas kuat semasa bersenam
Pendedahan kepada keadaan-keadaan di atas untuk tempoh masa yang lama (>15 minit)

Seseorang juga boleh dijangkiti apabila menyentuh permukaan yang telah dicemari oleh titisan cecair yang mengandungi virus dan kemudian menyentuh mata, hidung atau mulut tanpa membersihkan tangan mereka, terlebih dahulu.

Oleh itu, pastikan amalan langkah-langkah pencegahan sedia ada kerana ia masih berkesan iaitu:
Elakkan 3S – kawasan Sempit (tertutup), kawasan Sesak dan Sembang dekat
Pemakaian pelitup muka, samada di dalam atau luar bangunan
Sentiasa menjaga penjarakan fizikal
Sentiasa cuci tangan dengan air dan sabun atau menggunakan hand sanitizer
Lakukan disinfeksi permukaan-permukaan yang mungkin dicemari
Pastikan pengudaraan bilik yang baik dengan membuka tingkap atau menggunakan penapis
Udara
Amalkan etika batuk dan bersin

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2021 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
This is the latest advisory on COVID-19 vaccines suitability for pregnant and lactating mothers.   

The procedure to book for Pfizer vaccine for pregnant mothers will be announced soon.

You can find the guideline in detail here: https://www.vaksincovid.gov.my/upload/media/COVID-19-Vaccination-Pregnancy&Lactation-ENG.pdf

Register for vaccination: https://vaksincovid.gov.my/en/guide

#LindungDiriLindungSemua

Sumber: JK JAV

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2021 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Please remember to bring along these 3 important items to your vaccination appointment. You will need a pen to fill in forms safely with reduced risk of infection, your NRIC/passport for identification purposes, and your mobile phone to utilise MySejahtera.

These items will ensure your vaccination appointment moves along quickly and without inconvenience. Thank you for your cooperation.

Register for vaccination: https://vaksincovid.gov.my/en/guide

#LindungDiriLindungSemua

Sumber: JK JAV

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2021 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by adila39 at 27-5-2021 12:33 AM

Million of J&J vaccine doses had to be thrown out.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2021 08:52 AM | Show all posts
Korea Selatan benar penerima dos pertama vaksin tidak pakai pelitup muka
    Oleh KOSMO!
    26 Mei 2021, 8:00 pm

SEOUL – Korea Selatan mengumumkan bahawa rakyatnya yang menerima dos pertama vaksin Covid-19 dibenarkan untuk tidak memakai pelitup muka di tempat awam mulai Julai ini, lapor agensi berita Yonhap semalam.

Penetapan itu adalah sebahagian daripada inisiatif supaya rakyat Korea Selatan segera mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Selain itu, kerajaan juga dalam perbincangan untuk mempertimbang mengakhiri larangan berkumpul bersama ahli keluarga untuk penerima dos pertama vaksin.

Korea Selatan melancarkan kempen vaksinasi kebangsaan yang memerlukan dua dos pada Februari lalu dan menyasarkan mencapai imuniti kelompok menjelang November ini.

Bermula Julai ini, penduduk  yang telah mendapat suntikan vaksin pertama boleh keluar rumah tanpa memakai pelitup muka.

Mereka yang telah menyelesaikan dua dos yang diwajibkan pula akan dikecualikan daripada larangan perhimpunan dan peraturan had bilangan di restoran dan kafe.

Perdana Menteri Korea Selatan, Kim Boo-kyum berkata, pihak berkuasa kesihatan merancang untuk meneliti semula sepenuhnya sekatan koronavirus oleh kerajaan pada akhir September ini  ketika lebih 70 peratus penduduk dijangka telah menerima suntikan pertama mereka.

“Kami juga akan mengkaji untuk melonggarkan peraturan pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup apabila sudah mencapai imuniti kelompok,” kata Boo-kyum. – Agensi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2021 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
pada yg baru suntik vaksin tu minta tlg tepek magnet kat tempat injek. nak tau dia melekat ka tidak.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2021 03:40 PM | Show all posts
Puluhan ribu gagal patuhi janji temu suntikan
    Oleh KOSMO!
    27 Mei 2021, 9:15 am

PETALING JAYA – Pihak ber-kuasa di enam buah negeri mendedahkan ribuan penduduk mereka enggan hadir untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 dengan pelbagai alasan seperti tidak menyemak janji temu dan tinggal jauh dari Pusat Pem-berian Vaksin (PPV).

