CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4336|Reply: 37

Insan Yang Memanfaatkan Umat : Imam Al - Ghazali - Updated article - 3

[Copy link]
Post time 9-11-2016 06:56 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 20-3-2018 03:11 PM

AL-KAFI LI AL-FATAWI SIRI 435 : SIAPAKAH IMAM AL-GHAZALI?
Soalan: Siapakah Hujjatul Islam Imam al-Ghazali?


Jawapan:
Nama sebenar Imam Al-Ghazali ialah Muhamad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali Al-tusi. Beliau lebih dikenali dengan panggilan Al-Ghazali iaitu nisbah kepada kampung tempat kelahirannya iaitu ghazalah yg terletak dipinggir bandar Tusi di dalam wilayah KhUrasan, Parsi, (Iran). Panggilan tersebut dinisbahkan kepada bapanya seorang tukang tenun kain bulu yang dalam bahasa Arabnya dikatakan al-Ghazzal.

Imam Al-Ghazali juga digelar Abu Hamid, yang bererti bapa kepada Hamid iaitu dinisbahkan kepada anaknya. Beliau juga digelar Hujjatul Islam iaitu suatu gelaran penghormatan yang diberikan kepadanya kerana kejituan dan kekuatan hujjahnya di dalam membela agama Islam.

Abu Hamid Muhammad Al-Ghazali Altusi adalah seorang tokoh ulama yang luas ilmu pengetahuannya dan merupakan seorang pemikir besar dalam sejarah falsafah Islam dan dunia. Dalam ilmu feqah, beliau bermazhab Syafie sementara dalam ilmu kalam beliau mengikuti aliran Al-Asyaari atau Ahlu Sunnah Wal Jamaah. Beliau lahir pada tahun 450H bersamaan 1058M.


Bapanya adalah seorang miskin yang soleh, makan dari hasil usaha sendiri menenun pakaian daripada bulu kemudian menjualnya di pekan Tusi. Beliau sangat suka belajar ilmu agama dan mendampingi para ulama sufi. Beliau meninggal dunia semasa Al-Ghazali dan saudaranya yang bernama Ahmad masih kecil tetapi sempat menyerahkan sedikit wang saraan serta mewasiatkan tentang pengurusan pembelajaran kedua anaknya itu kepada sahabatnya yang miskin yang menjadi guru dan ahli tasawwuf.


Sahabatnya itu telah mendidik dan mengajar mereka berdua menulis sehinggalah wang peninggalan bapanya habis. Kemudian sahabat itu telah menasihatkan Al-Ghazali dua bersaudara agar pergi ke Tusi belajar di sebuah sekolah yang didirikan oleh perdana menteri Nizam.



http://muftiwp.gov.my/index.php/ ... kah-imam-al-ghazali

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-11-2016 06:57 AM | Show all posts
Pada tahun 469H, Al-Ghazali telah melanjutkan pelajarannya ke Jurjan berguru dengan Abu Nasr Al Ismaili. Di sana beliau telah berkahwin kemudian beliau pulang ke Tusi selama tiga tahun. Dalam masa ini beliau belajar tasawwuf daripada Yusuf Annasaj, seorang sufi terkenal.
Pada tahun 471H, Al-Ghazali berangkat menuju ke sekolah tinggi Nizamiyyah di Naisabur. Di sana beliau belajar daripada Abu Almaa'li Diyaauddin al-Juwaini yang terkenal dengan gelaran Imam Haramain. Berbagai cabang ilmu pengetahuan telah dipelajari daripadanya samada ilmu agama seperti feqah dan ilmu kalam atau ilmu falsafah seperti mantik, jidal, hikmah dan lain lain sehingga beliau mengetahui berbagai mazhab, perbezaan pendapat masing masing dan beliau dapat menolak tiap tiap aliran yang dianggap salah. Bahkan beliau dapat mengimbangi keilmuan gurunya itu. Di sini beliau mula mengarang berbagai buku dan berbagai bidang, di antara buku karangannya yang dikagumi gurunya ialah yang dinamakan al-Mankhul.




