Edited by idakamaruddin at 19-12-2016 02:37 PM
Drinking Solo
Rating keseluruhan drama : (9+8+8+3+5)=33/40=8.25
1. Cerita(9/10)
Drinking Solomengisahkan tentang kehidupan yg berlaku di pusat tusyen untuk pelajar-pelajaryang ingin menduduki peperiksaan khas kerajaan serta tidak lupa juga tentang tenaga pengajar yg bertanggungjawab mengajar pelajar-pelajar ini agar dapatkelulusan cemerlang bagi menempatkan mereka tempat untuk mendapatkan pekerjaan didalam sektor kerajaan. Kisah ini juga berkisar di daerah popular untuk rakyat Korea Selatan bagi menduduki exam khas kerajaan di Noryangjin, Seoul.
Nama tajuk agak skeptikal. Kenapa saya boleh katakan nama tajuk yang tak mungkin kita bolehagak dengan jalan cerita? Ini kerana bagi budaya Korea, minum bersendirian adalah salah satu aktiviti seseorang yang ingin bersendirian untuk melayan perasaan apabila berada didalam masalah ataupun kesedihan. Setiap manusia mempunyai sisi gelapnya yang tersendiri. Dengan minum bersendirian, mereka boleh berimitasi dan menghapuskan masalah mereka dengan mabuk. Selain dari itu, kisah ini merupakan romantic komedi apabila tunggak utama Ha Seok Jin (Jin SukJin) seorang yang sangat sombong dan poyo telah jatuh cinta dengan seorang guru baru berpindah ke Noryangjin yang sangat naïf dan lembut Park Ha Sun (Park Ha Na).
Jalan cerita sangat menarik apabila watak-watak dikembangkan dengan baik. Setiap watak didalam drama ini, penonton boleh memahami karakter masing-masing dan mereka akan ditunjukkan kisah sedih dengan minum alcohol bersendirian didalam salah satu episod.
2. Keberkesanan lakonan (8/10)
Ha Soek Jin (Jin Suk Jin) Membawa watak sebagai “top instructor” di Noryangjin yang mengajar Korean history, merupakan seorang instructor yang sangat famous dan mempunyai pelajar yang ramai sehingga mencecah seribu pelajar untuk satu-satu masa, dan juga merupakan instructor kesayangan untuk pusat tusyen tersebut. Formula dan nota yang disediakan oleh beliau sangat berkesan hinggakan pelajar-pelajar yang berdaftar kelasnya akan memperolehi markah yang tinggi.
Selain dari itu,watak beliau merupakan seorang yang sangat sombong dan suka bersendirian membuatkan beliau sering menjadi buah mulut rakan sekerja serta pelajar-pelajarnya. Prinsip beliau, dia menjadi terkenal bukan sebab datang dari skill membodek atau dari pertolongan orang lain, tapi dari usaha beliau sendiri sehingga dia berjaya seperti sekarang, maka, beliau sangat benci dengan orang-orang yang ingin menempel atas ke”famous”an beliau.
Park Ha Sun (Park Ha Na) Membawa watak sebagai seorang tenaga pengajar yang baru berpindah ke Noryangjin, mengajar subjek Korean Language, serta merupakan seorang yang “clumsy” dan naïf. Namun begitu,disebabkan wataknye yang seorang yang jujur dan lemah lembut membuatkan Ji Suk Jin dalam diam jatuh cinta dengannya. Didalam pada itu juga, pelajarnya juga telah jatuh cinta dengannya dan berhasrat untuk menjadikan beliau sebagai kekasih jika dia berjaya lulus dalam peperiksaan tersebut. Maka, dihujung episod, penonton akan disaksikan konflik cinta tiga segi antara Ji Suk Jin dan juga pelajarnya itu yang juga merupakan adik lelaki kepada Ji Suk Jin
Min Jin Woong (Min Jin Woong) Merupakan seorang instructor yang mengajar Public Administration, seorang yang sangat happy go lucky dan sering membuat parody atau meniru watak-watak didalam filem semata-mata untuk menjadikan kelas pelajarannya menarik dan pelajar-pelajar tidak mengantuk semasa didalam kelas. Sering membuat orang ketawa dan seorang yang sangat positf, namun begitu beliau juga menyimpan rahsia sedih membuatkan rakan-rakan sekerjanya begitu kagum dengan semangat serta sifatnya yang tidak putus asa. Saya yakin penonton pasti tidak kering gusi dengan telatah beliau disetiap episod.
Hwang Woo Seul Hye (Hwang Jin Yi) Membawa watak seorang instructor di Noryangjin yang mengajar subjek English. Beliau juga merupakan kawan lama Park Ha Na, seorang yang mempunyai mood swing dan tak dapat nak menjangkakan karakter beliau. Kadang-kadang baik, kadang-kadang pemarah dan baran dan kadang-kadang menjengkelkan. Watak beliau dalam drama ini, merupakan seorang yang sangat mencintai kekasih hatinya. Berusaha untuk mendapatkan anak untuk kekasih hatinya mengahwini dirinya. Namun usaha beliau sia-sia apabila hubungan mereka terputus ditengah jalan
Kim Won Hae (Kim Won Hae) Merupakan owner kepada pusat tusyen di Noryangjin. Membawa watak yang sangat mendesak keatas pekerjanya. Selain dari itu, beliau juga seorang yang tidak suka duduk dirumah kerana berasa bosan menghadap mertuanya yang sering membebel dan juga suka control keatas apa aktiviti beliau ditempat kerja ataupun bersama kawan-kawannya. Walaupun beliau seorang boss yang kejap baik dan kejap garang,namun pekerjanya mampu membiasakan diri dengan perangai beliau itu.