Enam negeri itu ialah Ne-geri Sembilan (6,323), Perak (9,000), Kedah (10,827), Perlis (3,000), Melaka (3,612) dan Pahang (10,000).

Pengerusi Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Negeri Sembilan merangkap Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Dr. Razali Ab. Malik berkata, mereka yang tidak hadir dikira dari 19 April hingga 24 Mei lalu.

“Antara alasan ialah tidak menyemak aplikasi MySejahtera, tinggal jauh dari PPV, sukar datang dan tiada orang mahu menghantar sehingga menyebabkan individu berkenaan terlepas janji temu.

Seramai 524 individu enggan menerima vaksin di Negeri Sembilan.

Sementara itu di Kota Bharu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, pihaknya telah menggantikan senarai nama hampir 10,000 penerima yang tidak hadir untuk janji temu suntikan vaksin mereka.

“Masih ramai sebenarnya rakyat yang ingin mendapat suntikan vaksin lebih awal.

“Setakat ini seramai 35,905 daripada 208,480 telah me-nerima suntikan,” katanya.

Menurut Zaini, berdasarkan data, hanya 29.6 peratus individu yang berusia 18 tahun ke atas dan 34.1 peratus warga emas di Kelantan yang mendaftar sebagai pene-rima vaksin.

Di Alor Setar, Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr. Mohd. Fikri Ujang memberitahu, seramai 10,827 individu didapati tidak hadir janji temu dan tempat mereka telah digantikan.

“Jumlah itu kira-kira 35 peratus daripada 30,100 yang diberikan janji temu. Mereka yang tidak hadir merupakan warga emas dan penghidap penyakit kronik seperti hipertensi, diabetes, masalah jantung dan sebagai-nya,” katanya.

Tambahnya, seramai 579,526 atau 37.6 peratus daripada 1.54 juta telah mendaftar di Kedah sehingga Isnin lalu.

Di Perlis, Setiausaha Kerajaan Negeri, Azman Mohd. Yusof memberitahu, kira-kira 3,000 daripada lebih 20,000 individu tidak hadir.

“Mereka bukan tidak mahu cuma keadaan tidak meng-izinkan. Kita akan melakukan penambahbaikan,” katanya.

Di Melaka, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, seramai 3,612 penduduk tidak hadir.

“Antara alasan yang diberikan tidak tahu sudah ada tarikh janji temu, tidak sihat, berada di luar kawasan, mahu tukar tarikh, tiada- orang bawa,” katanya.

Di Pahang, Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr. Bahari Awang Ngah berkata, -kira-kira 10,000 individu didapati melanggar janji temu.

“Setakat ini kita telah menggunakan 90 peratus vaksin yang diterima dan selebihnya disimpan untuk dos kedua. Usaha memberi vaksin sedang giat dijalankan,” katanya.-K! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2021 05:56 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-6-2021 12:20 AM | Show all posts
xmatrempit replied at 29-5-2021 11:52 PM
pada yg baru suntik vaksin tu minta tlg tepek magnet kat tempat injek. nak tau dia melekat ka tidak. ...

koh koh
anda sudah di vax kah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2021 12:20 AM | Show all posts
adila39 replied at 27-5-2021 12:30 AM
Million of J&J vaccine doses had to be thrown out.

kenapa?
refrigeration issues?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2021 12:21 AM | Show all posts
keypochino replied at 25-5-2021 10:24 PM
Please remember to bring along these 3 important items to your vaccination appointment. You will nee ...

keypo dah vaccine kah?

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2021 12:23 AM | Show all posts
ipes2 replied at 1-6-2021 12:21 AM
keypo dah vaccine kah?

belum lah doc.. tgh tggu queue ni.. register  lama dah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 05:58 PM GMT+8 , Processed in 0.632760 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list