Kemasyhuran beliau sebagai orang alim, guru serta pemidato yang petah berucap tersebar dengan cepat. Kuliahnya semakin menarik perhatian para pelajarnya, beratus ratus orang kenamaan dan terhormat turut menghadirinya.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2016 07:00 AM | Show all posts
Karya dan penulisan Imam al-Ghazali

Sebelum meninggal dunia, Al-Ghazali telah mengarang ratusan buku dalam berbagai bidang antaranya:

• Ihya’ Ulum al-Din
• Bidayah al-Hidayah
• Mizan al-A’mal
• Minhaj al-Abidin
• Al-Mustasfa Min Usul al-Fiqh
• Al-Iqtisad Fi al-I’tiqad.
• dan lain-lain.
Pujian Ulama terhadap Imam al-Ghazali

Tidak dapat dinafikan, Imam al-Ghazali telah menerima ramai pujian daripada ulama selepasnya antaranya:
• Al-Yafi’i berkata: “Kalau wujud nabi selepas Nabi Muhamad pasti orang itu ialah al-Ghazali.”
• Imam Nawawi pula pernah berkata: “Hampir-hampir Kitab Ihya’ mengambil tempat al-Qur’an.”
• Kata al-Subky: “Tidak tahu ada orang selepas al-Ghazali yang sama sepertinya terutama dari segi kadar memiliki ilmu. Pasti tidak ada orang yang akan datang sepertinya.”
• Buya Hamka pernah berkata: “Dan yang lebih penting lagi, sebagai seorang ahli fikir yang bebas dan besar, beliau membebaskan fikirannya dari pengaruh penafsir-penafsir yang terdahulu daripadanya.”









https://www.facebook.com/drzulmuftiwp/posts/805415622931752:0


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-11-2016 07:42 AM | Show all posts
gambar hiasan ...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2016 11:09 PM | Show all posts
Negara Maslahah: Pemikiran Al-Ghazali dan Konteks Politik Malaysia









Tajuk Buku: Negara Maslahah: Pemikiran Al-Ghazali dan Konteks Politik Malaysia

Pengarang: Dr Alies Anor Abdul

Pengulas: Mohd Shauki Abd Majid

Terbitan: April 2016

Harga: RM 30.00

Imam al-Ghazali (450H-505H/1058-1111M) adalah cendekiawan Islam abad pertengahan yang mempunyai pengaruh besar dalam kebangkitan peradaban manusia sama ada dalam dunia Islam ataupun dunia keintelektualan Barat. Pemikirannya terkandung dalam lebih 300 buah kitab meliputi pelbagai bidang, dari falsafah, etika, tasawuf, psikologi hinggalah ke pemahaman mendalam mengenai politik dan pengurusan negara.

Walaupun al-Ghazali lebih terkenal dalam bidang falsafah etika dan tasawuf, karya-karyanya turut memperlihatkan keinginan besar untuk menghidupkan semula jiwa agama dalam seluruh kehidupan manusia. Hakikat ini disampaikan oleh al-Ghazali dalam setiap karyanya dengan menjelaskan bahawa tujuan sebenar hidup ialah untuk “mencari keredaan Allah” dan “mencapai kesempurnaan iman.” Bertolak daripada pandangan itu, al-Ghazali mengambil pendekatan yang ditawarkan oleh Islam, iaitu secara berhemah dan melaksanakan tindakan dalam bentuk nasihat.

Semasa hayatnya, al-Ghazali menyaksikan perpecahan politik akibat perebutan kuasa dan keghairahan pemimpin untuk membolot kekayaan, yang tentunya boleh menyebabkan rakyat berada dalam kesusahan hidup. Namun bagi al-Ghazali, menjatuhkan pemimpin dengan cara yang kejam akan mengakibatkan kehidupan masyarakat bertambah kacau, huru-hara dan sukar dipulihkan manakala ketidakpuasan hati akan terus menguasai iklim politik negara.

