CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: FNN

zizan dan emma bercumbu2an dlm flight?

[Copy link]
Post time 20-1-2014 05:40 PM | Show all posts
kissu atau rumens?
kalau rumens-rumens, zizang-emma dah sama taraf ngan luna maya..rumens2 dalam flight gitu dong2 ahhh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2014 05:44 PM | Show all posts
x mustahil kot, dua2 ni sosial, nak2 emma
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 05:50 PM | Show all posts
mcm2 hal si zizang.. pndi2 lah mu jwb esok
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
PulutDereyan posted on 20-1-2014 04:11 PM
xfham btoi ler.. hina sgt ker org yg baru join forum ni..
sesetengah forumer lama cm bdk skolah.. ...

Haha..dia kutuk diri sendiri tuuu...dia ingt kita ni hadap sgt dgn kedit bla org reply...ntah2 dia yang salu buat mcm tu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 06:22 PM | Show all posts
kalu langsung tak buat, misal kata seat depa tak sebelah menyebelah, bulihh saja kata mana mungkin nak bercumbuan, saya seat betul2 depan dia, dia kat seat belakang...atau pun sama row saja tapi tak sebelah menyebelah....tak logik langsung nak bercumbu2...ini semua pitenah

ni memang berkepit duk sebelah menyebelah lah nih, 18 jam macam2 aksi mesreeeee bulih ditengok orang, walau bukan tahap romen pun

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 07:01 PM | Show all posts
hahahahhaha nape x terus berrrrrrrrrrrrrrr..... heheheheh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2014 08:24 PM | Show all posts
zizan blom jelaskan lagi..aku dgr berita kt radio tadi dia baru je sampai Mesia. Kita tunggu apekah pencerahan zizan dan emma nanti. Skrg ni mesti tgh sibuk buat draft pstu rehearsal camane nak cover line..tu pun kalau dorang buat la kan..tapi kalau dorang x buat takyah risau apa2, saksi mesti la ramai time tu kan...dapatkan saksi utk support dan buktikan itu semua fitnah
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
PulutDereyan posted on 20-1-2014 04:11 PM
xfham btoi ler.. hina sgt ker org yg baru join forum ni..
sesetengah forumer lama cm bdk skolah.. ...


Sabor2 Last edited by mommymonster82 on 20-1-2014 08:31 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2014 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Mood sangka baik..mungkin dorg berckp or berbisik... Kerusi tu kan mcm rapt jugak..so org nampk mcm cium..xlogik flight tgh ramai org dorg nk chiumm...lgpon xcakp plak comolot or cium pipi...

Zizan tu rsnyer xdela alim sgt..tgk ms citer mende dgn ju evan tu..daring gila aksi..lucah..dahla budak2 tgk..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 08:47 PM | Show all posts
kawin jer zizan oit kalau dah kemaruk sgt tue...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 08:55 PM | Show all posts
jonlabu posted on 20-1-2014 02:53 PM
Momod pun sila standby buboh RA. sebelom reporter cilok.

wartawan, retis tentulah punya rp yg tinggi jgk
wartawan sbb menyenangkan keje dorang cilok mencilok
retis pulak nk baca gossip tentang mereka
jgn ingat kita2 je rp tinggi
jadi letak rp brp pon belom tentu tak sampai ke wartawan
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiba2 plk teringat. Masa nak dtg Tokyo, saya sama flight dgn Zizan Raja Lawak yg nak ke LA transit di Tokyo. Dia bersama dgn team or crew2 maybe utk shooting di sana, n among them adalah a familiar face...siapa lagi kalau bukan.Emma Maembong. Masa dlm flight, saya menegur Zizan (bukan sebagai peminat langsung pun, tapi budi bahasa org Melayu Islam menegur org Melayu Islam yg dikenali). Tak salah kan?

Me: (menegur) Nak pgi mana? (Dlm hati bertanya, dia ni nak ke Tokyo ke LA).

Zizan: Dah naik kapal terbang ni, mesti lah nak pergi LA, kan? (trying to be funny, eh?)

Me: Tak jugak. Saya nak ke Tokyo bukan LA. Flight ni transit di Tokyo....

Zizan: ah? Ye ke? (Huh ambik kau. Kan awak dah malu?)

Satu lagi duhai Zizan. Kalau pun tgh bercinta dgn EM, tak perlu sorok2. Kahwin je cepat. Daripada dok pegang2 pipi n dagu dia tu depan org di KLIA, tak manis la gitu, kan?.