TRIO IDIOT NORYANGJIN ShiNEE Key (Ki Kim Bum) – BEST SUPPORTING ACTOR Membawa watak sebagai seorang pelajar yang sudah 3 tahun menduduki peperiksaan yang sama namun gagal setiap tahun, menjadikan beliau “senior” di Noryangjin. Seorang anak orang berada, tidak memikirkan apa-apa masalah dan juga untuk lulus bagi mendapatkan pekerjaan, beliau sering mengganggu kawan-kawannya untuk belajar. Watak beliau dalam drama ini sangat “fun” dan lawak disebabkan karektornya yang comel dan bersahaja serta dialek yang disengajakan untuk digunakan didalam drama ini.Perangai beliau yang kebudak-budakkan pasti membuatkan penonton tergelak dengan teletahnya. Walaupun karakternya begitu, tetapi beliau merupakan seorang sahabat sejati dan sangat menyayangi kawan-kawannya. Di penghujung episod, penonton akan berasa terbuai-buai dengan watak lain yang di bawa oleh beliau apabila beliau bertindak “cool” didepan gadis yang dicintainya selama 3 tahun selama beliau berada di Noryangjin.
Gong Myung (Jin Gong Myung) Membawa watak sebagai seorang pelajar di Noryangjin dan juga merupakan sahabat baik kepada Kim Bum, seorang adik kepada top instructor di Noryangjin iaitu Ji Suk Jin. Pada mulanya beliau tidak berhasrat untuk menduduki peperiksaan awam tersebut, namun disebabkan desakan oleh ibunya yang tidak mahu anaknya tidak berbuat apa-apasetelah tamat belajar, beliau dengan tidak rela hati berpindah kerumah abangnya untuk menduduki peperiksaan awam tersebut. Setelah berkenalan dengan Park Ha Na iaitu cikgunya, beliau telah jatuh cinta dengan perwatakan gurunya itu dan berhasrat untuk menjadikan Ha Na sebagai kekasih hati sekiranya dia berjaya lulusdalam peperiksaan tersebut.
Kim Dong Young (Dong Young) Memegang watak sebagai Dong Young yang juga merupakan “repeaters” yang telah gagal pada peperiksaan dahulu. Seorang yang sangat kedekut ataupun berjimat cermat disebabkan beliau merupakan anak orang sederhana dan terpaksa meminta duit belanja dari adikberadiknya yang lain. Kesungguhan untuk lulus dalam peperiksaan tidak berjaya disebabkan factor-faktor yang telah membuatkan beliau terganggu seperticintanya putus ditengah jalan serta kawan-kawannya yang sering mengganggubeliau untuk focus dalam pelajaran.
Jung Chae Youn (Chae Youn) – BEST SUPPORTING ACTRESS Memegang watak sebagai gadis paling hot di Noryangjin dan sering menjadi kegilaaan lelaki disana. Tidak terkecuali Kim Bum juga merupakan lelaki yang berebut cinta beliaudr dulu lagi. Namun begitu beliau tidak pernah melayan semua dambaan lelakiyang ingin merebut cintanya. Niat beliau adalah untuk lulus peperiksaan danberjaya memegang jawatan di kerajaan. Namun begitu, ego dan hatinya yang keras,sedikit demi sedikit telah cair apabila dia tidak sengaja telah jatuh cintaterhadap Gong Myung.
3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan,sinematografi) (8/10) Drama ini merupakan drama yang bersahaja tapi mempunyai maksud yang mendalam. Tidak terlalu abstrak danlebih kepada “direct”. Penonton tidak perlu berfikir untuk memahami jalan cerita. Setiap watak berjaya dikembangkan dengan baik. Setiap watak mempunyai “masa”bersendiri selari dengan tajuk – Drinking Solo. Selain dari itu, jalan cerita yang santai dan kelakar membuatkan penonton rasa tidak jemu menonton disetiap episod serta akan tertunggu-tunggu menantikan episode seterusnya.
Aspek sinemotgrafi nye biasa sahaja, dan banyak scene dirakam di pusat tusyen
4. Skor Muzik (3/5) Tiada OST danlagu background yang begitu menyerlah, namun ia kena dengan scene dan keadaan.
5. Keberangkalian untuk tonton semula (5/5) Plot yang sangat menarik, tema yang bersahaja serta jalan cerita yang santai dan lawak semestinya akan menonton kembali
cc: @dauswq @wima @irie^nad @Syik_gojet @qis13
jom hantar review..sayang cite best x de review ...
|