Apa yang berlaku di Malaysia ketika ini misalnya, dengan wujudnya gerakan menjatuhkan pemimpin dengan cara yang tidak sah adalah bertentangan dengan sudut pemikiran politik al-Ghazali. Gerakan yang dianggap bermula atas “keinginan besar memenangi pilihan raya umum dan seterusnya menukarkan kerajaan” secara tidak sah jelas bertentangan dengan apa yang al-Ghazali sifatkan sebagai “kekalutan falsafah” dan “kemunduran etika.”

Al-Ghazali menjelaskan, hubungan antara pemimpin dan rakyat seperti “dua tonggak” di mana apabila satu tonggak patah, maka tonggak yang satu lagi tidak lagi mampu memikul beban atau tanggjungjawab yang ditetapkan. Dalam sistem politik yang ditentukan menerusi “proses pemilihan”, konsep politik berpewakilan itu mestilah dihormati dengan jelas dan mendalam.

Sesebuah parti politik yang memenangi “proses pemilihan” wajib diberikan peluang untuk menentukan urusan pentadbiran negara dan jika muncul tindakan untuk “mengganggu,” ia dilihat sebagai suatu tindakan yang bertentangan dengan etika. Sesuatu yang bertentangan dengan etika wajib dicegah dan seterusnya dihalang kerana boleh merosakkan negara dan masyarakat. Merosakkan negara dan masyarakat atas alasan yang silap dan tidak beretika merupakan perbuatan yang zalim. Ertinya, jika dibiarkan boleh merosak dan menghancurkan kewujudan sebuah pemerintahan yang sah, sebuah pemerintahan yang dipilih oleh rakyat.

Al-Ghazali melontarkan kritikan tajam dalam beberapa amalan politik tidak bermoral dalam beberapa karyanya yang dianggap sebagai magnum opus (mahakarya), antaranya,  Al-Tibr al-Masbuk fii Nashihat al-Muluk, Ihya’ Ulumuddin, Al-Iqtishad fi al-I’tiqad dan Fadhaih al-Batiniyah.

Kitab Al-Tibr al-Masbuk fii Nashihat al-Muluk merupakan sebuah karya penting tentang politik yang  mengandungi pelbagai nasihat bagi setiap pemimpin yang berkuasa. Karya ini merupakan kumpulan tulisan dan perenungan tajam al-Ghazali sebagai hadiah terbaik kepada Sultan Muhammad Ibnu Malik dari dinasti Saljuk. Tujuan nasihat itu adalah untuk melihat perjalanan hukum Islam dilakukan sebaik-baiknya oleh pemerintah bahawa ia tidak dapat dilaksanakan dengan baik kecuali “dengan seorang Iman (pemimpin negara) yang ditaati.”

Seseorang pemimpin negara wajib melaksanakan tanggungjawabnya secara beretika, kerana itulah al-Ghazali menyatakan politik itu adalah tugas yang mulia. Kegelisahan al-Ghazali terpancar daripada perpecahan yang diakibatkan oleh penguasa Buwyhids, yang kemudiannya disimpulkan sebagai krisis ulama.

Menurut al-Ghazali: “Sebenarnya, kerosakan rakyat disebabkan oleh kerosakan para pemimpinnya, dan kerosakan pemimpin disebabkan oleh kerosakan ulama, dan kerosakan ulama disebabkan oleh cinta harta dan kedudukan, dan sesiapa yang dikuasai oleh keinginan duniawi tidak akan mampu mengurus rakyat kebanyakan, termasuklah pemimpinnya. Allahlah tempat meminta pertolongan.”