To both of you Zizan n EM, jagalah kesopanan org Melayu Islam.
3 January

P/s : tolong tepek je
Last edited by LauraRichis on 20-1-2014 09:48 PM

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 09:58 PM | Show all posts
Zizan Razak Nafi Bercumbuan Dengan Emma Maembong
Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI


Zizan menafikan berkelakuan tidak senonoh dengan Emma Maembong seperti didakwa dalam sebuah ruangan gosip pada Ahad lalu.

PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak Zizan Razak menafikan dia dan aktres Emma Maembong bercumbuan dan bersikap tidak senonoh di dalam kapal terbang ketika penerbangan ke Los Angeles, Amerika Syarikat baru-baru ini.
Zizan atau nama sebenarnya, Razizan Razak, 30, berkata, gosip yang ditimbulkan itu tidak masuk akal kerana pemergian mereka ke negara itu turut disertai oleh pengurus dan beberapa krew penggambaran.
"Pemergian ke Amerika Syarikat bukan kami berdua sahaja tetapi pengurus dan beberapa krew turut ikut. Takkan saya hendak buat perkara macam itu di hadapan mereka semua.
"Isu yang ditimbulkan sebenarnya tiada apa-apa pun dan saya tidak terkejut pun kerana itu adalah lumrah dunia artis," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Pemergian Zizan dan Emma ke Amerika turut ditemani oleh rakan-rakan dan krew penggambaran. Foto Instagram Zizan Razak.

Zizan mengulas laporan sebuah ruangan gosip akhbar mingguan pada Ahad lalu yang melaporkan dia dan Emma tanpa segan silu bercumbuan di atas kapal terbang tanpa menghiraukan penumpang lain yang melihat aksi mereka.
Anggota kumpulan Jozan itu ketika dihubungi mStar Online pada pagi Isnin lalu pada mulanya enggan mengulas mengenai isu tersebut kerana tidak mengetahui cerita sebenar dan baharu sahaja pulang ke Malaysia.
Dalam pada itu, Zizan berkata, dia tidak mahu menunding jari kepada mana-mana pihak sehingga timbulnya gosip tidak berasas itu kerana ia hanya spekulasi.

Zizan ketika bergambar di Lapangan Terbang Antarabangsa Las Vegas.

Malah kata Zizan, dia tidak berkecil hati dengan laporan akhbar tersebut kerana menganggap pihak media hanya menjalankan tugas mereka.
"Gosip itu tidak akan timbul sekiranya tiada pihak yang cerita kepada pihak media dan wartawan hanya menjalankan tugas mereka.
"Saya juga tidak berani hendak tunding jari kepada mana-mana pihak kerana nama pun gosip dan pada saya ia kedengaran kelakar," ujarnya.

Emma Maembong.

Sementara itu, ditanya mengenai reaksi Emma mengenai gosip berkenaan, Zizan berkata, dia belum sempat untuk bercakap dengan pelakon itu dan tidak berhak untuk memberi kenyataan bagi pihaknya.
Dalam perkembangan lain, Zizan berkata, percutiannya ke Amerika amat menyeronokkan kerana dia dapat mempelajari pelbagai perkara baharu sepanjang berada di sana.
Jelas Zizan, kehidupan masyarakat di negara itu yang sentiasa pantas cukup mengagumkannya selain pemandangan indah meninggalkan pengalaman manis buatnya.

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 09:59 PM | Show all posts
artis dan pernafian mmg dah sebati....
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmm...ntala...
Da muak da cite cenggini...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 10:17 PM | Show all posts
makan babi xmau haram.tapi mulut bercumbuan dgn bukan muhrim.apa hukumnya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-1-2014 10:17 PM | Show all posts
tu baru membirah dlm flight... kalau dah turun LA lalallalalalalalallal...  
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 10:28 PM | Show all posts
selak2 dari depan ke belakang, tp tak de pun gamba cumbu2an
penat selak2 tau
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 10:28 PM | Show all posts
emma ni kemetot juga ye..sbb zizang kalo tak salah tinggi dalam 160cm cmtu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2014 10:40 PM | Show all posts
itu kata dia . kita yg tak nampak nie ikutlah nak percaya ke tak . benda yang nampak kat depan tv retis dok cium pipi ,cium dahi , tidur atas katil sekali walau bukan muhrin xnak letak kat bod gosip ke ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 02:49 AM GMT+8 , Processed in 0.054096 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list