Ertinya, kalaupun ada sesuatu yang dilihat tidak betul dan mengkhianati amanah rakyat dinasihatkan meminta pertolongan Allah SWT, bukannya turun ke jalan raya berdemonstrasi, mengutip tanda tangan protes ataupun mendapat bantuan pihak luar untuk meruntuhkan sistem yang sudah disepakati. Ada kaedah yang ditawarkan, dan di Malaysia, kaedahnya ialah ditentukan menerusi pilihan raya umum, yang secara umumnya dipersetujui apabila sampai edahnya.

Melihat kepada ketidaktentuan politik yang sedang “merosakkan negara” telah mengilhamkan Tan Sri Alies Anor Abdul untuk kembali ke akar umbi politik Islam dan wawasan besar politik beradab al-Ghazali sehingga berjaya meraih doktor falsafah dalam bidang undang-undang politik pada tahun 2015. Hasil penelitian dan kajian mendalam itu kemudiannya diterbitkan dengan judul Negara Maslahah: Pemikiran al-Ghazali dan Konteks Politik Malaysia.

Dengan menggunakan perbelanjaan sendiri, Tan Sri Alies menerbitkan kajian tersebut untuk membolehkan lebih ramai berusaha menggali semula akar umbi peraturan dan kesopanan berpolitik daripada tradisi Islam dengan mengambil contoh kerangka pemikiran seorang ulama tersohor, yang hingga kini masih belum ada tandingannya walaupun idea dan prinsip yang dikemukakan itu lebih 900 tahun silam.

Negara maslahah membawa maksud negara sejahtera. Untuk menuju negara sejahtera, mestilah meletakkan agama di atas segala-galanya “Agama merupakan pokok sebuah bangunan dan negara adalah penjaganya. Setiap bangunan tanpa asas akan roboh. Demikian juga asas tanpa bangunan akan sia-sia.”

Dalam pandangan al-Ghazali, pengutipan cukai (mishahah) bukanlah menunjukkan tata kelola negara secara zalim sebagaimana didakwa oleh segelintir rakyat Malaysia apabila negara mula memperkenalkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Kutipan cukai itu penting bagi membiayai pengurusan negara dan penyediaan kepada beberapa infrasruktur yang diperlukan bagi menjamin kesejahteraan rakyat. Dengan cukai, negara mampu menampung  perbelanjaan pendidikan, kesihatan dan keselamatan.

Tentunya, pemerataan keadilan bukan hanya menjamin warganegara terhadap keamanan negara, tetapi juga menjamin kepastian wilayah (dawlat) yang dikuasai oleh negara serta menjamin kestabilan politik dalam wilayah yang diperintah oleh sesuatu pemerintahan. Kekuatan pemerintahan pusat bergantung kepada pemerintahan tempatan yang akan tunduk dan patuh kepada pemerintahan pusat. Dalam keadaan tersebut, luas wilayah dan kekuasaan memiliki autoriti dan maruah yang tinggi.

Buku setebal 200 halaman dan dibahaskan dalam lima bab terasa begitu pendek perbahasannya. Namun,  kedalaman perbahasan menjadikan ia sebuah buku yang menarik, sekurang-kurangnya menjadi asas kepada sebuah penerokaan ilmiah daripada sumber pemikiran klasik yang terus relevan dengan perspektif politik moden.

Semakin kita mendalami pemikiran politik al-Ghazali semakin membuatkan kita ingin kembali ke akar perdebatan politik bermoral kerana keadaan yang sedang berlaku di Malaysia semakin melupakan betapa kerangka moral lah bakal membangunkan negara sejahtera. Kerangka moral inilah yang telah dilihat oleh Tan Sri Alies untuk dipraktikkan dalam budaya politik Malaysia, bukannya “matlamat menghalalkan cara” sebagaimana digariskan oleh teori politik moden yang hanya bersandarkan hukum akal dan kebebasan tanpa batasan atas nama demokrasi.

Jelas berbeza dengan pandangan tokoh politik moden yang terpengaruh aliran pemikiran politik tanpa bingkai agama, al-Ghazali menyelar setiap “tindakan jahat” hanya kerana ingin berkuasa dan mengekalkan kuasa. Bagi al-Ghazali, tindakan itu bukan boleh melahirkan “negara sejahtera” tetapi sebaliknya menjadikan negara “huru-hara” sebagaimana dibuktikan oleh banyak peristiwa sejarah.

Tentunya, usaha Tan Sri Alies untuk melihat ke akar umbi asas pemikiran politik Islam ini mempunyai hasrat dan tujuan yang jelas iaitu bagi mempertahankan nilai dan budaya politik beradab. Politik tidak beradab akan menyebabkan negara dan rakyat tidak tenteram, dibelenggu lebih banyak permusuhan. Bila permusuhan menjadi kerangka budaya politik, maka negara maslahat sampai bila-bila pun tidak akan hadir dan muncul. Suatu kerugian kepada Islam, sedangkan apa yang dilaksanakan oleh Malaysia selepas mencapai kemerdekaan untuk membuktikan bahawa sebuah peradaban yang lebih besar dan beradab muncul daripada kemampuan umat Melayu-Islam menterjemahkannya secara berhemah dan beransur-ansur.

Malaysia telah memulakan banyak kerangka pembangunan berteraskan Islam, dan hasilnya menjadi contoh besar dalam banyak perkara. Misalnya menjadikan negara sebagai hub sistem perbankan Islam. Malaysia juga terkenal dalam pengekalan tahap perpaduan pelbagai kaum yang tinggi kerana kepimpinan politik tidak melaksanakan pendekatan ekstremis sebagaimana pernah dilakukan oleh segelintir pemimpin politik, termasuklah pembersihan etnik.

Kekuatan-kekuatan sedemikianlah yang cuba dikupas dan diterjemahkan oleh Tan Sri Alies dalam penulisan tersebut, yang tentunya masih banyak “masukan yang diperlukan”. Buku ini bolehlah diberikan kredit awal, suatu usaha baik untuk meneroka “lautan ilmu-ilmu klasik” yang semakin ditinggalkan oleh kebanyakan ilmuan tempatan yang amat teruja dan terpesona dengan kaedah ilmiah anjuran Barat yang hanya mengehadkan penelitian mereka kepada data dan pemerhatian terhad.

Al-Ghazali mempunyai kelebihan yang sukar ditandingi, kerana beliau mengutamakan perjalanan batinnya untuk mencari kebenaran, bukannya bersandarkan “pungutan pendapat” dan kaedah persampelan yang semakin mudah dimanipulasi. Kegigihan Tan Sri Alies membedah dan menganalisis “perjalanan batin al-Ghazali” bagi melihat kerangka politik Islam dan menyimpulkan tetap relevan di Malaysia adalah suatu percubaan menarik yang tentunya bakal meneroka ke sisi yang lebih dalam dan bermakna terhadap budaya politik yang beradab.

Untuk kalangan ahli politik,buku ini akan menjadi pegangan dan falsafah yang memberi garis panduan dalam berpolitik,merumuskan dasar dan polisi dalam pentadbiran negara berasaskan kerangka moral politik yang ditawarkan oleh al-Ghazali.

Please follow and like us:
07/11/2016By yadim


SUMEBR ASAL : http://www.yadim.com.my/v2/?p=27276
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2017 05:30 PM | Show all posts
Bagi saya Imam al-Ghazali adalah ahli falsafah politik Islam yang paling besar dan berpengaruh, selain daripada ahli Kalam, ahli Sufi dan Ahli Usul Fiqh. Tahukah anda karyanya Nasihat al-Muluk telah menjadi bacaan wajib bukan sahaja raja-raja Muslim di Arab bahkan di alam Melayu, termasuk di pulau Jawa, sejak abad ke-15 lagi.

Raja Ali Haji dalam Thamarat al-Muhimmah, buku yang saya kaji ini, banyak mengambil manfaat daripada asas-asas yang telah dibina oleh Imam al-Ghazali rahimahullah. Mari membaca dan berdiskusi...


https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10209929160245498&set=a.1141300932580.2022546.1229150618&type=3&theater
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-5-2017 06:28 PM | Show all posts
MohdNizamCY replied at 5-5-2017 06:20 PM
Madrasah Oxford tak mau bagi phd kpd Imam Al-Ghazali ke?

sepatutnya kan post humous


tapi ....barat selalunya menganggap al ghazali tidak menyokomg falsafah empirical ...kalau u tanya yg atheist ...yg educated lah...sebab tu kita kena nafikan  barat dalam hal ini

sebab tamadun islam tak pernah mengenepikan ilmu dan sains malah dalam tamadun inilah dimurnikan segala ilmu dalam tamadun greek dan rom dan ditemukan ilmu baru dibaik pulih dimurnikan dan diberikan sudut pandang alam yg sangat cantik.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Dan sesuai jika saya katakan, yg menyembah makhluk berserta Allah itu siapa ek?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2017 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 5-5-2017 06:28 PM
sepatutnya kan post humous



Al-Azhar kan ada phd tu? Dah kuar lum cik?  Tak yah tunggu yg Oxford lah kerana mereka tu ada yg kata Islamic, pondok oxford. Ok fine.

Al-Azhar apa cer? Islamic ke non Islamic?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 5-5-2017 06:28 PM
sepatutnya kan post humous



Soalan : Nak jadi mufti kena ada sijil apa ek? Takkan lah Imam Al-Ghazali tak der sijil tapi yg bersijil cerita hal ehwal orang yg tak der phd kot?

Ajaib kan? Zaman dulu punya kitab, tak yah phd pun tapi yg phd2 tetap bacakan?

Ishhhhhh, takkan tak rasa janggal?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 5-5-2017 06:28 PM
sepatutnya kan post humous



Mungkin kita leh check pula hal ehwal AlQuran dan kaitannya dgn baginda Rasullullah saw.

Tak dee yg ikhtiraf phd pun kpd baginda Rasullullah saw kan? Maknanya phd ni tak laku disisi Allah lah yer  
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 5-5-2017 06:28 PM
sepatutnya kan post humous



Jika saya nak pertikai, kesemuanya PASTI logik!

Yg tak logiknya, saya tinggal dizaman nama apa tah ni? Macam duduk dalam zaman disneyland aje  
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 5-5-2017 06:28 PM
sepatutnya kan post humous



Apa pun, Rasullullah saw tak guna phd pun, ramai orang kenal. Orang bukan Islam pun kenal tu!

Siapa yg iktiraf baginda Rasullullah saw? Ada ke Allah bagi sijil kpd baginda Rasullullah saw utk Dia nyatakan "Ini dia sijil Rasullullah wahai manusia sekelian!". Ada ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2017 12:09 AM | Show all posts
MohdNizamCY replied at 5-5-2017 06:57 PM
Saya sebenarnya "saja nak tahu", kerana jawapan semua saya dah tahu.

Apa pun, TQ, info menari ...

Saya sebenarnya "saja nak tahu", kerana jawapan semua saya dah tahu.
Apa pun, TQ, info menarik! Cuma kurang perisa aje iaitu "phd" apa nama tuh "pondok Oxford". Ustaz mana ler yg bodoh piang tu!
Hehehehe.. Tak pandai menipu. Malah ramai jugak yg kena tipu..


hang tau apa - tau temberang dan meroyan merapu
bukannya hang tau NAK SAMPAIKAN DGN BERHEMAT DAN BIJAKSANA
dok syok perasan sendiri je manjang yg hang je tau semua

yg hang pun kena tipu hidup2 dgn perangai gila babi ni tak sedar lagi ke
napa sifat kedajalan hang bodoh teramat sangat ke sampai senang kena hantam
syok sangat ke dok ugut gertak maki hina org lain ni
tarak ciri2 akhlak yg baik punnnnnn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2017 01:04 AM | Show all posts
upkan ....
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2017 01:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Tumpang up
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-3-2018 06:33 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 19-3-2018 06:39 PM

Pendidikan dan aktiviti Imam Al Ghazali -  Naratif Al Ghazali

pautan asal : http://www.yadim.com.my/v2/pendi ... ti-imam-al-ghazali/

Pendidikan dan aktiviti Imam Al Ghazali
By Editor Yadim - Friday, 26 January, 2018



Perjalanan al-Ghazali mencari ilmu dimulai menerusi pendidikan awalnya dalam lingkungan orang tuanya sendiri. Beliau mempelajari al-Qur’an dan asas-asas ilmu agama dengan ayahnya dan kemudiannya berguru dengan Imam Ahmad bin Muhammad al-Razkani di pekan Tus.  Semasa di Tus, al-Ghazali dan adiknya, Ahmad diajar membaca, menulis, menghafaz al-Qur’an, ilmu nahu, bahasa Arab, ilmu matematik dan ilmu fiqah. Al-Ghazali amat meminati ilmu fiqah dan perundangan Islam manakala Ahmad menyukai ilmu tasauf. Selain al-Razkani, al-Ghazali juga berguru dengan Yusuf an-Nassaj, seorang ahli sufi terkenal. Setelah berusia 18 tahun, al-Ghazali meninggalkan sekolah yang didirikan oleh Nizamul-Mulk itu menyambung pengajian ke Jurjan. Beliau hanya berada di Tus selama dua tahun. Ketika belajar di Jurjan, beliau berguru  pula dengan Abu  Nashr al-Ismaili dan as-Syeikh Ismail bin Saadah al-Ismail (meninggal 487H/1067M) selama lima tahun.

Al-Ghazali amat gemar mencatatkan apa sahaja yang dipelajarinya dan menyimpan setiap catatan itu sebagai sesuatu yang amat disayanginya. Pada tahun 470H, al-Ghazali yang sudahpun berkahwin berhasrat untuk pulang ke kampong halamannya. Semua catatannya disusun dan diikat untuk dibawa pulang bersama. Dalam perjalanan pulang, sekumpulan perompak telah menghalang perjalanan itu dan semua barangan telah diambil. Sewaktu melihat barang-barang yang dibawa itu dirampas, al-Ghazali berkata: “Kalian boleh ambil semua barang-barangku, tapi tolong jangan ambil yang satu ini.” Mendengarkan kata-kata itu, perompak tersebut menjangkakan tentulah “yang satu ini” merupakan barangan yang paling bernilai atau mahal harganya. Meluru para perompak merampas dan membukanya. Tidak ada apa-apa yang berharga, kecualilah menemukan lembaran kertas yang dipenuhi dengan catatan.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2018 06:33 PM | Show all posts
Melihat kepada barangan itu, para perompak mula bertanya: “Apa ini? Untuk apa engkau menyimpannya?”. Lalu al-Ghazali menjawab: “Itulah barang-barang yang tidak berguna bagi kalian tapi amat berguna bagiku”. Perompak itu bertanya lagi: “Apa gunanya?” Jawab al-Ghazali: “Ini adalah hasil pelajaranku selama beberapa tahun. Jika kalian merampasnya dariku, maka ilmuku akan habis dan usahaku yang bertahun-tahun itu akan sia-sia.” Soal perompak: “Hanya yang ada di dalam lembaran-lembaran inikah ilmumu?.”  Terang al-Ghazali: “Ya!”. Perompak itu kemudiannya berkata: “Ilmu yang disimpan di dalam bungkusan dan dapat dicuri sebenarnya bukanlah ilmu. Fikirkanlah nasib dirimu baik-baik.”[1] Akhirnya al-Ghazali tersentak dan mula berfikir, dengan menuruti amalan daripada guru-gurunya membuat catatan di lembaran kertas akan menyebabkan dirinya boleh kehilangan sesuatu yang berharga. Beliau mula berusaha untuk melatih otaknya untuk belajar memahami, mengkaji dan menganalisis setiap ilmu yang pelajarinya untuk disimpan di dalam “buku otak.” Dengan cara ini, al-Ghazali tidak akan merasakan kerugian jika kehilangan buku catatan dan akhirnya beliau berkata: “Sebaik-baik nasihat yang membimbing kehidupan pembelajaranku adalah nasihat yang ku dengan dari mulut seorang perompak.” Akhirnya, kaedah pembelajaran al-Ghazali berubah, dari mebuat catatan kepada amalan menghafal buku-buku catatan itu keseluruhannya. Perubahan itulah menjadikan al-Ghazali terkenal dalam pelbagai ilmu dan disifatkan sebagai ensiklopedia pada zamannya. Perubahan cara belajar itu turut menjadikan beliau amat peka akan keperluan mengambil tindakan segera bagi menyelamatkan dirinya dari sebarang kerugian atau melakukan lebih banyak kesilapan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2018 06:34 PM | Show all posts
Pada tahun 473H (1053M), ketika berusia 23 tahun, al-Ghazali berhijrah pula ke Naisabur untuk belajar di Sekolah Tinggi Nizamiyyah. Semasa menuntut di situ, al-Ghazali berguru pula dengan Abu al-Ma’ali dan Dhiyauddin al-Juwaimi yang terkenal dengan panggilan Imam al-Haramain[2]. Beliau juga turut belajar teori dan amalan tasauf daripada al-Faramdi, seorang pakar bidang fiqah dan ketua ahli sufi. Al-Faramdi merupakan murid kepada Abu al-Qasim al-Qusyairi, pengarang kitab al-Risalatul Qusyairiyyah. Menerusi bimbingan al-Faramdi, al-Ghazali mengamalkan latihan-latihan tasauf tetapi tidaklah sampai ke puncak ilham suci dari “alam tinggi.” Selain al-Faramdi, al-Ghazali turut berguru ilmu tasauf dengan Abu Bakar al-Waraq dan Abu Bakar al-Tousi.[3] Al-Ghazali merupakan seorang murid al-Imam al-Haramain yang paling pintar dan gemarkan penyelidikan sehingga diberikan jolokan sebagai “lautan yang dalam.”[4]Selepas kematian Imam al-Faramdi pada tahun 477H dan Imam al-Haramain pada tahun 478H, seorang ulama’ fiqah mazhab Syafi’e, al-Ghazali berpindah ke Mu’askar (juga dikenali sebagai ‘Askar) di Iraq atas jemputan Perdana Menteri Dinasti Saljuk, Nizamul-Mulk[5], dibawah Khalifah Abbasiyah di Baghdad.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2018 06:34 PM | Show all posts
Al-Ghazali diminta supaya dapat memberikan kuliahnya sekali dalam setiap dua minggu di hadapan para pembesar dan alim ulama’.  Ketika itu, al-Ghazali memegang jawatan sebagai Ketua Penasihat kepada Perdana Menteri. Kuliah setiap dua minggu itu berlangsung selama lima tahun. Pada tahun 484H, ketika berusia 34 tahun, al-Ghazali dilantik sebagai profesor kanan di Universiti Nizamiyah[6] dan beliau menempa sejarah sebagai professor termuda yang pernah dilantik dalam sejarah universiti itu. Perlantikan itu adalah penghormatan tertinggi universiti berdasarkan kecemerlangan ilmu dan kepetahan al-Ghazali berhujah[7]. Dalam masa yang sama, beliau mempunyai murid seramai 300 orang dan setiap kuliahnya turut dihadiri oleh beratus orang pembesar yang ingin belajar daripadanya. Al-Ghazali diakui sebagai seorang ulama’ utama mazhab Syafi’e, ahlis-sunnah wal-jama’ah yang selari dengan aliran pemikiran Asy’ari.[8]
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.059712 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list